majalah sastera(sya)

3
SINOPSIS BAB 3 & 4 BAB 3 Stanley dan rakan-rakannya Steve, Mitch dan Pablo sedang bermain poker di dapur rumah Stanley pada suatu malam. Mitch hendak pulang ke rumah kerana risaukan ibunya. Ibunya sakit dan dia tidak akan tidur selagi Mitch tidak pulang ke rumah. Mitch terlebih dahulu pergi ke bilik air. Stella dan Blanche baru pulang daripada menonton. Blanche menanyakan rupanya ketika itu kepada Stella dan ingin menyapu bedak sebelum mereka masuk ke dalam rumah. Blanche tidak mahu kelihatan lesu di hadapan lelaki-lelaki tersebut. Stella memperkenalkan rakan-rakan suaminya pada Blanche. Blanche teringin hendak bermain poker bersama mereka tetapi tidak dibenarkan oleh Stanley. Dia menyuruh mereka berdua naik ke atas untuk bersembang dengan Eunice. Blanche bertemu dengan Mitch di hadapan pintu bilik air ketika dia hendak pergi mandi. Hasratnya untuk mandi sekali lagi menyebabkan Stella berasa hairan akan sikap Blanche. Blanche memuji Mitch yang dianggap lebih baik daripada rakan- rakan Stanley yang lain. Blanche juga bertanyakan status Mitch sama ada sudah berkahwin atau pun belum. Ketika Stella di dalam bilik air, Mitch datang untuk ke bilik air juga. Sementara menunggu Stella keluar, Blanche meminta rokok daripada Mitch. Mitch menghulurkan rokok jenis Lucky. Bekas rokoknya berwarna perak. Pada kotak rokok tersebut terdapat tulisan yang merupakan puisi nukilan Puan Browning. Mitch berbual bersama Blanche dan tidak mahu menyambung bermain poker. Menurut Blanche, namanya Blanche DuBois mempunyai maknanya tersendiri. Bois bermaksud kayu, manakala Blanche bermaksud putih.

Upload: al-hafiz

Post on 02-Oct-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

harap membantu

TRANSCRIPT

SINOPSIS BAB 3 & 4BAB 3 Stanley dan rakan-rakannya Steve, Mitch dan Pablo sedang bermain poker di dapur rumah Stanley pada suatu malam. Mitch hendak pulang ke rumah kerana risaukan ibunya. Ibunya sakit dan dia tidak akan tidur selagi Mitch tidak pulang ke rumah. Mitch terlebih dahulu pergi ke bilik air. Stella dan Blanche baru pulang daripada menonton. Blanche menanyakan rupanya ketika itu kepada Stella dan ingin menyapu bedak sebelum mereka masuk ke dalam rumah. Blanche tidak mahu kelihatan lesu di hadapan lelaki-lelaki tersebut. Stella memperkenalkan rakan-rakan suaminya pada Blanche. Blanche teringin hendak bermain poker bersama mereka tetapi tidak dibenarkan oleh Stanley. Dia menyuruh mereka berdua naik ke atas untuk bersembang dengan Eunice. Blanche bertemu dengan Mitch di hadapan pintu bilik air ketika dia hendak pergi mandi. Hasratnya untuk mandi sekali lagi menyebabkan Stella berasa hairan akan sikap Blanche. Blanche memuji Mitch yang dianggap lebih baik daripada rakan-rakan Stanley yang lain. Blanche juga bertanyakan status Mitch sama ada sudah berkahwin atau pun belum. Ketika Stella di dalam bilik air, Mitch datang untuk ke bilik air juga. Sementara menunggu Stella keluar, Blanche meminta rokok daripada Mitch. Mitch menghulurkan rokok jenis Lucky. Bekas rokoknya berwarna perak. Pada kotak rokok tersebut terdapat tulisan yang merupakan puisi nukilan Puan Browning. Mitch berbual bersama Blanche dan tidak mahu menyambung bermain poker. Menurut Blanche, namanya Blanche DuBois mempunyai maknanya tersendiri. Bois bermaksud kayu, manakala Blanche bermaksud putih. Blanche memberitahu Mitch bahawa dia dan adiknya berasal daripada keturunan Perancis Huguenot. Blanche memberitahu Mitch bahawa dia belum lagi berkahwin dan merupakan seorang guru bahasa Inggeris di sekolah menengah di Laurel. Stella dan Stanley bergaduh kerana Stanley mencampakkan radio melalui tingkap sambil memaki hamun. Pada ketika ini, Stanley sudah pun mabuk. Stella menyuruh mereka berhenti bermain poker kerana sudah lewat malam. Kerana pergaduhan tersebut, Stella pergi ke rumah Eunice bersama-sama Blanche. Setelah Stanley sedar, dia berasa bersalah kerana naik angin terhadap Stella sehingga isterinya meninggalakn rumah itu untuk ke tempat yang lebih selamat. Kerana sayangkan suaminya, Stella turun dari rumah Eunice dan pergi menemui suaminya. Mereka pulang ke rumah sejurus selepas itu.BAB 4 Stella dihampiri oleh Blanche ketika dia masih di bilik tidurnya. Blanche tidak mampu untuk tidur pada malam sebelumnya. Ketika melihat Stella, dia terus berlari masuk ke dalam bilik dan terus memeluk Stella. Stella berasa hairan akan sikap Blanche pada pagi itu. Blanche risau akan keadaan Stella yang pada malam sebelumnya tetap pulang ke rumah bersama Stanley walaupun Stanley telah memukulnya. Stella terus mempertahankan suaminya dan mengatakan suaminya seorang yang lemah lembut, baik dan malu akan perbuatannya terhadap Stella pada malam sebelumnya. Blanche mengatakan bahawa Stella berkahwin dengan orang gila. Blanche seakan-akan tidak mempercayai adiknya tetap membela suaminya selepas kejadian malam itu. Blanche memberitahu Stella tentang Shep Huntleigh yang merupakan kawannya. Blanche mengatakan dia terjumpa dengan Shep ketika di Boulevard Biscayne pada malam Krismas. Menurut cerita Blanche, Shep mempunyai telaga minyak di seluruh Texas. Oleh itu, Blanche beranggapan bahawa Shep mampu menolong mereka berdua dalam soal kewangan. Blanche berterus terang akan pandangannya terhadap Stanley. Bagi Blanche, Stanley sungguh koman. Blanche menyamakan Stanley dengan binatang; cara makan, cara bergerak, cara bercakap. Sebenarnya perbualan antara Blanche dan Stella telah didengari oleh Stanley sejak daripada mula lagi. Tetapi, Stanley berpura-pura tidak mendengar perbualan mereka.