nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

94
PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA POLITIK & KERAJAAN HNP 3023

Upload: peningla

Post on 02-Jul-2015

433 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PERKEMBANGAN POLITIK

MALAYSIAPOLITIK & KERAJAAN

HNP 3023

Page 2: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

3 FASA UTAMA DALAM PERKEMBANGAN

POLITIK DI MALAYSIA :

• Fasa Pertama : Era Pra-Kemerdekaan

(sebelum merdeka hingga tahun 1960)

• Fasa Kedua : Era Pengisian Kemerdekaan

(Dari Tahun 1960-an hingga 1980-an)

• Fasa Ketiga : Era Pengukuhan Kemerdekaan(Dari tahun 1990-an hingga era 2000-an)

Page 3: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

ERA PRA-KEMERDEKAAN

(SEBELUM MERDEKA HINGGA TAHUN 1960)

• Kedatangan British telah membawa perubahanke atas struktur politik, ekonomi dan sosialmasyarakat di Tanah Melayu.

i. Politik – Sistem Residen

ii. Ekonomi – Dasar Pecah dan Perintah &kemasukan imigran dari China dan India

iii. Sosial – perkembangan bidang pendidikan

Page 4: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA

• Pertambahan bilangan pelajar yang menerimapendidikan di Barat dan Timur Tengah sertakelahiran institusi pendidikan Melayu mendorongkepada penyebaran aliran pemikiran baru/ revolusimental kepada masyarakat.

• Menurut Roff (1980:57) – Terdapat tiga golonganintelektual yang membangkitkan semangatnasionalisme rakyat, iaitu :

i. Golongan Berpendidikan Agamaii. Golongan Berpendidikan Sekular Inggerisiii. Golongan Berpendidikan Melayu

Page 5: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

1) GOLONGAN INTELEKTUAL AGAMA

• Tokoh : Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin danBurhanuddin Helmy.

• Menubuhkan sebuah kumpulan reformis yang dikenalisebagai “KAUM MUDA” pada tahun 1906.

• KAUM MUDA adalah hasil daripada pengaruh gerakan IslahIslamiyah di Mesir yang dipelopori oleh al-Afghani,Muhammad Abduh & Rashid Rida.

• KAUM MUDA merujuk kepada gerakan membasmi danmenentang amalan karut/kuno Melayu yang tidakberlandaskan kepada ajaran Qur’an dan Sunnah.

• Matlamat : Mewujudkan reformasi pan-Islamisasi iaitumenjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara.

Page 6: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Page 7: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Menjadikan Singapura sebagai pusat operasi gerakanKAUM MUDA kerana Singapura merupakan pusatperkembangan kesusasteraan dan penerbitan terpentingdi Asia Tenggara.

• Bagaimana KAUM MUDA menyuntik kesedarannasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu?

i. Mata Pena – Majalah dan akhbarContoh : al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara

ii. Penubuhan madrasahContoh : Madrasah al-Mahsyor, il-Ihya as-Sharif &Madrasah Hamidiah

• Usaha KAUM MUDA mendapat tentangan hebatKAUM TUA.

Page 8: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Antara tokoh KAUM TUA : Hj. Osman Jalaluddin al-Kelantani, Haji Yaakub Legor & Sheikh Abdullah Fahim.

• KAUM TUA mempraktikkan tradisi konservatif danmempertahankan nilai-nilai establishment yang sediawujud dalam masyarakat.

• Menggunakan akhbar Lidah Benar bgi menyanggahgerakan KAUM MUDA.

• KAUM TUA juga menguatkuasakan undang-undangagama bagi menyekat penularan idea-idea KAUMMUDA.Contoh : Enakmen Undang-undang Islam 1904 –penyebaran agama perlu mendapatkan kebenaranbertulis daripada Sultan.

Page 9: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

2) GOLONGAN INTELEKTUAL SEKULAR

INGGERIS

• Golongan yang berpeluang melanjutkan pelajaranke Barat – dipengaruhi oleh keadaan sosial di sana.

• Antara tokoh berpendidikan sekular Inggerisadalah seperti Tunku Abdul Rahman, Tun. Dr.Ismail dan Tun Dr. Mohamed Suffian Hashim.

• Menerusi Persatuan Melayu Great Britain – merekamempengaruhi pihak British untukmempercepatkan proses kemerdekaan danmenghapuskan Malayan Union.

Page 10: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

3) GOLONGAN INTELEKTUAL MELAYU

• Penubuhan institusi pendidikan Melayu seperti MaktabPerguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Melayu KualaKangsar (MCKK), Kolej Teknik Kuala Lumpur dan KolejPertanian Serdang banyak melahirkan golongan intelektualMelayu yang aktif menyebarkan wacana perjuangannasionalisme.

• Tokoh : Ibrahim Hj. Yaakob, Isa Mohamad, Hassan Manandan Ishak Hj. Muhamad.

• Mereka memanifestasikan kebangkitan semangat kebangsaanini ke dalam bentuk parti-parti politik seperti KesatuanMelayu Muda (KMM), Kesatuan Melayu Singapura (KMS),Persatuan Melayu Perak dan Persatuan Melayu Pahang.

Page 11: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)• Merupakan parti politik kebangsaan yang paling awal di Tanah

Melayu- ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Ibrahim Yaakob.

• Matlamat utamanya adalah untuk membebaskan Tanah Melayudaripada penjajahan British dan mewujudkan gagasan ‘MelayuRaya’- Penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia.

• Radikal & berhaluan kiri kerana mengamalkan dasar yangbertentangan dengan British.

• KMM mengadakan pakatan dengan Jepun untuk menggulingkanBritish.

• Menggunakan akhbar ‘Warta Malaya’ untuk menyebarkan perasaananti-British kepada masyarakat.

• Parti ini diharamkan British dan pemimpin-pemimpinnyaditangkap pada tahun 1942.

Page 12: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA

(PKMM)• Kegagalan KMM telah mendorong penubuhan sebuah lagi parti politik iaitu PKMM

pada 17 Oktober 1945.

• Sebuah parti politik Melayu pertama yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam danMokhtaruddin Lasso demi membela nasib kaum Melayu di negara ini.

• Mempunyai pengaruh komunis – memperkenalkan ‘8 Dasar’ yang diinspirasikandaripada rancangan ‘9 perkara’ oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

• Menubuhkan sayap pemuda dan pemudi yang dikenali sebagai Angkatan PemudaInsaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

• Pada awalnya, PKMM memperjuangkan misi untuk membentuk Melayu Raya, tetapimatlamat ini mendapat sokongan rakyat dan ahlinya sendiri. Oleh itu, merekamenukar hala tuju dengan membentuk satu gabungan parti-parti Melayu Radikal,iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).

• PUTERA akhirnya bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu iaitu All MalayanCouncil of Joint Action (AMCJA).

Page 13: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PUTERA - AMCJA• Merupakan gabungan terawal parti-parti Melayu dan bukan Melayu di negara ini - 1947

• Matlamat utama yang diperjuangkan adalah pembentukan negara bangsa yangmenegaskan satu kerakyatan.

• Oleh itu, mereka telah merangka ‘Perlembagaan Rakyat’ bagi menggantikan MalayanUnion.

• Terdapat 10 prinsip asas dalam Perlembagaan Rakyat ini :

I. Singapura disatukan dengan Malaya

II. Hanya satu kerajaan pusat dan majlis negeri-negeri yang dipilih.

III. Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar

IV. Menyediakan keistimewaan tertentu bagi kemajuan orang Melayu dari segi politik danekonomi.

V. Adat istiadat Melayu dan agam Islam dikawal sepenuhnya oleh orang Melayu.

VI. Kerakyatan serata bagi semua orang.

VII. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

VIII. Pertahanan dan hal ehwal negeri menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Malayadan kerajaan British.

IX. Kerakyatan Malaya dinamakan Melayu

X. Warna merah putih dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Malaya.

Page 14: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• British menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkanoleh PUTERA-AMCJA kerana mereka hanyamenjalankan rundingan dengan golongan elit dan raja-raja Melayu dan bimbang kedudukan British akanterancam di Tanah Melayu.

• PUTERA-AMCJA telah melancarkan mogok ‘Hari HartalSemalaya’ pada 20 September 1947 – protes besar-besaran tanpa keganasan, hanyalah penutupan semuapremis yang beroperasi seperti kilang, kedai, sekolah,pejabat dan ladang.

• Matlamat utama : untuk mencetuskan ketidakakuranawam sebagai tanda protes terhadap British.

• Akibatnya, pemimpin PUTERA-AMCJA seperti AhmadBoestamam, Abu Bakar Bakir dan Burhanuddin Helmyditangkap di bawah Undang-undang Darurat 1948kerana dikaitkan dengan fahaman komunis.

Page 15: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

MALAYAN UNION• Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 – merupakan gabungan

Negeri-negeri Melayu dengan Negeri-negeri Selat (tanpa Singapura).Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan kerana penyertaan Singapuraakan mencetuskan penentangan terhadap Malayan Union.

• Hasrat British untuk menyediakan kemerdekaan kepada tanah Melayu.

• Kuasa pentadbiran terletak sepenuhnya kepada Gabenor British yangpertama – Sir Edward Gent

• Tujuan penubuhan :

i. Membentuk bangsa Malayan Unionii. Mengawal kuasa politik Melayu – raja-raja Melayu kehilangan kuasaiii. Penguasaan British ke atas ekonomi Tanah Melayuiv. Memastikan agar sumber tenaga kerja (imigran) tidak terjejas –

kerakyatan jus soliv. Kukuhkan pertahanan Britishvi. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam

Page 16: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU

BERSATU (UMNO)• Ditubuhkan pada 20 September 1946 bertujuan untuk melindungi hak-hak

orang Melayu dengan membantah pembentukan gagasan Malayan Union.

• Penubuhan UMNO telah membuka ruang kepada golongan elit Melayu pro-Barat untuk mengambil alih perjuangan menuntut kemerdekaan.

• Mengapa UMNO membantah pembentukan Malayan Union sedangkanUMNO adalah sekutu kuat British? Penentangan terhadap Malayan Unionberlaku di semua peringkat akar umbi masyarakat Melayu.

• Mereka mempersoalkan mengenai isu kerakyatan ‘jus soli’ yang terlalulonggar dan mudah, penghapusan kedudukan Raja-raja Melayu danpenarikan semula hak istimewa orang Melayu.

• Maka, satu perhimpunan yang melibatkan lebih daripada 41 persatuanMelayu termasuk PKMM diadakan di Kuala Lumpur. Hasilnya, UMNOterbentuk di bawah pimpinan Onn Jaafar.

Page 17: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Namun, wujud pertembungan dalam perjuangan PKMM danUMNO. PKMM ingin menuntut kemerdekaan sepenuhnya dariBritish, manakala UMNO hanya sekadar ingin mengembalikanstatus quo golongan elit Melayu tanpa kemerdekaan.

• Kelebihan UMNO :

i. Berjaya merapatkan kembali hubungan sultan-sultan Melayu danrakyat.

ii. Dasar UMNO yang sering melindungi hak Melayu mendapatsokongan besar masyarakat Melayu.

iii. Mengambil pendekatan pragmatik dengan menggunakanhubungan baik yang dijalinkan oleh pembesar Melayu danBritish demi kepentingan perjuangan mereka.

• UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan British untukmembubarkan Malayan Union dan membentuk Perlembagaan1948.

Page 18: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)

• Ditubuhkan pada Ogos 1946 – diketuai oleh John A. Thivy.

• Perjuangan awal MIC menyokong kemerdekaan di India, tetapi kurang mendapat sambutan dari rakyat India di Tanah Melayu.

• Selepas kemerdekaan India pada tahun 1947, MIC menumpukan kepada isu kerakyatan, taraf hidup dankebajikan masyarakat India di Tanah Melayu.

• MIC pernah menyertai parti serpihan Dato’ Onn Jaafar (IMP) tetapi tidak mendapat sambutan.

• Namun, pada tahun 1955 MIC bergabung dengan UMNO danMCA untuk membentuk Parti Perikatan.

Page 19: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1948

• Ditubuhkan hasil daripada perbincangan jawatankuasa yang terdiridaripada wakil-wakil UMNO, Raja-raja Melayu dan wakil kerajaanBritish.

• Mendapat tentangan orang-orang Cina, PKMM dan AMCJA.

• Antara intipati :

a) Kuasa memerintah persekutuan Tanah Melayu terletak padatangan Pesuruhjaya Tinggi British dibantu oleh Majlis KerjaKerajaan (wakil-wakil mengikut kaum)

b) Majlis Raja-raja telah dibentuk – mengembalikan kedaulatanRaja-raja Melayu.

c) Taraf kewarganegaraan yang ketat –kewarganegaraan melaluiundang-undang dan kewarganegaraan menerusi permintaan- had300,000 orang bukan Melayu.

Page 20: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

DARURAT TANAH MELAYU 1948• Berlaku pada tahun 1948 hingga tahun 1960 – diisytiharkan pada 7 Julai 1948.

• Persengketaan di antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British.

• Sebab Darurat :

i. Bermula selepas pendudukan Jepun pada 1942 – 1946

ii. Pembunuhan 3 orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Perak pada tahun 1948telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat.

iii. PKM diharamkan – mengubah dasarnya daripada bersikap sederhana kepada agresif.

iv. Memulakan mogok dengan Kesatuan Sekerja, tetapi gagal.

v. Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantiksebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata - Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

vi. “Min Yuen” (Gerakan Rakyat) ditubuhkan untuk menyokong komunis

Page 21: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Langkah-langkah Mengatasi Darurat :

i. Undang-undang Darurat –

Parti politik yang bersifat radikal diharamkan Sesiapa yang disyaki terlibat dengan komunis akan ditangkap, serta dibuang

negeri Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersubahat dengan

komunis

ii. Perintah Berkurung

iii. Kawasan putih dan Hitam

iv. Sekatan Jalan Raya & kawalan kampung

v. Kad Pengenalan

vi. Rancangan Briggs -

Dilancarkan pada tahun 1950 dan diketuai oleh Sir Harold Rowdan Briggs. Tindakan British untuk melumpuhkan gerakan Min Yuen Memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan

dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di KampungBaru supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen.

Gerakan Kelaparan – menyekat maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan

Page 22: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION

(MCA)

• Kesan daripada ancaman komunis ini, British telahbertindak untuk menubuhkan sebuah parti politik Cinaberhaluan kanan dikenali sebagai Malayan ChineseAssociation (MCA).

• Ditubuhkan oleh pada 27 Februari 1949 di bawahpimpinan Tun Tan Cheng Lock.

• Matlamat : Untuk melindungi hak dan kebajikanmasyarakat Cina di Tanah Melayu.

• Bergabung dengan UMNO pada Pilihan Raya MajlisBandaran Kuala Lumpur tahun 1952.

Page 23: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PARTI ISLAM SE-MALAYA (PAS)

• Ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 – hasil daripada persidangan para ulamak diKuala Lumpur yang dikenali sebagai Persatuan Ulamak SeMalaya.

• Persatuan Ulamak SeMalaya = di ubah kepada Parti Islam SeMalaya (PAS) padaNovember 1951.

• Sejarah penubuhan PAS amat sinonim dengan sejarah perjuangan HizbulMuslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak pada 14 Mac 1948 dibawah pimpinan Abu Bakar al-Bakir, seorang tokoh agama dan didokong olehgolongan elit agama tradisional yang terdiri daripada guru dan pelajar agama.

• Parti ini kemudiannya diharamkan oleh British pada 18 Jun 1948 menyebabkansebahagian ahli Hizbul Muslimin bertindak menganggotai Biro Agama UMNObagi mengisi ruang perjuangan Islam dalam parti tersebut.

• Daripada biro tersebut, lahirlah Persatuan Ulama SeMalaya yang dipimpin olehTuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan.

• Pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan menerusilandasan demokrasi ke arah membentuk negara yang diredhai Allah.

Page 24: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PERKEMBANGAN POLITIK 1950 - 1960

i. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) padatahun 1949 – bertujuan untuk mewujudkan persefahaman antarakaum.

Anggota CLC : UMNO- Dato Onn Jaafar MCA- Tun Tan Cheng Lock Pengerusi - Dato E.E.C Thuraisingan. Penasihat - Sir Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral Asia

Tenggara)

Hasil persefahaman CLC : Syarat kerakyatan dilonggarkan Bantuan ekonomi dan pendidikan kepada orang Melayu. Pilihanraya diadakan pada masa yang sesuai di peringkat bandaran,

negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Page 25: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

ii. Penubuhan Sistem Ahli dilaksanakan pada tahun 1951hingga 1955- bertujuan untuk melatih orang Melayudan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.

Idea ini dicetuskan oleh Onn Jaafar.

Ciri – ciri :• Kabinet bayangan (sistem pentadbiran berbentuk

kabinet tanpa pilihan raya).• Anggotanya dikenali sebagai ahli.• Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British

dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.• 9 orang ahli – 3 Melayu + 1 Cina + 1 India + 4 pegawai

British.• Ahli-ahli diletakkan di bawah penguasaan pegawai

tinggi British.

Page 26: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Anggota Sistem Ahli :

Ahli Jabatan

Dato’ Onn Jaafar Hal Ehwal Dalam Negeri

Dato’ Mahmud Mat Tanah, Perlombongan danPerhubungan

Tunku Yaacob AlmarhumSultan Abdul Halim Shah

Pertanian dan Perhutanan

E. E. C Thuraisingham Pelajaran

Dr. Lee Ting Keng Kesihatan

Page 27: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

iii. PILIHAN RAYA MAJLIS BANDARAN • Tujuan : memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab

mereka ke arah proses berkerajaan sendiri secara berperingkat.

• Pilihan Raya Majlis Bandaran diadakan di setiap bandar-bandar besar.

• 1951 : Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan di Georgetown – PartiRadikal memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan.

• 1952 : Gabungan UMNO dan MCA berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi dalampilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur. 2 lagi kerusi dimenangi olehIndependent Malayaan Party (IMP) pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan 1 kerusi milikcalon bebas.

• Kerjasama yang dibuat UMNO dan MCA dalam pilihan raya Bandaran KualaLumpur ini telah membuka ruang untuk penggabungan parti perkauman yang lebihluas - PARTI PERIKATAN.

• 1954 : Pilihan Raya Negeri diadakan – UMNO dan MCA memenangi 226 daripada268 buah kerusi negeri yang dipertandingkan. Kemenangan ini menunjukkan rakyatmenerima prinsip kerjasama kaum dalam politik di Tanah Melayu.

Page 28: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

iv. PILIHAN RAYA UMUM 1955

• Pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu.

• Parti Perikatan diperluaskan lagi dengan kemasukan MIC.

• Antara faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan Parti Perikatan:

I. Kemerdekaan daripada British sangat diperlukan.II. Pengisytiharan darurat 1948 memaksa parti-parti ini bekerjasama

menghadapai komunis.III. Kejayaan gabungan Perikatan dalam pilihan raya menjadi asas yang

mengukuhkan hubungan mereka.

• Manifesto Parti Perikatan :

a) Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahunb) Mewajibkan pendidikan rendahc) Melindungi hak-hak Raja Melayud) Menamatkan darurate) Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan

Page 29: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Menyaksikan kemenangan besar Parti Perikatan – memenangisebanyak 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan (79.6% undi).1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS di Kerian.

Keputusan Pilihan Raya Umum 1955

Parti Bilangan Kerusiyang

dipertandingkan

Bil. Kerusi yang dimenangi

Perikatan 52 51

Parti Negara 30 -

Parti Islam Se-Malaya 11 1

Liga Melayu Perak 9 -

Parti Buruh 4 -

People’s ProgressiveParty

2 -

Bebas 18 -

Page 30: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

v. MISI KEMERDEKAAN• 18 Januari – 6 Februari 1956 : Rombongan kemerdekaan bertolak ke

London diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rundingan dipengerusikanoleh Lord Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.

• Hasilnya, suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1955 bagimengesyorkan pembentukan satu perlembagaan persekutuan berdasarkankepada demokrasi berparlimen.

• Ahli-ahlinya terdiri daripada :i. Lord Reid (Britain)ii. Sir Ivor Jennings (Britain)iii. Sir William McKell (Australia)iv. B. Malik (India)v. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

• Perkara penting yang dibincangkan ialah pembentukan sebuah kerajaanpusat, kuasa autonomi negeri, kedudukan istimewa Raja-raja Melayudan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu.

• Kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957

Page 31: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

vi. PILIHAN RAYA UMUM 1959• Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang

dipertandingkan dengan jumlah undi sebanyak 51.7%.Penurunan kadar undi Perikatan ini adalah disebabkan olehpertambahan undi kaum Cina yang lebih memilih PPPberbanding MCA.

• Baki 30 kerusi lagi dimenangi oleh barisan pembangkang(PPP, PMIP, Barisan Sosialis, Parti Negara dan Parti Malaya).

• PAS memenangi kerusi terbanyak pembangkang iaitu 13kerusi (21.2% undi).

• Barisan Sosialis pula mendapat 8 kerusi (12.9% undi).

• Parti Progresif Penduduk (PPP) memperolehi 4 kerusiParlimen dengan undi sebanyak 6.3%.

Page 32: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Era Pengisian Kemerdekaan

(Dari Tahun 1960-an hingga 1980-an)i. PEMBENTUKAN MALAYSIA TAHUN 1963

• Pembentukan Malaysia merupakan proses dekolonialisasi negera-negara kecilyang belum membangun.

• Tujuannya :

Menstabilkan Asia Tenggara daripada ancaman komunis. Mengimbangi kadar pertambahan orang Cina di Tanah Melayu. Mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama di antara negara-negara

anggota.

• Langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia :

1) DIALOG BORNEO

• Perbincangan di antara gabenor Sarawak, Sabah, Pesuruhjaya Tinggi Brunei danPesuruhjaya Umum Singapura mengenai pembentukan Malaysia.

Page 33: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

2) JAWATANKUASA PERUNDINGAN DAN PERPADUAN MALAYSIA

• Ditubuhkan pada Julai 1961 – terdiri daripada wakil-wakil dari Tanah Melayu,Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei hanya menghantar pemerhati.

• Tujuannya:

Mengumpulkan pandangan mengenai pembentukan Malaysia daripada negara-negaraanggota.

Menyebarkan informasi mengenai pembentukan Malaysia. Menggalakkan perbincangan mengenai pembentukan Malaysia. Mempromosikan aktiviti yang boleh membantu merealisasikan pembentukan Malaysia.

3) PERJANJIAN PERSEKUTUAN MELAYU – SINGAPURA

• Ogos 1961 – Persetujuan untuk bersatu di antara Tanah Melayu dan Singapura telahdicapai dengan syarat berikut :

Singapura menjadi negara baru dalam persekutuan Mempunyai 15 kerusi dalam persekutuan Dewan Rakyat dan 2 kerusi dalam Dewan

Negara. Mempunyai kuasa autonomi ke atas pendidikan dan dasar buruh. Warga Singapura mempunyai dua kewarganegaraan – Singapura dan Malaysia Ketua negara Singapura kekal dipanggil ‘Yang di-Pertuan Negara – dilantik oleh YDPA

atas nasihat daripada Perdana Menteri Singapura.

Page 34: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

4) SURUHANJAYA COBBOLD

• Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bertujuanuntuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) danSarawak tentang gagasan Malaysia.

• Hasil laporan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan seramai 80%penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan penubuhan Malaysia.

5) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (INTERGOVERNMENTALCOMMITTEE)

• Ditubuhkan bagi membincangkan penyertaan Sabah dan Sarawak dalamperlembagaan persekutuan.

• Terdiri daripada beberapa ahli seperti Lord Lansdowne (Pengerusi), TunAbdul Razak, Donald Stephen (Sabah) dan Abang Hj. Mustapha(Sarawak).

• Menerima banyak memorandum daripada individu, organisasi danparti-parti politik – respon yang diterima dimasukkan sebgai laporan.

Page 35: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

6) REFERENDUM SINGAPURA

• Sebuah referendum nasional telah ditubuhkan untuk memberi peluang kepada rakyat Singapuramemilih alternatif terbaik bagi pembentukan Malaysia. Antara alternatifnya, adalah :

i. Alternatif 1 – bergabung mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam ‘white paper’.

ii. Alternatif 2 – bergabung dan perlu patuh kepada semua polisi yang ditetapkan dalam persekutuan.

iii. Alternatif 3 – bergabung mengikut syarat yang sama seperti Sabah, Brunei dan Sarawak.

• Hasil referendum ini mendapati hampir 70% rakyat Singapura memilih alternatif 1 iaitu bergabungmengikut perjanjian ‘white paper’.

7) KEPUTUSAN BRUNEI

• Pada tahun 1962, Sultan Brunei telah melantik sebuah suruhanjaya untuk menilai pandanganpenduduk Brunei terhadap penggabungannya dengan Tanah Melayu.

• Hasil penilaian ini mendapati :

i. Terdapat bantahan yang lantang daripada Azahari dan partinya iaitu Parti Rakyat Brunei (PRB) yangmenguasai badan perundangan Brunei.

ii. Selain itu, Brunei juga takut sekiranya hasil minyak mereka akan jatuh ke tangan kerajaanPersekutuan.

iii. Isu mengenai Kesultanan Brunei tidak boleh diketepikan.

• Oleh itu, Brunei menagmbil keputusan untuk tidak turut serta dalam pembentukan Malaysia.

Page 36: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PENUBUHAN MALAYSIA• Rang undang-undang pembentukan Malaysia – mendapat 73

sokongan ahli Parlimen dan 15 yang lain menolak penubuhanMalaysia.

• Namun begitu, jumlah sokongan ini melebihi 2/3 majoritiundi – rang undang-undang ini diluluskan.

• Begitu juga di Singapura – 25 undi sokongan dan 7 yang lainmembantah penggabungan ini.

• Oleh itu, penubuhan Malaysia telah diisytiharkan pada 16September 1963.

• Penubuhan Malaysia ini mendapat tentangan hebat daripadaFilipina (Filipina menuntut hak kedaulatannya ke atas Sabah)dan Indonesia (mahu menubuhkan Indonesia Raya).

Page 37: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

KONFRANTASI MALAYSIA-INDONESIA• Konfrantasi ini bermula selepas penubuhan Malaysia. Indonesia yang pada ketika

itu di bawah pemerintahan Presiden Sukarno, menentang pembentukan Malaysiakerana beliau mahu menubuhkan ‘Indonesia Raya’ yang menggabungkan TanahMelayu dan Indonesia.

• Akibatnya, Indonesia telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia.

• Terdapat isu-isu lain yang telah membangkitkan konfrantasi ini, antaranya :

Indonesia berasa terancam dengan adanya tentera dan pengkalan asing di Malaysia.

Pembentukan Malaysia juga menjadi ancaman kepada Indonesia kerana Malaysiamenjadi sarang bangsa Cina.

• Konfrantasi ini berlanjutan sehingga tahun 1966 – pada awalnya, konfrantasi inihanya sekadar ‘perang mulut’ di antara Malaysia dan Indonesia. Ia termasuklahkempen ‘Ganyang Malaysia’ yang dilancarkan oleh Indonesia.

• Namun, konfrantasi ini bertukar menjadi perang ketenteraan.

• April 1963 – pasukan tentera Indonesia mula memasuki kawasan Sabah danSarawak untuk menyebarkan propaganda dan menakluki kawasan ini.

Page 38: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• 1964 – pasukan tentera Indonesia mendarat di Johor dancuba membentuk pasukan gerila. Namun, percubaan merekaberjaya dipatahkan oleh regimen askar Melayu.

• Malaysia juga meminta pihak British dan Australia untukmenempatkan pasukan tentera mereka di kawasan sempadanKalimantan.

• Pelbagai usaha dan perjanjian yang telah dilakukan olehMalaysia dan negara-negara jiran lain untuk menamatkankonfrantasi ini, tetapi menemui jalan buntu.

• Namun, selepas kejatuhan Presiden Sukarno pada tahun1965, telah membuka ruang pendamaian yang luas antaraMalaysia dan Indonesia.

• Mei 1966 – sebuah rundingan diadakan di Bangkok. Kedua-dua buah negara telah mencapai kata putus untuk berdamaidan mengakhiri konfrantasi ini.

Page 39: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PILIHAN RAYA UMUM 1964• PRU 1964 – Pilihan raya pertama selepas pembentukan Malaysia ( Sabah dan Sarawak

tidak terlibat kerana pilihan raya baru dilaksanakan sewaktu pembentukan Malaysia).

• Oleh itu, jumlah kerusi yang dipertandingkan masih kekal sama iaitu 104 kerusi.

• Walaupun, Malaysia terlibat dengan pergolakan politik yang hebat, tetapi ini tidakmenghalang parti Perikatan untuk beraksi cemerlang pada PRU ini.

• Parti Perikatan berjaya memenangi 89 kerusi dengan peningkatan undi sebanyak 3.5%daripada 51.5% undi yang diperolehi pada pilihan raya lepas.

• Manakala pembangkang hanya berjaya memenangi 15 kerusi Parlimen (41.5% undi)berbanding 30 kerusi pada PRU 1959.

• PAS - 9 kerusi berbanding 13 kerusi pada pilihan raya yang lalu, dengan jumlah undimerosot sebanyak 7.1%.

• Barisan Sosialis - 2 kerusi berbanding 8 kerusi pada PRU 1959.

• Parti Progresif Rakyat (PPP) - 2 kerusi berbanding 4 kerusi pada pilihan raya lalu.

• Jumlah pengundi keluar mengundi meningkat kepada 78.9%.

Page 40: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA• Di antara tahun 1964 – 1965, terdapat beberapa peristiwa yang telah meretakkan

hubungan Malaysia-Singapura :

i. Terdapat rusuhan-rusuhan kesan daripada konflik perkauman di antara PAP danpelampau perkauman orang-orang Melayu di Persekutuan – mewujudkan hubungantidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan Melayu di Persekutuan.

ii. Usaha Lee Kuan Yew untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam PRU 1964 diPersekutuan telah disalah ertikan oleh ahli politik Melayu sebagai usaha Lee untukmerebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.

iii. Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawakuntuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian SolidarityConvention (MSC) yang mendokongkonsep ‘Malaysian Malaysia’ – dianggap sebagai satu menifestasi cita-cita Lee untukmenjadi Perdana Menteri kerana ia berjaya menarik sokongan masyarakat.

• Selepas PAP memenangi pilihan raya Singapura 1963, PAP mendesak Tunku untukmencalonkan satu daripada dua Senator Persekutuan dari Singapura - Tunku bersetujuuntuk melakukannya.

• PAP nampak seperti cuba untuk memecahbelahkan antara UMNO dan MCA denganmenunjukkan yang MCA tidak berharga sebagai satu rakan kongsi dalam Perikatan dandengan cuba menggantikan MCA dalam Perikatan – tetapi gagal.

Page 41: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Hasil dari langkah radikal PAP terhadap Perikatan,pemimpin-pemimpin Tanah Melayu merancanguntuk menangkap Lee. Keadaan keselamatan dalamnegeri semasa agak tegang.

• Pada tahun 1965- Singapura telah melancarkankempen ‘ Malaysian Malaysia’- Tunku melihatideologi PAP ‘Malaysian Malaysia’ sebagaiberpotensi mendatangkan ancaman terhadapMalaysia.

• Oleh itu, pada 9 Ogos 1965 – Tunku terpaksamenyingkirkan Singapura daripada PersekutuanMalaysia – bagi mengelakkan rusuhan perkaumanyang lebih dahsyat daripada berlaku.

Page 42: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969• Punca-punca berlakunya konflik perkauman :

i. Ketidakpuasan hati kaum Cina dan India terhadap hak istimewa kaum Melayuyang termaktub dalam Perlembagaan 1957 – khususnya Perkara 153 (hakistimewa orang Melayu), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).

ii. MCA dan MIC juga tidak lagi mempunyai kuasa yang sama rata dengan UMNO –Perlu membuat rundingan dulu dengan UMNO berhubung sebarang isu yangberkaitan dengan kepentingan kaum Cina dan India (Vasil 1972:3).

iii. Isu bahasa dan pendidikan

iv. Kepincangan UMNO sendiri – terdapat konspirasi politik untuk menjatuhkanTunku oleh golongan young Turks (golongan ini hanya mahukan pemerintahanMelayu/UMNO sahaja yang menguasai pentadbiran kerajaan.

Contoh : Demonstrasi Anti Tunku

v. Pilihan Raya Umum 1969 – isu-isu berbaur perkauman dimainkan oleh parti-parti pembangkang dalam kempen pilihan raya.

Page 43: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

vi. Pengaruh komunis - Pada hari penamaancalon, Parti Buruh telah bekerjasama dengankomunis untuk mengadakan protes jalanan diKuala Lumpur – menconteng jalan raya dantembok-tembok dengan cat merah sebagaiancaman kepada rakyat agar memulaukanpilihan raya.

• PRU 1969 diadakan dalam situasi politik yangpenuh dengan unsur perkauman.

• Lebih 80% pengundi yang keluar mengundidan sebahagian besarnya adalah pengundibaru berdaftar.

Page 44: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PILIHAN RAYA UMUM 1969• Parti Perikatan mengalami kekalahan teruk apabila buat pertama kalinya

Perikatan gagal untuk mengekalkan 2/3 majoriti dalam Parlimen – PulauPinang jatuh ke tangan Gerakan dan Kelantan jatuh ke tangan PAS.

• Jumlah kerusi yang dimenangi Perikatan menurun daripada 89 kerusi(58.5% undi) pada PRU 1964 kepada 66 kerusi (49.3% undi) pada pilihanraya ini.

• Pembangkang memenangi 49 kerusi pada pilihan raya ini berbanding 15kerusi pada pilihan raya lepas – DAP, Gerakan dan PPP berjaya memenangi25 kerusi. Manakala, PAS membolot 12 kerusi.

• Dr. Tan Chee Khoon (Parti Gerakan) memohon untuk mengadakanperarakan sekitar Kuala Lumpur bagi meraikan kemenangan besar beliaudan Gerakan pada 12 Mei 1969 – Namun, perarakan kemenangan inibertukar menjadi perarakan yang tidak terkawal apabila penyokong-penyokong parti ini membawa ‘penyapu’ sebagai simbolik kepadapengusiran Melayu dari Kuala Lumpur dan memasuki kawasan Kg. Baruyang majoriti penduduknya berbangsa Melayu.

Page 45: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Sebagai serangan balas, pemuda-pemuda UMNO dan orang Melayumengadakan perhimpunan di rumah Menteri Besar Selangor. Pada waktuyang sama, orang Melayu yang ingin turut serta dalam perhimpunan initelah diserang oleh orang Cina di Setapak.

• Akibatnya, bermulalah kejadian rusuhan 13 Mei antara Melayu dan Cina –mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kematian.

• Bagi mengawal keadaan, Tunku telah mengisytiharkan darurat danParlimen digantung – Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuaioleh Tun Abdul Razak ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran negara danmengawal ketenteraman awam.

• Pada tahun 1970 – Tunku berundur sebagai Perdana Menteri dandigantikan dengan Tun Abdul Razak.

• Tragedi ini dilihat sebagai turning point yang telah mengubah strukturpolitik Malaysia – daripada demokrasi liberal kepada demokrasi yang lebihterkawal.

Contoh : Zakaria Ahmad (1989) – quasi demokrasi, Crouch (1996) – semi-demokrasi dan Case (2002) – demokrasi autoritarian.

Page 46: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA

TUN ABDUL RAZAK• Tun Abdul Razak telah merangka pelbagai dasar dan pelan yang mencakupi

aspek politik, ekonomi dan sosial – sebagai usaha untuk mengembalikanpersefahaman antara kaum yang telah terjejas.

i. Politik – Kerajaan telah menggubal dan meminda beberapa akta penting.Antaranya adalah akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universitidan Kolej Universiti (AUKU), akta (pindaan) Perlembagaan 1971 (melarangperbincangan mengenai isu-isu perkauma secara terbuka).

• Meletakkan pimpinan muda yang dikenali sebagai ‘order baru’ seperti Dr.Mahathir, Musa Hitan dan Tengku Razaleigh di dalam kabinet kerajaan.

• Menubuhkan sebuah kerajaan campuran- gabungan Perikatan dengan parti-parti pembangkang bagi melicinkan pentadbiran negara.

ii. Sosial – Rukunegara ditubuhkan bagi mengukuhkan integrasi kaum.

iii. Ekonomi – Dasar Ekonomi Baru

Page 47: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

DASAR EKONOMI BARU (DEB)• Diperkenalkan pada tahun 1970 bersama-sama dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-

1975).

• Strategi serampang dua mata :

i. Membasmi kemiskinan dengan menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi danpendapatan yang tinggi.

ii. Melaksanakan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi mengurangkanjurang ekonomi antara kaum, sekali gus menghapuskan pengenalan ekonomi mengikutkaum.

• Antara langkah-langkah yang diambil kerajaan :

Mestikan golongan Bumiputera khususnya orang Melayu menguasai 30% ekuiti dalamsemua sektor ekonomi.

Menubuhkan pelbagai agensi kerajaan seperti FELDA, MARA dan UDA untukmempergiatkan lagi penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

Mewujudkan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) yang menguruskan amanah sahamdan pelaburan untuk Bumiputera.

Meletakkan kuota Bumiputera bagi kemasukan ke universiti.

Page 48: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Sudut positif DEB :

i. Pelaksanaan DEB memberi manfaat kepada kaum Melayu apabila pemilikan modal syerBumiputera dalam ekonomi meningkat secara mendadak kepada 19.3% pada tahun 1990berbanding 2.4% pada tahun 1970.

ii. Pegangan syer bukan Bumiputera juga menngkat daripada 28.3% pada tahun 1970 kepada 46.8%pada tahun 1990 (Gomez & Jomo 1997:166)

iii. Penubuhan MARA, UDA dan PERNAS menggalakkan Bumiputera terlibat aktif dalam perniagaan-memberi pinjaman, biasiswa dan ruang perniagaan.

iv. Kadar kemiskinan di semenanjung Malaysia juga menurun daripada 49.3% pada tahun 1970kepada 29.2% pada tahun 1980.

v. Penglibatan kaum Melayu dalam sektor profesional juga meningkat menerusi penubuhan InstitutTerknologi Mara (ITM) pada tahun 1967 – membuka peluang kepada Bumiputera berkecimpungdalam bidang profesional seperti kejuruteraan dan perundangan.

• Sudut Negatif DEB :

i. Pelaksanaan dasar ini mewujudkan banyak amalan politik wang, kronisme dan patronage dalamkalangan kelas kapitalis Melayu dan pemerintah.Contoh: Kerajaan telah memindahkan monopoli syarikat-syarikat besar seperti HICOM, MAS danPeremba kepada kroni-kroninya.

ii. Wujud pergantungan di antara kapitalis Melayu dengan kapitalis bukan Melayu menerusi amalan‘ALI BABA’ – menunjukkan kegagalan kerajaan untuk mencipta usahawan Melayu yang mampuberdikari.

Page 49: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PERSOALAN ???

• Adakah perubahan struktur politikdan ekonomi yang dirangka selepasperistiwa 13 Mei 1969 ini memberiimpak ke atas politik, ekonomi dansosial masyarakat? Jika YA, apakah

impak-impak itu?

Page 50: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PILIHAN RAYA UMUM 1974

• Merupakan pilihan raya umum pertama dan kerajaan campuran BN pertama dibawah pimpinan Tun Abdul Razak.

• Kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan telah meningkat daripada jumlah 144kepada 154. Bilangan kerusi DUN juga meningkat daripada 330 kepada 360.

• Peningkatan bilangan kerusi ini adalah hasil urusan persempadanan semulabahagian-bahagian pilihan raya tahun 1974.

• Parti campuran BN mencapai kemenangan besar apabila berjaya memenangi 135 /154 kerusi Parlimen (60.7% undi) – membolehkan BN membentuk kerajaan.

• Manakala parti pembangkang seperti DAP dan Parti Sosialis hanya berjayamemenangi 19 kerusi (39.3% undi).

• Namun, selepas PRU 1974 berlaku beberapa siri demonstrasi yang digerakkan olehpelajar:

i. Demonstrasi Tasik Utara di Johor pada September 1974.

ii. ‘Perarakan Kelaparan di Baling pada November 1974.

Page 51: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA

TUN HUSSEIN ONN• Era pemerintahan Hussein Onn bermula selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14

Januari 1976.

• Awal pemerintahannya, berlaku krisis dalaman UMNO – Isu pemecatan ketuaPemuda UMNO, Dato’ Harun Idris. Pemecatan Dato’ Harun Idris ini mendapatbantahan hebat sebahagian ahli UMNO kerana Majlis Tertinggi mencapai katasepakat agar Harun Idris tidak dipecat. Hal ini menyebabkan Pemuda UMNOberanggapan Hussein telah menagmbil tindakan yang membelakangi keputusanparti (Jamaie 2003:30).

• Berlaku demonstrasi besar-besaran melibatkan kumpulan mahasiswa ITM padatahun 1976 – Krisis berpunca daripada penguatkuasaan tatatertib baru oleh pihakuniversiti yang dilihat bertentangan dengan hak pelajar.

• Krisis politik Kelantan tahun 1977 - UMNO tidak bersetuju dengan calon pilihanPAS, Haji Wan Ismail Ibrahim sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PRU 1974.PAS terpaksa bersetuju menerima calon pilihan UMNO, Dato’ Muhamad Nasirsebagai Menteri Besar Kelantan (Subky, 1977). Namun begitu, berlaku pertikaianantara Dato’ Nasir dan Presiden PAS sehingga menyebabkan Dato’ Nasir dipecat dariPAS dan dikalahkan dengan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Dato’ Nasirtelah menubuhkan parti BERJASA dan bekerjasama dengan BN dalam PRU 1978.

Page 52: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PILIHAN RAYA UMUM 1978

• Pilihan raya umum pertama sejak Tun Hussein Onn menjadiPerdana Menteri.

• BN berjaya memenangi 131/154 kerusi Parlimen yangdipertandingkan (57.6% undi). Jumlah undi menunjukkanpenurunan daripada 57.6% berbanding 60.8% pada PRU 1974kerana PAS menarik diri dari BN.

• PAS mengalami kekalahan teruk apabila hanya memenangi 5/87kerusi Parlimen yang ditandinginya.

• Manakala parti pembangkang lain menguasai 18 kerusi – DAPberjaya meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 9 kerusipada PRU 1974 kepada 16 kerusi pada PRU 1978.

• Pilihan raya ini menyaksikan peningkatan kadar pengundi sebanyak21% menjadikan jumlah keseluruhan pengundi sebanyak 5.9 juta.

Page 53: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Mengambil teraju pemerintahan negara dari Tun Hussein Onn pada 16 Julai 1981.

• Perubahan yang diperkenalkan :

i. Ekonomi – Dasar Penswastaan, Dasar Pembangunan Negara, projek pembangunan infrastruktur(Pembinaan jambatan Pulau Pinang) dan Dasar Pandang ke Timur – bertujuan untuk mengukuhkanintegrasi kaum dan membangunkan taraf sosioekonomi masayarakat khususnya orang Melayu (Case1991:464). Namun dari sisi lain, dasar-dasar Mahathir ini dilihat hanya menguntungkan golongankorporat Melayu dan elit pemerintah. Semakin lama semakin jelas akan wujudnya amalan politikwang, korupsi dan kronisme dalam pentadbirannya.contoh: Tun Daim Zainuddin (Syarikat Hati Budi & Renong Berhad)

ii. Politik – meminda akta Perlembagaan (pindaan 1983) yang bertujuan untuk mengurangkan kuasaYang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Mengikut pindaan baru ini, rang undang-undang yangtidak ditandatangani oleh YDPA dalam masa 30 hari, secara automatiknya akan berkuatkuasa sertamerta sebagai undang-undang yang sah.

• Menghadkan kebebasan media melalui pindaan akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Tujuan akta inidipinda adalah untuk mengawal aktiviti penerbitan dan percetakan demi menjaga keselamatan danketenteraman awam. Hal ini menyebabkan kerajaan BN berhak untuk meyekat penyebaran maklumatyang bertentangan dengan aspirasi mereka.

• Kesan daripada tindakan represif Dr Mahathir ini prestasi BN pada Pilihan Raya Umum 1986 sedikitmerosot.

PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Page 54: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PILIHAN RAYA UMUM 1986

• BN hanya berjaya memenangi 143/177 kerusi Parlimen (57.28 % undi)berbanding 132/154 kerusi Parlimen (60.5 % undi) pada PRU 1982.

• Sebaliknya pembangkang meningkatkan jumlah kerusi di Parlimen daripda22 kerusi (39.5 % undi) pada PRU 1982 kepada 29 kerusi (41.5 % undi)pada 1986.

• DAP beraksi cemerlang apabila berjaya memenangi 24 kerusi Parlimenpada pilihan raya ini berbanding 9 kerusi yang diperolehi pada plihan rayayang lalu.

• Manakala PAS hanya berjaya menguasai 1 kerusi Parlimen (15.5 % undi)berbanding 5 kerusi pada PRU 1982.

• Persoalannya mengapa rakyat masih memberikan mandat kepada BNwalaupun tindakan represif telah dikenakan terhadap mereka? Ini keranakeadaan ekonomi yang berkembang pesat, kawalan ke atas media arusperdana dan penggunaan politik wang dalam pilihan raya adalah puncayang menyumbang kepada kemenangan BN.

Page 55: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

OPERASI LALANG 1987

• Peristiwa ini berlaku ekoran daripada tuntutan yang dikemukakan oleh MCA agar UMNOmemenuhi janji-janjinya pada PRU 1986.

• Antara tuntutan berikut adalah:

i. MCA meminta bantuan daripada kerajaan untuk membantu kaum Cina yang kehilanganwang pelaburan dalam Deposit Taking Cooperative (DTC) disebabkan oleh krisisekonomi. Isu ini bertambah tegang apabila Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Saimengancam akan membawa MCA keluar dari BN sekiranya skim pembiayaan kepadaDTC tidak diluluskan oleh kerajaan.

ii. MCA mendesak kerajaan supaya membatalkan kuasa Menteri Pelajaran agar sekolah-sekolah aliran Cina danTamil terus kekal menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagaibahasa pengantar.

iii. Kementerian Pelajaran telah melantik guru-guru yang tidak mempunyai latar belakangMandarin untuk berkhidmat di sekolah jenis kebangsaa Cina.

• Tindakan ini telah mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum Cina termasuklahpemimpin MCA, DAP dan Dong Jio Zong. Mereka telah mengadakan protes di Kuala Lumpurpada 11 Oktober 1987. Mereka mula memprovokasi isu-isu perkauman dan melancarkan gerakanmemboikot sekolah-sekolah Cina selama 3 hari.

Page 56: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Keadaan hubungan kaum menjadi semakin tegang apabila Lee Kim Sai melabelkan Melayusebagai pendatang dan mencabar ketuanan Melayu.

• Sebagai serangan balas, Najib Tun Razak (Ketua Pemuda UMNO) telah mengadakanperhimpunan besar-besaran pada 17 Oktober 1987 di Stadium Kg. Baru bagi mendesak LeeKim Sai meletak jawatannya dalam kabinet dan menggesa MCA keluar dari BN.

• Sewaktu berlangsungnya perhimpunan ini, Najib telah memegang keris sebagai simbolikketuanan Melayu dan mengancam akan memandikan keris ini dengan darah Cina.

• Keadaan bertambah buruk apabila seorang askar Melayu telah mengamuk di kawasankejiranan Cina di Chow Kit sehingga menimbulkan rasa panik akan berlaku kembalitragedi 13 Mei 1969.

• Oleh itu, Dr. Mahathir telah melancarkan Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 bagimenahan individu yang didakwa telah mencetuskan huru-hara di bawah akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) dan akta Penerbitan dan Media Cetak.

• Antara yang di tahan dalam operasi ini kebanyakkan adalah pemimpin pembangkangseperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Chandra Muszaffar. Selain itu, beberapa akhbarseperti The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah dibatalkan permit penerbitannya.

Page 57: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

KRISIS KEHAKIMAN

• Krisis ini tercetus susulan daripada isu pengharaman UMNO – Kem A vsKEM B.

• Ia berikutan daripada tuntutan yang dikemukakan oleh UMNO – 11 yangmendakawa juwudnya cawangan yang tidak berdaftar sewaktu prosespemilihan pemimpin. Kesannya Hakim Harun Hashim mengisytiharkanUMNO sebagai parti yang tidak sah pada 4 Februari 1988. pengharamaUMNO ini menyebabkan Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46(S46).

• Antara kes-kes lain yang menimbulkan konflik di antara Mahathir danbadan kehakiman adalah:

▫ Mahkamah membenarkan penerbitan majalah Aliran dalam bahasa Melayumeski pun Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan awal membantahpenerbitan majalah ini.

▫ Mahkamah Agung menarik semula pembatalan permit kerja wartawan jurnalAsianWall Street dan menarik balik pengharaman majalah ini.

Page 58: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

• Ekoran daripada kes-kes ini, Mahathir telah mengkritik secaraterbuka badan kehakiman dan mengambil untuk memindaperlembagaan bagi melucutkan kuasa badan kehakiman.

• Sebagai serangan balas, Tun Salleh Abbas yang mewakili hakim-hakim negera telah mengutus surat kepada YDPA melahirkankekecewaannya di atas tuduhan dan tindakan kerajaan ke atasbadan kehakiman.

• Akibatnya, Tun Salleh Abbas telah dihadapankan ke Tribunal MajlisTimbang Tara di atas tuduhan salah laku sehingga menyebabkanbeliau dipecat daripada jawatannya.

• Insiden ini menunjukkan kuasa eksekutif telah mendominasi danmelangkau bidang kuasa badan kehakiman sehingga menyebabkankebebasan mahkamah di kawal oleh kerajaan.

• Krisis dalaman UMNO, ketegangan kaun dan krisis kehakimantidak melunturkan haegemoni Dr. Mahathir. Sebaliknya BN masihberjaya mengukuhkan kedudukannya dalam PRU 1990.

Page 59: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PILIHAN RAYA 1990

• Pilihan raya ini adalah ujian pertama buat UMNO baru untukmelihat sama ada UMNO baru ini masih mempunyaisokongan yang kuat atau tidak. Namun keputusan PRU 1990ini membuktikan UMNO baru tetap mengekalkan kuasasekali pun terpaksa berdepan dengan dua (2) pakatan partipembangkang (Gagasan Rakyat dan Angkatan PerpaduanUmmah). Kerjasama yang di bentuk antara S46 dengan PAS(APU) dan DAP (Gagasan Rakyat) masih tidak berupayauntuk meruntuhkan 2/3 majoriti BN dalam Parlimen.

• BN memenangi sebanyak 127 kerusi Parlimen (53.4% undi).

• S46 hanya berjaya menguasai 8 daripada 64 kerusi yangditandingi. PAS pula berjaya menawan semula Kelantan

Page 60: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

POLITIK & KERAJAAN

HNP3023

Page 61: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Fasa Ketiga : Era Pengukuhan Kemerdekaan (Dari tahun 1990-an hingga era 2000-an)

Pada tahun 1993, sekali lagi kuasa Raja-raja Melayu terancam apabila Dr.Mahathir telah meminda Perlembagaan (Pindaan 1993) yang telahmenghapuskan imuniti dan menarik balik hak pengampunan raja. Iaberikutan daripada pendedahan media mengenai skandal, salah laku dan salahguna kuasa oleh sultan-sultan Melayu.contoh: kes monopoli balak oleh kerabat di raja Pahang dan kes perbicaraanTengku Bendahara Johor, Tunku Majid Idris yang dikatakan telahmencederakan penjaga gol hoki Perak.

Menyedari akan hal ini, Parlimen bersetuju agar pindaan ke atas Perlembagaandi buat meski pun tidak dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Malah Raja-raja boleh dibicarakan di mahkamah khas sekiranya melakukankesalahan jenayah.

Kesannya Dr. Mahathir berjaya memusatkan semua kuasa ke tangan eksekutifberbanding institusi Raja-raja Melayu.

Page 62: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PILIHAN RAYA UMUM 1995 Pilihan raya ini menyaksikan kemenangan besar BN sepanjang tempoh pemerintahan

Dr. Mahathir.

Menurut Mohamed Jawhar (1996: 126), BN beraksi cemerlang kerana telah berjayamenyediakan latar kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat, ekonomi berkembangpesat dan tiada berlakunya ketegangan kaum.

BN berjaya menguasai 162/192 kerusi Parlimen (65% undi).

Manakala PAS berjaya mengekalkan 7 kerusinya di Parlimen dengan jumlah undimeningkat kepada 7.3% berbanding 6.6% pada pilihan raya lalu.

Prestasi DAP pula merosot apabila hanya memenangi 9 kerusi berbanding 20 kerusi yangdi menanginya pada pilihan raya lalu.

S46 juga mengalami keadaan yang sama apabila jumlah kerusi Parlimen yang dimenanginya menurun daripda 8 kepada 6 kerusi pada PRU 1995 ini.

Page 63: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PEMECATAN ANWAR IBRAHIM Sebelum berlakunya krisis kewangan Asia 1997, negara-negara Asia Timur

seperti Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Malaysia mencatatkanpertumbuhan ekonomi yang pesat. Namun, menjelang 2 Julai 1997,kerajaan Thailand terpaksa menurunkan nilai mata wang Baht secaradrastik disebabkan oleh tekanan penjualan hebat mata wang ini.

Krisis ini turt memberi impak buruk kepada negara-negara Asia lainkhususnya Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Akibat daripada kemelesetan ekonomi ini, berlaku protes politik dinegara-negara ini sehingga menyebabkan beberapa pemimpin negaraseperti Presiden Soeharto (Indonesia) dan Chavalit Yongchaiyudh(Thailand) meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan bagi memenuhituntutan rakyat.

Malaysia juga tidak terkecuali apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato’Seri Anwar Ibrahim telah dipecat daripada kerajaan susulan daripadaperselisihan faham dengan Dr. Mahathir.

Page 64: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Insiden utama yang merosakkan hubungan Anwar dan Dr. Mahathir adalah pandanganberbeza dalam mengatasi krisis kewangan Asia 1997.

Anwar percaya bahawa krisis ini berlaku disebabkan oleh faktor dalaman iaitu pentadbirankewangan yang tidak cekap akibat amalan rasuah dan kronisme yang berleluasa dalamkerajaan.

Justeru, Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan telah mengikut cara konvensional iaitudengan memperketatkan kewangan dan mengambil langkah penjimatan mengikut kaedahDana Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu “Homegrown IMF program without the IMF”.Antaranya :

Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan menunda beberapa projek mega.

Contoh : Pembinaan Empangan Bakun

Mengurangkan 10% gaji menteri-mentei Kerajaan.

Kerajaan juga tidak akan memberi bantuan kepada syarikat yang mempunyai hubungandengan BN.

Menaikkan kadar faedah pinjaman

Menyerahkan penentuan kadar pertukaran mata wang kepada pasaran bebas.

Page 65: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Namun begitu, tindakan Anwar ini mengakibatkan banyak perniagaandalam negara terjejas teruk dan nilai mata wang Ringgit jatuh mendadak.Contoh : Nilai mata wang Ringgit susut daripada RM 2.47 (USD $1) padaJulai 1997 kepada RM 4.88 (USD $1) pada Januari 1998.

Kegagalan pelaksanaan dasar bercorak IMF ini dikritik hebat oleh Dr.Mahathir – menyifatkan polisi IMF ini sebagai bentuk penjajahan semulaBarat.

Oleh itu, Dr. Mahathir mencari formula baru tanpa bantuan IMF untukmenyelamatkan ekonomi negara dengan melaksanakan Pelan PemulihanEkonomi Negara (PPEN) – Dasar Kawalan Mata Wang Asing.

Dr. Mahathir turut menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN) pada 7 Januari 1998 dan melantik Daim Zainuddin sebagaiPengarah Eksekutif MTEN.

Hubungan Dr. Mahathir – Anwar bertambah renggang apabila Anwarmenekankan tentang perlunya reformasi politik bagi menghapuskanrasuah dan kronisme dalam kerajaan.

Page 66: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Sebagai serangan balas, Dr. Mahathir telah menyenaraikannama-nama kroni yang mendapat manfaat daripada tenderkerajaan termasuklah kroni dan ahli keluarga Anwar.

Pada perhimpunan Agung UMNO tahun 1998 – telahdiedarkan buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh JadiPM” yang mendedahkan kegiatan salah laku seks danpenyalahgunaan kuasa Anwar – Dr. Mahathir mengarahkansiasatan polis dijalankan.

Hubungan Dr. Mahathir – Anwar ini mencapai klimaksnyaapabila Anwar dipecat sebagai TPM dan Menteri Kewanganpada 2 September 1998, serta dilucutkan kelayakannyasebagai ahli UMNO.

Page 67: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

GERAKAN REFORMASI POLITIK 1998

Setelah dipecat dari jawatannya, Anwar mula menggunakan strategi yang samaseperti ‘Gerakan Reformasi’ di Indonesia.

12 September 1998 – Anwar mengisytiharkan Deklarasi Permatang Pauh ataureformasi dengan tujuan untuk menggerakkan reformasi politik bagimenghapuskan praktik kronisme, korupsi dan nepotisme dalam kerajaan(KKN).

Bagaimana reaksi rakyat pada waktu itu? Mereka melihat pemecatan Annwaroleh Dr. Mahathir sebagai suatu tindakan yang bertentangan dengan nilai dannorma Timur.

Gerakan reformasi Anwar ini berjaya memobilisasikan sokongan rakyatkhususnya anak muda dan pelajar.

Persoalannya, mengapa rakyat memberi sokongan kepada gerakan reformasiini? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan mereka?

Page 68: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

i. Faktor trend serantau – Misalnya krisis politik di Thailanddan Indonesia.

ii. Faktor kemelesetan ekonomi – kegawatan ekonomi ekorandaripada Krisis Kewangan Asia 1997 telah membangkitkanrasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan kerana berlakukemerosotan taraf hidup, pengangguran, kenaikan inflasidan kadar kemiskinan.

iii. Faktor nilai dan budaya – Isu pemecatan Anwar dilihatbertentangan dengan nilai dan budaya masayarakat Malaysia.

iv. Perkembangan Media siber – kemunculan beberapa lamansesawang reformasi seperti Malaysiakini, Malaysia-Today,Anjung Reformasi dan Forum Keadilan. Hal inimenyebabkan rakyat beralih kepada media siber bagimendapatkan maklumat politik dan menyuarakanpandangan secara terbuka.

Page 69: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Kemuncak gerakan reformasi ini adalah apabila Anwar berjaya memanfaatkanpenganjuran Sukan Komanwel ke-16 ini untuk menyebarkan mesej reformasikepada masyarakat dunia.

20 September 1998 – Anwar telah mengumpulkan seramai 30 ribu penyokongnyauntuk mencuri perhatian Ratu Elizabeth II yang sedang merasmikan upacarapembukaan gereja di Kuala Lumpur – mereka berarak dari Masjid Negara menujuke Dataran Merdeka.

Akibatnya, Anwar Ibrahim ditangkap ketika beliau sedang mengadakan sidangakhbar di rumahnya.

Penangkapan Anwar ini mencetuskan suasana tegang apabila penyokongnya telahmengadakan demonstrasi besar-besaran di sekitar Kuala Lumpur menuntutpembebasan Anwar dan mendesak supaya Dr. Mahathir meletak jawatannya.

Beberapa aktivis pro-Anwar seperti Kamarudin Jaffar, Zahid Hamidi dan RuslanKassim di tahan di bawah akta ISA.

Kemarahan rakyat semakin bertambah apabila Anwar dituduh atas pertuduhanrasuah dan liwat dan dihukum 6 tahun penjara.

Page 70: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

KESAN GERAKAN REFORMASI POLITIK 1998

1. Memunculkan lebih banyak kumpulan Masyarakat Sivil

Penubuhan GERAK

GERAK – dinaungi oleh Presiden PAS, Fadzil Noor. Gerak diwakili olehPAS, DAP, PRM, ABIM, JIM, SUARAM dan Dr. Abdul Aziz Bari. Gerakmemperjuangkan isu penghapusan ISA. Sasaran utama mereka adalahkomuniti Melayu yang berada di kawasan pedalaman.

Penubuhan GAGASAN

Gagasan – dibentuk oleh Tian Chua dan dianggotai oleh PAS, DAP danPRM. Gagasan lebih memfokuskan matlamat jangka panjang iaitumenuntut perubahan politik dan hak asasi manusia. Sasaran merekaadalah masyarakat bandar dan kelas pertengahan.

Page 71: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

3. Parti Keadilan Nasional (KeADILan)

Ditubuhkan pada 4 April 1999 – diketuai oleh Wan Azizah dan Chandra Muzafar.

Parti pelbagai kaum – ditubuhkan bertujuan untuk mentransformasikan agendareformasi pro-Anwar yang sempit kepada gerakan yang lebih luas.

Menekankan isu kesejagatan (keadilan sosial dan hak asasi manusia) danpendemokrasian Malaysia.

Dengan adanya keADILan, ruang kerjasama politik di antara parti-parti pembangkangyang berlainan ideologi berjaya direalisasikan.

4. Penubuhan Barisan Alternatif (BA)

Dibentuk pada 2 Julai 1999 – KeADILan, PAS, PRM dan DAP.

Turut melancarkan manifesto bersama iaitu ‘Ke Arah Malaysia yang lebih Adli’ sebagaipersediaan menghadapi PRU 1999.

BA mempunyai media alternatifnya sendiri untuk menyebarkan dakyah politik.

Contoh : Harakah, Keadilan dan The Rocket.

Page 72: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PILIHAN RAYA UMUM 1999 Diadakan pada 29 November 1999.

Keadaan ekonomi telah kembali pulih, tetapi sentimen anti-Mahathir masih lagi wujud.

Wujud persaingan sengit di antara BN dan BA di mana kedua-dua belah pihakmempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi pilihan raya ini.

SPR telah memendekkan tempoh berkempen kepada 9 hari berbanding 10 hari padapilihan raya lalu – ia bagi mengelakkan seramai 680,000 pengundi baru daripadamengundi. Jumlah ini boleh memberi perbezaan besar terhadap majoriti undi yangditerima.

Isu yang ditekankan BN adalah kestabilan dan pembangunan ekonomi. Kerajaan BNmendakwa pembangunan ekonomi yang dikecapi rakyat sejak tahun 1957 adalah hasilusaha pemimpin BN. Sebagai balasan, rakyat perlu mengundi BN.

BA telah merangka strategi belanjawan dikenali sebagai “Belanjawan Rakyat 2000” danmemfokuskan kepada isu-isu kesejagatan dan keadilan sosial.

Page 73: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Keputusan PRU 1999 menunjukkan BN gagal menawan semula Kelantan danTerengganu jatuh ke tangan PAS – BN memenangi 148/193 kerusi Parlimenyang dipertandingkan.

Buat pertama kalinya, UMNO gagal menguasai separuh daripada kerusi yangdimenangi BN (72/148 kerusi) – berlaku peralihan undi orang Melayu kepadaBA disebabkan oleh isu pemecatan Anwar.

PAS berjaya membolot 27 kerusi Parlimen berbanding 7 kerusi yangdimenanginya pada PRU 1995.

KeADILan berjaya menguasai 5 kerusi Parlimen daripada 42 jumlah kerusiyang dimenangi oleh BA.

Namun, DAP hanya berjaya menambah 1 kerusi sahaja daripada 9 kerusi yangdimenanginya pada PRU 1995 – peralihan undi orang Cina kepada MCA danGerakan.

Oleh itu, selepas PRU 1999 hubungan PAS dan DAP semakin renggang – PASsemakin agresif memperjuangankan pembentukan negara Islam dan hukumanHudud di Malaysia.

Pada 21 September 2001, DAP memutuskan untuk keluar dari BA.

Page 74: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA TUN ABDULLAH BADAWI

Dr. Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai PM pada 31 Oktober 2003 dan menamakanAbdullah Badawi sebagai penggantinya.

Jika diteliti, gerakan reformasi 1998 bukan hanya gerakan menentang kuasa Mahathir, tetapijuga penentangan terhadap UMNO (korupsi, kronisme dan nepotisme) dan institusi kerajaan(kehakiman dan polis). Oleh itu, Abdullah Badawi mengambil beberapa langkah untukmengembalikan semula kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu kepada kerajaan :

i. Ekonomi – Mengamalkan dasar berjimat-cermat dengan menunda beberapa projek mega kerajaan.

Contoh : Pembinaan Jambatan Bengkok (Johor-Singapura)

Mengutamakan belanjawan negara kepada sektor sosial seperti pembasmian kemiskinan,kesihatan, pendidikan dan asas tani.

Sistem pemberian tender kerajaan secara terbuka.Contoh : membatalkan kontrak sistem keretapi bernilai RM14.5 bilion yang telahdiserahkan oleh Dr. Mahathir kepada sekutunya.

Page 75: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

ii. Politik – Gaya kepimpinan terbuka, responsif dan konsultatif

Contoh : Slogan “ Work with Me, Not for Me”.

Kerajaan mengambil serius rungutan dan pandangan daripadarakyat bagi memperbaiki mutu perkhidmatan sektor awam.Contoh : Proses pembaharuan pasport kini mengambil masa 24 jam.

Usaha memerangi rasuah – mendakwa pemimpin politik dan orangkenamaanContoh : Tuduhan pecah amanah ke atas Tan Sri Eric Chia dan TanSri Kasitah Gaddam.

Memulihkan sistem kehakiman dan Polis dengan menubuhkanSuruhanjaya di Raja

Membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara pada 2 September 2004.

iii. Sosial – Memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan.

Page 76: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PILIHAN RAYA UMUM 2004 Pilihan raya ini diadakan pada 21 Mac 2004 setelah Parlimen

dibubarkan pada 4 Mac 2004. Parti-parti politik hanya dibenarkanberkempen selama 8 hari sahaja – merupakan tempoh terpendekdalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

BN telah memperkenalkan kerangka konsep Islam Hadhari sebagaimodel pembangunan di Malaysia.

Islam Hadhari : Satu pendekatan untuk membangunkan ummahberlandaskan kepada perspektif tamadun.

Idea Islam Hadhari ini adalah sebagai satu strategi Abdullah untukmenyaingi perjuangan Islamisasi PAS (Terence Chong, 2006) danHashim Kamali, 2008).

Bagi BA, isu yang diperjuangkan dalam kempen pilihan raya adalah isupenghapusan akta ISA, pengurangan caj penggunaan air dan elektrikserta tol.

Page 77: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Keputusan PRU 2004 menunjukkan BN buat pertama kalinyamenguasai hampir 90.4% kerusi Parlimen (198/219 kerusi).Majoriti kerusi BN ini dimenangi oleh UMNO (109/198 kerusi).

BN juga berjaya menawan semula negeri Terengganu yangdikuasai PAS pada PRU 1999.

UMNO berjaya meraih semula sokongan orang Melayu – menerusiusaha-usaha dan keperibadian Pak Lah.

BA (PAS dan KeADILan) pula hanya memenangi 8 kerusiberbanding 42 kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU 1999.

PAS hanya memperolehi 7 kerusi dan kehilangan 20 kerusinyayang dimenangi pada PRU 1999

DAP sebaliknya berjaya meningkatkan sebanyak 2 kerusiParlimen menjadikan jumlah kerusi yang diperolehinya padaPRU2004 ini adalah sebanyak 12 kerusi.

Page 78: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Page 79: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

SENARIO POLITIK MALAYSIA SEBELUM PRU 2008

Selepas memenangi PRU 2004 dengan keputusan yangcemerlang, Abdullah Badawi gagal mengekalkanmomentum kejayaan tersebut dengan baik.

Kajian soal selidik yang dijalankan oleh MerdekaResearch Center pada Disember 2007 mendapatikadar peratusan sokongan rakyat kepada PerdanaMenteri menunjukkan penurunan daripada 91% padatahun 2004, kepada 61% pada tahun 2007(http://www.merdeka.org/pages/02_research.html).

Page 80: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

ISU EKONOMI Merangka pelan pembangunan wilayah koridor meliputi Wilayah Ekonomi

Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Timut (ECER) dan KoridorIskandar Malaysia (IM) –mengurangkan jurang ekonomi antara negeri danmenyeimbangkan agihan ekonomi secara adil bagi memastikan orangMelayu di luar bandar tidak ketinggalan.

Tindakan kerajaan mewujudkan ketiga-tiga pembangunan wilayah tanpadisusuli dengan pelaksanaan efektif menyebabkan negara menanggungbeban kewangan yang besar.

Kesannya, kerajaan terpaksa menaikkan kadar harga petrol sebanyak RM0.78 seliter ekoran daripada peningkatan mendadak kadar harga minyakmentah dunia.

Kerajaan juga enggan memperuntukkan subsidi bagi mengekang kenaikanharga petrol, sehingga menyumbang kepada kenaikan harga barangankeperluan, pengangguran dan kos hidup.

Page 81: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

ISU SOSIAL Kemelesetan ekonomi ini memberi impak negatif

kepada kehidupan sosial dan keselamatan masyarakat.

Masalah sosial dan kegiatan jenayah semakinmeruncing khususnya kes pembuangan bayi, ragut,pemerdagangan manusia dan penyalahgunaan dadah.

Contoh: Indeks jenayah meningkat daripada 209, 388pada tahun 2006 kepada 224, 298 pada tahun 2007.

Page 82: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

ISU POLITIK Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Abdullah Badawi ini

menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dan tidak dapat direalisasikandengan baik – konsep ini hanya ulangan daripada inisiatif Dr. Mahathir iaitu‘Penerapan Nilai-nilai Islam pada tahun 1980an’.

Krisis Abdullah – Dr. Mahathir : Krisis bermula dengan pembatalan projekpembinaan jambatan bengkok (Johor-Singapura) sehingga menyebabkankerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar. Sebagai serangan balasterhadap tindakan Abdullah ini, Dr. Mahathir telah mengkritik secara terbukapentadbiran Abdullah dan melemparkan dakwaan amalan kronisme olehAbdullah.

Amalan rasuah masih berleluasaContoh : Isu agihan permit kelulusan (AP) yang melibatkan Rafidah Aziz,pembebasan Tan Sri Kasitah Gaddam dan Eric Chia daripada tuduhan rasuahdan penyalahgunaan kuasa.

Klip video V.K Lingam mengenai pelantikan hakim-hakim negara pada tahun2007.

Page 83: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

ISU KEBEBASAN MEDIA Kesemua media arus perdana masih lagi dimonopoli oleh

kerajaan. Oleh itu, parti-parti pembangkang dankumpulan masyarakat sivil terus bergiat aktif dalam blogpolitik dan laman web untuk menarik sokongan rakyat.

Kerajaan BN cuba menyekat kemaraan para blogger yangberupaya mengancam keselamatan awam.

Contoh : Siasatan polis ke atas Raja Petra Kamaruddinberhubung kedaulatan YDPA dan saman yang difailkanoleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Page 84: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

ISU HUBUNGAN KAUM Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk

mendengar apa-apa kes yang berada dalam bidang kuasaMahkamah Syariah.Contoh : Kes Nyonya Tahir

Isu menghunus dan mencium keris oleh Ketua Pemuda UMNO,Hishamuddin Tun Hussein pada Perhimpunan Agong UMNOtahun 2005 - menyinggung perasaan orang bukan Melayu danparti komponen BN yang lain.

Isu perobohan kuil

Insiden yang berlaku sepanjang pemerintahan Abdullah Badawiini akhirnya telah memacu kepada kebangkitan rakyat –peristiwa Bersih dan Hindraf.

Page 85: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PERHIMPUNAN BERSIH Perhimpunan gergasi Bersih (juga dikenali sebagai ‘gelombang

kuning’) telah diadakan pada 10 November 2007.

Perhimpunan ini dianjurkan oleh Bersih (sebuah JawatankuasaBertindak), disertai oleh parti pembangkang (PAS, PKR danDAP) serta kumpulan masyarakat sivil (seperti GAMIS, JASA danDEMA).

Tujuan : Menyerahkan memorandum kepada YDPA bagimemperbaiki ketempangan dalam sistem pilihan raya yangdidakwa tidak telus, kotor dan hanya memihak kepada BN.

Ribuan masyarakat Malaysia memakai baju kuning sebagaisimbol perhimpunan ini dan berkumpul di 4 lokasi berbezaseperti Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni.

Page 86: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Perhimpunan yang awalnya berlangsung dengan aman,bertukar menjadi tegang apabila FRU bertindakmelepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih matabagi meleraikan perhimpunan ini.

Terdapat beberapa individu yang ditahan atas tuduhanmenyertai perhimpunan haram ini termasuklah beberapapemimpin politik seperti Mohamad Sabu, Tian Chua danGobalakrishnan.

Bagi mendapat semula kepercayaan rakyat, kerajaan cubamemenuhi tuntutan Bersih dengan membelanjakan RM2.4 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat kekal dariIndia. Bagaimanapun, penggunaan dakwat kekal inidibatalkan sebelum PRU 12 atas faktor keselamatan danperundangan.

Page 87: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

DEMONSTRASI HINDRAF Demonstrasi ini dianjurkan oleh gabungan badan-badan bukan Kerajaan yang

dikenali sebagai Hindu Rights Action Force atau Barisan Bertindak Hak-hakHindu (HINDRAF) untuk membela nasib dan hak kaum India.

Berlaku beberapa insiden yang melibatkan sensitiviti perkauman sepertikematian Moorthy Maniam, isu perobohan kuil Sri Maha Mariamman danbeberapa kuil lagi di Shah Alam.

Perobohan kuil ini mengundang kemarahan kaum India dan mereka telahmemfailkan notis berkaitan dengan pengekalan kuil-kuil Hindu di seluruhnegara.

Bagi kerajaan, perobohan kuil-kuil ini adalah sah disisi undang-undang.Namun, untuk mengurangkan kemarahan kaum India, kerajaan telahmemperuntukkan sejumlah pampasan, mneyediakan tapak pembinaan semulakuil dan mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum.

Usaha kerajaan ini tidak dapat mengekang perasaan tidak puas hati kaumIndia.

Page 88: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Kemuncaknya, satu demonstrasi besar-besaran telah dilancarkan oleh Hindrafpada 25 November 2007.

Seramai 1000 penyokong Hindraf telah berhimpun di Batu Caves bagimeraikan perayaan lilin. Namun, mereka telah bertindak ganas denganmembaling batu dan merosakkan kenderaan sehingga polis terpaksamenggunakan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan.

Seramai 30,000 penyokong Hindraf telah membanjiri jalan-jalan utama sekitarKuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum yang mengandungi 100,000tandatangan kaum India yang mendakwa berlakunya diskriminasi danpenghapusan etnik kepada Suruhanjaya Tinggi Britain.

Mereka berarak menuju ke Suruhanjaya ini sambil melilit kepala dengan kainoren dan membawa potret Queen Elizabeth II dan Mahatma Gandhi sebagaisimbol protes.

Perhimpunan ini bertukar ganas apabila polis menyemburkan gas pemedihmata untuk meleraikan para demonstran.

Seramai 241 penyokong Hindraf temasuklah 5 pemimpin kanannya telahditahan di bawah ISA.

Page 89: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

PILIHAN RAYA UMUM 2008 Pru Ke-12 telah diadakan pada Sabtu, 3 Mac 2008 setelah Parlimen dibubarkan

pada 13 Februari 2008 dan penamaan calon pada 24 Februari 2008.

Kerajaan BN optimis akan memperolehi kemenangan besar pada pilihan rayaini. Matlamat yang diperjuangkan masih sama iaitu pembangunansosioekonomi negara.

Manifesto BN bercogankan “Selamat, Aman dan Makmur” – menyelitkanlaporan kemajuan dan sasaran yang telah dicapai oleh kerajaan BN sepanjangtahun 2004 hingga 2007.

Manifesto ini dilihat terlalu idealistik kerana hanya menunjukkan sisikesempurnaan kerajaan sedangkan realitinya banyak ketempangan yangberlaku.

Parti pembangkang (PAS, DAP dan PKR) menampilkan dimensi baru yangbersifat populisme (isu hak asasi, ketelusan, rasuah dan tadbir urus kerajaan)dalam manifesto mereka.Contoh : PAS – mengenepikan penubuhan Negara Islam untuk memudahkanmerek berkompromi dengan komponen lain.

Page 90: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Keputusan PRU 2008 memberi kejutan kepada semua pihak apabilapencapaian BN adalah yang terburuk dalam sejarah pilihan raya diMalaysia.

BN buat pertama kalinya gagal mempertahankan 2/3 majoritinyadalam Parlimen apabila hanya BN hanya memenangi 140 / 222 kerusiyang Parlimen. Jumlah undi BN juga merosot daripada 63.9% undipada PRU 2004 kepada 50.6% undi pada pilihan raya ini.

Lanskap politik juga berubah apabila PR berjaya menguasai lima buahnegeri iaitu Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Selain itu, beberapa menteri kabinet turut tumpas di kawasan masing-masing seperti Samy Vellu (Sg. Siput, Perak), Shahrizat Jalil (LembahPantai, KL) dan Abdul Aziz Shamsuddin (Shah Alam, Selangor).

Para sarjana menggunakan terminologi “Tsunami Politik” bagimenggambarkan kekalahan teruk BN ini. Sungguh pun berlakutsunami politik, tetapi BN masih berupaya membentuk kerajaandengan majoriti mudah.

Page 91: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

UNDI % KERUSI %

UMNO 2, 381 725 29.2 79 35.6

MCA 849,108 10.4 15 6.8

MIC 179, 422 2.2 3 1.4

Gerakan 184, 548 2.3 2 0.9

Lain-lain 495, 867 6.1 41 18.5

Jadual 1.1 : Kerusi Parlimen BN

UNDI % KERUSI %

DAP 1, 107 960 13.5 28 12.6

PAS 1, 140 676 13.9 23 10.4

PKR 1, 509 080 18.5 31 14.0

Lain-lain 92, 643 0.5 - 0

Jadual 1.2 : Kerusi Parlimen Pakatan Pembangkang

Page 92: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Persoalan, apakah faktor yang menyumbang kepada berlakunyatsunami politik ini?

Menurut Welsh (2008), Moten (2009) dan Case (2010), isu sepertikenaikan harga barangan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, hak asasi,kebebasan media, sistem kehakiman dan hubungan kaum adalahfaktor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan undi BN.

Manakala, Samsudin A.Rahim (2008) dan Weiss (2008) menyatakangenerasi muda merupakan kuasa utama yang menyebabkan kekalahanteruk BN pada PRU 2008 ini. Ini kerana sebahagian besar daripada 10.3juta pengundi berdaftar (72.2%) adalah pengundi muda. Seramai 1,409 000 adalah pemilih yang pertama kali mengundi pada PRU 2008.

• Dari segi pengundian, berlaku peralihan undi yang besar daripada BNkepada PR khususnya oleh pengundi muda. Pengaruh media alternatifseperti Facebook, blog dan YouTube adalah punca utama yang menariksokongan pengundi muda kepada PR.

Page 93: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Kebanyakan pengundi Melayu masih mengidentifikasikandiri mereka kepada UMNO, manakala pengundi Cinamengalih undi kepada DAP kerana mereka lebih tegasmemperjuangkan hak dan kepentingan kaum Cinaberbanding MCA dan Gerakan.

Kejayaan besar yang dicapai oleh parti-parti pembangkang(PAS, DAP dan PKR) ini telah mendorong mereka untukmembentuk sebuah pakatan politik yang dikenali sebagai‘Pakatan Rakyat’ pada 1 April 2008 –mewujudkan pimpinanbersama dalam 5 buah negeri yang berjaya dimenangimereka.

Selain itu, PR juga turut melancarkan ‘Buku Jingga’ yangmemuatkan dasar bersama pada tahun 2009.

Page 94: Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

IMPAK REFORMASI & TSUNAMI POLITIK KE ATAS POLITIK MALAYSIAi. Wujud dimensi baru dalam penglibatan politik

masyarakat – daripada demonstrasi jalanan ke politiksiber.

ii. Kebangkitan golongan kelas menengah (kelaspertengahan) – Golongan kelas menengah ini adalahgenerasi baru yang berpendidikan, terlibat dalam sektorkolar putih dan lantang memperjuangkan hak-hakdemokrasi berbanding perkauman.

iii. Perubahan daripada Politik Perkauman kepada PolitikBaru.