makna urusan allah, islam & kafir (new update)

11
1 Bab 4 : 1. MAKNA PEKERJAAN MAKHLUK 2. MAKNA PEKERJAAN ALLAH 3. MAKNA ISLAM 4. MAKNA KAFIR 1. MENGETAHUI MAKNA PEKERJAAN MAKHLUK DAN MAKNA PEKERJAAN ALLAH Setiap mukallaf wajib mengetahui bahawasanya dirinya dijadikan Allah daripada tiada kepada ada. Selain daripada itu, setiap mukallaf wajib mengetahui bahawasanya perbuatan atau pekerjaan atau urusan Allah itu SUCI daripada umpama akan sesuatu. Justeru Allah menegah manusia memikirkan semua perbuatan atau pekerjaan-Nya berdasarkan dua firman Allah yang bermaksud : “Fikir oleh kamu pada segala makhluk yang dijadikan ini (yang terhampir adalah diri sendiri) dan JANGAN kamu fikir pada yang menjadikan makhluk itu (iaitu Allah) dan tiada meliputi fikir kamu akan dia” Hadith Qudsi Allah tidak ditanyai tentang apa-apa yang diperbuat-Nya sedang merekalah (manusia dan jin) yang (akan) ditanyai. Al-Anbia’ 21 : 23 Apakah maksud pekerjaan Allah? Untuk mengetahui maksudnya, kita perlu mengetahui maksud pekerjaan makluk (manusia) berdasarkan hukum adat, akal dan syara’.

Upload: lukman

Post on 05-Jul-2015

32.615 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

1

Bab 4 :

1. MAKNA PEKERJAAN MAKHLUK

2. MAKNA PEKERJAAN ALLAH

3. MAKNA ISLAM

4. MAKNA KAFIR

1. MENGETAHUI MAKNA PEKERJAAN MAKHLUK

DAN MAKNA PEKERJAAN ALLAH

Setiap mukallaf wajib mengetahui bahawasanya dirinya dijadikan

Allah daripada tiada kepada ada. Selain daripada itu, setiap mukallaf

wajib mengetahui bahawasanya perbuatan atau pekerjaan atau urusan

Allah itu SUCI daripada umpama akan sesuatu. Justeru Allah menegah

manusia memikirkan semua perbuatan atau pekerjaan-Nya berdasarkan

dua firman Allah yang bermaksud :

“Fikir oleh kamu pada segala makhluk yang dijadikan ini (yang

terhampir adalah diri sendiri) dan JANGAN kamu fikir pada yang

menjadikan makhluk itu (iaitu Allah) dan tiada meliputi fikir kamu

akan dia”

Hadith Qudsi

Allah tidak ditanyai tentang apa-apa yang diperbuat-Nya sedang

merekalah (manusia dan jin) yang (akan) ditanyai.

Al-Anbia’ 21 : 23

Apakah maksud pekerjaan Allah? Untuk mengetahui maksudnya,

kita perlu mengetahui maksud pekerjaan makluk (manusia) berdasarkan

hukum adat, akal dan syara’.

Page 2: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

2

Maksud Pekerjaan Manusia Dan Pekerjaan Allah

Berdasarkan Hukum Adat, Akal Dan Syara’

Hukum Adat Hukum Akal Hukum Syara’

Perbuatan manusia ialah

tiga bentuk tindakan

manusia yang lahir

daripada kehendak

nafsu sendiri iaitu :

i. perbuatan lidah,1

ii. perbuatan

anggota,2

iii. perbuatan hati. 3

Semua perbuatan ini

mempunyai permulaan

dan akhir serta berubah

24 jam sama ada

dirancang atau tidak

dirancang.

Perbuatan Allah SUCI

daripada kehendak

nafsu, suci daripada

perbuatan lidah, suci

daripada perbuatan

anggota, suci

daripada perbuatan

hati dan suci daripada

umpama akan

sesuatu. Perbuatan

Allah kekal selama-

lamanya, tiada

permulaan dan tiada

akhirnya dan tiada bagi

Allah Ta’ala

merancang-rancang.

Manusia

bertanggungjawab

keatas pekerjaan

nya dan semuanya

akan ditanyai oleh

Allah pada hari

Qiamat.

Allah menegah

manusia

memikirkan

pekerjaan-Nya

kerana

ليس كمثله شيء

Dalilnya lihat di

dalam surah

al-Anbia’

ayat 23.

1 Perbuatan lidah seperti berkata, membaca al-Qur’an dan menyanyi.

2 Perbuatan anggota seperti melihat, mendengar dan memegang buku.

3 Perbuatan hati seperti berniat puasa, berfikir, menyimpan perasaan pada sesuatu dan sebagainya.

Page 3: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

3

Contoh Ayat Al-Qur’an Yang Menyatakan Pekerjaan Allah 4

Bil

Pekerjaan Allah

Yang Dilarang

Fikir

Jika difikir juga, akal

manusia PASTI akan

membayangkan

perbuatan Allah itu

sama seperti perbuatan

makhluk (MUSTAHIL

pada syara’) seperti :

Jika terus difikir,

akan timbul pula

Persoalan Lain Atau

Kepercayaan SALAH

yang PASTI tidak

mampu difikirkan

oleh akal iaitu :

1

Meniupkan roh,5

Seolah-olah ada bagi

Allah mulut dan ada

“sesuatu” yang

dihembuskan dan yang

menghembuskan.

Kemana roh akan

pergi? Persoalan

yang tidak ada

kesudahan kerana

tidak ada dalil.

2

Tangan dan kaki

“berkata-kata”

pada hari kiamat.

Lihat surah Yasin

ayat 65.

Seolah-olah

pancaindera seperti

mata, telinga, tangan

dan kaki mempunyai

mulut untuk bercakap.

Bagaimana kaki dan

tangan, mata dan

lain-lain bercakap

sedangkan ia tidak

bermulut?

3

Nabi Muhammad

s.a.w. menjadi

imam kepada

semua para Nabi

di Masjidil Aqsa

semasa peristiwa

Isra’.

Seolah-olah Nabi

Muhammad s.a.w.

hanya berjumpa roh

para Nabi sebab jasad

para Nabi ada di dalam

kubur.

Timbul kepercayaan

yang manusia boleh

berjumpa roh orang

mati. Telah menjadi

satu kepercayaan

yang sebenarnya

bidaah.

4

Berkata-kata Allah

Ta’ala dengan

Nabi Musa a.s.6

Lihat surah

an-Nisa’ ayat 164.

Seolah-olah ada bagi

Allah Ta’ala mulut dan

telinga. Seolah-olah

telinga Nabi Musa boleh

mendengar kalam Allah

seperti mendengar

suara makhluk.

Allah Ta’ala

mempunyai mulut

dan telinga tetapi

tidak seperti mulut

dan telinga makhluk.

Mulut dan telinga-

Nya sesuai dengan

sifat ketuhanan-Nya?

4 Memiikirkan pekerjaan Allah adalah menyerupakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk. Ini adalah

kerana, akal manusia HANYA mampu memikirkan makhluk, Allah menyuruh fikirkan tanda (makhluk) sehingga

NYATA perbezaan antara makhluk daripada Allah yang menjadikan makhluk. 5 Ayat ini adalah ayat mutasyabihat, bukan ayat muhkamat. Lihat surah Shaad 38 : 72

6 Ayat ini adalah ayat mutasyabihat, bukan ayat muhkamat.

Page 4: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

4

Bil

Pekerjaan Allah

Yang Dilarang

Fikir

Jika difikir juga, akal

manusia PASTI akan

membayangkan

perbuatan Allah itu

sama seperti perbuatan

makhluk (MUSTAHIL

pada syara’) seperti :

Jika terus difikir,

akan timbul pula

Persoalan Lain Atau

Kepercayaan SALAH

yang PASTI tidak

mampu difikirkan

oleh akal iaitu :

5

Bertemu Allah

di syurga. Dalilnya

dinyatakan pada

bahagian lain

buku ini.

Seolah-olah Allah

mempunyai wajah atau

rupa yang boleh dilihat

oleh mata.

Allah Ta’ala berubah

daripada, tidak

boleh dilihat dengan

mata semasa di

dunia, kepada boleh

dilihat dengan mata

di dalam syurga? 7

2. MAKNA ISLAM MENURUT 3 HUKUM

Dari segi lughah, Islam bermakna sejahtera, yakni aman damai,

berkualiti tinggi, berintegriti, suci daripada perkara yang melanggar

peraturan-peraturan hidup yang telah ditetapkan dan sesuai

dengan fitrah manusia.

Hukum Makna ISLAM Menurut Hukum

Adat

Mengikut fitrah, yakni sesuai dengan pendapat

pancaindera (pertimbangan akal, setelah memproses

maklumat yang diterima oleh pancaindera).

Contoh Islam pada adat : Putih dikata putih, hidup

mengikut peraturan yang baik, jujur, rajin menuntut ilmu,

berperangai yang baik, suka menolong orang & sebagainya.

7 Lihat perkataan orang kafir kepada Nabi Musa di dalam surah al-Baqarah ayat 55. Orang kafir itu menyangka

bahawa Allah itu boleh dilihat sebagaimana mereka melihat BERHALA atau makhluk. Justeru, orang yang

menganggap bahawa Allah berubah daripada tidak boleh dilihat semasa di dunia kepada boleh dilihat di dalam

syurga terkeluar daripada iktikad sebenar. Jadi, apakah maksud sebenar bertemu Allah? Setiap mukallaf wajib

percaya bahawa setiap mukmin akan bertemu dengan Allah di dalam syurga. Dengan KEHENDAK Allah yakni

PERBUATAN atau PEKERJAAN Allah bahawa sanya setiap mukmin akan melihat dengan JELAS wajah Allah

yang TIADA dengan rupa dan warna di dalam syurga. Peristiwa itu tidak bercampur sama sekali dengan

perbuatan atau kehendak manusia, ia semata-mata dengan kehendak dan kekuasaan Allah. Allah Maha Kuasa.

Ingat semula kisah Nabi Musa melihat API semasa berkata-kata dengan Allah. Nabi Musa melihat wajah Allah

dengan JELAS sebagai mana JELAS dan TERANGNYA Nabi Musa melihat api. Itulah perumpamaan manusia

bertemu Allah di dalam syurga. Bukannya Allah Ta’ala berubah daripada tidak boleh dilihat semasa di dunia kepada boleh dilihat di dalam syurga

Page 5: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

5

Hukum Makna ISLAM Menurut Hukum

Syara’

Hidup mentauhidkan Allah, menurut acuan al-Quran 8

sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Contoh Islam pada syara’ : Tidak meninggalkan solat 5

waktu, walaupun semasa sakit, berkata yang baik-baik

sahaja, berakhlak mulia dan sebagainya.

Akal

Mengesakan Allah, sesuai dengan dalil akal.

Menurut hukum akal, hanya Allah yang Wujud, hanya

Allah yang Sedia Ada, hanya Allah Kekal, ………….. ,

hanya Allah yang Berkata.

Contoh Islam pada akal : Mengatakan bahawasanya,

hanya Allah yang menjadikan semua pilihan hamba-Nya,

sama ada baik atau buruk, hanya Allah yang menjadikan

semua perbuatan atau yang terlintas dalam fikiran sekalian

makhluk-Nya.

3. MAKNA KAFIR MENURUT 3 HUKUM

Dari segi lughah, kafir bermaksud INGKAR yakni meninggalkan

perkara yang wajib atau membuat perkara yang disuruh jauhkan.

Hukum Makna KAFIR Menurut Hukum

Adat

Bertentangan dengan fitrah serta pertimbangan akal

berdasarkan pendapat pancaindera semata-mata.

Contoh kafir pada adat : Putih dikata hitam, merempit,

malas belajar sedangkan tidak mempunyai ilmu, malas

bekerja sedangkan tidak mempunyai wang untuk makan,

merompak, disahkan oleh dunia, rokok membahayakan

kesihatan, tetapi dia terus merokok. Perbuatan merokok itu

dikata kafir pada adat. (Tiada dosa/pahala menurut adat)

8 Lihat surah al-Baqarah 2 : 2

Page 6: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

6

Hukum Makna KAFIR Menurut Hukum

Syara’

Melakukan perkara-perkara yang membatalkan Islam,

akidah atau yang membawa tiada sah Islamnya.9

Contoh kafir pada syara’ : mengubah hukum Allah seperti

haram dikata harus, mengharamkan yang halal,

menghalalkan yang haram, mengata sesuatu daripada Allah

sedangkan ia berdusta, mengakui secara zahir atau dalam

hati bahawa, “sembahan” orang kafir seperti berhala,

mempunyai kuasa memberi pertolongan kepada

penganutnya, sama seperti yang dipertontonkan dalam

filem-filem Tamil atau Hindustan.10

Akal

Mengeluarkan perkataan (perbuatan lidah) atau

mengiktikadkan (perbuatan hati) atau memperbuat sesuatu

(perbuatan anggota) yang tidak mempunyai dalil akal atau

menyalahi dalil akal atau membawa maksud banyak atau

berbilang-bilang. Semuanya itu membatalkan makna

Allah ESA

Contoh kafir pada akal : Mengatakan Allah Ta’ala bermata

tetapi tidak seperti mata manusia, Allah Ta’ala bertangan

tetapi tidak seperti tangan manusia, Allah Ta’ala berwajah

tetapi sesuai dengan wajah-Nya, Allah Ta’ala tidak kuasa

menjadikan yang seperti-Nya dan sebagainya.

9 Banyak dalilnya di dalam al-Quran.

10 Kerana mengingkarkan surah an-Nas.

Page 7: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

7

4. Contoh Makna Islam/Kafir Menurut 3 Hukum

1.

KAFIR

PADA

ADAT,

tetapi

ISLAM

PADA

AKAL

dan

ISLAM

PADA

SYARA’

Mengatakan “api tidak membakar” atau “pisau yang

tajam tidak melukakan” dan lain-lain yang

seumpamanya yakni tidak memberi bekas dan

sebagainya.

Dikata kafir pada adat kerana perkara itu menyalahi

adat atau menyalahi fitrah alam, 11 Menurut adat, api

pasti membakar, tetapi Nabi Ibrahim tidak terbakar,

walaupun sedikit, setelah dibakar dengan api yang

amat besar oleh Raja Namrud. Menurut adat, pisau

yang tajam pasti melukakan, tetapi pisau Nabi Allah

Ibrahim tidak dapat melukakan leher Nabi Ismail dalam

peristiwa Qurban.

Perkara itu dikata Islam pada syara’ kerana Allah

Maha Kuasa memerintahkan api Raja Namrud supaya

menjadi sejuk. Allah Maha Kuasa memerintahkan

pisau Nabi Ibrahim supaya jangan melukakan. 12

Perkara itu dikata Islam pada akal kerana hanya Allah

yang memberi bekas pada akal. Api dan pisau TIDAK

memberi bekas pada akal (ia memberi bekas pada

adat). Menurut hukum adat, hanya yang kuat memberi

bekas pada yang lemah. Batu memberi bekas kepada

tanah liat yang lembut dan sebagainya.

11

Menyalahi sunnah alam atau mencarik adat. 12

Ayat “kun fayakun”

Page 8: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

8

Contoh Makna Islam/Kafir Menurut 3 Hukum

2.

KAFIR

PADA

ADAT

dan

SYARA’,

tetapi

ISLAM

PADA

AKAL

Mengatakan “perbuatan sendiri yang jahat atau tidak

baik itu sebagai kehendak Allah”.

Dikata kafir pada adat kerana menyalahi

pancaindera. Diakui oleh hati, bahawasanya,

perbuatan itu kehendak sendiri, tetapi memaksa lidah

berkata, ia kehendak Allah.

Dikata kafir pada syara’ kerana mengingkarkan

firman Allah, dalam surah ke-4, an-Nisa’ ayat ke-79.

yang ertinya :

apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau

dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua

KEJAHATAN yang menimpamu maka ia adalah dari

(kesalahan) dirimu sendiri.

Dikata Islam pada akal kerana mengesakan Allah pada

akal. Semua yang baik dan jahat, Allah Ta’ala yang

menjadikannya (Allah Esa). Mustahil yang baik

dijadikan oleh Allah dan yang jahat dijadikan oleh

syaitan atau “tuhan” selain Allah.

Orang yang mengata perbuatan JAHATNYA sebagai

perbuatan ALLAH, dihukumkan muktamad KAFIR.

(Kerana Islam atau kafirnya seseorang, adalah dirujuk

kepada HUKUM SYARA’, BUKAN hukum akal atau

hukum adat).

Page 9: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

9

3.

KAFIR

PADA

AKAL,

tetapi

ISLAM

PADA

ADAT

dan

ISLAM

PADA

SYARA’

Mengatakan “harta yang dicari sebagai milik sendiri.”

Dikata kafir pada akal kerana ia bermakna, dua yang

memiliki harta iaitu dirinya dan Allah (maka tidak

mengesakan pada akal). Sedangkan pada akal,

sekalian alam adalah milik Allah. (Tidak ada yang

menyertai Allah memiliki alam semesta).

Dikata Islam pada adat kerana, disaksikan oleh

pancainderanya sendiri dan diakui oleh undang-undang

bahawasanya, harta itu miliknya, bukan milik orang lain.

Dikata Islam pada syara’ kerana sesuai dengan

firman Allah dalam surah al-Jaathyiah ayat ke-12.

Yang ertinya :

Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu,

supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-

Nya, dan SUPAYA KAMU MENCARI REZEKI dari

limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

Orang seperti ini TIDAK dihukumkan kafir (seperti no.2

di atas) kerana, YANG MENENTUKAN SESEORANG

ITU SAMA ADA ISLAM ATAU KAFIR ialah HUKUM

SYARA’, bukannya hukum adat atau hukum akal.

Page 10: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

10

Contoh Makna Islam/Kafir Menurut 3 Hukum

4.

KAFIR

PADA

ADAT,

KAFIR

PADA

AKAL

dan

KAFIR

PADA

SYARA’.

Mengatakan “LAIN SIFAT daripada ZAT”.

Dikata kafir pada adat kerana perkataan LAIN

membawa makna BERBEZA dan BERBILANG-BILANG

atau lebih dari satu yakni BANYAK. Oleh sebab itu

menduakan yang satu. Sifat dan zat adalah esa pada

adat, bukan 2 yang berbeza. Jika tiada zat maka tiada

sifat. Jika tiada sifat maka tiada zat.

ITULAH MAKNA SATU ATAU ESA PADA ADAT

Dikata kafir pada akal kerana makna sebenar yang

dirujuk oleh SIFAT dan ZAT ialah ALLAH yang Maha

Esa yang tiada seumpama dengan suatu. Perkataan

LAIN membawa makna SIFAT dan ZAT BERBEZA dan

BERBILANG-BILANG atau lebih dari satu yakni

BANYAK. Justeru perkataan itu menduakan Allah yang

satu (yakni membatalkan makna esa).

Dikata kafir pada syara’ kerana tanpa sedar

MENGINGKARKAN surah al-Fatihah, bahawa :

SIFAT dan ZAT adalah ESA yakni SATU. Sifat dan zat

itu adalah merujuk kepada Allah. Lihat dan fahamkan

semula penerangan makna ESA dan makna BANYAK

menurut hukum adat, akal dan syara’.Justeru sifat dan

zat menurut 3 hukum adalah ESA.

Wallohua’lam

Page 11: Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

11

Soalan :

1. Apakah maksud pekerjaan manusia?

2. Apakah maksud pekerjaan Allah?

3. Bolehkah kita memikirkan Allah? Terangkan.

4. Apakah hukum memikirkan Allah?

5. Bolehkah kita membayangkan Allah? Terangkan.

6. Bolehkah kita merupa-rupakan Allah? Terangkan.

7. Apakah dalil daripada Qur’an yang menjadi alasan anda pada

soalan di atas?

8. Apakah maksud Islam pada hukum adat? Berikan contoh.

9. Apakah maksud Islam pada hukum akal? Berikan contoh.

10. Apakah maksud Islam pada hukum syara’? Berikan contoh.

11. Apakah maksud kafir pada hukum adat? Berikan contoh.

12. Apakah maksud kafir pada hukum akal? Berikan contoh.

13. Apakah maksud kafir pada hukum syara’? Berikan contoh.