masalah pergantungan ekonomi.doc

13
MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI 6 (a) Pergantungan ekonomi Malaysia kepada sektor utama menimbulkan banyak masalah. Terangkan masalah-masalah itu. SPM 1994 [15 Markah] Jawapan: 6(a) Masalah-masalah pergantungan ekonomi kepada sektor utama : (i) Harga komoditi daripada sektor utama tidak stabil. - harga komoditi sektor utama terdedah kepada ketidakstabilan harga di pasaran dunia. - Oleh itu pendapatan negara turut mengalami ketidakstabilan kerana sumber pendapatan eksport negara bergantung kepada komoditi di sektor utama. (ii) Menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan - harga komoditi sektor utama yang tidak stabil lebih ketara jika dibandingkan dengan barang perkilangan. - Ini menyebabkan kilang atau firma juga mengalami keadaan yang tidak stabil. Apabila keadaan kejatuhan berpanjangan menyebabkan kilang atau firma menutup kilang-kilang mereka.Ini menyebabkan pekerja terpaksa diberhentikan dan seterusnya menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan disektor ini. (iii) Merugikan sektor perdagangan - pergantungan kepada bijih timah menyebabkan pengeluaran bahan makanan telah diabaikan. - Di samping negara terpaksa mengimport barang-barang untuk sektor kedua seperti barang-barang pelaburan, barang perantaraan dan barang pengguna, negara juga terpaksa mengimport bahan-bahan makanan dan pakaian. Jumlah import yang melebihi daripada hasil pergantungan eksport utama menyebabkan negara mengalami kerugian dari segi perdagangan dan menjejaskan pembangunan negara. (iv) Penyerapan tenaga buruh yang terhad - sektor utama tidak dapat menyerap tenaga buruh yang ramai berbanding dengan sektor kedua dan sektor ketiga. - Oleh itu berlaku masalah pengangguran tidak ketara. 1

Upload: rashidsaid

Post on 08-Jul-2016

26 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI

6 (a) Pergantungan ekonomi Malaysia kepada sektor utama menimbulkan banyak masalah.

Terangkan masalah-masalah itu. SPM 1994 [15 Markah]

Jawapan: 6(a)

Masalah-masalah pergantungan ekonomi kepada sektor utama :

(i) Harga komoditi daripada sektor utama tidak stabil.- harga komoditi sektor utama terdedah kepada

ketidakstabilan harga di pasaran dunia.- Oleh itu pendapatan negara turut mengalami ketidakstabilan

kerana sumber pendapatan eksport negara bergantung kepada komoditi di sektor utama.

(ii) Menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan- harga komoditi sektor utama yang tidak stabil lebih ketara

jika dibandingkan dengan barang perkilangan.- Ini menyebabkan kilang atau firma juga mengalami keadaan

yang tidak stabil. Apabila keadaan kejatuhan berpanjangan menyebabkan kilang atau firma menutup kilang-kilang mereka.Ini menyebabkan pekerja terpaksa diberhentikan dan seterusnya menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan disektor ini.

(iii) Merugikan sektor perdagangan- pergantungan kepada bijih timah menyebabkan pengeluaran

bahan makanan telah diabaikan.- Di samping negara terpaksa mengimport barang-barang

untuk sektor kedua seperti barang-barang pelaburan, barang perantaraan dan barang pengguna, negara juga terpaksa mengimport bahan-bahan makanan dan pakaian. Jumlah import yang melebihi daripada hasil pergantungan eksport utama menyebabkan negara mengalami kerugian dari segi perdagangan dan menjejaskan pembangunan negara.

(iv) Penyerapan tenaga buruh yang terhad- sektor utama tidak dapat menyerap tenaga buruh yang ramai

berbanding dengan sektor kedua dan sektor ketiga.- Oleh itu berlaku masalah pengangguran tidak ketara.

(v) Kepupusan sumber- bahan galian ialah sumber yang boleh pupus dan tidak boleh

diperbaharui.- Oleh itu kemerosotan pengeluaran akan menjejaskan sumber

pendapatan negara dan seterusnya boleh menimbulkan masalah ekonomi negara jika terus menerus bergantung kepada sektor utama.

1

Page 2: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

(vi) Persaingan daripada barang-barang tiruan/pengganti- hasil daripada sektor utama seperti bijih timah dan getah

mempunyai bahan pengganti yang hampir seperti getah tiruan.

- Bahan gentian ini lebih murah daripada sumber asli dan menyebabkan permintaan kepada hasil sektor utama jatuh terutama sumber ini juga memberikan penawaran yang tidak stabil. Oleh itu negara tidak boleh lagi bergantung kepada sektor utama sahaja.

(vii) Pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan dan negeri.- pembangunan negara pada masa lalu terutamanya pada

zaman penjajah banyak tertumpu di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah dan getah.

- Ini menyebabkan pembangunan di negeri-negeri di pantai barat tidak seimbang dengan negeri-negeri di pantai timur.

4(c) Berdasarkan carta pai di atas, huraikan faktor yang mendorong perubahan struktur eksport Malaysia?

SPM 1997 [12 markah]

Jawapan: 4(c)

(i) Harga- harga sektor utama tidak stabil berbanding sektor kedua adalah stabil- contohnya seperti getah tidak stabil dan barang industri harga stabil

2

SektorUtama49%

1987RM45225

juta

SektorPerkilangan45%

Lain-lain6%

1995RM185 325

Juta(anggaran)

Sektor Utama 18.9%

Lain-lain1.5%

Sektor perkilangan

79.6%

Sumber: Disesuaikan daripada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Page 3: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

(ii) Peluang pekerjaan- sektor utama terhad tetapi sektor kedua lebih luas- contohnya pertanian tidak dapat menyerap ramai buruh dan

perkilangan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak.

(iii) Kesan Perdagangan- sektor utama merugikan perdagangan sebaliknya sektor kedua menguntungkan-contoh: harga getah tidak menyebabkan Malaysia kerugian dari segi perdagangan apabila harga getah jatuh.

(iv) Daya pengeluaran/kecekapan- sektor utama rendah tetapi sektor kedua tinggi- contoh: pengeluaran barang kilang dapat ditingkatkan kerana adanya teknologi yang tertentu.

(v) Pelbagaian ekonomi - sektor utama terhad berbanding dengan sektor kedua - contoh: kilang-kilang elektronik boleh mengeluarkan pelbagai

barang(vi) Persaingan

- sektor utama kurang daya saing berbanding sektor kedua lebih luas

- contoh: getah asli tidak dapat bersaing dengan getah tiruan.

(vii) Sumber - sektor utama kurang daya saing berbanding sektor kedua

lebih luas/berkembang- contoh: bijih timah mengalami kepupusan, ramai yang dibuang

kerja atau tiada kerja.

5 (a)

Berdasarkan penyataan di atas,(i ) lukis graf untuk menunjukkan nilai eksport perabot negara.

[3 markah](ii) hitungkan peratus peningkatan eksport perabot yang

dijangkakan bagi tahun 1997 berdasarkan nilai eksport 1995.[2 markah]

(iii) jelaskan faktor yang menyebabkan industri perkayuan negara terus berkembang di pasaran antarabangsa.

[12 markah]

3

“ Industri perkayuan negara mempunyai potensi yang cerah untuk terus berkembang ke pasaran global berikutan mutu produknya kini sudah mampu memenuhi standard antarabangsa. Sepanjang tempoh 1995 dan 1996 Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) telah memperoleh eksport daripada pameran ini, masing-masing sebanyak RM556 juta dan RM764 juta. Ia dijangka bertambah sebanyak 15 peratus tahun ini berbanding dengan tahun 1996.

Sumber : Berita Harian, 21 Mac 1997 (Disesuaikan)

Page 4: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

SPM

1998

Jawapan

JAWAPAN DALAM BENTUK GRAF BAR JUGA BOLEH DITERIMA.

(ii) 878.6 juta – 556 juta X 100% 556 juta

= 322.6 juta X 100

= 58.02%

(iii) Faktor-faktor yang menyebabkan industri perkayuan negara terus berkembang di pasaran antarabangsa ialah :

(a)Penggunaan teknologi terkini- Penggunaan komputer dalam rekacipta perabot meningkatkan

mutu perabot yang dihasilkan.

(b)Peningkatan program latihan teknikal dan latihan keusahawanan tempatan- Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)/ badan-badan

akademik dan vokasional mempunyai program latihan yang mampu meningkatkan kualiti produk.

4

Hasil eksport (RM juta)

1000

878.6800764

600

556

400

200

1995 1996 1997 Tahun0

HASIL EKSPORT PERABOT MALAYSIA

Page 5: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

(c ) Pelbagaian keluaran industri perkayuan - Meningkatkan aktiviti hiliran seperti papan lapis/ pintu

(d) Terdapat pelbagai bahan alternatif - batang kelapa sawit/ getah mampu menghasilkan perabot bermutu

(e) Meneroka pasaran baru - Selain pasaran tradisi, pasaran di Asia Barat / Eropah dan Timur

perlu dicari/ usaha misi dagang ke luar negara/ dengan mengadakan pameran dan promosi barangan.

(f) Harga yang kompetitif/ berdaya saing - Harga yang berpatutan tidak terlalu tinggi berbanding dengan

pesaing lain.

(g) Insentif kerajaan - pengecualian cukai/ subsidi/ kemudahan pinjaman

5 (b) Bolehkah ekonomi Malaysia bergantung kepada sektor utama untuk meningkatkan ekonomi negara ?

Berikan alasan untuk menyokong pendapat anda.[8 markah]

SPM 1998

Jawapan: 5(b)

Tidak boleh. Ini kerana :

i. Harga keluaran utama tidak stabil - menyebabkan pendapatan negara/ penduduk tidak stabil

ii. Persaingan keluaran utama antara negara pengeluar yang lain - menyebabkan wujud lebihan penawaran di pasaran

iii. Teknologi rendah - Produktiviti sektor utama rendah

iv. Terdapat banyak barang pengganti - Barang-barang pengganti keluaran sektor utama lebih murah

v. Daya penyerapan tenaga kerja rendah - Wujudnya pengangguran yang tinggi di sektor utama

vi. Kepupusan sumber sektor utama - Keadaan ini tidak menjamin kelansungan ekonomi negara atau

aliran pendapatan negara . Contoh : bijih timah

5

Page 6: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

vii. Merugikan Perdagangan Antarabangsa/ Imbangan Dagangan atau Imbangan Pembayaran negatif

- Harga eksport < Harga import

5 (b) Usaha kerajaan mengubah struktur ekonomi negara telah mewujudkan pelbagai implikasi.Terangkan implikasi-implikasi tersebut.

SPM 1999. [12 markah]

Jawapan: 5(b)

Implikasi-implikasi perubahan struktur ekonomi negara:

(i) Keluaran negara meningkat dengan pesat.daya pengeluaran sektor kedua lebih tinggi berbanding dengan sektor utama / memperbaiki imbangan dagangan supaya menjadi lebih baik.

(ii) Peluang pekerjaan baru bertambah.Sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan telah menyumbangkan peluang pekerjaan yang terbesar dari segi guna tenaga.

(iii) Mempelbagaikan kegiatan / aktiviti ekonomi.Kesan buruk kejatuhan harga barang utama / komoditi dapat dikurangkan.

(iv) Taraf hidup masyarakat dapat ditingkatkan.Pendapatan bulanan dan pendapatan perkapita penduduk telah dapat ditingkatkan.

(v) Penghijrahan penduduk desa ke bandar meningkat.Disebabkan peluang pekerjaan yang banyak di bandar.

(vi) Kadar kepupusan / kehausan sumber semulajadi dapat dikurangkan.Sumber-sumber semula jadi negara dapat digunakan untuk jangkamasa yang lebih panjang / pada masa hadapan.

(vii) Menggalakkan kemasukkan pelabur asing.Membawa masuk teknologi / modal untuk pertumbuhan ekonomi negara.

6

Page 7: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

5 (a) Mengapakah pemerhati dalam petikan di atas tidak setuju dengan langkah yang diambil oleh Kumpulan Guthrie untuk meninggalkan sektor pertanian?

SPM 2001 [14 markah]

Jawapan: 5(a)Tidak setuju tinggalkan sektor pertanian.

(i) Mewujudkan peluang pekerjaan- Sektor pertanian masih lagi menyumbangkan peluang

pekerjaan kepada penduduk Negara ini. Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran.

(ii) Meningkatkan pendapatan penduduk/negara- Terutama penduduk desa, kegiatan pertanian seperti estet

dan ladang membantu memberikan pendapatan kepada penduduk setempat. Dengan ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan/ taraf hidup /eksport getah akan meningkat.

(iii) Membekalkan bahan mentah- Sektor pertanian membekalkan bahan mentah kepada

penduduk Bandar./ untuk kegunaan industri yang berasaskan pertanian.

(iv) Membantu membaiki kedudukan imbangan pembayaran Negara imbangan perdagangan.- Pengeluaran bahan mentah tempatan dapat mengurangkan

import bahan tersebut/ meningkatkan eksport bahan tersebut/ menjimatkan mata wang asing/ menambahkan rizab asing.

(v) Melahirkan ramai usahawan tani dalam Negara

- Sektor pertanian dapat melahirkan ramai usahawan berkecimpung dalam bidang pertanian terutamanya sektor ladang dan industri kecil pertanian.

(vi) Meningkatkan daya pengeluaran/ hasil keluaran- Sektor pertanian secara besar-besaran dapat membantu

mengatasi masalah saiz tanah yang tidak ekonomi.

(vii) Mengembangkan industri pelancongan

7

Berita tentang Kumpulan Guthrie hendak melupuskan semua aset getahnya di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2002 agak memeranjatkan pemerhati industri itu. Ada yang melihat syarikat yang tumbuh daripada hasil pokok getah itu cuba meninggalkan perniagaan tradisinya. (Massa, 11.9.99)

Page 8: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

- Kegiatan pertanian seperti egrokultur, ekokultur dan keraftangan dapat

meningkatkan aktiviti pelancongan Negara.Atau

Setuju(i) Mengurangkan peluang pekerjaan(ii) Menjejaskan pendapatan penduduk/negara(iii) Menjejaskan bekalan bahan mentah(iv) Menjejaskan imbangan pembayaran(v) Mengurangkan ushawan tani dalam negeri.

Jadual Peratus Sumbangan Eksport Kasar mengikut Sektor Ekonomi Malaysia

antara tahun 1970 hingga 1992

Sektor 1970 1980 1990 1992PertanianPerlombonganPerkilanganLain-lain

56.223.511.98.4

40.832.722.44.1

19.617.858.83.8

15.512.068.54.0

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0Jadual 2

5. Berdasarkan jadual 2 di atas

(a) lukiskan graf yang menunjukkan arah aliran peratus sumbangan eksport kasar bagi sektor pertanian, perlombangan dan perkilangan antara tahun 1970 hingga 1992 (gunakan paksi mendatar untuk tahun dan paksi menegak untuk sumbangan tiga sektor berkenaan)[7 markah]

(b) mengapakah arah aliran eksport kasar pertanian , perlombongan dan eksport kasar perkilangan berbentuk demikian. [18 markah]

SPM 1995

8

Page 9: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

Jawapan

5(a)

9

Page 10: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

5(b)Pertanian dan Perlombongan Perkilangan

1

2

3

4

5

6

Harga eksport tidak stabil.Oleh itu pengeluar tidak ada doronganuntuk meningkatkan keluaran

Permintaan eksport bergantung kepada keadaan ekonomi luar jika ekonomi luar stabil permintaan eksport akan meningkat dan sebaliknyaOleh sebab itu keadaan ini berlaku perpindahan pekerja dari sector ini ke sektor perkilangan

Keluaran sektor ini ada mempunyai penggantiGetah…….getah tiruanBijih timah……plastik

Peningkatan aliran eksport perlombongan dalam tahun 1970 hingga tahun 1980 kerana sumbangan eksport petroleum yang meningkat tetapi menurun kemudiannya kerana pemprosesan petroleum mentah dalam negara

Terdapat persaingan dengan Negara pengeluar lain seperti Indonesia / Thailang / Amerika Syarikat

Pelaburan / penemuan baru dalam sektor ini tidak adaHasil perlombongan semakin merosot / kehabisan

Harga lebih stabil / Pendapatan di sektor ini lebih baikPengeluar mempunyai dorongan untuk meningkatkan keluaran

Peningkatan sektor ini kerana keluaran untuk eksport dan di usahakan oleh pelabur asing

Tetapi di sektor perkilangan terdapat tenaga buruh yang murah dan bahan mentah yang banyak untuk perkembangan perkilangan

Dasar kerajaan menggalakkan perindustrian seperti taraf perintis

10

Page 11: MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI.doc

11