ekonomi burma

25
1.0 PENDAHULUAN Abad ke-19 memaparkan pelbagai perubahan dan perkembangan dalam sejarah Asia Tenggara. Hal ini disebabkan oleh dasar kolonialisme yang telah dilakukan oleh Barat terhadap negara-negara di Asia Tenggara. Kolonialisme pada umumnya ialah proses sesuatu kuasa untuk mendapatkan kawasan petempatan baru melalui kaedah penaklukan dan penghijrahan. Dasar kolonialisme di negara Asia Tenggara adalah melalui beberapa cara seperti perjanjian, peperangan, dan pengilhakan. Keadaan ini dapat dilihat dalam penguasaan pihak British terhadap Myanmar dengan menggunakan kaedah peperangan. British telah menakluki Myanmar melalui tiga siri peperangan iaitu melalui perang Inggeris-Myanmar pertama (1826), perang Inggeris-Myanmar kedua (1852) dan Perang Inggeris-Myanmar ketiga (1885). 1 Akhirnya pada Januari 1886, dengan rasminya seluruh Myanmar diisytiharkan sebagai sebahagian empayar British-India. Hal ini kerana British mempunyai kepentingan ekonomi terhadap Myanmar yang kaya dengan bahan mentah seperti seperti kayu jati, dan sumber galian. Selain itu, minyak dan tanah pertanian yang subur serta terletak di laluan perdagangan yang penting ke negara China juga turut menjadi tarikan British untuk menjajah Burma. 2 Selaras dengan kedudukan Myanmar sebagai negara yang dijajah, banyak dasar dan pembangunannya ditentukan oleh British. Apabila dilihat dari satu sudut, Myanmar menjadi salah satu pusat bagi negara British menggunakan kepintaran mereka dengan mengeksploitasi sepenuhnya sumber yang ada pada negara Myanmar. Semasa Myanmar berada di bawah pemerintahan British, banyak perubahan sosio-ekonomi yang dilakukan antaranya British memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire dan turut mengubah sistem sosial masyarakat Myanmar. Sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh British telah berjaya menjadikan Burma sebagai negara pengeluar eksport beras terbesar menjelang abad ke-20 serta perusahaan kayu jati juga turut berkembang pesat. Selain itu, British juga telah berjaya 1 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 93. 2 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 323. 1

Upload: nurul-iffah-mohd-nasir

Post on 31-Jul-2015

410 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi Burma

1.0 PENDAHULUAN

Abad ke-19 memaparkan pelbagai perubahan dan perkembangan dalam sejarah Asia

Tenggara. Hal ini disebabkan oleh dasar kolonialisme yang telah dilakukan oleh Barat terhadap

negara-negara di Asia Tenggara. Kolonialisme pada umumnya ialah proses sesuatu kuasa untuk

mendapatkan kawasan petempatan baru melalui kaedah penaklukan dan penghijrahan. Dasar

kolonialisme di negara Asia Tenggara adalah melalui beberapa cara seperti perjanjian,

peperangan, dan pengilhakan. Keadaan ini dapat dilihat dalam penguasaan pihak British terhadap

Myanmar dengan menggunakan kaedah peperangan. British telah menakluki Myanmar melalui

tiga siri peperangan iaitu melalui perang Inggeris-Myanmar pertama (1826), perang Inggeris-

Myanmar kedua (1852) dan Perang Inggeris-Myanmar ketiga (1885).1 Akhirnya pada Januari

1886, dengan rasminya seluruh Myanmar diisytiharkan sebagai sebahagian empayar British-

India. Hal ini kerana British mempunyai kepentingan ekonomi terhadap Myanmar yang kaya

dengan bahan mentah seperti seperti kayu jati, dan sumber galian. Selain itu, minyak dan tanah

pertanian yang subur serta terletak di laluan perdagangan yang penting ke negara China juga

turut menjadi tarikan British untuk menjajah Burma.2

Selaras dengan kedudukan Myanmar sebagai negara yang dijajah, banyak dasar dan

pembangunannya ditentukan oleh British. Apabila dilihat dari satu sudut, Myanmar menjadi

salah satu pusat bagi negara British menggunakan kepintaran mereka dengan mengeksploitasi

sepenuhnya sumber yang ada pada negara Myanmar. Semasa Myanmar berada di bawah

pemerintahan British, banyak perubahan sosio-ekonomi yang dilakukan antaranya British

memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire dan turut mengubah sistem sosial masyarakat

Myanmar. Sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh British telah berjaya menjadikan Burma

sebagai negara pengeluar eksport beras terbesar menjelang abad ke-20 serta perusahaan kayu jati

juga turut berkembang pesat. Selain itu, British juga telah berjaya memajukan sektor

perlombongan yang dulunya dipelopori oleh penduduk Burma secara kecil-kecilan. Dapat dilihat

bahawa, dasar kolonialisme British telah mengubah dasar ekonomi tradisional masyarakat

Burma kepada ekonomi komersial. Sementara dalam aspek sosial pula, terdapat beberapa

perubahan khususnya dari aspek pendidikan, perhubungan, reformasi pekerjaan, adat dan 1 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 93.2 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 323.

1

Page 2: Ekonomi Burma

pembentukan masyarakat majmuk. Justeru itu, bahagian seterusnya kajian ini akan

menganalisakan reformasi-reformasi yang telah dilakukan semasa kolonialisme barat iaitu

sekitar abad ke-19 dari aspek ekonomi dan sosial.

2.0 PERUBAHAN EKONOMI DI BURMA SELEPAS KEDATANGAN KUASA

BARAT

Apabila penjajah menjalankan dasar kolonialisme di sesebuah negara, pastinya sistem

ekonomi tidak lari daripada menerima perubahan, begitu juga dengan Myanmar. Keadaan ini

dapat dilihat dimana British telah memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire yang telah

membawa perubahan besar terhadap perkembangan ekonomi Myanmar. Sistem ekonomi laissez-

faire ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik

persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Mana-mana kajian

permulaan tentang ekonomi Burma antara tahun 1885 hingga 1900 akan membayangkan bahawa

Burma mendapat faedah dari pemerintahan Kolonial British.3 Perkembangan ekonomi ini dapat

dilihat melalui sektor pertanian, perlombongan, perusahaan kayu jati, serta dasar tanah dan

pinjaman yang dijalankan di Burma.

2.1 Perusahaan kayu jati

Sebelum perkembangan yang menakjubkan dalam pengeluaran beras di Myanmar semasa

suku akhir abad ke-19, barang eksportnya yang penting sekali ialah kayu jati. Myanmar

merupakan salah sebuah negara pengeluar kayu jati utama di dunia kerana

penggunaan kayu jati amat berguna dalam pelbagai aspek pembuatan

khususnya dalam pembinaan dek kapal, rumah, perabot, bingkai jendela

dan sebagainya.4 Keadaan ini telah menjadikan Burma sebagai tempat tumpuan para

pedagang dari luar yang sangat memerlukan kayu jati untuk kepentingan mereka. Kekayaan kayu

jati ini juga turut menjadi tarikan utama British untuk menjajah Burma.5 Di samping itu, ekoran

daripada revolusi pembinaan kapal stim pada awal abad ke-19 turut membawa kepada punca

dalam persaingan antara British-Perancis. Walaupun sejak abad ke-18 British telah terlibat dalam

3 B.K.Drake. (1979). Burma: Pergerakan-pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Hlm. 11.4 Nicholas Tarling. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Melbourne: F.W.Cheshire Pty. Ltd. Hlm. 210.5 W.R. Brock. (2011). Britain and Dominant. United State: Cambridge University Press. Hlm. 341.

2

Page 3: Ekonomi Burma

perdagangan dengan Myanmar, tetapi campur tangan hanya dilakukan oleh British pada tahun

1826. British ingin menguasai perdagangan di Myanmar. Kegiatan Perancis sejak abad ke-18 di

Myanmar menimbulkan kebimbangan British. Jika Perancis meluaskan kuasa ke Myanmar,

hasrat British untuk menguasai kayu jati tidak tercapai. Oleh itu, bermula tahun 1826 sehingga

tahun 1886, British menggunakan pelbagai alasan untuk menceroboh Myanmar bagi mengaut

sumber ekonomi Burma terutama perdagangan kayu jati.6

Bagi memastikan perdagangan kayu jati berkembang, British telah melakukan pelbagai

usaha agar kayu jati berjaya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak serta berkualiti. Antara usaha

yang dilakukan oleh British bagi memajukan perusahaan kayu jati ialah dengan menakluki Pegu

untuk tujuan penyimpanan hutan pada tahun 1852. Langkah ini bermula dengan satu pengkajian

Dr. Dietrich Brandis tentang hutan-hutan yang berharga di daerah Tharravaddy-Prome dan

daerah Toungoo. Dia telah meletakkan batu asas untuk jabatan Hutan Burma. Seterusnya, British

bertindak menakluk utara Burma pada tahun 1886 yang menyebabkan lebih banyak kawasan-

kawasan hutan berada di bawah kuasa British.7

Hasilnya dapat dilihat dimana selepas abad ke-19, jumlah pengeluaran perusahaan

adalah lebih daripada 500,000 tan setahun. Tambahan lagi, dianggarkan bahawa hutan-hutan di

Myanmar dapat mengeluarkan 787,000 tan kayu keras setahun. Selain daripada kayu jati, hutan-

hutan Myanmar juga mengeluarkan kayu-kayu keras yang lain seperti kayu pyinkado iaitu kayu

besi yang digunakan untuk landasan keretapi di Myanmar dan di India. Selain itu, terdapat juga

hasil hutan yang tidak berapa penting seperti buluh, cutch, lac, dan juga kayu api yang digunakan

untuk kapal-kapal dan enjin keretapi.8

Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, perusahaan kayu jati menjadi tarikan utama

kepada bermulanya penjajahan Barat ke atas Burma yang bermula pada tahun 1826. Jika dirujuk

kepada ketiga-tiga peringkat penaklukan wilayah-wilayah Burma iaitu pada tahun 1826, 1852

dan akhir sekali pada tahun 1886 adalah untuk menakluki wilayah-wilayah Burma yang menjadi

tempat penghasilan kayu jati yang utama. Pada tahun 1826, British telah menakluki Hilir

6 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm.1887 D.G.E.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 955. 8 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 325.

3

Page 4: Ekonomi Burma

Myanmar manakala tahun 1852, British telah menakluki Pegu dan akhir sekali pada tahun 1886.

Hilir Myanmar dan Pegu merupakan kawasan yang kaya dengan kayu jati, manakala Hulu

Myanmar digunakan sebagai jalan perdagangan British di Burma dengan bahagian barat Negara

China.

2.2 Pertanian

Burma sememangnya terkenal dengan aktiviti penanaman padi sejak abad ke-16 lagi di

sekitar Delta Irrawaddy iaitu yang berada berdekatan dengan daerah Pegu dan Arakan. Namun,

sebelum daerah Pegu diambil oleh British pada tahun 1852, Burma tidak pernah mengeksport

beras ke negara-negara besar seperti India dan negara-negara Eropah. Kapal-kapal perdagangan

hanya boleh memuatkan beras dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Begitu juga dengan daerah

Arakan di Burma yang menanam padi untuk dieksport secara kecil-kecilan di wilayah-wilayah

yang berdekatan seperti Brunei dan Melaka dalam abad ke-17.9 Namun, keadaan ini berubah

selepas British menakluki Pegu dan Arakan. Pertanian yang dijalankan secara kecil-kecilan

berubah kepada pertanian bercorak mementingkan perdagangan. Ianya telah bermula diantara

perang-perang Anglo-Burma yang ke-2 dengan ke-3.10

Pemberontakan India (indian Mutiny) tahun 1857-1858, telah menyebabkan permintaan

beras yang tinggi di Myanmar. Keadaan ini seterusnya telah merangsang pengeluaran padi di

Burma. Disamping itu, peperangan saudara di Amerika dalam tahun 1865 telah menyekat

eksport padi dari negeri Carolina ke Britain dan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 juga

turut menyebabkan British semakin galak menjajah Burma serta menjalankan pelbagai usaha

bagi meningkatkan aktiviti penanaman padi.11

Antara usaha yang dilakukan oleh pihak British, ialah menggalakan penduduk–penduduk

di bahagian Utara Burma berpindah ke bahagian selatan untuk mengerjakan tanah-tanah delta

yang subur .12 Golongan petani telah mula menggunakan alat-alat pertanian yang lebih baik serta

telah sedar terhadap kepentingan teknik pertanian moden yang boleh menggeluarkan hasil

9 D.G.E.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 951.10 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 97.11 W.William & Joginder Singh Jessy. (1963). A Short Story of South East Asia. Hlm. 164.12 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 98.

4

Page 5: Ekonomi Burma

pertanian yang banyak.13 Di samping itu, kerajaan British juga telah membuat pelaburan untuk

memajukan kawasan-kawasan penanaman padi di Myanmar dengan usaha membina sistem

pengairan dan pengangkutan yang lebih baik. Sebagai balasannya petani dikehendaki membayar

cukai. 14 Dasar ekonomi yang liberal, telah membuka Myanmar kepada orang luar khususnya

orang India. Keadaan ini dapat dilihat apabila British telah membenarkan buruh, pedagang dan

ceti-ceti India memasuki Burma. Golongan ceti-ceti dari India inilah yang menyediakan

pinjaman kepada golongan petani di Burma untuk mengusahakan tanaman padi mereka.15

Buruh yang dibawa masuk dari India oleh British diarahkan bekerja di ladang pertanian

dan perkilangan milik British.. Buruh-buruh India ini dibayar dengan gaji yang murah, malahan

kos pengangkutan untuk membawa imigran India ini adalah rendah kerana jarak antara Myanmar

dengan India adalah dekat. Kedatangan orang India ke Myanmar telah menyebabkan

perkembangan aktiviti penanaman padi. Buruh-buruh India diguna untuk membuka kawasan

penanaman padi yang baru. Dengan menggunakan buruh India, keluasan kawasan penanaman

padi bertambah daripada 6 juta ekar kepada 8 juta ekar menjelang abad ke-20. Selain itu, buruh

India turut digunakan ketika musim menuai padi.16

Hasilnya, kawasan delta telah membawa perkembangan pertanian padi sawah yang

sangat baik. Misalnya, berlaku pertambahan dalam keluasan tanah dari 700 000 ekar kepada 6

juta ekar di antara tahun 1855-1906, yang seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah

eksport beras daripada 162 000 tan kepada 2 juta tan. Hingga awal tahun 1900, Burma, Thailand

dan Vietnam telah dapat membekalkan 70% daripada jumlah eksport beras dunia. Di antara

ketiga-tiganya itu, Burmalah pengeluar yang terbanyak iaitu sebanyak 40 %. Justeru dapat

dilihat, kolonialisme yang dilakukan oleh British terhadap Burma telah menukarkan negeri

Burma menjadi sebuah pusat perdagangan dan pengeksport beras yang terbesar di dunia yang

melahirkan juga sistem sewaan, pinjaman wang dan proses pengerjaan tanah.17

Reformasi yang dilakukan oleh British dalam bidang pertanian telah mampu menjadikan

Burma sebagai pengeksport beras yang utama di dunia. Namun begitu, kedudukan petani

13 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 325.14 Milton W. Meyer. (1965). Southeast Asia: A Brief History. United State: Littlefield, Adams& Co.Hlm. 55.15 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 97.16 D.G.E. Hall. (1950). Burma. New York: AMS Press INC. Hlm. 112.17 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 96.

5

Page 6: Ekonomi Burma

Myanmar sebenarnya masih tidak jauh berubah dan masih lagi dalam keadaan miskin. Hal ini

kerana, sektor pertanian terutama penanaman padi secara umumnya dilakukan oleh petani

tempatan namun dilaksanakan di tanah milik chettiar. Perkara ini berlaku kerana dasar ekonomi

British di Myanmar yang berusaha memaksimumkan keuntungan.

2.3 Perlombongan

Sumber galian seperti minyak telah dilombong semenjak zaman

pemerintahan raja-raja Burma lagi. Selepas tahun 1886, British memainkan

peranan penting dalam memajukan perlombongan mineral di Utara Burma.

Selepas pengambilan kerajaan Thibaw, Syarikat Minyak Burma telah

melombong telaga-telaga minyak dimana kebanyakannya berpusat di

Yenangyaung.18 Minyak penting dalam membekalkan bahan api kepada

rumah-rumah orang Burma untuk menyalakan pelita-pelita dan juga

membolehkan kayu-kayu, tikar dan manuskrip yang dibuat daripada daun

palma yang diawet. Pada waktu ini, orang British telah memonopoli sektor

perlombongan disebabkan mereka yang menubuhkan syarikat

perlombongan manakala orang India pula bekerja di lombong-lombong

sebagai kuli.19

Pada waktu tersebut juga, telaga-telaga minyak digali secara primitif

atau tradisional iaitu dengan menggunakan tangan. Cara ini memerlukan

masa yang panjang sedangkan hasil yang diperolehi hanyalah sedikit dan

tidak mencukupi sehinggakan minyak tanah terpaksa diimport dari Amerika

untuk memenuhi keperluan penduduk Burma.20 Keadaan ini menyebabkan

British yang sudah mempunyai kepakaran teknologi moden telah

memperkenalkan cara-cara moden untuk menggali minyak dan pengeluaran

secara besar-besaran telah dimulakan. British juga telah bertindak membuka

sebuah firma iaitu Syarikat Minyak Petrol Burma pada 1886 di Rangoon.21

Pada awalnya, firma British ini hanya menjalankan kegiatan dalam

18 W. Williams dan Joginder Singh Jessy. (1963). A Short History of South East Asia. Hlm. 165.19 Ibid.20 Nicholas Tarling. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Hlm. 211.21 D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 956.

6

Page 7: Ekonomi Burma

perusahaan minyak tempatan, tetapi kemudiannya firma ini bertindak

membeli pajakan-pajakan kerajaan dan juga telaga-telaga minyak

persendirian.

Dalam tempoh lima tahun, firma ini berjaya mengeluarkan minyak

tanah yang mencukupi sehinggakan kerajaan tidak perlu lagi mengimport

minyak dari Amerika.22 Malahan, syarikat ini juga mengeksport minyak yang

pertama ke India dan pada tahun 1896 pula mengeksport minyak ke Pulau

Pinang.23 Tambahan lagi, British juga telah melakukan pembaharuan dimana

membuka satu barisan lombong-lombong minyak dari Indaw di Ulu Cindwin

melalui Sabe dan Singu ke Yenangyaung dan telah membina saluran paip

minyak yang menghubungkan kawasan-kawasan minyak ke kilang

penapisannya di Syriam.24

Selain daripada mengeksport minyak, Myanmar juga turut

mengeksport bahan mentah lain seperti plumbum (timah hitam), wolfrum,

bijih timah, getah dan juga kapas di dunia.25 Namun, eksport bahan mentah

ini adalah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Timah hitam didapati dari

lombong-lombong di Badwin iaitu di negeri-negeri Syan Utara yang

diusahakan oleh Burma Cooporation di lombong Mawchi Karenni dan

Namtu.26 Perusahaan timah hitam juga dimonopoli oleh syarikat British

walaupun syarikat-syarikat yang menjalankan perusahaan minyak ini dimiliki

oleh Burma Corporation. Perkembangan perusahaan ini hanya berlaku

selepas abad ke-19 apabila Burma dimasuki oleh kaum Cina. Selama

beberapa tahun sahaja, kawasan perlombongan ini menjadi tempat kegiatan

perlombongan orang-orang Cina dan lombong-lombong ini adalah di antara

lombong-lombong pengeluar timah hitam yang kelima pentingnya di dunia

22 Nicholas Tarling. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Hlm. 210.23 F.S.V. Donnison. (1970). Burma. London: Ernest Benn Limited. Hlm. 195.24 D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 956.25 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm.323.26 D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 956.

7

Page 8: Ekonomi Burma

sementara Bawdwin pula merupakan antara lombong perak terbesar di

dunia.27

Selain itu, bijih timah turut menjadi bahan eksport bagi Burma. Sama

dengan perusahaan plumbum, bijih timah juga berkembang selepas abad ke-

19. Walaupun Burma terletak dalam lingkaran bijih timah tetapi British lebih

tertarik dengan penemuan welferum di Mawehi. Buktinya, Burma hanya

mengeluarkan 100 ton setahun sebelum tahun 1910. Perlombongan

welferum juga berkembang selepas tahun 1900. Selepas itu, pihak British

juga telah menaruh minat terhadap lombong perak dan besi yang

berhampiran dengan Namtu, dan galian tungsten di Mawchi. Kemudian

percubaan British untuk mengeksploitasi batu delima di daerah Mogok

berakhir dengan kegagalan.28 Terdapat juga sedikit pengeluaran arang batu,

garam, jed yang dilombong.

Secara ringkasnya dapat dikatakan disini bahawa British memainkan

peranan penting dalam memajukan sektor perlombongan mineral-mineral di

Burma terutama sekali perlombongan minyak, plumbum dan perak. Pada

mulanya, aktiviti perlombongan dijalankan berasaskan kaedah primitif,

namun selepas pemerintahan British di Burma, kaedah moden telah

diperkenalkan oleh Syarikat Minyak Burma. Keadaan ini menyebabkan

berlaku peningkatan nilai eksport bahan galian seterusnya menjadikan

Burma sebabai negara pengeluar plumbum dan perak terbesar di dunia.

Namun, keuntungan yang utama masih lagi berpihak kepada pihak British.

2.4 Dasar tanah dan pinjaman

Dasar Tanah dan pinjaman ini diperkenalkan oleh British apabila

banyak tanah baru dibuka yang melibatkan hak-hak milik. Kerajaan Burma

telah menetapkan tiga jenis hak milik iaitu tanah persendirian, tanah

kerajaan dan juga tanah biara (paderi). Tujuan British menetapkan jenis-jenis

27 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 149.28 W. Williams dan Joginder Singh Jessy. (1963). A Short History of South East Asia. Hlm. 165.

8

Page 9: Ekonomi Burma

tanah adalah untuk memudahkan pengurusan hal-hal tanah tetapi kesemua

jenis ini mendukung kepada hak milik secara turun-temurun dan juga

pusaka.29 Namun apabila Burma diambil alih oleh British, satu dasar tanah

baru diperkenalkan. British cuba menggabungkan peneroka-peneroka

dengan mewujudkan satu kelas yang terdiri daripada peniaga-peniaga

golongan petani. Dengan penggabungan tanah, hasil yang diperolehi

menjadi lebih banyak dan hal ini dapat menstabilkan ekonomi serta dapat

menolong meringankan beban perbelanjaan British dengan bayaran cukai.30

Dasar tanah yang diperkenalkan oleh British terdiri daripada beberapa

sistem pemilikan tanah yang berlainan tetapi kesemuanya tidak berjaya

mencapai matlamat yang diinginkan oleh British. Antara sistem pemilikan

tanah itu ialah Sistem Sewaan ( melalui sistem ini, tanah akan ditetapkan

kadar sewaannya untuk satu-satu masa tertentu). Namun sistem ini telah

digantikan dengan sistem setinggan yang diamalkan melalui Akta Tanah dan

Hasil Burma tahun 1876. Hal ini adalah kerana, cukai yang diperolehi oleh

kerajaan tidak menguntungkan mereka. Pada awalnya cukai yang dikenakan

oleh British terhadap beras adalah rendah dan sesetengahnya tidak

dikenakan cukai untuk beberapa tahun. Keadaan ini menyebabkan British

banyak menanggung kerugian pada tahun 1870-an apabila permintaan

terhadap padi meningkat sedangkan sebelum ini, British memberi tanah

secara percuma tanpa cukai kepada penanam padi yang menanam padi di

Burma Hilir.31

Keduanya adalah Sistem ‘Setinggan’. Sistem penanaman sementara ini

telah diamalkan melalui Akta Tanah dan Hasil Burma (1876) tetapi sistem ini

sering disalahgunakan apabila ramai petani yang meluaskan hak milik tanah

mereka dan ada juga yang menjual tanah ini. Melihat keadaan ini, British

menggesa petani supaya mendapatkan hak milik yang tetap ke atas tanah.

29 Michael W. Charney. (2009). A History of Modern Burma. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm. 6.30 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 144.31 D.G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm.953.

9

Page 10: Ekonomi Burma

Lalu British memperkenalkan pula sistem yang ketiga iaitu sistem Patta.

Sistem ini juga banyak memberi masalah untuk memilih pemohon-pemohon

yang sesuai yang merupakan penanam-penanam yang tulen dan berupaya

mengerjakan tanah mereka tanpa bantuan daripada peminjam-peminjam

wang.32 Namun, sistem ini juga tidak berjaya kerana petani-petani banyak

berhutang dan kerajaan pula mula tidak yakin untuk memberikan pinjaman.

Faktor yang menyebabkan rakyat Burma meminjam wang daripada

ceti adalah mereka kekurangan modal untuk memajukan kawasan pertanian

mereka. Keadaan ini menyebabkan pihak chetti dari bangsa India melangkah

masuk ke Burma untuk menyediakan wang dan juga memberi jaminan

terhadap para petani. 33 Para petani di Burma amat bergantung kepada ceti-

ceti India untuk modal-modal tahunan yang mereka perlukan walaupun

mereka dikenakan bayaran bunga yang tinggi sehingga memcecah 25% dan

apabila hutang-hutang itu tidak diselesaikan maka tanah-tanah mereka akan

dirampas.34 Oleh kerana pemilikan tanah itu satu hak yang sah dibawah

kuatkuasa British, tanah tersebut boleh dijual, diperniagakan, atau dimiliki

semula tanpa memikirkan hak sama ada kampung ataupun keluarga si

pemilik seperti adat kebiasaan di bawah pemerintahan raja-raja Burma

terdahulu. 35Akhirnya kebanyakan tanah mereka telah menjadi hak milik

golongan chetti.

Pada tahun 1882 dan 1883, langkah-langkah Akta Perlembagaan

diluluskan dimana telah menyediakan petani-petani dengan peminjam-

peminjam dengan kadar bunga yang lebih rendah berbanding kadar yang

dikenakan oleh ceti. Namun, peraturan-peraturan yang dikenakan bagi

meminjam wang adalah ketat dan keadaan ini menyebabkan golongan ceti

32 Ibid.33 Ibid.34 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 262.35 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 98.

10

Page 11: Ekonomi Burma

mengambil langkah lain untuk menjaga orang Burma daripada meminjam

wang dari kerajaan.36

Secara keseluruhannya, sistem tanah bagi masyarakat Burma adalah

tanah dimiliki oleh keluarga, masyarakat dan juga raja, bukannya orang

persendirian. Namun, selepas kedatangan British, sistem tanah ini telah

ditukar dan British telah memperkenalkan dasar tanah yang baru dimana

tanah boleh dijual, diperniagakan dan dimiliki oleh sesiapa sahaja. Keadaan

ini menyebabkan masyarakat petani kekurangan modal disebabkan cukai

yang dikenakan dan mereka telah meminjam wang dari golongan ceti dari

India. Akibat tidak dapat membayar hutang, akhirnya tanah mereka telah

menjadi hak golongan ceti.Ini juga merupakan satu kesan yang sangat

penting kerana bukan sahaja rakyat Burma terpaksa tunduk kepada

pemerintah asing tetapi juga mereka turut kehilangan hak mereka kepada

orang asing.

3.0. PERUBAHAN SOSIAL DI BURMA SELEPAS KEDATANGAN BARAT

3.1.Reformasi pendidikan

British telah berjaya menguasai Burma pada tahun 1886. Sepanjang pemerintahan British

selama 120 tahun di Burma, banyak perubahan yang telah dilakukan.37 Pada era pemerintahan

kolonialisme, British telah melakukan reformasi ke atas bidang pendidikan di Myanmar. British

telah membuka kemudahan-kemudahan pendidikan yang baru untuk orang ramai dan

keseluruhannya telah membaiki keadaan hidup mereka dengan munculnya keadaan sosial yang

lebih menarik. Sebelumnya, pendidikan berada dibawah pengurusan ahli-ahli agama Buddha

yang memberi pengajaran di sekolah paderi yang tidak mengenakan yuran.38 Walaupun

sumbangan mereka itu amat berharga, British mendapati kebanyakan sekolah-sekolah paderi ini

menggunakan kaedah lama iaitu sekadar membaca dan menulis dalam bahasa daerah.39 Oleh itu,

British memperkenalkan sistem sekolah Inggeris daripada peringkat rendah hingga ke peringkat

36 D.G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. hlm. 954.37 Reid. R dan Grosberg. M. (2005). Myanmar (Burma). United States: Lonely Planet. Hlm. 39.38 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Hlm. 261.39 Ibid.

11

Page 12: Ekonomi Burma

universiti. Walaupun pelbagai sistem pendidikan baru diperkenalkan, namun sekolah paderi

masih diteruskan.40

Sistem pelajaran Barat yang diperkenalkan ini adalah untuk menggantikan sistem

pelajaran yang bercorak tradisional dan keadaan ini menyebabkan bahasa Myanmar menjadi

kurang penting.41 Pada tahun 1884, Maktab Rangoon telah didirikan bagi menyediakan pelajar

Myanmar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta di India. Oleh itu, rakyat Myanmar

mengambil kesempatan ini dan dengan itu maka lahirlah intelek-intelek Myanmar dari golongan

atasan yang berpendidikan Inggeris.42 Dengan ini rakyat Burma memahami akan idea-idea baru

seperti liberalisme dan demokrasi. Pelajar-pelajar yang berpelajaran Inggeris kemudiannya

menjadi pemimpin pergerakan nasionalisme. Walau bagaimanapun, segelintir golongan rakyat

Burma tidak berpuas hati kerana mereka mahu mengekalkan sistem pelajaran tradisinya.

Sistem sekolah rendah juga telah diperkenalkan pada 1871. Tetapi pada 1870 sekolah

menengah kerajaan juga diwujudkan dan kerajaan juga telah memberi perangsang dan pinjaman

wang kepada sekolah-sekolah yang dibina oleh badan-badan agama dan sukarela seperti

persatuan pengembang ajaran Gospel dan Badan Pengembang Agama Katholik. Di samping itu,

kerajaan juga telah membina maktab-maktab untuk melatih guru-guru.43 Sekolah-sekolah khas

juga dibina untuk jurutera, juruukur dan ahli kehutanan. Proses ini menyebabkan munculnya

Universiti Rangoon pada tahun 1920. Pendidikan tersebut bertujuan untuk menghasilkan orang-

orang yang berkelayakan untuk bekerja sebagai kerani dan pentadbir untuk kerajaan British di

Burma. Kesannya telah mewujudkan sebilangan besar orang yang mempunyai hubungan dengan

pendidikan Barat.44

Selain itu, desakan untuk belajar Bahasa Inggeris digalakkan oleh permintaan pejabat-

pejabat kerajaan British dan perdagangan untuk melahirkan orang yang berkelayakan untuk

memegang jawatan kerani. Keadaan ini menyebabkan perhatian ditumpukan kepada

perkembangan pelajaran Inggeris-Burma. Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan dalam tahun

1870-an dan bantuan kewangan telah diberikan kepada sekolah agama Kristian yang dianjurkan

40 Ibid. 41 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 335.42 Ibid.43 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia tenggara: 1500-1945. Hlm. 261. 44 Ibid.

12

Page 13: Ekonomi Burma

oleh Roman Katolik.45 Untuk menyediakan elemen pelajaran moden, Sir Albert Fytche, Ketua

Pesuruhjaya Burma British menyusun satu rancangan untuk memajukan sekolah-sekolah

Vernakular-Inggeris dari tahun 1870 dan sistem ini disusun semula pada tahun 1880. Mulai dari

masa itu, pelajar-pelajar Burma mulai menunjukkan kecenderungan mereka terhadap pelajaran

dan akibatnya sekolah-sekolah sami mengalami perubahan yang serius akibat permintaan untuk

pelajaran peringkat menengah.46

Secara keseluruhannya, transformasi British dalam bidang pendidikan ini jika dilihat dari

satu sudut dapat menaik tarafkan tahap pendidikan dalam kalangan masyarakat Burma. Hal ini

kerana, sistem pendidikan dari sekolah rendah hingga ke peringkat Universiti sememangnya

bermanfaat bagi menyediakan para pelajar ke arah guna tenaga kerajaan dan perdagangan.

Namun, kemajuan sistem pendidikan Vernakular yang dibawa oleh Barat telah menyebabkan

merosotnya minat orang ramai terhadap pendidikan tradisional. Secara tidak langsung, keadaan

ini turut membawa kemerosotan kepada fungsi-fungsi sosial utama golongan sami-sami Buddha.

Justeru, ikatan antara sami-sami ini dengan masyarakat menjadi bertambah lemah. Keadaan-

keadaan ini seterusnya membawa kepada kemerosotan corak hidup berdasarkan kepercayaan

Buddha. Selain itu, sekolah Inggeris yang dibuka juga turut menyebabkan secara perlahan-lahan,

penggunaan Bahasa Burma menjadi kurang penting.

3.2 Reformasi jalan pengangkutan dan perhubungan

Jalan perhubungan melalui sungai, jalan raya dan jalan kereta api telah diperkembangkan

oleh British. Selepas tahun 1886, bagi tujuan membantu langkah-langkah keselamatan negeri,

kerajaan penjajah telah meningkatkan pembinaan jalan kereta api seperti dari Yangon ke Prome,

sementara laluan Yangon- Toungoo disambung ke Myanmar Hulu bagi memudahkan pergerakan

tentera ke sebelah utara Myanmar.47 Pada tahun 1877, jalan kereta api Burma yang pertama ialah

jalan kereta api di wilayah Irrawady yang menyambungkan Rangoon ke Prome.48 Pada akhir

abad ke-19, jalan kereta api telah disambungkan ke bandar-bandar dan pusat-pusat perdagangan

yang penting, manakala projek British hendak menghubungkan Yunan dan bahagian-bahagian

45 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 907-908.46 B. K. Drake. (1979). Burma: Pergerakan- Pergerakan Nasionalisme dan Kemerdekaan. Hlm. 10.47 Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Hlm. 210.48 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Hlm. 263.

13

Page 14: Ekonomi Burma

lain di Barat negeri China, telah menolong British masuk ke Burma pada tahun 1824.49

Menjelang tahun 1884, Rangoon telah dihubungkan oleh jalan kereta api dengan Prome dan

Tangoon.

Selain itu, kewujudan jalan kereta api juga dikatakan muncul selepas pembukaan Terusan

Suez yang dibina bagi kawasan yang tidak boleh menggunakan kenderaan air. Sebelum akhir

abad ke-19, Prome, Mandalay dan Myitkyina telah dihubungkan dengan Bandar Rangoon.50

Landasan-landasan dibina bagi melalui negeri Syan Utara ke Lasyio dan melalui negeri-negeri

Syan Selatan ke Sywengyaung iaitu berdekatan dengan Taunggil. Pada keseluruhannya, jalan

kereta api telah wujud sepanjang 2060 batu pada 1914.51

British juga melakukan reformasi terhadap pengangkutan sungai. Jalan perhubungan

Burma yang penting ialah sungai-sungai yang besar dan cawangan-cawangannya. Jalan

perhubungan pertama telah diusahakan oleh perusahaan British dan Syarikat Irrawady Flotilla

yang ditubuhkan pada tahun 1865 untuk menjalankan satu angkatan termasuk beberapa buah

kapal Shallow Draught iaitu kapal pecut terbesar dunia.52 Kapal-kapal digunakan di sungai

Irrawady hingga ke Bhamo dan di sungai Cindwin hingga ke Homalin serta bandar-bandar

penting di delta Irrawady. Tambahan pula, walaupun kemudahan perhubungan disediakan bagi

membolehkan potensi eksport Burma digunakan dengan lebih ekonomi, kemajuan ini tidak dapat

meninggalkan kesan kepada ekonomi dalam negeri.53 Perkembangan jalan raya yang lambat

dibina hingga 1918 menyebabkan hanya terdapat 200 batu sahaja jalan raya yang bertar di negeri

itu. Kemudian muncul satu perkembangan yang besar dimana dua puluh tahun kemudian telah

wujud sepanjang 6000 batu jalan raya untuk semua musim beserta pula dengan 5000 hingga

6000 batu lagi yang boleh digunakan untuk kenderaan motor di musim panas.54

Sebagai kesimpulannya, reformasi terhadap sistem perhubungan dan pengangkutan yang

dijalankan oleh British ada juga kebaikannya. Apa yang boleh dikatakan disini terdapat banyak

kebaikan terhadap sistem tersebut iaitu daripada jalan perhubungan kereta api kerana dapat

menghubungkan banyak kawasan dan mempercepatkan masa perjalanan. Selain itu, dari

49Ibid.50 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 957.51 Ibid. 52 Ibid. Hlm. 956. 53 B. K. Drake. (1979). Burma: Pergerakan-Pergerakan Nasionalisme dan Kemerdekaan. Hlm. 11. 54 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 957.

14

Page 15: Ekonomi Burma

perhubungan jalan sungai pula ialah munculnya satu angkatan oleh beberapa buah kapal untuk

menghubungkan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Manakala jalan raya pula

memberikan kesenangan kepada kenderaan bermotor pada musim panas. Namun dari sudut yang

lain pula, dapat dilihat di mana tujuan sebenar pembinaan kemudahan-kemudahan tersebut

adalah untuk memudahkan urusan pentadbiran pihak kolonialisme untuk berhubung dengan

pihak British di India melalui pembinaan kereta api.

3.3 Reformasi peluang pekerjaan

Kemasukan orang India ke Myanmar ditentukan oleh wujudnya ruang pekerjaan yang

tersedia sama ada dalam sektor pertanian, perusahaan dan juga bidang perburuhan. British juga

telah mengadakan dan memberikan subsidi tambang perjalanan kepada orang India yang ingin

berhijrah ke Myanmar. Keadaan ini menggalakkan lagi penghijrahan orang India walaupun

mereka dibayar gaji yang murah. Bagi British, pengambilan orang India yang terlatih bekerja di

sektor perkhidmatan, pendidikan dan juga perubatan adalah menguntungkan mereka. Keadaan

ini secara langsung telah menyekat peluang orang Burma untuk membabitkan diri dalam bidang

tersebut.

Selain daripada pengecualian terhadap Syarikat Minyak Burma, firma-firma asing yang

besar lebih cenderung mengambil pekerja-pekerja India atau Cina dari mengambil orang-orang

Burma.55 Pembinaan jalan dan limbungan juga dikerjakan oleh orang-orang India. Malah dalam

sektor pertanian juga terdapat kesan-kesan pemindahan tanah yang menghalang sebilangan besar

petani-petani Burma untuk mendapat manfaat daripada pertambahan permintaan eksport beras.56

Tambahan lagi, masyarakat Burma berpandangan bahawa permintaan untuk tenaga kerja pada

tahun perkembangannya menyebabkan bertambahnya bilangan kedatangan kaum India. Taraf

hidup kaum India yang rendah daripada bangsa Burma, menyebabkan mereka berjaya

menandingi bangsa Burma dalam perebutan untuk penyewaan pemilikan tanah.57

Selain itu, gudang-gudang padi kepunyaan bangsa Burma telah dihapuskan dan

digantikan dengan gudang padi yang dilengkapi dengan kemudahan mesin wap yang diuruskan

oleh kuli-kuli dari India. Perahu-perahu kecil kepunyaan bumiputera Burma juga telah

55 B. K. Drake. (1979). Burma: Pergerakan-Pergerakan Nasionalisme dan Kemerdekaan. Hlm. 11.56 Maung Htin Aung. (1967). A History of Burma. New York: Columba University Press. Hlm. 162.57 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 953.

15

Page 16: Ekonomi Burma

digantikan dengan kapal-kapal wap milik British. Keadaan ini telah mengakibatkan ramai bangsa

Burma berhenti dari pekerjaan mereka disebabkan oleh tenaga kerja India yang lebih murah dan

lebih berpengalaman.58 Tujuan British membawa masuk kuli-kuli India adalah British

mengharapkan mereka dapat membantu dalam pentadbiran di Myanmar kerana orang India

berkebolehan berbahasa Inggeris dan biasa dengan pentadbiran British.59 Tetapi ramai juga orang

India yang menetap dan menyebabkan bilangan penduduk Burma bertambah.60 Manakala

kedatangan kaum Cina ke Burma pula adalah untuk memonopoli dalam bidang perniagaan.

Reformasi British di Burma telah membuka lebih peluang pekerjaan kepada kaum India

dan Cina berbanding masyarakat Burma. Ini menyebabkan masyarakat Burma masih berada di

takuk lama, sebaliknya imigran dari India dan China yang menguasai ekonomi Burma. Hal ini

dapat dibuktikan dimana masyarakat Burma telah kehilangan punca pendapatan mereka yang

telah sekian lama dijalankan dalam bidang pertanian kerana berlaku perebutan tanah antara kaum

India dan Cina.

3.4 Reformasi adat

Sebelum kedatangan Barat, masyarakat Myanmar amat mementingkan sistem adat tradisional

yang diamalkan sejak turun temurun seperti adat tanah. Mengikut adat, tanah dipunyai oleh

keluarga, masyarakat serta raja dan bukannya dimiliki oleh orang persendirian. Hal ini memberi

jaminan bahawa mereka yang bergantung kepada tanah tidak akan disingkirkan. Selain itu, bagi

sesiapa yang berhutang, mereka boleh menjual keluarga dan dirinya, tetapi tidak boleh menjual

tanah yang diusahakannya.61 Namun, kedatangan pihak British telah menyebabkan pertukaran

kedudukan tanah daripada tidak bersifat komuditi kepada bahan komuditi yang mempunyai nilai

yang tinggi, boleh dipasarkan dan dijual beli.62 Keadaan ini bertentangan dengan adat tanah yang

diamalkan oleh masyarakat Burma. Kesannya, ramai masyarakat Burma telah kehilangan hak ke

atas tanah mereka disebabkan mempunyai hutang dengan pihak ceti India.

3.5 Pembentukan masyarakat majmuk

58Ibid.59 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 226.60 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 953.61 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 66.62 Ibid. hlm 142.

16

Page 17: Ekonomi Burma

Sejak British menjajah Burma, telah berlaku penghijrahan imigran secara besar-besaran

pada abad ke-19. Penghijrahan imigran ini mempunyai matlamat ekonomi yang tersendiri.63 Pada

waktu itu juga berlaku dua perubahan sosial yang besar di Burma iaitu proses petempatan semula

masyarakat di Hilir Myanmar dan kemunculan sebagai pusat kuasa ekonomi dan politik yang

baru. Manakala perubahan yang kedua ialah kemasukan orang India secara beramai-ramai ke

Myanmar. Pada masa yang sama, berlaku juga kemasukan masyarakat Cina dalam skala yang

lebih kecil. Kemasukan orang India dan Cina ini menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di

Myanmar kesan daripada dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh British di samping peraturan

kemasukan yang longgar yang membolehkan orang India dan Cina masuk ke Myanmar dengan

mudah dan cepat.64 Secara realitinya, kedudukan geografi India yang hampir dengan Myanmar

memudahkan mereka berhijrah ke Myanmar tanpa mempunyai sebarang masalah terutama dari

segi kos perjalanan. Penghijrahan masuk orang India ini dikatakan akan membawa faedah yang

besar kepada semua pihak yang terlibat dan sekali gus dapat mengurangkan kesengsaraan di

India serta akan menyebabkan pembangunan Myanmar berjalan dengan licin.65 Dapat

disimpulkan disini bahawa dasar yang dilaksanakan oleh British telah menyebabkan ramai orang

asing berhijrah ke Myanmar dan keadaan ini menyebabkan wujudkan satu masyarakat baru iaitu

masyarakat majmuk.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kedatangan Barat ke Myanmar telah menyebabkan berlakunya reformasi

dari pelbagai aspek termasuklah aspek ekonomi dan juga sosial. Perubahan-perubahan yang

dilakukan oleh British di Burma adalah untuk kepentingan ekonomi mereka. Keadaan ini dapat

dilihat dimana British menggunakan pelbagai alasan untuk menjajah Burma bagi mengaut

kekayaan hasil bumi Burma. Tidak dapat dinafikan ekonomi komersial yang diperkenalkan oleh

British di Burma telah berjaya menjadikan Burma sebagai pengeksport beras, kayu jati dan

minyak yang utama di dunia. Namun, perkembangan ini lebih didominasi oleh British

63 Harry J. Benna dan John A. Larkin. (1967). The World of Southeast Asia. London: Harper & Row, Publishers. Hlm. 308.64Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm.225.65 Ibid.

17

Page 18: Ekonomi Burma

berbanding dengan penduduk peribumi Burma. Selain itu, terdapat juga reformasi yang telah

dilakukan oleh British yang membawa kepada penindasan masyarakat Burma itu sendiri iaitu

apabila dasar tanah dan pinjaman yang diperkenalkan oleh British telah mengakibatkan rakyat

tempatan kehilangan hak milik tanah kepada golongan Chettiar dari India. Di sini dapat dilihat,

hak milik tanah yang dahulunya merupakan milik kekal rakyat tempatan telah berubah tangan

kepada Chettiar akibat daripada hutang yang tidak dapat dijelaskan oleh golongan petani

tempatan. Tambahan pula, budaya tradisional dan bahasa ibunda masyarakat Burma turut

mengalami kemerosotan akibat daripada reformasi British dalam aspek sosial khususnya. Justeru

itu, dapat dirumuskan bahawa, reformasi yang dilakukan oleh British di Burma lebih banyak

memihak kepada pihak British dan golongan imigran berbanding masyarakat peribumi Burma itu

sendiri.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian

Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

1800-1963. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Aung. Maung Htin. (1967). A History of Burma. New York: Columba University

Press.

18

Page 19: Ekonomi Burma

Benna. Harry J. dan Larkin. John A. (1967). The World of Southeast Asia.

London: Harper &Row, Publishers.

Brock. W.R. (2011). Britain and Dominant. United State: Cambridge

University Press.

Charney. Michael W. (2009). A History of Modern Burma. United Kingdom:

University Press, Cambridge.

Donnison. F.S.V. (1970). Burma. London: Ernest Benn Limited.

Drake. B.K. (1979). Burma: Pergerakan-pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. Kuala

Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Hall. D.G.E. (1950). Burma. New York: AMS Press INC.

Hall. D.G.E. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Jessy. Joginder Singh. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kahin, George Mc.Turnan. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Meyer. Milton W. (1965). Southeast Asia: A Brief History. United State: Littlefield, Adams&

Co.

R. Reid. dan M. Grosberg. (2005). Myanmar (Burma). United States: Lonely Planet.

Tarling. Nicholas. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Melbourne: F.W.Cheshire Pty. Ltd.

William. W & Jessy. Joginder Singh. (1963). A Short Story of South East Asia.

Penang: Peninsular Publications.

19

Page 20: Ekonomi Burma

20