m4 - gci1022 nota kuliah 1 bab 1

79
[email protected] y KULIAH 1 SAMSUDIN BIN HAJI SAAD PENSYARAH AKADEMIK JABATAN KAJIAN SOSIAL BAB 1 : ISU POLITIK DUNIA SEMASA : Pembaharuan dalam sistem politik Eropah Pembentukan negara-negara bangsa akibat keruntuhan Kesatuan Soviet Pembentukan Kesatuan Eropah dan Parlimen Eropah 1

Upload: zoey-chiew

Post on 14-Dec-2015

423 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

[email protected]

KULIAH 1

SAMSUDIN BIN HAJI SAADPENSYARAH AKADEMIKJABATAN KAJIAN SOSIAL

BAB 1 :ISU POLITIK DUNIA SEMASA :Pembaharuan dalam sistem politik Eropah

• Pembentukan negara-negara bangsaakibat keruntuhan Kesatuan Soviet

• Pembentukan Kesatuan Eropah danParlimen Eropah

1

[email protected]

2

1922 – 1924 (pengasas) – Vladimir Lenin

1925 – 1953 – Joseph Stalin

Pemimpin – Pemimpin Utama Kesatuan Soviet 1922 - 1991

[email protected]

3

1953 – 1955 – Georgy Malenkov

1955 – 1964 – Nikita Khrushchev

Pemimpin – Pemimpin Utama Kesatuan Soviet 1922 - 1991

[email protected]

4

1964 – 1982 – Leonid Brezhnev

1982 – 1984 – Yuri Andropov

Pemimpin – Pemimpin Utama Kesatuan Soviet 1922 - 1991

[email protected]

5

1984 – 1985 – Konstantin Chernenko

1985 – 1991 (terakhir) – Mikhail Gorbachev

Pemimpin – Pemimpin Utama Kesatuan Soviet 1922 - 1991

[email protected]

6

Bendera Kesatuan

Republik Sosialis Soviet

MOTO KERAJAAN

Wahai Pekerja Dunia ! Bersatu !

[email protected]

7

IBU NEGARA

Moscow

BAHASA RASMI

Rusia dan banyak lagi

AGAMA RASMI

Atheism (Tiada Agama Rasmi)

SISTEM KERAJAAN

Kesatuan Republik Sosialis Soviet

Negara komunis satu parti

[email protected]

8

BADAN LEGISLATIF

Congress of Soviets and Central Executive

Committee (1922-1937)

Supreme Soviet (1937-1989; 1991)

Congress of People’s Deputies and Supreme Soviet

(1989-1991)

SEJARAH RINGKAS

Diasaskan – 30 Desember 1922

Dibubarkan – 26 Desember 1991

[email protected]

9

LATAR BELAKANG KRSS

• Union of Soviet Socialist Republics (USSR) pada

kebiasaannya hanya dikenali sebagai Soviet Union,

adalah sebuah negara sosialis di kawasan Eurasia

yang wujud antara tahun 1922 hingga 1991.

• Soviet Union mempunyai satu sistem politik yang hanya

terdiri dari satu parti politik sahaja iaitu Communist

Party sehingga tahun 1990.

• Dengan itu, kesemua 15 republik bersekutu dengan

KRSS akan memusatkan pentadbiran di bandaraya

Moscow.

• Ianya dipusatkan di Moscow terutama dalam aspek

ekonomi wilayah bersekutu.

[email protected]

10

LATAR BELAKANG KRSS

• Revolusi Rusia pada tahun 1917 telah membawa

kepada kejatuhan kerajaan monarki / autokratik

bermaharaja di Rusia.

• Selepas kesatuan Bolsheviks memenangi perang

saudara Rusia, republic sosialis soviet telah dibentuk

secara rasminya pada 1922 yang meliputi 4 wilayah

utama iaitu, Russian Soviet Federative Socialist

Republic, Transcaucasian Socialist Federative Soviet

Republic, Ukrainian Soviet Socialist Republic dan juga

Byelorussian Soviet Socialist Republic.

[email protected]

11

LATAR BELAKANG KRSS

• Selepas kematian pengasas Soviet iaitu, Vladimir Lenin

pada 1924, Joseph Stalin telah berusaha secara agresif

dan berjaya mengetuai Soviet dan telah membentuk

industri berskala besar bagi negara KRSS ini.

• Sewaktu perang dunia kedua Jun 1941, pihak Nazi

Jerman dan sekutu mereka telah berusaha menjajah

Soviet Union yang telah menandatangani perjanjian

damai dengan Nazi Jerman sebelum itu.

• Selepas 4 tahun peperangan yangmenyeksakan, Soviet

Union telah memenangi peperangan tersebut dan

menjadi antara dua kuasa utama dunia sewaktu itu

selain dari Amerika Syarikat.

[email protected]

12

LATAR BELAKANG KRSS

• Soviet Union dan sekutu di timur (China, Vietnam,

Korea Utara) telah terlibat dengan perang dingin

dengan blok kapitalis (Amerika, Britain dsb) iaitu setelah

selesai perang dunia kedua.

• Perang ideologi dan pengaruh telah berlaku di dunia

dengan pemusatan dua kuasa / blok dunia iaitu,

kapitalis dan sosialis/komunis.

• Pada lewat tahun 1980-an, ketua kerajaan Soviet,

Mikhail Gorbachev telah berusaha untuk memulihkan

negara Soviet dari berpecah, namun akhirnya Soviet

Union tumbang jua akhirnya dan secara rasmi tumbang

pada Disember 1991 setelah usaha beberapa wilayah

KRSS sebelum ini untuk merdeka berjaya dikecapi.

[email protected]

13

SEJARAH KRSS

Tsar (raja) Rusia yang terakhir lagi kejam,

Nicholas II telah memerintah empayar Rusia

sehingga Mac 1917, iaitu sehingga selesai

peperangan dunia pertama.

Kerajaan sementara Rusia telah mengambil

alih pemerintahan empayar dari Tsar, secara

rasminya Nicholas II telah turun takhta pada

oktober 1917 iaitu, setelah selesai Revolusi

Oktober 1917 yang diketuai oleh pemimpin

kesatuan Bolshevik iaitu Vladimir Lenin.

[email protected]

14

SEJARAH KRSS

Soviet Union telah secara rasminya dibentuk pada

bulan Disember 1922 dengan kesatuan oleh

beberapa wilayah iaitu wilayah Rusia, Ukhrain,

Belarus, and Republik Transcaucasian Soviet,

dengan setiap satunya diperintah oleh parti/kesatuan

Bolshevik.

Untuk memastikan empayar itu benar-benar

bertindak seperti sebuah republik tanpa raja, setiap

wilayah mempunyai pentadbiran dan pemerintahan

sendiri, terma Soviet Rusia hanya dikhaskan untuk

wilayah Russian Federative Socialist Republic,

manakala wilayah lain menggunakan terma soviet

tersendiri.

[email protected]

15

SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK

Kegiatan revolusi moden di empayar Rusia

bermula pada Revolusi Disember 1825.

Bagaimanapun revolusi ini berjaya dipatahkan

oleh pemerintahan Tsar pada 1861. Sebuah

parlimen boneka yang dikenali sebagai ‘Duma’

telah dibentuk oleh maharaja pada tahun 1906

iaitu selepas Revolusi Rusia 1905 untuk

mengurangkan ketegangan revolusi

pembaharuan.

[email protected]

16

SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK

Walaupun demikian, Duma ini hanyalah

boneka kerana pemerintahan monarki diraja

masih diamalkan secara paksaan.

Penangkapan orang awam secara berleluasa

dan pembunuhan politik tetap berlaku

sehinggalah perang dunia kedua berlangsung

yang mengakibatkan beberapa wilayah

empayar Rusia jatuh ke tangan kuasa lain.

[email protected]

17

SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK

Revolusi spontan telah berlaku di Saint

Petersburg, sebagai akibat dari penurunan

secara mendadak kekuatan ekonomi dan moral

Rusia, ianya memuncak sewaktu Revolusi

Februari dan mengakibatkan pengakhiran

pemerintahan beraja pada Mac 1917.

Kepimpinan autokrasi Tsar telah diganti oleh

kepimpinan sementara rusia, untuk persediaan

bagi pembentukan kerajaan demokratik Rusia

dan untuk membangunkan semula Rusia

setelah kemusnahan akibat Perang Dunia

Pertama.

[email protected]

18

SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK

Pada masa yang sama, Kesatuan Sekerja,

yang dikenali sebagai Soviet telah berkembang

ke seluruh empayar. Kesatuan Bolsheviks,

yang diketuai oleh Vladimir Lenin, telah

mengadakan Revolusi Sosialis di dalam Soviet.

Pada November 1917, sewaktu

berlangsungnya Revolusi Oktober, mereka

mengambil kesempatan tersebut untuk

memperbesarkan kekuasaan dan pengaruh

mereka. Brest-Litovsk.

[email protected]

19

SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK

Disember, kesatuan Bolsheviks telah

menandatangani perjanjian dengan pihak

pentadbiran pusat. Manakala pada Februari

1918, perebutan kuasa di antara kesatuan

sekerja dan pentadbiran pusat kembali

berlangsung. Pada Mac, kedua-dua pihak telah

menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk.

[email protected]

20

SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK

Sebuah perang saudara yang panjang telah

berlaku di Rusia yang melibatkan ketumbukan

tentera merah dan tentera putih iaitu bermula

sekitar 1917 dan berakhir pada 1923 dengan

kemenangan di pihak tentera merah.

Nicholas II dan keluarganya telah dihukum

bunuh pada 1921, dan peperangan saudara

tersebut telah mengakibatkan korban nyawa

sebanyak 5 juta nyawa.

[email protected]

21

SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK

Pada Mac 1921, sewaktu konflik bersenjata

dengan negara Poland, perjanjian damai Riga

telah ditandatangani, yang menyaksikan

pembahagian wilayah Belarus dan Ukhrain

diantara Republik Poland dan Soviet Russia.

Soviet Union juga mengakhiri konflik dengan

beberapa buah republik baru seperti Republik

Finland, Republik Estonia, Republik Latvia dan

Republik Lithuania.

[email protected]

22

PENYATUAN REPUBLIK SOVIET

Pada 28 Disember 1922, telah berlaku

rundingan di antara delegasi dari wilayah

Russian SFSR, Transcaucasian SFSR,

Ukrainian SSR dan delegasi dari wilayah

Byelorussian SSR yang telah berjaya

memeterai perjanjian pembentukan USSR dan

deklarasi pembentukan USSR yang berjaya

membentuk Union of Soviet Socialist

Republics.

[email protected]

23

PENYATUAN REPUBLIK SOVIET

Kedua dokumen pemeteraian ini telah disahkan

sewaktu kongres pertama USSR dan telah

ditandatangani oleh wakil dari keempat-empat

wilayah yang terdiri dari Mikhail Kalinin, Mikha

Tskhakaya, Mikhail Frunze, Grigory Petrovsky,

dan Aleksandr Chervyakov pada 30 Disember

1922.

[email protected]

24

PENYATUAN REPUBLIK SOVIET

Pada 1 Februari 1924, USSR telah disahkan

oleh empayar British. Pada tahun yang sama,

sebuah pentadbiran Soviet telah ditubuhkan

pada Disember 1922 secara berpusat iaitu di

Moscow.

[email protected]

25

PENYATUAN REPUBLIK SOVIET

Untuk memulihkan semula sektor ekonomi,

industri dan politik negara yang telah merudum

seawall 1917 lagi, pelbagai usaha telah

dilakukan.

Kesemua usaha ini telah dimasukkan ke dalam

pengisytiharan Bolshevik dan telah dijadikan

perlembagaan negara and ditandatangani oleh

Vladimir Lenin.

[email protected]

26

PENYATUAN REPUBLIK SOVIET

Antara usaha paling berkesan ialah rancangan

GOELRO, iaitu mengstrukturkan semula pelan

ekonomi Soviet Union berpandukan kepada

tenaga kerja dan buruh dalam negara.

Rancangan ini telah dibuat pada 1920 dan

merangkumi rancangan pembangunan

ekonomi selama 10 hingga 15 tahun ke

hadapan.

[email protected]

27

PENYATUAN REPUBLIK SOVIET

Ianya termasuk membina jaringan kuasa dan

tenaga yang meliputi 30 wilayah berasingan, 10

empangan hidroelektrik gergasi dan pelbagai

lagi projek industri-elektrik dalam negara.

Rancangan ini telah menjadi contoh

penggubalan rancangan lima tahun Soviet Unio

yang bermula pada tahun 1931.

[email protected]

28

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

• Terdapat dua perkembangan soviet sewaktu

era kepimpinan Gorbachev iaitu pertama,

semakin jelas akan runtuhnya struktur

Kesatuan Soviet dari sudut ekonomi dan politik,

kedua, usaha yang lembap dalam

membaikpulih kesatuan soviet.

[email protected]

29

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

• Kenneth S. Deffeyes dalam bukunya bertajuk

Beyond Oil berpendapat bahawa kerajaan

Reagan memberi sokongan kepada Arab Saudi

untuk menurunkan harga minyak ke titik di

mana Soviet tidak boleh mendapat keuntungan

dari jualan minyak mentah dari negara mereka.

[email protected]

30

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Selepas Brezhnev, terdapat dua lagi pemimpin

soviet iaitu Yuri Andropov yang berusia 68

tahun dan Konstantin Chernenko yang berusia

72 ketika mereka menjadi pemimpin.

Mereka memimpin soviet tidak lebih dari

setahun dan meninggal dunia setelah menjadi

pemimpin.

[email protected]

31

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Bagi mengelakkan pemimpin soviet seterusnya

memerintah dalam tempoh terlampau singkat,

maka pada 1985, Soviet telah memilih calon

pemimpin dari kalangan generasi muda dan

Mikhail Gorbachev telah terpilih untuk menjadi

pemimpin Soviet.

[email protected]

32

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Gorbachev banyak membuat perubahan

signifikan dalam kepimpinan ekonomi dan parti,

iaitu dasar yang disebut sebagai Prestroika.

Selain polisi tersebut, terdapat satu lagi polisi

kelolaannya iaitu dinamakan polisi Glasnost

yang memberikan akses maklumat yang lebih

bebas kepada rakyat.

[email protected]

33

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Gorbachev telah bertindak untuk menamatkan

Perang Dingin. Pada tahun 1988, Kesatuan

Soviet meninggalkan perang sembilan tahun di

Afghanistan dan mula menarik keluar

pasukannya.

Pada akhir 1980-an, ia menggantung sokongan

ketenteraan bagi negara-negara bekas

Kesatuan Soviet, yang mengakibatkan jatuhnya

beberapa rejim komunis.

[email protected]

34

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Dengan runtuhnya Tembok Berlin diantara

Jerman Timur dan Jerman Barat yang menuju

ke arah perpaduan jerman, kerajaan Soviet

juga mula merudum.

Pada akhir 1980-an, republik Kesatuan Soviet

mula bergerak merangka undang-undang

kebebasan kedaulatan terhadap wilayah-

wilayah sekutu Soviet yang lain.

[email protected]

35

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Antara perubahan yang dilakukan ialah pada

Perkara 72 Perlembagaan Kesatuan Soviet,

yang menyatakan bahawa setiap republik

sekutu bebas untuk memisahkan diri jika

berkehendak.

Pada tarikh 7 April 1990, undang-undang yang

telah disahkan ini membolehkan republik-

republik dalam Soviet untuk memisahkan diri

jika lebih dari dua-pertiga penduduknya

memilih untuk berbuat demikian.

[email protected]

36

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Maka banyak republik sekutu Soviet

mengadakan pilihan raya bebas pertama

mereka pada tahun 1990. Banyak dari

perundangan baru ini menghasilkan undang-

undang yang bertentangan dengan undang-

undang Kesatuan Soviet yang diluluskan

sewaktu awal penubuhan USSR/KRSS.

[email protected]

37

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Pada tahun 1989, wilayah Rusia SFSR, yang

merupakan republik kesatuan soviet yang

terbesar (setengah dari populasi Soviet) telah

mengadakan pemilihan bagi Congress of

People’s Deputies.

Boris Yeltsin terpilih sebagai ketua kongres.

Pada tarikh 12 Jun 1990, kongres menyatakan

kedaulatan ke atas wilayah Rusia dan

seterusnya berusaha memperkenalkan

undang-undang baru bagi menggantikan

undang-undang lama kesatuansoviet. .

[email protected]

38

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Tempoh pembikina undag-undang baru itu

berlanjutan sehingga selesai pada tahun 1991.

Sebuah referendum bertujuan untuk

pemuliharaan Kesatuan Soviet telah diadakan

pada tarikh 17 Mac 1991.

Referendum ini mendapati majoriti penduduk

dari hanya sembilan republik yang ingin kekal

bersama Soviet baru daripada 15 republik

sewaktu era KRSS/USSR dahulu.

[email protected]

39

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Pada musim panas tahun 1991, Kesatuan

Perjanjian Baru, yang akan telah menukar

Kesatuan Soviet menjadi sebuah persekutuan

yang lebih longgar telah diluluskan oleh lapan

republik daripada sembilan republik Soviet

yang tinggal.

[email protected]

40

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Penandatangani perjanjian tersebut

bagaimanapun terganggu kerana rampasan

kuasa Ogos yang cuba dilakukan oleh ahli-ahli

kerajaan dan pihak KGB yang berusaha untuk

melaksanakan kembali reformasi yang pernah

dilakukan oleh Gorbachev dan cuba

mengembalikan kembali kawalan kerajaan

pusat ke atas republic sekutu soviet terdahulu.

[email protected]

41

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Setelah rampasan kuasa gagal, Yeltsin dilihat

sebagai pahlawan soviet atas tindakannya

untuk mengembalikan kuasa soviet walaupun

kekuasaan Gorbachev sebenarnya sudah

semakin lemah.

Keseimbangan kuasa setiap republic dianggap

menjadi nadi utama dalam mengukuhkan

kekuasaan kesatuan Soviet sepertimana

dahulu.

[email protected]

42

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET Pada bulan Ogos 1991, Latvia dan Estonia

mula mengambil langkah untuk merdeka dari

kesatuan soviet, sedangkan dua belas republik

bekas soviet yang lain mula semakin berjauhan

dari penguasaan dan pengaruh kesatuan soviet

pusat.

Pada tarikh 8 Disember 1991, Presiden Russia,

Ukraine dan Belarus telah menandatangani

Perjanjian Belavezha, yang menyatakan

Kesatuan Soviet dibubarkan dan menubuhkan

Commonwealth of Independent States (CIS)

menggantikan Kesatuan Soviet.

[email protected]

43

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Walaupun ada keraguan dalam

penandatanganan perjanjian tersebut ia tetap

diteruskan. Pada tarikh 21 Disember 1991,

wakil-wakil dari semua republik Soviet kecuali

wilayah Georgia menandatangani Protokol

Alma-Ata, yang juga merupakan sebuah

perjanjian perpisahan dari kesatuan Soviet.

[email protected]

44

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET

Pada tarikh 25 Disember 1991, Gorbachev

berhasil untuk melepaskan diri dari kemelut

perpecahan wilayah kesatuan Soviet dan

beliau telah mengundurkan diri dari jawatan

Presiden Kesatuan Soviet, dan menyebabkan

secara rasminya pejabat presiden Soviet

ditutup.

Dia telah menurunkan kekuasaan kepada

Yeltsin yang merupakan Presiden Rusia

selepas hancurnya kesatuan Soviet.

[email protected]

45

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET Setelah itu, Majlis Tertinggi Soviet iaitu badan

tertinggi kerajaan Kesatuan Soviet secara

rasminya terhapus.

Dengan itu, maka berlakulah pembubaran

rasmi Kesatuan Soviet sebagai sebuah negara

yang berdaulat.

Manakala organisasi yang lain seperti tentera

Soviet dan pasukan polis Soviet, tetap terus

berfungsi sehingga awal tahun 1992, dan

secara berperingkat terus diserap ke dalam

negara-negara yang baru merdeka dari

kesatuan Soviet.

[email protected]

46

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET Setelah bubarnya Kesatuan Soviet pada 26

Disember 1991, Rusia telah ditubuhkan dan

diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat dan

rasmi.

Dalam pada itu, Rusia secara sukarelanya

menerima semua bebanan hutang luar negera

Soviet dan menyatakan pendiriannya

sepertimana sewaktu era kesatuan Soviet

dahulu.

Sejak itu, Persekutuan Rusia telah mengambil

hak Kesatuan Soviet dan segala

tanggungjawab seperti yang terdahulunya.

[email protected]

47

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN

SOVIET Setelah bubarnya Kesatuan Soviet pada 26

Disember 1991, Rusia telah ditubuhkan dan

diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat dan

rasmi.

Dalam pada itu, Rusia secara sukarelanya

menerima semua bebanan hutang luar negera

Soviet dan menyatakan pendiriannya

sepertimana sewaktu era kesatuan Soviet

dahulu.

Sejak itu, Persekutuan Rusia telah mengambil

hak Kesatuan Soviet dan segala

tanggungjawab seperti yang terdahulunya.

[email protected]

48

Rumusan Sejarah Keruntuhan Kesatuan Soviet

Titis-titis keruntuhan mula dirasai apabila

Tembok Berlin runtuh pada 1989, menyatukan

German sebagai sebuah negara yang satu

sejak Perang Dunia Ke-2 lagi.

Sejak itu, pengaruh Soviet ke atas Eropah

Timur semakin tergugat dan akhirnya

berlakunya kekacauan dalam Blok Komunis itu

sendiri.

Akibatnya, wilayah-wilayah pengaruh komunis

telah mengecapi kemerdekaan dan mengakibat

kuasa politik Kesatuan Soviet semakin lemah.

[email protected]

49

Rumusan Sejarah Keruntuhan Kesatuan Soviet

Pada 25 Disember 1991, pemimpin Rusia,

Boris Yelstin menghantar surat kepada PBB

menyatakan negaranya Rusia adalah

pengganti Kesatuan Soviet dalam Majlis

Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung

PBB.

26 Disember, Presiden terakhir Kesatuan

Soviet, Mikhail Gorbachev secara rasmi

meletak jawatan dan membubarkan Kesatuan

Soviet. Bendera Soviet diturunkan buat kali

terakhir di Kremlin.

[email protected]

50

Rumusan Sejarah Keruntuhan Kesatuan Soviet

Pada 26 Disember, Majlis Tertinggi Kesatuan

Soviet mengiktiraf pembubaran tersebut dan

kemudian membubarkan majlis itu sendiri.

31 Disember, badan-badan Kesatuan Soviet

yang masih beroperasi, menutup operasi

mereka lalu menyebabkan Kesatuan Soviet

secara rasmi tamat dan hilang di peta dunia.

[email protected]

51

Rumusan Sejarah Keruntuhan Kesatuan Soviet

Itulah ringkasan sejarah keruntuhan Kesatuan

Soviet. Selepas keruntuhannya, Rusia

mengalami masalah ekonomi yang paling teruk

dalam sejarah.

Malah kekuatan geopolitik Rusia juga dikatakan

teruk dan ada yang menyatakan Rusia sebagai

anjing Amerika Syarikat.

[email protected]

52

Rumusan Sejarah Keruntuhan Kesatuan Soviet

Namun, setelah Vladimir Putin berkuasa

sebagai Presiden Rusia pada tahun 2000,

keadaan kembali berubah, taraf ekonomi

semakin pulih dan mula digeruni oleh negara-

negara Eropah kerana Putin merupakan bekas

ejen KGB yang terlibat dalam cubaan

rampasan kuasa 1991.

[email protected]

53

Rumusan Sejarah Keruntuhan Kesatuan Soviet

Beberapa badan bukan kerajaan di Eropah dan

Rusia telah menjalankan tinjauan mengenai

keruntuhan Kesatuan Soviet.

Dalam tinjauan tersebut dikatakan 65% warga

Rusia, 50% warga Ukraine, dan 45% dari

negara- negara bekas jajahan Kesatuan Soviet

menyesal atas keruntuhan Kesatuan Soviet.

[email protected]

54

SEJARAH KESATUAN EROPAH

[email protected]

55

SEJARAH KESATUAN EROPAH

Kesatuan Eropah ialah entik geo-politik yang

meliputi sebahagian besar benua Eropah.

Usaha-usaha untuk menyatukan negara

negara di Eropah telah berlaku beberapa kali

dalam sejarah benua ini.

Usaha ini bermula dengan Empayar Rom,

Empayar Frankish Charlemagne, sehinggalah

Napoleon Bonaparte dan penaklukan Jerman

dalam Perang Dunia Kedua.

[email protected]

56

SEJARAH KESATUAN EROPAH Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan

dan ketenteraan yang menyebabkan penyatuan

tersebut tidak kekal dan tidak stabil.

Penyatuan pertama yang tidak melibatkan

ketenteraan diutarakan oleh Victor Hugo pada

1851.

Berikutan Perang Dunia Pertama dan Perang

Dunia Kedua, dorongan untuk mewujudkan

negara-negara Eropah yang membangun dan

bebas perang meningkat.

Sentimen ini akhirnya mewujudkan Komuniti

Arang Batu dan Keluli Eropah pada 1951.

[email protected]

57

SEJARAH KESATUAN EROPAH

Kesatuan yang sebenar ditubuhkan pada 1957

melalui Perjanjian Rom dan kesatuan ini

dinamakan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC).

Kesatuan dimulakan pada 1 Januari 1958.

Kesatuan ini kemudiannya dinamakan Komuniti

Eropah dan akhirnya Kesatuan Eropah.

Kesatuan Eropah telah berevolusi daripada

sebuah badan perdagangan kepada persekutuan

ekonomi dan politik.

[email protected]

58

SEJARAH KESATUAN EROPAH

Kesatuan Eropah (European Union / EU)

merupakan satu kesatuan antarabangsa yang

dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah.

Perjanjian Maastricht 1992 melihatkan banyak

perubahan dalam pertubuhan ini, terutamanya

dalam hal ehwal kewangan dan politik dan juga

pengenalan nama "Kesatuan Eropah".

Pada hari ini, EU mempunyai 27 negara ahli dan

beberapa negara lagi yang sedang memohon

untuk memasukinya.

[email protected]

59

SEJARAH KESATUAN EROPAH Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap

negara ahli EU adalah terbanyak di dunia, iaitu

11.6 trilion euro (AS$15.7 trilion).

EU mengamalkan satu pasaran tunggal melalui

dasar perdagangan umum, dan juga Dasar

Pertanian / Perikanan Umum, dan Dasar

Pembangunan Serantau. Mata wang euro

diperkenalkan pada 2004 dan digunakan oleh 13

negara ahlinya (dipanggil Eurozone).

Sejak 1993, EU juga mengamalkan Dasar Luar

Negeri dan Keselamatan yang terhad, dan juga

kerjasama dalam hal ehwal polis dan kehakiman.

[email protected]

60

SEJARAH KESATUAN EROPAH

Institusi-institusi penting EU termasuk

Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah, Majlis

Kesatuan Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah

dan juga Bank Pusat Eropah.

Warga EU berhak melabur, bermastautin,

bergerak dan bekerja di negara ahli EU lain

dengan bebas tanpa pasport dan pemeriksaan

kastam seperti yang dipersetujui dalam

Perjanjian Schengen.

[email protected]

61

STATUS

Kesatuan Eropah ialah pertubuhan serantau

(regional organisation) yang terbesar di dunia.

Negara-negara ahli memindahkan hak-hak

penting kebangsaan, seperti dasar kewangan,

pasaran dalam negara, perdagangan luar kepada

kesatuan ini.

Walaupun EU kelihatan seperti sebuah kerajaan

persekutuan (seperti Amerika Syarikat), kesatuan

ini tidak diuruskan seperti kerajaan persekutuan

tetapi berdasarkan "prinsip subsidiariti".

[email protected]

62

Isu Terkini

Isu terbesar kini ialah pembesaran kesatuan,

hubungan dengan Amerika Syarikat dan

penyertaan Euro di negara anggota yang masih

belum menerima mata wang EU ini.

Draf terakhir perlembagaan Eropah telah dicapai

pada 18 Jun 2004, dan kini menunggu

pengesahan setiap negera anggota.

[email protected]

63

Negara Anggota dan Pembesaran Eropah

Sejak 1 Mei 2004, Kesatuan Eropah terdiri daripada

25 negara anggota. Kesatuan ini dimulakan oleh 6

buah negara iaitu:

1. Belgium

2. Perancis

3. Jerman Barat

4. Itali

5. Luxembourg

6. Belanda

[email protected]

64

Kemudian, kesatuan mengalami beberapa kali

pembesaran bermula 1973 sehinggalah 2004 yang

menjadikan kesatuan ini terdiri daripada 25 buah

negara.

• Denmark, Ireland, dan United Kingdom (1973)

• Greece (1981)

• Portugal, Sepanyol (1986)

• Jerman Timur (1990).

[email protected]

65

Jerman Timur dan Barat bersatu menjadikan Jerman

sebagai negara terbesar di Eropah dengan kini 80

juta orang penduduk.

Austria, Finland, dan Sweden

Cyprus, Republik

Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania,

Malta, Poland, Slovakia dan Slovenia (2004)

Bulgaria, Romania (2007)

Greenland yang diberi hak pemerintahan kerajaan

sendiri (home rule) oleh Denmark, meninggalkan EU

pada 1985.

[email protected]

66

Hubungan Istimewa dengan Kesatuan Eropah

Banyak negara seperti Monaco dan Andorra

mempunyai perjanjian khas dengan kesatuan ini

membolehkannya mengguna dan menghasilkan

mata wang Euro.

Status quo Kawasan Luar Negara

Beberapa kawasan yang terletak di luar benua

Eropah diterima sebagai anggota EU contohnya

Pulau Canary, Isle of Man, dan sebagainya.

[email protected]

67

Ekonomi

Setakat ini (Mei 2004), Kesatuan Eropah merupakan

blok ekonomi yang terbesar di dunia dengan GDP

sebanyak € 9.613 x 10¹², berbanding Amerika

Syarikat yang mempunyai GDP paling besar untuk

negara tunggal iaitu sebanyak AS$ 10.450 x 10¹²

ataupun € 8.782·10¹². Pada 2004, Kesatuan Eropah

mengalami pertumbuhan ekonomi yang tepu dan

kurang peluang pekerjaan.

[email protected]

68

Ekonomi EU dijangka akan meningkat dalam

beberapa dekad yang akan datang

memandangkan lebih banyak negara akan

menyertai kesatuan ini dan kebanyakan negara

tersebut mempunyai GDP yang jauh lebih rendah

daripada purata EU.

Oleh itu, pertumbuhan GDP di negara negara ini

dijangka akan menjadikan ekonomi EU terus

dinamik.

Walau bagaimanapun, kesan daripada

kemasukan nagara baru ini akan menyebabkan

GDP EU jatuh untuk tempoh masa yang singkat.

[email protected]

69

PEMBENTUKAN PARLIMEN EROPAH

Parlimen Eropah (Europarl atau EP) ialah satu-

satunya institusi parlimen yang dipilih secara

langsung di Kesatuan Eropah (EU).

Bersama dengan Majlis Kesatuan Eropah

(Majlis), Parlimen ini membentuk cabang

perundangan dwidewan institusi Kesatuan dan

juga disifatkan sebagai salah satu kuasa

perundangan yang paling berkuasa di dunia.

Parlimen dan Majlis membentuk badan

perundangan tertinggi dalam lingkungan

Kesatuan.

[email protected]

70

PEMBENTUKAN PARLIMEN EROPAH

Sungguhpun begitu kuasa-kuasanya terhad

kepada kompetens yang dikurniakan ke atas

Komuniti Eropah oleh negara-negara anggota.

Maka itu, institusi ini agak terhad kuasanya

terhadap kawasan-kawasan dasar yang

dipegang negeri-negeri dan dalam lingkungan

dua tunggak lain daripada tiga tunggak Kesatuan

Eropah.

[email protected]

71

PEMBENTUKAN PARLIMEN EROPAH

Parlimen ini terdiri daripada 785 orang Ahli

Parlimen Eropah yang berkhidmat kepada para

pemilih demokratik kedua terbesar di dunia

(mengekori India) dan para pengundi demokratik

transnasional terbesar di dunia (342 juta

pengundi yang layak pada tahun 2004).

[email protected]

72

PEMBENTUKAN PARLIMEN EROPAH

Parlimen Eropah dipilih secara langsung setiap

lima tahun melalui hak mengundi umum sejak

tahun 1979.

Walaupun Parlimen Eropah mempunyai kuasa

perundangan yang tidak dimiliki badan-badan

lain, namun Parlimen ini tiada inisiatif undang-

undang seperti kebanyakan parlimen

kebangsaan.

[email protected]

73

PEMBENTUKAN PARLIMEN EROPAH

Sedangkan merupakan "institusi perdana"

Kesatuan Eropah (julung kali dinyatakan dalam

perjanjian, mempunyai keutamaan upacara

mengatasi segala kekuasaan di peringkat

Eropah), Majlis memegang kuasa lebih besar

terhadap perundangan berbanding Parlimen

apabila tatacara keputusan bersama (hak

pindaan dan penolakan yang sama rata) tidak

dikenakan.

Namun, Parlimen berkuasa terhadap bajet EU

sejak 1970-an dan memegang hak veto terhadap

pelantikan Suruhanjaya Eropah.

[email protected]

74

PEMBENTUKAN PARLIMEN EROPAH

Sedangkan merupakan "institusi perdana"

Kesatuan Eropah (julung kali dinyatakan dalam

perjanjian, mempunyai keutamaan upacara

mengatasi segala kekuasaan di peringkat

Eropah), Majlis memegang kuasa lebih besar

terhadap perundangan berbanding Parlimen

apabila tatacara keputusan bersama (hak

pindaan dan penolakan yang sama rata) tidak

dikenakan.

Namun, Parlimen berkuasa terhadap bajet EU

sejak 1970-an dan memegang hak veto terhadap

pelantikan Suruhanjaya Eropah.

[email protected]

75

PEMBENTUKAN PARLIMEN EROPAH

Parlimen Eropah ada dua tempat persidangan,

iaitu Immeuble Louise Weiss di Strasbourg,

Perancis, untuk sesi pleno dan juga pusat rasmi;

dan kompleks Espace Léopold di Brussels,

Belgium, yang menjadi tempat mesyuarat

persediaan dan sesi pelengkap bukan pleno.

Kos untuk memastikan semua Ahli dan

kakitangan mereka berpindah dari satu tempat ke

tempat lain beberapa kali setahun

membimbangkan sesetengah pihak.

Sekretariat Parlimen Eropah, iaitu badan

pentadbiran Parlimen, bertapak di Luxembourg.

[email protected]

76

PEMBENTUKAN PARLIMEN EROPAH

Presiden Parlimen Eropah (Speakernya) kini

bernama Hans-Gert Pöttering (EPP), yang

dilantik pada Januari 2007.

Beliau mengetuai sebuah dewan berbilang parti

yang dikuasai dua parti terbesar iaitu Parti

Rakyat Eropah-Demokrat Eropah (EPP-ED) dan

Parti Sosialis Eropah (PES).

[email protected]

77

PEMBENTUKAN PARLIMEN EROPAH

Pilihan raya seluruh Kesatuan paling terkini yang

pernah diadakan diadakan pada tahun 2004,

namun begitu, Romania dan Bulgaria menyertai

EU pada tahun 2007 dan sudah memilih ahli

masing-masing pada tahun yang sama; pilihan

raya seluruh Kesatuan seterusnya akan diadakan

pada tahun 2009.

[email protected]

RUMUSAN SAYA BAGI KULIAH HARI INI.

Pembaharuan

dalam sistem

politik Eropah

78