laporan kpr 4063 update

Download Laporan Kpr 4063 Update

Post on 24-Nov-2015

76 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusiauniversiti pendidikan sultan idrisSEMESTER 1 2012/2013Kajian Tindakan Dalam PendidikanLAPORAN Kajian TINDAKANPENSYARAH: DR. NORAINI BT MOHAMED NOH

Keberkesanan Penggunaan Model Kubik Sifir untuk Menyelesaikan Masalah Matematik dalam Kalangan Murid Tahap 2 di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, Bukit Mertajam.KUMP. KULIAH: EDISEDIAKAN OLEH:TANDATANGANNO MATRIKSNAMAL20112007393L20112007401L20112007404L20112007408NADHIRAH BT ABDUL TALIBNOORFAZILAH BT AZLANSITI YUHANI BT AZMANANITHA A/P NOELKPR 4063

ISI KANDUNGANMUKASURAT

BAB 1: PENGENALANPengenalan3Keperluan Kajian Dijalankan4Pernyataan Masalah5Tujuan Kajian6Objektif Kajian6Soalan Kajian7Hipotesis Kajian7Rumusan8BAB 2: KAJIAN LITERATUR2.1 Pengenalan92.2 Latar Belakang Kajian102.3 Latar Belakang Teoritikal112.4 Kajian Berkaitan122.5 Rumusan13

BAB 3: METODOLOGI3.1 Pengenalan143.2 Reka Bentuk Kajian143.3 Partisipan153.4 Instrumen153.5 Prosedur Pengumpulan Data163.6 Prosedur Analisis Data173.7 Batasan Kajian17

BAB 4: ANALISIS DATA4.1 Analisis Pra dan Pos Ujian184.2 Analisis Hasil Dapatan Data Jadual Kajian234.3 Perbincangan Analisis Data27

BAB 5: REFLEKSI DAN PENILAIAN29

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Lampiran 1: Anggaran BelanjawanLampiran 2: Borang Soal Selidik Guru Lampiran 3: Pra Ujian Lampiran 4: Pos UjianLampiran 5: Jadual Kajian

BAB 1:PengenalanMatlamat pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk membina dan mengembangkan pelajar dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Manakala pendidikan matematik sekolah menengah pula adalah bermatlamatkan aplikasi yang lebih mendalam melibatkan proses penaakulan, komunikasi dan penyelesaian masalah. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1992), kedua-dua matlamat ini dapat digunakan dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh bertanggungjawab yang seterusnya membuka mata dan minda pelajar untuk lebih menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Ilmu matematik dapat membantu pelajar mengendalikan urusan harian secara berdisiplin sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara maju serta dapat membantu mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelajar-pelajar telah mula didedahkan dengan unsur-unsur penyelesaian masalah atau masalah matematik berayat sejak tahap satu lagi. Pelajar dikehendaki memilih operasi tambah, tolak, darab dan bahagi bergantung kepada arahan soalan yang melibatkan satu langkah penyelesaian sahaja. Secara umum dapat diperhatikan bahawa pelajar cukup berminat dalam mengikuti kelas matematik dan prestasi pencapaian pada tahap satu amat membanggakan dan ia menggambarkan bahawa mata pelajaran matematik pada saat itu amat menyeronokkan. Tidak lupa juga penekanan diberikan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan dalam pelajaran matematik.

Pada tahap dua pula, pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang memerlukan lebih daripada satu langkah penyelesaian. Strategi penyelesaian dengan memilih operasi yang betul sahaja mungkin tidak menepati arahan soalan kerana ia juga mungkin mempunyai dua langkah penyelesaian untuk menghasilkan penyelesaian yang sempurna. Maka kebanyakan keseronokkan tadi akan berubah apabila minat pelajar mula berkurangan terhadap mata pelajaran matematik yang juga menghantui pelajar kerana bentuk soalan bertambah sukar bagi mereka. Minat di sini bermaksud tertarik kepada matematik atau merasa ingin memberi perhatian kepadanya. Prestasi pelajar tahap dua juga kurang memuaskan berbanding dengan tahap satu pelajar tersebut.

Namun, untuk memastikan penguasaan ilmu matematik dikuasai sepenuhnya oleh pelajar, ia perlu bermula dari asas matematik iaitu sifir. Seawal bermulanya persekolahan, pelajar telah didedahkan dengan aturan sifir. Sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai, seseorang pelajar akan mengalami masalah untuk memahami konsep matematik yang seterusnya kerana hampir keseluruhan ilmu matematik adalah berpaksikan sifir. Aplikasi sifir juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Lantaran itu, seharusnya semua murid di sekolah rendah terutamanya yang berada di tahap dua perlu menguasai sifir untuk mereka mengaplikasikan kemahiran matematik dalam bidang ilmu yang lain.

Keperluan Kajian Dijalankan

Matematik merupakan satu matapelajaran yang amat penting dan berguna di dalam kehidupan seharian pada hari ini. samada seseorang pelajar itu berjaya ataupun gagal di dalam persekolahannya, namun matematik tetap akan digunakan di dalam kehidupan seharian. Kepentingannya jelas digunakan dalam kehidupan seharian.Kepintaran dan kebijaksanaan seseorang itu biasanya akan dinilai melalui pengetahuan matematiknya. Jika matematik cemerlang, biasanya pelajar tersebut turut cemerlang dalam matapelajaran yang lain. Bidang sains dan teknologi memang tidak dapat dipisahkan daripada matematik. Ilmu sosiologi dan psikologi juga tidak dapat dipisahkan daripada matematik.

Penguasaan sifir di kalangan pelajar dilihat sebagai aspek yang perlu diberi perhatian. Sekiranya situasi ini dipandang remeh, maka akan bertambah jumlah pelajar yang keciciran dalam mata pelajaran matematik. Matematik tidak seharusnya menjadi satu perkara yang membosankan, sukar dan sesuai untuk pelajar yang pintar sahaja. Boleh dikatakan mata pelajaran matematik lebih sinonim dengan pelajar pintar berbanding pelajar lemah. Ternyata isu ini perlu diberi perhatian agar persepsi ini berubah di mana mata pelajaran matematik tidak hanya lagi dikaitkan dengan pelajar pintar sahaja.

Kaedah konvensional yang digunakan hari ini iaitu hafalan biasa yang kebanyakannya digunakan oleh guru-guru dilihat sebagai situasi yang lazim dilalui oleh pelajar. Oleh kerana itu, ia menjadi satu perkara yang kurang menarik, membosankan dan tidak merangsang keinginan pelajar untuk bersungguh-sungguh menguasai sifir. Kaedah ini juga hanya sesuai bagi sesetengah pelajar dan tidak praktikal bagi mereka yang mempunyai masalah lemah daya ingatan. Mereka akan merasakan mengingati dan menguasai sifir adalah perkara yang sangat sukar. Amat jelas sekali kajian ini amat penting kepada pelajar itu sendiri dan juga guru matematik mereka. Sehubungan itu, kajian ini memilih penggunaan model sebagai alat untuk difokuskan dalam penguasaan sifir dan dalam masa yang sama mengindahkan pembelajaran matematik.

Pelajar Model ini diharap dapat dijadikan panduan dan kaedah baru di dalam penguasaan sifir. Pelajar yang selama ini tidak nampak akan kaedah lain untuk menguasai fakta asas darab kini sudah mempunyai alternatif yang baru. Dengan pengetahuan kira tambah yang sudah sedia ada kepada pelajar itu boleh dikembangkan kepada bentuk kira darab sekaligus membantu mereka dalam pengiraan penyelesaian masalah matematik. Pelajar juga tidak lagi akan terikat dengan satu cara sahaja iaitu hafalan semata-mata. Model ini juga diharap dapat menarik minat pelajar untuk menghafal sifir dan seterusnya berjaya menguasai sifir pada peringkat awal lagi.

Guru Dapatan kajian ini juga dapat membantu guru memperbanyakkan kaedah pengajaran dan membantu meringankan beban guru dalam menangani masalah pelajar yang gagal menguasai sifir. Guru matematik mempunyai pilihan pengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian murid yang berlainan. Dengan ini masalah gagal menguasai sifir dapat dihapuskan ataupun setidak-tidaknya dapat dikurangkan.

Pernyataan Masalah

Walaupun pelbagai teknik dan kaedah pengajaran telah diaplikasikan dalam pengajaran harian di sekolah-sekolah sebagai memenuhi kehendak kurikulum, namun ada segelintir pelajar yang tidak dapat menerima kaedah konvensional itu. Secara fizikalnya mereka kelihatan sama seperti pelajar-pelajar yang lain, tetapi dari segi penerimaan ilmu golongan ini mempunyai sedikit kelemahan. Mereka sering merasa terpinggir dan menganggap proses pembelajaran merupakan satu perkara yang membosankan dan tidak mendatangkan apa-apa makna kerana mereka tidak dapat memahami dan menerima kehendak sebenar objektif pembelajaran, (Ang Huat Bin, 1999).

Sehubungan itu, pelbagai rancangan kurikulum telah digubal dan dijalankan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar bagi mendapat kemahiran dan pengetahuan serta menghayati nilai yang diperlukan. Setiap pelajar diberi galakan dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh. Peluang juga disediakan untuk membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif dalam bidang tertentu. (Ramlah Jantan, 2002).

Oleh kerana kaedah konvensional didapati kurang berkesan kepada pelajar yang lemah, maka satu kaedah telah dipilih oleh kami bagi membantu pelajar yang tidak dapat menguasai sifir. Penggunaan model kubik sifir dipilih untuk merangsang pembelajaran agar pelajar dapat menguasai sifir dengan baik sekaligus dapat menyelesaikan masalah matematik dengan mudah.

Pengajaran dan pembelajaran sifir sepatutnya merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid. Oleh itu pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti berkumpulan, permainan dan amali serta latihan berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan dan pengalaman pelajar perlu diambil kira. Perhatian juga perlu diberi kepada daya dan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar. (Mok Soong Sang, 2003). Oleh yang demikian diharapkan dengan penggunaan model kubik sifir yang merupakan bahan maujud ini dapat membantu pelajar menguasai sifir dengan cekap dan lancar sekaligus membantu mereka mahir dalam menyelesaikan masalah matematik, bukan sahaja sewaktu menjawab peperiksaan malahan dalam kehidupan seharian.

Tujuan KajianKajian ini bertuj