kaum iban merupakan masyarakat pribumi di sarawak

Upload: babydirah

Post on 03-Jun-2018

439 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    1/13

    Kaum Iban merupakan masyarakat pribumi di Sarawak. Masyarakat pribumi kaum Iban lebih di

    kenali dengan bangsa Dayak, di percayai berasal daripada tanah besar Indonesia dari bahagian

    Kalimantan Barat Indonesia. Kalimantan Barat merupakan sebahagian besar daripada keluasan di

    kepulauan Borneo yang meliputi 2 per 4 daripada keluasan sebenar gugusan kepulauan tersebut. Suku kaum Iban melakukan migrasi ke kawasan yang baru kerana kedudukan geografi terletak

    begitu hampir dengan negeri Sarawak pada masa tersebut. Migrasi awal di kenalpasti berpusat di Lubuk

    Antu yang merupakan salah satu daerah yang terdapat dalam bahagian Sri Aman pada masa kini. Suku

    kaum Iban merupakan populasi terbesar di bumi kenyalang. Jumlah penduduknya seramai 6000,00

    orang pada penghujung tahun 2000 dan akan di jangka bertambah ke angka 1 juta menjelang tahun

    2020.

    [ ADAT RESAM ]

    Adat resam masyarkat Iban : PerkahwinanMajlis perkahwinan berlangsung di rumah pengantin perempuan, beratus-ratus orang tetamu

    yang akan dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Pada masa dahulu sebelum

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    2/13

    penggunaan kalendear, para wakil akan membawa tali bersimpul ( temuku tali ), satu simpulan

    menandakan satu hari di antara hari pengataran jemputan dengan hari perayaan. Setiap simpulan

    dibuka atau dipotong untuk setiap hari yang berlalu.

    Semasa rombongan pengantin lelaki hampir sampai di rumah pengantin perempuan , satu

    upacara diadakan iaitu upacara bertanyakan petanda ( Nanya ka Burong). Rombongan pengantin lelaki

    ini akan ditemukan dengan wakil pengantin perempuan . Kedua-dua rombongan tersebut berjumpa di

    pekarangan rumah panjang. Rombongan lelaki akan ditanya jenis petanda yang mereka temui semasa

    dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan. Sekiranya terdapat petanda buruk ditemui upacara

    penawar mesti dilakukan dan selepasa upacar penawar dilakukan rombongan tersebut barulah boleh

    naik dengan diiringi dengan bunyi pukulan gong dan di kaki tangga, ayah pengantin lelaki akan

    mengorbankan seekor babi sembahan . Di atas tangga yang teratas sekali terdapatnya dulang yang

    berisi seketul batu dan air iaitu merupakan penawar petanda burung dan tangal ( sakang ) . Di mana

    setiap ahli rombongan yang naik akan membasuh kaki mereka dengan memasukkan sebelah kaki

    mereka kedalam dulang tersebut untuk .

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    3/13

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    4/13

    Selepas itu upacara membelah pinang dilakukan iaitu buah pinang tersebut telah dibelah kepada

    tiga, lima atau tujuh ulas. Kemudian buah pinang tersebut akan disimpan di dalam bakul selokdan

    diselimuti dengan Pua Kumbu. Buah pinang tersebut adalah merupakan gambaran cahayamata

    pasangan pengantin tersebut. Di samping itu sekiranya perkahwinan tersebut diisytiharkan sebagai

    inses, maka upacara penebusan dalam perkahwinan dilakukan dimana pasangan pengantin tersebut

    akan dimandikan dengan darah babi.

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    5/13

    Selepas itu pengantin perempuan akan dibawak ke rumah pengantin lelaki dan upacara doa

    untuk pasangan tersebut dilakukan ( Biau melaki-bini). Di mana kedua pengantin tersebut diminta duduk

    di atas dua buah gong besar yang diselimuti dengan Pua Kumbu. Kemudian beberapa orang tua

    dijemput untuk berdoa iaitu dengan mengunakan ayam untuk membiaumereka berdua , yang

    bertujuaan untuk memohon agar dewa memberkati mereka berdua.

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    6/13

    Adat resam masyarkat Iban : Kematian

    Apabila berlaku kematian di rumah panjang sebatang alu diletakan serta-merta melintangi muka

    pintu (moa pintu )di setiap penghujung rumah panjang tersebut. Hal ini bertujuan untuk menyekat

    kemasukan hantu-hantu dari Sebayan ke dalam rumah panjang untuk mengambil semengat si mati.

    Dipercayai bahawahantu-hantu tersebut akan mengangap alu itu sebagai ular tedung. Mayat akan

    dibaringkan terlentang di atas sebidang tikar yang halus dan barang-barang peribadinya diletakan

    berdekatan dengannya. Barang-barang tersebut disebut sebagaibaiya.

    Semasa hendak mengembumikan mayat . Si mati akan diberi makan terlebih dahulu dan

    pinggan, mangkuk dan cawan yang digunakan untuk untuk menghidang makanan dipecah dan dibuang

    ke bawah rumah panjang. Sekiranya si mati sudah berkahwin, pasangannya ( sekiranya masih hidup )

    akan menyarungkan sebentuk cincin ke jari sebagai tanda perpisahan utuk mengelak daripada dihantui

    oleh roh si mati.Sebelum mengali liang kubur, satu upacara dilakukan iaitu upacara menyembah tana, di mana

    seekor ayam akan dikorbankan ditapak perkuburan tersebut dan sedikit beras ditaburkan. Kemudian

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    7/13

    liang sedalam kira-kira enam kaki digali sesempit mungkin untuk menempatkan keranda. Selepas

    keranda diturunkan ke dalam liang, barulah barang-barang baiya si mati diletakkan di sebelah keranda.

    Dalam perjalanan pulang ke rumah panjang , setiap orang mesti mandi dan membersihkan diri di

    tepi sungai sebelum naik ke rumah panjang. Makanan pun disajikan untuk semua. Pada malam itu

    unggun api dinyalakan di suatu tempat yang agak terpencil di antara tanah perkuburan dan rumah

    panjang. Barang persembahan diletakkan berdekatan dengannya. Hal ini adalah untuk digunakan oleh

    roh si mati untuk memanaskan badan dalam sehari dua setelah sampi di sebayan kerana di sana

    dikatakan sejuk. Unggun api itu dinyalakan selama tiga malam berturut-turutbagi orang biasa manakala

    bagi orang yang berkedudukan tinggi akan dinyalakan selama tujuh malam berturut-turut.Selain itu upacara perkabungan dilakukan iaitu dilakukan selama tiga bulan , di mana semasa

    hari perkabungan tersebut sebarang temasya bersuka ria dan muzik dilarang sama sekali. Berteriak atau

    menjerit kerana gembira juga tidak boleh tidak kira sama ada di dalam mahupun diluar rumah.

    [ KESENIAN ]Peralatan Muzik masyarkat Iban

    Peralatan muzik tradsional masyarkt Iban adalah terdiri daripada Tawak ( gong ), Bendai,

    gendang. Peralatan muzik tersebut digunakan semasa melakukan tarian ngajat. Disamping itu peralatan

    muzik itu juga turut digunakan semasa melakukan beberapa upacara adat resam antaranya ialah

    upacara perkahwinan, semasa pindah ke rumah panjang yang baru dan semasa upacara menamakan

    anak.

    Kebudayaan masyarakat Iban : Tarian

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    8/13

    Salah satu indentiti masyarakat Iban menjadi pelambangan mereka semua adalah tarian ngajat.

    Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan

    tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya

    merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta

    membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian ngajat iaitu ialah Ngajat Lesong, Ngajat

    Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat

    Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ).Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan

    kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan

    juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.Ngajat berbunuhyang di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini

    merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang

    mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti

    memburu.Ngajat Indukpula merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang

    memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri.

    Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti harian

    masayarakat Iban. Tarian yang di persembahkan adalah seperti membuat kraftangan tradisional iaitu

    menenun pua kumbu. Selain itu kreatif menghasilkan kraftangan yang berasaskan manik. Kita boleh

    melihat pakaian tradisional bagi masyarakat Iban khususnya kaum wanita yang kaya dengan keindahan

    dan kehalusan seni kraftangan tradisi mereka. Sebagai contoh Marik Empang yang di gunakan oleh

    penari wanita masyarakat Iban.Tarian Ngajat Lesongmerupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

    Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya

    memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    9/13

    tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki

    sahaja.Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ) dipersembahkan bagi tujuan menyambut

    kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian

    atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang

    ramai.Ngajat Kuta pula merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari

    lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah

    persembahan kebudayaan dan sebagainya. Tarian ini berbeza daripada tarian Ngajat Pua Kumbu yang

    merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan

    ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah

    Pua Kumbu jadi sudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajat sambil membawa kain pua kumbu

    sebagai props dalam persembahan mereka.Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasan kepala ( kerapu perak )headgear

    yang di perbuat daripada tembaga yang bewarna perak di hiasi dengan bulu burung kenyalang, bulu

    burung Tajai dan bulu burung Ruai dan mengandungi ukiran flora di sekeliling hiasan kepala. Gagong

    merupakan nama sejenis pakaian pahlawan atau penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang

    yang masih terdapat bulu dari kulit itu tadi. Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan mereka

    seperti beruang. Baju tenung ( wawan attire )pula merupakan baju burung yang bermotifkan hiasan atau

    ukiran burung, baju sampang , baju buri ( yang di hiasi kulit tiram yang besar). Sirat merupakan sejenis

    kala cawat yang berukuran lebih kurang 30 kaki dan berwarna merah, hitam, biru tua, putih, coklat dan di

    hiasi dengan bintik-bintik pada kain tersebut.

    PERAYAAN HARI GAWAI ]

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    10/13

    Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnyamusim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannyadisambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambutdengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras',dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

    Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padidan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada merekasebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basahdengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    11/13

    Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruhmasyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan diserambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak.Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersamaair tuak.

    Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkankekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

    Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yangdiwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Ibanjuga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.

    Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

    BERITA DAN CERITA

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    12/13

    Celebrated on the first of June by the Dayaks or Ibans of Sarawak for a week marking the end of thepaddy harvesting season and the beginning of the new planting season. There is singing, dancing andconsiderable drinking of tuak or rice wine in the local longhouses. The Ibans working outside their villagereturned to the village for the celebration. There are plenty of food and certainly not shortage ofentertainment and wine in the local way.

    6 Jun 2003 - Majlis Pelancaran Kad Komunikasi Rakyat Prabayar di Rumah King pada hari Jumaat 8.00malam lalu. Seisi penerangan di sampaikan oleh Mr kennedy dari Maxis dan Mr Param dari Ivanex. Kadyang berharga RM 10 dan RM 20 sungguh menjimatkan kerana kita boleh bercakap selama 50 minitdengan kad berharga RM 10. Kadar bayaran 1 minit ialah 20 sen kesemua destinasi.

    Kelihatan dalam gambar penghulu Mambu ak Ikom (berbaju hitam) cuba menggunakan Kad prabayar ini.

    Gawai Burung

    Sambutan hari Gawai Burung disambut awal dari hari Gawai yang sebenarnya. Hari Gawai di Sarawak

    disambut dari 31 May untuk makan besar dan 1 Jun untuk rumah terbuka. Kelihatan di sini sambutanyang diadakan di Rumah Panjang Empati tidak jauh dari Rumah Panjang King.

  • 8/12/2019 Kaum Iban Merupakan Masyarakat Pribumi Di Sarawak

    13/13