pakaian tradisional kaum iban.docx

20
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN Pakaian tradisional lelaki Iban Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat. Pakaian tradisonal wanita Iban Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. 1

Upload: norshiha-ahmad

Post on 13-Dec-2015

354 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Pakaian tradisonal wanita IbanTerbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang

panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

1

Page 2: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

PAKAIAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA

Baba merupakan satu kumpulan etnik yang menetap di tanah melayu sejak kurun ke 15 Merupakan satu kategori peranakan cina Terpengaruh dengan budaya pemakaian orang Melayu.

Baba perempuan memakai pakaian kebaya dan kain sarong.

Pakaian ini merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Kebaya dibuat daripada kain atau benang  menggunakan seni sulaman tangan yang halus dan terperinci.

Merupakan satu simbol identiti bagi masyarakat Baba.

Berbeza dengan masyarakat Cina yang tidak memakai kebaya.

Kebaya Nyonya memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang berbeza dengan kebaya masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.

2

Page 3: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BAJAU

Pakaian tradisi biasanya dipakai pada sesuatu majlis dan

perayaan yang disambut oleh kaum bajau.

Kebiasaannya lelaki akan menggayakan baju potongan cekak

musang dan seluar manakala wanita akan

menggayakan blaus baldu sampit dan kain sarung olos berangkit.

Perhiasan biasa digunakan bagi lelaki ialah samping

dan destar manakala wanita ialah perhiasan

3

Page 4: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

(pakaian perempuan) (pakaian lelaki)

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua

sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik,

pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual,

hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula

pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang

tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan

(kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara

kebudayaan.

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian

traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada

kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna

ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-

makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan

bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup

dan keadaan semulajadi di waktu itu. Manakala bagi kaum lelaki pula,

pakaiannya lebih kepada kulit kayu.

4

Page 5: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

. Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah. Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain. Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat). Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :- Sinuangga’ baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda. Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan. Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang .

5

Page 6: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

PAKAIAN INDIA

Dhoti

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha,kemudian disangkutkan pada bahu. Dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.

                              Sari

Sari pula merupakan pakaian untuk kaum perempuan. Terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan lima hingga lima belas meter panjang mengikut saiz pemakai. Perlu memakai anak baju yang singkat dan ketat sebelum memakai sari. Kain sari yang lembut akan dililit dari pinggang sebanyak tiga hingga lima kali dan diselempang pada bahu kiri.

6

Page 7: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

BUDAYA PAKAIAN CINA• Dalam Sejarah Malaysia, kehadiran kaum Cina dalam pusat perdagangan bermula di negeri Melaka yang diikuti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.• Pakaian kaum Cina boleh dikenali sebagai pakaian Cheongsam yang dipakai oleh kaum wanita serta pakaian Samfoo yang dipakai oleh kaum lelaki.• Pakaian Cheongsam dan Samfoo telah diperkenalkan semenjak revolusidi negara China pada tahun 1911.• Ia sesuai dipakai di musim perayaan Tahun Baru Cina serta di majlis perkahwinan.

 Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.

7

Page 8: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

 

 Wanita memakai Cheongsam moden labuh dari kain sutera Cina berwarna merah dan ditenun dengan motif-motif mewah.  

Pakaian Tradisional Suku Bugis

Pakaian ini digunakan pada acara adat resmi seperti pernikahan,sunatan,

dan acara resmi lainya.Pakaian ini dapat anda temukan di daerah

Bugis.Ini juga bisa anda temukan di toko tertentu.

8

Page 9: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

PAKAIAN TRADISIONAL BIDAYUH 

Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek

9

Page 10: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau “cawat” yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.

Pakaian Tradisional Masyarakat Melanau

. Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan

masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan

adat resam.

Pakaian tradisi bagi lelaki biasanya digayakan baju potongan

moden samping broked oren keemasan, pinggang berikat

selendang sifon berkopiah Jawa.

10

Page 11: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

Wanita pula biasanya digayakan baju baldu hitam dengan

sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang

pending besar, diserikan dokoh dan perhiasaan kepala kepih

sanggul.

PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

LELAKI Digunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) lebih kurang 700 tahun lepas.

Terdapat dua jenis iaitu : 

Baju melayu teluk belanga - sampin dipakai diluar

Baju melayu cekak musang - baju di dalam sampin 

11

Page 12: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

PEREMPUAN Dipakai setelah kedatangan Islam, ia terkenal dengan baju kurung, baju riau, baju kebaya dan baju kebaya belah panjang.

Diberi maksud mengurung atau menutup anggota tubuh.

Pakaian Tradisional Momogun Rungus

Rungus terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman.Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan menggunakan kapas yang lebih dikenali sebagai kapok oleh penduduk setempat.

Suku kaum Rungus di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi

12

Page 13: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

pada waktu itu.

Pakaian tradisi wanita Rungus juga sarat dengan manik-manik yang direkacipta sendiri. Wanita Rungus pada zaman dahulu sentiasa memakai pakaian ini dalam kehidupan seharian seperti memasak, mengangkat air, menyulam dan lain-lain lagi.Kini ia hanya dipakai ketika majlis perkahwinan, keraian, kematian mahupun menjemput ketibaan tetamu ke rumah panjang.

Pakaian tradisi lelaki Rungus pula cukup ringkas dengan hanya sandai atau sopilang ( kain panjang dipakai bersilang), hokos (tali pinggang kain yang biasanya berwarna merah,hijau dan kuning), sigar (tengkolok) dan baduh (baju atau kain sarung) yang biasanya dipakai ketika melakukan tarian Sumundai Mongigol.

BEBERAPA PAKAIAN TRADISIONAL KAUM – KAUM LAIN

Bisaya

13

Page 14: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

SULUK

MINANGKABAU

14

Page 15: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

KELABIT

Orang ulu

15

Page 16: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

BANJAR

ORANG ASLI

16

Page 17: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

KENYAH

JAMBI

17

Page 18: PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN.docx

MINANG

18