nota kuliah ppk 223

27
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN SIDANG AKADEMIK 05/06 SEMESTER II PPK 223 KEMAHIRAN HIDUP DALAM PENDIDIKAN KHAS

Upload: azeem-fiqri

Post on 30-Dec-2014

234 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

aaa

TRANSCRIPT

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

SIDANG AKADEMIK 05/06

SEMESTER II

PPK 223

KEMAHIRAN HIDUP DALAM PENDIDIKAN KHAS

KULIAH 1 : KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

Kemahiran hidup merupakan set kemahiran manusia yang diperolehi menerusi pengalaman atau pembelajaran terus yang diinginkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam kehidupan manusia seharian.

Melalui pembelajaran – cth melalui sekolah Melalui pengalaman – cth melalui menyelesaikan masalah Kebolehan menerima keadaan tingkah laku positif yang membolehkan individu itu mengatasi masalah @ cabaran harian

secara berkesan. Dalam pendidikan sek. Ren dan sek. Men, kemahiran hidup ini merujuk kepada set kemahiran yang membantu dan

diperlukan secara khusus dalam kehidupan moden. Cthya pengurusan Kewangan, penyediaan makanan, kebersihan, bacaan & pengiraan. Di nyatakan bahawa kemahiran hidup terasing daripada kemahiran kerjaya. Terdapat berbagai – bagai bidang yang berasaskan kepada beberapa katogeri iaitu kebolehan kognitif, kemahiran membuat

keputusan dan penyelesaian masalah pada setiap manusia.i. Bagaimana kemahiran mendapatkan maklumat

ii. Kemahiran menilai @ membuat jangkaan yang berdasarkan apa yang berlaku sekarang.iii. Kemahiran mencari penyelesaian alternativeiv. Kemahiran membuat analisis berkaitan sesuatu perkara yang mempengaruhi nilai & sikap seseorang.

Kebolehan personalKemahiran untuk mempertingkatkan kawalan kendiri

i. Konsep kendiriii. Kemahiran membina keyakinan

iii. Kesedaran kendiri Kesedaran tentang hak Kekuatan dan kelemahan

iv. Kemahiran meletakkan matlamatv. Penilaian kendiri

vi. Kemahiran mengurus perasaanvii. Kemahiran mengawal kemarahan

viii. Kemahiran mengatasi kerisauanix. Kemahiran mengatasi kehilanganx. Kemahiran mengatasi trauma

xi. Kemahiran menguruskan stres

DEFINISI KEMAHIRAN HIDUP

Kemahiran Hidup merupakan set kemahiran manusia yang diperolehi secara pembelajaran dan pengalaman terus yang digunakan untuk mengetahui masalah dalam kehidupan seharian.

Merupakan kelebihan untuk melakukan tingkah laku yang positif yang membolehkan seseorang individu itu menghadapi cabaran seharian secara berkesan. Dalam pendidikan sek. Ren dan sek. Men, kemahiran hidup merupakan set kemahiran yang membantu dan diperlukan secara spesifik dalam kehidupan moden. Cth: Membaca & Mengira.

KEBOLEHAN DALAM KEMAHIRAN HIDUP

Kognitif Kemahiran membuat keputusan dan penyelesaian masalah

- Kemahiran mendapatkan maklumat Kemahiran menilai

- Kemahiran membuat jangkaan berdasarkan apa yang berlaku sekarang Kemahiran mencari penyelesaian alternative Kemahiran membuat analisis berkaitan sesuatu perkara yang mempengaruhi nilai seseorang

- Dapat membuat jangkaan dengan tepat.

Peribadi Kemahiran untuk mempertingkatkan kawalan kendiri ( self – esteem) Kemahiran membina keyakinan diri Kemahiran kesedaran kendiri

- Kesedaran tentang hak diri sendiri dalam pelbagai perkara- Nilai, sikap, kekuatan / kelemahan diri

Kemahiran penilaian kendiri Kemahiran mengurus perasaan Kemahiran mengawal kemarahan

Kemahiran untuk mengatasi kerisauan - Kerisauan positif yang boleh dijadikan motivasi

Kemahiran mengatasi kehilangan- Trauma : kesan daripada sesuatu perkara yang berlaku secara mendalam dalam diri seseorang.

Kemahiran menguruskan stres

MODEL PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Medical model (model perubatan)

Developmental model (model perkembangan)

Behaviorist model (model tingkah laku)

Cognitive model (model kognitif)

Humanistic model (model kemanusiaan)

Ecological model (model ekologi)

KAEDAH – KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Analsis tingkah laku – bila, dimana, kekerapan, apa yang berlaku.

Pengurusan kontigensi – perjanjian antara guru dan murid

Pengawalan rangsangan (stimulasi control) – nasihat

Pembelajaram mastery dan pengajaran terus – Pengulangan dan penguasaan pembelajaran.

Model dan latihan kemahiran sosial – guru menunjukkan cara bagaimana tingkahlaku dilakukan.

Latihan secara proses

Pengajaran kognitif dan meta kognitif

Bimbingan rakan sebaya

Pembelajaran koperatif

Pengaplikasian komputer

PEMBELAJARAN

- Perubahan tingkahlaku yang agak tetap melalui pengalaman dan latihan yang diteguhkan. (rangsangan dan peneguhan)

Cth : pujian, suruhan.

- Berlaku apabila rangsangan dip roses oleh otak untuk menjadi pengalaman

cth: trafik jam

- Pengalaman digunakan untuk sesuatu tingkah laku atau tindakan

KULIAH 2

TEORI

- Satu set perlakuan formal yang menyediakan ciri-ciri lengkap dan konsisten sesuatu domain yang lengkap ( Reber ,

1985).

- Satu teori dan model teoritikal adalah satu set pemikiran abstrak atau saranan digunakan untuk membimbing dalam

membuat keputusan secara praktikal

PRINSIP – PRINSIP

- Adalah generalisasi yang digunakan sebagai garis panduan untuk bertindak. Kebanyakan pengajaran adalah

berdasarkan kepada satu set prinsip –prinsip.

KAEDAH

- Berkaitan dengan prosedur langkah demi langkah yang diperlukan untuk pengajaran.

- Ia juga dikaitkan dengan pengurusan program pengajaran (organizing of instructional program) bertujuan untuk

mencapa matlamat kokurikulum.

STRATEGI

- Adalah kaedah dalam bentuk yang lebih kecil. Ia adalah sesuatu operasi pengajaran yang khusus digunakan untuk

membimbing aktiviti guru kelas satu plan kecil.

- Adalah rancangan skala kecil digunakan untuk menigkatkan dan mudahcara pencapaian objektif yang lebih spesifik.

Ia lebih berfokus berbanding kaedah.

TEKNIK

- Adalah prosedur skala kecil yang khusus. Prosedur dan teknik adalah tahap yang paling rendah dalam heraki dan

yang paling konkrit antara eleman yang ada.

PENGUASAAN KEMAHIRAN HIDUP KEPADA KANAK – KANAK KURANG UPAYA.

- Sangat penting dalam pekerjaan

- Pelajar ini mempunyai potensi untuk hidup dan bekerja di dalam komuniti. Jika mereka menerima pengajaran

kemahiran hidup yang sesuai ( Rusch & Phelps 1987).

- Pendekatan kurikulum kemahiran hidup menggabungkan akademik, kehidupan harian, personal / social & kemahiran

pekerjaan ke dalam pembelajaran bersepadu yang disediakan untuk membantu pelajar berfungsi secara berdikari di

dalam komuniti.

KEMAHIRAN HIDUP

- Satu bidang pengetahuan yang luas dan kemahiran interaksi yang dipercayai penting untuk hidup berdikari bila

dewasa (Brolin 1989).

- Pelajar ini memerlukan pendidikan dan bantuan untuk mempelajari tingkah laku yang diperlukan.

- Mereka perlu tahu bagaimana hendak berpakaian, mengamalkan tingkah laku yang sesuai ketika makan, membuat

keputusan mengenai wang dan menggunakan pengangkutan untuk bekerja.

- Tiga kemahiran yang penting yang perlu diberi perhatian iaitu kehidupan harian, kemahiran personal, sosial dan

pekerjaan.

KEMAHIRAN HIDUP HARIAN

- Cara mengurskan rumah tangga, keluarga dan kewangan yang berkesan.

- Tanggung jawap pengajaran disandarkan kepada guru khas, guru biasa, ibu bapa dan rakan sebaya. Kemahiran ini

penting bagi mereka berdikari.

MODEL PERUBATAN

- Model berdasarkan pendapat, masalah pembelajaran adalah disebabkan oleh kecelaruan organic atau penyakit

(mahonay 1980, wecowicz 1984)

- Beranggapan penyakit atau ketidak fungsian organic yang menyebabkan masalah pembelajaran dan tingkah laku

devian. Etiologi merujuk sebagai sebab berlakunya penyakit.

- Ketidak fungsian saraf, kesilapan biologi dan faktor genetic dianggap sebagai punca kepada keadaan ketidakupayaan.

- Faktor enviroment juga dianggap menyumbang kepada masalah pembelajaran etiologi, khasnya yang menjejaskan

sistem biological.

- Model ini menyarankan rundingan yang kerap antara pihak pendidik dan pakar perubatan mengenai cara terbaik

mendidik dan menjaga insane dengan keperluan khas.

- Model perubatan berpendapat diagnosis fizikal, saraf dan biological secara komprehensif perlu diadakan sebelum

melakukan sesuatu intervensi pendidikan.

MODEL PERKEMBANGAN

- Mempunyai pandangan bahawa faktor perkembangan mengawal perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak

remaja.

- Model ini juga menerima faktor environment mempengaruhi perkembangan tetapi kurang terserlah berbanding

dengan faktor biologi.

- Peranan guru adalah mengenal pasti peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dalam beberapa domain.

(intelek, fizikal, sosial dan emosi) dan merancang kaedah bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak pada

setiap bidang.

MODEL KOGNITIF

- Model ini memfokuskan kepada mental dalaman atau proses pemikiran berbanding dengan respon luaran atau

tingkah laku yang dapat dilihat.

- Menganggap manusia cuba memahami persekitaran dan tidak hanya membuat reaksi secara pasif kepada kejadian di

persekitaran.

- Teori kognitif cuba menerangkan bagaimana otak memproses maklumat dan memberi makna dari maklumat itu.

MODEL KEMANUSIAAN

- Berdasarkan kepercayaan yang semua manusia mempunyai kecenderungan kesempurnaan kendiri, satu keinginan

asas untuk menjadi apa yang mereka boleh capai melalui aktiviti penentuan kendiri.

- Memperjuangkan matlamat pendidikan bagi membolehkan pelajar mengambil tanggungjawab menentukan apa yang

hendak dipelajari dan menjadi lebih mengarah kendiri & bebas berdikari.

MODEL EKOLOGIKAL

- Tingkah laku ditentukan melalui interaksi individu & sifat – sifat persekitaran ( Apter & Conoley 1984)

- Menyokong pendapat penganalisaan serentak tentang penyesuaian individu terhadap persekitaran & kesan kuasa

persekitaran.

- Teknik ekologikal beri penekanan terhadap penganalisisan ekosistem yang didefinisikan sebagai system interaksi

mengandungi benda hidup & tidak hidup yang ada di persekitaran seperti sekolah , keluarga dan komuniti.

MODEL TINGKAH LAKU

- Penganalisisan tngkah laku adalah mejadi dasar kepada kaedah bermakna dalam pendidikan khas.

- Ia memberi focus kepada tingkah laku yang dapat dilihat external pada persekitaran untuk mengubah tingkah laku,

model ini memanipulasi kejadian dipersekitaran untuk mengubah tingkah laku

- Tugasan guru adalah memanipulasi antecedent atau konsekuen (akibat) yang membolehkan kanak-kanak

memperolehi atau menghapuskan tingkah laku yang tak diingini.

KULIAH 3

PENGERTIAN KOKURIKILUM

- Nicholas SH dan Nicholas A (1981) mentakrifkan sebagai semua peluang pembelajaran yang dirancang oleh guru-

guru untuk murid-murid di sekolah.

- Elizabeth Maceia dari University Ovlio Amerika Syarikat menerangkan kukrikulum sebagai suatu reka bentuk

kelompok sosial untuk pengalaman –pengalaman pendidikan bagi murid disekolah.

- Kerr J.K pula mendefinisikannya sebagai semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah sama ada

dilaksanakan secara kelompok ataupun individu di dalam atau di luar sekolah.

- Hirst menerangkan kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid

mencapai objektif yang telah dirancang.

- Kesimpulannya, kurikulum adalah rancangan yang merangkumi aktiviti akademik dan bukan akademik yang boleh

membantu murid-murid mencapai perkembangan intelek, rohani, emosi, jasmani pengalaman yang dirancang

hendaklah selaras dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan mereka.

MATLAMAT KURIKULUM

- Bermatlamat sebagai ruang untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan

pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan kearah kehidupan

bermakna.

PENGURUSAN KEHIDUPAN KEMAHIRAN HIDUP DALAM PENDIDIKAN KHAS

- Merupakan ilmu pengetahuan yang luas dan kemahiran yang dipercayai sesuai untuk dewasa hidup berdikari (Brolin

1989)

- Merangkumi kemahiran menjaga kekemasan diri, mengurus tingkah laku menggunakan jadual yang sesuai,

mempelajari kemahiran manipulatif (bertukang), asas masakan, jahitan, perkebunan dsb, membuat keputusan

kewangan dan menggunakan penggangkutan.

KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP

- Mengurus kewangan peribadi

Kira duit , membuat tukaran yang betul

Membuat penyimpanan wang

- Memilih & mengurus rumahtangga

Mengatur / kemas rumah

Menyusun peralatan rumah

Memancing & menyediakan masakan

- Menjaga keperluan diri

Mempamerkan penjagaan kesihatan yang sesuai

Berpakaian yang sesuai

Mendapatkan penjagaan kesihatan

Mengelakan penyalahgunaan bahan

Mempunyai pengetahuan tentang penyalkit biasa, pencegahan & rawatan

Mengekalkan kecergasan fizikal, pemakanan dan berat badan

- Kesedaran keselamatan

Memahami tanda isyarat keselamatan

Mengenal pasti bau yang ganjil

Mengenal pasti bunyi ganjil

Membaca & memahami prosedur asa keselamatan

- Mengadakan, menyediakan & memakan makanan

Membeli makanan dan sediakan makanan

Membersihkan tempat menyediakan makanan

Simpan makanan dengan betul

Penyediaan makanan, baca label & ikut resepi

Rancang & makan makanan yang seimbang

- Membeli & menjaga pakaian

Basuh baju

Membeli kain : tunjuk pengetahuan tentang harga & jualan murah

- Mempamerkan sikap warganegara yang bertanggungjawab

Dapatkan bantuan guaman

Melaporkan jenayah

Mempamerkan pengetahuan tentang peraturan dan berkebolehan mengikuti peraturan.

- Menggunakan kemudahan rekreasi dan melakukan aktiviti sengang

Pilih dan rancang aktiviti

Merancang masa cuti

- Pergerakan dalam komuniti

PRINSIP PENDEKATAN PENGAJARAN TINGKAH LAKU

- 2 JENIS TINGKAH LAKU

TINGKAH LAKU RESPONDEN

- Berdasarkan kajian Ivan Pavlor seekor anjing mengeluarkan air liur dengan mendengar bunyi loceng dapat menjelaskan

mengenai tingkah laku responden.

- Rangsangan semula jadi (loceng) yang pada mulanya tidak menimbulkan sebarang respon (keluar air liur) dapat

dilazimkan supaya berkuasa untuk menyebabkan terliur. Ini dengan membunyikan loceng sebelum memberi makanan.

Akhirnya anjing itu mengeluarkan air liur apabila mendengar saja bunyi loceng walaupun tanpa diberi makanan.

- Pavlor menamakan eksperimen ini sebagai pelaziman klasik. Kajian ini juga membuktikan bahawas setiap pembelajaran

dapat dipelajari dan juga dihapuskan dengan manipulasi rangsangan.

- Melalui proses pelaziman respondan, rangsangan (stimulasi ) digunakan untuk menghasilkan sesuatu tindak balas

(response) s rangsangan.

TINGKAH LAKU OPERAN

- B.F.Skinner membuat kajian bagi membezakan perbezaan antara responden dan pelaziman operan.

- Mengikut Skinner tingkah laku operan adalah pembelajaran respon – rangsangan. Ia merujuk kepada konsekuen yang

diberi selepas seseorang mempamerkan sesuatu tingkah laku atau respon

R ( tindak balas ) ----------------------- S ( rangsangan)

- Skinner memasukkan tikus kedalam kotak yang mempunyai 2 tuas. Dengan menekan satu daripada tuas itu

akan mengeluarkan makanan dan yang lagi satu tidak. Selepas beberapa kali mencuba tikus tadi dapat

mempelajari tuas yang mana dapat menghasilkan makanan.

- Asas rukun tingkah laku operan ialah tingkah laku dapat dikuasai melalui konsekuen yang berlaku dengan

segera selepas itu skinner menyatakan proses meningkatkan dan mengurangkan kebarangkalian tingkah laku

melalui memanipulasi konsekuen secara sistematik adalah pelaziman operan.

TEORI TINGKAH LAKU

o Berdasarkan 2 tanggapan asas

o Setiap sekuen tingkah laku mempunyai tiga komponen asas.

ANTECEDENT BEHAVIOUR CONSEQUENCE

(sesuatu yang berlaku (tingkah laku) (akibat)

terlebih dahulu)

o Antecedents – adalah keadaan (rangsangan) yang berlaku sebelum sesuatu tingkahlaku berlaku. Ia menentukan peringkat

sesuatu respon.

o Tingkah laku - ialah respon kepada antecedent atau keadaan rangsangan.

o Konsekuen (akibat) – ialah keadaan (rangsangan) yang berlaku selepas sesuatu tingkah laku dan boleh menyebabkan

kebarangkalian setiap tingkah laku itu berlaku di masa yang akan datang.

Antecedent -------------------------- Behaviour ---------------------- Consequence

Katogeri tingkah laku manusia:

- tingkah laku ok

- tingkah laku berlebihan

- tingkah laku berkurangan

JENIS-JENIS PENEGUHAN

PENEGUHAN UTAMA

- Peneguhan tak dilazimkan, iaitu tak bergantung pada pelaziman yang sebelumnya untuk nilai peneguhan kerana

ia secara semulajadi memberi kepuasan kepada keperluan biologi. Oleh itu makanan, minuman, tempat tinggal

sekolah dan beberapa bentuk stimulasi sentuhan juga dianggap peneguhan utama. Keberkesanan peneguhan ini

bergantung kepada pengaruh kejemuaan atau halangan (extinction and deprivation).

PENEGUHAN SEKUNDER

- Peneguhan yang dilazimkan walaupun pada mulanya tidak merangsang, ia dapat kuasa peneguhan bila di

pasangkan secara konsistan dengan rangsangan yang mempunyai kuasa peneguhan.

- Jika aktiviti yang menjadi pilihan digunakan sebagai peneguhan, ia dikenali sebagai prinsip Premack.

PENEGUHAN POSITIF DAN PENEGUHAN NEGATIF

- Ada 2 asas operasi peneguhan. Kedua-duanya mempunyai matlamat untuk meningkatkan kekuatan tingkah

laku.

- PENEGUHAN POSITIF – ia melibatkan proses menambah sesuatu yang seronok atau yang disukai kepada

environment. Cth: pujian

- PENEGUHAN NEGATIF – juga melibatkan tingkah laku tetapi ia melibatkan proses pengeluaran /

menghentikan sesuatu yang tidak disukai. Cth: siapkan kerja dahulu baru boleh balik.

PENEGUHAN TANGIBEL (BENDA)

- Ia adalah barangan, peneguhan ini hanya boleh diberi bila dipasangkan dengan peneguhan lain supaya dapat

ditarik balik sekiranya pelajar sudah belajar membuat respon kepada peneguhan yang lebih sesuai seperti

aktiviti atau peneguhan sosial.

PENEGUHAN BERBENTUK AKTIVITI ATAU KEISTIMEWAAN

- Ini mungkin jamuan atau keistimewaan.

PENEGUHAN SOSIAL

- Ia termasuk pujian dan syarat sosial, senyum dll

PENEGUHAN TOKEN

Token ialah gentian sementara kepada gentian. Token ekonomi adalah satu sistem yang memberi peluang

pelajar mendapatkan token supaya dapat ditukarkan kepada peneguhan yang khusus.

MENENTUKAN PILIHAN PENEGUHAN

Satu set senarai bahan peneguhan bagi tujuan penukaran dengan token yang dikumpulkan di panggil menu peneguhan /

ganjaran. Kita dapat mengumpul senarai peneguhan ini dalam beberapa cara.

Pemerhatian, temuramah dan sample peneguhan.

MEMANIPULASI KONSEKUEN UNTUK MENGURANGKAN TINGKAH LAKU

PENGHAPUSAN

- Menghentikan atau menahan peneguhan yang dapat mengekalkan tingkah laku sasaran ( tak memperdulikan )

KESAN RESPON

- Menghentikan peneguhan jika berlaku tingkahlaku yang tidak diingini seperti dalam ekonomi token.

TIME – OUT (PENGASINGAN)

- Mengeluarkan dari persekitaran yang positif.

HUKUMAN (PILIHAN TERAKHIR)

- Pembetulan yang melampau

- Cth fizikal : rotan, cubit

KULIAH 3: KEMAHIRAN PENGURUSAN RUMAH TANGGA

Antara komponen dalam mata pelajaran kemahiran hidup

Bagi kanak – kanak berkeperluan khas mata pelajaran ini didedahkan dari peringkat sekolah rendah

Antara objektif mata pelajaran ini adalah member pengalaman melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan

rumah tangga supaya dapat membolehkan mereka hidup berdikari dan dapat menjalankan aktiviti seharian yang berfungsi.

KURIKULUM PENGURUSAN RUMAH TANGGA ( SEKOLAH RENDAH)

Kebersihan di rumah

Pengenalan kepada makanan

Pengenalan kepada perkakas

Tanggungjawab di rumah

Menyediakan minuman untuk diri sendiri

Menyediakan makanan untuk diri sendiri

KEPENTINGAN PENGURUSAN RUMAH TANGGA ( SEKOLAH MENENGAH)

Mengurus tempat tinggal

Menjaga keselamatan dan kebersihan dapur

Menguruskan makanan

Pengurursan pakaian

Menjahit

KEPENTINGAN MENGUBAH KURIKULUM

Bagi memenuhi keperluan unik pelajar khas

- Perbezaan kebolehan membaca, motivasi, cara belajar, pengalaman gagal, perbezaan budaya, perbezaan dari segi

kemahiran, minat, sikap, bakat, kebiasaan, nilai dan kebolehan fizikal.

TEKNIK MENGUBAHSUAI KURIKULUM

Penyesuaian matlamat pangajaran

Pengubahsuaian skop dan urutan objektif

Pengubahsuaian isi kandungan kurikulum bagi menampung perbezaan dalam latar belakang budaya, kebolehan fizikal,

bakat / minat.

Pengubahsuaian kadar aktiviti persembahan

Pengubahsuaian kemudahan atau perkakas peralatan yang diperlukan bagi melaksanakan kurikulum

Perubahan criteria yang diperlukan bagi menunjukkan pencapaian objektif.

STRATEGI PENGAJARAN

Ulang beberapa kali isi penting, arahan dan peraturan keselamatan

Pecahkan unit persembahan pengajaran kepada langkah – langkah kecil

Gunakan banyak demonstrasi secara fizikal dan kurang bentuk syarahan

Sediakan banyak peneguhan positif bagi pencapaian yang Berjaya

Sediakan suasana kelas yang mesra dan saling menyokong

Member penekanan kepada kata kunci

Sesuaikan bahan pengajaran dengan cara menjelaskan, memudahkan / tingkatkan rangsangan nya (besarkan perkataan dll)

Beri kebenaran menggunakan pembimbing rakan sebaya supaya pelajar mempunyai rakan yang boleh membantu.

Tingkatkan penggunaan bahan bantuan audio & visual yang membantu yang tidak

boleh membaca supaya dapat belajar dengan lebih berkesan.

LANGKAH – LANGKAH PENGAJARAN

Kenal pasti isi kandungan yang akan diajar – mengemas tempat tidur

Kenalkan alat / bahan yang terlibat dalam aktiviti pengajaran – bantal, selimut

Pecahkan langkah – langkah pengajaran kepada bahagian – bahagian yang kecil ( jika perlu), ajar mengikut urutan.

Sediakan system peneguhan bagi merangsang pembelajaran ( ekonomi token, peneguhan positif, dll). Jika sesuai guru

bincang dengan pelajar jenis peneguhan yang akan digunakan supaya nilainya tinggi dan menjadi daya tarikan.

Guru tunjuk cara melakukan aktiviti, pelajar membuat pemerhatian

Guru bantu pelajar secara fizikal / lisan semasa melakukan tugasan. Peneguhan digunakan bagi merangsang minat pelajar.

Bantuan secara fizikal / lisan dipudarkan secara perlahan.

Pelajar melakukan tugasan tanpa bantuan guru

Guru / pelajar membuat penilaian hasil tugasan. Ubahsuai pendekatan / pengajaran jika hasil tugan kurang memuaskan.

KULIAH 4

MASALAH TINGKAH LAKU DALAM KELAS MENGATASINYA DENGAN EKONOMI TOKEN.

APAKAH TINGKAH LAKU?

Semua tindakan fizikal dan mental yang dilakukan oleh manusia. Jadi tingkahlaku merupakan apa juga yang

dilakukan sama ada baik atau buruk, betul atau salah, berguna atau tidak, produktif atau membazir.

Tingkah laku produktif : tingkah laku yang baik dan berguna pada diri dan persekitaran

TINGKAH LAKU YANG TAK SESUAI

Tingkah laku yang bertentangan dengan norma di sekeliling

BERLAKU DENGAN KERAP – Tingkah laku yang anti sosial pada tahap yang hebat dan pada masa yang agak

lama dari kanak-kanak biasa.

BERLAKU TAK KERAP DARI SEPATUTNYA – Satu tingkah laku yang baik tapi tak dipamerkan.

JENIS TINGKAH LAKU

- Tingkah laku menganggu ( Disruptive)

Kear & Nelson (1989), tingkah laku yang dilakukan boleh merosakkan proses pembelajaran yang sedang

berlaku dalam kelas serta mengganggu orang lain

a. Bercakap tanpa kebenaran

b. Tidak duduk diam

c. Membuat bising

d. Bermain dengan objek

e. Melontar objek

f. Memanjat

- Tidak menurut kata

Rocissano, Slade & Lynch (1987), Menurut kata bermaksud taat kepada arahan daripada orang lain yang lebih

dewasa, bekerjasama kepada permintaan / cadangan & kemahuan untuk menerima cadangan dalam proses

pembelajaran. Tidak menurut kata adalah sebaliknya.

4 kategori tidak menurut kata mengikut Kunczyki 1987:

a. Ketidakpatuhan secara pasif

b. Menunjukkan penentangan

c. Keengganan yang terus terang

d. Perundingan

- Hyperaktiviti

Ee Ah Meng (1992), Merujuk kepada seseorang individu yang terlampau aktif jika berbanding dengan keadaan

biasa. Kanak – kanak seperti ini tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang tujuan dan

sentiasa dalam keadaan yang sukar dikawal.

Ciri – ciri:

a. Kurang tumpuan perhatian

b. Aktiviti berlebihan

c. Sentiasa berasa gelisah

d. Keanak – anakan ( childish)

e. Pencapaian akademik yang merosot

- Tingkah laku bergantung

Bergantung kepada orang lain

Tidak dapat berdikari

Mudah mengikut percakapan orang lain

Kurang keyakinan diri

Konsep kendiri yang rendah

- Tingkah laku merosakkan ( Destructive)

Jenis – jenis:

a. Permusuhan nyata

o Trait biologi

o Kekecewaan

o dipelajari

b. Vandalism

c. Kumpulan samseng

d. Merosakkan kenderaan guru

- Tingkah laku pasif

Ciri – ciri:

a. Pemalu

b. Menghisap jari

c. Gelisah

d. Takut pada situasi baru

e. Risau kepada perkara – perkara kecil

f. Selalu tidak hadir

- Tingkah laku agresif

Ciri – ciri tingkah laku agfresif ialah seperti menampar, memukul, menendang dan tingkah laku pergerakan

karate

Agresif lisan boleh mengguris perasaan orang lain

Kerr & Nelson (1989)

o Agresif fizikal seperti memukul, menendang, menyerang orang lain dengan objek. Mengetuk

objek / masalah tingkah laku

o Agresif lisan pula ialah keluarkan suara yang kuat dan kasar

dengan guru, pembantu guru / rakan sebaya lebih daripada 30 saat.

KESAN SALAH LAKU TERHADAP PEMBELAJARAN

Pencapaian rendah kerana tidak member tumpuan

Kurang akrab dengan rakan

Kebimbangan dan rasa curiga terhadap keselamatan

Mengganggu kelicinan pembelajaran

Guru tidak dapat memenuhi objektif pengajaran

Ketinggalan dalam pembelajaran

FAKTOR – FAKTOR BERLAKU TINGKAH LAKU NEGATIF

BIOLOGI – Kecelaruan hormone

PERSEKITARAN – Tidak konduksif, menekankan peperiksaan, bilangan murid terlalu ramai.

KURIKULUM – Tidak minat, tak paham

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN – Persediaan tak teliti, salah teknik, tak ikut

kesesuaian ABM, perbezaan individu.

TUJUAN TINGKAH LAKU NEGATIF

- Mendapatkan perhatian : Menunjuk – nunjuk, menganggu, membuat jenaka, menjerit.

- Menunjukan kekuasaan : Bertengkar, menentang, engkar, tidak ikut perintah, buli rakan.

- Membalas dendam : Mencuri, ganas, memusnahkan, berlaku kejam

- Mempamerkan ketidakupayaan

- Mempamerkan perasaan : Marah

- Mendapatkan tujuan tertentu.

MENGHINDARKAN TINGKAH LAKU NEGATIF

- Cegah sebelum berlaku.

- Nyatakan dengan jelas dan kerap tingkah laku yang diingini.

- Beri peneguhan kepada tingkah laku yang baik dan sesuai.

- Ajar dan beri panduan cara melakukan tingkah laku yang dikehendaki.

- Kendalikan secara berkesan tingkah laku bermasalah.

BAGAIMANA GURU DAPAT MEMBANTU

- Memounyai sikap positif terhadap kanak-kanak dan pendidikannya.

- Ambil tanggungjawap untuk menukar tingkah laku, jangan terlalu mengharap ada pakar yang akan melakukannya.

Sifat sabar, toleransi, tetapi tegas dan tekal.

- Dapat merancang dan melaksanakan program pengurusan tingkah laku.

- Sokongan dari rakan sekerja dan pentadbir sekolah.

- Bersedia untuk bekerja keras.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

- Segala tindakan yang dilakukan oleh guru untuk meningkatkan kebarangkalian murid secara individu atau

berkumpulan membina tingkah laku berkesan bagi memenuhi kepuasan kendiri, produktif dan diterima oleh

masyarakat (Shed dan Bauer 1987)

PERTIMBANGAN SEBELUM MELAKSANAKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU.

Semak kurikulum sama ada sesuai dengan anak murid. Kalau tak sesuai permudahkan program.

Persekitaran : Tempat mengajar sama ada sesuai atau tidak ( padat / sesak / menarik / bosan )

Tingkah laku kanak-kanak.

EKONOMI TOKEN

Ekonomi token melibatkan pemberian token kepada tingkah laku yang sesuai bagi tujuan menberi peneguhan kepada

tingkah laku itu. Token boleh berbentuk seperti cip, bintang, butang, stem, kupon, tudung botol dan seagainya yang

boleh di tukar kepada peneguhan ( barangan, keistimewaan ) disukai kemudian.

APAKAH EKONOMI TOKEN?

Satu sistem pengurusan dimana guru dan murid bersetuju tingkah laku sasaran yang akan di beri peneguhan. Murid

diberi token dengan segera jika melakukan tingkah laku sasaran. Token ni kemudiannya boleh ditukarkan dengan

ganjaran atau hadiah yang disukai oleh murid. Token dapat diperolehi dikumpul mengikut cara murid bertingkah laku.

Murid mengawal tingkah laku dan guru mengawal peneguhan. Token yang dikumpul semakin meningkat nilainya

kerana aktiviti, bahan dan keistimewaan yang boleh ditukarkan dengannya.

MERANCANG EKONOMI TOKEN

- Pilih tingkah laku yang hendak di ubah / tingkah laku sasaran.

- Tetapkan jenis token yang akan digunakan.

- Tentukan jenis ganjaran yang boleh ditukarkan dengan token.

- Berikkan nilai kepada ganjaran.

- Susun atur kelas.

- Menyediakan peraturan kelas.

- Memberitahu guru besar dan ibu bapa

- Memungut data dasar (buat pemerhatian)

MEMILIH TINGKAH LAKU SASARAN

- Kenal pasti tingkah laku yang hendak diubati. Pastikan apa tindakan yang hendak diambil - Menigkatkan bilangan

tugasan yang akan disiapkan,mematuhi arahan guru.

- Dapat dilihat dan diukur – murid dapat menyiapkan tugasan seperti yang diarahkan. Nyatakan dengan jelas tahap

bagaimana yang boleh mendapat token. Libatkan sama murid dalam keputisan ini.

- Pastikan murid mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya.

- Murid berupaya melakukan dengan berpeluang mendapat token dari awal lagi.

MEMILIH TOKEN

- Kecil mudah diberikan, saiz sesuai untuk di pegang oleh murid.

- Unik ada kelainan, tidak mudah diperolehi sebarangan

- Dapat dipegang, dilihat dan di kira.

- Murah dan mudah disediakan.

- Ada daya ketahanan ( tak mudah rosak ).

- Cth token : cip, bintang emas / perak, butang pelastik, stem (ada nama guru), bentuk cincin, kad individu, duit kertas /

plastic, kupon / kertas warna.

MEMILIH GANJARAN

- Objek yang kerap jadi bahan permainan mereka

- Objek yang murid gemar memilinya.

- Altiviti yang sering / suka dilakukan.

SENARAI GANJARAN

o TANGIBEL – Pembaris, pansel, snek, minuman, gambar, barang hiasan, patung mainan, sijil / surat kepada ibu bapa.

o KEISTIMEWAAN – masa main yang lebih, jadi pembantu guru, ketua kumpulan, berkelah.

MEMBERI NILAI KEPADA GANJARAN

Permulaan:

- Pastikan beberapa token diberi kepada perlakuan yang mantap.

- Ada yang agak murah supaya dapat berpeluang untuk mrmbelinya

- Ada yang mahal dan sukar di perolehi supaya berusaha keras.

- Harga bergantung kepada token dalam pusingan. Jika mudah dapat token. Harga perlu mahal.

KULIAH 5

(SAMBUNG EKONOMI TOKEN)

- Murid perlu dibenarkan berbincang dan menimbangkan item di menu. Murid juga diajak berbincang untuk menentukan token

bagi setiap item.

- Laksanakan ekonomi token. Bermula dengan kecilan.

- Terangkan sistem token dengan jelas dan terperinci.

- Berikan peneguhan token dengan segera kepada tingkah laku yang sesuai jika berlaku.

- Setelah mantap berikan token secara berjadual.

- Berikan masa untuk menukarkan token dengan ganjaran.

- Menu ganjaran perlu kerap diubah untuk memenuhi cita rasa murid.

MENJAMIN KEJAYAAN EKONOMI TOKEN

- Fikirkan satu sistem token yang dapat digunakan sebagai menjamin kepada peneguhan sebenar.

- Sediakan peraturan – peraturan yang menyatakan dengan jelas tingkah laku yang akan diberi token.

- Beri token kepada murid yang menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

- Sediakan sistem penukaran token dengan ganjaran / aktiviti / keistimewaan yang di pilih.

TINGKAH LAKU YANG DIBERI MARKAH

Mengangkat tangan sebelum menjawap soalan. 1 markah

Meminta kebenaran sebelum keluar 1 markah

Membantu rakan 3 markah

Dapat menyiapkan tugasan yang diberi 5 markah

Menjawap soalan guru dengan betul 5 markah

MARKAH DI POTONG

Membuat bising 2 markah

Engkar arahan guru 5 markah

Mengganggu rakan 5 markah

bergaduh 10 markah

BORANG MARKAH TOKEN

BIL NAMA

MURID

BAKI

TERDAHULU

A I S R K JUMLAH DITUKAR BAKI

1 Ahmad 4 5 4 3 5 3 24 - 24

2 Munah - 2 4 6 4 5 21 20 1

BORANG CATATAN TOKEN

BIL NAMA

MURID

BAKI

TERDAHULU

A I S R K JUMLAH BELI CATATAN

1 LINDA 5 2 1 3 4 14 - 14

2 ISHAK 1 5 2 2 3 22 20 BAKI 2

3 KUMAR 1 3 2 3 3 12 - 12

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENDEKATAN TINGKAH LAKU.

- Kenal pasti tingkah laku atau kemahiran yang perlu dikuasai.

- Menggunakan analisis tugasan, kaedah dimana kemahiran yang banyak / luas dibahagikan kepada beberapa komponen atau

langkah murid yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh murid.

- Ia dapat membantu guru menyusun atar kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan menilai tahap

pencapaian murid.

- Satu lagi tanda aras pendekatan tingkah laku adalah pengukuran secara terus dan berterusan.

- Melalui pengukuran sebegini guru dapat menyediakan pengajaran individu yang penting untuk perkembangan dan kemajuan

mereka.

- Teknik ini mempunyai beberapa persamaan: -

Dapat ditiru oleh orang lain selain yang asal

Memerlukan murid melakukan tingkah laku sasaran berlaku berulang kali pada setiap sesi.

Maklum balas yang segera, biasanya dalam bentuk peneguhan positif, diberikan kepada murid.

Kiu dan prompts yang dapat membantu murid menjawap dengan betul ditarik balik secara bersistematik.

Usaha juga dilakukan untuk membantu murid membuat generalisasi kepada tingkah laku yang baru dipelajari kepada

environment.

PRINSIP PENDEKATAN PENGAJARAN BERDASARKAN TINGKAH LAKU

- Pembelajaran boleh dirujuk kepada perlakuan pelajar.

- Ditentukan melalui kejadian yang mendahuluinya pengalaman positif mungkin tindakan yang sama diulang pada masa hadapan.

- Pengulangan tingkah laku bergantung kepada akibat yang mengikutinya.

ELIMEN PENTING DALAM TEORI TINGKAH LAKU

- Rangsangan (soalan)

- Gerak balas (jawapan)

- Pengulangan

- Kebiasaan

- Pengukuhan

KULIAH 6

BERMAIN DAN REKREASI

DEFINISI

- Bermain merujuk kepada sikap yang menyeronokan hasil daripada melakukan sesuatu. Aktiviti yang dilakukan adalah kerana

keseronokkan yang diperolehi.

- Rekreasi adalah apa jua bentuk aktiviti yang dilakukan dengan tujuan tertentu.

SIFAT UNIVERSAL KANAK – KANAK

- Penjelajahan / peneroka muda – penyiasat

- Tidak dapat duduk diam

- Belajar dengan cara cuba jaya.

CIRI – CIRI BERMAIN DAN REKREASI

- Mempunyai motivasi kendiri.

- Matlamatnya untuk keseronokkan, suka mencuba dan melakukan kesalahan, berlatih untuk mendapatkan kemahiran.

- Gembira dan menyeronokkan.

GARIS PANDUAN MERANCANG PERMAINAN

- Masa – singkat ( supaya tidak jemu / bosan )

- Selesa – cari tempat yang selesa.

- Elak dari gangguan ( DISTRACTION ) – jauh kan bahan yang mungkin menarik perhatian kanak – kanak.

- Bising – lakukan ditempat yang sunyi.

- Terang – tempat yang cerah.

KEPENTINGAN BERMAIN DAN REKREASI BAGI KANAK – KANAK KHAS.

- Mengurangkan tekanan.

- Menyihatkan tubuh badan.

- Meningkatkan kemahiran JERIS

- Memupuk sifat kerjasama dan bertolak ansur.

- Belajar bekerja secara berkumpulan.

- Meningkatkan kerja berpasukan.

- Memberikan kegembiraan dan keseronokkan.

- Memantapkan daya saing.

- Pengalaman cuba jaya.

- Peluang untuk melahirkan perasaan secara sihat.

- Melepaskan tekanan dan membantu penyesuaian.

- Nilai sebagai terapi.

- Menyediakan pelahiran perasaan dan memberi cabaran.

- Belajar memahami arahan / disiplin / peraturan.

- Membantu kanak – kanak dalam pertumbuhan dan kematangan.

PERLAKSANAAN AKTIVITI BERMAIN DAN REKREASI

- Finch dan Yowell menyarankan saranan bagi membantu kanak – kanak khas menjalankan permainan dan rekreasi.

1. Perkenalkan aktiviti yang dapat dilakukan oleh mereka secekap kanak – kanak yang lain ( aktiviti ikut

keupayaan ).

2. Mengambil langkah supaya mereka mencapai kejayaan.

3. Sediakan peluang untuk menimba pengalaman yang boleh membantu perkembangan minat baru.

4. Ajarkan kemahiran motor, sosial dan kemahiran lain yang juga digemari oleh rakan sebaya yang lain.

5. Ubahsuai suasana kumpulan melalui pengajaran untuk meningkatkan toleransi, menghargai kualiti berbeza dari

yang lain.

AKTIVITI BERMAIN DAN REKREASI BAGI KANAK – KANAK PEKAK

- Kebanyakan aktiviti permainan dan rekreasi tidak memerlukan pengubahsuaian.

- Permainan yang sesuai:

Sukan : bola sepak, tennis, bola keranjang, berenang (dengan sedikit bantuan), bola lisut, hoki dll. Penggunaan

bahasa isyarat dapat memudahkan mereka memahami arahan dan peraturan permainan.

Tarian : tunjuk cara yang memerlukan sedikit pengubahsuaian.

Muzik : berupaya melakukan aktiviti seperti kanak – kanak normal, penggunaan bahasa isyarat membantu.

AKTIVITI BERMAIN DAN REKREASI BAGI KANAK – KANAK BUTA.

- Mempunyai masalah menjalankan aktiviti fizikal yang memerlukan kegiatan lasak. Mereka perlu banyak bantuan dalam

melaksanakan permainan dan rekreasi. Penstrukturan environment yang dapat memudahkan pergerakan mereka sangat

membantu. Galakan mereka meneroka dan belajar mengenai dunia melalui pengalaman sentuh dan mendengar.

- Permainan yang sesuai :

Sukan : Alatan yang digunakan perlu diubah suai dengan keupayaan mereka ( bola mempunyai loceng ). Peraturan

permainan juga perlu diubahsuai.

- Permaina yang aktif dapat membantu perkembangan kemahiran kinestatik. Suaikan aktiviti permainan dengan keupayaan pelajar

ini ( bola mempunyai bunyi dsb ) deria yang masih boleh digunakan.

- Rekreasi : boleh melaksanakan dengan bantuan. Aktiviti seperti lawatan ke tempat menarik dan bersejarah.

AKTIVITI BERMAIN DAN REKREASI BAGI KANAK – KANAK MASALAH PEMBELAJARAN.

- Kanak – kanak ini mempunyai masalah dalam aktiviti ini memerlukan kerjasama berkumpulan. Dengan pengalaman dan

kesabaran ada yang dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang melibatkan peraturan.

- Permainan : sesuai melakukan permainan yang tak mempunyai banyak arahan. Dalam aktiviti berkumpulan penekanan harus

diberikan kepada aspek kerjasama mereka melakukan aktiviti masa bermain tak lama tetapi kerap.

- Muzik : dapat menik mati muzik.

- Rekreasi : dapat melakukan aktiviti dengan bantuan.

KULIAH 7

KEMAHIRAN PERTOLONGAN KENDIRI

5 jenis kemahiran

a. Kemahiran membuang air kecil dan besar dengan cara yang betul

b. Kemahiran makan

o Keselamatan makanan ( mkn makanan yang selamat)

o Saiz makanan

o Bentuk makanan

o Kontituensi ( kekerapan menyuap)

o Member galakan kepada kanak – kanak untuk makan secara bebas

o Makan menggunakan cawan

o Minum guna “straw”

c. Kemahiran pemakaian

o Cara kanak –kanak diajar berpakaian dengan betul ( untuk kanak – kanak yang berumur 1 – 3 thn)

d. Kemahiran berdandan

o Menggosok gigi

o Jaga kebersihan diri

o Sikat rambut

o Basuh muka

o Ikat rambut

o Korek telinga

o Mandi, sabun badan

o Bershampoo

o Pakai bedak

o Cuci tangan

e. Kemahiran rumah tangga

o Menguruskan rumah

o Menyediakan prasarana yang sesuai dan selamat

o Susunan perabot yang sesuai

o Pintu rumah yang selamat

o Kesan dan akibat menggunakan air panas

MEMBINA KONSEP KENDIRI YANG POSITIF BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.

KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK KHAS

Ramai kanak – kanak khas menyedari mereka berbeza dari kanak – kanak normal dan biasanya mengaitkan

ketidakupayaan mereka sebagai salah satu kesannya ( Dunn, Mc Carton & Fuqwa 1988 ). Mereka merasakan sebagai

orang yang terpinggir, ganjil tidak dihiraukan atau tidak dapat hidup sebagai kanak – kanak biasa.

Reaksi kepada ketidakupayaan ini mungkin menyebabkan mereka terasing dan tidak gembira seterusnya akan

menyebabkan mereka mempunyai konsep kendiri yang rendah.

DEFINISI KONSEP KENDIRI

Amir Awang (1991) berpendapat konsep kendiri sebagai integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain dan

penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.

Stewart & Friedman (1987) menghuraikan konsep kendiri sebagai tanggapan individu terhadap identitinya yang berbeza

dengan individu yang lain sejak peringkat bayi lagi.

Vernon (1980), konsep kendiri ialah pandangan kekurangan atau kekuatan diri serta disokong dengan maklum balas

tentang dirinya daripada orang lain.

Shavelan dan Balus (1982) konsep kendiri sebagai tanggapan seseorang terhadap dirinya sendiri.

Hilgard dan Arkinson (1979) menjelaskan konsep kendiri bermaksud idea, perasaan dan juga sikap seseorang terhadap

dirinya.

Perkin (1974) telah memberi definisi konsep kendiri sebagai terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap dan

nilai yang sangat berbeza yang dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya. ( Apa yang dia percaya pada diri dia

sendiri, siapa saya? )

Carl Roger (1951) menyatakan bahawa konsep kendiri sebagai satu gambaran persepsi kendiri yang tersusun yang boleh

dibawa ke peringkat sedar ( pandangan terhadap diri sendiri, persepsi diri sendiri )

PANDANGAN GURU TERHADAP MASALAH SALAH SUAI KANAK – KANAK

Kajian yang dilakukan oleh E.Wickman mendapati bahawa terdapat perbezaan yang besar dalam pandangan antara guru

dengan ahli kesihatan mantel tentang tingkah laku murid di sekolah. Wickman mengatakan guru memberi penekanan

kepada masalah yang berkaitan dengan seks ( jantina / pergaulan ), tak jujur, kedegilan dan kegagalan belajar. Mereka tak

begitu mementingkan masalah yang berkaitan dengan tingkah laku menarik dan tingkah laku resasif.

Ahli kesihatan mental pula beranggapan bentuk tingkah laku yang tak sosial ini penting dan mengetepikan perkara yang

berkaitan dengan tingkah laku anti sosial seperti yang ditegaskan oleh guru – guru.

#*# TIDAK SOSIAL = TIDAK SUKA BERGAUL

#*# ANTI SOSIAL = SUKA MELAWAN / TIDAK TAHU BERSOSIAL

Sesetengah kanak – kanak tidak yakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Black (1974) mendapati kanak – kanak

bermasalah pembelajaran mempunyai konsep kendiri yang rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka.

Pada pendapatnya konsep kendiri berkait rapat dengan pencapaian semakin rendah pencapaian semakin rendah konsep

kendiri.

CIRI KANAK – KANAK MENGALAMI KONSEP KENDIRI YANG RENDAH

Menarik diri, mengundur diri, mendiamkan diri.

Pemalu, canggung ( janggal ), penakut.

Serius, resah

Enggan menerima keadaan sebenar, terlalu berahsia, keliru.

Perasaan rendah diri.

Tak matang dari segi emosi ( tak dapat kawal perasaan marah / sedih ) dan psikososial.

Tiada kawan, terpencil, tingkah laku tidak sosial.

Sentitif, curiga, paranoid (takut), suka dipuji, menagih perhatian.

Agresif, bimbang, tegang, gusar dan marah.

PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI

1. Maklumat, persepsi pandangan orang lain.

2. Nilai tanggapan, pemikiran idea, pengalaman baru tentang diri sendiri.

KONSEP KENDIRI MUNGKIN BERSIFAT POSITIF ATAU NEGATIF

Biasanya sesiapa yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mempunyai keyakinan pada diri sendiri. Mereka ini

selalu berkeyakinan bahawa “saya boleh melakukan sesuatu dengan baik” atau “ saya adalah seorang yang berguna”.

Sementara itu sesiapa yang mempunyai konsep kendiri yang negative selalu merasakan bahawa “saya tidak boleh

melakukan perkara ini dengan baik” atau “saya bukan orang penting.

IMEJ KENDIRI YANG POSITIF

Dapat menilai diri mereka dengan positif dan percaya bahawa mereka boleh dan berkebolehan.

Bertindak dengan positif.

Memikiul tanggungjawab.

Menahan perasaan kecewa dengan baik.

Yakin dapat mempengaruhi persekitaran.

Berbangga dengan perlakuan sendiri.

Pencapaian gred yang tinggi.

Lebih bersedia menerima risiko.

Menerima diri dengan lebih positif.

Menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan dan kelemahan diri.

IMEJ KENDIRI YANG NEGATIF

Mereka cenderung untuk merasa bersalah.

Takut kepada kegagalan.

Sering merasa bimbang dan cepat berkecil hati.

Ada kaitan dengan pencapaian akademik yang rendah.

Tidak gemar kerja yang mencabar.

Kurang keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan mencabar.

Kurang berminat untuk mendapat maklum balas.

Melihat diri sebagai orang yang kurang menarik dari segi persona.

PUNCA KONSEP KENDIRI NEGATIF

Kekurangan pada diri kanak – kanak sendiri :-

- Tak diterima, terlampau dilindungi.

Punca dari keluarga:-

- Keluarga porak peranda, kemiskinan.

Amalan sekolah yang tak sihat :-

- Memerlukan murid memenuhi keperluan yang sama tanpa memperhitungkan keupayaan mereka, kawalan autokratik,

celaan, kata – kata pedih, melabel kanak – kanak.

-

BAGAIMANA GURU DAPAT MEMBINA KONSEP KENDIRI YANG POSITIF PADA MURID.

1. MENGAJAR SECARA BERKESAN

Pengajaran yang berkesan akan membuahkan kejayaan