masalah remaja

23
Masalah Remaja Vandalisme Perbuatan yang merosakkan segala benda awam merupakan vandalisme.Di Malaysia pelbagai kemudahan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi malangnya kenbanyakan daripada kemudahan awam yang disediakan ini rosak.Hal ini disebabkan oleh sekumpulan remaja yang tidak bertanggungjawab asyik merosakkan kemudahan awam ini dengan sewenang-wenangnya.Selain itu,kita dapat mendapti berita bahawa orang yang terkorban dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk mendapat rawatan di hospital.Salah satu faktor yang menyebabkan kejadian di atas berlaku adalah vandalisme.Telephone awam yang sudah dirosakkan menyebabkan kita tidak dapat membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan perubatan serta paip yang sudah dirosakkan menyebabkan bomba tidak boleh mendapat bekalan air untuk memadamkan api dan akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi. Sebab-sebab 1. Pengaruh kawan

Upload: mohd-nasir-sopin

Post on 10-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Masalah RemajaVandalismePerbuatan yang merosakkan segala benda awam merupakan vandalisme.Di Malaysia pelbagai kemudahan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi malangnya kenbanyakan daripada kemudahan awam yang disediakan ini rosak.Hal ini disebabkan oleh sekumpulan remaja yang tidak bertanggungjawab asyik merosakkan kemudahan awam ini dengan sewenang-wenangnya.Selain itu,kita dapat mendapti berita bahawa orang yang terkorban dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk mendapat rawatan di hospital.Salah satu faktor yang menyebabkan kejadian di atas berlaku adalah vandalisme.Telephone awam yang sudah dirosakkan menyebabkan kita tidak dapat membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan perubatan serta paip yang sudah dirosakkan menyebabkan bomba tidak boleh mendapat bekalan air untuk memadamkan api dan akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi.

Sebab-sebab1. Pengaruh kawanSelepas kajian dijalankan,kita mendapati bahawa kebanyakan remaja yang melakukan vandalisme adalah dipengaruhi oleh kawan.Demi mengeratkan hubungan di antara kawan, mereka sanggup mengikut apa yang dilakukan oleh kawan mereka untuk menunjuk bahawa mereka mementingkan persahabatan itu.2. Amalan moral yang kurang baikAjaran moral walaupun tertakluk di bawah tanggungjawab pihak sekolah tetapi ibubapa juga harus membantu hal ini.Apabila pakar-pakar mengkaji tentang vandalisme,mereka mendapati bahawa remaja-remaja ini tidak diberi ajaran yang betul dan mereka beranggapan bahawa vandalisme adalah perkara yang remeh-temeh sahaja.3. Sebagai cara untuk meluahkan ketidakpuasanMereka yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara menggunakan vandalisme sebagai satu cara untuk melegakan perasaan mereka.Golongan ini akan menconteng di kemudahan awam dan dinding-dinding di jalanraya.Kesan-kesan1. Imej negara dijejaskanApabila pelancong-pelancong melawat ke negara kita,ia akan memberi kenangan yang tidak baik kepada pelancong tersebut.Mereka pastinya akan menceritakan kepada kawan mereka tentang apa yang mereka lihat.Hal ini menjejaskan pandangan negara lain terhadap Malaysia.2. Beban kepada rakyat dan negaraBarang yang rosak memerlukan kos untuk memperbaiki dan mengganti.Maka,vandalisme akan meningkatkan budjet negara untuk memperbaki barang-barang yang dirosakkan.

Langkah-langkah1. Memberi hukuman yang lebih beratPihak berkuasa harus mengenakan hukuman yang lebih berat dan bukan hanya memberi saman sahaja.SElain itu,kepada mereka yang sentiasa mengulangi kesalahan tersebut harus dipenjara supaya mereka tidak berani lagi untuk mengulangi kesalahan tersebut.2. Bimbingan kaunselling harus diberiBagi mereka yang sentiasa melakukan perkara seperti ini,bimbingan kaunselling perlu diberi untuk mendapat ahu kenapa mereka berbuat begitu dan masalah yang dihadapi.Dengan ini,kita dapat membantu mereka menyelesaikan masalah mereka yang seterusnya membawa kebaikan kepada orang ramai.Penagihan DadahDadah boleh digunakan sebagai ubat ataupun sebagai senjata.Biarpun dadah mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan yang membawa kebaikan kepada kita tetapi ia juga membawa keburukan kepada kita apabila ia disalahgunakan.Mengikut kajian yang dijalankan, remaja yang terlibat dalam penagihan mencatat peningkatan yang mendadak.

Sebab-sebab1. Tidak mendapat kasih sayang daripada keluargaRemaja-remaja yang tidak mendapat prihatin daripada keluarga mereka sentiasa diabai.Untuk mengatasi rasa kesedihan yang dihadapi,mereka mengambil dadah yang membolehkan mereka bakal dan menjadi penagih dadah selepas memakainya.2. Pengaruh kawanSesetengah daripada mereka menagih dadh kerana mereka dipengaruhi oleh ajakan kawan mereka untuk mengambil dadah.Jika mereka menolak ajakan kawan mereka untuk menagih dadah maka mereka akan kehilangan kawan baik.Akhirnya,mereka terjebak ke dalam kancah dadah yang menghancurkan masa depan seseorang.3. Rasa ingin mencubaRemaja pada peringkat ini adalah penuh dengan rasa ingin tahu dan mencuba.Apabila mereka mendapat dadah,mereka ingin tahu apakah kesan selepas menggunakannya.Tetapi, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah terjatuh ke dalam perangkap pengedar dadah yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.4. Kesenangan untuk mendapat dadahDalam hal berkaitan dengan kesenangan dalam mendapat bekalan dadah,pehak penguatkuasa undang-undang perlu mengambil tanggungajawab terhadap perkara perkara ini.Disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah,remaja mudah mendapat dadah di pasaran dengan mudah secara haram.

Kesan-kesan1. Masalah kesihatanRemaja yang menagih dadah selepas suatu janka masa yang panjang akan menghadapi masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi,penyakit mental,kanser dan sebagainya.Hal ini disebabkan dadah mengandungi kandungan ubat yang beracun.Mengikut kajian yang dijalankan,sesetengah pil ecstacy yang dijual mengandungi ubat tikus yang beracun serta serpihan kaca.Serpihan kaca yang dibubuh ke dalam dadah adalah untuk mempercepatkan kesan ubat tersebut ke atas penagih.2. Peningkatan kes jenayahDemi mendapat wang bagi melegakan rasa gian penagih dadah,mereka terpaksa mencuri,merompak ataupun melakukan apa-apa jenayah yang membolehkan mereka untuk mendapat wang.Oleh itu,kita sering mendapat berita tentang kes pecah rumah,meragut,merompak dalam surat khabar.3. Pembangunan dan keamanan negara tergugatApabila penagih dadah dalam negara kita meningkat,pembangunan negara tergugat kerana keasyikan mereka untuk mengkhayalkan diri menyebabkan mereka hilang minat dalam pelajaran dan keiginan untuk bekerja.Remaja yang tidak belajar dan bekerja akan mengurangkan pengeluaran negara biarpun dari segi kewangan ataupun tenaga kerja.

Langkah-langkah1. Mengetatkan undang-undangKerajaan memainkan peranan yang penting dalam menghapuskan gejala ini terutamanya di kalangan remaja.Undang-undang yang berkaitan dengan dadah harus dipreketatkan lagi agar pengedar dan penagih dadah akan bertaubat.Dengan adanya undang-undang yang baik tetapi pelaksanaan yang lemah tidak akan membantu kitas dalam menghapuskan gejala ini.Oleh itu, pihak polis harus sentiasa mengadakan pemeriksaan yang ketat di kastam-kastam untuk menghalang pengedar dadah yang berniat menyeludup dadah ke dalam negara kita.2. Kempen dan ceramah diadakanKempen tentang bahaya dadah boleh dilancarkan oleh mana-mana pihak untuk menyedarkan remaja kita tentang kebahayaan dadah.Polis juga patut dijemput untuk memberi ceramah tentang jenayah yang berkaitan tentang.Pada masa yang sama,polis boleh memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berniat untuk mengedar ataupun menagih dadah.3. Kasih sayang IbubapaIbubapa harus sentiasa memberi perhatian kepada apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka supaya mereka tidak bergaul dengan kawan yang tidak baik dan seterusnya terjebak ke dalam amalan penagihan dadah.4. Pegangan agama yang kuatRemaja yang beriman dan mempunyai pegangan agama yang kuat tidak udah terpengaruh dan dihasut untuk mencuba dadah.Hal ini disebabkan,mereka adalah kuat dan teguh dari segi mental serta mereka tidak akan membuat apa-apa perkara yang berada di sisi undang-undang.

Gejala Ponteng

Pelajar merupakan pemimpin kepada negara pada masa akan datang memperlihatkan betapa pentingnya pelajar kepada negara dan pelajar-pelajar kita terdiri remaja-remaja yang bakal menjadi pucuk kepimpinan.Sayangnya,remaja-remaja sebagai pelajar asyk ponteng sahaja dan ia telah menjadi masalah yang serius di kalangan remaja masa kini.Selepas ponteng,mereka akan menghabiskan masa mereka di kompleks beli-belah dan pusat-pusat hiburan.Sebab-sebab1. Hilang minat dalam pelajaranBukanya semua pelajar mempunyai tahap kefahaman yang sama dan di kalangan mereka adanya yang lemah.tetapi,golongan pelajar sentiasa diabaikan oleh guru menyebabkan mereka hilang minat.Selain itu,mereka diabaikan malah dipandang rendah oleh cikgu mereka kerana tidak cemerlang dalam pencapaian akademik mereka.2. Pengaruh daripada rakan-rakanAda di kalangan mereka yang ponteng kerana dipengaruhi oleh kawan mereka.Mungkin mereka akan menolak permintaan pada permulaan tetapi kawan mereka akan mula menjauhi mereka.Demi meneruskan hubungan mereka sebagai kawan,mereka terpaksa ikut jejak rakan mereka ponteng kelas.3. Pengabaian peranan ibubapa dalam pelajaran anak merekaIbubapa yang sibuk kerja untuk mencari rezeki kuran mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh anak mereka di sekolah.Hal ini memberi peluang kepada pelajar ponteng sekolah.Kesan-kesan1. Masalah sosial meningkatPelajar yang ponteng ini akan melibatkan di mereka yang tidak sihat seperti gengsterisme vandalisme dan lain lain.Golongan pelajar ini akan membawa masalah kepada masyarakat kita dan jika tidak diselesaikan dengan segera akan menpengaruhi pembangunan negara.2. Pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolahAkibat daripada tabiat ponteng itu,golongan remaja ini tidak dapat meneruskan pelajaran mereka kerana mereka jauh tertinggal.Kemungkinan juga golongan ini akan menganggur kerana mereka tidak dapat bersaing dalam keadaan yang penuh dengan persaingan.

Langkah-langkah1. Peranan pihak sekolahDalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah ini,pihak sekolah memainkan peranan yang paling penting.Pihak sekolah harus memberi perhatian terhadap kehadiran pelajar-pelajar dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang tidak mencapai tahap yang memuaskan dalam kehadiran mereka.Pelajar yang ditangkap ponteng harus dihukum dengan berat sebagai amawan keras kepada yang lain.2. Peranan ibubapaIbubapa harus mengambil berat terhadap pelajaran anak mereka termasuklah memastikan anak mereka sentiasa hadir di sekolah.Apabila pihak sekolah mendapati anak mereka ponteng,mereka harus memberi kerjasama dengan berjumpa dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pengambilan Minuman Keras

Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan"mood".Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.Amalan meminum minuman keras atau minuman beralkohol merupakan suatu tabiat buruk terutama sekali pada remaja kita masa kini. Masalah ini mempunyai tahap serius yang sama dengan masalah-masalah sosial lain yang melanda negara kita. Malah masalah ini kian hari kian meruncing.

Faktor-faktor

Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja untuk mengambil minuman keras termasuk:

1. Pengaruh rakan sebayaRamai remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut. Jika mereka enggan mengikut cara hidup rakan, mereka takut akan kehilangan rakan. Dalam realiti,rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.

2. Iklan yang dipaparkanNamun pengiklanan arak dalam panggung wayang, dalam VCD, media cetak tidak diharamkan dibenarkan semakin kerap. Kita lihat media cetak, akhbar-akhbar bahasa Inggeris semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol. Pengiklanan sekarang menjadi sangat menarik. Sekarang ini syarikat arak sudah mulai menaja sukan. Belum lagi sukan mass massa seperti bola ataupun badminton tetapi sudah mula menaja sukan seperti golf. Menggunakan wanita mengeksploitasi wanita yang seksi, yang mengghairahkan untuk juga menjual arak juga menarik perhatian remaja.

3. Mudah didapatiPenjualan arak dijalankan di mana-mana sahaja. Kesannya, remaja tidak menghadapi kesusahan dalam mendapat alcohol pada bila-bila masa sahaja. Ini telah mendorong mereka untuk mengambil minuman keras dengan lebih kerap.

Kesan-kesan

Alkohol membawa banyak kesan negatif iaitu:

1. Memudaratkan kesihatan

Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri. Kesan pengambilan minuman keras ialah mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka.

2. Tahap kemalangan meningkatKebanyakan kes-kes kecederaan dan kematian disebabkan oleh pemandu mabuk. Pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala dan meragam di dalam perut. Jenis kandungan dadah yang terdapat di dalam minuman beralkohol ini ialah etil alkohol atau etanol. Ia merupakan dadah sedatif yang memperlahankan aktiviti sistem saraf. Oleh itu, kemungkinan yang besar bagi kemalangan untuk berlaku dalam keadaan mabuk.

3. Kelakuan di luar kawalanManusia memiliki pusat kawalan di otak. Pusat kawalan itu melarang seseorang daripada melakukan perbuatan yang di anggap salah. Contohnya seseorang itu pada kebiasaannya tidak menggunakan bahasa kasar atau kesat ketika berhadapan dengan kedua ibu bapa dan dengan orang yang lebih tua. Apabila seseorang meminum alkohol, pusat kawalan tersebut menjadi tersekat. Inilah yang mengakibatkan seseorang yang mabuk melakukan perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya. Contohnya seseorang yang mabuk didapati menggunakan bahasa kesat dan tidak menyedarinya kesilapan itu walaupun sedang berhadapan dengan kedua ibu bapanya. Mereka akan berkelakuan buruk.

Cara mengatasi

1. Peranan ibu bapaIbu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan banteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mencari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula bergaul dengan rakan sebaya untuk mencari keseronokan serta mengambil alkohol untuk melepaskandiri daripada permasalahan.

2. Kempen kesedaranKempen kesedaran harus dijalankan bagi menanam kesedaran di kalangan masyarakat terutamanya para remaja tentang bahaya dan akibat pengambilan minuman keras. Kempen-kempen ini boleh diadakan di tempat umum dan juga sekolah supaya anak-anak sekolah mendapat pengetahuan tentang kesan daripada arak.

Budaya BaratDefinisi

Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya . Ringkasnya, penulis dapat simpulkan bahawa, pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk, hedonisme, skin head, dan sebagainya.

Contoh-contoh Budaya BaratBudaya PunkPunk lebih terkenal dari fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambutmohawk, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.Gaya hidup ialah relatif tidak ada seorangpun memiliki gaya hidup sama dengan lainnya. Ideologi diambil dari kata "ideas" dan "logos" yang berarti buah pikiran murni dalam kehidupan. Gaya hidup dan ideologi berkembang sesuai dengan tempat, waktu dan situasi maka punk kalisari pada saat ini mulai mengembangkan proyek "jor-joran" yaitu manfaatkan media sebelum media memanfaatkan kita. Dengan kata lain punk berusaha membebaskan sesuatu yang membelenggu pada zamannya masing-masing.

Pengaruh Black Metal

Aktiviti kumpulan BLACK METAL ini bersendikan kepada pemujaan syaitan dan Black Metal ini diasaskan di Barat yang terkenal dengan muzik berentak keras, bingit serta liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej yang dibawa dalam setiap lagu ialah menolak kewujudan Tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Kumpulan ini juga menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas.Lagu-lagu bawah tanah ini biasanya pelik. Kadangkala hanya berbunyi garau dan tidak jelas, bahkan ada yang tidak merdu langsung mengikut definisi muzik. Lirik lagu pula seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakannya liar dan lucah. Sebab itu ada mengatakan inilah `bunyi syaitan' tetapi ia indah kepada pengikutnya. Inilah dikatakan kontemporer, lain dari yang lain. Mereka mahu bebas dan benci peraturan. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa, syaitan, manusia, tuhan serta alam ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.Kumpulan ini juga diwajibkan menjalani upacara pemujaan syaitan, meminum darah kambing dan memakai salib yang diterbalikkan sepertimana yang dinyatakan awal tadi.

Budaya Hedonisme

Dalam kamus Collins Gem (1993) dinyatakan bahwa hedonisme adalah doktrin yang menyatakan bahwa kesenangan adalah hal yang paling penting dalam hidup. Atau hedonisme adalah paham yang dianut oleh orang-orang yang mencari kesenangan hidup semata-mata (Echols, 2003) . Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata.Seorang hedonis adalah orang yang mengejar kebahagiaan dengan mencari perasaan-perasaan yang menyenangkan, yang nikmat sebanyak mungkin dan sedapat-dapatnya menghindari perasaan-perasaan yang tidak enak. Dengan demikian akan ada banyak orang yang akan lari dari kenyataan dalam menghadapi kehidupan yang kian hari semakin sulit. Perkembangan yang terjadi pada saat ini disatu sisi menawarkan berbagai kesenangan, kesejahteraan dan kenikmatan yang membanggakan namun di sisi lain mengokohkan akar hedonisme dan memberikan bayangan keberuntungan dan kemajuan secara material dan fisik sebanyak dan setinggi mungkin.Akibatnya terjadi perubahan dalam kehidupan manusia yang bermuatan moral religius. Moral kemanusian akhirnya mengalami kehilangan arah, bahkan nilai-nilai religius mengalami keruntuhan.

PengaruhSkinhead

Tali pinggang atau bracesBomber JacketArnold Palmer

SeluarJeans- Levis- Lee- WranglerSlack- Sta-Pres- Diekies

KasutBoot- Dr. Marten- Monkey Boot- Underground- Steel-ToeSnikers- Adidas

JaketLevisWranglerHarringtonSkinheads ditubuhkan pada tahun 60an dan mula berkembang pada tahun 1964 iatu di bandar Chelsea, England.Skinheads menggemariHang Outatau melepak di Snooker dan juga Pub. Boot juga dianggap sebagai senjata utama bagi Skinheads. Pada tahun 1971, Jimpesy telah menubuhkan Football Team. Jimpesy telah meminta kebenaran dariQueen Chelseauntuk menubuhkan Football Team untuk Skinheads. Skinheads hendaklah menghentakkan kaki mereka sebelum masuk ke padang sebagai memperingati jasa yang dicurahkan oleh Jimpesyuntuk Skinheads Football.Football Hooligansmerupakan Penonton Skinheads yang suka membuat huru-hara di stadium bola sepak. Tren bagi Skinhead ialah gemar mengubah tekanan, mengkaji dan menyembahkanstylemereka.Faktor-faktor

Pengaruh media massaPenciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupanseharian manusia. Marican dan Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh mediamassa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media massa di siniadalah surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalahbarat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidupyang tidak sihat seperti black metal, punk, dan sebagainya. Kesemua ini telahmenjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan Baratkini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerikamengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat negara initerutama remaja dan belia.Kesan-kesan

1. Keruntuhan akhlak

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihakpihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihakpihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.

2. Peningkatan Gejala SosialBanyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.

Cara mengatasi

Penapisan filem BaratLembaga Penapisan Filem (LPF) harus menapiskan filem-filem Barat yang mempunyai unsur negatif untuk mengekalkan budaya ketimuran Malaysia. Tidak dinafikan penonjolan budaya yang ditampilkan dalam filem Barat banyak terselit adegan ganas, perang, dadah dan arak, lucah, tidak bersopan sering menjadi ikutan remaja. Unsur-unsur sebegini tidak harus menjadi sumber hiburan yang ditonjolkan dalam filem. Walau bagaimanapun, filem-filem barat yang mendorong kepada nilai-nilai pengajaran dan pendidikan harus digalakkan.