masalah burma

Upload: fizharon

Post on 14-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    1/40

    ANALISIS MASALAH-MASALAH YANG DIHIDAPI BURMA SELEPAS

    KEMERDEKAAN SEHINGGA PENTADBIRAN BERMULA PADA TAHUN 1962

    1.0 PENGENALAN

    1.1 LATAR BELAKANG BURMA

    Burma atau kini dikenali sebagai Myanmar merupakan salah sebuah negara yang

    terbesar yang mana ia terletak di Asia Tenggara dan turut dikenali sebagai Wilayah Emas.

    Ibu negara bagi Burma pula adalah Yangon dan Yangon merupakan sebuah bandaraya yang

    besar.1 Nama Burma ini diterbitkan daripada perkataan Burma iaitu Bamar yang mana ia

    merujuk kepada bahasa basahan bagi Myanmar. Bagi orang Burma lama pula, mereka

    menggelarnya sebagai Mranma. Kedua-dua perkataan ini merujuk kepada kelompok majoritiBurma. Sebutan bagi kedua-dua perkataan ini berbeza-beza iaitu ada yang menyebut sebagai

    Bama dan ada pula yang menyebutnya sebagai Myanmah. 2 Kewujudan kepelbagai etnik

    di Burma ini juga telah menimbulkan percanggahan di kalangan para sarjana dari segi

    klasifikasi dan asal-usul. Pada tahun 1989, Kerajaan junta tentera telah mengubah nama

    bahasa Inggeris dari Burma kepada Myanmar. Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma

    Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke-12. Nama Myanmar ini juga mendapat

    pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Kemudian, Burman pula bertukar

    kepada bama, sementara itu, Myanma pula merujuk kepada semua kelompok etnik yang

    terdapat di Burma.3 Walaubagaimanapun, beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan

    United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua negara ini tidak

    mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang. Namun, sehingga hari ini,

    ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan

    pemerintahan junta di Myanmar. Sekali lagi secara rasminya, Myanmar digelarkan sebagai

    Kesatuan Burma selepas kemerdekaannya dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 .

    Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali

    lagi bertukar kepada nama asalnya pada tahun 1948 iaitu Kesatuan Burma pada 23

    September 1988. Kemudian, pada 18 Jun 1989 pula, sekali lagi negara ini bertukar nama

    yanag mana Majlis Perlembagaan telah menukarnya kepada Kesatuan Myanmar.4

    1 Robert Reid and Micheal Grosberg, 2005.Myanmar( Burma).9th edition: October. First Published December1979.hlm.2.

    2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Yangon3 Abu Talib Ahmad,2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.7.4 http://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmar

    1

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/4_Januarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1948http://ms.wikipedia.org/wiki/4_Januarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1974http://ms.wikipedia.org/wiki/18_Junhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1989http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/4_Januarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1948http://ms.wikipedia.org/wiki/4_Januarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1974http://ms.wikipedia.org/wiki/18_Junhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1989
  • 7/29/2019 Masalah Burma

    2/40

    Myanmar boleh dibahagikan kepada empat kawasan utama iaitu Dataran Tinggi Shan,

    Kawasan pamah di bahagian tengah di sekitar sungai Irrawady dan tributarinya seperti Sungai

    Nu dan Sungai Chadwin di sebelah Utara dan juga sekitar sungai Sittang, banjaran Gunung

    Lipat yang bermula di sebelah Utara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti banjaran

    Patkai, dan kemudiannya mengunjur ke selatan Arakan dan sebagai Arakan Koma serta

    Kawasan pantai yang sempit di Arakan yang merupakan kawasan penting untuk pertanian,

    petempatan manusia, dan pusat kerajaan.5

    Dengan keluasan 678 528 km persegi, Burma merupakan negeri yang paling luas di

    kalangan negeri-negeri di Semenanjung Indochina. Negara Burma ini terdiri daripada tujuh

    bahagian dan tujuh buah negeri nasional. Ia terletak di timur Kesatuan India dan Bangladesh,

    di selatan negeri China dan di barat negeri Laos dan Thailand. Panjang sempadan dengan

    negeri-negeri tersebut ialah 5000 kilometer. Panjangnya adalah 2100km dan mempunyai

    kelebaran 960km. 6

    Selain itu, Burma juga merupakan sebuah negera yang multi-etnik yang mana dari segi

    pentadbirannya, ia dibahagikan kepada tujuh bahagian yang didiami hampir keseluruhannya

    oleh orang Burma dan tujuh buah negeri bagi Kachin, Shan, karen, Kayah, Mon, Arakan, dan

    Chin. Nama negeri ini adalah diambil daripada nama etnik utama yang mendiaminya.

    Kumpulan etnik minoriti yang terbesar adalah Shan, Kachin, Chin dan karen. 7 Sebelum tahun

    1988, pihak berkuasa telah membuat kajian yang mana terdapat sebanyak 67 bangsa di Burma

    dan kajian lanjut telah dijalankan didapati ia telah bertambah kepada 135 bangsa.8

    Peta Burma (Myanmar)

    5 Abu Talib Ahmad,2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.2.6 P.B.Lafont, 1996.Semenanjung Indochina : Suatu Pengenalan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan

    Pustaka.hlm.11.

    7 David I.Steinberg, 1990. TheFuture Of Burma: Crisis and Chice in Myanmar. Lanham: University Press OfAmerica.hlm.66.8 Ibid.hlm.14.

    2

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    3/40

    1.2 SEJARAH KEMERDEKAAN BURMA

    Dari segi sejarahnya, Burma merupakan sebuah negara demokratik antara tahun 1948

    hingga 1962.9 Namun, Burma juga tidak terkecuali daripada penjajahan British dan Jepun.

    Bermula pada tahun 1824 hingga tahun 1886, dan selepas tiga kali berperang. Burma terpaksa

    akur kepada imperialisme British pada 1 Januari 1886 apabila secara rasminya seluruh Burma

    atau Myanmar diisytiharkan sebagai sebahagian empayar British-India. Kedudukan ini

    berterusan sehingga bulan April 1937 apabila Myanmar dipisahkan daripada India. Lima

    tahun kemudian iaitu pada awal tahun 1942, negeri itu ditakluk pula oleh Jepun dan berada di

    bawah cengkaman Tokyo sehinggalah bulan Mei 1945 apabila tentera Jepun berundur. Pada

    bulan Ogos 1943, sebuah negara Myanmar yang dikecilkan diisytiharkan merdeka kemudian

    Dr.Ba Maw iaitu seorang ahli politik pada tahun 1930-an yang terkenal telah dilantik sebagai

    ketua Negara dan Perdana Menteri. Namun, selepas perang dunia kedua, kemerdekaan ini

    ditamatkan pada bulan Oktober1945 apabila British kembali semula dan secara rasminya

    menguasai bekas tanah jajahannya.

    Daripada imperialisme Jepun ini, tidak dinafikan sumbangan imperialisme Jepun initelah memperkembangkan lagi semangat nasionalisme di kalangan rakyat Burma. Walaupun

    pada asalnya menyokong Jepun namun pendirian ini berubah apabila mencurigai kesediaan

    Jepun untuk memberi kemerdekaan dan kebebasan sepenuhnya kepada rakyat. Semangat

    nasionalisme yang anti-Jepun ini telah membawa kepada penubuhan sebuah parti iaitu Anti-

    Fascist Organisation( AFO-organisasi Anti-Fasis) pada bulan Ogos 1944 oleh Aung San dan

    rakan-rakannya dalam tentera bagi mengekang pengaruh komunis ini. Kemudian, pada Mac

    1945, AFO telah ditukarkan kepada Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis( AFPFL).10

    9 Peter Church, 2003.A Short History Of South East Asia. Singapore: Saik Wah Press Pte,Ltd.hlm.117.10 Abu Talib Ahmad,2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.223.

    3

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    4/40

    Semangat nasionalisme ini telah membawa kepada keinginan untuk menuntut kemerdekaan

    setelah Perang Dunia Kedua tamat.11 Aung San juga telah mengadakan hubungan baik dengan

    British di India. Kehadiran British juga tidak ditentang. Aung San berharap dengan kerjasama

    ini, ia akan mempercepatkan proses kemerdekaan Myanmar.12

    Jeneral Aung San dikatakan menanam benih-benih subur kemerdekaan. Dalam sejarah

    Burma, Jeneral Aung San merupakan tokoh yang dihormati. Aung San dikatakan mempunyai

    daya kepimpinan yang berkaliber, berwawasan dan lebih gemar menggunakan kaedah

    diplomatik dalam perundingan dengan golongan minoriti Burma.13 Menurut Shelby Tucker:

    only true democracy can work for the real good of the people, real equality of status

    and opportunity for everyone, irrespective of class or race or religion or sex.....there

    must be provisions for the fundametal right or citizens irrespective or race, religion or

    sex.....therefore, we must concede to them the right of a national minority......now, when

    we build our new Burma shall we build it as Union, or a unitary state ? We must set up

    a union with pripery regulated provisions as should be made to safeguard the right of

    national minorities. We must take care that United we Stand not United we fall14.15

    Dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan ini, malang tidak berbau apabila

    berlaku satu peristiwa hitam yang mana pada jam 10.40 pagi iaitu bersamaan pada 19 Julai

    1947, semasa kabinet-kabinet sedang mengadakan mesyuarat di Dewan Majlis, 4 orang

    pemuda yang berpakaian hitam telah merempuh masuk dan melepaskan tembakan kepada

    semua ahli kabinet yang menyebabkan Aung San, Thakin Mya, Ba Win, Mahn Ba Khing, Ba

    Choe, Sawbwa dan A.Razak telah terbunuh.16 Namun demikian, usaha perjuangan tetap

    diteruskan dan pemimpin LPRAF di bawah U Nu. Pada 1 Ogos 1947, U Nu telah dilantik

    sebagai Perdana Menteri manakala Dewan Perhimpunan Perlembagaan pada September 1947

    juga memutuskan untuk menyokong penuh kemerdekaan Burma. U Nu juga terus

    mengadakan rundingan dengan pemimpin British di London yang mana akhirnya perjanjian

    11 Ibid.hlm. 199.12Nota kuliah 1 Cik Dg. Norizah Binti AG [email protected].

    13 B. K. Drake,1957. Burma: Pergerakan-pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan, LongmanMalaysia Sdn.

    Bhd.hlm.57.14 Shelby Tucker, 2001.Burma: The Curse Of Independence, London:Pluto Press.hlm 152.

    15Ibid.16Nota kuliah 1 Cik Dg. Norizah Binti AG [email protected].

    4

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    5/40

    Anglo-Myanmar ditandatangani dan British mengakui republik Myanmar yang merdeka pada

    17 Oktober 1947. Pada 10 Desember 1947, Parlimen British telah meluluskan Rang Undang-

    undang kemerdekaan Myanmar yang menyerahkan Kerajaan Myanmar kepada Presiden

    Kesatuan Myanmar iaitu U Nu. 17Setelah terbentuknya Perlembagaan 1947 dan kata sepakat

    yang dimeterai dengan golongan minoriti, maka, persediaan Burma ke arah kemerdekaan

    berjalan lancar.

    Tepat jam 4.20 pagi, 4 Januari 1948, Burma secara rasminya menjadi sebuah negara

    yang merdeka dan berdaulat.18 Tiada pertumpahan darah berlaku.19 Sempena peristiwa itu,

    satu upacara kemerdekaan diadakan di seluruh negara. Di Yangon, upacara ini berlangsung di

    perkarangan Rumah Kerajaan pada pukul 4.20 pagi yang dimulakan dengan penurunan

    bendera Union Jack untuk digantikan dengan bendera persekutuan Myanmar yang dipadankan

    daripada bendera Dobama Ahsiahyone. Peristiwa penting ini turut disaksikan oleh Hubert

    Rance, Gabenor British terakhir yang mewakili British, Sao Shwe Thaike, Chaofa Shan yang

    terpilih menjadi presiden pertama, Perdana Menteri U Nu dan anggota kabinetnya, para

    pegawai tinggi kerajaan dan para jemputan lain.20 Kemerdekaan Burma yang diberikan British

    ini sebenarnya dicapai selepas penyelesaian politik dan keamanan dicapai di antara Burma

    Hilir dengan kawasan-kawasan sempadan yang dipopulasikan oleh kumpulan minoriti.

    Seperti kata Donnison, seorang pegawai kolonial British yang berpengalaman iaitu:

    Hanya dengan adanya keamanan sahaja, baharulah kebebasan bersuara dan bergerak

    serta keselamatan rakyat dapat diwujudkan dengan terjamin

    Selepas kemerdekaan, tampuk pemerintahan terus berada di bawah pemerintahan U

    Nu. Dikatakan U Nu seorang penganut tulen kepada agama Buddha dan minat dalam

    kesusasteraan inggeris sehingga U Nu mendapat nama julukan iaitu George Bernard Shaw

    Myanmar.21 Semasa pemerintahan U Nu, Burma terpaksa menghadapi pelbagai masalah

    sehingga membawa kepada rampasan kuasa oleh Ne Win bagi menggulingkan U Nu.

    Dikatakan, Sebelum General Ne Win merampas kuasa pada 2 Mac 1962, Ne Win pernah

    mentadbir Burma pada tahun 1958 hingga 1960 apabila terdapatnya ketegangan politik

    17 Ibid.hlm.5.18 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.315.19 Peter Calvocoressi,1993.Politik Dunia 1945. Terjemahan: Abdul Ghaffar Laili. Kementerian pendidikanMalaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.469.

    20 Mung Maung, 1969.Burma and General Ne Win. Bombay:Asia Publising House,hlm.194-195.21 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm. 317 dan 327.

    5

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    6/40

    sehingga menyebabkan pilihan raya umum yang dicadang diadakan bagi menyelesaikan

    perebutan kuasa tidak dapat diadakan. Dengan itu, Pada bulan Oktober 1958, U Nu

    menyerahkan kuasa kepada General Ne Win dan meminta tentera memulihkan ketenteraman

    awam supaya pilihanraya umum boleh diadakan dalam suasana bebas tanpa kekacauan. Pada

    ketika ini, Ne Win telah diberi kuasa oleh Parlimen untuk menjalankan pembersihan dalam

    pentadbiran kerajaan dan politik negara berikutan perpecahan AFPFL. Pentadbiran Ne Win

    juga kerap disebut sebagai Kerajaan Sementara. Namun, tidak dinafikan bahawa

    pentadbiran Ne Win pertama dari tahun 1958 hingga 1960 berjaya membawa satu haluan baru

    dalam sosiopolitik Myanmar.22 Sebelum itu, Ne Win pernah memegang jawatan politik

    apabila dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Dalam Negeri selama enam bulan pada tahun

    1950.23 Perlantikan ini dibuat mengikut perlembagaan yang sedia ada bagi menghadapai

    pemberontakan komunis dan etnik dengan lebih berkesan. Apabila keadaan kembali tenang,

    pilihan raya telah diadakan pada bulan Januari 1960. Dalam pilihan raya tersebut, U Nu

    kembali berkuasa apabila partinya iaitu AFPFL Bersih (kini diberikan nama Pyidaungsu)

    mendapat kemenangan.24 Sesetengah pemerhati mengatakan ini dikaitkan dengan penggunaan

    isu agama dan sokongan rahib yang begitu luas. Namun, U Nu menegaskan bahawa beliau

    menekankan demokrasi dan secara tersurat atau tersirat, meminta rakyat membuat keputusan

    memilih antara tentera atau demokrasi.25 Walaupun kerajaan pimpinan U Nu ini mendapat

    kemenangan dan membentuk kerajaan, namun, tidak dinafikan, Burma masih menghadapi

    masalah-masalah dalaman dan luaran samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial di bawah

    pemerintahan kerajaan U Nu sehingga satu rampasan kuasa dilakukan pada 2 Mac 1962 oleh

    General Ne Win.

    22 Maung Maung, 1969.Burma and Gneral Ne Win, hlm. 252-264.23 Saw Myat Yin,1990. Cultures of The World Burma, Singapore & Kuala Lumpur.Times Book

    International.hlm. 38.

    24 D. G. Hall, 1984.Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 111225 Cha Tzang Yawnghwe, 1987. The Shan Of Burma: Memoirs Of a Shan Exile. Singapura:Institute of

    Southeast Asian Studies, hlm.108-109.

    6

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    7/40

    2.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI DARI ASPEK POLITIK

    2.1 Perlaksanaan struktur politik berlandaskan kepada Buddhisme

    Agama Buddha sudah menjadi sebati dalam diri U Nu. Hal ini disebabkan semasa

    zaman remaja U Nu, beliau seorang yang mempunyai akhlak yang kurang baik yang mana U

    Nu menghadapi masalah mengawal naluri seksnya, dan seorang yang kaki botol. Namun,

    semasa di Tahun 3, U Nu telah mengalami kegagalan. Dengan kegagalan ini, beliau

    beranggapan bahawa kegagalan ini berpunca daripada kegiatannya yang tidak bermoral serta

    mengetepikan agama. Sejak dari hari itu, U Nu telah mengubah dirinya dengan mempelajari

    agama dengan lebih serius untuk menjadi penganut tulen agama Buddha. Dengan penganutan

    ini, maka, U Nu telah sembuh daripada Penyakit. 26 Semasa pentadbiran U Nu, beliau cuba

    menjalankan sistem pentadbiran yang berbeza dengan konsep yang cuba diperkenalkan oleh

    Aung San dahulu. Beliau cuba melaksanakan satu struktur politik yang berlandaskan kepada

    Buddhisme dan sosialisme, khususnya Buddhisme dalam pemerintahannya. Dalam

    perlaksanaan ini, U Nu amat menitik berat atau memberi perhatian terhadap soal kebajikan di

    Burma yang mana U Nu ingin menjadikan agama Buddha sebagai agama rasmi negara. Selain

    itu, U Nu juga telah membina sebuah keramat di Gunung Popa untuk nat dan juga telah

    membina sebuah rumah tumpangan untuk anjing-anjing yang berkeliaran di Yangon dan

    sebagainya.27 Dalam perlaksanaan struktur politik yang berlandaskan Buddhisme ini juga,

    Perdana Menteri U Nu juga sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan nyawa manusia terkorban

    walaupun kedudukan politiknya pernah diancam oleh pemberontak pada tahun 1948 hingga

    1949.28 Dalam usaha perlaksanaan U Nu ini, beliau berharap ia mampu menarik minat

    penduduk Burma yang beragama Buddha. Namun, usaha U Nu ini telah mendapat reaksi yang

    26 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 327.

    27 Cha Tzang Yawnghwe, 1987. The Shan Of Burma: Memoirs Of a Shan Exile. Singapura: Institute ofSoutheast Asian Studies, hlm. 108-109.28 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.17.

    7

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    8/40

    berbeza daripada penduduk Burma. Perlaksanaan ini telah menanam perasaan takut di

    kalangan etnik minoriti yang mempercayai mereka akan didiskriminasikan jika bukan

    beragama Buddha seperti masyarakat yang beragama Islam dan Kristian. Sebagai contoh, Di

    Utara Burma juga, pemberontakan Kachin juga telah berlaku. Hal ini disebabkan pemimpin

    Kachin beragama Kristian dan beliau membantah polisi U Nu ini. Buddhisme ini juga

    diktakan turut mempengaruhi perang saudara yang meletus selepas tahun 1948.29

    2.2 Perpecahan Anti-Fascist Peoples Freedom League ( AFPFL )

    Di Burma, golongan nasionalis, golongan yang tertutup dengan dunia luar dan pro-

    Jepun pada awal Perang Dunia Kedua telah berubah pendirian yang mana mereka telah

    berubah menjadi anti-Jepun. Hal ini disebabkan mereka mencurigai kesediaan Jepun untuk

    memberi kemerdekaan dan kebebasan sepenuhnya kepada rakyat.30 Semangat nasionalisme

    yang anti-Jepun ini telah membawa kepada penubuhan sebuah parti iaitu Anti-Fascist

    Organisation( AFO-organisasi Anti-Fasis) pada bulan Ogos 1944 oleh Aung San dan rakan-

    rakannya dalam tentera bagi mengekang pengaruh komunis ini. Kemudian, pada Mac 1945,

    AFO telah ditukarkan kepada Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis( AFPFL) yang mana ia

    juga merangkumi juga kelompok nasionalis yang lain seperti pemimpin komunis, sosialis dan

    tentera.31 Parti ini berteraskan perjuangan anti-jepun dan anti-British di samping ingin

    menuntut kemerdekaan Burma. AFPFL juga merupakan gabungan/ perikatan daripada

    pertubuhan-pertubuhan besar seperti All-Burma Peasants Organisation, Federation Of Trade

    Organisation, kumpulan-kumpulan etnik ( Karen Youth League ), ahli-ahli individu, dan

    sebuah parti politik iaitu parti sosialis. Selepas Aung San meninggal dunia pada 19 Julai

    1947 , AFPFL seteusnya telah dipimpin oleh Perdana Menteri U Nu. Pada tahun 1951, pilihan

    raya umum telah diadakan dan kemenangan telah dicapai oleh parti kerajaan iaitu Liga

    Pembebasan Rakyat Anti-Fasis( AFPFL).32

    Namun, pada pertengahan tahun 1958, perpecahan telah berlaku yang mana AFPFL

    telah berpecah di kalangan mereka sendiri dan mengadakan kempen pemisahan menentang

    kerajaan. Perpecahan ini jga boleh dikaitkan dengan sikap panas baran dan masalah kawalan

    diri U Nu yang berlanjutan Sejak menjadi pelajar di Universiti Rangoon lagi sehingga

    membawa kepada pertelingkahan antara U Nu dengan Kyaw Nyein. Hubungan ini seterusnya

    29 Ibid.30 Peter Calvocoressi,1993.Politik Dunia 1945. Terjemahan: Abdul Ghaffar Laili. Kementerian pendidikan

    Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.468.31 Abu Talib Ahmad,2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.223.32 Nota Kuliah

    8

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    9/40

    menimbulkan perasaan syak yang berlanjutan sehingga membawa kepada perpecahan Majlis

    Tertinggi Parti dan AFPFL. Semua perpecahan ini bermula apabila U Nu meluahkan rasa

    kekecewaannya atas tindakan Kyaw Nyein yang menjual stok beras kerajaan yang telah

    dijanjikan kepada Chou En Lai ketika U Nu melawat Beijing. Pada tahun 1956, U Nu telah

    membuat beberapa perlantikan penting dalam AFPFL yang melibatkan Ba Swee, Thakin Tin,

    dan Kyaw Nyein tanpa merujuk kepada Majlis Tertinggi Parti sehingga menimbulkan salah

    faham kepada Kyaw Nyein dan penyokongnya. Pada tahun 1954 pula, isu surat-menyurat

    menjadi peistiwa dramatik bagi hubungan U Nu dan Kyaw Nyein apabila Kyaw Nyein

    menuduh presiden parti sebagai seorang yang gila kuasa serta taksub kepada puji-pujian,

    gelaran dan penghormatan dalam surat kepada U Nu. Seterusnya, U Nu telah mengedarkan

    surat-surat ini kepada semua ahli Majlis Tertinggi. Tindakan ini seterusnya membawa kepada

    perpecahan pucuk kepimpinan AFPFL kepada dua iaitu kumpulan yang menyokong U Nu

    dan kumpulan yang menyokong Kyaw Nyein.33 Pada tahun 1956, U Nu berundur dari

    kerajaan untuk mencari jalan memulihkan AFPFL tetapi gagal malah hubungan U Nu dengan

    Kyaw Nyein semakin teruk apabila beliau dengan masalah kawalan dirinya mengesyaki Kyaw

    Nyein yang memang menyokong penglibatan tentera dalam politik, menggunakan

    pengaruhnya terhadap tentera untuk memaksa U Nu untuk bersara dari arena politik.

    Sehubungan dengan masalah ini maka pada tahun 1958, AFPFL ini telah berpecah

    kepada dua kumpulan iaitu AFPFL stabil pimpinan Ba Swee dan Kyaw Nyein dan AFPFL

    Bersih pimpinan Nu dan Tin. AFPFL semakin sukar dikawal terutamanya di peringkat daerah

    sementara itu, pemimpin lebih berminat mencari pengaruh dan mengumpul kekayaan walau

    dengan cara apa sekalipun. Dikatakan pemimpin-peminpin ini bertelagah sehingga bersetuju

    untuk membahagikan semua aset parti. Perpecahan yang berlaku pada tahun 1958 ini

    dicirikan sebagai Perang Terbuka kerana masing-masing melemparkan berbagai-bagai

    tuduhan seperti rasuah, nepotisme, gila seks, gila kuasa, menculik, dan membunuh. walaupun

    tuduhan-tuduhan yang dilemparkan tidak semua betul namun kewibawaan AFPFL dan

    demokrasi itu sendiri turut terjejas.34 Di dalam AFPFL ini juga, wujud persaingan sesama

    sendiri antara pemimpin dalam parti untuk menguasai kesatuan politik, ahli-ahli politik

    tempatan mengidam-idamkan untuk menjadi perdana menteri. Selain itu, ia juga berpunca

    daripada sebab peribadi, cemburu kuasa, dan perasaan syak wasangka di kalangan pemimpin

    AFPFL dari peringkat pusat hingga ke peringkat daerah. 35 Di daerah yang jauh dari Yangon,

    33 Sein Wein, 1959. The Split Story: An Account Of The Recent Political Upheaval In Burma With emphasis

    on The AFPFL. Rangoon: The Guardian Ltd.,hlm.27-31.34 Abu Talib Ahmad,2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.329.35

    9

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    10/40

    keadaan tidak lagi dapat dikawal sehingga tercetusnya keganasan politik. Apabila perpecahan

    berlaku, kedua-dua pihak saling bersaing sengit untuk mendapatkan sokongan wakil-wakil

    rakyat AFPFL bagi menguasai kerajaan dengan menggunakan pelbagai cara seperti

    menawarkan jawatan kabinet, menggunakan politik wang dan penubuhan negeri berautonomi

    dalam persekutuan serta pasukan. Karenah pemimpin AFPFL ini hanya mengutamakan

    kepentingan peribadi. Perpecahan ini memberi kesan yang besar terhadap politik demokrasi

    dan penglibatan pihak tentera dalam kancah politikyang mana tentera marah apabila mereka

    dicemuh secara terbuka oleh penyokong AFPFL Bersih berikutan sokongan mereka terhadap

    Ba Swee dan Kyaw Nyein. Perpecahan ini kemudianya menimbulkan ketegangan politik

    sehingga pilihan raya yang dicadangkan untuk diadakan bagi menyelesaikan perebutan kuasa

    tidak dapat diadakan lalu menyerahkan kuasa kepada Ne Win dan meminta tentera

    memulihkan ketenteraman awam supaya pilihan raya umum boleh diadakan dalam suasana

    bebas.36 Namun, Kemenangan dengan majoriti besar iaitu 57.2 daripada undian yang

    diperolehi oleh AFPFL dalam pilihanraya nasional pada 1951-52 dan 1956 telah

    menyembunyikan kelemahan atau persengketaan dalam parti.37

    2.3 Kehadiran orang China di Burma

    Pada tahun 1949, Burma atau Myanmar menjadi negara pertama yang mengiktiraf

    China. Kehadiran orang Cina di Burma sememangnya membawa masalah kepada Burma. Hal

    ini dapat dilihat dengan kehadiran lebih kurang antara 4000 hingga 16000 orang bekas tentera

    Kuomintang di Negeri Shan dari tahun 1949 hingga 1954 dan membantu dalam

    pemberontakan Shan terhadap Burma, tuntutan Peking ke atas wilayah Myanmar, masalah

    sempadan bersama dan perncerobohan 200 orang tentera China di Utara negeri Wa pada

    tahun 1953 dan kemudiannya 5000 orang lagi yang menyerang negeri Kachin pada bulan

    Julai 1956. kehadiran sekitar 350 000 orang cina seberang laut ini sentiasa sahaja

    mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara ini iaitu antara Burma dan China.

    Disebabkan masalah-masalah ini, U Nu mengharapkan hubungan baik dengan Peking dapat

    dijalinkan. Menurut seorang penulis India, Burma memang sentiasa gusar dengan tindak

    tanduk jirannya di sebelah Utara itu. Namun, masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan

    Sein Wein, 1959. The Split Story: An Account Of the Recent Political Upheaval in Burma With emphasis on

    the AFPFL. Rangoon: The Guardian Ltd.,hlm.1-2.

    36 Cha Tzang Yawnghwe, 1987. The Shan Of Burma: Memoirs Of a Shan Exile. Singapura: Institute ofSoutheast Asian Studies, hlm. 108-109.

    37 R.H Taylor , 1996. The Politics Of Elections In Southeast Asia. Woodrow Wilson Center Press. Cambridge

    University Press. Hlm.174

    10

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    11/40

    baik oleh U Nu dan rakan sejawatnya iaitu Chou En Lai melalui hubungan peribadi yang baik

    serta pertukaran lawatan antara pemimpin kedua-dua buah negara. Pada tahun 1954, Chou En

    Lai tiba di Yangon untuk lawatan rasmi dan pada tahun yang sama, U Nu pula mengadakan

    lawatan ke China dengan mendapat layanan istimewa. Maka, dengan hubungan baik ini,

    masalah sempadan dapat diselesaikan pada bulan Oktober 1960 , Yangon juga menerima

    bantuan teknikal oleh China kepada sebuah negara bukan Komunis. Pada tahun 1961,

    Yangon-Peking berjaya menyelesaikan kehadiran hampir 4000 orang tentera KMT yang

    kemudiannya dipindahkan ke Taiwan.38

    2.4 Kelemahan dalam pentadbiran sosialisme demokrasi di Burma

    Pada akhir tahun 1950-an, pentadbiran sosialisme demokrasi telah menghadapi

    beberapa masalah besar seperti pemusatan berlebihan dari segi fungsi dan tanggungjawab.

    Sebagai contoh, majlis daerah tidak lagi bertanggungjawab kepada pendidikan dan kesihatan

    dan telah diambil alih oleh kementerian. Selain itu, pertukaran pegawai yang terlalu kerap

    juga menyebabkan pentadbiran tidak cekap, contohnya, menurut Tinker dalam satu kes,

    seorang pegawai ditukarkan dua kali dalam tempoh setahun iaitu dari Tenasserim ke Hulu

    Chindwin dan kemudiannya ke Arakan. Menurut Tinker, pertukaran yang kerap ini seringkali

    dikaitkan dengan masalah disiplin atau tidak ada ciri-ciri profesionalisme yang tinggi di

    kalangan kakitangan pentadbiran yang amat ketara. Kelemahan dalam pentadbiran ini juga

    dapat dilihat dalam masalah hubungan dalam jabatan dan budaya kerja. 39 Dalam hal ini, ia

    dapat dibuktikan dengan petikan ulasan Tinker yang mana budak-budak pejabat merayau-

    rayau sambail merokok di beranda Bangunan Sekeretariat. Mereka tidak menghiraukan kerja.

    Waktu pejabat yang telah ditetapkan iaitu dari jam 9.30 pagi sehingga 4.30petang tetapi tidak

    dipeduli, bahkan di kalangan pentadbir kanan juga sentiasa datang sekitar pukul 11 pagi.40

    Selain itu, Masalah pejabatan merupakan satu penyakit yang diwarisi daripada

    pentadbiran penjajah dan turut menyebabkan kelemahan dalam pentadbiran Burma

    terutamanya di peringkat daerah. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan AFPFL telah

    mewujudkan jawatankuasa antara jabatan seperti di peringkat daerah. Namun, langkah ini

    masih tidak berupaya mengatasi masalah yang sedia ada tetapi menyebabkan pegawai daerah

    memegang terlalu banyak tanggungjawab sehingga perlu menyelaras perjalanan hampir 20

    38 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.410-411.

    39 Hugh Tinker, 1959. The Union Of Burma : study of the Firsts Years Of Independence. London: OxfordUniversity Press, hlm.139.40 Ibid.hlm.129-130.

    11

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    12/40

    jawatan kuasa setelah tugas asalnya iaitu menjaga ketenteraman awam kini diambil alih oleh

    tentera dan polis. Di setiap daerah terdapat 18 jabatan tetapi pegawai daerah kerap tidak

    diberitahu tentang kegiatan jabatn-jabatan ini kecuali apabila berhubung dengan kementerian

    di pusat yang perlu dibuat melalui beliau. Kesan daripada keadaan ini maka pengaruh

    pegawai daerah terhadap kehidupan rakyat desa pun semakin berkurangan dan jawatan ini

    telah dihapuskan selepas tahun 1962.41

    Di sini jelas, kelemahan pentadbiran sosialisme demokratik Burma ini membawa

    kepada permasalahan kepada Burma dan mengakibatkan keputusan dan pelaksanaan dasar

    tidak dibuat dengan cekap. U Nu sedar akan kewujudan masalah-masalah ini namun gagal

    menyelesaikannya lalu sehingga membawa kepada rampasan kuasa pada 2 Mac 1962 oleh

    General Ne Win dan tentera.

    2.5 Hubungan Burma dengan Soviet Union

    Hubungan antara Burma dengan Soviet Union bermula pada tahun 1951 walaupun

    persetujuan pertukaran duta di antara kedua-dua negara dipersetujui pada bulan Februari

    1948. Moscow yang mengiktiraf Yangon sentiasa mencurigai negara yang baru merdeka ini

    sebagai boneka british sehingga U Nu dan para pemimpin yang lain pada awalnya mendapat

    layanan yang dingin. Pada bulan Julai 1955, Yangon menandatangani perjanjian perdagangan

    dengan Moscow untuk tempoh tiga tahun. Melalui perjanjian ini, Soviet Union akan membeli

    sehingga 200 000 tan padi Myanmar dalam setahun, sementara itu, Myanmar pula akan

    membeli jentera, barangan industri dan mendapatkan kepakaran teknikal dari Soviet Union.

    Pada tahun 1956, perjanjian ini disambung lima tahun lagi walaupun masih terdapat masalah

    dari segi harga yang terlalu tinggi atau kegagalan pihak Soviet Union menyediakan bekalan

    mengikut jadual.42 Dalam perhubungan ini, Burma sentiasa memastikan bantuan dari Soviet

    Union itu tidak mencemarkan dasar berkecuali yang mula diamalkan oleh U Nu dan AFPFL

    pada awal tahun 195043 serta tidak mengugat hubungan nya dengan China.

    2.6 Pemberontakan Komunis

    Pada Bulan Ogos 1944, pertubuhan Anti-Fasis (AFO) yang menggabungkan

    pemimpin komunis, sosialis dan tentera berjaya ditubuhkan dan pada bulan Mac 1945, barisan

    bersatu ini dikembangkan menjadi AFPFL yang berteraskan perjuangan anti-jepun dan anti-

    british. Walaupun keanggotaannya dibuka kepada kumpulan lain, AFPFL terus didominasikan

    41 Ibid. hlm.133.42 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.412-413.43 Ibid.hlm.407.

    12

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    13/40

    komunis dan sosialis. Masing-masing bersaing untuk menyebarkan pengaruh di kalangan

    tentera, buruh dan petani. kedua-dua kelompok sosialis dan komunis ini mempunyai idea

    yang bertentangan berhubung dengan organisasi kerajaan, pembangunan ekonomi dan dasar

    luar. Berikutan perbezaan ideologi dan peribadi, kelompok komunis telah disingkirkan dari

    AFPFL pada tahun 1946. Kemudian, parti Komunis Burma( CPB) ini telah melancarkan

    perjuangan bersenjata menentang British melalui kumpulannya yang dinamakan Bendera

    merah pada bulan Mac 1948 sehingga terus menguasai persatuan petani di bahagian tengah

    Myanmar dengan cara merampas tanah untuk diagihkan kepada petani yang tidak mempunyai

    tanah serta golongan pekerja. Pemberontakan komunis pada tahun 1948 ini juga boleh

    dikatakan sebagai manifestasi daripada ketiadaan perpaduan ideologi. Bibit pemberontakan

    komunis ini dikatakan sudah disemai sejak zaman jepun lagi kesan daripada perbezaan

    ideologi dengan kelompok sosialis. Dalam pemberontakan parti komunis Burma (Burma

    Communist Party) yang kemudiannya dikenali juga sebagai White Flag juga telah disertai

    oleh pertubuhan paramilitari iaitu Peoples Volunteer Organisation yang merupakan pasukan

    penggempur AFPFL. Ekoran pemberontakan komunis ini, PVO turut berpecah dengan hampir

    65 peratus daripada mereka yang dikenali sebagai PVO putih menyokong CPB, sementara

    PVO merah menyokong AFPFL dan kerajaan U Nu.44

    2.8 Perang Saudara meletus

    Selepas tahun 1948, berlaku perang saudara di antara golongan komunis dengan

    kerajaan AFPFL dan terus sengit sehingga tahun 1950-an. Namun, pada tahun 1948, Perang

    saudara antara golongan komunis dengan kerajaan AFPFL telah berlaku apabila puak

    komunis dan PAF berpecah dua yang mana kumpulan Thakin So mahukan peperangan rakyat

    untuk merampas Myanmar daripada British. Puak Komunis di bawah Thakin Than Tun juga

    mahu menjalankan usaha untuk mempengaruhi LPRAF bagi mencapai matlamat komunis.

    Hal ini juga telah menyebabkan keruntuhan pentadbiran pusat.45 Seterusnya membawa

    masalah kepada Burma sendiri.

    44 Ibid.hlm.388-390.45Nota Kuliah bab 1 Cik Dg.Norizah Binti Ag. Kiflee @Dzulkifli.hlm.2.

    13

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    14/40

    3.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI BURMA DARI ASPEK EKONOMI

    3.1 Ekonomi Sosialis Demokratik

    Perlembagaan tahun 1947 telah menetapkan garis panduan penting tentang ekonomi

    sosialis demokratik. Ekonomi sosialis demokratik yang diwujudkan ini sudah dipersetujui

    oleh parti-parti politik yang mementingkan diri sendiri yang mana ia diperbaharui mengikut

    sedikit kepercayaan agama Buddha, dan usaha memiliknegarakan semua kemudahan

    pengangkutan air telah dilakukan sejak tahun 1949 lagi. Dalam perlaksanaan Ekonomi

    sosialis demokratik ini, dikatakan ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang

    dapat menjamin kebajikan ekonomi dan sosial kepada anggotanya serta mengecilkan jurang

    perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Antara garis panduan yang dinyatakan adalah

    kebajikan sosial untuk rakyat, hak pemerintah memiliknegarakan semua sektor ekonomi, hak

    negara terhadap semua tanah, kebajikan pekerja dari segi keahlian dalam kesatuan skerja,

    perumahan dan insuran serta hak rakyat mendapatkan pekerjaan, pendapatan minimum dan

    penjagaan atau rawatan semasa sakit, hak rehat serta riadah dan hak mendapatkan

    pendidikan.46 Sejajar dengan hasrat ini, proses nasionalisasi dimulakan dengan giatnya pada

    bulan Jun 1948 yang mana ia melibatkan kepentingan ekonomi British seperti Syarikat

    pengangkutan Irrawady Flotilla, semua konsesi balak milik syarikat asing seperti BBTC,

    Foucar dan Macgregor dan hampir tiga juta ekar tanah pertanian yang terlepas kepada

    peminjam khususnya ceti India. Langkah menghakmilikkan semua sumber ekonomi bertujuan

    membasmi sama sekali pengaruh kapitalisme yang terbukti memeras. Namun, langkah ini

    mewujudkan monopoli yang mana kemudianya membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan

    rasuah. Seterusnya, ia membawa kepada kelembapan pertumbuhan ekonomi negara.47

    46 Hugh Tinker, The Union Of Burma, Bab 4.47 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.349.

    14

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    15/40

    3.2 Gejala rasuah yang berleluasa

    Gejala rasuah yang dihadapi Burma memang menjadi sejarah yang wujud di Myanmar

    namun keadaan ini berlaku selepas tahun 1948 dan barangkali melewati batasan yang sedia

    ada. Gejala ini dikatakan berpunca daripada banyak sebab seperti gaji yang rendah dalam

    keadaan inflasi selepas perang, kekurangan pendapatan negara dan penglibatan ahli politik

    dan pentadbiran negara serta ekonomi. Burma merupakan negara pengeluar kedua utama di

    dunia48 Namun selepas tahun 1955, harga beras merosot dan ini menyebabkan sesetengah dari

    projek-projek ditinggalkan, malahan projek-projek yang telah lengkap juga mengalami

    kesukaran. Dengan itu, syarikat-syarikat perbadanan yang dihaknegarakan hanya memberi

    peluang kepada rasuah dan penipuan. Selain itu, Kekurangan hasil dan pendapatan negara

    juga menyumbang kepada gejala rasuah berleluasa. Selain itu juga, perpecahan yang berlaku

    dalam AFPFL juga turut memberi kesan apabila program ekonomi yang sedia ada menjadi

    mangsa manipulasi pihak yang bertelagah.49

    3.3 Kesan Perang Dunia, perang Saudara dan pemberontakan komunis dan etnik

    Pada awal tahun 1948, ekonomi negara masih lagi dalam keadaan yang belum pulih

    kesan buruk daripada Perang Dunia Kedua, dan pemberontakan komunis dan etnik.

    Sehubungan dengan perang-perang dan pemberontakan yang berlaku, ia telah memusnahkan

    sistem pengangkutan ( sungai dan jalan raya ), empangan hidro seperti Balu Chaung, dan

    hampir 70 peratus banguanan sekolah di seluruh negara Burma mengalami kerosakan.

    Masalah pengangkutan yang dihidapi Burma seterusnya memberi kesan kepada perdagangan

    dan eksport hasil utama negara seperti padi, galian dan balak.

    3.4 Percukaian negara yang tidak kukuh

    Disebabkan oleh percukaian negara yang tidak kukuh yang mana sebilangan besar

    petani, sektor pertanian dan buruh swasta tidak dikenakan cukai. kerajaan U Nu menghadapi

    masalah dalam membiayai program pembangunan negara yang telah dirancang. Hal ini

    menyebabkan kerajaan terpaksa bergantung pada bayaran pampasan Jepun, pendapatan

    badan-badan kerajaan, cukai kastam dan cukai pendapatan pekerja sektor awam.50

    3.5 Program ekonomi (Pydawtha) gagal mencapai matlamat

    48Nota kuliah cik Dg. Norizah Binti Ag Kifle@Dzulkifli. bab 7.hlm.1.49 Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.350.50 Ibid.

    15

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    16/40

    Pada bulan Ogos 1952, U Nu cuba mewujudkan sebuah negara kebajikan melalui satu

    program ekonomi yang dinamai Pydawtha ( Negara Makmur atau Land Of Happiness).

    Matlamat Pydawtha ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran pertanian, mempelbagaikan

    pertanian, meningkatkan eksport hasil pertanian, meningkatkan pendapatan petani serta

    menjamin pendapatan yang lebih adil dan stabil kepada petani. Pydawtha juga mengenal pasti

    langkah-langkah kebajikan yang dijangka boleh membantu mencapai matlamat ini seperti

    reformasi sistem hak milik tanah, meningkatkan produktiviti pertanian melalui teknologi baru,

    memastikan semua tanah pertanian diusahakan, memperbaiki sistem pendidikan, kesihatan

    awam, subsidi, perumahan, sistem saliran dan pengairan, mengadakan ladang, contohnya,

    penyelidikan dan pembangunan, khidmat nasihat pertanian, pinjaman kredit yang rendah

    faedahnya dan pemasaran. U Nu melancarkan program Pydawtha dengan menggunakan wang

    pampasan yang diberikan oleh Jepun. Namun, ia gagal dan terbengkalai begitu sahaja kerana

    kejatuhan harga padi di pasaran antarabangsa. Hal ini disebabkan State Agricultural

    Marketing Board ( SAMB) atas sebab-sebab politik gagal melaksanakan dasar pembelian padi

    yang lebih berteraskan kepentingan ekonomi dengan membayar harga yang seragam kepada

    semua jenis padi.51Kegagalan program ini juga disebabkan Kerajaan menanggung kos untuk

    menentang pemberontakan dan gaji pekerja lau menambahkan beban kewangan kerajaan,

    malahan ketiadaan ceti India yang dahulunya tidak diperlukan telah menyebabkan kerajaan U

    Nu langsung tidak mempunyai tenaga dari segi teknikal untuk mengimplementasikan

    program-program pentadbiran dan ekonomi Pyidawtha. Selain itu, program ini terbengkalai

    juga disebabkan oleh masalah rasuah. Hal ini dapat dilihat apabila dua empangan yang baru

    dibina telah roboh kerana tiada kawalan mutu. Selain itu, kegagalan ini juga boleh dikaitkan

    dengan pinjaman pertanian dengan kepentingan politik tanpa mengambil kira keupayaan

    membayar balik dan kegagalan sistem perkhidmatan bantuan pertanian kerana masalah

    pengangkutan, serta masalah keselamatan dalam negeri dan ketiadaan perancangan yang

    teliti.52 Secara umumnya, program ini gagal mencapai matlamat untuk membawa sebarang

    manfaat kepada rakyat terutamanya petani yang masih kekal dalam keadaan seperti sebelum

    merdeka.

    3.6 Pembentukan Modal

    Masalah lain yang dihidapi oleh Burma dari aspek ekonomi adalah pembentukan

    modal. Dari tahun 1952-1954, mereka turut membawa keluar harta dan wang sebanyak Kyat

    51 Pradhan , M.V.,Burma Dharma and Democracy : Being Historical and cultural survey of Burma and AnAccount of the pro-democracy Struggle.hlm.141-144.52 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.352.

    16

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    17/40

    42.9 juta. Hanya pada tahun 1955-1959, keadaan ini dapat dibaiki tetapi kadar pembentukan

    modal masih pada tahap yang rendah dan gagal menepati sasaran kerajaan.53

    3.7 Dasar nasionalisasi dalam bidang ekonomi

    Melalui nasionalisasi tanah, peranan ceti di dalam sektor pertanian juga terhapus.

    Dasar ini merupakan langkah untuk memerdekakan ekonomi yang mana ia sebagai langkah

    kerajaan untuk menghapuskan peranan ceti India dalam bidang perdagangan, pertanian,

    buruh, pentadbiran dan tentera.54 Pada akhir tahun 1950-an, semua badan-badan penting yang

    diwujudkan untuk mengendalikan dasar nasionalisasi ini seperti State Inland Water Transport

    Board dan SAMB. Namun, badan-badan ini telah mengalami kerugian besar apabila badan-

    badan yang diamanahkan untuk mengendalikan sektor ini gagal dan terpaksa bergantung pada

    bantuan kerajaan. Masalah utama badan-badan ini ialah prinsip ekonomi ini diketepikan,

    malah pengurus yang dilantik ataupun dasar yang dilaksanakan lebih berdasarkan kepada

    kepentingan politik tertentu. Hanya Defence Services Institue ( DSI) yang ditubuhkan oleh

    pihak tentera pada tahun 1951 bergerak di atas landasan ekonomi yang betul sehingga pada

    tahun 1958, badan ini menjadi badan ekonomi yang terbesar serta paling menguntungkan.55

    Pada tahun 1960, DSI telah ditukar nama kepada Burma Economic Development Corporation

    dan diletakkan di bawah tanggungjawab seorang menteri kabinet tetapi perjalanan harianya

    masih dikuasai tentera. Malah, DSI akhirnya digunakan bagi mengukuhkan kedudukan tentera

    dari segi ekonomi.56

    3.8 Kelemahan manusia

    Masalah-masalah ekonomi yang dihidapi Burma sedikit sebanyak juga boleh dikaitkan

    dengan kelemahan manusia sendiri seperti dari peringkat perancangan ekonomi yang tidak

    begitu realistik, pengurus yang tidak cekap, terlibat pula dengan rasuah dan penyalahgunaan

    mengurus, campurtangan ahli-ahli politik di peringkat bawahan dan bagi pemimpin di

    peringkat kebangsaan pula, mereka tidak berupaya mengurus ekonomi negara dengan baik.

    Sebagai contoh, ahli-ahli politik AFPFL daerah lebih berminat menggunakan pinjaman kredit

    untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk memantapkan pertumbuhan ekonomi. Mereka

    juga menuntut habuan dalam bentuk lesen import yang kemudiannya dialibabakan kepada

    peniaga Cina dan India yang berjaya mengaut keuntungan besar. Pada akhir tahun 1950-an,

    53 Taylor, The State in Burma. Hlm. 253-260.

    54 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.349.55 Ibid.hlm.352.56 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.352.

    17

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    18/40

    tahap profesionalisme dalam perkhidmatan awam juga merosot apabila semakin banyak

    perlantikan politik dibuat. Keadaan ini menyebabkan perkhidmnatan awam terus lesu dan

    gejala rasuah gagal dibendung. Kerajaan juga harus dipertanggungjawabkan kerana tiada

    perancangan yang teliti berkaitan dengan penubuhan kilang ubat, besi,jut,guni, bata dan

    genting, sutera, teh, dan gula yang menyebabkan semua kilang ini mengalami kerugian yang

    besaratau tidak beroperasi sepenuhnya. Orang yang mendapat keuntungan pula adalah

    pembekal dan kontraktor luar seperti beberapa buah syarikat Jepun.57

    3.9 Kekurangan hasil atau pendapatan negara

    Di bawah pemerintahan U Nu, masalah ekonomi masih jelas yang mana ia disebabkan

    oleh kekurangan hasil atau pendapatan negara dan ini memberi kesan kepada perbelanjaan

    pembangunan, masalah meningkatkan modal, rasuah dan pentadbiran yang lemah dalam

    hampir semua industri yang dihakmilikan. Seterusnya membawa kepada kelembapan

    ekonomi.58

    3.10 Dasar kerajaan sendiri yang kerap berubah

    Dasar kerajaan yang kerap berubah juga meberi kesan buruk kepada sektor swasta

    yang menyebabkan berlaku kekurangan dan lebihan barangan tertentu. Harga barangan juga

    tidak stabil, maka, hal ini hanya menguntungkan segelintir rakyat sahaja. Pembinaan jalan

    raya yang berjalan dengan perlahan dan jalan raya yang sedia ada jga tidak diselia dengan

    baik disebabkan masalah kewangan dan keselamatan. Hal ini tentunya membawa kepada satu

    kerugian dalam jangka masa yang panjang.59

    3.11 Masalah penyewaan

    Burma sebagai sebuah negeri pertanian tidak sepi daripada menghadapi masalah tani

    seperti sewa. Sebab utama yang menyebabkan bermulanya penyewaan ini bermula adalah

    keadaan tani Burma yang tidak sofistikat mengikut pertambahan permintaan beras dunia dan

    juga disebabkan oleh hutang untuk membuka kawasan baru untuk tujuan penanaman padi.

    Pada masa itu, harga beras adalah tinggi di pasaran dunia, malahan dikatakan Burma adalah

    negara pengeluar kedua utama di Dunia. Oleh itu, pembukaan kawasan-kawasan padi yang

    baru dijangkakan membawa keuntungan. Dalam proses pembukaan tanah ini, ia

    57 Pradhan , M.V,Burma Dharma and Democracy : Being Historical and cultural survey of Burma and AnAccount of the pro-democracy Struggle.hlm.141-144.

    58 Taylor, The State In Burma,hlm.253-260.59 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.353

    18

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    19/40

    sememangnya memerlukan duit yang banyak maka ceti-ceti peminjam wang telah

    menawarkan wang ke atas tanah-tanah sawah yang disandarkan. Apabila harga beras turun-

    naik maka ia menyebabkan ramai petani terjerumus dalam kesusahan. Dengan ini, hutang

    juga semakin bertambah, dikatakan harga pasaran bagi sesuatu keping tanah yang dijaminkan

    menjadi lebih rendah dari hutang yang belum selesai dijelaskan, jadi petani tidak berdaya atau

    mempunyai sedikit sahaja upaya untuk membayar balik. Oleh itu, rampasan tanah telah

    dilakukan oleh ceti peminjam namun ia bukan berhasrat untuk cucuk tanam sendiri tapi untuk

    mencari penyewa yang sesuai yang mana ia lebih menguntungkan daripada kerja memberi

    pinjaman. Selepas kemerdekaan, tanah kepunyaan orang-orang ceti tidak berharga lagi dan

    mereka akan menjual tanah itu mengikut harga yang boleh dibayar oleh kaum-kaum

    bumiputera negeri itu. Namun begitu, masalah petani yang tidak memlik tanah atau mereka

    yang mempunyai tanah yang kecil sahaja yang masih wujud.

    Pada tahun 1948 juga, beberapa siri akta telah dibuat bersabit dengan soal-soal tanah dan

    penyewaan. Namun, akta ini tidak lebih dari keping-keping kertas kecil sahaja. Dalam Akta

    Menghaknegarakan Tanah yang digubal pada tahun 1953, tujuan utama akta ini digubal

    adalah membolehkan tanah dimiliki secara kekal oleh para petani selain menamatkan bayaran

    sewa tanah oleh petani. Semua tanah yang melebihi 50 ekar akan dihaknegarakan oleh

    kerajaan kecuali dusun buah-buahan,ladang getah dan tanah untuk tujuan keagamaan. Dengan

    cara ini juga, Kerajaan dapat meningkatkan kawalan terhadap tanah pertanian. Masalahnya

    tarikh tukar kuasa bagi tanah tidak pernah ditentukan. Dengan ini, ia gagal dilaksankan.

    Dalam Akta penyewaan tahun 1950 ( Tenancy Act) pula, ia menentukan harga sewa yang

    maksimum dan dalam Akta Tanah tahun 1953. Akta ini telah menetapkan petani tidak boleh

    memiliki tanah kerana tanah adalah hak kerajaan tetapi petani boleh mengusahakannya.

    Mengikut akta Tanah 1953 ini juga, bayaran saguhati akan diberikan kepada bekas-bekas

    pemiik tanah, namun, kerajaan India sentiasa sahaja menekan untuk dibayar ganti rugi. Hal ini

    seterusnya membawa permasalahan kepada Burma dari aspek ekonomi.60

    3.12 Rancangan kemajuan negeri Burma gagal mencapai matlamat

    Pada tahun 1952, Rancangan Kemajuan Negeri Burma telah dilancarkan untuk

    membentuk sebuah negara sosialis menjelang tahun 1960. Dalam rancangan ini, ia

    meramalkan kenaikan hasil pengeluaran pertanian sebanyak 80 peratus pada tahun 1960. Bagi

    mencapai matlamat ini, ia melibatkan penambahan keluasan kawasan padi seluas 3 juta ekar,

    60 Donald W. Fryer ph.D, 1986.Asia Tenggara Yang Sedang Membangun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan

    Pustaka. Hlm513-514.

    19

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    20/40

    kacang tanah sebanyak 700,000, kapas seluas 200,000ekar dan jut sebanyak 150,000 ekar.

    Bagi melaksanakan penambahan kawasan ini maka ia dilakukan dengan menebusguna tanah-

    tanah yang ditinggal, memperluaskan kawasan-kawasan yang diairi, melaksanakan pari passu

    dengan menambahkan lagi kemudahan-kemudahan kredit serta syarikat-syarikat kerjasama

    pengguna dan pasaran. Walaubagaimanapun, matlamat ini gagal. Pelaksanaan Rancangan

    kemajuan terhalang disebabkan kesukaran untuk memasarkan beras-beras yang lebih selepas

    tahun 1954. Berikutan pemulihan semula pertanian di Asia selepas perang dan kemudahan

    untuk mendapat bijirin makanan yang murah di bawah rancangan bantuan 480 Undang-

    undang Awam Amerika(America Public Law) maka harga beras mengalami kejatuhan.

    Namun, Negara Burma tidak mengikuti jejak Negeri Thai yang mengembalikan perdagangan

    beras kepada pihak swasta sebaliknya melakukan perdagangan tukar menukar guna beras

    yang telah bertambah dengan cara mengikat janji antara kerajaan dengan negeri-negeri blok

    Timur, namun, perjanjian yang dibuat tidak membawa faedah kepada Burma langsung.

    Sebagai barang tukaran, Burma menerima barang-barang kilang yang rendah mutunya dari

    Rusia dan Negeri Eropah Timur yanag mana ia berbeza dengan apa yang dijanjikan,

    contohnya, Simen Czechoslovakia. Oleh kerana, ia dikirim dengan banyak maka tiada tempat

    untuk menyimpan simen-simen ini maka ia terpaksa bertimbun di pengkalan. Hal ini

    memalukan Negera Burma sendiri. Selain itu, beras-beras yang dikirim oleh Negara Burma ke

    negaranegara blok Timur dengan jumlah yang terlalu banyak menyebabkan beras dihantar ke

    pasaran dunia dan perlu bertanding dengan beras dari Burma sendiri.61

    3.13 Perusahaan melombong logam

    Perusahaan melombong logam ini pada suatu ketika penting namun ia tidak begitu

    bernasib baik. Pada tahun 1952, lombong plumbum-zink-perak di Bawdwin telah memulakan

    semula usaha melombong sebagai Perbadanan Burma yang juga dimiliki bersama oleh Burma

    Mines dan kerajaan tetapi disebabkan sistem pengangkutan Burma yang kucar-kacir dan

    kesukaran untuk mendapatkan alat-alat lombong dan kakitangan telah menghadkan hasil

    pengeluaran plumbum dan zink padu ke atas jumlah yang tidak lebih dari 50,000 tan untuk

    kebanyakan tahun.62

    61 Donald W. Fryer ph.D, 1986.Asia Tenggara Yang Sedang Membangun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan

    Pustaka. Hlm.515-518.

    62Ibid.hlm.528.

    20

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    21/40

    4.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI BURMA DARI ASPEK SOSIAL

    4.1 Sikap pemerintah yang lemah

    Pada 1 Ogos 1947, U Nu telah dilantik sebagai Perdana Menteri Burma. Selepas Aung

    San meninggal dunia dalam satu kejadian pembunuhan pada 19 Julai 1947, U Nu kemudianya

    telah meneruskan usaha Aung San dalam menuntut kemerdekaan Burma. selepas

    kemerdekaan, U Nu telah memegang tampuk sebagai presiden AFPFL dan juga sehingga

    tahun 1962.

    Sepanjang pentadbiran U Nu ini, negara Burma banyak menghadapi masalah-masalah.

    Antaranya adalah pemberontakan Komunis, angkatan bersenjata termasuk pasukan elit negara

    Burma Rifles( Batalion pertama, kedua dan ketiga), anggota polis, Peoples Volunteer

    Organisation ( PVO) dan juga bangsa minoriti seperti Karen dan Mujahid yang mana ia

    mempunyai kaitan dengan bangsa Rohingya, perpecahan AFPFL akibat politik wang, rasuah

    dan kepentingan peribadi pemimpinnya, masalah hubungan pusat-pinggir, dan pembangunan

    ekonomi yang pincang.63 Jika ditinjau secara teliti, masalah-masalah yang dihadapi ini sedikit

    sebanyak disebabkan oleh kelemahan sikap pemerintah iaitu sikap U Nu sendiri.

    Pada Zaman remaja, U Nu menghadapi masalah mengawal naluri seksnya malah

    beliau juga seorang yang kaki botol dan tidak bermora. U Nu mengenepikan juga soal agama

    namun semua ini berubah apabila beliau mempelajari agama. Kemudian, U Nu menjadi

    seorang penganut tulen kepada agama Buddha.64 Dengan anutan agama ini, dapat dilihat

    beliau banyak terpengaruh dengan agama ini apabila beliau enggan membunuh pemberontak

    walaupun mereka memberi tekanan hebat kepada kerajaannya dari tahun 1948 hingga awal

    63 Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 318-319.64 Ibid.hlm.327.

    21

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    22/40

    tahun 1950-an. Sikap U Nu ini yang terpengaruh dengan agama Buddha ini juga telah

    menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan angkatan tentera apabila U Nu lebih berminat

    kepada perkara sampingan seperti ingin menjadikan agama Budha sebagai agama rasmi

    negara, membina sebuah keramat di Gunung Popa untuk nat dan membina sebuah rumah

    tumpangan untuk anjing yang berkaliaran di Yangon.65

    Selain itu, U Nu juga seorang yang memandang tinggi kepada orang Inggeris. Beliau

    amat senang dengan sifat-sifat mereka serta kagum dengan sikap orang Inggeris yang

    menghormati undang-undang ketika mereka menjajah Myanmar. U Nu minat dalam

    kesusasteraan Inggeris seperti karya-karya sasterawan terkenal seperti Shakespeare. Dengan

    minat terhadap kesusasteraan ini, maka beliau cuba untuk meniru gaya penulis-penulis

    tertentu dari Britain sehingga U Nu pernah dikenali dengan nama julukan George Bernard

    Shaw Myanmar. Pada tahun 1948-1949, U Nu cenderung menjalinkan hubungan erat dengan

    Barat termasuk Britain tetapi hasratnya itu kemudiannya ditentang oleh pemimpin AFPFL

    yang lain.66

    Selain itu, U Nu juga mempamerkan kelemahan dalam dirinya yang mana U Nu

    mempunyai masalah kawalan diri dan panas baran. Sebagai contoh, sikap panas baran ini

    dapat dilihat sejak U Nu menjadi pelajar di Universiti Rangoon, pada masa itu, U Nu telah

    membuat tuduhan melulu terhadap U Oktama sebagai pengkhianat dan menerima rasuah.

    Walaupun mempunyai prinsip agama yang kukuh namun prinsip ini gagal memberi kesan

    malah sikap panas barannya tidak berkurang. Kelemahan ini juga membawa kepada kesan

    buruk terhadap hubunganya dengan rakan-rakan kabinet sehingga Perdana Menteri ini kerap

    memperbesarkan hal kecil. Masalah kawalan diri ini juga telah membawa kepada

    permasalahan yang mana berlaku pertelingkahan antara U Nu dan Kyaw Nyein kemudian

    membawa kepada perpecahan AFPFL.

    Dalam hal kepimpinan politik dan pengawalan tentera pula, U Nu juga gagal

    membawa satu haluan baru yang mana Burma menghadapi masalah dalam perebutan jawatan

    menteri kabinet dan setausaha parlimen di kalangan para pemimpinnya manakala ahi-ahli

    politik juga masih meneruskan amalan politik berpecah yang hanya menjatuhkan martabat

    mereka di mata rakyat dan tentera.67

    Selain itu, U Nu juga dikatakan tiada pengalaman dalam pemerintahan dan gagal

    dalam memberi kepimpinan yang berkesan. Menurut seorang pengkaji, rakyat amat

    65 Cha Tzang Yawnghwe, 1987. The Shan Of Burma: Memoirs Of a Shan Exile. Singapura:Institute ofSoutheast Asian Studies, hlm. 108-109

    66 Chi-Shad Liang, 1990.Burmas Foreign Relations: Neutralism in Theory and Practice. New York:Praeger.Hlm.60.67 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 331.

    22

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    23/40

    mengharapkan beliau mampu bertindak seperti seorang raja tradisional, contohnya, U Nu

    harus lebih bersikap tegas dan setegas yang dilakukan oleh raja-raja tradisional. Namun

    Perdana Menteri ini enggan berbuat demikian.68 Lantaran ini, isu hubungan pusat negeri yang

    membimbangkan tentera maka satu rampasan kuasa telah dilakukan oleh Jeneral Ne Win dan

    mewujudkan sebuah kerajaan demokrasi sosialis kuku besi( autoritarian). Dalam rampasan

    kuasa ini jelas ia tidak mendapat bantahan yang ketara dari rakyat.

    4.2 Seruan Agama Buddha sebagai agama rasmi

    U Nu merupakan Perdana Menteri pertama selepas Burma merdeka pada tahun 1948.

    Sejak berumur 5 tahun, U Nu sudah pandai minum alkohol dan semasa remajanya, U Nu

    mempunyai masalah ketagihan alkohol dan gila seks. Namun, selepas beliau menghayati

    Buddhisme, penyakit U Nu ini dapat dibendung. Maka, bermula dari hari itu, U Nu

    menjadi penganut tulen agama Buddha. U Nu juga amat memberi perhatian untuk menjadikan

    agama Buddha ini sebagai agama rasmi negara.69

    Seiring dengan seruan untuk menjadikan agama Buddha ini sebagai agama rasmi, U

    Nu telah membentuk satu agensi biayaan kerajaan untuk mempromosikan dan

    mempropagandakan Buddhisme pada tahun 1950 iaitu 2 tahun selepas kemerdekaan Burma

    apabila Buddha Sasana Council telah digubal.Pada tahun 1954, berikutan tekanan daripada

    pihak biara, ajaran Buddhisme juga telah dimulakan di sekolah-sekolah kerajaan. Kemudian,

    pada tahun 1961, beliau berjanji untuk mengisytiharkan Buddha sebagai agama rasmi.70

    Tindakan U Nu ini jelas menimbulkan masalah kepada Burma apabila mendapat

    tindakan ini mendapat tentangan dan tidak disetujui oleh golongan bukan Buddha iaitu

    golongan Kristian dan Islam. Sebagai contoh, Di Utara Burma, pemberontakan Kachin juga

    telah berlaku. Hal ini disebabkan pemimpin Kachin beragama Kristian dan beliau membantah

    polisi U Nu ini. Selain itu juga, tindakan U Nu ini juga mendapat tentangan daripada tentera

    di Burma yang mana mereka hanya mahu agama Buddha ini terhad di Burma Hilir sahaja.71

    4.3 Pelancaran Mogok oleh pelajar-pelajar kolej dan Universiti

    68 Hugh Tinker, 1959. The Union Of Burma : Study of the First Years of Independence . London: OxfordUniversity Press.hlm.133.

    69 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 18.70Nota kuliah71 Ibid.

    23

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    24/40

    Pada tahun 1949 dan 1953, mogok telah dilancarkan oleh pelajar-pelajar kolej dan

    universiti. Pelancaran mogok ini juga pernah berlaku sebelumnya iaitu pada tahun 1946 dan

    1947. Namun, pelancaran mogok selepas 1945 iaitu pada tahun 1949 dan 1953 ini tidak

    mempunyai sebab-sebab yang munasabah berbanding dengan mogok pelajar yang berlaku

    pada tahun 1930-an yang mana ia berpunca daripada keengganan penuntut Universiti dan

    kolej belajar bersungguh-sunggiuh serta bencikan sebarang peraturan yang boleh menyekat

    kebebasan yang diperkenalkan oleh pihak atasan termasuk pentadbir Universiti. 72 Manakala,

    tunjuk perasaan atau mogok pelajar pada tahun 1930-an adalah dipengaruhi oleh sikap

    bencikan ahli politik lama yang terlalu bergantung kepada sokongan India dan Eropah

    khususnya dari segi kewangan parti para belia melalui Burma Book Club dan Nagani Club

    lebih terdedah kepada ideologi Marx dan sosialisme yang menawarkan satu kerangka baharu

    untuk memahami serta mengkriktik imperialisme dan kolonialisme British di negara mereka.

    Selain itu, penglibatan pelajar dalam mogok pada tahun 1930-an juga dipengaruhi oleh sikap

    mereka terhadap peluang pekerjaan yang semakin berkurangan akibat kemelesetan ekonomi

    dan menentang peningkatan syarat kemasukan ke Universiti Rangoon.73

    Masalah ini juga bertambah buruk apabila pelajar-pelajar ini telah berpecah kepada

    beberapa kumpulan iaitu kumpulan yang terbesar yang menyokong AFPFL dan satu lagi

    kumpulan yang menyokong parti komunis yang diharamkan.74 Namun begitu, demokrasi

    pelajar gagal berjalan seperti semasa pemilihan wakil pelajar pada tahun 1952 hingga 1954.

    sebagai canselor Universiti Rangoon, U Nu juga mengambil berat akan politik pelajar ini dan

    eminta mereka untuk meninggalkan pilitik pelajar untuk memberi perhatian dalam bidang

    akademik bagi meningkatkan disiplin dan ilmu demi pembangunan negara namaun teguran ini

    gagala memberi kesan untuk mengubah sikap pelajar. Hal ini disebabkan pelajar di kampus

    tidak terkecuali dengan pengauh dari kemelut politik yang berlaku di sekeliling mereka.75

    4.4 Masalah etnik

    Masalah etnik di Burma begitu ketara selepas Burma mencapai kemerdekaan daripada

    Britain pada bulan Januari 1948. Namun, tidak bererti masalah etnik ini tidak pernah berlaku,

    Cuma bentuk dan punca yang berbeza.76 Dikatakan masalah etnik di Burma ini telah bermula

    72 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 324.

    73 Taylor, The State in Burma.hlm.202-204.74 Hugh Tinker, 1959. The Union Of Burma : A study of the Firsts Years Of Independence . London: OxfordUniversity Press, hlm.207-208.

    75 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pusaka. Hlm.324.76 Victor Lieberman, 1978. Ethnic relations in 18th century Burma dlm. Modern Asian Studies, Jil.2, Bhg.3:

    1978.

    24

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    25/40

    pada tahun 1920-an dan 1930-an lagi iaitu pada zaman kemelestan ekonomi yang melanda

    Burma. Masalah etnik ini melibatkan hampir semua kelompoik minoriti yang mana ia

    meliputi etnik-etnik seperti Karen, Shan, Kayah, Chin, Mon, Arakan dan Mujahid ( bangsa

    Rohingya). Pada asasnya, masalah etnik ini berpunca daripada faktor nasionalisme iaitu satu

    fenomena moden yang dikatakan bermula di Eropah pada abad ke-18.77Selepas kemerdekaan

    juga melalui banyak kegiatan yang dilakukan, ia menunjukkan masalah integrasi di Burma

    serta perang etnik yang beterusan di pinggir menyatakan bahawa nasionalisme-etnik

    merupakan punca utamanya.78 Terdapat beberapa etnik yang jelas menimbulkan masalah

    terhadap Burma iaitu:

    Karen

    Bangsa karen merupakan etnik yang pertama yang bertindak menentang kerajaan pusat

    yang didominasikan bangsa burman. Etnik karen ini bangkit untuk memperjuangkan hak

    untuk menubuhkan sebuah negara berasingan yang didominasikan bangsa karen. Sebelum itu,

    mereka enggan mengambil bahagian dalam persidangan Panglong yang mana persidangan ini

    berlaku antara orang Burma dengan minoriti-minoriti etnik bagi menetapkan prinsip

    pembentukan kesatuan Burma. Pada tahun 1947, etnik karen telah menubuhkan kesatuan

    kebangsaan karen( KNU) dan pada bulan Julai pada tahun yang sama, sekali lagi etnik karen

    menubuhkan satu pasukan bersenjata iaitu Karen National Defence Organization (KNDO)

    yang dianggotai oleh bekas tentera Brtish dan pasukan 136. Namun, KNDO hanya mula

    bertindak pada tahun 1950 di Insein dan pemberontakan itu turut mendapat sokongan unit-

    unit tentera Karen yang berpaling tadah.79 Dalam pemberontakan ini, pasukan burman seperti

    4 Burma Riffles juga mengambil tindakan keras terhadap bangsa Karen yang memberontak

    sehingga menyebabkan angka kematian yang tinggi.80

    Tujuan utama pembentukan Karen National Defence Organization (KNDO) ini adalah

    untuk menubuhkan sebuah negara Karen yang berasingan di samping ingin mempertahankan

    budaya etnik mereka. Maka, pada tahun 1949, pemberontakan etnik telah berlaku bagi

    mendapatkan hak negeri mereka dan mempertahankan budaya mereka. 81 Bangsa Karen juga

    beranggapan bahawa mereka layak untuk mendapatkan sokongan daripada anggota tentera

    77 Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman, 2000.Konflik Dunia Abad ke-20. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 100.78 Ibid.hlm.108.79 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm. 391.80 Ibid.hlm.17.81C.A. Fisher, 1973. The Far East& Australasia, South East Asia: An Introduction .England.hlm.23.

    25

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    26/40

    kerajaan pusat yang sebangsa. Namun, penentang yang dilakukan oleh bangsa karen ini dapat

    dikawal setelah mereka berpecah kerana masalah peribadi dan ideologi. Kini, bangsa karen

    hidup terasing di sempadan Myanmar-Thai.82

    Mon dan Arakan

    Pada tahun 1960, U Nu telah mencadangkan pembentukan satu negeri berasingan bagi

    Orang Mon dan Arakan sebagi janji kemerdekaan. Di samping itu, ia juga merupakan usaha

    dan persetujuan kerajaan Burma untuk menubuhkan dua buah negeri ini adalah untuk

    memberi kepuasan kepada minoriti-minoriti etnik.83

    Pada 13 Januari 1947, satu rundingan telah berlangsung di antara Atlee dan Aung San.

    Hasil daripada rundingan mereka maka pada 27 Januari 1947, mereka bersetuju mengenai

    penubuhan kerajaan peralihan dan satu pilihan raya harus dibuat untuk Dewan Perlembagaan

    dalam tempoh 4 bulan. Selepas menunaikan janji dalam rundingan tersebut maka pilihan raya

    telah diadakan pada April 1947. sebanyak 255 kerusi dipertandingkan manakala 24 kerusi

    dikhaskan kepada puak Karendan 4 untuk orang Anglo-Mayanmar. Dalam keputusan pilihan

    raya, ia memberi kemenangan yang besar kepada LPRAF. Sebanyak 248 kerusi telah

    dimenangi oleh mereka dan 7 lagi dimenangi oleh komunis.84

    Namun, setelah menang dalam pilihan raya ini dan Burma mencapai kemenangan, U

    Nu pula telah melengahkan dan tidak mengendahkan puak Arakan dan Mon. Hal ini

    menimbulkan ketidakpuashatian puak Mon Arakan. Maka, pada tahun 1961, berlaku juga

    pemberontakan minoriti dan U Nu terpaksa menerima bahawa pemberontakan minoriti ini

    menguasai satu persepuluh daripada negeri tersebut.85

    Shan dan Kayah

    Bagi para pemimpin minoriti seperti pemimpin Shan, persekutuan yang diwujudkan

    selepas tahun 1948 bukan merupakan persekutuan yang sebenar seperti yang terdapat di

    Amerika Syarikat. Namun begitu, pada tahun 1947, mereka menerima perlembagaan ini

    adalah kerana menghormati wawasan serta perjuangan Aung San, mereka juga percaya

    perlembagaan ini dapat diperbetulkan kemudian.86 Pemimpin Shan ingin persekutuan ini

    dikaji semula kerana pemimpin beranggapan bahawa hanya dengan penyemakan semula

    82 Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 392-393.83 Nota kuliah

    84 Nota Kuliah bab 1 Cik Dg. Norizah Binti AG [email protected] Nota kuliah86 Chao Tzang Yawnghwe. The Shan of Burma.hlm.118.

    26

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    27/40

    perlembagaan merdeka pentadbiran negeri berupaya memberi kuasa lebih dalam bidang

    pertahanan serta mewujudkan keseimbangan kuasa di antara bangsa Burman dengan bukan

    Burman, di samping, memberi perlindungan kepada setiap rakyat seterusnya dapat

    mengelakkan lebih banyak pemberontakan. Usaha penyemakan perlembagaan ini dikenali

    sebagai seminar federal yang berlangsung di Yangon pada bulan Februari.

    Seminar Federal ini merupakan isu sensitif dalam hubungan antara kelompok majoriti

    dengan kelompok minoriti yang telah diberi berbagai-bagai interpretasi. Bagi tentera,

    wartawan di Yangon dan juga barangkali juga majoriti kelompok Burman, seminar ini mirip

    kepada satu gerakan menarik keluar negeri-negeri di pinggir khususnya negeri Shan dan

    Kayah daripada persekutuan yang dipelopori para pemimpin politik dan tradisional kelompok

    minoriti. Namun, interpretasi ini telah ditolak oleh pemimpin Shan. Sebenarnya mereka

    memperjuangkan agar sistem persekutuan yang berasaskan perlembagaan pada tahun 1947 itu

    dikaji semula bagi mengimbangi kuasa politik bangsa minoriti Burman.87

    Perdana menteri U Nu amat peka terhadap masalah ini tetapi selepas tahun 1960,

    beliau tidak lagi berupaya mengawal keadaan politik di Yangon, termasuk parti Pyidaungsu

    yang diketuainya sehingga seminar federal ini dianggap oleh pihak media sebagai satu

    konspirasi yang diketuai oleh Chaofa-chaofa Shan yang malas, menindas, dan feudal yang

    bersekongkol dengan musuh negara untuk menghancurkan persekutuan. Angkatan tentera

    khususnya tentera darat melihat isu ini dari sudut keselamatan dan bagi ramai pegawai

    kanannya, kewujudan sebuah negara Shan yang bebas hanya akan memberi peluang kepada

    kuasa-kuasa luar serta musuh negara bertapak di pinggir Burma.88

    Mujahid/bangsa Rohingya

    Masalah Rohingya sudah mula timbul semasa pendudukan Jepun lagi. Selepas tahun

    1948, isu ini masih belum dapat diselesaikan dengan baik.89 Satu lagi kelompok yang turut

    menentang kerajaan pusat iaitu Mujahid dari kelompok Rohingya. Rohingya atau juga

    dipanggil sebagai Rohinga/Rowengyah ini bermaksud yang dikasihi atau yang

    penyayang. Seperti bangsa Karen, perjuangan mereka juga berteraskan etnosentrisisme dan

    autonomi yang terhad.90

    Bagi pemimpin Rohingya, aspirasi mereka diperjuangkan melalui berbagai-bagai

    persatuan atau pertubuhan yang bergerak secara bersendirian atau bergabung secara tidak

    87 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm. 394.

    88 Ibid.hlm.395.89 Ibid.hlm.400.90 Moshe Yegar, 1972.Muslim of Burma.hlm 25.

    27

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    28/40

    formal antara mereka. Ada yang telah muncul pada tahun 1930-an tetapi kebanyakannya

    muncul selepas kemerdekaan iaitu pada tahun 1950-an seperti Barisan Islam Rohingya

    Arakan yang sederhana, pertubuhan perpaduan Rohingya yang lebih militan dan beberapa

    kecil seperti Barisan Patriotik Rohingya, tentera pembebasan Rohingya, Parti Kebebasan

    Rakyat Arakan dan Harkate Jihadul Islam. Matlamat utama pertubuhan ini adalah untuk

    memperjuangkan kebajikan dalam usaha memperbaiki keadaan sosial, politik dan ekonomi

    orang Rohingya khususnya mereka yang menetap di kawasan Mayu menerusi pelbagai cara

    termasuklah perjuangan bersenjata.91 Perjuangan bersenjata ini meletus pada tahun 1948

    apabila Yangon gagal menyelesaikan beberapa masalah yang dibangkitkan oleh pemimpn

    radikal Rohingya. Antara masalah yang dikemukakan oleh Moshe Yegar adalah peluang

    Orang Rohingya untuk memasuki pasukan tentera, pegawai Arakan yang tidak prihatin,

    contohnya dalam memperkecil-kecilkan pemimpin dan masyarakat Rohingya, menyifatkan

    Orang Rohingya sebagai orang asing, pemerasan, rasuah, ketiadaan usaha untuk menambah

    dan memperbaiki peluang pendidikan dan ekonomi, kesangsian terhadap kesetiaan Rohingya

    dan Orang Rohingya dihalang pergi ke Akyab dari Utara Arakan khususnya Buthidaung,

    Maungdaw dan Rathedaung.92

    Sebagai sebuah negara yang merdeka, kerajaan pusat pada tahun 1948 telah

    memperkenalkan kad pendaftaran negara unuk semua warga asing. Namun, beribu-ribu orang

    Rohingya bersifat dingin dan enggan mendaftar kerana mereka berangapan mereka

    merupakan warganegara Myanmar dan kesan daripada ini, ramai antara mereka gagal

    menikmati hak sebagai warganegara.93 Malahan, pejabat pendaftaran setempat juga gagal

    menyimpan rekod dengan sempurna sejak tahun 1948. Bagi mereka yang sudah mempunyai

    kad pendaftaran pula, kemudianya menyerahkan kad-kad ini kepada tentera tetapi tidak

    dipulangkan semula dan akibatnya dianggap sebagai bukan lagi warganegara. Sehinggakan

    ramai bangsa Rohingya ini dianggap sebagai pelarian.94

    Di kalangan pelarian ini juga, mereka mengalami masalah keganasan dan penindasan

    yang mana ia dilakukan oleh tentera Burma terhadap masyarakat bangsa Mujahid ini apabila

    mereka dijadikan buruh paksa untuk membina jalan raya serta kem tentera di tempat yang

    strategik, menerima layanan buruk yang daripada kelompok majoriti seperti Orang Burman

    dan bangsa Arakan yang merupakan bangsa terbesar di Arakan yang mendapat sokongan dari

    91 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.399.92 Ibid.hlm.400.93 Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman, 2000.Konflik Dunia Abad ke-20. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 117.

    94 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.401.

    28

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    29/40

    tentera, merampas harta, disyaki terlibat dalam pembunuhan mahupun menyokong kelompok

    Rohingya yang memberontak, kes rogol, pencabulan kesucian masjid dan penahanan yang

    dilakukan dengan berleluasa. Rekod buruk tentera kerajaan sejak tahun 1948 ini terhadap

    kelompok minoriti yang lain dan juga orang sebangsa yang berlainan ideologi maka dakwaan

    ini memang tidak boleh disangkal. Malahan, ia dibiarkan berleluasa dan ini memburukkan

    lagi konflik etnik di Burma.

    Kerajaan pusat pula sentiasa memberi tumpuan kepada bangsa Arakan. Hal ini dapat

    dilihat apabila ramai pegawai tentera dan kerajaan dalam kalangan mereka telah digantikan

    dengan bangsa Arakan yang kemudiannya memulakan dasar diskriminasi terhadap Orang

    Rohingya, masalah-masalah berkaitan dengan orang Rohingya pula dipinggirkan maka ini

    menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan orang Rohingya seterusnya membawa kepada

    penentangan terbuka tercetus pada tahun 1948. Pada peringkat awal, para pejuang Mujahid

    berjaya menguasai sebahagian besar kawasan utara Arakan walaupun mereka tidak mendapat

    sokongan padu daripada para pemimpin Rohingya. Dengan kerjasama atau bantuan daripada

    pihak pemberontak yang lain seperti pihak komunis, kumpulan Mujahid berjaya memberi

    tekanan hebat kepada kerajaan pusat pimpinan U Nu.

    Apabila perjuangan bersenjata menemui kegagalan,masa depan Mujahid kini dipikul oleh

    pemimpin masyarakat yang lebih konservatif. Lewat tahun 1950-an, kecenderungan dalam

    kalangan mereka ialah penubuhan sebuah daerah yang berasingan yang merangkumi

    sebahagian Buthidaung, Maungdaw, dan Rathedaung tetapi diletakkan di bawah pengawasan

    kerajaan pusat. Pada tahun 1960, berikutan dengan ketidakpuashatian kelompok minoriti

    terhadap persekutuan Burma maka kerajaan telah menubuhkan negeri-negeri berasingan

    termasuk Arakan namun tidak mendapat kata sepakat dalam kalangan pemimpin Rohingya.

    Contohnya, Kumpulan Rohingya Jami iyyad al-ulama yang mana ia merupakan satu-satunya

    pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Rohingya di Arakan, mereka tidak menolak

    penubuhan sebuah negeri Rohingya di Arakan tetapi lebih menekankan penubuhan sebuah

    daerah khas yang merangkumi Buthidaung, Maungdaw, dan Rathedaung yang diletakkan di

    bawah pemantauan kerajaan Pusat.95 Selain itu, penubuhan sebuah negeri yang berasingan di

    Arakan ini juga mendapat tentangan daripada kelompok masyarakat yang lebih muda seperti

    persatuan Belia Rohingya serta Persatuan pelajar yang mana mereka berpendapat tuntutan ini

    hanya akan menambahkan ketegangan kaum, namun, mereka ingin jaminan kerajaan untuk

    melindungi Orang-orang Rohingya dari segi agama, budaya, politik, ekonomi, pentadbiran,

    95 Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman, 2000.Konflik Dunia Abad ke-20. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 117-118.

    29

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    30/40

    dan pendidikan.96 Mereka juga inginkan ketua negeri Arakan dilantik secara bergilir-gilir

    antara bangsa Rohingya dan bangsa Arakan. Apabila bangsa Rohingya menjadi ketua negeri

    maka bangsa Arakan menjadi speaker parlimen, begitu juga sebaliknya. Golongan intelek

    juga menekankan pengagihan yang seimbang dalam jawatan pentadbiran kerajaan dengan

    orang Rohingya, pelantikan seorang pegawai khas berhubung hal ehwal orang Islam yang

    akan memberi nasihat kepada ketua negeri Arakan, dan hak keluar dari negeri Arakan dalam

    tempoh 10 tahun selepas 1961 serta pilihan untuk diletakkan semula di bawah kawalan

    kerajaan pusat secara langsung. Pada bulan Mei 1961, kerajaan Nu telah menubuhkan

    kawasan pentadbiran khas di daerah Mayu yang dinamakan pentadbiran Perbatasan Mayu

    tetapi dikelolakan oleh tentera.97

    4.5 Pencerobohan tentera KMT

    Pencerobohan tentera Kuomintang (KMT) di negeri Shan pada akhir tahun 1949 dan

    awal tahun 1950 mengubah perjalanan pemberontakan komunis dan etnik. Pertama, kehadiran

    KMT menjadikan masalah dalam negeri kepada masalah antarabangsa yang membabitkan

    pihak luar yang anti-komunis seperti tentera Thai, kerajaan Taiwan( KMT) dan juga Amerika

    Syarikat melalui CIA. Kerjasama ini dilihat sebagai satu rancangan sulit Chaofa untuk

    menghancurkan persekutuan. Kedua, dengan kemasukan KMT, masalah candu dan heroin

    menjadi lebih besar kerana pengeluarannya meningkat begitu mendadak. Selepas itu juga,

    perdagangan candu juga turut membabitkan kelompok-kelompok yang menentang kerajaan

    pusat seperti bangsa Shan ataupun CPB. Lebih penting lagi, kehadiran KMT ini juga

    memberi alasan kukuh kepada tentera pusat untuk memasuki negeri-negeri Shan. Selepas

    pencerobohan tentera KMT ini juga timbul banyak sungutan tentang bidang kuasa

    pentadbiran negeri terutamanya tentera pusat yang bertindak sewenang-wenangnya terhadap

    penduduk tempatan atas alasan keselamatan negara sehingga memburukkan hubungan Shan-

    Burman. Sementara itu, pentadbiran negeri di Taungyi gagal menangani masalah ini

    khususnya yang berkaitan dengan nasib malang pemimpin desa yang dikasari tentera pusat

    kerana pertahanan dan keselamatan dalam negeri merupakan bidang kuasa pusat. Dalam

    suasana buruk ini, meletus pemberontakan di Tangyan dan beberapa bandar kecil yang lain

    pada tahun 1959 yang melibatkan pelajar Universiti Rangoon dan bekas anggota pasukan

    keselamatan setelah pemimpin tradisional lebih berminat mencari penyelesaian melalui

    perlembagaan.98

    96 Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.401.97 Aung Thaw, 1978.Historical Sites In Burma. Yangon.98 Chao Tzang Yawnghwe, The Shan Of Burma.hlm.117-119.

    30

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    31/40

    Dalam isu pencerobohan tentera KMT ini, ternyata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

    bertindak sambil lewa dalam menyelesaikan isu ini. Sikap lewa ini juga boleh dilihat semasa

    perang korea pada bulan Jun 1950 yang mana Yangon mendapati tindakan PBB di Korea

    umpamanya tidak lebih daripada pengaplikasian dasar Amerika Syarikat untuk membendung

    pengaruh Soviet Union dann China. Malahan, dalam isu pencerobohan tentera KMT ini juga,

    ia mendapat sokongan daripada Washington melalui CIA. Semua ini meyakinkan pemimpin

    AFPFL bahawa Myanmar perlu mengekalkan dasar berkecuali dalam arena politik

    antarabangsa.99

    5.0 ANALISIS

    Selepas Burma mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948 daripada British. Ternyata

    Burma menghadapi pelbagai masalah sama ada dari aspek politik, ekonomi ataupun sosial di

    bawah pemerintahan U Nu sehingga membawa kepada rampasan kuasa pada 2 Mac 1962 oleh

    General Ne Win dan tenteranya dan pentadbiran baru pun bermula.

    Dari aspek politik, masalah-masalah yang dihadapi oleh Burma adalah perlaksanaan

    struktur politik berlandaskan Buddhisme, perpecahan AFPFL, pemberontakan komunis,

    perang saudara yang meletus, kehadiran orang China di Burma, kelemahan dalam pentadbiran

    sosialisme demokrasi dan perhubungan Burma dengan Soviet Union. Dalam permasalahan

    ini, U Nu seorang penganut tulen dan taksub kepada agama Buddha telah mengaplikasikan

    agama ini ke dalam pentadbirannya seperti mana U Nu membina rumah tumpangan untuk

    anjing-anjing yang berkeliaran di Yangon. Selain itu, U Nu juga berhasrat untuk menjadikan

    agama Buddha sebagi agama rasmi negara sehingga menimbulkan ketidakpuashatian rakyat

    yang bukan beragama Buddha yang khuatir mereka akan didiskriminasikan. Di sini, jika

    ditinjau dengan permasalahan yang berlaku, lima jari menuding pada U Nu, U Nu mungkin

    boleh menjadi seorang penganut tulen kepada agama Buddhanya namun U Nu harus juga

    memikirkan tentang agama bukan Buddha. Pembinaan rumah tumpangan anjing itu juga

    merupakan suatu pembaziran wang negara dan tidak penting, lebih baik jika duit tersebut

    digunakan untuk disedekahkan kepada golongan miskin di Burma atau menjayakan program

    kebajikan U Nu ( Pydawtha). Dalam tindakan U Nu yang enggan membunuh manusia

    walaupun kedudukan politiknya terancam juga menjadi masalah kepada Burma. Terdapat

    99 Taylor, The State in Burma.hlm.261-263.

    31

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    32/40

    pernyataan yang mana Menurut seorang pengkaji, rakyat amat mengharapkan beliau mampu

    bertindak seperti seorang raja tradisional, contohnya, U Nu harus lebih bersikap tegas dan

    setegas yang dilakukan oleh raja-raja tradisional. Namun Perdana Menteri ini enggan berbuat

    demikian. Dalam perpecahan kerajaan AFPFL juga pada pertengahan tahun 1958, ia juga

    diakui sendiri oleh U Nu akan kesilapannya yang panas baran dan mempunyai masalah dalam

    kawalan diri sehingga menyebabkan pertelingkahan yang berlaku antara beliau dengan Kyaw

    Nyein. Beliau sering memperbesarkan perkara yang kecil yang sepatutnya dapat diselesaikan

    secara musyawarah. Prinsip agama yang ada dalam diri U Nu juga gagal memberi kesan

    kepadanya. Sepatutnya, U Nu lebih bersikap positif dan bukannya bertindak mengikut

    perasaan. Perpecahan ini kemudianya menimbulkan ketegangan politik sehingga pilihan raya

    yang dicadangkan untuk diadakan bagi menyelesaikan perebutan kuasa tidak dapat diadakan

    lalu menyerahkan kuasa kepada Ne Win pada tahun 1958 dan meminta tentera memulihkan

    ketenteraman awam supaya pilihan raya umum boleh diadakan dalam suasana bebas.

    Pentadbiran sementara Ne Win yang ditamatkan pada tahun 1960 ini juga kerap disebut

    sebagai Kerajaan Sementara dan tidak dinafikan ia berjaya membawa haluan baru dalam

    sosiopolitik Myanmar. Menurut Sein Lwin, beliau mendakwa penyerahan kuasa kepada Ne

    Win adalah kerana situasi yang mendesak dan beliau memuji keputusan U Nu ini demi

    kepentingan negara bagi melindungi demokrasi di samping menyekat kebangkitan semula

    komunis. Namun, menurut U Nu, beliau sebenarnya dipaksa berbuat sedemikian bagi

    mengelakkan tentera yang dipimpin Aung Gyi dan Maung Maung merampas kuasa. Oleh itu,

    dalam autobiografinya yang ditulis pada tahun 1970-an semasa berada di India, U Nu

    menyifatkan peristiwa ini sebagai rampasan kuasa pertama.

    Dari aspek ekonomi, masalah-masalah yang dapat dilihat adalah ekonomi Sosialis

    Demokratik, gejala rasuah yang berleluasa, Kesan daripada perang dunia, perang saudara dan

    pemberontakan komunis dan etnik, percukaian Negara yang tidak kukuh, Program ekonomi

    ( Pydawtha) gagal mencapai matlamat, pembentukan Modal, Dasar nasionalisasi dalam

    bidang ekonomi, kelemahan manusia, Kekurangan hasil dan pendapatan negara, Dasar

    kerajaan sendiri yang kerap berubah , masalah penyewaan , Rancangan Kemajuan Burma

    gagal mencapai matlamat dan Perusahaan perlombongan logam. Secara umumnya, masalah-

    masalah ekonomi yang dihadapi Burma melihatkan prestasi Kerajaan U Nu yang amat

    mengecewakan. Hal ini dapat dilihat pada awal tahun 1948, ekonomi negara masih lagi belum

    pulih daripada kesan buruk akibat Perang Dunia kedua sehingga memberi kesan kepada

    perdagangan dan eksport hasil utama negara seperti padi dan balak. Kejatuhan harga padi

    dunia juga salah satu penyumbang kepada permasalahan ekonomi Burma. Selain itu, masalah-

    32

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    33/40

    masalah yang timbul dalam ekonomi juga boleh dikaitkan dengan ketidakstabilan politik

    akibat pemberontakan dan perpecahan AFPFL. Kelemahan U Nu juga mungkin disebabkan

    beliau tidak mendapat sokongan yang kukuh dalam AFPFL. Malah, ia juga berkaitan dengan

    keenggannya untuk bertindak lebih tegas dalam pemerintahan dan terlalu taksub kepada

    agama Buddha.

    Dari aspek sosial, masalah-masalah yang dihadapi Burma pula adalah sikap

    pemerintah yang lemah yang mana ia memperlihatkan kelemahan pentadbiran U Nu sendiri,

    seruan agama Buddha sebagai agama negara, pelancaran mogok oleh pelajar-pelajar Kolej

    dan Universiti, masalah etnik, dan pencerobohan tentera Kuomintang. Permasalahan yang

    paling ketara adalah masalah etnik yang mana ia melibatkan etnik Karen, Mujahid, Shan dan

    Mon. Mereka tidak suka diperintah oleh pemerintah Myanmar dan menuntut negara

    berasingan untuk mereka. Pemberontakan demi pemberontakan dilakukan oleh etnik-etnik ini

    terhadap Burma. Dengan kerjasama atau bantuan daripada pihak pemberontak yang lain

    seperti pihak komunis. Contohnya, kumpulan Mujahid ini berjaya memberi tekanan hebat

    kepada kerajaan pusat pimpinan U Nu.

    Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh Burma selepas kemerdekaan ini jelas

    selain kaitannya dengan demokrasi, tidak ada sesuatu yang membanggakan tentang kerajaan

    awam yang dipimpin oleh U Nu dan AFPFL. Kemerdekaan yang dicapai juga tidak

    menampakkan perubahan yang besar kepada corak atau falsafah pentadbiran awam. U Nu

    sendiri menyedari masalah-masalah yang wujud dalam politik, ekonomi dan sosial ini namun

    beliau gagal menyelesaikannya dengan berkesan. Walaupun U Nu adalah seorang ketua parti

    ataupun ketua kerajaan namun ternyata kepimpinannya tidak berkesan walaupun U Nu

    mempunyai idealisme yang tinggi dan mempunyai banyak idea tentang perubahan dan

    pemodenan. Dalam hal ini, U Nu dikatakan tiada pengalaman dalam pemerintahan dan gagal

    dalam memberi kepimpinan yang berkesan. Ketaksuban U Nu terhadap agama Buddha dan

    kurang pengalaman dalam pentadbiran juga salah satu penyumbang kepada masalah-masalah

    yang dihadapi oleh Burma selepas kemerdekaan. Kelemahan pentadbiran U Nu ini boleh

    diumpamakan sebagai kereta buruk yang telah rosak teruk, tayar hadapan dan belakang yang

    tidak boleh dipakai dan sebagai pemandu, beliau tidak pula mempunyai pengalaman

    memandu sedangkan kereta ini perlu dipandu dengan selamat melalui jalan yang berlubang-

    lubang dan penuh ranjau. Selain itu, permasalahan yang berlaku di Burma juga boleh

    dikaitkan dengan warisan penjajah yang masih tebal yang mana kerangka pentadbiran

    kerajaan penjajah masih kukuh, undang-undang pentadbiran dan peraturan masih diguna

    malahan bekas pegawai penjajah masih lagi menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

    33

  • 7/29/2019 Masalah Burma

    34/40

    Dalam hal ini, mungkin ia juga boleh dikaitkan lagi dengan sikap U Nu yang memandang