sejarah burma

Upload: azlan-azmi

Post on 01-Mar-2016

104 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Sejarah Burma

TRANSCRIPT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN TH 20403SEJARAH ASIA TENGGARA: PEMODENAN DAN PEMBANGUNANTUGASAN KUMPULAN SOALAN 2. : JELASKAN PERKEMBANGAN POLITIK YANG BERLAKU DI BURMA SEJAK KEMERDEKAAN 1948 SEHINGGA 1962 TELAH MENYUKARKAN SEBUAH NEGARA BURMA BERSATU. BERIKAN ULASAN DAN ALASAN ANDA MENGENAI MASALAH TERSEBUT. NAMA PENSYARAH:EN. BAHARI MD. SHAH NAMA PELAJARNO. MATRIK

1.RUSIAH BINTI ABDUL RAHMANCT12110128

2.SITI JUBAIDAH BT. MADJABILCT12110140

3.TUESDILINAH BT. KEKIJINCT12110147

Pengenalan :

Burma juga dikenali sebagai Myanmar, adalah sebuah negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia bersempadan dengan India, Bangladesh, China, Laos dan Thailand. Satu pertiga daripada Burma membentuk pantai tanpa gangguan di sepanjang Teluk Bengal dan Laut Andaman. Ia adalah negara ke-40 terbesar di dunia dan negara kedua terbesar di Asia Tenggara. Myanmar juga negara ke-24 yang paling ramai penduduk di dunia dengan lebih daripada 60.28 juta orang. [footnoteRef:1] [1: Asian Development Bank Myanmar Fact Sheet, Retrieved 8 July 2010.]

Burma adalah rumah kepada beberapa tamadun awal Asia Tenggara termasuk Pyu dan Mon.[footnoteRef:2] Pada abad ke-9, Kerajaan Nanzhao Burma, memasuki lembah Irrawaddy berikutan penubuhan Empayar Pagan pada tahun 1050an. Bahasa dan budaya Burma perlahan-lahan menjadi dominan di negara ini. Dalam tempoh ini, agama Buddha Theravada secara beransur-ansur menjadi agama utama di negara ini. Empayar Pagan jatuh kerana serangan-serangan Mongol (1277-1301), dan beberapa peperangan negeri yang muncul. Pada separuh kedua abad ke-16, negara ini telah disatukan semula oleh Dinasti Taungoo bagi tempoh yang singkat. Dinasti Taungoo adalah empayar terbesar dalam sejarah Asia Tenggara.[footnoteRef:3] Pada awal abad ke-19 Dinasti Konbaung memerintah kawasan Burma termasuk Manipur dan Assam. Negara ini telah dijajah oleh Britain selepas tiga Perang Anglo-Burma (1824-1885). [2: Dougald JW O'Reilly (2007). Early civilizations of Southeast Asia. United Kingdom: Altamira Press. ISBN 10: 0-7591-0279-1. ] [3: Lieberman 2003: 152]

Pemerintahan British membawa perubahan kepada sosial, ekonomi, kebudayaan dan pentadbiran masyarakat feudal. Sejak kemerdekaan pada tahun 1948, negara ini telah berada dalam salah satu perang saudara yang paling lama berlaku di kalangan kumpulan pelbagai etnik di negara ini yang tidak dapat diselesaikan.Permasalahan politik yang berlaku menyebabkan Burma sebagai sebuah negara sukar bersatu. Dari tahun 1962 hingga 2011, negara ini adalah di bawah pemerintahan tentera. Tentera Junta telah dibubarkan pada tahun 2011 berikutan pilihan raya umum pada tahun 2010.

1.0 Nama

Republik Kesatuan Burma adalah nama rasmi negara semasa pentadbiran Inggeris. Sebelum tahun 1989, ia telah menjadi Kesatuan Burma. Negara ini kini lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "Myanmar". Kedua-dua nama ini berasal dari nama kumpulan etnik majoriti Bamar di Burma. "Myanmar" dianggap sebagai bentuk sastera nama kumpulan etnik. Nama "Myanmar" telah digunakan dalam Bahasa Inggeris sejak zaman pemerintahan penjajah British.

Pada tahun 1989, kerajaan tentera ingin mengubah nama negara "Myanmar". Menamakan semula Negara Burma menjadi isu yang dipertandingkan. Kumpulan pembangkang dan kebanyakan negara terus menggunakan "Myanmar" kerana mereka tidak mengiktiraf kesahihan kerajaan tentera yang memerintah atau pihak berkuasa untuk menamakan semula negara ini.[footnoteRef:4] Pelbagai kumpulan etnik lain di Burma memilih untuk tidak mengiktiraf nama Myanmar kerana istilah "Myanmar" hanya sinonim dengan kumpulan majoriti etnik Bamar.[footnoteRef:5] "Myanmar" terus digunakan dalam bahasa Inggeris oleh Amerika Syarikat, Australia, Kanada ,United Kingdom, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara lain dunia termasuklah Malaysia. [4: Steinberg, David L. (February 2002). Burma: The State of Myanmar. Georgetown University Press. ISBN. ] [5: Myint-U, Thant (2001). The Making of Modern Burma. Cambridge: Cambridge Univ. Press. ISBN 0-521-79914-7. ]

1.1 Latar sosial dan politik Burma:

Politik Negara Myanmar atau Burma memang menarik. Beribu tahun sebelum masihi, kerajaan lama purba telah memerintah negara ini dengan membina pagoda-pagoda dan kota-kota lama.Negara ini dijajah oleh British sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1948. Kerajaan pertama yang dibentuk sangat rapuh dan tidak mampu mentadbir pelbagai bangsa etnik termasuk di pergunungan. Pemerintahan tentera bermula bila General Ne Win mengambil alih kuasa pada tahun 1962 dan mengamal polisi pengasingan dari dunia luar. Ekonomi Negara merudumdan rakyat semakin miskin, tersekat dari bantuan dunia luar. Gerakan pro-demokrasi bermula pada tahun 1988 dipelopori oleh Aung San Suu Kyi anak kepada pemimpin Burma Aung San mula mendapat perhatian pihak luar.

Burma adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber dan terkenal sebagai rice bowl of Asia.. Walau bagaimanapun, sejak reformasi tahun 1962, ekonomi Burma telah menjadi salah satu aspek yang paling kurang membangun di dunia. KDNK Burma berada pada $ 42,953 bilion dan berkembang pada kadar purata 2.9% setiap tahun.[footnoteRef:6] Antara lain, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan Kanada telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Myanmar.[footnoteRef:7] sistem penjagaan kesihatan Burma adalah salah satu aspek yang paling teruk di dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan Burma pada tangga ke-190 negara yang paling teruk di dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa pertubuhan lain telah melaporkan secara konsisten dan sistematik pencabulan hak asasi manusia di negara ini, termasuk buruh kanak-kanak, penyeludupan manusia dan kekurangan kebebasan bersuara. [6: "Burma". The World Factbook. Central Intelligence Agency. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/bm.html. Retrieved 13 January 2007. ] [7: Overview of Burma sanctions". BBC. 18 December 2009. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/8195956.stm. Retrieved 3 June 2011. ]

Burma terbahagi kepada 4 kawasan utama iaitu Dataran Tinggi Shan, Lembah Irrawady, Jajaran Banjaran Utara dan Kawasan pantai Arakan.Latar geografi ini mempengaruhi latar belakang ekonomi dan kehidupan penduduknya, misalnya kawasan Lembah Irrawady yang subur merupakan kawsan pertanian utama sementara kawasan pantai Arakan pula merupakan kawasan yang penting untuk aktiviti perdagangan, perikanan dan pertanian serta menjadi pusat petempatan manusia dan pusat kerajaan sejak sekian lama.[footnoteRef:8] Jumlah penduduk Burma sentiasa bertambah dan dua wilayah yang paling padat penduduknya ialah Rakhine dan Tenasserim.Pada tahun 1850, kedua-dua wilayah ini mempunyai penduduk berjumlah 586,000 orang.[footnoteRef:9] [8: Abu Talib Ahmad, (2000) , Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 2-4.] [9: Burma Handbook, New Delhi: Government of India Press, 1943, hlm. 10]

Sebahagian besar penduduk tinggal di luar bandar dengan menjalankan aktiviti pertanian dan perikanan sebagai sumber ekonomi utama.Jumlah penduduk di Rangoon iaitu bandar utama di Burma dalam era sebelum Perang Dunia Kedua ialah 500,000 orang diikuti oleh Mandalay kira-kira 163,000 orang.Bandar-bandar lain hanya mempunyai penduduk antara 20,000 hingga 70,000 orang.[footnoteRef:10] Penduduk Burma umumnya boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu Tibeto-Burman, Mon-Khmer dan Tai-China. Kelompok yang termasuk dalam Tibeto-Burman dipecahkan kepada tiga sub-kumpulan iaitu Burma dan Proto-Burma, Chin- kachin dan Lolo. Bagi kumpulan Mon-Khmer pula terdiri daripada Mon, Palaung dan Yimbau. Kumpulan Tai-China pula terdiri daripada orang Shan, Karen, Khun dan Lao.[footnoteRef:11] Majoriti penduduk di Burma atau Myanmar merupakan Burman (sekitar 70%), selebihnya adalah terdiri daripada etnik minoriti seperti Shan, Karen, Rakhines, Cina, India, Mon dan kumpulan kecil etnik yang lain. [10: Ibid, hlm. 4] [11: Ibid, hlm 13]

Para pengkaji mempunyai pelbagai pandangan mengenai kelompok-kelompok etnik ini serta kedudukan mereka.Kumpulan etnik utama adalah orang Burman yang bertumpu di kawasan Myanmar Tengah. Mereka dikatakan bertanggungjawab membentuk kerajaan-kerajaan silam di Burma seperti Pagan, Ava, Amarapura dan Mandalay. Pada abad ke-11, beberapa kerajaan kecil Burman disatukan oleh Raja Anawartha sehingga ke Lembah Irrawady dan ke Lembah Sittang. Raja Anawartha juga memperkenal dan menyebarkan agama Buddha Hinayana.Istilah Burman digunakan merujuk kepada kelompok majoriti sementara Burmese digunakan untuk kelompok minoriti Shan di kawasan tersebut.[footnoteRef:12] [12: Abu Talib Ahmad, (2000), Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.4]

Karen merupakan etnik terbesar di bahagian utara iaitu di sepanjang sempadan antara Burma dan Thailand dan merangkumi 10% daripada penduduk Burma dan kebanyakan mereka adalah beragama Kristian. Etnik ini pro-British dan berkebolehan menguasai bahasa Inggeris yang menyebabkan mereka diambil bekerja oleh pentadbiran Inggeris.Apabila Burma mencapai kemerdekaan ,etnik ini menuntut sebuah negara bebas dan perjuangan bersenjata telah dilakukan yang digerakkan oleh Oraganisasi Pertahanan Karen(KNDO)[footnoteRef:13].Etnik Mon pula adalah kelompok yang berpengaruh dan bertumpu di bahagian selatan Burma dan orang-orang Mon ini telah menjalankan kolaborasi dengan KNDO melalui Organisasi Pertahanan Kebangsaan Mon (MNDO).[footnoteRef:14] Etnik Shan adalah kumpulan minoriti yang ke-2 terbesar di Burma yang berbahasa mirip Thai sebab ada kaitan dengan penubuhan kerajaan Ayuthaya satu ketika dulu.Etnik lain seperti Rohingya yang tidak diakui oleh kerajaan Burma sebagai warganegara. [13: George A. Theodorson, Minority People in the Union of Burma. Hlm. 3] [14: Ibid, hlm. 14]

Kebanyakan penduduk Burma (80%) adalah penganut agama Buddha Theravada kecuali puak Mon,Kachin dan Chin yang beragama Kristian serta penduduk Rohingya yang beragama Islam.

Sumber : Goggle imej

1.2 Perkembangan politik 1948-1962:

Tidak banyak yang mengetahui bahawa Burma pernah dijajah oleh kolonial Inggeris selama 62 tahun. Kesan daripada penjajahan dari tahun 1824 hingga 1886 membawa negara tersebut menjadi sebahagian daripada empayar India.Hal ini menyebabkan negara yang kini mengandungi sekitar 60.28 juta penduduk ini menjadi sebahagian daripada pentadbiran wilayah India. Pentadbiran di bawah wilayah tersebut cuma berakhir pada tahun 1948 apabila Burma dipisahkan daripada pentadbiran tersebut lalu membentuk pentadbiran sendiri dan mencapai kemerdekaannya pada tahun itu juga.

Semasa era Perang Dunia Kedua,Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL) merupakan antara organisasi yang kuat dan berpengaruh di Burma.Organisasi ini diwujudkan pada bulan Ogos 1944 oleh kalangan nasionalis yang anti-Jepun. Aung San melalui penubuhan Badan Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (BKRAF) atau Anti-Fascist Peoples Freedom League (AFPFL) berusaha menentang Jepun walaupun pada awalnya pernah menerima latihan dari pihak Jepun pada tahap awal peperangan.

Jepun menjajah Burma selama 4 tahun tetapi gagal menguasai Burma dan ramai pegawai British melarikan diri ke India. Jepun cuba mendapatkan sokongan daripada rakyat Burma dengan menjanjikan kemerdekaan dan pembebasan.Jepun kemudiannya menyokong Aug San, pemimpin utama Burma untuk menguasai latihan tentera dan menentang British.Pada tahun 1942, tentera Burma yang terlibat menentang Jepun ketika itu dikenali sebagai Tentera Kemerdekaan dan Tentera Pertahanan. Pada tahun 1943 ia dikenali Tentera Negara yang bergabung dengan tentera Berikat.

Semasa pendudukan Jepun, orang Burma menerima pengalaman mentadbir dan bila Jepun membenarkan Burma merdeka pada 14 Ogos 1943, sebuah kerajaan telah dibentuk yang diketuai oleh Dr. Ba Maw , walaupun pengalamannya tidak meluas ke kawasan luar bandar, tetapi telah memberi keyakinan untuk mentadbir negara sendiri. Pada tahun 1945, Tentera Berikat telah berjaya menghalau Jepun dan pentabiran Burma kembali berada di bawah tentera British yang bertujuan menubuhkan semula pemerintahan serta memulihkan kemusnahan dan menyusun semula sistem ekonomi dengan bantuan syarikat lama di Burma.

Pada tahun Oktober 1945, Gebenor Doram Smith telah meluluskan dasar menyatakan matlamat Biritish untuk memberi kerajaan sendiri dan mengantungkan Perlembagaan 1935 yang kuasanya berada di tangan Gebenor dan Majlis. Dasar ini gagal dilaksanakan kerana penentangan dari AFPFL /BKRAF yang enggan berkerjasama dengan British kerana dasar ini dianggap ke belakang. Pihak AFPFL/BKRAF sebenarnya disokong oleh tentera, orang ramai dan pucuk pimpinan Burma. Kegagalan ini menyebab Doram Smith kembali ke England diganti dengan Hubert Rance sebagai Gebenor baru di Burma.

Perjuangan demi perjuangan telah ditempuh oleh Aung San dan rakan seperjuangannya yang akhirnya membawa kepada kebebasan Myanmar daripada penjajahan. Namun, Dalam usaha untuk menetapkan masa depan Burma, Aung San dan 6 ahli Majlis Kerja telah dibunuh.Aung San telah ditembak oleh musuh politiknya iaitu U Saw. Ini terjadi ketika sidang Dewan Eksekutif bersidang pada tanggal 19 April 1947, Aung San bersama enam anggota dewan termasuk Ba Win (kakak sulungnya) telah diserbu dan ditembak oleh orang-orang berpakaian seragam yang merupakan orang-orang suruhan U Saw, mantan perdana menteri yang mempunyai cita-cita besar dan merasa cemburu di atas kecemerlangan kepimpinan Aung San.U Saw kemudiannya didapati bersalah dan mendapat hukuman mati.

Gambar: Aung San

Rance kemudiannya menjadi penyelamat dengan menyusun semula kerajaan dengan menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan. Deraf Perlembagaan telah siap pada 17 Oktober 1947 bahawa Burma menjadi negara berdaulat dan merdeka di luar Kommenwel. Hutang kerajaan British 15 Ribu pound dibatalkan dan Burma di beri kemerdekaan pada 4 Januari 1948. Antara tahun 1948 -1952, keaadan di Burma tidak aman , kerana berlaku pemberontakan dari tiga puak iaitu:

1. Pihak komunis 2. Pertubuhan Sukarela Rakyat PSV /PVO pertubuhan Aung San yang berpecah menjadi penyokong kerajaan dan satu pihak lagi menyokong komunis. 3. Pertubuhan Kebangsaan Karen PPKK/KN mereka memberontak meninggalkan tentera Union of Burma. Angkatan tentera Union telah ditubuhkan untuk menghapuskan pemberontakan. Perjuangan Aung San diteruskan oleh naib presidennya iaitu U Nu sebagai Perdana Menteri. U Nuyang lahir pada25 Mei1907(meninggal14 Februari1995pada umur 87 tahun) adalahperdana menteripertamaBurma. Memegang mandat sebagai pemimpin AFPFL adalah menjadi tanggungjawab U Nu untuk memimpin Burma ke arah kemerdekaan pada tarikh 4 Januari 1948, pada tahap itu , kerajaan cenderung untuk mengamalkan sistem demokrasi. Myanmar kemudiannya menjadi negara Republik bebas, dengan Kesatuan Myanmar (Union of Burma) dengan Soa Shwe Thaik sebagai Presiden pertama dan U Nu menjadi Perdana Menteri.Burma merdeka tetapi tidak menjadi ahli Komanwel (Negara-negara yang pernah dijajah oleh British). Dengan membentuk dua Dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Kewarganegaraan, piliharaya telah diadakan pada tahun 1951-1952 dan juga tahun 1956 dan 1960.

Kawasan Geografi Burma telah digabungkan mengikut persetujuan perjanjian Panglong yang mengabungkan Myanmar dengan wilayah ( state) etnik Kachin , Shan dan Chin yang dahulunya ditadbir secara berasaingan oleh British.Sebagai Perdana Menteri, U Nu cuba untuk memulihkan demokrasi dan mengisytiharkan agama Buddha sebagai agama rasmi negara. Penubuhan negeri baharu dalam Union of Burma untuk kaum Mon dan Arakan, memajukan perkembangan ekonomi dan sosial. Timbul pula masalah apabila golongan Shan tidak berpuashati dan golongan yang bukan beragama Buddha takut dengan pengisytiharan agama Buddha sebagai agama rasmi. Kerajaan telah melonggarkan langkah keselamatan yang akhirnya menyebabkan jenayah berlaku berleluasa.Parti Pyidaungsu kemudiannya telah berjaya merangka rancangan ekonomi yang realistik serta mengukuh sistem demokrasi, mewujudkan semula keharmonian kaum Kachin, Shan dan Burman dengan membenarkan pemimpin etnik mengekalkan kuasa masing-masing. Pada malam 2 Mac 1962, Jeneral Nu Win ketua angkatan tentera telah merampas kuasa mengenepikan kerajaan berpelembagaan, menangkap pemimpin,memecat parlimen dan membubarkan seminar. Semua kuasa diletakkan dibawah kumpulan Rebolusiner. Dengan alasan bahawa Burma dalam krisis ekonomi, politik dan agama.Masalah persekutuan menjadi sebab berlaku rampasan kuasa. Majlis Revolusi kemundian bertindak membenarkan parti politik terus wujud, kebebasan akhbar diberi ,menukarkan sifat kerajaan negeri, menghapuskan kesatuan polis dan memasukkan tentera dalam perkhidmatan awam dan polis, memulihkan undang-undang di luar bandar, menghapuskan Mahkamah Tinggi dan digantikan dengan sistem kehakiman tunggal.Akibat rampasan ini ,tidak ada lagi pemberontakan yang berlaku di Burma selepas coup de tat itu. Dalam keadaan sebuah negara baru mencapai kemerdekaan, tidak dinafikan berlaku permasalahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Permasalahan ini telah membawa kepada konflik yang lebih mencekam.

Perkembangan politik yang berlaku dari tahun 1948 hingga tahun 1962 telah menyukarkan negara Burma bersatu. Faktor utama Burma sukar bersatu sebagai sebuah negara yang hormoni dan aman adalah faktor politik.

I.Permasalahan politik:

Politik yang stabil merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, politik Burma telah memaparkan keadaan yang bertentangan dari suasana yang dihajati. Permasalahan politik Burma diibaratkan seperti duri dalam daging yang memberi ancaman kepada kedaulatan sejagat. Antara punca kepada permasalahan politik Burma ialah perlaksanaan struktur politik yang berlandaskan kepada Buddhisme, perpecahan AFPFL dan penolakan Marxisme sebagai ideologi parti. Dalam aspek politik permasalahan ini merupakan beban yang dihadapi Burma selepas kemerdekaan sehingga pentadbiran bermula pada tahun 1962.

II.Perlaksanaan struktur politik berlandaskan Buddhisme dan pengisytiharan agama Buddha sebagai agama rasmi:

U Nu yang bergelar Perdana Menteri Burma telah melaksanakan sebuah struktur politik yang berdasarkan kepada Buddhisme dan Sosialisme. Tindakan U Nu ialah memulihkan demokrasi dan pengistiharan agama Buddha sebagai agama negara, penubuhan negeri baharu dalam Union of Burma untuk kaum Mon dan Arakan serta memajukan perkembangan ekonomi dan sosial. Golongan Shan tidak berpuas hati dan golongan yang bukan beragama Buddha juga takut dengan pengisytiharan agama Buddha sebagai agama rasmi. Permasalahan timbul akibat penekanan terhadap Buddhisme.

Umum mengetahui bahawa sesungguhnya struktur politik berlandaskan Buddhisme membawa maksud penekanan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berteraskan kepada ajaran agama Buddha. Walaupun pada dasarnya pelaksanaan ini merupakan langkah terbaik dalam memberikan pembangunan material dan kerohanian untuk negara Burma. Pelaksanaan ini juga bertujuan untuk menghapuskan pengaruh kolonialisme British di Burma. Namun, masalah wujud apabila usaha U Nu untuk menjalankan dasar ini mendapat reaksi berbeza daripada penduduk Burma. Persoalannya, bagaimana reaksi ini yang akhirnya membawa kepada permasalahan politik di Burma? Reaksi yang berbeza dapat dilihat daripada dua kelompok yang berlainan.

Pertamanya, kelompok yang beragama Buddha yang memberi tindak balas yang positif. Kelompok ini beranggapan bahawa dasar U Nu ini akan menjamin kelestarian agama Buddha yang menjadi asas hampir keseluruhan penduduk Burma. Namun, masalah timbul dalam kalangan masyarakat minoriti dan penganut agama lain di Burma. Hal ini disebabkan dasar Buddhisme menimbulkan perasaan takut lantaran mereka melihat keadaan sebagai ancaman. Sesetengah pihak juga mempercayai bahawa akan wujud diskriminasi terhadap penduduk yang bukan beragama Buddha.

Mengikut perangkaan pada tahun 1931, daripada 14.6 juta penduduk Burma, kira-kira 12.3 juta atau 84 peratus adalah penganut agama Buddha, Seramai 762,243 atau 5.2 peratus pula animisme diikuti dengan 570,953 atau 3.9 peratus agama Hindu dan 584,839 atau 4 peratus beragama Islam, 331,106 atau 2.3 peratus beragama kristian dan selebihnya lain-lain agama.[footnoteRef:15] Ini menunjukkan agama Buddha adalah agama majoriti penduduk Burma sejak sekian lama. [15: Azharudin Mohamed Dali , (2012), Air mata Kesengsaraan Rohingya Identiti, Penindasan dan pelarian, Kuala Lumpur: Inteam Pub. Sdn. Hlm.10]

Agama Buddha membentuk sudut pandangan dan amalan dalam kehidupan harian. Keadaan ini jelas berlaku dengan adanya pelbagai peraturan yang wujud dalam agama Buddha seperti larangan membunuh semua makhluk bernyawa sama ada manusia mahupun haiwan.Malahan menurut Abu Talib Ahmad, perkataan bunuh untuk haiwan cuba dielakkan penggunaannya sebaliknya diganti dengan perkataan yang lebih sesuai seperti ikan tidak dibunuh untuk dimakan,tetapi ia disebut sebagai mengeluarkannya dari tempat kehidupan semula jadinya.[footnoteRef:16] Walaupun begitu secara realitinya, terdapat amalan yang berbeza dengan pandangan ini. Penentangan terhadap kerajaan menyebabkan pembunuhan dan kekerasan dilakukan terhadap golongan pemberontak sama ada orang Karen, Chin, Rohingya mahupun Kachin ditembak oleh pihak berkuasa.[footnoteRef:17] Jika dianalisis daripada kaca mata ilmiah, pelaksanaan struktur politik yang berlandaskan kepada Buddhisme tidak memberi masalah kerana sejarah telah membuktikan bahawa penggubalan Piagam Madinah yang berteraskan Islam berjaya menyatupadukan masyarakat Madinah sekaligus membawa kepada kegemilangan tamadun Islam. [16: Abu Talib Ahmad, (2000), Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 16] [17: Ibid., hlm. 16]

Malah bila kita melihat keadaan masyarakat yang ada di Malaysia terutamanya yang berbilang kaum dan berbeza dari segi adat dan agama boleh hidup dengan aman walaupun agama Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi negara ini.Berbeza dengan keadaan yang berlaku di Burma pelaksanaan corak politik berteraskan agama telah gagal lantaran mentaliti masyarakat minoriti dan penduduk bukan beragama Buddha yang takut akan perubahan serta keengganan bekerjasama dengan pemimpin tempatan untuk merealisasikan hasrat ini. Selain itu, punca pokok masalah ini adalah rentetan kegagalan pelaksaanaan dasar ini oleh mereka yang bertanggungjawab yang tidak mampu meraih keyakinan penduduk yang bukan beragama Buddha.

Pelbagai pembaharuan juga telah dilakukan oleh U Nu dalam memperjuangkan agama Buddha. Salah satu langkah yang diambil ialah membuat seruan agar agama Buddha dijadikan agama rasmi. Seruan ini diperkukuhkan dengan tindakan U Nu membentuk satu agensi biayaan kerajaan untuk mempromosikan dan mempropogandakan Budhisme pada tahun 1950 apabila Buddha Sasana Council Act telah digubal. Penggubalan agensi ini diharapkan mampu mencapai hasrat U Nu bagi memastikan pengamalan agama Buddha di segenap pelosok Myanmar.Walaupun seruan ini dilihat mempunyai kebaikan iaitu mendidik agar masyarakat menjiwai agama Buddha tetapi telah timbul gerakan yang tidak bersetuju yang melihat perkara ini sebagai ancaman. Antara pihak yang tidak menyokong adalah golongan Kristian, Islam dan golongan bukan Buddha yang lain. Keadaan ini berpunca daripada perasaan takut dan syak wasangka jika agama Buddha menjadi agama rasmi. Golongan ini berpendapat bahawa akan wujud penindasan terhadap penduduk bukan Buddha jika telah termaktub Buddha sebagai agama rasmi. Kesannya, dasar ini telah mengundang padah terhadap pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh U Nu.Krisis akibat propaganda Buddha telah mendorong kepada permasalahan yang lebih rumit dan gagal ditangani dengan sebaiknya oleh U Nu. Permasalahan ini ditimbulkan oleh golongan penentang terhadap pelaksanaan dasar ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui dua peristiwa penting. Pertamanya, telah berlaku pemberontakan Kachin di Utara Myanmar untuk membantah tindakan kerajaan meneruskan polisi ini. Pemberontakan ini tercetus kerana pemimpin Kachin menganut agama Kristian yang khuatir jika polisi ini diteruskan mendatangkan mudarat kepada penganut agama Kristian. Selain itu, ketua kepada Kristian Myanmar yang bernaung di bawah Kayin National Union (KNU) bangkit menentang kerajaan agar suara puak Karen di dengar oleh kerajaan. Campur tangan tentera menjadikan keadaan semakin malang apabila tentangan dibuat yang menuntut agar agama Buddha ini terhad di Myanmar Hilir sahaja yang didiami majoriti penganut agama Buddha. Desakan dan pemberontakan ini menjadi gunting dalam lipatan yang menggugat pentadbiran U Nu. Rakyat Burma tidak dapat bersatu jika soal agama tidak diatasi dengan baik sebab isu agama ini adalah isu yang sangat sensitif.Diskriminasi mungkin timbul terhadap penganut-penganut agama lain, dan itulah yang paling ditakuti oleh etnik-etnik seperti Kachin,Mon dan Chin. Bagi etnik minoriti seperti Rohingya yang beragama Islam, mereka ini lebih sengsara sebab tidak diiktiraf oleh kerajaan Burma malah ditindas sehingga ke hari ini.Isu agama menjadi sebab yang amat penting mengapa Burma sukar untuk bersatu pada tahun 1948-1962.

III.Perpecahan Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL):

Sejarah penubuhan AFPFL telah terbentuk melalui gabungan atau perikatan daripada pertubuhan-pertubuhan besar seperti All-Burma Peasants Organisation, Federation Of Trade Organisation, kumpulan-kumpulan etnik (Karen Youth League), ahli-ahli individu, dan sebuah parti politik iaitu parti sosialis. Perikatan ini menamakan Aung San sebagai presiden dan bertanggungjawab membimbing gabungan ini berjuang menuntut kemerdekaan.Menjelang 1958, negara ini sebahagian besarnya mula memulihkan ekonomi, tetapi mula jatuh selain masalah politik akibat perpecahan dalam AFPFL kepada dua puak, satu yang diketuai oleh U Nu dan Tin, dan yang satu lagi oleh Ba Swe dan Kyaw Nyein. AFPFL Stabil pimpinan Ba Swe dan Kyaw Nyein dan AFPFL Bersih pimpinan U Nu dan Tin. Perpecahan ini sebenarnya tidak menjadi masalah jika ditangani dengan baik kerana perkara ini akan menyuburkan sistem demokrasi di Myanmar. Demokrasi membawa maksud pemerintahan rakyat kerana pemilihan parti yang memerintah adalah berdasarkan majoriti sokongan rakyat. Oleh itu, jika difikir mengikut logik akal perpecahan ini memberi impak positif kepada rakyat kerana persaingan AFPFL Stabil dan AFPFL Bersih pastinya akan berlangsung secara sihat dalam melakukan dasar dan pelaksanaan yang terbaik untuk menambat hati penduduk Burma.

Namun, perpecahan ini tidak membawa kesan seperti yang diharapkan lantaran Perang Terbuka kerana kedua-dua pihak saling melemparkan berbagai-bagai tuduhan seperti rasuah, nepotisme, gila seks dan membunuh sama ada melalui media massa dan dakyah politik melalui ceramah. Keadaan ini merupakan suatu hal yang menjadikan pemangkin permasalahan yang lebih tenat. Akibat perpecahan ini bukan sahaja menimbulkan masalah luaran tetapi juga masalah dalaman yang merumitkan keadaan. Persaingan yang wujud dalam AFPFL itu sendiri untuk menguasai kesatuan politik telah mencambahkan benih-benih masalah yang mengundang kepada pergolakan politik di Burma. Keadaan bertambah parah apabila ahli-ahli politik tempatan mengidam-idamkan untuk menjadi Perdana Menteri. Sememangnya perebutan ini mengundang pelbagai masalah yang tiada bernokhtah. Selain itu, permasalahan juga berpunca daripada sebab peribadi, cemburu kuasa, gila kuasa dan perasaan syak wasangka dalam kalangan pemimpin AFPFL dari peringkat pusat hingga peringkat akar umbi. Lantaran itu, suatu yang pasti permasalahan dalaman dan luaran telah membawa kepada krisis perpecahan dalam AFPFL. Lebih malang lagi, AFPFL mula dikaitkan dengan penjenayah yang menggunakan parti untuk melarikan diri daripada tindakan undang-undang. Permasalahan yang tidak berjaya ditangani ini telah membawa kepada era pemerintahan baru dalam politik Myanmar. Perpecahan ini telah memberi kesan yang besar tehadap politik demokrasi kerana persaingan yang wujud untuk memerintah Myanmar. Keadaan bertambah malang dengan adanya penglibatan golongan tentera dalam kancah politik kesan daripada pergolakan yang berlaku dalam AFPFL. Semua sedia maklum penglibatan tentera akan menyumbang kepada pemerintahan kuku besi.

Walaupun begitu, penglibatan golongan tentera adalah bersandarkan kepada kehendak sesetengah rakyat Myanmar yang tidak lagi percaya kepada sistem demokrasi dan meminta golongan tentera untuk campur tangan dalam sistem politik.Tentera telah mengambil alih pentadbiran dan U Nu telah mengisytiharkan emergency darurat dalam perlembagaan. Pada tahun 1960, politik di Myanmar dikuasai oleh tentera dan diketuai oleh General Ne Win yang berperanan sebagai kerajaan sementara selama 2 tahun.Ini terjadi apabila U Nu dikenakan undi tidak percaya hanya dengan sokongan pembangkang Barisan United Nasional (National United Front/NUF ), dipercayai mempunyai 'kripto-komunis' di kalangan mereka. Lebih 400 orang yang bersimpati dengan komunis 'telah ditangkap, 153 dihantar pulang ke Pulau Coco di Laut Andaman. Antara mereka ialah pemimpin NUF Aung Than, abang Aung San. Kyemon dan Rangoon Harian juga telah ditutup.

Kerajaan baru Ne Win mengadakan pilihan raya umum pada tahun 1960 yang mengembalikan Parti Kesatuan U Nu, dengan satu majoriti besar.[footnoteRef:18] Keadaan stabil tidak kekal lama, apabila Persekutuan Pergerakan Shan bermula yang dipimpin oleh Nyaung Shwe Sawbwa Sao Shwe Thaik (Presiden pertama Myanmar bebas 1948-52). Beliau bercita-cita untuk menjadi sebuah persekutuan 'longgar', dilihat sebagai sebuah gerakan pemisah yang mendesak kerajaan menghormati hak pemisahan dalam 10 tahun yang diperuntukkan oleh Perlembagaan 1947. Ne Win telah berjaya menanggalkan kuasa feudal Sawbwa Shan pada tahun 1959. [18: Smith, Martin (1991). Burma Insurgency and the Politics of Ethnicity. London and New Jersey: Zed Books hlm 195197.]

Perpecahan yang berlaku dalam Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL), menyukarkan lagi Burma untuk bersatu sebab jika para pemimpin sudah tidak sekepala,masing-masing mahu menang dan mempunyai tujuan peribadi maka yang jadi mangsanya adalah rakyat .Rakyat akan berpecah sokongannya. Jeneral Ne Win mula mengambil alih peranan U Nu sebagai pemimpin utama Burma pada tahun 1960 dan junta tentera menguasai sepenuhnya pemerintahan menjelang tahun 1962 hinggalah sekarang.

IV.Penolakan Marxisme sebagai idealogi parti

Perkataan komunis adalah berkaitan dengan Komunisme yang membawa maksud orang yang menganut fahaman Komunisme. Komunisme adalah sebuah ideologi. Maksud komunisme ialah suatu fahaman politik yang menjadikan faktor pengeluaran (ekonomi) dan barang-barang pengguna sebagai milik negara. Fahaman ini banyak diamalkan di negara China dan beberapa negara di Eropah Timur. Karl MarxDari manakah fahaman Komunisme ini berasal? Penganut fahaman ini berasal dari Manifest der Kommunistischen yang ditulis oleh Karl Marx dan Friedrich Engels, sebuah manifesto politik yang pertama kali diterbitkan pada 21 Februari 1848, teori mengenai komunis sebuah analisis pendekatan kepada perjuangan kelas (sejarah dan masa kini) dan ekonomi kesejahteraan yang kemudian pernah menjadi antara gerakan yang paling berpengaruh dalam dunia politik.Apakah kaitannya dengan sejarah politik Burma yang menyebabkan negara tersebut tidak dapat bersatu dan akhirnya diperintah oleh junta tentera.

Setiap parti yang dibentuk mempunyai ideologi dan fahaman masing-masing agar perjuangan lebih terarah dan tidak terpesong. Perkara yang sama telah melanda Burma/Myanmar kerana parti yang ditubuhkan perlu mempunyai ideolagi. Masalah timbul lantaran U Nu menolak Marxisme sebagai ideologi parti. Marxisme merupakan ideologi komunis yang dibawa oleh Karl Marx iaitu kekayaan dikongsi bersama. U Nu lebih cenderung dengan polisi satu bentuk sosialisme iaitu Burmese Way to Socialism yang bertujuan memiliknegarakan semua harta dan hasil pendapatan.

Perkembangan ini telah mengundang perasaan syak wasangka yang berlarutan dalam kalangan masyarakat. Hal ini rentetan daripada dasar yang diperkenalkan oleh U Nu mempunyai persamaan dengan ideologi Marxisme iaitu segala harta, tanah, pendapatan adalah hak milik negara. Fenomena ini melahirkan perasaan tidak puas hati sehingga membawa kepada perpecahan Majlis Tertinggi Parti dan mengakibatkan haluan berbeza dalam AFPFL kepada dua pihak iaitu penyokong U Nu dan Kyaw Nyein. Justeru, jika diteliti tindakan U Nu diibaratkan seperti seorang yang hipokrit kerana dasar yang diperkenalkan mempunyai persamaan dengan ideologi Marxisme walaupun hakikatnya beliau menolak fahaman ini. Kesannya, senario ini menyebabkan kejatuhan mendadak dalam majoriti parlimen bagi U Nu.Kesannya U Nu telah dijatuhkan oleh Jenderal Ne Win.Kesepakatan dalam pemerintahan tidak wujud dalam pentadbiran U Nu kerana tindakan yang kurang efisen yang menyebabkan beliau berundur kerana sikap hipokrit dan tidak berfikir panjang.Apa yang dicipta oleh U Nu dalam pentadbirannya sama dengan ideologi komunis Karl Marx yang mempraktikkan semua aset negara adalah hak mutlak Negara.

V.Kelemahan Pemerintahan 1948-1962

Pemimpin yang mantap akan membawa negara ke arah kecemerlangan,rakyat bersatupadu dan dapat hidup dengan aman tetapi sebaliknya pemimpin yang lemah membawa kepada permasalahan yang tidak pernah padam. Kenyataan ini sudah cukup untuk menerangkan masalah sosial di Myanmar akibat daripada kelemahan pemerintahan.Rakyat tidak puas hati dan akan menimbulkan pelbagai masalah yang menyebabkan Burma tidak dapat bersatu.Jika dibuka lembaran sejarah pemerintah yang bertanggungjawab sekitar tahun 1948 hingga 1960 adalah insan bernama U Nu. U Nu merupakan seorang yang memandang tinggi kepada orang Inggeris kerana kekaguman dan kesenangan beliau terhadap pihak Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan apabila U Nu mendapat jolokan George Bernard Shaw Myanmar. Tindakan ini menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk lantaran anggapan bahawa Inggeris adalah penjajah dan tidak sewajarnya di beri muka. Namun, dalam pemerintahan U Nu berlaku sebaliknya kerana pengiktirafan dan kebanggaan beliau terhadap Inggeris sangat tebal sehinggakan pentadbiran yang sistematik tidak dapat dijalankan.

Hal ini ekoran daripada ketaksubannya terhadap Inggeris yang melalaikannya daripada melakukan pemerintahan yang berkualiti.Kegagalan U Nu berterusan apabila tidak berhasil memberi kepimpinan yang berkesan.Ini telah membuktikan bahawa U Nu diiktiraf sebagai seorang pemerintah yang lemah kerana melakukan tindakan yang tidak munasabah serta mempunyai latar belakang yang kurang baik seperti panas baran dan kaki botol. Antaranya ialah pembinaan rumah tumpangan untuk anjing-anjing yang berkeliaran di kota Myanmar. Padahal, pada ketika itu masih ramai penduduk Myanmar tidak mempunyai tempat tinggal yang tidak selesa.

Ini menunjukkan U Nu tidak prihatin dengan keadaan masyarakat yang majoritinya terdiri daripada masyarakat petani yang miskin serta memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan untuk membela nasib mereka.Di samping itu, U Nu dilihat sebagai seorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam pemerintahan. Pernyataan dapat dibuktikan melalui tindakan yang diambil oleh U Nu iaitu dasar Burmese Way to Socialism yang menimbulkan curiga dalam kalangan rakyat dan membawa kepada perpecahan parti dan junta tentera berkuasa.

VI.Masalah etnik

Rasanya masalah etnik ini adalah masalah yang paling sukar di atasi kerana setiap etnik di bumi Burma mempunyai permintaan dan desakan masing-masing. Pemimpin perlu bijak seperti kata pepatah Menarik rambut dalam tepung,rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Kepelbagaian etnik di negara Burma/Myanmar merupakan halangan kepada kejayaan khususnya dalam membentuk perpaduan. Dalam keadaan ini, aspek penting adalah hubungan majoriti-minoriti.Hubungan majoriti-minoriti seringkali dipenuhi dengan pelbagai konflik, pergaduhan mahupun peperangan.Dalam kaeadaan berkonflik biasanya golongan minoriti berada dalam kaedaan lemah dan tertindas sebab bilangan mereka kecil dan bertambah sukar apabila pihak majoriti memegang kuasa.[footnoteRef:19] [19: Azharudin Mohamed Dali , (2012), Air Mata Kesengsaraan Rohingya Identiti, Penindasan dan Pelarian, Kuala Lumpur: Inteam Pub. Sdn. Hlm.105]

Myanmar mempunyai ramai puak minoriti yang perlu diberi perhatian oleh setiap pemimpin yang menerajui pemerintahan. Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan kekecohan dan ketidakpuasan hati golongan minoriti. Antara puak etnik di Myanmar seperti Karen, Kachin, Shan, Kayah, Chin Mon,Rohingya, Arakan dan lain-lain. Fenomena ini mendorong kepada permasalahan etnik kerana memperjuangkan hak masing-masing. Konflik etnik di Myanmar begitu ketara selepas Myanmar memperoleh kemerdekaannya daripada Britain bulan Januari 1948.Setiap etnik minoriti mempunyai masalah masing-masing yang perlu diselesaikan. Mon dan Arakan merupakan etnik yang melancarkan pemberontakan kerana U Nu yang gagal mengotakan janji. Dalam janji kemerdekaan, U Nu mencadangkan pembentukan satu negeri berasingan bagi orang Arakan dan Mon dalam tahun 1960. Janji ini sengaja ditabur untuk memberi kepuasan kepada minoriti-minoriti etnik dan memancing undi daripada mereka.

U Nu,ketika berkempen pada tahun 1960 berjanji memberi status negeri kepada Arakan tetapi terpaksa berundur kerana desakan tentera.U Nu, dalam kenyataan yang diucapkannya semasa Karen State Constitutional Amendment berhubung isu hak minoriti pada 8 Oktober 1951, menyebut: I might explain at this point that the Contitution has made provision for the rightOf equality and feedom,right relating religion;cultural; education and economic right. These right will continue to be anjoyed even by the smallest minority. By the term Minority Right, Imean those so-called Rights which entice members of the Union to dismember themselves with separate election.. I need hardly say that this union of Burma belong equally to all nationals, Chins, Kachins, Kerannis,Mons, Arakaneses, all.Athough the Burmeses are majority people, they are not a people to misuse their majority.[footnoteRef:20] [20: J. Silverstein, Burma dalam Roger M. Smith (penyunting) , Southeast Asia Documents of Political Development and Change, London: Cornell University, 1979, hlm. 108.]

( Ingin saya jelaskan di sini, di peringkat ini bahawa perlembagaan mengandungi beberapa perkara atau peruntukan berhubung hak untuk kesaksamaan dan kebebasan. Hak itu ialah hak berkaitan agama, budaya, pendidikan dan ekonomi. Hak-hak ini boleh terus didikmati oleh semua, walaupun minority. Apa yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang menjadi ahli dalam Kesatuan Burma di mana Kesatuan Burma adalah milik sama rata semua warganegara tidak kira Shan, Chin, Kachin, kerani, mon dan Arakan. Walaupun Burman adalah ahli majoriti, mereka bukannya boleh menggunakan keistimewaan majoriti itu.)

Kenyataan U Nu ini membayangkan hasratnya untuk memberi hak kesamarataan kepada semua etnik sama ada etnik majoriti mahu pun minoriti.Antara etnik yang berjuang untuk mendapatkan sebuah negara bebas termasuklah Muslim Rakhine iaitu orang-orang Islam di utara Arakan. Namun, selepas pilihan raya telah menyaksikan kemenangan U Nu tetapi beliau melengahkan janji yang telah dibuat dan langsung tidak mengendahkan puak Arakan dan Mon. Senario ini telah mendorong kebangkitan puak ini untuk menegakkan keadilan. Justeru, pada akhir 1961 telah berlaku pemberontakan minoriti yang memberi tekanan terhadap pemerintahan dan pentadbiran U Nu.U Nu terpaksa menerima bahawa pemberontakan minoriti ini memberi kesan kerana pemberontakan ini berjaya menguasai satu per sepuluh daripada negeri tersebut. Oleh itu, dalam memberi kepuasan kepada minoriti-minoriti etnik, kerajaan bersetuju menubuhkan dua buah negeri lagi untuk orang Mon dan Arakan.

Pemberontakan puak Arakan dan Mon menjadi pengajaran berguna kepada pemimpin yang memerintah agar tidak mengambil ringan masalah puak minoriti.Pada tahun 1949, Karen National Defense Organization (KNDO) merupakan organisasi yang menjadi landasan kepada perjuangan puak Karen. KNDO telah melancarkan pemberontakan untuk mendapatkan hak negeri serta ingin mempertahankan budaya mereka. Puak Karen berpendapat budaya mereka akan terjejas jika dasar Buddhisme meresap dan dipraktikkan dalam sosial masyarakat Myanmar. Perjuangan hak negeri dan budaya juga dipelopori oleh etnik lain yang merasa tergugat dengan dasar dan polisi kerajaan. Akibat pemberontakan yang dilancarkan oleh etnik-etnik ini telah mendorong kepada langkah drastik diambil oleh pemerintah.

Fenomena yang semakin memuncak menyebabkan U Nu tidak lagi mampu menghentikan tindakan pemberontakan ini. Lantaran itu, beliau telah meminta bantuan General Ne Win mengambilalih kedudukan beliau.Kerajaan yang dibentuk oleh U Nu telah merangka satu perlembagaan yang membabitkan soal pentadbiran Myanmar. Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan oleh puak Shan dan Kayah yang berkehendakan perlembagaan ini dikaji semula. Penentangan wujud rentetan daripada isu persekutuan yang membabitkan soal keselamatan negara dan kedudukan mereka dalam pembangunan. Puak Shan dan Kayah tidak berpuas hati dengan kandungan perlembagaan yang tidak memberi jaminan keselamatan dan perlindungan terhadap puak mereka. Rentetan itu, timbul satu rancangan sulit Chaofa untuk menentang persekutuan. Chaofa sanggup bekerjasama dengan musuh negara iaitu Kuomintang (KMT), rakyat Thai dan Amerika (CIA) untuk menghancurkan persekutuan. Pakatan ini menimbulkan cacamarba dalam membincangkan permasalahan sosial yang berlaku di Myanmar. Penentangan yang dilakukan akhirnya menundukkan pihak kerajaan.

Oleh itu, negeri Shan dan Kayah diberi hak untuk berundur daripada kesatuan pada tahun 1958 selepas 10 tahun bernaung di bawah Kesatuan Myanmar. Tindakan ini lantaran mereka yang tidak berpuas hati dengan perlembagaan persekutuan. Walau bagaimanapun, tindakan ini menimbulkan kekhuatiran General Ne Win kerana bimbang jika pengunduran ini tidak dibenarkan oleh U Nu. General Ne Win sedia maklum bahawa U Nu tidak mahu puak Shan dan Kayah keluar dari Kesatuan Myanmar. Pengunduran puak ini akan memberi kesan yang lebih signifikan kepada permasalahan sosial di Myanmar kerana pengaruh yang cukup besar dalam kerajaan. Ini kerana jika pihak kerajaan memenuhi permintaan satu puak etnik, maka etnik-etnik yang lain juga akan meminta dan mendesak agar permintaan mereka juga harus dipertimbangkan yang mana akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa di pihak pemerintah.Hal sebeginilah yang menyebabkan Burma sukar untuk disatukan.

Sesungguhnya, masalah etnik bukan perkara yang mudah kerana kepelbagaian etnik memerlukan keadilan dan kesamarataan untuk mengelakkan konflik social. Permintaan dan desakan daripada etnik-etnik ini perlu ditangani dengan bijak oleh pemimpin agar rakyat dapat bersatu dan membentuk negara yang aman.

VII.Pemberontakan Komunis dan Etnik:

Tahun-tahun pertama kemerdekaan Burma telah ditandakan oleh pemberontakan berturut-turut oleh Komunis Bendera Merah yang diketuai oleh Thakin Soe, Komunis Bendera Putih yang diketuai oleh Thakin Than Tun, Ybaw Hpyu (White-band PVO) diketuai oleh Bo La Yaung, ahli tiga puluh komrad, pemberontak tentera yang menggelarkan diri mereka Tentera Myanmar Revolusi (RBA) diketuai oleh pegawai Komunis Bo Zeya, Bo Yan Aung dan Bo Ye Htut - ketiga-tiga mereka adalah ahli Tiga puluh komrad, Arakanese Islam atau Mujahid, dan Kesatuan Kebangsaan Karen (Karen National Union).

Selepas kemenangan Komunis di China pada tahun 1949 di kawasan pedalaman Myanmar Utara selama bertahun-tahun, ia dikawal oleh tentera pasukan Kuomintang (KMT) di bawah arahan General Li Mi. Komunis merupakan salah sebuah fahaman yang menular di hampir keseluruhan Asia Tenggara dalam memperjuangkan ideologi dan fahaman dalam kalangan masyarakat. Myanmar antara negara yang telah memperlihatkan campur tangan komunis dalam politik yang akhirnya memberi kesan kepada permasalahan sosial. Parti Komunis Burma telah ditubuhkan yang bermatlamatkan memperjuangkan agenda komunis dalam pemerintahan dan telah mendapat sokongan daripada golongan bawahan yang tertindas seperti petani. Keadaan ini menyebabkan Myanmar mengalami kekacauan dari parti-parti komunis dan pihak pelampau yang selalu sahaja cuba menghasut petani-petani untuk menyebelahi pihak mereka.

Dalam perjuangan Parti Komunis Burma atau kemudiannya dikenali sebagai White Flag telah melakukan pemberontakan dan disertai oleh pertubuhan paramilitari iaitu Peoples Volunteer Organisation. Di samping itu, akibat daripada penindasan kerana permasalahan rasuah perjuangan komunis dibantu oleh sekumpulan kecil orang Rohingya yang mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Perkara ini dibuktikan melalui Perang Etnik yang telah dilancarkan oleh orang Rohingya yang menggelarkan diri mereka sebagai Mujahid.

Selain daripada Perang Etnik, telah berlaku Perang Saudara antara komunis dan Rangoon yang telah mengakibatkan keruntuhan pentadbiran pusat. Gabungan antara pemberontakan komunis dan etnik hampir berjaya menumpaskan kerajaan yang terkepung di Yangon. Pentadbiran yang hampir lumpuh akibat huru-hara yang ditimbulkan oleh masyarakat Myanmar membawa kepada permasalahan sosial yang tidak pernah reda dalam lipatan sejarah Myanmar. Walaupun langkah pengharaman Parti Komunis telah dilancarkan tetapi pengaruhnya masih membiak dalam kalangan masyarakat.Ini telah menyukarkan Burma untuk bersatu sebab halangan-halangan yang datang bertali arus dan perlukan penyelasaian.

VIII.Permasalahan Ekonomi.

Ekonomi ditakrifkan sebagai suatu pasaran yang wujudnya permintaan dan penawaran. Kemantapan ekonomi merupakan tunjang kepada kesejahteraan dan kemajuan sesebuah tamadun. Jika ekonomi di tahap kritikal maka pembangunan akan terencat. Myanmar juga tidak lari daripada permasalahan ekonominya yang menjadi penyumbang kepada kegawatan dalam pembangunan. Antara masalah ekonomi Myanmar ialah kegagalan progran ekonomi yang dikenali Pydawtha, kelembapan ekonomi, ekonomi sosialis demokratik, kerosakan harta benda akibat perang dan kelemahan manusia. Kegawatan ekonomi Myanmar merupakan penyumbang kepada masalah-masalah yang wujud selepas kemerdekaan sehingga pentadbiran bermula pada tahun 1962.Masalah yang berlarutan ini telah menyukarkan lagi keadaan di Burma untuk rakyatnya bersatu padu sehati sejiwa.

Kesimpulan:

U Nu sebagai perdana menteri yang pertama memainkan peranan yang penting dalam sejarah politik Burma dari tahun 1948 - 1962.Kepincangan yang timbul dalam pemerintahan beliau menyebabkan Burma sukar untuk bersatu. Ini disebabkan berlakunya persaingan etnik kerana negara yang diberikan jolokan sebagai negara Yugoslavia Asia Tenggara ini terdiri daripada pelbagai etnik.Ancaman komunis yang setiasa mengambil peluang untuk mengembangkan ideologinya serta perpecahan dalam Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL) selepas pembunuhan Aung San memberikan kesan yang berpanjangan kepada sejarah negara Burma. Tindakan U Nu mengisytiharkan agama Buddha sebagai agama rasmi negara itu mempunyai tujuan yang baik sebenarnya tapi cara beliau menangani dan mendekatkan penduduk Burma dengan nilai-nilai baik dalam agama Buddha tidak praktikal malah menimbulkan perasaan sangsi di kalangan penganut agama lain yang akhirnya timbul masalah yang lebih besar yang menyebabkan Burma tidak dapat disatukan.

Keadaan makin parah apabila Jeneral Ne Win mengambil alih pemerintahan.Kecenderungannya membentuk pasukan tentera yang kuat dan menguasai sistem pemerintahan tentera menimbulkan peningkatan ketegangan etnik . Era demokrasi berakhir apabila beliau merampas kuasa dan menolak konsep persekutuan kerana dikatakan akan merosak kesatuan negara. Pemerintahan tentera terus membentuk sejarah Burma untuk selama 26 tahun dan beberapa dasar seperti pengusiran orang asing, pengawalan media, pemenjaraan ratusan pemimpin politik atas alasan menentang kumpulan penentang menyebabkan negara tersebut tersisih daripada pengetahuan dunia luar. Oleh itu, Burma dilihat sebagai sebuah negara tertutup dan tidak banyak berhubung dengan negara luar.

Bibliografi:Abu Talib Ahmad, (2000), Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abu Talib Ahmad, (1991), Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Azharudin Mohamed Dali , (2012), Air mata Kesengsaraan Rohingya Identiti, Penindasan dan pelarian, Kuala Lumpur: Inteam Pub. Sdn.

Asian Development Bank Myanmar Fact Sheet, Retrieved 8 July 2010.

Dougald JW O'Reilly (2007). Early civilizations of Southeast Asia. United Kingdom: Altamira Press. ISBN 10: 0-7591-0279-1.

J. Silverstein, (1979) Burma dalam Roger M. Smith (penyunting) , Southeast Asia Documents of Political Development and Change, London: Cornell University, hlm. 108.Li Be Nih, (2015), Sejarah Asia Tenggara: Pemodenan dan Pembangunan, UMS

Smith, Martin (1991). Burma Insurgency and the Politics of Ethnicity. London and New Jersey: Zed Books hlm 195197.

1