nota kuliah bersemuka 5.pptx

64
A) Insan Kamil KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

Upload: babalan

Post on 17-Jan-2016

117 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

A) Insan Kamil

KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

Page 2: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Kuliah Bersemuka 5

Akan membincangkan topik-topik berikut;

A)Insan Kamil

B)Hikayat Abdullah

C)Peranan Karya Agung & Moden dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Page 3: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

1. Insan Kamil Menurut Islam

Insan

Kamil

Kepercayaan

Jasmani Kuat dan

Keterampilan

Cerdas serta Pandai

Nilai Kejujuran

Page 4: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Insan Kamil Menurut Islam

1. Kepercayaan atau keimanan terletak dalam hati dan fikiran. Keyakinan (atau kepercayaan) ini meliputi keimanan kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, hari akhir dan taqdir (hari pembalasan) serta beriman pada apa-apa yang telah ditetapkan, baik dan buruk.

Keimanan merupakan amalan hati yang tersembunyi, hanya Allah yang mengetahui nilai keimanan seseorang itu.

Page 5: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

2. Jasmani yang sihat, kuat dan berketerampilan

Islam menghendaki agar orang Islam itu sihat mentalnya. Kesihatan mental berkait rapat dengan kesihatan jasmani. Jasmani yang sempurna berkait pula dengan pelaksanaan ibadah dan usaha serta tenaga dalam meneruskan kehidupan.

Page 6: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

3. Cerdas serta pandaiMuslim yang cerdas serta pandai memiliki

ilmu pengetahuan dan informasi serta dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat.

Indikator muslim intelek ialah mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi yang berkualiti tinggi, memahami dan mengapreasiasikan falsafah serta memiliki rohani yang berkualiti tinggi.

Page 7: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

4. Nilai Kejujuran Manusia juga tidak selayaknya

mengambil jalan-jalan lain selain jalan yang lurus. Misalnya:

Jalan Tirani (melanggar Nilai Pembebasan)

Jalan Seks Bebas (melanggar Nilai Keluarga)

Jalan Kekerasan (melanggar Nilai Kemanusiaan)

Jalan Rasuah/Korupsi (melanggar Nilai Keadilan)

Jalan Munafik (melanggar Nilai Kejujuran)

Page 8: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

1. Dr. Ali Taqi (2008) menyatakan bahawa:

“ Insan kamil dalam kesuasateraan merupakan satu pergerakan ke bawah. Allah sebagai Pencipta, Nabi Muhammad yakni Nur Muhammad sebagai pusat logos, itu kita namakan kamal atau kesempurnaan. Ia turun kepada ahlul bait sebagai penerus kelangsungan Islam yang sebenar yang kita namakan wilayah. Mereka bukan hanya ilmuan tetapi cendekiawan kerana terlibat dalam pembangunan masyarakat, gerakan kreativiti karyawan seni harus menempuh laluan ini. 

Barulah sampai kepada ayan sabitah atau idea umum di mana gestalt pemikiran Melayu, ia adalah manfa'at dan faedah untuk masyarakat.

Idea umum itu disampaikan dengan makna, dan penuh pengertian lalu turun kepada keindahan yang antaranya cultural literacy. Ini semua melibatkan pengarang. 

Dari situ, ia akan turun lagi di mana ia akan membentuk genre yang dipilih pengarang . Ia kemudian turun lagi kepada khalayak yang akan menerimanya dengan hati nurani kerana ada logos spiritual dan wilayah, lalu menerimanya dengan emosi kerana ada keindahan pada karya."

Page 9: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

2. Insan Kamil dalam Kesusasteraan oleh Dr Ali Taqi (2008)

Allah sebagai Pencipta

Nabi Muhammad SAW (Nur Muhammad) pusat logos; kamal dan kesempurnaan

Ahlul Bait(Wilayah - CENDEKIAWAN)

Khalayak (menikmati karya dengan minda & emosi)

PengarangCULTURAL LITERACY

Genre (Hasil karya dalam pelbagai bentuk)

Idea Umum( PEMIKIRAN MELAYU -Manfaat & Faedah

Masyarakat)

Page 10: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Insan Kamil dalam Kesusasteraan oleh Dr. Samsina Abd. Rahman (2008)

Ketuhanan (Kamal)

Kerasulan (Insan Kamil)

Keislaman (Akmal)

Sastera (Takamul)

Sastera + Estetik (Takmilah)

Pengarang/Pengkarya (Istikmal)

Khalayak (ke arah Insan Kamil)

Page 11: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

3. Pengaruh Ibnu al-Arabi

Ahli tasawuf dalam dunia Islam yang berjasa besar dalam perkembangan dan pengukuhan ilmu tasawuf.

Pandangannya mempengaruhi ramai tokoh sufi & tokoh tasawuf di nusantara

Salah satu pandangan sufistik Ibn Arabi yang mewabah di kalangan sufi tanah air adalah teori ''insan kamil''.

Para sufi seperti Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai dan Nuruddin al-Raniri sudah akrab dengan konsep insan kamil dan masing-masing berusaha menyebarkan dan mengembangkan fahaman tersebut dengan cara mereka sendiri.

Page 12: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

4. Trend Insan Kamil dalam Kesusasteraan Nusantara

Secara umum, tasawuf akan dikaitkan dengan tokoh berpengaruh yang bernama Ibn Arabi. Muthahari dalam bukunya "Insan Kamil" menyebut Muhyiddin Arabi al Andalusi Tha'i sebagai bapa sufisme.

Pandangan Prof. Abdul Hadi WM., sejak abad ke-17 karya-karya penting sufi terkemuka tersebar di pusat-pusat studi keagamaan tanah air, seperti pesantren dan akrab di kalangan para ulama khususnya dalam kajian tasawuf dan tarekat.

Page 13: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Prof. Abdul Hadi WM. Menulis - Pada awal abad ke-17 M kekuasaan Jawa berpindah ke Pedalaman, kegiatan penulisan sufi berkembang di pedalaman di pesantren dan pusat-pusat kekuasaan.

Di istana-istana raja Jawa, kegiatan penulisan sastra suluk mula-mula digalakkan oleh Panembahan Seda Krapyak pada permulaan abad ke-17 M. Perkembangan sastra suluk semakin pesat pada masa pemerintahan Panembahan Senapati di Mataram.

Pada masa ini sejumlah besar suluk-suluk pesisir disalin dan disadur kembali ke dalam bahasa Jawa Baru. Di antaranya Suluk Wujil karya Sunan Bonang, dan Suluk Malang Sumirang karya Sunan Panggung (Poerbatjaraka 1938).

Pada masa ini juga karya Jalaluddin Rumi yang masyhur Diwan-i Shamsi Tabriz disadur ke dalam bahasa Jawa di bawah judul Suluk Syamsi Tabriz. Sementara karya-karya Imam al-Ghazali, Abdul Karim al-Jili (al-Insan al-Kamil), Ibn `Arabi, dan karya sufi Arab dan Persia lain mulai dipelajari secara meluas di berbagai pesantren

Page 14: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

5. Insan Kamil dan Hamzah Fansuri

Hamzah Fansuri merupakan tokoh sufi terkenal nusantara yang pemikiran tasawufnya dipengaruhi oleh pandangan-pandangan sufistik Ibn Arabi.

Hamzah Fansuri mempelajari tasawuf setelah menjadi anggota tarekat Qadiriyah oleh Syek Abdul Qadir Jilani.

Mengembara ke berbagai pusat Islam seperti Baghdad, Mekkah, Madinah dan Yerusalem, bila a kembali ke tanah airnya mengembangkan ajaran tasawuf sendiri.

Ajaran tasawuf yang dikembangkannya banyak dipengaruhi pemikiran wujudiyah Ibn `Arabi, Sadrudin al-Qunawi dan Fakhrudin `Iraqi. Sedangkan karangan-karangan sastranya banyak dipengaruhi Fariduddin al-Aththar, Jalaluddin al-Rumi dan Abdur Rahman al-Jami.

Page 15: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Pandangan Hamzah Fansuri terkait dengan kemuliaan manusia dan insan kamil,

Dr. Abdul Hadi WM. menulis:

“Dalam pandangan Hamzah Fansuri, kemuliaan manusia terletak pada kesempurnaannya dalam berhubungan dengan Allah. Manusia yang paling sempurna adalah mereka yang mampu memanifestasikan keseluruhan sifat Tuhan dalam diriya”. 

Page 16: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Syair Burung Pingai 0leh HF

Mazhar Allah akan rupanya 

Asma Allah akan namanya 

Malaikat akan tentaranya

‘Akulah wasil' akan katanya 

Sayapnya bernama furqan 

Tubuhnya bersurat Qur'an 

Kakinya Hannan dan Mannan 

Daim bertengger di tangan Rahman 

Ruh Allah akan nyawanya 

Sirr Allah akan angganya 

Nur Allah Akan matanya 

Nur Muhammad daim sertanya

Page 17: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Syair Burung Pingai 0leh HF Syair di atas menggambarkan keadaan manusia yang

telah menyatu dengan Tuhan.Ia menggambarkan bagaimana keseluruhan dirinya diliputi oleh asma' dan sifat Tuhan. Tidak ada sisi dalam dirinya yang tidak diliputi Tuhan.. Dalam tataran inilah manusia menjadi sempurna.

Hamzah Fansuri menggambarkan sosok insan kamil secara apik dan elegan dan bagaimana ia menggunakan istilah manusia sempurna atau insan kamil dalam beberapa penjelasannya.

Ini membuktikan bahwa beliau bukan hanya terpengaruh oleh pandangan insan kamil Ibn Arabi tapi sebenarnya juga berusaha mengembangkannya dengan bahasa yang lebih mudah dan popular sehingga dapat dipahami dan kemudian diamalkan oleh para muridnya dan umat Islam di Indonesia yang beminat terhadap kajian tasawuf.

Page 18: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Tasawuf HF dalam karyanya

Hamzah Fansuri menjelaskan insan kamil secara lebih tajam ketika beliau menjelaskan konsep mahabbah (cinta). Baginya, cinta hakiki akan terbangun antara ‘asyiq dan ma`syuq ketika tidak ada lagi godaan cinta dunia.

Maka pesalik harus berusaha sekuat tenaga untuk menghilangkan noktah-noktah hitam dan merah akibat cinta. Sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah saw bahwa: "Cinta dunia adalah pangkal segala kesalahan (dosa).“

“Cinta adalah hakikat Tuhan yang Wujud dalam alam. Ia menampakkan dirinya berupa surah dalam diri manusia. Setiap manusia yang menempah jalan menuju Tuhan mesti membersihkan diri dari sifat duniawi. Sifat ketuhanan akan masuk dalam diri yang telah bebas dari sifat duniawi. Seseorang yang telah mampu menampakkan sifat-sifat ketuhanan dalam dirinya ia adalah insan kamil.”

Page 19: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Dalam hal ini, Hamzah Fansuri mengatakan, "Akhir dari perjalan seorang salik adalah mendapatkan cinta Ilahi yang akan menjadikannya sebagai insan kamil." Penggapaian ini berwujud pada kesadaran kesatuan pandang antara diri dan Tuhan, seperti terungkap dalam sya'irnya:

Ma'bud itulah yang bernama haqiq

Sekalian alam di dalamnya ghariq

Olehnya itu sekalian fariq

Pada kunhi-nya tiada beroleh thariq

Page 20: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Tasawuf IK Syamsudin Pasai

Dalam kitabnya Mir`at al-Muhaqqiqin, Syamsudin Pasai (SP) menerangkan bahwa rupa batin manusia merupakan salinan dari wajah Tuhan. Tetapi hanya manusia yang telah mencapai martabat insan kamil dapat kembali mencapai tipe ideal asalnya yang rupa batinnya mengandung gambaran sifat ketuhanan.

Bagi SP sempurnanya makrifat seseorang terletak pada penguasaan tujuh pengetahuan;

1. Pengetahuan tentang nama-nama-Nya;

2. Pengetahuan tentang tajalli Ilahi;

3. Pengetahuan taklif Tuhan terhadap hamba-Nya;

4. Pengetahuan tentang kesempurnaan dan kekurangan wujud alam semesta;

5. Pengetahuan mengenai alam akhirat;

6. Pengetahuan tentang hakikat diri;

7. Pengetahuan mengenai sebab-sebab dari penyakit batin dan penawarnya (Ibid).

Page 21: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Tasawuf IK Nuruddin al-Raniri

Nama lengkap ialah al-`Alim Allama al-Mursyid ila al-Tariq al-Salama Maulana al-Syeikh Nuruddin Muhammad ibn `Ali Hasan ji bin Muhammad Hamid al-Qurayshi al-Raniri. Ulama keturunan India Arab ini lahir di Ranir, Gujarat, pada tahun 1568 (Windstedt 1968:145; Ahmad Daudy 1983:49)

Pada masa hidupnya Gujarat merupakan pelabuhan dagang yang dikunjungi kapal-kapal dagang Arab, Persia, Mesir, Turki dan Nusantara. Di sini bahasa Melayu dipelajari oleh para pedagang dan pendakwah yang akan berkunjung ke Nusantara.

Nuruddin tertarik mempelajari bahasa ini sejak usianya masih muda dan berhasrat tinggal di negeri Melayu mengikuti jejak bapa saudaranya yang pernah berdakwah di Aceh pada abad ke-16 M.

Page 22: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Pergi ke Pahang, tinggal lama di situ dan memperdalam penguasaannya terhadap bahasa dan kesusastraan Melayu sehingga akhirnya mampu menulis kitab dan karangan sastera dalam bahasa ini.

Ketika Sultan Iskandar Muda wafat pada tahun 1636 M, segera dia pergi ke Aceh dan diterima sebagai ulama istana oleh sultan yang baru Iskandar Tsani (1637-1641). Di sini dia angkat sebagai mufti atau qadi agung. Sejak itulah kariernya sebagai penulis sastera kitab dan ketatanegaraan mencapai puncaknya (Ibid).

Selain menguasai berbabagai cabang ilmu agama dan kesusasteraan, Syekh Nuruddin juga menguasai ilmu mantiq (logika) dan balaghah (retorika), dan ilmu pengetahuan lain seperti sejarah, ilmu ketabiban (kedoktoran) dan sebagainya.

Page 23: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Karangan Tasawur NR

Syair Pujian Kepada Nabi Muhamad Saw Walaupun tema tentang Nur Muhammad dan pujian kepada beliau terdapat dalam syair-syair makrifat, terdapat syair pujian khusus kepada beliau. Dalam kesusastraan Arab disebut al-mada`ih al-nabawiyah dan di Persia disebut na`tiya, dari perkataan na`at yang berarti pujian. Syair jenis ini terkenal dalam kesusasteraan Melayu terutama  Qasida al-Burdah, Syaraf al-Anam dan Qasida al-Barzanji. Di antaranya ialah Syair Rampai Maulid, Syair Maulid Jawi, Nazam Dua Puluh Lima Rasul, yang didahului dengan puji-pujian kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad Saw Dimasukkan ke dalam kategori karya bercorak tasawuf, karena penulisnya biasa adalah sufi atau guru tariqat, dan dalam ungkapan-ungkapannya terdapat simbol-simbol yang berlaku dalam sastera sufi. Misalnya perumpamaan terhadap Nabi Muhammad Saw sebagai matahari yang menerangi dunia, bulan purnama, kekasih Tuhan, teladan bagi sekalian ahli makrifat, dan sebagainya. 

(Dr. Abdul Hadi WM: Ibid)

Page 24: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Kesimpulan Ibn Arabi menilai bahwa Insan kamil adalah

ciptaan yang azali dan abadi dan kalimat penentu dan komprehensif. Dengan perantaranya, rahsia-rahsia Ilahi dan makrifat-makrifat hakiki mewujud. Insan kamil adalah wadah seluruh fungsi individu dan duplikat asma-asma Ilahi dan merupakan rahmat terbesar al Haqq bagi makhluk.

Berbeza dengan Ibn Arabi yang membahas teori insan kamil dalam kerangka tasawuf, Murtadha Muthahari menghuraikan konsep insan kamil dari perspektif Al-Qur’an. Sebagaimana Ibn Arabi, Muthahari melihat insan kamil sebagai manusia yang menangkap dan mengembangkan asma Allah secara proporsional.

Page 25: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Sedangkan menurut Hamzah Fansuri, manusia yang paling sempurna adalah mereka yang mampu memanifestasikan keseluruhan sifat Tuhan dalam diriya.

Adapun Syamsudin Pasai berpendapat bahwa rupa batin manusia merupakan salinan dari wajah Tuhan. Tetapi hanya manusia yang telah mencapai martabat insan kamil dapat kembali mencapai tipe ideal asalnya yang rupa batinnya mengandung gambaran sifat ketuhanan.

Pembahasan tentang "Nur Muhammad" yang dilakukan Nuruddin al-Raniri dan juga terdapat dalam sastera Melayu menandakan betapa kuatnya pengaruh pandangan insan kamil Ibn Arabi dalam literatur dan khazanah tasawuf nusantara.

Page 26: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

B) Hikayat Abdullah

Page 27: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Hikayat Abdullah ialah Karya Agung Melayu yang dikarang ketika dunia Melayu sedang menghadapi cabaran politik, ekonomi dan budaya yang luar biasa dari dunia barat (Eropah)

Cabaran bermula dengan kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 yang berterusan pada zaman Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi pada pertengahan abad ke-19. { Belanda pernah memerintah Melaka dari 1641 hinga 1824 dan selepas itu jatuh pula ke tangan Inggeris.}

HA bukan sahaja menceritakan sebuah dunia peralihan dari zaman kerajaan feudal Melayu Melaka ke zaman kolonial Eropah (Portugis, Belanda dan Inggeris), tetapi juga keruntuhan zaman feudal itu.

Page 28: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

HA dibahagikan kepada 29 bab; Antara bab yang menarik…

HA dibahagi kepada 29 bab. Antara yang menarik ialah:

Pemecahan Kota Melaka (yang dibina Portugis) oleh Inggeris.

Pembukaan Singapura oleh Raffles.Kedatangan Lord Minto ke Melaka semasa Inggeris hendak menyerang Jawa.

Pengumpulan manuskrip-manuskrip Melayu oleh Raffles.

Penyerahan Kota Melaka oleh Inggeris kepada Melaka.

Sistem pendidikan peribumi.

Penubuhan sebuah sekolah sekular oleh Raffles di Singapura.

Kezaliman dan kemunduran sistem pemerintahan feudal Melayu.

Sistem kongsi gelap Cina, T’ien Ti Hui, di Singapura.

Kepercayaan-kepercayaan kolot dalam masyarakat Melayu dan Cina di Melaka.

Perang Candu antara Inggeris dan China

Page 29: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Pembaharuan ABKAM dalam HA Mengubah acuan fikiran orang Melayu dan

kepercayaan lama yang tidak progresif.

Membawa wawasan baharu untuk orang Melayu pada zamannya.

Membandingkan ‘kemajuan’ orang Barat dengan ‘kemunduran’ orang Melayu.

Mengkritik adat orang Eropah yang tidak sesuai dengan budaya orang Melayu-Islam.

Menegur ‘mulut manis’ Raffles sehingga orang Melayu di Singapura tertipu dengan muslihat Raffles untuk memindahkan penduduk Melayu dari kawasan ‘pembangunan’ ke kawasan terpencil di pinngir kota.

Page 30: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Hikayat Abdullah Hikayat Abdullah atau juga dikenali sebagai Hikayat

Abdullah bin Abdul Kadir 1849, Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan kisah pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.

Ia selesai dikarang pada tahun 1845 dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1849. Terbitan rumi diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907 bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu. Ia merupakan antara teks sastera Melayu yang pertama diterbitkan secara komersial.

Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari. Tidak seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi dan cerita legenda, karya Abdullah berkisarkan tentang realisme.

Page 31: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Karya ini diklasifikasikan autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan peribadi dari perspektif masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19.

Ia menceritakan sekilas tentang zaman kanak-kanaknya di Melaka, pengalamannya sendiri seperti pembedahan yang dilakukan kepadanya oleh seorang ahli bedah Inggeris atau kunjungannya ke kem puak Tiandihui, satu kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman Singapura .

HA juga mengisahkan acara seperti pengasasan Institusi Raffles, perobohan kota A Famosa di Melaka, dan lawatan Lord Minto, Gabenor-General India ke Melaka.

Sebahagian besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribadi tentang personaliti-personaliti pada zamannya, para pegawai dari Inggeris Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti Sir Stanford Raffles, Kolonel Farguhar dan John Crawfurd, Sultan Hussin Shah dari Kesultanan Johor, Mubaligh dan pedagang Amerika dan Eropah, dan pedagang dari China.

Page 32: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

GAYA Penulisan HA

Burung belibis di atas lantai,rambai dalam padi;Tuan Raffles orang yang pandai,Tahu sungguh mengambil hati.

Juruju dengan durinya,Di tepi jalan orang berlari;Setuju pula dengan isterinya,Seperti bulan dengan matahari.

(HA:206)

• Memperkenalkan genre autobiografi dan genre jurnalistik: zaman Abdullah dianggap zaman peralihan dalam sejarah kesusasteraan Melayu yang meninggalkan tradisi ‘hikayat lama’ masuk ke era penulisan baru.

• Estetika bahasa ~ Indah dan menarik dari aspek susunan bahasa dan nilai-nilai kesusasteraannya. Contoh:

• Sarat dengan fakta-fakta sejarah sebagai bahan rujukan penting untuk mengetahui latar belakang negeri-negeri di Asia Tenggara, terutamanya Singapura.

Page 33: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

AM ~ Latar Belakang Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, dilahirkan di Melaka pada

12 Ogos 1796.

Anak kelima Abdul Kadir Ibrahim dengan isterinya yang kedua, Salmah.

Moyang lelakinya, Syeikh Abdul Kadir, seorang Arab Yaman, berhijrah ke Nagore di Selatan India dan berkahwin dengan perempuan Tamil, seorang guru agama.

Datuknya, Muhammad Ibrahim, berpindah ke Melaka dan berkahwin dengan gadis peranakan India, guru sekolah agama.

Bapa Abdullah, Abdul Kadir, merupakan ahli bahasa, guru agama, jurutulis dan khatib, selain seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Bapa Abdullah (yang menguasai bahasa Tamil, Hindi dan China) juga seorang pendisiplin yang keras dan mendidik Abdullah menjadi ahli dalam bahasa Melayu pada masa itu.

Page 34: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

AM ~ Pendidikan

Abdullah telah berguru dengan semua pakar dalam bahasa dan sastera Melayu seperti Khoja Muhammad, Jamal Muhammad Bin Nor Muhammad Surati, Muhid Bin Ahmad Lebai, Yahya Bin Abdul Wahid, Ismail Bin Muhammad Arif Surati, Dato’ Sulaiman dan Dato’ Astur serta bapanya sendiri, Abul Kadir Bin Muhammad Ibrahim.

Ketika berusia 14 tahun, beliau telah menjadi seorang sarjana Melayu yang terkenal. Banyak pegawai Kolonial Inggeris, ahli perniagaan dan mubaligh Kristian Eropah di Melaka dan Singapura belajar bahasa Melayu dengan Abdullah, antaranya Milne dan Keasberry.

Page 35: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Dalam masa lebih empat dekad ini, Abdullah menjadi guru bahasa Melayu, kerani dan semacam setiausaha dan pembantu penyelidik kepada Stamford Raffles, yang datang ke Melaka sebagai wakil Gabenor Besar di India, Lord Minto serta beberapa tokoh Eropah lain.

Gelaran ‘Bapa Kesusasteraan Moden’ yang diberikan oleh Barat ditolak kerana menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas ia bermula sejak awal lagi sejak zaman pengarang Islam Aceh pada abad ke-17.

Page 36: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Naskah HA

Page 37: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Kritikan dalam HA Kritikannya yang pedas terhadap aspek negatif kepercayaan dan adat resam

masyarakat Melayu membuat beliau dianggap anti-Melayu dan pro-Inggeris.

Kritikan terhadap sistem pendidikan Melayu pada masa itu yang tidak menyediakan tempat belajar bahasa Melayu sendiri dan pelajaran agama setakat ‘membaca’ al-Qur’an tanpa memahami isi kandungannya.

……adalah sebesar-besar hairan dalam hatiku sebab melihat adat orang-orang kita Melayu itu, yang tiada diperbuat-buat oleh bangsa yang lain-lain dalam dunia ini diperbuatnya! Adakah segala bangsa di dunia ini membuangkan bahasanya sendiri, tiada bertempat belajar bahasa itu, melainkan yang kulihat orang Melayulah yang tiada mengendahkannya. Adapun sebab diperbuatnya demikian itu, kerana nenek moyang dahulu tiada berbuat demikian itu, kerana nenek moyang dahulu tiada berbuat adat belajar bahasanya itu; sampai sekarang ia tiada berani membuat itu.

(HA; hlm. 350-351)

Page 38: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Sikap Abdullah dan kritikan tajam beliau merupakan hasil daripada pemikiran dan ketajaman akal yang mendahului zaman kesan didikan oleh ayahnya sendiri.

Tidak benar jika dikatakan beliau hanya mengkritik bangsa Melayu kerana jika sesiapa membaca keseluruhan hikayat tersebut, pasti jelas bahawa orang Inggeris, Amerika, Cina, India, Jerman, Belanda, pendek kata apa yang dilalui dan dijumpai serta dilihat sendiri oleh beliau di Melaka dan Singapura, tidak terlepas daripada kritikan dan komentar jujur Abdullah.

Namun yang paling ketara adalah, kritikan Abdullah kepada raja-raja Melayu . Digambarkan bagaimana Sultan Husin Syah yang tertipu kepada helah Inggeris kerana mahukan sejumlah wang sebagai habuan dan gaji bulanan bersama Temenggung. (HA:237-241)

Begitu juga beliau sangat kritikal kepada sikap sultan dan kaum kerabatnya, seperti sultanah yang membunuh dan menyeksa dengan sewenang-wenangnya hamba abdi perempuan yang ada rupa kerana cemburu. Ini kerana risau dijadikan oleh Sultan Husin Syah sebagai gundik. (HA:242)

Page 39: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Rumusan

1 HA ditutup dengan nasihat dan pandangan yang agak radikal kepada raja Melayu pada zaman tersebut dan sebelumnya. Justeru tidak hairan mengapa sesetengah cendekiawan Melayu tidak selesa malah melabelkan beliau dengan pelbagai label termasuk Abdullah Paderi dan sebagainya. (Rujuk: Hikayat Abdullah – edisi semi klasik adaptasi oleh Hamzah Hamdani, 2007: 382-391).

2 Perihal belia malah sehingga ditugaskan menyalin dan membaik pulih terjemahan Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi, apakah ia menyalahi hukum agama, masih boleh diperdebatkan.

3 Namun hakikatnya, jasa Abdullah Munsyi kepada korpus kesusasteraan dan persuratan termasuk kewartawanan Melayu adalah sangat besar. Tidak adil jika dinafikan segala sumbangan dan jasa beliau dalam merekod peristiwa zaman dengan begitu cermat dan terperinci serta telus.

Page 40: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Nasihat beliau mengenai kepentingan membaca hikayat klasik Melayu:

“Ketika itu aku suka membaca hikayat-hikayat kerana banyak faedah kuperoleh daripadanya. Di situlah aku menemui rahsia-rahsia bahasa Melayu. Kalau aku dengar ada orang menyimpan hikayat yang belum aku baca, sedaya mungkin aku akan meminjamnya ataupun menyewanya. Setelah habis kubaca, barulah aku pulangkan.

“Dari situlah aku mendapat kefahaman mengenai tempat hentian dan kuat perlahan dan sebagainya dalam bacaan. Pesanku kepada sekalian sahabat yang membaca kisahku ini, jika hendak pandai dalam bahasa Melayu, rajinlah membaca segala hikayat dalam bahasa Melayu. Di dalamnya tersembunyi perkara-perkara yang mulia yang tidak kita ketahui faedahnya sekarang. Kemudian hari kelak ia akan berguna apabila kita hendak mengarang, ataupun hendak menggunakannya.”

Page 41: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

C. Peranan Karya Sastera Agung Klasik dan Moden dalam

Pendidikan Sekolah Rendah

Page 42: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Pengenalan Karya Agung Melayu merupakan karya

klasik warisan tamadun Melayu yang telah meninggalkan pelbagai kesan ~ kesan budaya, pemikiran, sejarah, pandangan dan falsafah hidup masyarakat Melayu sejak zaman berzaman .

KA agung ini dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh sarjana dalam bidang bahasa, kesusasteraan, antropologi & sosiologi dan psikolinguistik.

Khazanah kesusasteraan Melayu tradisional meninggalkan pelbagai genre sastera seperti hikayat, cerita berbingkai, kisah-kisah mitos dan lagenda dan himpunan puisi lama

Page 43: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Ciri-ciri Karya Agung Melayu1. Sastera Istana – berkisar tentang anak2 raja &

berlatarkan istana2. Ditulis dalam bahasa Melayu yang baik3. Menjadi warisan bangsa zaman berzaman4. Meninggalkan kesan ilmu dan falsafah bangsanya5. Menjadi cerminan kepada sistem sosial dan

budaya masyarakat Melayu6. Menjadi asas untuk mengenali kehebatan

tamadun Melayu Melaka7. Mendukung nilai falsafah yang tertentu untuk

zaman tersebut8. Hasil kepengarangan iti dikaji, diteliti untuk

mengetahui sejarah, budaya dan sistem politik masyarakat zaman tersebut.

9. Dapat menggambarkan idealisme, falsafah dan pandangan hidup masyarakatnya.

Page 44: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Objektif PdP BM Sek.Rendah

Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:

1. mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;

2. bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila; 

3. membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan; menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan; 

Page 45: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

4. menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;

5. memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul; 

6. menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;

7. menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu; 

8. menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;

9. memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan

10. menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan

Page 46: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Rasional Sastera di SR Bahasa Melayu mempunyai nilai

sastera, budaya dan agama yang tinggi ~ boleh menjadi pendorong yang kuat kepada pengamalnya untuk menggerakkan perkembangan ilmu pengetahuan.

Bahasa Melayu, sastera dan budaya akan hidup bersama untuk membangunkan masyarakat. Zaman Kesultanan Melayu Melaka, BM sebagai lingua franca ~ bahasa ilmu,bahasa sastera (penulisan), bhs agama, perdagangan sedunia, & bahasa politik.

Page 47: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

BM juga berperanan menggerakkan perkembangan Kesusasteran Melayu di rantau ini. Bahasa dan sastera umpama irama dan lagu.

Bahasa Melayu juga berpengaruh dan berperanan yang besar dalam memupuk kesenian bangsa. Tamadun besar dunia (Yunani-Romawi, tamadun Islam, tamadun India dan tamadun Cina mengekalkan fikiran dan perasan kesenian bangsanya melalui bahasa). Walau situasi politik-ekonomi dan sosial yang berubah, bahasa tetap mampu mengisi keperluan sesebuah tamadun.

Page 48: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Peranan subjek Kesusasteraan Melayu

1. M/p KM telah diperkenalkan sejak tahun 1957. Matlamatnya untuk membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air.

2. Pendidikan KM dapat mencerminkan masyarakat yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu.

3. KM & pembentukan modal insan seimbang (ilmu &amalan)

4. KM & proses pembentukan jati diri dan cinta akan warisan budaya negara dapat dilentur

Page 49: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

5. Sastera berupaya melahirkan pemimpin yang ’seimbang’ yang bijak pandai, berkuasa & mempunyai pegangan moral yang tinggi.

6. Di peringkat sekolah Kesusasteran Melayu satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum.

7. Pada peringkat IPT pelajar didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana dan penulisan kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan.

8. Pada zaman penjajahan bahasa dan sastera digunakan oleh pertubuhan2 politik dalam menyampaikan madah dan menyemarakkan semangat perjuangan

Page 50: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Sastera dari kaca mata….8. Shahnon Ahmad (1997: 25), ‘ kesusasteraan

berperanan sebagai satu cabang kesenian yang berteraskan cinta. … cinta kepada keindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para sasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan cinta akan kebenaran ‘.

9. 6. A. Samad Said (1997: 35) ‘ sastera sebagai rakman dan renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka. Setiap karya … mendekatkan insan seni itu kepada sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, … mengarapkannya dengan sesama makhluk…. Oleh latar dan pengaruh itu, sastera mestilah berkhasiat untuk batiniah dan minda manusia’.

10. Usman Awang (1997: 41) ‘peranan sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara luas’.

Page 51: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

11. Hubungan simbiosis bahasa & sastera

Ilmu sastera tidak boleh disampaikan melalui ragam bahasa rendah (bertaraf dialek atau kedaerahan). Oleh itu, secara memahami, mempelajari dan mentelaah karya sastera memerlukan ilmu bantu, iaitu bahasa yang merangkumi semantik, mantik, psikologi, linguistik dan sebagainya.

Page 52: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Pengajaran Tatabahasa Secara Tidak Langsung

Awang Sariyan (2006: 184) dalam kertas kerjanya bertajuk “Penerapan Tatabahasa Dalam Karya Kreatif” menerangkan bahawa adanya hubungan antara ilmu bahasa dengan penghasilan karya kreatif.

Sebagaimana kita maklum bahasa ialah alat pengucapan atau sebagai alat penyampaian karya sastera. Biar dengan gaya bahasa yang indah atau kaku, bahasa tetap dipergunakan sebagai alat untuk berkarya. Ilmu bahasa sebenarnya mempunyai pertalian yang amat erat dengan penghasilan karya kreatif dan oleh sebab itu tidak harus dianggap sebagai batu penghalang dalam usaha menonjolkan gaya bahasa yang indah.

Penulis atau sasterawan amat beruntung jika memiliki ilmu tersebut sebagai asas berkarya. Sebagai seorang penulis perlu menguasai beberapa aspek bahasa seperti morfologi, sintaksis, fonologi dan semantik. Keempat-empat aspek tersebut sebenarnya digunakan oleh para penulis setiap kali mereka berkarya.

Secara ringkas, morfologi ialah bidang yang berhubung dengan pembentukan kata, sintaksis ialah bidang yang berhubung dengan pembentukan ayat. Manakala fonologi pula ialah bidang yang berhubung dengan sistem bunyi sesuatu bahasa dan yang akhir ialah semantik bidang yang berhubung dengan makna.

Page 53: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

A. Morfologi Morfologi ialah ilmu tentang pembentukan kata.

Dalam setiap bahasa, ada dua unit morfologi, iaitu morfen dan kata.

Morfen pula terbahagi dua, iaitu morfen bebas dan morfen terikat. Morfen bebas ialah morfen yang dapat berdiri sendiri. Morfen terikat pula ialah morfen yang tidak dapat wujud sendiri dan hanya dapat berfungsi jika digabungkan dengan morfen bebas.

Kata pula terbentuk daripada satu morfen atau lebih. Kata yang terdiri darpada satu morfen sahaja dapatlah dianggap morfen bebas, contohnya: pandang, besar, lari dan sebagainya. Contoh kata yang terdiri daripada lebih satu morfen ialah memandang, berlari dan membesar dan sebagainya.

Tiga proses bahasa yang berlaku dalam morfologi ialah pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan. Proses pengimbuhan menghasilkan kata terbitan.

Page 54: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Contoh – imbuhan awalan; Perhatikanlah bagaimana proses tersebut diterapkan

dalam penulisan dengan meneliti contoh yang berikut:

Dia tersentak cemas apabila mendengar ratapan dan raungan yang melengking ngeri tiba-tiba. Serta merta, matanya meliar mencari suara pengait yang sombong dan bongkak. Dipelupuh isterinya hingga bergulingan dan akhirnya terhenti dilopak berhampiran kebun asparagus.(Azmah Nordin, Syumul: 2004-2005)

Awalan meN digunakan oleh Azmah Nordin sebagai penanda kata kerja aktif mendengar. Tanpa awalan tersebut, kata dengar menjadi kata kerja pasif untuk pelaku pertama dan kedua yang ternyata tidak boleh digunakan untuk pelaku ketiga dia seperti dalam ayat di atas. Dengan menggunakan awalan meN pula, kata kerja kait dapat dibentuk menjadi nama (pelaku), iaitu pengait. Akhirnya awalan di pada kata kerja dipelupuh ialah bentuk kerja fasih yang terbit daripada kata pelupuh (mempelupuh).

Page 55: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Contoh - penggandaan Contoh penggandaan dan penggabungan dapat diperhatikan

pada petikan di bawah ini:

“Tiga orang kanak-kanak lagi dicampakkan oleh sebuah kenderaan yang entah datang dari mana. Tiba-tiba saja pada suatu pagi mereka melihat ada sebuah van berwarna putih berhenti di luar pintu pagar. Sekejap sahaja van itu terus berlalu menuju ke Lebuh Raya Timur Barat, cuba memecut dan terhinggut-hinggut di atas jalan lori balak yang berlekuk-lekak. Di luar pintu pagar, tiga orang kanak-kanak yang comot terintai-rintai hendak masuk. Pintu pagar pun dibuka. Semuanya tidak menangis. Bagaikan mereka sudah biasa dengan keadaan begitu.”

(Fatimah Busu, Salam Maria: 388)

Dengan menerapkan kata ganda kanak-kanak, terhinggut-hinggut, berlekak-lekuk dan terintai-rintai, terhasil satu kesinambungan antara frasa-frasa yang menjadi predikat, iaitu

“…memecut dan terhinggut-hinggut: jalan lori balak dan berlekak-lekuk, comot dan terintai-intai.”

Page 56: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

B. Sintaksis Sintaksis berhubung dengan pembentukan ayat.

Dalam hierarki tatabahasa, sintaksis menduduki tempat tertinggi.

Ayat mengandungi fikiran yang lengkap. Perkara yang paling penting dalam sintaksis yang dapat membantu penulis menggunakan bahasa yang baik, lancar dan berkesan ialah pola-pola ayat.

Pola bererti acuan. Pola atau acuan ayat terbentuk daripada dua unsur utama, iaitu subjek dan predikat. Dengan berpegang kepada dasar ini, penulis tidak akan menghasilkan ayat-ayat yang tergantung.

Pola ayat boleh dibahagikan kepada ayat selapis, ayat berlapis, ayat berkait dan ayat bercampur.

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas subjek dan predikatnya. Maksud subjek ayat itu tidak mempunyai penerangan atau tidak bergabung dengan subjek lain dan predikatnya pun tidak berpenerangan, berpelengkap atau berklausa.

Page 57: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

C. Semantik Penerapan semantik dalam

penghasilan karya juga tidak kurang pentingnya. Gaya bahasa semantik, dapat membantu penulis dalam hal diksi, metafora, simili, hiperbola dan personifikasi.

Justeru, peranan sastera agung klasik dan moden di sekolah rendah adalah menerapkan aspek gaya bahasa semantik yang mampu menimbulkan nilai estetik dalam proses apresiasi karya sastera dalam kalangan murid-murid.

Page 58: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Awang Sariyan (2006: 184) dalam Kertas Kerjanya yang bertajuk “Penerapan Tatabahasa Dalam Karya Kreatif” menyatakan penulis yang dapat menguasai pelbagai pola ayat amat beruntung.

Kepelbagaian struktur ayat merupakan satu cara yang paling penting untuk menimbulkan kesan kepada pembaca.

Sesungguhnya hal tersebut adalah suatu ujian kejayaan terhadap penulis dalam hal penggunaan bahasa.

Page 59: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

D. Diksi

1. Diksi ialah pemilihan kata yang betul atau tepat dan berkesan. Kesukaran untuk membuat pemilihan kata yang tepat timbul kerana banyak sekali kata yang menunjukkan hal atau keadaan yang hampir sama tetapi konotasinya yang berlainan.

i. Misalnya, kata kacak, tampan, macho dan sebagainya masing-masing menunjukkan erti yang hampir-hampir sama tetapi secara konotatif, masing-masing kata itu mempunyai erti yang lebih khusus.

ii. Contoh lain, kata rumah, istana, mahligai, pondok dan teratak memanglah mempunyai erti yang sama, iaitu tempat kediaman, maka itu ia dikatakan bersinonim.

iii. Tetapi masing-masing kata itu sebenarnya mempunyai erti khusus yang tidak menunjukkan kata ‘reference’ yang sama. Maka dalam hal seperti ini bersinonim tidak semestinya mempunyai erti yang benar-benar sama.

Page 60: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Metaforabolehlah ditakrifkan sebagai ungkapan atau simpulan bahasa bermakna bandingan atau analogi. Metafora dapat berdiri sendiri sebagai unit sendiri mengambil tempat dan fungsi sendiri dalam struktur sintaksis. Contoh:

i. berkepak putih di sayap zaman

(Ahmad Sarju, Sajak Burung-Burung Di Puncak Gunung)

ii. sambil membina jambatan kasih

(Zaitun Ajmain, Sajak Erti Persahabatan)

Page 61: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Similididefinisikan sebagai perbandingan sesuatu objek dengan sesuatu objek dengan menggunkan kata sebagai, umpama, seperti, laksana dan sebagainya. Contoh:

i. Merompak kemanusiaan seperti dihalalkan(Borhan Md Zain, Sajak Bila Matahari Berlabuh)

ii. Bagai kilat senja memecah sinar(Ahmad Sarju, Sajak Burung-Burung Di Puncak Gunung)

Page 62: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Personifikasi Merupakan salah satu gaya bahasa yang banyak digunakan dalam penulisan kreatif. Personifikasi ialah gaya bahasa yang memberikan sifat kemanusiaan kepada objek-objek bukan manusia. Contoh:

i. Jan berasa sangat bosan pada pagi itu, udara di luar cukup sejuk. Tambahan pula Wind Child menggigit kulit. Rakan-rakan lain, penghuni rumah orang tua yang kebanyakkannya perempuan telah keluar menyertai acara Walden Walkers di side walk sekitar kawasan Walden Place.

(Abdullah Tahir, Cerpen Penantian di Walden Place:40)

ii. Lalu dengan cepat ia merayu

(Jasni Mat Lani, Sajak Sebatang Pohon.)

Page 63: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Penutup Apabila berbicara tentang bahasa dan Kesusasteran

Melayu akan mengajak kita bersedia berpadu tenaga membina, memupuk dan mengembangkannya.

Oleh itu, peranan bahasa dan sastera, umpama irama dan lagu. Kata sepakat antara bahasa dan sastera akan mampu menunjukkan fikiran, kreativiti dan aktiviti.

Bahasa ialah alat komunikasi utama dan asas pembinaan sesebuah tamadun. Tamadun menjadi kekal dan bertahan melalui tradisi ilmu.

Jadi bahasa Melayu dan Kesusasteran Melayu berperanan membawa dan menggerakkan kehidupan kebudayaan bangsanya meliputi akal fikiran dan daya ciptaan dalam segala tuntutan dan keperluan.

Bahasa Melayu sudah sedia mampu dan oleh sebab itu mesti digerakkan untuk mengisi fikiran dan pemikiran dalam bidang pencapaian ilmu pengetahuan tinggi, kesusasteraan, falsafah dan imej warisan tamadun.

Page 64: Nota Kuliah Bersemuka 5.pptx

Sekian….Selamat

menghadapi peperiksaan

[email protected]