suaini zakaria bin muhammad · 4.9 gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10...

69
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR-PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SAINS DAN MATEMATIK, KEMAHIRAN HIDUP DAN PENGAJIAN ISLAM ) SEPARUH MASA UTM BERDASARKAN SKALA GAYA PEMBELAJARAN GRASHA-RIECHMANN SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 06-Nov-2019

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR-PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA

PENDIDIKAN (SAINS DAN MATEMATIK, KEMAHIRAN HIDUP DAN

PENGAJIAN ISLAM ) SEPARUH MASA UTM BERDASARKAN SKALA

GAYA PEMBELAJARAN GRASHA-RIECHMANN

SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar
Page 3: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar
Page 4: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar
Page 5: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

i

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR-PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA

PENDIDIKAN (SAINS DAN MATEMATIK, KEMAHIRAN HIDUP DAN

PENGAJIAN ISLAM ) SEPARUH MASA UTM BERDASARKAN SKALA GAYA

PEMBELAJARAN GRASHA-RIECHMANN

SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 6: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

ii

“Saya akui kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD

Tarikh :

Page 7: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

iii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu tersayang

Muhammad bin Abd Razak & Zaiton bt Ali Akhbar

Diri ini tidak pernah sedetik melupakan jasa kalian berdua.

Terima kasih untuk segalanya kerana memberi dorongan dan semangat buatku

mengakhiri perjuangan dan pengorbanan ini dengan kejayaan.

Buat isteri, anak-anak, adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan,

terima kasih di atas sokongan kalian semua yang tidak ternilai

hatta dengan wang ringgit sekalipun dan

terima kasih kerana mendoakan kejayaan ini.

Page 8: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

iv

PENGHARGAAN

Segala pujian bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka saya beroleh kekuatan

dalam menyediakan penulisan tesis ini.

Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan sekalung budi kepada penyelia

kajian ini, En. Ahmad Johari bin Sihes atas bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan idea

sepanjang tempoh penyelidikan ini. Segala ilmu dan kemahiran yang dicurahkan akan

digunakan sebaik mungkin.

Kerjasama daripada pensyarah yang mengajar pelajar-pelajar SPACE,pemeriksa

projek ini, Dr. Mohamed Sharif Mustaffa dan En. Hassan Hushin amatlah dihargai.

Akhir kata, kepada ayah dan ibu, keluarga dan rakan-rakan, pengorbanan kalian

sungguh besar maknanya buat saya, hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat

membalasnya.

Sekian,

Suaini Zakaria bin Muhammad

Page 9: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

v

ABSTRAK

. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan (Sains dan Matematik, Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam)

separuh masa UTM Johor Bahru. Model Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann

yang terdiri daripada enam sifat yang berbeza iaitu berdikari, penghindaran, kolaboratif,

pergantungan, persaingan dan penyertaan digunakan. Pelajar yang terlibat dalam kajian

ini terdiri daripada pelajar-pelajar Sains dan Matematik, Kemahiran Hidup dan

Pengajian Islam yang mengikuti pengajian separuh masa SPACE. Kaedah soal selidik

yang berbentuk skala Likert digunakan sebagai instrumen kajian kepada 93 orang

responden dan dapatan di analisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical

Packages for Sosial Science) version 12.0 for Windows. Hasil kajian menunjukkan sifat

kolaboratif dan persaingan merupakan gaya pembelajaran dominan. Didapati juga tiada

perbezaan gaya pembelajaran merentas jantina dan hanya sifat penyertaan yang ada

perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan CPA. Kajian ini juga mengemukakan

beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap pembelajaran pelajar-pelajar separuh masa

SPACE.

Page 10: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

vi

ABSTRACT

This research was intended to study the learning style of part time students under

Degree in Education ( Science and Mathematics, Living Skill and Islamic Study) at

SPACE, UTM Johor Bahru. Grasha-Riechmann’s Learning Style Model which consists

of six different attributes ; independence, avoidance, collaborative , dependence,

competitiveness and involvent. Students who were involved in this research are currently

pursuing part time studies in Science and Mathematics, Living Skill and Islamic Studies

under SPACE. The questionaries are set according to Likert Scale and were used as an

instrument to study 93 respondents. The results were analysed using SPSS Software

(Statistical Packages fo Sosial Science) version 12.0 for windows. Result shows that

collaborative and attributes as the dominant learning style. Result also shows that there

is no significant difference in learning style according to sex but involvement attribute is

significant different based on CPA. This research also includes few suggestions to

enhance the learning level of SPACE UTM students.

Page 11: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii - xiii

SENARAI JADUAL xiv - xvi

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

SENARAI SINGKATAN xix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian

1.5.1 Pelajar 7

1.5.2 Pensyarah 8

1.5.3 Fakulti 8

Page 12: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

viii

1.6 Skop Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Terminologi 10

1.8.1 Gaya Pembelajaran 10

1.8.2 Berdikari 10

1.8.3 Penghindaran 11

1.8.4 Kolaboratif 11

1.8.5 Pergantungan 11

1.8.6 Persaingan 11

1.8.7 Penyertaan 12

1.8.8 Pelajar 12

1.8.9 Pensyarah 12

1.8.10 SPACE 12

1.8.11 Gaya Pembelajaran Dominan 12

1.8.12 Kecemerlangan Akademik 13

1.9 Penutup

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Sejarah dan Latarbelakang SPACE UTM 14

2.2 Program Pengajaran Separuh Masa 15

2.3 Latarbelakang Pelajar SPACE 16

2.4 Model Integrasi untuk Pendidikan Jarak Jauh 17

2.5 Pembelajaran Dewasa 18

2.6 Gaya Pembelajaran 21

2.7 Model Kajian Skala Gaya Pembelajaran 25

Grasha-Riechmann

Page 13: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

ix

2.7.1 Berdikari 27

2.7.2 Penghindaran 28

2.7.3 Kolaboratif 28

2.7.4 Pergantungan 29

2.7.5 Persaingan 29

2.7.6 Penyertaan 29

2.8 Hubungan Antara Skala Gaya Pembelajaran Pelajar 30

Grasha-Riechmann dengan Gaya Pembelajaran

Pelajar dan Aktiviti Kelas

2.9 Kajian Lepas 33

2.10 Penutup 35

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 36

3.1 Reka Bentuk Kajian 36

3.2 Tempat Kajian 37

3.3 Populasi 37

3.4 Sampel 38

3.5 Instrumen Kajian 38

3.6 Keesahan Soal Selidik 40

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Pengumpulan Data Kajian 41

3.9 Analisis Data 41

3.10 Korelasi 43

3.11 Kaedah Statistik Yang Digunakan 44

3.12 Penutup 46

Page 14: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 47

4.1 Analisis Bahagian A 47

4.1.2 Taburan Responden Mengikut 48

Jantina

4.1.3 Taburan Responden Mengikut Umur 48

4.1.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 49

Bekerja

4.1.5 Taburan Responden Mengikut Program 50

Yang Diambil

4.1.6 Taburan Responden Mengikut Pencapaian CPA 50

Analisis Bahagian B

4.2 Persoalan Kajian 1 51

4.2.1 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar 51

Dari Segi Berdikari

4.2.2 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar 52

Dari Segi Penghindaran

4.2.3 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar 52

Dari Segi Kolaboratif

4.2.4 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar 53

Dari Segi Pergantungan

4.2.5 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar 54

Dari Segi Persaingan

4.2.6 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar 54

Dari Segi Penyertaan

4.2.7 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar 55

Page 15: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

xi

4.3 Persoalan Kajian 2 57

4.3.1 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 57

Segi Sifat Berdikari Merentas Jantina

4.3.2 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 58

Segi Sifat Penghindaran Merentas Jantina

4.3.3 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 58

Segi Sifat Kolaboratif Merentas Jantina

4.3.4 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 59

Segi Sifat Pergantungan Merentas Jantina

4.3.5 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 60

Segi Sifat Persaingan Merentas Jantina

4.3.6 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 60

Segi Sifat Penyertaan Merentas Jantina

4.3.7 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar 61

Merentas Jantina

4.4 Persoalan Kajian 3 62

4.4.1 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 62

Segi Sifat Berdikari Berdasarkan Keputusan CPA

4.4.2 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 63

Segi Sifat Penghindaran Berdasarkan Keputusan

CPA

4.4.3 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 63

Segi Sifat Kolaboratif Berdasarkan Keputusan

CPA

4.4.4 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 64

Segi Sifat Pergantungan Berdasarkan Keputusan

CPA

4.4.5 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 65

Segi Sifat Persaingan Berdasarkan Keputusan

CPA

Page 16: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

xii

4.4.6 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari 65

Segi Sifat Penyertaan Berdasarkan Keputusan

CPA

4.4.7 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Berdasarkan 66

Keputusan CPA

4.5 Persoalan Kajian 4 67

4.5.1 Korelasi Di antara Keenam-enam Gaya 67

Pembelajaran Dikalangan Pelajar

4.6 Penutup 69

BAB 5 RUMUSAN , PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 70

5.1 Rumusan Kajian 70

5.1.1 Latar Belakang Responden 70

5.1.2 Apakah gaya pembelajaran dominan dikalangan 72

Pelajar-pelajar berdasarkan Skala Gaya

Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann?

5.1.3 Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran 72

Merentas jantina?

5.1.4 Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran 72

Relajar berdasarkan CPA?

5.1.5 Adakah terdapat hubungan di antara 73

keenam-enam gaya pembelajaran

di kalangan Pelajar?

Page 17: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

xiii

5.2 Perbincangan 73

5.2.1 Persoalan Kajian 1 73

5.2.2 Persoalan Kajian 2 75

5.2.3 Persoalan Kajian 3 75

5.2.4 Persoalan Kajian 4 76

5.3 Cadangan 77

5.3.1 Cadangan kepada pelajar 77

5.3.2 Cadangan kepada pensyarah 78

5.3.3 Cadangan kepada Fakulti 78

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 79

5.5 Penutup 80

BIBLIOGRAFI 81

LAMPIRAN A-C 87-89

Page 18: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Elemen-elemen Gaya Pembelajaran Canfield 24

2.2 Hubungan antara Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann 30

Dengan Gaya Pembelajaran Pelajar dan Aktiviti Kelas

2.3 Kebaikan dan kelemahan sifat-sifat Skala Gaya Pembelajaran 32

Pelajar Grasha-Riechmann

3.1 Taburan populasi pelajar di SPACE UTM 38

3.2 Skala Likert 39

3.3 Bilangan soal selidik yang boleh digunakan dalam penyelidikan 41

3.4 Pengelasan Berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Pelajar 43

Grasha-Riechmann

3.5 Klasifikasi kekuatan korelasi 44

3.6 Kaedah statistik yang digunakan bagi setiap persoalan kajian 45

4.1 Taburan responden mengikut jantina 48

4.2 Taburan responden mengikut umur 48

4.3 Taburan responden mengikut pengalaman bekerja 49

4.4 Taburan responden mengikut program 50

4.5 Taburan responden mengikut pencapaian CPA 50

4.6 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat berdikari 51

4.7 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat penghindaran 52

Page 19: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

xv

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.8 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat kolaboratif 53

4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53

4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54

4.11 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat penyertaan 55

4.12 Gaya pembelajaran responden secara keseluruhan 56

4.13 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat berdikari 57

merentas jantina

4.14 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat penghindaran 58

merentas jantina

4.15 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat kolaboratif 59

merentas jantina

4.16 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 59

merentas jantina

4.17 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 60

merentas jantina

4.18 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat penyertaan 61

merentas jantina

4.19 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar merentas jantina 61

4.20 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat berdikari 62

Berdasarkan CPA

4.21 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat penghindaran 63

Berdasarkan CPA

4.22 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat kolaboratif 64

Berdasarkan CPA

4.23 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 64

Berdasarkan CPA

Page 20: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

xvi

4.24 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 65

Berdasarkan CPA

4.25 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat penyertaan 66

Berdasarkan CPA

4.26 Perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan CPA 66

4.27 Korelasi di antara keenam-enam gaya pembelajaran di kalangan 68

pelajar

Page 21: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Gaya Pembelajaran Kolb 1976 25

Page 22: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A BORANG SOAL SELIDIK 87

B ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN 88

KAJIAN RINTIS

C SURAT KEBENARAN DARI FAKULTI 89

PENDIDIKAN UTM

Page 23: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

xix

SENARAI SINGKATAN

PSM - Projek Sarjana Muda

SPSS - Statistical Package of Social Science

SPACE - Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SSK - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Page 24: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Ramai orang amat berminat dengan pembelajaran , terutama sekali pada masa

kini , dimana peledakan ilmu pengetahuan menjadi-jadi di merata-rata tempat di dunia

ini, baik di Timur mahupun di Barat (Amir,1996). Demi merealisasikan impian ini,

proses pembelajaran masa kini bukan sahaja berlaku di sekolah dan institusi pengajian

tinggi malah terdapat juga golongan yang bekerja sepenuh masa belajar secara separuh

masa di Universiti untuk menambah ilmu pengetahuan mereka.

Malaysia sedang menuju ke arah wawasan 2020, yang bertujuan untuk

menjadikan Malaysia Negara industri menjelang tahun 2020. Untuk mencapai matlamat

tersebut, kita memerlukan sumber manusia yang berkualiti dari segi pendidikan dan

latihan. Bagi tujuan ini, Majlis Universiti Teknologi Malaysia (kini dikenali dengan

Lembaga Pengarah) telah menubuhkan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan

Berterusan (SPACE) pada bulan julai 1993. Operasi SPACE diperluaskan ke kampus

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dikenali

UTM “City Campus”.

Page 25: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

2

SPACE telah mengorak langkah dengan menawarkan 30 orang pelajar program

Sarjana Perancangan Pengangkutan di bawah Program Pengajian Luar Kampus Separuh

Masa (Program Pengajian Separuh Masa atau PSM). Kemudian tahun berikutnya iaitu

1994 dengan mengendalian program Sarjana Kejuruteraan Gas (36 pelajar) dan program-

program peringkat sijil (433 pelajar) serta pelbagai kursus pendek, seminar dan bengkel.

Bermula sesi 1995/1996 program-program akademik secara separuh masa telah

dikembangkan dengan lebih luas baik dari segi bilangan program mahupun dari segi

bilangan pengambilan pelajar dan juga pusat pembelajaran . Kini, program PSM

peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dijalankan di 15 pusat pembelajaran di

seluruh negara.

Keistimewaan pembelajaran secara ini bukan sahaja terbuka kepada mereka yang

layak tetapi juga kepada yang bekerja sepenuh masa. Ia merupakan satu pendekatan yang

bijak kearah menyelesaikan masalah pengajaran bagi pelajar-pelajar yang tidak

berpeluang belajar sepenuh masa di pusat-pusat pengajian tinggi (Yusup, 1998).

Di SPACE, pelajar-pelajar membuat pembelajaran kendiri (self study) melalui

bacaan buku dan nota tertentu serta menghadiri kuliah pada hujung minggu. Umur pelajar

untuk mengikuti program ini adalah tidak terhad . Pelajar-pelajar yang mengikuti

program ini akan menerima bahan pembelajaran yang terdiri daripada buku dan bahan

bercetak yang disediakan oleh SPACE. Pelajar-pelajar akan membaca dan melihat

dirumah terlebih dahulu dan kemudian akan menghadiri kuliah pada hujung minggu

untuk perbincangan dan latihan dengan pensyarah (Isahak,1994).

Ini bermakna pembelajaran hanya dapat dilakukan selepas waktu kerja atau pada

hujung minggu. Begitu juga dengan pertemuan secara formal dengan pensyarah hanya

akan diadakan pada hujung minggu dari waktu pagi sehingga waktu petang. Proses

pembelajaran sebegini adalah mencabar memandangkan tempoh tumpuan pengajaran

pensyarah yang minimum (Zalina dan Nur Zakiah,2000). Oleh itu cara pembelajaran

antara pelajar-pelajar SPACE dengan pelajar-pelajar Universiti tempatan sepenuh masa

Page 26: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

3

adalah amat berbeza. Maka gaya pembelajaran yang betul harus diamalkan bagi menemui

kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang akademik.

Pembelajaran biasanya dianggap sebagai perolehan maklumat, pengetahuan,

penguasaan kemahiran, tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran

adalah perubahan kefahaman individu dan keupayaan melaksanakannya serta

mempraktikkan apa yang telah dipelajari iaitu bukan sekadar meningkatkan jumlah

matlamat yang digarap (Hargreaves, 1996). Setiap insan terdapat gaya pembelajarannya

yang tersendiri dalam proses pembelajaran. Gremli (1996) setuju dengan penyataan ini

dengan menyatakan bahawa setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri

seperti cap ibu jari. Riding (1993) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai cara

seseorang pelajar memproses maklumat secara menyeluruh atau secara berperingkat-

peringkat atau analitik. Pembelajaran seseorang bergantung pada pengalaman, kebolehan,

kecerdasan dan sikap masing-masing. Perbezaan dalam pengalaman, kebolehan,

kecerdasan dan sikap ini sangat mempengaruhi cara seseorang mempelajari, mentafsir,

menganalisis, memahami sesuatu dan mencerap pengetahuan yang diajarkan (Aziz 1992).

Perbezaan gaya pembelajaran yang wujud dalam diri individu boleh diperjelaskan dengan

teori gaya pembelajaran yang menyatakan setiap individu mempunyai pendekatan yang

berbeza dalam pelajaran (Gilbert dan Hang, 1999).

Memandangkan situasi pembelajaran dan pelajar di SPACE amat berbeza,

penyelidik ingin mengkaji tentang gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-

pelajar SPACE dalam situasi yang istimewa ini.

1.1 Latar Belakang Masalah.

Pendidikan merupakan antara aset penting yang menjadi penjana dan pemangkin

kepada pencapaian matlamat Malaysia menjadi Negara maju pada tahun 2020. Bagi

menanggani cabaran abad ke 21 dan aspirasi Malaysia sebagai sebuah Negara maju,

Page 27: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

4

maka pembangunan pendidikan yang bertaraf dunia dari aspek system,program dan

prasarana adalah menjadi prasyarat yang utama. Kejayaan dan kecemerlangan system

pendidikan ini akan dapat dapat mengoptimumkan potensi individu dan melahirkan

tenaga mahir yang berketerampilan (Warnah et al, 2000). Bagi tujuan ini SPACE telah

ditubuhkan pada julai 1993 sebagai salah satu altenatif untuk mencapai matlamat ini.

Sejak itu SPACE telah memainkan peranan yang penting dalam system

pendidikan dengan memberi peluang pendidikan kepada mereka yang bekerja sepenuh

masa. Ini adalah kerana pembelajaran di SPACE adalah pada hujung minggu dimana

pelajar dari pelbagai kawasan menghadiri kuliah dipusat-pusat pembelajaran yang

disediakan . Kuliah bermula dari waktu pagi dan waktu petang. Pertemuan secara formal

antara pelajar dan pensyarah hanya berlaku ketika mereka menghadiri kuliah. Manakala

pertemuan secara tidak formal antara pelajar dengan pensyarah tidak berlaku.

Menurut Zalina dan Nur Zakiah (2000), proses pembelajaran begini adalah

mencabar memandangkan tempoh tumpuan pengajaran pensyarah yang minimum.

Daripada dapatan Siti Hajar et al, (2000), telah menunjukkan bahawa lebih daripada 75%

daripada bilangan pelajar ingin mempertingkatkan pertemuan dengan pensyarah dalam

kuliah dan hampir separuh daripada bilangan pelajar tersebut dapat memahami teks yang

dibincangkan dalam modul yang diberikan dalam masa yang singkat.

Fadzilah Siraj et al.(2000), juga bersetuju bahawa keadaan pembelajaran begini

wujudnya masalah interaksi antara pelajar dengan pensyarah sewaktu menghadiri kelas.

Pelajar hanya bersemuka dengan pensyarah ketika menghadiri kelas. Ini merupakan

sebab utama bilangan pelajar yang diberhentikan dari pengajian adalah lebih ramai

berbanding dengan pelajar di dalam kampus Universiti (Idris 2000).

Selain itu kajian Wan Madznah (2000) dan Karsono (1998) juga menunjukkan

peratus kegagalan pelajar yang mengikuti program separuh masa adalah tinggi kerana

mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pembelajaran di universiti .

Menurut Wan Madznah (2000) minda mereka masih lagi mengamalkan kaedah kaedah

pembelajaran tradisional. Walaubagaimanapun kegagalan tersebut bukanlah disebabkan

Page 28: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

5

oleh ketidakmampuan pelajar berkenaan, tetapi disebabkan pembelajaran di universiti

memerlukan keberkesanan dalam kaedah belajar yang betul di kalangan pelajar

(Rowntree, 1974).

Oleh itu kejayaan seseorang pelajar dalam pembelajaran amat bergantung kepada

gaya dan strategi yang diamalkan oleh pelajar tersebut (Hartman, 1995), juga mengatakan

bahawa gaya pembelajaran akan memberi kesan positif dan negatif terhadap pencapaian

pelajar.

Menurut Sharp (1997), kesedaran pelajar tentang gaya pembelajaran diri mereka

dan gaya pembelajaran lain dapat membantu mereka dalam perkembangan kemahiran

komunikasi dan kemahiran interpersonal. Begitu juga dengan Felder (1996), yang menun

jukkan bahawa pelajar yang mempelajari gaya pembelajaran dapat membantu mereka

mengikuti kursus mereka dengan lebih baik kerana maklumat gaya pembelajaran

membolehkan mereka memahami proses pemikiran mereka dengan jelas.

Philips (1993), juga menyatakan individu yang faham akan gaya belajar mereka

akan lebih bersikap positif terhadap pembelajaran disamping nenunjukkan potensi

akademik yang lebih baik.

Kesimpulannya, gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam

proses pembelajaran pelajar demi mencapai kejayaan. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan

untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar-pelajar dikalangan pelajar yang

mengikuti program SPACE Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains dan Matematik ,

Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam). UTM.

Page 29: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

6

1.2 Penyataan masalah

Berdasarkan latarbelakang yang dibincangkan, penyelidik mendapati bahawa

gaya pembelajaran adalah penting bagi pelajar yang menuntut di SPACE. Oleh itu dalam

kajian ini penyelidik ingin mengenalpasti gaya pembelajaran bagi pelajar yang sedang

menuntut di SPACE berdasarkan Skala Gaya pembelajaran Grasha-Riechmann dari segi

persaingan, kolaboratif, penghindaran, penyertaan, berdikari dan pergantungan pelajar.

Penyelidik juga ingin mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan

latarbelakang pelajar dari segi jantina dan pencapaian CPA pelajar.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti perkara-perkara berikut dikalangan

pelajar yang mengikuti SPACE Ijazah Sajana Muda Pendidikan (Sains dan Matematik ,

Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam)

a. Mengenalpasti gaya pembelajaran dominan dikalangan pelajar berdasarkan

Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann.

b. Mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran pelajar merentas jantina.

c. Mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan pencapaian

CPA.

d. Mengenalpasti hubungan diantara keenam-enam gaya pembelajaran

dikalangan pelajar

Page 30: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

7

1.4 Persoalan Kajian

a. Apakah gaya pembelajaran dominan dikalangan pelajar berdasarkan Skala

Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann?

b. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran pelajar merentas jantina ?

c. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan pencapaian

CPA?

d. Adakah terdapat hubungan diantara keenam-enam gaya pembelajaran

dikalangan pelajar.?

1.5 Kepentingan kajian

Penyelidik berharap agar hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-

pihak yang memerlukan . Antara kepentingan kajian terhadap golongan sasaran

penyelidik ialah :

1.5.1 Pelajar

Para pelajar dapat mengenal dirinya dengan lebih jelas untuk mengenalpasti

kekuatan dan kelemahan diri dan dapat belajar menuju ke arah kecenderungan diri bagi

mengasahkan bakat dan potensi dirinya. Selain itu gaya pembelajaran dalam diri masing-

masing yang berbeza dapat diketahui oleh pelajar supaya pelajar tidak mengikuti gaya

pembelajaran rakan lain sedangkan gaya pembelajaran itu tidak sesuai bagi dirinya .

Page 31: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

8

Kebolehan pelajar mengenalpasti cara diri sendiri mampu memberi perhatian, memproses

dan mengingati sesuatu maklumat baru dan susah diketahui oleh pelajar . Selain itu,

pelajar dapat mengeksploitasikan pengetahuan gaya pembelajaran yang betul dan sesuai

kedalam kehidupan seharian mereka dan mencapai kecemerlangan dalam bidang

akademik.

1.5.2 Pensyarah

Bimbingan dan nasihat dapat diberikan oleh pensyarah kepada pelajar-pelajarnya

untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Selain itu pensyarah juga dapat

mengenali gaya pembelajaran pelajar yang diamalkan dan memilih pendekatan

pengajaran yang sesuai dengan pelajar-pelajarnya agar dapat mencapai keberkesanan

dalam pengajaran.

1.5.3 Fakulti

Mendapat gambaran sebenar tentang gaya pembelajaran pelajar SPACE. Hasil

kajian yang diperolehi dapat membantu pihak-pihak yang tertentu terutama dalam bidang

pendidikan untuk merancang menambahbaikkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran

di SPACE.

Page 32: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

9

1.6 Skop kajian

a. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran

dikalangan pelajar SPACE Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains dan

Matematik , Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam) berdasarkan Skala Gaya

Pembelajaran Grasha-Richmann iaitu dari segi berdikari ,penghindaran,

kolaboratif, pergantungan persaingan dan penyertaan.

b. Terdapat pelbagai teori gaya pembelajaran. Antaranya ialah teori gaya

pembelajaran Bonwell (1998), teori Kolb (1976), teori Vermunt (1992) dan

sebagainya. Dalam kajian ini, hanya teori gaya pembelajaran Skala Gaya

Pembelajaran Grasha-Rriechmann iaitu dari segi berdikari, penghindaran,

kolaboratif, pergantungan, persaingan dan penyertaan digunakan.

c. Perbezaan gaya perbelajaran pelajar-pelajar SPACE Pendidikan Sains dan

Matematik , Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam berdasarkan jantina dan

CPA ingin dikenalpasti melalui kajian ini

1.7 Batasan Kajian

Responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar kursus SPACE Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan (Sains dan Matematik , Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam)

dari UTM.

Page 33: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

10

1.8 Definisi Terminologi

Definisi-definisi yang akan diterangkan dalam bahagian ini merupakan istilah

istilah yang bersesuaian dengan kajian ini sahaja.

1.8.1 Gaya Pembelajaran

Gaya Pembelajaran adalah kualiti personal dalam mempengaruhi kebolehan

seseorang pelajar untuk memperolehi maklumat, berinteraksi dengan pelajar lain dan

pensyarah dalam pengalaman pembelajaran mereka Skala Gaya Pembelajaran Grasha-

Riechmann dikategorikan gaya pembelajaran kepada enam sifat iaitu berdikari,

penghindaran, kolaboratif, pergantungan, persaingan dan penyertaan. Dalam kajian ini

gaya pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang kursus SPACE Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (Sains dan Matematik , Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam)UTM.

1.8.2 Berdikari

Pensyarah tidak perlu memberi arahan tetapi pelajar boleh menyiapkan tugasan

dengan sendiri. Pelajar boleh membuat kerja sendiri dan berkeyakinan dalam tugasan

yang diberikan.

Page 34: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

11

1.8.3 Penghindaran

Pelajar yang berkecenderungan mendapat taburan gred yang rendah dan yang

mempunyai ketidakhadiran kekuliah yang tinggi. Pengurusan dalam tugasan mereka

adalah lemah kerana mereka tidak bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka

1.8.4 Kolaboratif

Pelajar yang suka berkongsi idea ketika bekerja dalam kumpulan. Mereka belajar

melalui perkongsian adea dan tidak malas untuk mengeluarkan idea yang bernas.

1.8.5 Pergantungan

Pensyarah dan para pelajar lain menjadi sumber rujukan mereka dan mereka

memerlukan arahan yang jelas tentang tugasan yang hendak disiapkan begitu juga dengan

pembelajaran mereka hanya dengan bahan yang telah disediakan sahaja.

1.8.6 Persaingan

Pelajar yang berkecenderungan bersaing antara satu sama lain untuk mendapat

ganjaran dan pengiktirafan. Kadangkala persaingan yang timbul dalam kumpulan ketika

membuat tugasan.

Page 35: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

12

1.8.7 Penyertaan

Pelajar yang suka menyertai aktiviti-aktiviti kelas yang diadakan dan menghadiri

kuliah dan bertanggungjawab keatas pembelajaran mereka.

1.8.8 Pelajar

Pelajar yang menerima pendidikan formal dan mengikuti pengajian SPACE

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains dan Matematik , Kemahiran Hidup dan Pengajian

Islam) di UTM.

1.8.9 Pensyarah

Para akademik yang menyampaikan ilmu kepada pelajar di SPACE.

1.8.10 SPACE

Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan.

1.8.11 Gaya Pembelajaran Dominan

Gaya pembelajaran yang utama yang dimiliki oleh pelajar-pelajar SPACE. Gaya

pembelajaran ini biasanya diamalkan oleh mereka sepenuhnya.

Page 36: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

13

1.8.12 Kecemerlangan Akademik

Kamus Dewan (2005) menyatakan kecemerlangan adalah keelokan, keindahan

dan kegemilangan. Manakala akademik adalah mengenai atau berkaitan dengan

akademik ( pusat pengajian tinggi) : bersifat / mengandungi ilmu pengetahuan (

mendalam / tinggi). Secara ringkasnya kecemerlangan akademik ialah kegemilangan

pengentahuan pusat pengajian tinggi.

Menurut Robiah (1994), kecenderungan akademik ialah pencapaian akademik

yang diperolehi oleh seseorang dalam peperiksaan atau ujian tertentu dan markah yang

diperolehi dapat dibandingkan dengan sasaran atau target markah yang ditetapkan oleh

guru atau seseorang individu itu sendiri. Semakin tinggi markah yang diperolehi semakin

dekat dengan kecemerlangan.

Dalam kajian ini, kecemerlangan akademik mereka yang mendapat keputusan

himpunan purata mata nilai CPA yang hampir dengan 3.5.

1.9 Penutup

Model gaya pembelajaran ini direka bentuk bertujuan untuk mencari gaya

pembelajaran dikalangan pelajar. Dengan adanya gaya pembelajaran ini pelajar terutama

yang ingin belajar di SPACE akan dapat manfaatkan bahan ini untuk dijadikan rujukan

dan panduan semasa belajar terutamanya di SPACE UTM.

Kesimpulannya, gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam

proses pembelajaran pelajar demi mencapai kejayaan. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan

untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar-pelajar dikalangan pelajar yang

mengikuti program SPACE Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains dan Matematik ,

Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam). UTM.

Page 37: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

14

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

Dalam bab ini akan dibincangkan secara mendalam mengenai sejarah dan

Latarbelakang SPACE, konsep dan gaya pembelajaran di SPACE. Disamping itu

pengkaji juga membincangkan gaya pembelajaran SPACE, gaya pembelajaran Grasha-

Riechman dan kajian-kajian yang lepas.Program pengajian separuh masa, latar belakang

pelajar SPACE, model integrasi untuk pendidikan jarak jauh dan pembelajaran dewasa.

2.1 Sejarah dan latar belakang SPACE UTM

Idea dan perlaksanaan program pembelajaran separuh masa yang dikendalikan

oleh Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) di UTM timbul hasil

daripada matlamat Malaysia dalam menuju ke arah wawasan 2020 yang bertujuan untuk

menjadikan malaysia sebuah negara maju dari segi industri menjelang 2020 yang

Page 38: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

15

memerlukan tenaga mahir yang berkualiti dari segi pendidikan dan latihan. Dalam

merealisasikan impian tersebut maka dengan kelulusan Kementerian Pendidikan

Malaysia maka UTM telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan SPACE pada julai

1993 iaitu bersandarkan falsafah bahawa pendidikan ialah proses pembelajaran sepanjang

hayat dan setiap individu yang mempunyai keinginan serta berusaha untuk mengukur diri

boleh dididik tampa mengira umur serta sejarah pencapaian akademik (Mohd Azrai,

2005). Selain itu, penubuhan SPACE diperkukuhkan lagi dengan objektif seperti berikut:-

a) Melaksanakan Program Pengajian Separuh Masa dan Program

Pembangunan Profesional yang berkualiti.

b) Meningkatkan penguasaan pasaran Pendidikan Berterusan.

c) Memperluaskan peluang pendidikan kepada segenap lapisan

masyarakat.

d) Menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

e) Menumpu pada kehendak pelanggan dan keperluan pasaran.

f) Mengoptimumkan penggunaan sumber dan kemudahan fizikal.

Sehingga kini, SPACE menawarkan 36 kursus di bawah Program Pengajian

Separuh Masa dari peringkat Diploma hinggalah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda

dengan enrolmen pelajar melebihi 5000 orang. SPACE juga telah berjaya melahirkan

seramai 5326 orang graduan dalam pelbagai bidang (Mohd Azrai, 2005).

2.2 Program Pengajaran Separuh Masa

Pentadbiran dan pengurusan SPACE secara khususnya dilihat sebagai badan

berasingan yang bertindak sebagai ’pengurus ’kepada sebarang bentuk sistem pendidikan

daripada kursus separuh masa yang ditawarkan. Dalam erti kata yang boleh dihuraikan

disini ialah segala permohonan bagi kursus-kursus yang dilakukan separuh masa

dikendalikan oleh pengurusan SPACE yang merangkumi proses pengambilan dan

Page 39: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

16

pendaftaran pelajar, sistem pengajaran, khidmat nasihat, pembangunan pelajar,

peperiksaan dan penilaian. Walaubagaimanapun, penawaran kursus (jenis dan peringkat)

dan penyediaan tenaga pengajar masih berada dibawah penguatkuasaan pihak fakulti.

Selain daripada UTM Skudai dan Kuala Lumpur terdapat 12 pusat di luar UTM yang

mengendalikan SPACE iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Terengganu, Kota Bharu,

Kuantan, Alor Setar, Kerteh Terengganu, Sabak Bernam, Melaka, Shah Alam dan Lumut.

Program Pengajian Separuh Masa SPACE adalah program yang diiktiraf oleh

badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Pertubuhan Perancang Malaysia,

Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dan Lembaga Juruukur

Tanah Semenanjung Malaysia. Pihak SPACE telah mengadakan lebih 1700 tenaga

pengajar yang mahir dan berpengalaman. Disamping itu, pihak SPACE juga

menyediakan kemudahan pembayaran yuran melalui KWSP, Pinjaman Pendidikan dan

Yayasan Negeri.

2.3 Latarbelakang Pelajar SPACE

Majoriti pelajar-pelajar yang mengikuti program SPACE ini mempunyai kerjaya

yang tetap sama ada yang berkhidmat dengan pihak kerajaan mahupun agensi swasta dari

berbagai bidang pekerjaan. Manakala dari segi demografi pula, mereka merupakan

pelajar dari seluruh negeri di Malaysia dan terdapat juga pelajar-pelajar dari Singapura

terutama di pusat pembelajaran UTM Skudai. Selain itu juga sebilangan daripada pelajar-

pelajar ini mempunyai status yang telah mempunyai keluarga dan juga yang belum

berkahwin (Irniwati, 2002).

Page 40: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

17

2.4 Model Integrasi untuk Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Terdapat sedikit persamaan antara sistem pendidikan SPACE dengan PJJ. Smith

dan Sheath (1979) cuba mencadangkan satu sistem pengurusan pengajar luar (external

studies) yang menggambungkan pengajian dalam kampus dengan luar kampus. Sistem ini

dikenali dengan ” Australian Integrated Model”. Model yang disarankan oleh mereka

bukanlah merupakan suatu teori dalam PJJ tetapi berasaskan kepada kepercayaan dan

pengalaman mereka tentang pengurusan sistem pengajaran luar (Keegan, 1986).

Smith berpendapat bahawa institusi yang ingin merancang pengajian luar harus

menerima hakikat bahawa sistem pengajian luar atau PJJ adalah sangat bergantung

kepada pembelajaran bebas. Kursus yang dirancang harus sesuai dengan pelajar dewasa

yang mempunyai motivasi belajar yang tinggi dengan bantuan luar yang paling

minimum. Di samping itu, sistem pengajian luar tidak boleh membuat andaian bahawa

pelajar jarak jauh ini mempunyai stamina yang lebih, ketahanan dan kebolehan

intelektual untuk menempuh dugaan pengajaran. Pelajar jarak jauh bukan ’Superman’.

Seperti pelajar lain, mereka juga perlu berhubungan antara satu dengan lain atau

berhubungan dengan kakitangan dan mengadakan gerak kerja kumpulan untuk menjamin

kejayaan.

Smith percaya sistem pengajian luar hendaklah diuruskan oleh pensyarah dan

kakitangan universiti yang bertugas dalam kampus. Mereka perlu membahagikan masa

antara mengajar dalam kampus dan luar kampus. Pensyarah dalam kampus harus

memberi layanan yang sama kepada pelajar luar kampus dalam semua aspek pengajaran

dan pembelajaran. Pelajar luar kampus dikehendaki mengambil kursus dan peperiksaan

yang sama, diajar oleh pensyarah yang sama, dan dikurniakan Ijazah yang sama seperti

pelajar dalam kampus. Cara ini tidak menjejaskan mutu Ijazah.

Page 41: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

18

2.5 Pembelajaran Dewasa

Menurut Gordon dan Sharan (1982), pembelajaran dewasa adalah suatu proses

yang dilakukan oleh manusia yang mempunyai status dewasa secara sistematik ataupun

sebaliknya yang seterusnya akan membawa perubahan dalam pengetahuan, sikap, nilai

atau kemahiran.

Dalam pembelajaran berbentuk luar kampus seperti yang ditawarkan oleh

SPACE, pelajar tidak kira pendekatan pembelajaran apa yang dipraktikkan mestilah

berusaha dengan gigih untuk berdikari iaitu membebaskan diri dari belenggu meminta

bantuan dan melaksanakan arahan kendiri untuk mempelajari isi kandungan semua

kursus yang diikuti (Karsono, 1993). Pelajar mestilah secara berkala sentiasa

mengingatkan diri masing-masing keatas komitmen mereka untuk memberikan tumpuan

masa dan usaha memahami dan menghayati isi kandungan kursus yang diikuti.

Selain itu, pelajar mesti menerapkan sikap positif yang menanamkan keyakinan

diri dalam semua perkara serta membangun dan menggunakan pendekatan individu yang

lebih sistematik dalam mempelajari isi kandungan kursus dan dalam melaksanakan

keperluan program pengajian. Para pelajar diperlukan belajar sendiri dan institusi hanya

menyediakan bantuan yang paling minima sama ada bantuan dari segi kemudahan

akademik atau kemudahan prasarana yang lain (Karsono, 1993).

Setiap pembelajaran orang dewasa mestilah disesuaikan dengan keperluan orang

dewasa. Sebagai pengajar, mereka juga perlu tahu peringkat pembelajaran dan perlu

bertanggungjawab terhadap perkara-perkara tertentu seperti kemampuan, keperluan cara

belajar yang terbaik dan seterusnya dapat menyesuaikanya dengan penggunaan bahan

pengajaran kepada setiap pelajar. Menurut Hamdan et al. (2004) terdapat sembilan proses

pembelajaran orang dewasa seperti dibawah:-

Page 42: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

19

a) Motivasi

Pelajar dewasa memerlukan sokongan bagi meneruskan pelajaran

dan mereka lebih bersemangat hendak meneruskan pelajaran apabila

diberikan ganjaran dan sokongan yang dapat memotivasikan mereka

terutama daripada ahli keluarganya.

b) Perhatian

Pelajar dewasa perlu mengambil perhatian dan tumpuan khusus

terhadap penerangan atau demostrasi daripada tenaga pengajar supaya

mereka dapat memahami pelajarannya.

c) Jangkaan

Prestasi pelajar dewasa perlu diberitahu terlebih dahulu supaya

mereka dapat memperbaiki kekurangan diri dan mungkin akan merasa

lebih bersemangat dan bersedia menghadapi apa jua bentuk keadaan.

d) Perolehan ingatan kembali

Pelajar dewasa menggunakan pengetahuan sedia ada untuk

membantu mereka memahami konsep yang baru dipelajari dengan mudah

dan cepat tampa sebarang masalah.

e) Pemilihan persepsi

Pelajar dewasa perlu membuat pilihan sesuatu perkara atau

rangsangan. Ia lebih merujuk kepada tindakan seseorang untuk

membezakan perkara atau rangsangan sama ada ia penting dan relevan

atau tidak penting.

Page 43: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

20

f) Mengekodkan dan penyimpanan jangka panjang

Pelajar dewasa seterusnya perlu membuat kod terhadap maklumat

yang diterima untuk disimpan kedalam sistem saraf pusat. Ini dilakukan

bagi memastikan maklumat tersebut lebih mudah diingati dan dapat

digunakan pada masa akan datang.

g) Gerak balas atau prestasi

Pembelajaran orang dewasa berlaku apabila segala maklumat yang

dikodkan dan disimpan dapat dilaksanakan oleh mereka dengan

membuktikannya dengan tindakan dan perubahan tingkah laku berserta

peningkatan prestasinya.

h) Maklum balas dan penanguhan

Ia mempunyai dua fungsi iaitu untuk memberitahu perkara yang

seharusnya dibuat dan motivasi yang mendorong individu meningkatkan

atau memperbaiki prestasi mereka.

i) Generalisasi atau pemindahan pembelajaran

Generalisasi merupakan pemindahan pembelajaran dari satu situasi

kepada situasi yang lain. Kebolehan ini akan bertambah jika

mempraktikkan kemahiran baru dalam pelbagai situasi.

Page 44: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

21

2.6 Gaya Pembelajaran

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran

berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana

tempat dan pada bila-bila masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha

sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi

mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada

perubahan pada diri seseorang.

Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai suatu

proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Manakala

aliran Behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah

laku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi Humanis

pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna

kendiri dan nilai individu (Lee Shok Mee, 1998).

Menurut Lee Shok Mee (1998) lagi, pembelajaran merupakan perubahan yang

agak kekal yang menambahkan kebolehan seseorang. Bukan semua perubahan ini dapat

diperlihatkan secara nyata, malah perolehan dan tindakbalas dapat disimpulkan daripada

perubahan prestasi dalam sesuatu perkara yang tertentu. Umumnya para ahli psikologi

berpendapat bahawa pembelajaran berlaku melalui tingkahlaku pelajar yang aktif untuk

memperoleh pengalaman atau perkaitan yang baru. Perolehan daripada pembelajaran

begini membolehkan seseorang itu menggunakan pengalaman yang telah dikuasai dalam

situasi baru.

Ahli-ahli penyelidik telah banyak membuat kajian dan mentakrifkan gaya

pembelajaran yang dikaitkan dengan faktor personaliti, kogitif, tingkah laku, efektif, gaya

pemikiran, fisiologikal, penyesuaian dengan persekitaran dan faktor-faktor lain. Menurut

Dunn dan Dunn (1978), gaya pembelajaran sebagai kesukaan dan kecederungan

seseorang menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat yang diterima

Page 45: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

22

sama ada maklumat itu susah atau baru. Kecenderungan kesukaan ini dipengaruhi oleh

lima faktor iaitu persekitaran, emosi, fizikal, sosiologikal dan psikologikal. Selain itu

Litzinger dan Osif (1992) pula mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai perbezaan cara

seseorang kanak-kanak atau orang dewasa itu berfikir dan belajar.

Ringkasnya, gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang

mempengaruhi bagaimana seseorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat.

Gaya pembelajaran menyediakan suatu mekanisma pembelajaran yang dapat memberi

cabaran yang betul kepada pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat terhadap

pencapaian akademik mereka.

Menurut Ee Ah Meng (1994), gaya pembelajaran dipengaruhi oleh faktor

personaliti dan dibentuk oleh pelajar pada peringkat kanak-kanak lagi dan akan terus

berkembang dan digunakan oleh individu-individu tersebut. Maka gaya pembelajaran

adalah satu konsep yang bersifat multidimensi dan kompleks. Ia mengandungi elemen-

elemen kognitif, efektif dan tingkah laku fisiologikal yang saling berinteraksi dengan

persekitaran, personaliti sosiologi dan biologi. Gaya pembelajaran menunjukkan

kesukaan seseorang dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah serta tugasan

pembelajaran. Bloom (1976) pula membahagikan fakto-faktor yang mempengaruhi

pembelajaran seseorang kepada beberapa kategori. Antaranya ialah keadaan, keturunan,

belajar secara individu, belajar secara kumpulan saling membantu dan bergantung kepada

guru.

Namun, bukan semua pelajar mengamalkan gaya pembelajaran yang sama. Setiap

orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan setiap orang mempunyai

kekuatan gaya pembelajarannya. Para pelajar mempunyai cara dan komitmen yang

tersendiri di dalam pembelajaran, sesuai dengan sifat dan ciri-ciri semulajadi yang

diwarisi sejak lahir, beserta dengan batasan dan ketentuan-ketentuan yang diperolehi oleh

mereka dari alam sekitar atau masyarakat (Amir Awang 1986).

Page 46: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

23

Lee Shok Mee (1998) pula menyatakan bahawa personaliti seseorang dan

perbezaan individu amat mempengaruhi gaya pembelajarannya akan tetapi perbezaan itu

bukan berkaitan dengan kecerdasan seseorang pelajar. Sesungguhnya gaya pembelajaran

ini merupakan cara berlainan yang gemar digunakan oleh pelbagai individu untuk

memproses dan menyusun informasi serta bertindak terhadap rangsangan daripada

persekitaran. Selain itu, gaya pembelajaran juga boleh ditentukan oleh syarat dan struktur

kurikulum pendidikan. Kurikulum yang mementingkan peperiksaan kadang-kadang

mendesak para pelajar menghafalkan pelajaran dan bersaing dalam peperiksaan. Keadaan

fizikal alam sekitar juga boleh mempengaruhi gaya pembelajaran, seperti keamatan

cahaya, bunyi, suhu, perhiasan, tempat, masa dan makanan.

Kajian yang dijalankan oleh Tuckman (1992) telah menunjukkan bahawa gaya

pembelajaran mempunyai korelasi yang signifikan antara gaya kognitif, cara belajar, cara

berfikir dan kekuatan daya ingatan dengan kaedah penyampaian pengajaran serta struktur

bahan pengajaran yang digemari oleh pelajar.

Bloom (1976) telah mengenalpasti bahawa guru mempengaruhi gaya

pembelajaran pelajar. Dunn (1982) pula mendapati pelajar yang dapat menyesuaikan

gaya pembelajaran mereka dengan proses pengajaran guru akan mencapai kecemerlangan

yang tinggi berbanding dengan mereka yang tidak dapat membuat penyesuaian. Hasil

kajian Claxton dan Murrell (1998) menunjukkan bahawa menyesuaikan gaya

pembelajaran seseorang pelajar dengan pengajaran guru akan mewujudkan pembelajaran

yang lebih berkesan. Secara ringkasnya, guru mempunyai hubungkait rapat dalam proses

pembelajaran pelajar untuk mencapai kecemerlangan.

Canfield (1977) telah memperkenalkan Inventori Gaya Pembelajaran Canfield

(Canfield Learning Styles Inventory, CLSI) untuk menilai kesukaan pengajaran oleh

pelajar. Model gaya pembelajaran ini adalah berfokus kepada 20 elemen dan ini dapat

diklasifikasikan kepada empat kategori iaitu keadaan (conditions), kepuasan hati

(content), cara (made) dan pengharapan (expecta)

Page 47: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

24

Jadual 2.1 : Elemen-elemen Gaya pembelajaran Canfield

Keadaan (Conditions)

1. Peer

2. Organization

3. Goal setting

4. Competition

5 Instructor

6. Detail

7. Independence

8. Authority

Kepuasan hati (Content)

1. Numeric

2. Qualitative

3. Inarimate

4. People

Cara (Made)

1. Listening

2. Reading

3. Iconic

4. Direct experience

Pengharapan (Expectation)

1. Outstanding or superior

2. Above average or good level

3. Average or satisfactory level

4. Below average or unsatisfactory level

Kolb (1976) menerangkan bahawa satu kitaran pembelajaran yang lengkap terdiri

daripada empat peringkat, iaitu pengalaman konkrit (concrete experience, CE),

pemerhatian reflektif (reflective observation, RO), pengkonsepsian abstrak (abstract

conceptualization, AC) dan pengujikajian aktif (active experimentation, AE). Kolb telah

menggabungkan empat kategori gaya pembelajaran sesama sendiri dan mewujudkan

empat jenis gaya pembelajaran iaitu penyesuaian diri (Accommodator), pencapaian

(Diverger), pemusatan (Converger) dan asimilasi (Assimilator). Kolb menghasilkan

Inventori Gaya Pembelajaran (Learning Style Inventory, LSI) untuk membolehkan

seseorang individu mengenalpasti gaya pembelajaran diri sendiri. Model gaya

pembelajaran Kolb adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.1 .

Page 48: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

25

Pengalaman konkrit (CE)

Penyesuaian Pencapaian

Diri

Pengujikajian Aktif (AE) Pemerhatian

Reflektif (RO)

Pemusatan Asimilasi

Pengkonsepsian Abstrak (AC)

Rajah 2 .1 : Model Gaya Pembelajaran Kolb (1976)

2.7 Model Kajian – Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha- Riechmann.

Kajian ini menggunakan model Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-

Riechmann (1996). Model ini telah dibentuk pada tahun 1974 untuk menentukan gaya

pembelajaran pelajar kolej di dalam kelas. Model ini digunakan untuk mengenalpasti

interaksi pelajar dengan pensyarah dan pelajar lain dalam proses pembelajaran mereka.

Ia di kategorikan kepada enam eleman iaitu berdikari, penghindaran, kolaboratif,

bergantung, persaingan dan penyertaan.

Menurut Grasha (1996) gaya dalam Skala Gaya Pembelajaran Pelajaran Grasha-

Riechmann boleh dijelaskan sebagai sifat yang diaplikasikan oleh semua pelajar. Setiap

orang memiliki gaya pembelajarannya yang tersendiri. Namun kebanyakan orang hanya

memiliki satu atau dua jenis gaya pembelajaran sahaja. Gaya pembelajaran ini

membolehkan seseorang itu berubah apabila berhadapan dengan kehidupan baru

Page 49: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

26

pengalaman pembelajaran. Gaya pengajaran yang sesuai juga boleh menggalakkan

pelajar menerima gaya pembelajaran yang sesuai.

Menurut Grasha (1996) Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann

adalah ideal daripada beberapa segi.

i. Ia merupakan satu instrumen yang dibentuk untuk menilai gaya

pembelajaran pelajar kolej dan universiti.

ii. Ia sesuai digunakan untuk menunjukkan dinamik sosial yang

menggambarkan perbezaan antara pelajar PJJ dan pelajar kumpulan

tradisional. Skala ini fokus kepada cara pelajar berinteraksi dengan

pengajar dan pelajar lain.

iii. Ia menggalakkan penyediaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat

membantu fakulti mereka kursus yang sesuai dan memenuhi keperluan

pelajar.

iv. Ia menyediakan pemahaman gaya pembelajaran dalam enam ketagori. Jika

pelajar boleh memiliki keenam-enam gaya pembelajaran dalam had yang

banyak atau kurang, pengelasan sistem ini dapat menghalang gaya

pembelajaran yang berulang dan menyediakan insentif untuk penggunaan

gaya pemelajaran yang optimun.

Selain itu, dalam kajian yang dijalan dalam Diaz dan Cartnal (1999 ), beliau juga

bersetuju Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann adalah sesuai untuk pelajar kolej,

universiti dan pelajar PJJ yang menunjukkan interaksi pelajar dengan pengajar serta

dengan pelajar yang lain. Beliau juga mengaku bahawa skala pembelajaran ini adalah

dibentuk khas untuk menilai gaya pembelajaran pelajar PJJ dan pelajar universiti.

Page 50: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

27

Fokus model kajian ini adalah terdiri daripada enam elemen yang membezakan

gaya pembelajaran pelajar PJJ dan pelajar sepenuh masa. Enam sifat tersebut adalah

seperti berikut:

i. Berdikari iv. Pergantungan

ii. Penghindaran v. Persaingan

iii. Kolaboratif vi. Penyertaan

2.7.1 Berdikari

Menurut Grasha (1996), pelajar yang bersifat berdikari lebih suka menyiapkan

tugasan secara bersendirian dan kurang menerima arahan guru. Menurut Johnson and

Johnson, mereka yang berdikari biasanya mempunyai materialnya sendiri, bekerja

berdasarkan kelajuan mereka, cuba tidak menggangu pelajar lain dan mencari maklumat

daripada guru sahaja.Mereka mempunyai matlamat sendiri untuk dicapai (How well can i

do) mempunyai minat yang mendalam (What’s in it for me), melihat kejayaan mereka

adalah bergantung kepada kemampuan mereka (If i am able, i will receive a high grade),

menyambut kejayaan sendiri (I did it), mengganggap kejayaan dan kegagalan adalah

tidak berkait dengan orang lain (Whether my classmate achieve or not does not effect

me).

Menurut Karsono (1993) pula, pelajar dewasa mempunyai kemampuan yang lebih

untuk mendisiplinkan diri dengan program yang diikuti, oleh itu pelajar dewasa

berkebolehan untuk melakukan arahan kendiri (Self-directing) dibandingkan dengan

arahan pelajar dibangku sekolah atau pelajar yang mengikuti program sepenuh masa yang

memerlukan banyak perbincangan.

Page 51: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

28

2.7.2 Penghindaran

Menurut Grasha (1996), pelajar yang mengamalkan pembelajaran penghindaran

adalah berkecenderungan mendapat taburan gred yang rendah dan mempunyai

ketidakhadiran ke kuliah yang tinggi. Selain itu, mereka adalah lemah dalam

menguruskan tugasan mereka dan kurang bertanggungjawab dalam pembelajaran

mereka.

Tajul Ariffin Noordin (1989) juga bersetuju kenyataan tersebut dimana antara

faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan prestasi pelajar ialah tidak yakin akan lulus

cemerlang terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari, tidak berminat untuk belajar

tidak mempunyai rakan sebaya untuk berbincang secara bersungguh-sungguh dan

berterusan dan tidak bersedia berbincang dengan kawan-kawan secara individu.

2.7.3 Kolaboratif

Menurut Grasha (1996), pelajar yang bersifat kolaboratif seronok untuk berkongsi

idea ketika bekerja dalam kumpulan. Beliau percaya bahawa pelajar-pelajar yang belajar

secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya

meningkatkan prestasi mereka. Selain itu, pembelajaran kolaboratif juga boleh

meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil daripada

peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat

kepada pembelajaran. Johnson and Johnson (1999) pula menyatakan bahawa bekerja

dalam kumpulan adalah untuk menyempurnakan sesuatu matlamat bersama. Mereka

melihat output sebagai kebaikan untuk semua ahli kumpulan.

Page 52: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

29

2.7.4 Pergantungan

Menurut Grasha (1996), pelajar yang bersifat pergantungan akan merasa hampa

apabila menghadapi cabaran, kerana mereka amat bergantung kepada pensyarah untuk

memberi arahan yang jelas untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Selain itu mereka amat

memerlukan pensyarah untuk memberitahu mereka tentang apa yang harus dipelajari

untuk menghadapi peperiksaan.

2.7.5 Persaingan

Menurut Grasha (1996), pelajar yang bersifat persaingan akan bersaing antara

satu sama lain untuk mendapatkan ganjaran dan pengiktirafan dan kesangsian juga timbul

dikalangan pelajar dalam kumpulan yang sama. Mereka sentiasa ingin menunjukkan

kehebatan diri sendiri dengan kecenderungan menyiapkan tugasan yang lebih baik. Selain

itu, mereka juga sentiasa ingin mengetahui tentang tahap pencapaian ujian atau tugasan

pelajar lain

2.7.6 Penyertaan

Pelajar yang mempunyai sifat penyertaan ini adalah lebih bertanggungjawab

keatas pembelajaran mereka dan mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar lain

(Grasha, 1996). Mereka menyiapkan semua tugasan yang diberi sama ada wajib atau

tidak dengan sikap yang positif . Mereka adalah golongan yang aktif dalam aktiviti kelas

kerana ia adalah sangat bernilai dan menarik.

Page 53: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

30

2.8 Hubungan antara Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann

dengan Gaya Pembelajaran Pelajar dan Aktiviti Kelas

Grasha dan Riechmann (1996), telah menunjukkan hubungan Skala Gaya

Pembelajaran Pelajar Grasha- Riechmann dengan gaya pembelajaran pelajar dan aktiviti

kelas seperti dalam jadual

Jadual 2.2 :Hubungan Skala Grasha-Riechmann dengan Gaya Pembelajaran dan Aktiviti

Sifat Gaya Pembelajaran Pelajar Aktiviti Kelas Berdikari Membuat kerja secara

bersendirian tetapi

mendengar idea orang

lain dalam kelas.

Berkeyakinan terhadap

kemampuan mereka

dalam pembelajaran

Lebih memikirkan

untuk diri sendiri

Mempelajari sesuatu

material yang dianggap

penting oleh mereka

sendiri.

Belajar secara berdikari

dan self-paced

instruction

Mereka bentuk projek sendiri

Pengajaran yang

berpusatkan pelajar

digemari

Peluang berfikir diberi

apabila masalah

dihadapi

Penghindaran Tiada penyertaan antara

guru dan pelajar di

dalam kelas

Pelajar kurang berminat

dalam kursus

Tidak berminat terhadap

apa yang berlaku di

dalam kelas

Tidak menyertai

sebarang aktiviti dalam

kelas

Tidak suka ujian,

menyukai penilaian

kendiri dan mendapat

gred lulus sahaja

Tidak menyukai guru

yang enthusiastic

Page 54: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

31

Tidak menyukai kuliah

yang formal

Kolaboratif Bekerjasama dengan

guru dan pelajar lain

Kelas adalah tempat berinteraksi dan pembelajaran

Pembelajaran adalah melalui perkongsian idea

Kuliah dengan perbincangan dalam kumpulan kecil di dalam kelas

Pelajar mereka bentuk dan mengajar material

Bekerja dalam kumpulan dan bukannya secara individu

Kumpulan yang menentukan gred

Pergantungan Memerlukan arahan yang jelas tentang apa yang harus dilakukan

Mempelajari apa yang diajar

Berjumpa dengan pensyarah dan pelajar lain sebagai sumber mendapat maklumat

Memerlukan nota daripada pensyarah

Gemar terhadap pengajaran yang berpusatkan pelajar

Memerlukan arahan yang jelas dalam menyiapkan tugasan

Persaingan Bersaing dengan pelajar lain untuk mendapatkan ganjaran atau pengiktirafan.

Melakukan sesuatu yang lebih baik daripada orang lain dalam kelas

Bilik darjah adalah tempat yang menentukan situasi kalah dan menang

Merupakan ketua kumpulan dalam perbincangan atau projek

Bertanya dalam kelas Mendapat pujian atau

pengiktirafan berhubung dengan aktiviti kelas

Penyertaan Bertanggungjawab untuk menghadiri semua aktiviti kelas

Minat dalam pembelajaran dan menghadiri kelas

Menyukai ujian objektif dan esei

Perbentangan tugasan Menyukai guru yang

boleh menganalisis dan sintesis material dengan baik

Page 55: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

32

Menurut Grasha (1996), setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran sendiri.

Sesetengah pelajar memiliki lebih daripada satu sifat dan ia diperlihatkan melalui

pembelajaran mereka. Walaubagaimanapun, setiap sifat mempunyai kebaikan dan

kelemahannya tersendiri (Grasha,2001). Jadual 2.3 menunjukkan kebaikan dan

kelemahan bagi setiap sifat gaya pembelajaran Grasha-Riechmann.

Jadual 2.3 : Kebaikan dan kelemahan sifat-sifat Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann.

Ciri-ciri Kebaikan Kelemahan Berdikari Membina kemahiran

seperti inisiatif kendiri dan pembelajaran kendiri

Menjadi seorang yang sentiasa kekurangan dalam kemahiran kolaboratif

Gagal mendapat nasihat orang lain atau mendapat bantuan apabila diperlukan

Penghindaran Berkebolehan untuk mengelakkan tekanan dan kebimbangan dalam mengambil langkah yang serius untuk mengubah cara hidup mereka.

Mempunyai masa untuk bersuka ria tetapi hasil produktif kurang

Hasil kerja menurun dan tindakbalas negatif bertindak sebagai satu lagi ingatan dalam kegagalan mereka

Mengelakkan mereka daripada menentukan matlamat yang produktif

Kolaboratif Mengembangkan teknik untuk bekerja dan belajar dalam kumpulan

Tidak bersedia untuk mengawal orang yang suka bersaing.

Terlalu bergantung kepada orang lain dan juga selalu tidak berkemampuan untuk membuat kerja.

Pergantungan Membantu mereka dalam mengurus kebimbangan dan mendapat arahan yang jelas

Sukar membentuk kemahiran kendiri dan kemahiran pembelajaran

Tidak belajar cara untuk mengatasi sesuatu perkara yang kurang

Page 56: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

33

jelas. Persaingan Memotivasi pelajar

untuk Mengekalkan prestasi dan menentukan hala tuju dalam pelajaran.

Boleh mengurangkan persaingan antara pelajar dan gaya ini menyukarkan pelajar menghargai serta mempelajari teknik kolaboratif.

Penyertaan Mendapat pengalaman dalam setiap pembelajaran kelas yang diikuti

Melakukan sesuatu yang terlalu atau meletakkan keperluan orang lain melebihi diri sendiri.

2.9 Kajian Lepas

Dalam kajian Diaz dan Cartnal (1999), instrumen Skala Gaya Pembelajaran

Pelajar Grasha-Riechmann telah digunakan untuk menguji gaya pembelajaran antara

pelajar yang belajar secara online dengan pelajar dalam kelas kampus. Respondennya

yang terdiri daripada 68 orang pelajar luar kampus menunjukkan sifat berdikari yang

tinggi. Manakala pelajar di kampus pula menunjukkan sifat pergantungan yang tinggi.

Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan bahawa pelajar kampus

menunjukkan sifat kolaboratif akibat daripada keperluan mereka bersaing dan menjadi

yang terbaik dalam kelas. Disamping itu, mereka juga bersaing untuk mendapatkan

ganjaran di dalam kelas. Sebaliknya, pelajar yang belajar secara online adalah

berdasarkan motif dalaman dan bukannya ganjaran. Mereka hanya menunjukkan sifat

kolaboratif apabila pengajar memberikan bimbingan.

Analisis korelasi pula menunjukkan pelajar sepenuh masa mempunyai hubungan

positif antara gaya pembelajaran sifat kolaboratif dengan sifat persaingan dan penyertaan.

Ini bermaksud pelajar yang bersifat kolaboratif juga lebih bersifat persaingan dan

penyertaan dalam gaya pembelajaran. Hubungan positif antara sifat persaingan dengan

sifat penyertaan juga didapati dalam kajian beliau. Ini membawa makna bahawa pelajar

Page 57: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

34

yang bersifat persaingan juga sebagai seorang pelajar yang baik dimana mereka

melakukan arahan yang diberi olah guru mereka.

Disamping itu, pelajar yang belajar secara online mempunyai hubungan negatif

antara sifat berdikari dengan sifat kolaboratif dan sifat pergantungan. Mereka yang

berkecenderungan bersifat berdikari akan kurang bersifat kolaboratif dan pergantungan.

Selain itu, terdapat juga hubungan positif antara sifat kolaboratif dengan sifat

pergantungan dan penyertaan. Ini bermakna pelajar yang lebih bersifat kolaboratif dalam

gaya pembelajaran akan berkecenderungan bersifat pergantungan dan penyertaan dalam

gaya pembelajaran mereka.

Kajian tindakan oleh Patterson (2001) telah menggunakan instrumen yang sama

untuk menguji gaya pembelajaran keatas sembilan orang pelajar perdana di Suburban

Phoenix Community College. Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan sifat

berdikari dikalangan pelajar. Sebelum kajian dijalankan, andaian bahawa sifat berdikari

adalah penting bagi pelajar yang mengikuti program jarak jauh. Seterusnya para pelajar

diberi instrumen Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann untuk menilai

gaya pembelajaran mereka. Selain itu, pelajar juga diberi tugasan-tugasan untuk

menajamkan sifat berdikari yang ada pada mereka. Pelajar yang sama akan dinilai semula

dengan menggunakan instrumen yang sama selepas minggu kesepuluh untuk

mendapatkan keputusan sama ada terdapatnya perubahan gaya pembelajaran atau tidak.

Analisis menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sedikit tetapi tiada perbezaan yang

signifikan dari segi berdikari pelajar. Akan tetapi terdapatnya penurunan dari segi sifat

kolaboratif dan persaingan oleh pelajar. Ini bermakna sifat berdikari adalah rendah dalam

gaya pembelajaran bagi pelajar yang mengikuti program jarak jauh.

Walaubagaimanapun, terdapat kajian-kajian lepas yang banyak menunjukkan bahawa

pelajar yang mempunyai sifat berdikari yang tinggi adalah golongan yang berjaya dalam

pelajaran.

Page 58: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

35

2.9.1 Penutup

Ringkasnya, gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang

mempengaruhi bagaimana seseorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat.

Gaya pembelajaran menyediakan suatu mekanisma pembelajaran yang dapat memberi

cabaran yang betul kepada pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat terhadap

pencapaian akademik mereka.

Model Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann digunakan untuk

mengenalpasti interaksi pelajar dengan pensyarah dan pelajar lain dalam proses

pembelajaran mereka. Ia di kategorikan kepada enam eleman iaitu berdikari,

penghindaran, kolaboratif, bergantung, persaingan dan penyertaan.

Setiap orang memiliki gaya pembelajarannya yang tersendiri. Namun kebanyakan

orang hanya memiliki satu atau dua jenis gaya pembelajaran sahaja. Gaya pembelajaran

ini membolehkan seseorang itu berubah apabila berhadapan dengan kehidupan baru

pengalaman pembelajaran. Gaya pengajaran yang sesuai juga boleh menggalakkan

pelajar menerima gaya pembelajaran yang sesuai.

Page 59: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

36

BAB 3

METHODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Methodologi adalah suatu bahagian yang amat penting dalam sesuatu kajian.

Perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah rekabentuk kajian, tempat kajian,

populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kaedah pemarkatan, prosedur mengumpul

data kajian dan analisis data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian dibuat untuk memberi jawapan kepada persoalan-persoalan

kajian yang telah disenaraikan berpandukan kepada objektif-objektif kajian. Menurut

Karlinger (1973), menyatakan bahawa rekabentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari

maklumat dan juga mengawal varians.

Menurut Mohd Majid (2000), rekabentuk sesuatu penyelidikan adalah merupakan

teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk

menyelesaikan masalah. Tambah beliau, rekabentuk sesuatu penyelidikan secara

Page 60: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

37

khususnya membincangkan bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan.

Ringkasnya rekabentuk adalah rangka projek penyelidikan yang menyatakan tentang

corak dan jenis kajian yang hendak dijalankan, jenis maklumat yang dikumpul, dimana

sumber boleh didapati dan kaedahnya.

Kajian ini adalah satu kajian yang berbentuk deskriptif dengan pendekatan

kuantitatif. Menurut Mohd Majid (1990), kajian deskriptif merupakan suatu jenis kajian

yang bermatlamat untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku ataupun juga

bertujuan untuk menerokai sesuatu bidang yang belum dikaji atau kurang dikaji.

3.2 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di SPACE UTM Johor Bahru.

3.3 Populasi

Populasi kajian ini terdiri daripada para pelajar yang berkursus Sains dan

Matematik, Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam di Fakulti Pendidikan (SPACE) UTM

Skudai Johor. Mereka adalah kumpulan pelajar yang bekerja sepenuh masa dan belajar

secara separuh masa pada hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad di SPACE UTM

Skudai Johor. Jadual 3.1 menunjukkan taburan populasi pelajar yang dikaji di SPACE

UTM

Page 61: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

38

Jadual 3.1: Taburan populasi pelajar di SPACE UTM.

Pengkhususan Jumlah Pelajar

Sains dan Matematik (SSK)

Kemahiran Hidup (SPH)

Pengajian Islam (SPI)

159

408

171

Jumlah 738

Sumber : SPACE UTM

3.4 Sampel

Pemilihan sampel kajian ini menggunakan kaedah persampelan secara rawak.

Iaitu sampel yang digunakan dan ditetapkan ciri-ciri atau kriteria oleh pengkaji ia dipilih

secara rawak didalam kumpulan sasaran yang ditetapkan. Responden yang dipilih bagi

kajian ini adalah dikalangan pelajar-pelajar SSK, SPH dan SPI Program SPACE UTM.

Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar SPACE seramai 100 orang yang terdiri dari

25 orang kursus SSK, 50 orang kursus SPH dan 25 orang kursus SPI.

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk pengumpulan data kajian

adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian ini adalah berdasarkan

instrumen Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann (1996) yang telah

diterjemahkan. Menurut Grasha (1996), instrumen ini mempunyai kebolehpercayaan

yang tinggi dengan kaedah uji-ulang-uji (test-retest) yang menunjukkan skor antara 0.76-

0.83. Mohamad Najib (1999) menyatakan bahawa kaedah uji-ulang-uji ialah pentadbiran

ke atas soal selidik sebanyak dua kali pada sampel yang sama dan kemudian lakukan

analisis korelasi antara tadbiran pertama dengan tadbiran kedua. Sekiranya mendapat

nilai koefisen 0.80 keatas, bermakna kebolehpercayaan instrumen itu adalah tinggi.

Page 62: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

39

Sebanyak 100 set borang soal selidik diterjemahkan daripada Skala Gaya

Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann telah diedarkan kepada responden-responden.

Dalam borang soal selidik ini, terdapat 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Dalam bahagian A mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor

demografi seperti jantina dan CPA responden. Responden perlu menanda ( √ ) pada

ruang yang disediakan.

Dalam bahagian B, terdapat 60 item yang terdiri daripada enam aspek yang

berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann (GRSLSS) iaitu

berdikari, penghindaran, kolaboratif, pergantungan, persaingan dan penyertaan. Selain

daripada itu, Bahagian B ini akan diberi skor dalam bentuk Skala Likert. Skala Likert

adalah terbahagi kepada lima peringkat dimana setiap nilai skor dari 1 hingga 5 masing-

masing mempunyai maksudnya seperti dalam jadual 3.2 yang dinyatakan di bawah.

Jadual 3.2 : Skala Likert

Darjah Persetujuan Jawapan Ringkasan Darjah

Persetujuan Jawapan

Skor

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju

Sangat setuju

STS

TS

TP

S

SS

1

2

3

4

5

Page 63: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

40

3.6 Keesahan Soal Selidik

Soalan soal selidik telah diberikan kepada pensyarah untuk membuat pengesahan

tentang kandungan item-item, samada sesuai atau tidak dengan kajian yang dijalankan.

Ini adalah kerana setiap soalan yang dibina itu perlu betul dan sesuai dengan kajian yang

di jalankan oleh penyelidik. Setelah pensyarah semak item-item berkenaan, penyelidik

telah membuat beberapa perubahan yang telah di perbetulkan oleh pensyarah.

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis adalah perlu dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan. Menurut

Mohd Majid (1990), kajian rintis adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang

berhubung dengan pemahaman dan interpretasi terhadap item-item yang terdapat dalam

soal selidik dan mendapat maklumbalas untuk memperbaiki item-item yang telah dibina.

Kajian rintis telah dijalankan keatas 10 orang responden yang terdiri daripada

pelajar-pelajar SPACE. Menurut Mohamad Najib (1999), saiz sample rintis tidak perlu

besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang

ujian (6 hingga 9 orang)

Analisa tahap kebolehpercayaan ke atas soalan soal selidik telah dijalankan

dengan menggunakan ujian Alpha Cronbach. Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001),

kajian yang mencapai nilai alpha 0.6 ke atas adalah mempunyai kebolehpercayaan soalan

yang boleh diterima. Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan memperolehi nilai alpha

0.6959. Nilai alpha yang tinggi membawa maksud instrumen yang digunakan mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi

Page 64: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

41

3.8 Pengumpulan Data Kajian

Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada responden untuk

mendapat maklumat daripada mereka. Untuk pengumpulan data, pengkaji telah

mengedarkan sebanyak 100 set soal selidik kepada pelajar Sains dan Matematik,

Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam di SPACE UTM Johor. Bilangan pengumpulan

balik set soal selidik adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.3 .

Jadual 3.3 : Bilangan soal selidik yang boleh digunakan dalam penyelidikan

Program

(SSK , SPH,

dan SPI)

Jumlah Sebenar

Bil Soal selidik yang diisi dengan lengkap

Bil Soal selidik yang tidak diisi dengan lengkap

Bilangan pelajar yang tidak hadir

Jumlah

Sains dan

Matematik

25 20 5 5 20

Kemahiran

Hidup 50 48 2 2 48

Pengajian

Islam 25 25 - - 25

3.9 Analisis Data

Tujuan menganalisis data ialah untuk mencari makna yang terkandung dalam

data. Maka proses yang ditunjukkan untuk menganalisis data mestilah sistematik untuk

menyusun dan mempersembahkan data. Dalam kajian ini, data-data yang diperolehi telah

dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package For Sosial Science

(SPSS)Windows Release R.O. Cara menganalisis gaya pembelajaran pelajar berdasarkan

Page 65: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

42

Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann adalah seperti yang ditunjukkan di

bawah

3.9.1 Kaedah Untuk Mengira Pengelasan Gaya Pembelajaran Berdasarkan GRSLSS

(1) Salin semula semua respon daripada soal selidik mengikut skor yang

ditanda pada setiap item ke dalam ruang yang telah disediakan seperti di

bawah.

1. ____ 2._____ 3._____ 4._____ 5._____ 6._____

7._____ 8._____ 9._____ 10.____ 11.____ 12.____

13.____ 14.____ 15.____ 16.____ 17.____ 18.____

19.____ 20.____ 21.____ 22.____ 23.____ 24.____

25.____ 26.____ 27.____ 28.____ 29.____ 30.____

31.____ 32.____ 33.____ 34.____ 35.____ 36.____

37.____ 38.____ 39.____ 40.____ 41.____ 42.____

43.____ 44.____ 45.____ 46.____ 47.____ 48.____

49.____ 50.____ 51.____ 52.____ 53.____ 54.____

55.____ 56.____ 57.____ 58.____ 59.____ 60.____

(2) Jumlahkan semua skor pada setiap baris dan isikannya kedalam ruang

yang disediakan di bawah :

_______ _______ _______ _______ _______ _______

Page 66: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

43

(3) Bahagikan jumlah skor tersebut dengan sepuluh dan isikan jawapan kedalam

ruang yang disediakan di bawah :

________ __________ _________ __________ ________ _________

Berdikari Penghindaran Kolaboratif Pergantungan Persaingan Penyertaan

(4) Periksa setiap skor yang diperolehi berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran

Pelajar Grasha-Riechmann untuk mengetahui tahap gaya pembelajaran

seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.4

Jadual 3.4 : Pengelasan Berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Pelajar

GrashaRiechmann

Pengelasan

Sifat Rendah Sederhana Tinggi

Berdikari (1.0 – 2.7) (2.8 -3.8) (3.9 – 5.0)

Penghindaran (1.0 – 1.8) (1.9 - 3.1) (3.2 – 5.0)

Kolaboratif (1.0 – 2.7) (2.8 – 3.4) (3.5 – 5.0)

Pergantungan (1.0 – 2.9) (3.0 – 4.0) (4.1 – 5.0)

Persaingan (1.0 - 1.7) (1.8- 2.8) (2.9 – 5.0)

Penyertaan (1.0- 3.0) (3.1 – 4.1) (4.2 - 5.0)

3.10 Korelasi

Korelasi hanya memungkinkan hubungkait antara dua pembolehubah dan kajian

ini hanya mengukur hubungkait antara dua pembolehubah ( Mohamad Najib, 1999). Ia

Page 67: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

44

hanya menerangkan kekuatan kaitan dan juga sama ada ia signifikan atau tidak. Petunjuk

kekuatan sesuatu Pekali Korelasi adalah seperti jadual 3.5 di bawah.

Jadual 3.5 : Klassifikasi kekuatan korelasi

Julat ( + atau -) Kekuatan

0.0 hingga 0.2

0.2 hingga 0.4

0.4 hingga 0.7

0.7 hingga 0.9

0.9 hingga 1.0

Sangat lemah

Lemah, rendah

Sederhana

Tinggi , kuat

Sangat tinggi , Sangat kuat

Untuk memudahkan lagi penghuraian, pengkaji mengemukakannya dalam bentuk

jadual kekerapan dengan memberi jumlah bilangan responden dan peratusan sebagai

keputusan kajian.

3.11 Kaedah Statistik Yang Digunakan

Kaedah statistik yang digunakan adalah frekuensi. Mengikut Mohd Salleh dan

Zaidatun (2001), arahan frekuensi digunakan untuk mengira respon atau nilai dalam

bentuk jadual frekuensi satu hala dan menghasilkan statistik deskriptif seperti min,

median, mod dan varians. Penyelidik memilih kaedah ini untuk mengira taburan

responden mengikut jantina,umur, pengalaman bekerja, jenis program dan CPA.

Disamping itu, Ujian-t telah digunakan untuk melihat perbezaan gaya

pembelajaran pelajar SPACE berdasarkan jantina dan CPA. Prosedur Ujian-t digunakan

untuk menghasilkan analisis varians Satu Hala untuk satu pembolehubah bersandar

Page 68: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

45

berdasarkan satu pembolehubah tidak bersandar yang dinamakan sebagai factor. Dalam

kajian ini, beberapa anggapan telah dibuat seperti berikut.

(1) Data yang terhasil diperolehi dari satu populasi yang mempunyai taburan yang

normal.

(2) Data mempunyai varians yang sama (homogen).

(3) Sampel bebas.

Dengan menggunakan prosedur Brivarite Correlations, pekali korelasi yang

mengukur kekuatan perkataan (association) antara dua pembolehubah boleh dikira atau

ditentukan (Mohd Salleh dan Zaidatun, 2001). Menurut Mohamad Najib (1998), Skala

dan hubungkait korelasi ialah 0.00-0.20 sangat lemah, 0.20-0.40 lemah dan rendah, 0.40-

0.70 sederhana, 0.70-0.90 tinggi dan 0.90-1.00 sangat tinggi. Secara ringkasnya, kaedah

statistik yang digunakan adalah seperti dalam jadual 3.6 yang ditunjukkan dibawah.

Jadual 3.6 : Kaedah statistik yang digunakan bagi setiap persoalan kajian

Bil Persoalan Kajian Kaedah Statistik

1

Apakah gaya pembelajaran dominan dikalangan pelajar berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann ?

Deskriptif (Peratusan dan

kekerapan )

2

Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran pelajar merentas jantina ?

3

Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan pencapaian CPA ?

Ujian-t (T-Test)

4

Adakah terdapat hubungan diantara keenam-enam gaya pembelajaran dikalangan pelajar ?

Korelasi Pearson

Page 69: SUAINI ZAKARIA BIN MUHAMMAD · 4.9 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat pergantungan 53 4.10 Gaya pembelajaran pelajar dari segi sifat persaingan 54 4.11 Gaya pembelajaran pelajar

46

3.12 Penutup

Perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah rekabentuk kajian, tempat

kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kaedah pemarkatan. Rekabentuk

kajian dibuat untuk memberi jawapan kepada persoalan-persoalan kajian yang telah

disenaraikan berpandukan kepada objektif-objektif kajian, prosedur mengumpul data

kajian dan analisis data.

Populasi kajian ini terdiri daripada para pelajar yang berkursus Sains dan

Matematik, Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam di Fakulti Pendidikan (SPACE) UTM

Skudai Johor. Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk pengumpulan data

kajian adalah dengan menggunakan borang soal selidik.