majalah universitimy

30

Upload: kingboy

Post on 15-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

majalah

TRANSCRIPT

  • 2 Majalah Universitimy Edisi 1

    Editorial Syukur pada bulan April 2014 , banyak perkembangan terkini tentang universiti di malaysia. Baru baru ini, pelbagai acara , seminar dan program yang dijalankan oleh pihak universiti di seluruh malaysia untuk mahasiswa dan mahasiswi . Di bulan April ini , Majalah Universitimy akan berkongsi idea dan cerita tentang teknik kejayaan & informasi yang amat berguna .Mahasiswa mahasiswa di seluruh Malaysia menghadapi tahun yang mencabar di tahun 2014 ini . Teknik dan tips berkaitan dengan kehidupan mahasiswa di universiti turut dimuatkan untuk rujukan mahasiswa dan mahasiswi .Selain itu , berita dan aktiviti yang dijalakan oleh pihak universiti serta kerajaan juga disertakan bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa tentang isu semasa . Akhir kata, terima kasih kerana menyokong laman web universitimy dan saya akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Malaysia. Saya juga manusia biasa yang tidak boleh lari daripada kesilapan. Saya berharap , anda dapat membantu saya membaiki kualiti majalah ini dengan menghantar komen & cadangan anda.

    Wassalam, Pengasas Web Universitimy

  • Isi Kandungan

    3 Majalah Universitimy Edisi 1

    5 Langkah Bijak Tangani GST

    Universiti Sebagai Rumah Kita

    Wakil Pelajar UM Terima Bauchar Buku

    3 Teknik Mendapat Biasiswa

    Liga IPT MMU Sedia Bangkit

    Prinsip 4B Untuk Lulus Temuduga

    Senarai Biasiswa Kerajaan & Swasta

    Jenis Percintaan di Universiti

    5 Tip Bangun Awal Pagi

    Tips Memotivasikan diri

    4

    6

    8

    10

    17 20

    22

    13

    25

    27

  • Universiti Sebagai Rumah Kita

    PULAU PINANG, 10 April 2014 - Universiti Sains Malaysia (USM) berkembang pesat dan mencapai pelbagai kejayaan. Kini kakitangan USM telah menjangkau lebih 10,000 orang tidak termasuk kira-kira lebih 1,000 orang kakitangan kontrak dan tidak tetap. Manakala pelajar pula sudah mencecah kira-kira 31,000 orangyang dijangka meningkat kepada 35,000 orang dalam masa yang terdekat. 4 Majalah Universitimy Edisi 1

  • Yang terbaharu USM diiktiraf pada kedudukan ke-28 dalam bidang Sains Persekitaran dan antara 100 - 200 terbaik dalam beberapa bidang lain terutamanya dalam semua bidang kejuruteraan dalam kalangan beribu universiti yang ada di seluruh dunia," kata Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman. Beliau bercakap kepada lebih 100 orang kakitangan Jabatan Keselamatan yang

    menghadiri program transformasi bersama Pejabat Transformasi USM dan Jawatankuasa Khas Transformasi Jabatan Keselamatan yang dibentuk oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) untuk meneliti pelbagai isu dan penambahbaikan dalam keselamatan kampus USM.

    Menurut Naib Canselor lagi, keadaan menjadi begitu rencam dengan kampus USM yang kini berada di empat lokasi yang berbeza, Kampus Induk di Pulau Pinang, Kampus Bertam, Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan di Kelantan di samping Kampus KLE di India serta keperluan keselamatan di Sg. Batu Merbok Kedah. "Kerana itu, kita perlu melihat pembangunan dan perkembangan kampus USM ini seperti kemajuan sebuah keluarga besar yang perlu diuruskan seperti sebuah rumah yang memerlukan kefahaman dan kasih sayang mendalam dalam kalangan setiap ahli keluarga," kata Omar. Naib Canselor menyeru agar usaha transformasi dan pemerkasaan Jabatan Keselamatan disokong dengan memaklumkan universiti apa jua masalah yang dihadapi dan berkongsi dengan mana-mana pihak yang bersedia membantu . - dari Website USM

  • Baucar Buku 1Malaysia

    Seramai 12 wakil Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK), Universiti Malaya (UM) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) menerima Baucar Buku 1Malaysia yang disampaikan oleh Naib Canselor UM, Profesor Dato Dr. Mohd Amin Jalaludin dalam satu majlis baru-baru ini.

    MPPUM diwakili oleh Yang Dipertuanya iaitu Muhamad Kamarul Setapa bagi menerima baucar bernilai RM250.00.

    6 Majalah Universitimy Edisi 1

  • Profesor Dato Dr. Mohd Amin dalam ucapannya berharap agar para pelajar menggunakan baucar buku tersebut dengan sebaik-baiknya untuk membeli buku-buku ilmiah. Jangan salah guna baucar ini dan jangan sesekali jual baucar buku kepada pihak ketiga, tegas beliau.

    Beliau turut menyarankan agar pelajar UM menggunakan pendekatan berkongsi atau smart sharing iaitu setiap seorang pelajar membeli buku yang berlainan dan berkongsi buku tersebut dengan rakan masing-masing. Sementara itu, Presiden Kolej Kediaman Ketujuh, Mohd Hazwan Zulkifli berkata Baucar Buku 1Malaysia amat berharga kepada para pelajar bagi meringankan beban mereka untuk membeli buku-buku bagi kegunaan pembelajaran. - dari website UM 7 Majalah Universitimy Edisi 1

  • Mendapat Biasiswa

    3 Teknik

  • 1. Kenali penaja

    Kini , ramai penaja yang berminat untuk menaja mereka yang berada di universiti seluruh Malaysia . Anda perlu memahami bidang kerjaya yang penaja anda berminat dalam memohon biasiswa . Contoh penaja yang menawarkan biasiwa ialah Maybank, TM , CIMB , Khazanah Negara dan lain - lain . Oleh itu , cari penaja yang sesuai dengan bidang yang anda belajar di universiti .

    2. Cara berkomunikasi

    Persaingan untuk mendapatkan biasiswa antara pelajar pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat. Ini adalah kerana pelajar-pelajar yang mendapat CGPA yang tinggi semakin ramai setiap tahun. Calon-calon perlu meyakinkan panel yang membuat pemilihan akan kemampuan komunikasi mereka semasa temuduga untuk mendapatkan biasiswa.

    3.Berdoa

    Ini merupakan cara yang terbaik , selepas anda menyelesaikan semua cara untuk mendapatkan biasiswa . Usaha sudah anda laksanakan , sekarang tiba waktunya untuk anda berdoa dan berserah kepada tuhan . Semoga cita - cita anda untuk mendapatkan Biasiswa termakbul.

    9 Majalah Universitimy Edisi 1

  • MMU sedia bangkit

    Liga IPT

    Kuala Lumpur: Musim lalu, Universiti Multimedia (MMU) antara pencabar terkuat saingan Divisyen Satu Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi Liga IPT yang menyaksikan mereka mengakhiri cabaran di tangga keenam daripada lapan pasukan. Mereka turut layak ke pusingan akhir Piala Menteri Pengajian Tinggi selain muncul juara Divisyen Dua Liga IPT .

    Perlawanan menentang Universiti Teknikal Melaka (UTeM) pembuka tirai pusingan kedua 11 Mei ini juga ditunda kerana majoriti pemain terbabit dalam peperiksaan. Minggu lalu, keadaan menjadi lebih parah apabila MMU dibelasah 8-0 oleh UTeM, aksi terakhir pusingan pertama.

    Saya kehilangan tujuh pemain utama musim lalu yang menamatkan pengajian mereka, kata Mohd Faizal yang bersama skuad ini sejak ditubuhkan pada 2003.Pemain baru pula memerlu sedikit masa untuk matang. Semangat pemain juga agak rendah setakat ini. Ringkasnya MMU berdepan saat sukar lebih-lebih lagi ketika pasukan lain masih membariskan pemain lama dan anak buah saya melalui proses penyesuaian yang saya kira akan mengambil sedikit masa.

  • 4 Cara Terbaik Menjadi

    Mahasiswa Cemerlang

    Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik.

    Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi.

    11 Majalah Universitimy Edisi 1

  • Duduk di barisan hadapan

    Duduk dibarisan hadapan akan menaikkan peratus anda lebih tinggi untuk pensyarah mengecam muka anda dan seterusnya mengingati anda sebagai pelajarnya.

    Rakan yang betul

    Sebenarnya rakan sekelas yang duduk dalam jarak 1 meter radius, amat memberi impak maksima. Jika anda pandai berkawan, anda boleh menyesuaikan diri anda di mana sahaja anda berada nanti.

    Tempat Study yang betul

    Mahasiswa akan termotivasi semasa belajar jika persekitaran belajar dapat memberikan rangsangan sehingga pelajar tertarik untuk belajar .

    Sentiasa Tepati Masa

    Jangan sesekali membazir masa

    Secara tidak langsung hubungan akan terjalin antara anda dengan pensyarah dan seterusnya boleh mempengaruhi carrier mark juga grad subjek tersebut.

    Oleh itu , penjadualan sangat penting bagi mengelakkan berlakunya pembaziran masa. Kerja perlu disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelak kerja bertangguh dan tidak sistematik.

    kerana orang yang benar-benar menghargai masa akan sentiasa memenuhkan harinya dengan melakukan perkara bermanfaat .

    Selain itu, kawan yang baik adalah satu faktor penting dalam mencapai kejayaan.

    Persekitaran yang aman secara fizikal bagi para pelajar, sehingga mereka merasa senang dan nyaman untuk belajar.

    12 Majalah Universitimy Edisi 1

  • 5 Langkah Bijak Untuk Tangani

  • Langkah 1: Gunakan kad pelajar anda

    Kad pelajar adalah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat!

    Langkah 2: Wujudkan Dana Kecemasan

    Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain.

    Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang

    dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri.

    Tetapi ingat : Dana kecemasan harus

    digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

    14 Majalah Universitimy Edisi 1

  • Langkah 3 : Buat perbandingan harga semasa membeli-belah

    Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!

    Langkah 4 : Jadilah pelajar yang bijak

    Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/ perpustakaan, sewa rumah bersama kawan- kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini. Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus.

    15 Majalah Universitimy Edisi 1

  • Langkah 5: Amalkan Peraturan 10 %

    Secara amnya, peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.

    16 Majalah Universitimy Edisi 1

  • Prinsip 4B untuk Lulus

    Temuduga

    Temuduga biasanya mendahului keputusan pengambilan kerja, dan biasanya digunakan bagi menilai calon. Temuduga biasanya didahului dengan penilaian resume dari calon yang berminat, kemudiannya memilih sejumlah kecil calon bagi temuduga.

    Temuduga merupakan suatu bentuk wawancara berstruktur melibatkan panel penemuduga dan calon temuduga.

    17 Majalah Universitimy Edisi 1

  • 1. Berpakaian Kemas

    Bagi lelaki pastikan rambut anda pendek, disikat kemas dan berminyak. Bagi perempuan yang bertudung, pastikan tudung anda diikat kemas. Bagi perempuan yang tidak bertudung, pastikan rambut anda disikat kemas.

    2. Bekeyakinan

    Bila nama anda dipanggil, masuk dengan senyuman dan penuh keyakinan. Tip temuduga kerja ini nampak mudah, tapi ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan Selamat Pagi atau Selamat Petang bergantung pada sesi temuduga. Duduk hanya apabila anda dibenarkan duduk dan ucap terima kasih.

    4. Bawa Dokumen Penting

    Jangan lupa semua dokumen penting. - Salinan keputusan anda, Salinan kad pengenalan dan sebagainya. Itu sangatlah penting. Jangan sampai terlupa end up menyusahkan semua pihak yang bertugas masa hari temuduga.

    3. Bersedia

    Jangan lupa untuk membawa salinan resume anda serta sijil-sijil penting yang mungkin menarik perhatian mereka. Ini perlu kerana setiap majikan menanyakan soalan berbeza tetapi terdapat juga soalan-soalan lazim dalam sesi temuduga.

    18 Majalah Universitimy Edisi 1

  • Senarai Biasiswa Kerajaan Senarai Biasiswa Swasta

    1. Biasiswa Maybank Pelajar yang memegang biasiswa ini akan ditawar kan pekerjaan di Maybank supaya membolehkan individu yang berkualiti & berkepimpinan menerajui Maybank.

    2. Biasiswa CIMB Biasiswa CIMB disediakan oleh CIMB Group menawarkan biasiswa untuk pelajar - pelajar yang ingin mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda . Pelajar yang ingin memohon biasiswa ini perlu mempunyai pencapaian akademik & daya kepimpinan yang tinggi.

    3. Biasiswa Maxis Biasiswa Maxis ditawarkan kepada pelajar - pelajar yang menuntut di IPTA & IPTS Malaysia bertujuan untuk membantu mereka mengejar cita - cita yang mereka iginkan. Hanya mereka yangmenjadi pelanggan Maxis sahaja layak untuk memohon biasiswa ini.

    Anda boleh lihat banyak lagi senarai biasiswa kerajaan ,

    negeri dan swasta di website http://www.universitimy.com/ 21 Majalah Universitimy Edisi 1

    1.Biasiswa Sukan KPT Biasiswa Sukan KPT di sediakan untuk atlet tang cemerlang dalam sukan danmempunyai pencapaian academic yang baik .

    2.Biasiswa Khazanah Global Biasiswa Khazanah Global ditawarkan untuk pelajar cemerlang Malaysia yang ingin menyambung pelajaran di universiti terkenal luar Negara

    3.Biasiswa Tunku Abdul Rahman Biasiswa Tunku Abdul Rahman ditawarkan kepada mereka yang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi & mempunyai tahap akademik yang cemerlang . Biasiswa ini ditawarkan kepada mereka yang mengikuti peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam dalam Malaysia.

  • Jenis Percintaan

    Mahasiswa di Universiti

    Jenis Percintaan di Universiti Percintaan antara mahasiswa dengan mahasiswi Percintaan mahasiswa di internet Percintaan antara mahasiswa dengan pensyarah Percintaan mahasiswa dengan suami orang Percintaan mahasiswa dengan datuk-datuk/orang-orang kaya Percintaan mahasiswa yang terlibat dengan cinta tiga segi

    Tidak dinafikan setiap insan di muka bumi ini dilahirkan untuk mencintai dan dicintai sesama manusia namun itu bukanlah alasan untuk melakukan perkara tersebut di luar batas sehingga mengenepikan agama dan adat budaya. Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai isu percintaan di kalangan mahasiswa universiti sehinggakan masyarakat memandang serong terhadap mahasiswa universiti. .

    Percintaan di kalangan pelajar universiti ini membuka minda masyarakat betapa golongan ini dalam usaha mengatur hidup mereka di masa hadapan dan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk pasangan masing-masing. Diharapkan pelajar-pelajar universiti ini bijak mengatur langkah dan sentiasa berpijak di bumi yang nyata.

    22 Majalah Universitimy Edisi 1

  • Pelajar China Mengesa Media

    Hentikan Burukkan Imej Malaysia

    KUALA LUMPUR: Pelajar China yang sedang mengikuti pengajian

    di Malaysia dan mereka yang pernah menuntut di negara ini,

    menggesa media China dan rakyat negara itu supaya tidak memburukkan imej Malaysia

    berikutan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia

    Airlines MH370.

  • Presiden persatuan Alumni Pelajar China Malaysia (MACSA), Adam Huang, berkata persatuan itu sudah menghubungi media di China melalui kedutaan negara mereka di sini untuk memintanya tidak lagi mengutuk Malaysia.

    "Kami telah menghubungi media di China supaya berhenti daripada mengutuk dan memburukkan imej Malaysia. Kami juga minta mereka membantu memulihkan kepercayaan rakyat China terhadap Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.

    "Sejak minggu pertama tragedi ini, kami menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada negara ini dan memberi penjelasan tentang keadaan sebenar di sini," katanya. Huang berkata, pengguna media sosial juga diminta tidak lagi melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa Malaysia, kerana perbuatan itu memburukkan lagi keadaan.

    Ia berdasarkan analisis data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini oleh syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK. - Berita Harian Online

    24 Majalah Universitimy Edisi 1

  • 5 Tips Bangun Awal Pagi Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi . Masalah ini terjadi atas beberapa sebab , antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas. Jom amalkan 5 tips untuk bangun awal pagi

  • 1. Tidurlah lebih Awal

    Ini adalah cara paling mudah dan merupakan penyebab utama mengapa banyak orang susah bangun pagi. Yakni kerana kurangnya tidur, tentunya kurang tidur akan membuat anda susah bangun pagi dan kalaupun anda bangun pagi, anda akan lebih lelah.

    2. Letakkan Alarm Jauh Dari Anda

    Alarm memang bertujuan untuk membangunkan anda. Tapi jika diletakkan di samping anda dan terus di-snooze sampai mati, maka alarm sekarang bertujuan untuk hanya mengganggu anda.

    3. Makan Sesuatu

    Sama halnya dengan makan di pagi hari yang membutuhkan kesadaran, makan juga akan memotivasi anda untuk bangun. Letakkanlah makanan kecil seperti biskut di samping anda, lebih baik jika makanan keci itu memiliki karbohidrat di dalamnya kerana pada saat anda tidur, tingkat gula darah anda menurun. Letakkanlah di berhampiran anda supaya anda dapat mengambilnya semasa bangun dari tidur .

    4. Tempat Tidur yang Selesa

    Sebelum kita tidur ,cuba pastikan keadaan tempat tidur adalah selesa supaya kita dapat tidur dengan nyenyak. Tempat tidur yang selesa menjadi faktor untuk bangun pagi dengan gembira. Pastikan bantal, selimut berada di dalam keadaan yang bersih dan elakkan dari tidur di lantai dan kawasan yang keras.

    5. Senaman Selepas Bangun

    Apa kata selepas bangun tidur, kita jangan terus berdiri. Tetapi cuba buat senaman ringan di katil seperti melunjurkan kaki, tangan dan sebagainya. Cara ini dapat memanaskan badan dan seterusnya memudahkan kita bangun tidur.

  • Tips Memotivasikan Diri Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.

    27 Majalah Universitimy Edisi 1

  • Mengetahui Tujuan Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil pada pandangan manusia normal. . Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan

    anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta. Mempunyai Keinginan Yang Kuat Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda. Berani Meneruskan Perjalanan Apabila anda bertemu dengan cabaran , anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikir bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Jika berhadapan dalam situasi sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan.

  • Tunggu Kemunculan

    UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN BERITA SEMASA UNIVERSITI UNIVERSITI DI MALAYSIA ,

    ANDA DISARANKAN MELAYARI LAMAN WEB UNIVERSITIMY

    http://www.universitimy.com

    IKUTI PERKEMBANGAN UNIVERSITI DI MALAYSIA & TIPS BELAJAR DI UNIVERSITI

    https://www.facebook.com/universitimy