katakan tidak kepada merokok

22

Upload: dayang-shahira

Post on 29-Dec-2015

462 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Buku Skrap Bahasa Melayu mengenai rokok. -Sejarah-Bahan dalam rokok-Sebab-Kesan-Langkah Mengatasi

TRANSCRIPT

Tajuk Muka Surat

Pengenalan 1

Apakah itu rokok- Definisi Rokok- Sejarah Rokok- Bahan Kimia dalam Rokok

2345

Mengapakah Orang Merokok? 7

Mengepakah Kita Haru s Mengataakn Tidak Kepada Merokok? - Penyakit kibat Merokok

- Masalah Kewangan Akibat Merokok

11

1214

Langkah-langkah Mengatasi Kegiatan Merokok

15

Kesimpulan 19

Ulasan Guru 20

Saya, Dayang Shahira Zulkiflee telah memilih subjek merokok sebagai tajuk folio saya yang dipanggil “Katakan TIDAK Kepada Merokok”. Dalam folio ini, saya akan menjelaskan rokok dengan lebih terperinci serta membincangkan impak-impak negatif rokok yang memestikan kita mengatakan tidak kepada merokok.

Rokok tidak lagi asing dalam masyarakat dunia sekarang. Malah, penggunaan rokok kini semakin meningkat mengikut peredaran zaman yang melibatkan masyarakat daripada pelbagai skop usia. Mengikutstatistik hasil kajian Yayasan Paru-paru Dunia(WLF) dan Persatuan Kanser Amerika(ACS), terdapat 1.1 bilion penduduk bumi yang mnghisap rokok, iaitu 15 peratus daripada 7 bilion penduduk bumi. Di Malaysia pula, terdapat 11 juta penduduk Malaysia yang menghisap rokok. Ini merupakan 41.2 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia. Ini merupakan jumlah yang amat besar dan jumlah ini meningkat dari hari ke hari. Rokok amatlah berbahaya untuk kesihatan dan boleh membawa kepada kematian. Bagaimanakah kita boleh mencegah perkara ini daripada berlaku? Sebelum itu, kita hendaklah mengetahui rokok dengan lebih dalam.

Definisi rokok Rokok didefinasikan sebagai silinder dari kertas nipis yang diisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar di salah satu hujungnya dan dibiarkan membara supaya asapnya dapat disedut menggunakan mulut daripada hujung yang satu.

Rokok adalah sama seperti cerut, cuma saiz mereka adalah berbeza. Inilah sebab rokok dinamakan ’cigarette’, yang bermaksud cerut kecil di dalam bahasa Perancis. Cerut, dipanggil ’cigar’ dalam bahasa Inggeris, berasal daripada perkataan Mayan ’sikar’ yang membawa maksud ’ untuk menghisap gulungan daun tembakau’.

Rokok biasanya dikaitkan dengan daun tembakau, namun gelarman ini juga boleh digunakan untuk gulungan daun herba yang lain seperti cengkih dan ganja.

Rokok buatan kilang pada zaman sekarang merupakan gulungan tembakau yang digunakan semula dan juga ditambah dengan beberapa bahan lain, contohnya nikotin.

Tembakau yang ditanam di Jawa Tengah, Indonesia. Ia digunakan sebagai racun serangga dan juga bahan dalam ubat-ubatan tertentu. Ia juga merupakan bahan utama dalam rokok dan

Perbezaan antara cerut dan rokok, dimana cerut adalah lebih besar daripada rokok. Tembakau di dalam cerut dibalut dengan daun tembakau atau bahan yang mengandungi tembakau manakala tembakau di dalam rokok pula

Mesin penggulung rokok yang dicipta oleh James Albert Bonsack. Mesin ini dapat menggulung 200

Sejarah Rokok

Perbuatan menghisap rokok dipercayai bermula dari abad ke 9 di Amerika Tengah. Ketika itu rokok wujud dalam bentuk tiub dan buluh. Ini adalah asal kewujudan rokok tetapi yang sebenarnya, perbuatan menyedut asap tembakau telah bermula seawal tahun 1400-1000 sebelum Masihi lagi.

Kegiatan ini dijalankan oleh puak-puak asli timur-laut Amerika, dimana tembakau digunakan dalam upacara keagamaan dan sebagai barang tukaran, menggunakan pelbagai jenis paip, contohnya ’calumet’. Mereka mempercayai bahawa tembakau merupakan hadiah daripada Tuhan dan dengan menyedut asapnya, fikiran dan doa seseorang itu akan terbawa ke syurga.

Menjelang tahun 1830, Perancis mula mengenali rokok dan pada tahun 1845, pengusaha tanaman tembakau di negeri Perancis mula membuat rokok.

Pengeluaran meningkat dengan ketara apabila mesin pembuat rokok telah dibangunkan oleh James Albert Bonsack pada tahun 1880-an. Ini telah menyebabkan peningkatan produktiviti dalam syarikat-syarikat rokok, di mana pembuatan rokok buatan tangan yang sebelumnya berjumlah 40,000 sehari meningkat kepada 4 juta sehari.

Calumet biasanya diperbuat daripada ‘ Red Pipestone’, iaitu batu halus berwarna merah yang ditemui di Coteau des Prairies, yang terletak di barat Tasik Batu Besar di Dakota Selatan. Ia

Bahan Kimia Dalam Rokok Di dalam sebatang rokok terdapat 4000 jenis bahan kimia sertaracun dan 63 daripadanya boleh menyebabkan penyakit barah.Ini merupakan antara bahan yang terdapat di dalam rokok:

Ammonia – Ammonia ialah sejenis bahan kimia yang biasanya ditemui di dalam pencuci tandas dan pembersih industri. Ia adalah sangat kuat dan digunakan untuk membunuh bakteria.

Arsenik – Arsenik ialah bahan kimia beracun yang mengandungi dan berasal daripada beberapa logam toksik. Arsenik biasanya ditemui dalam racun perosak, racun herba, racun serangga dan pelbagai aloi, ia juga boleh digunakan untuk membunuh haiwan kecil seperti tikus, kala jengking dan serangga lain.

Nikotin – Nikotin ialah suatu bahan yang datang dari tumbuhan, biasanya dari tumbuhan tembakau, yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan ketagihan. Bahan kimia ini mempunyai impak negatif terhadap badan manusia dan sifat ketagihan yang disebabkan nikotin merupakan punca kesukaran orang ramai untuk berhenti.

Metanol – Metanol ialah satu bentuk alkohol yang berasal daripada kayu. Metanol merupakan toksik kepada manusia dan diketahui dapat menyebabkan kebutaan dan kematian. Ia juga merupakan salah satu alkohol ringkas yang mudah terbakar.

Karbon monoksida – Karbon monoksida ialah gas yang yang terdapat dalam asap kereta yang sangat beracun, sehingga ramai orang mati kerana keracunan karbon monoksida carbon monoksida.

Metana – Metana ialah bahan utama dalam gas asli. Gas metana bertanggung jawab untuk meningkatkan kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon serta pemanasan global. Metana gas yang bertahap tinggi boleh menjadi toksik kepada manusia.

Asid asetik – Gas berasid dan asid organik yang biasanya dijumpai dalam cuka. Ia mempunyai bau yang sangat menusuk hidung dan rasa masam. Dalam dos yang besar, ia boleh menjadi toksik kepada manusia. Ia juga didapati dalam filem fotografi dan gam kayu.

Butana– Butana adalah sebatian cecair yang biasanya ditemui dalam getah tiruan dan juga sebagai minyak dalam pemetik api . Ia adalah gas yang mudah terbakar yang juga boleh menjadi toksik kepada manusia.

Kadmium – Kadmium adalah sejenis logam yang hampir sama dengan zink atau merkuri. Kadmium dikenali untuk menyebabkan hakisan pada permukaan keluli dan logam.

Asid stearik– Asid stearik merupakan asid lemak yang didapati dalam lemak haiwan dan sayur-sayuran. Ia adalah komponen yang digunakan untuk membuat lilin, plastik, pastel minyak, dan bahan kosmetik.

Hexamine - Hexamine adalah sebatian berbentuk kristal yang biasanya ditemui di dalam plastik. Hexamine juga digunakan untuk merawat jangkitan saluran kencing oleh doktor dan pakar perubatan. .

Toluena –Toluena adalah komponen utama yang terdapat dalam cat banner. Bau kuat yang terdapat jika pencair cat digunakan merupakan toluena. Toluena boleh menyebabkan kemabukkan yang boleh menyebabkan kemudaratan saraf yang teruk apabila dihidu.

Setiap perkara yang berlaku pasti ada faktornya bak kata pepatah, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan orang merokok.

1. KURANG IKATAN KEKELUARGAAN

Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati bahawa peranan keluarga amat penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang sering berlaku pada anak remaja sekarang ini. Ikatan kekeluargaan yang ada sekarang ini semakin berkurangan kerana ibu bapa tidak memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka kerana mereka sering saja sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak merasa bosan dan kurang kasih sayang daripada ibu bapa sehingga anak-anak mereka menjadi penghisap rokok kerana tidak seorang pun yang melarang perbuatannya itu.

2. TERLALU BEBASPunca seterusnya, tingkah laku anak-anak mereka, terutama yang telah mencapai umur belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Anak-anak remaja terlalu diberi kebebasan oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap aktiviti. Jadi anak tersebut melakukan sesuatu tanpa pengetahuan dan larangan ibu bapa.

3. IBU BAPA MENGHISAP ROKOKSelain itu, ada ibu bapa yang menghisap rokok di depan anak-anak mereka. Ini bukan saja menunjukkan contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak mereka supaya berbuat perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga melakukan hal yang sama.

4. PERGAULAN DAN PENGARUH RAKAN-RAKANPengaruh dan pergaulan dengan kawan-kawan yang merokok juga merupakan faktor penggalak bagi remaja untuk menghisap rokok kerana jika mereka tidak merokok, mereka akan disisihkan dan dianggap tidak berani.

5. INGIN MENCUBA DAN BERSERONOKMereka juga terdorong oleh perasaan ingin mencuba bagaimana rasanya rokok itu kerana golongan remaja sinonim dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Bagi remaja khususnya lelaki menganggap dengan merokok dapat menunjukkan

kedewasaan atau kematangan mereka sebab itulah mereka merasa bangga apabila menghisap rokok. Ada juga remaja lelaki yang beranggapan mereka merokok sekadar untuk berseronok saja tanpa memikirkan kesan buruk akibat tabiat merokok. Manakala lelaki dewasa merokok kerana sifat ketagihan mereka sehingga ada yang berpendapat rokok sahabat atau kekasih kedua mereka.

6. ROKOK MUDAH DIPEROLEHIAda juga berpendapat rokok mudah dibeli disebabkan itu remaja mula dan meneruskan tabiat merokok setiap hari dan juga rokok itu mudah diperolehi dari rakan-rakan yang merokok.

7. TERTEKANTabiat merokok ini juga berlaku apabila merasa tertekan dengan kerja dipejabat atau sekolah, mengantuk dan apabila tiada keyakinan diri terhadap sesuatu perkara.

8. PENGARUH MEDIA MASSA DAN GOLONGAN BERPENGARUHSelain itu, pengaruh daripada media massa juga memainkan peranan yang penting seperti disiarkan iklan orang merokok dan sebagainya kerana golongan remaja ini mudah terikut-ikut dengan budaya yang diperlihatkan kepada mereka. Golongan berpengaruh seperti ahli politik, artis, doktor dan termasuk pemimpin agama yang merokok memberikan teladan yang negatif kepada masyarakat, ini menyebabkan golongan remaja semakin rancak atau tanpa segan silu menghisap rokok di tempat-tempat awam.

9. GALAKAN PENJUAL ROKOKLangkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun adalah lemah atau gagal kerana penjual rokok hanya ingin mengaut keuntungan dalam perniagaan, oleh itu akibat buruk dari perbuatan remaja menghisap rokok tidak dihiraukan. Ini menunjukkan penjual seolah-olah memberi galakan kepad perokok untuk merokok dengan lebih giat lagi. Walaupun penjual tahu pembeli itu di bawah umur tetapi tetap juga dijual kepada pembeli tersebut tanpa menghiraukan larangan kerajaan tentang larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun.

10. MEMBERONTAK ATAU MARAHAda juga remaja atau pelajar yang memberontak seperti marah atau tidak puas hati terhadap guru dan sebagainya akan menghisap rokok kerana bagi mereka rokok itu dapat menghilangkan tekanan.

11. MENGURANGKAN BERAT BADANManakala, bagi golongan remaja wanita merokok dapat mengurangkan berat badan bagi yang mementingkan penampilan mereka. Oleh yang demikian, mereka percaya bahawa merokok dapat mengurangkan berat badan mereka. Hal ini disebabkan bagi mereka merokok dapat mengawal selera makan jadi bentuk dan berat badan mereka dapat dikekalkan. Selain itu, golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Menjadi kebanggaan golongan wanita jika mereka dapat melakukan apa saja yang dilakukan oleh lelaki. Walaupun golongan wanita ini tahu perkara merokok itu merosakkan kesihatan atau tubuh badan mereka.

Merokok memberikan pelbagai impak negatif kepada diri kita. Jikalau kita mengekalkan tabiat merokok, kita akan memudaratkan diri sendiri.Berikut merupakan kesan negatif merokok.

Penyakit Akibat MerokokIni adalah antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh rokok:

Barah Paru-paru

Pendedahan kepada karsinogen yang hadir dalam asap tembakau serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru. Kesan ini terhimpun, dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor

terbentuk. Tumor ini akan terus merebak dan membiak ke tempat lain sehingga menjadi barah.

EmfisemaAsap rokok menyebabkan kerosakkan kantung udara kecil dalam paru-paru dikenali sebagai alveoli, yang menjadikan ia sukar bagi paru- paru untuk mengembang dan menguncup. Gejala emfisema termasuk sesak nafas, berdehit dan batuk yang kronik.

Penyakit Arteri KoronariToksin dalam asap tembakau, terutamanya tar dan karbon monoksida, mengeraskan arteri dan meningkatkan risiko pembekuan darah. Ini boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Kanser TekakKarsinogen dalam asap tembakaumerosakkan sel-sel di tekak lalumeningkatkan risiko pembentukan tumor. Pembentukan tumor boleh merebak dan membiak ke tempat lain dan akhirnya menjadi barah.

Kanser Pundi KencingToksin dalam asap tembakau diserap ke dalam saluran darah dan akhirnya ditapis oleh ginjal, tetapi toksin kemudian disimpan sementara di dalam pundi. Kehadiran toksin secara konsisten ini boleh merosakkan lapisan pundi kencing, menyebabkan sel-sel kanser untuk berkembang.

Masalah Kewangan Akibat Merokok Setiap perokok dianggarkan menghisap sebanyak sekotak rokok, iaitu 20 batang rokok sehari. Di Malaysia, harga sekotak rokok dianggarkan dalam RM 10. Berikut merupakan anggaran jumlah duit yang digunakan oleh perokok dalam masa satu tahun.

Bulan Jumlah duit digunakanJanuari RM 310

Februari RM 280Mac RM 310April RM 300Mei RM 310Jun RM 300

Julai RM 310Ogos RM 310

September RM 300Oktober RM 310

November RM 300Disember RM 310

JUMLAH = RM 3650

Ini hanyalah bagi perokok biasa. Bayangkan seorang perokok yang menghisap rokok lebih daripada 1 kotak sehari, jumlahnya boleh mencecah RM 10 000. Jikalau perokok itu sudah merokok selama 20 tahun, RM 200 000 telah digunakan begitu sahaja.

Jikalau mereka meneruskan tabiat ini, kesihatan mereka pasti terjejas. Ini juga memerlukan wang yang banyak untuk membeli ubat-ubatan. Kos hospital juga perlu ditanggung.

Oleh itu, perokok haruslah menghentikan tabiat merokok ini. Pelbagai perkara dapat dilakukan dengan duit tersebut daripada membiarkannya terbuang begitu sahaja.

Walaupun masyarakat telah didedahkan mengenai keburukan merokok, mereka masih lagi tidak mahu meninggalkan tabiat tersebut. Oleh itu, kita haruslah melakukan sesuatu yang lebih berkesan demi membanteras kegiatan merokok.

1. KEMPENPelbagai kempen dijalankan untuk mengatasi masalah merokok baik oleh kerajaan mahupun pihak persendirian. Misalnya, kerajaan telah mengadakan kempen anti merokok melalui pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam televisyen, radio, poster-poster mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah mahupun di pejabat dan sebagainya.

2. CERAMAHDalam ceramah mahupun iklan itu hendaklah dinyatakan tentang bahayanya merokok, kesan merokok serta dinyatakan faedah orang yang tidak merokok atau berhenti merokok seperti hidup lebih lama, dapat menghindari racun yang terkandung dalam rokok, dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok, menjadi teladan yang baik kepada anak-anak, dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat, meningkatkan deria rasa dan bau, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

3. KUAT SEMANGAT DAN BERDISIPLINSeseorang itu mestilah kuat semangat dan mendisiplinkan diri untuk berhenti merokok seperti tetapkan tarikh untuk berhenti merokok, yakinkan diri, buat nota peringatan, katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”, tumpukan pada hari ini jangan dulu fikirkan hari seterusnya, sentiasa berfikiran positif, dapatkan sokongan daripada orang sekeliling seperti rakan sebaya, ibu bapa atau keluarga, lawan keinginan atau perasaan untuk merokok dan gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai.

4. HADIAH ATAU HABUANSeseorang itu hendaklah beri hadiah atau habuan kepada diri sendiri sekiranya dia tidak lagi merokok. Ini untuk mendapatkan kepuasan hasil dari pemberhentiannya merokok.

5. BERSUKAN ATAU AKTIVITI BERFAEDAHSelain itu, individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka seperti merokok. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri. Oleh itu, perokok hendaklah melakukan aktiviti sukan ini kerana ia dapat menghindarkan dirinya dari tabiat merokok.

6. SERTAI PROGRAM SUKARELASertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita. Jika seseorang itu sibuk dengan aktiviti atau kerja yang dilakukannya, dia akan lupa untuk menghisap rokok kerana tidak ada masa untuk menghisap rokok. Bagi ibu yang mengandung pula hendaklah didedahkan kepada iklan-iklan tentang pentingnya menjaga bayi yang dikandungnya dan dedahkan perkara-perkara yang boleh memudaratkan keadaan bayinya mahupun kesiahtan dirinya sendiri.

7. PELAJAR DIKENAKAN DENDAManakala, bagi pelajar di sekolah pula hendaklah dikenakan dendaan yang setimpal kepada mereka yang didapati merokok seperti pelajar yang merokok itu akan diadukan kepada pihak polis dan pihak polis akan mendenda mereka. Ini adalah kerana pihak polis bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin pelajar. Ibu bapa juga akan dipanggil untuk memberitahu perihal anak mereka yang merokok. Pelajar yang merokok itu juga akan dirujuk kepada guru kaunseling untuk menanyakan kenapa dia merokok.

“Pewartaan tempat terbuka sebagai zon larangan merokok seharusnya mendisiplinkan perokok agar mengelakkan tabiat itu, lebih-lebih lagi di tempat tertutup”

Dr Irfan MohamadPensyarah Perubatan ORL,Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia,Kota Bharu

8. KUATKUASA UNDANG-UNDANG

Di Malaysia, kerajaan telah pun menetapkan undang-

undang iaitu tidak membenarkan sesiapa saja untuk merokok di kawasan-kawasan tertentu seperti dalam panggung wayang, rumah

sakit, sekolah, pejabat dan di kawasan awam yang tertentu. Denda akan dikenakan kepada sesiapa saja yang melanggar undang-undang tersebut. Penjual rokok di kedai juga tidak menjual rokok kepada remaja yang berumur di bawah lapan belas tahun. Sesiapa yang didapati berumur di bawah lapan belas tahun akan dikenakan denda yang setimpal. Pihak-pihak yang berkenaan juga diharap akan dapat bekerjasama dalam membanteras tabiat merokok ini, dengan tidak menjual kepada pembeli yang di bawah umur dan jangan hanya memikirkan keuntungan saja.

Sepanjang waktu saya menghasilkan folio ini, saya telah mengetahui bannyak fakta mengenai rokok. Ternyata semua kajian yang saya jalankan jelas menunjukkan bahawa rokok itu tiada kebaikannya. Kesemua bahan kimia yang terdapat di dalam rokok membawa keburukan kepada perokok serta boleh membawa kepada kematian. Wang juga turut melayang begitu sahaja. Oleh itu, dengan yakinnya saya mengatakan bahawa kita harus membanteras kegiatan merokok serta menanamkan sikap katakan tidak kepada merokok.