m1.docx

Upload: tieng-huang

Post on 04-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sumber pengajaran dan pembelajaran sejarah

TRANSCRIPT

Konsep Sumber Pengajaran dan PembelajaranPengenalan Konsep Bahan Sumber Menggunakan bahan sumber merupakan sebahagian daripada alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang dilakukan oleh kaum guru sejak dahulu hingga sekarang ini. Keberkesanan dan kecekapan yang dilakukan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran mereka kepada murid dapat diukur dan dinilai dengan penggunaan bahan sumber bagi setiap pelajaran yang dipersembahkan oleh guru.

Definisi Bahan Pengajaran Ialah bahan-bahan yang digunakan oleh murid dalam setiap aktiviti atau proses pembelajaran mereka bersama guru di dalam kelas.

Konsep Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Sumber ialah sebarang alat atau bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ia adalah suatu komponen pengajaran guru kerana mempengaruhi kecekapan dan keberkesanan pengajaran seseorang guru dan kaedah yang digunakan. Penggunaan istilah atau perkataan bagi sumber pengajaran, media pengajaran, bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar sering digunakan dalam menerangkan kepentingannya membantu guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Atan Long (1982) berpendapat, bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada pelbagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat bantu mengajar. Manakala pengertian sumber, dijelaskan oleh Sharifah Alawiyah Alsagaf (1979), menurut beliau, sumber adalah apa-apa sahaja perkakasan yang biasa digunakan untuk menyampaikan informasi dalam kehidupan. Ia juga merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menawarkan pengalaman sebenar yang tidak dapat diperoleh melalui cara lain. Perkataan media pula dijelaskan oleh Yusuf Hashim (1997), sebagai peralatan dan bahan perisian yang dibina dan dirancang untuk tujuan menyampaikan maklumat atau pengetahuan. Sementara itu, menurut Naim (2000), media pengajaran ialah apa-apa sahaja bentuk benda, bahan dan peralatan sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan dieksploitasikan oleh seseorang untuk mencapai objektif pembelajaran. Sumber pengajaran atau apa sahaja istilah yang digunakan adalah merujuk kepada penggunaan alat dan bahan bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan berkesan.

Konsep Penggunaan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Henry dan Ulimer (1978) menyatakan guru perlu memiliki ciri-ciri berikut dalam konteks penggunaan bahan sumber:1. Berkebolehan dan mahir menentukan jenis sumber yang sesuai dan berkesan.2. Berkebolehan dan mahir menggunakan bahan sumber yang dipilih.3. Dapat menentukan sumber yang sesuai dan berkesan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.4. Guru harus mempunyai kebolehan dan kemahiran mencipta bahan sumber.5. Berkemahiran dalam menilai sesuatu bahan sumber.

Bahan Sumber Menurut Bahagian Teknologi PendidikanMedia Bercetak Bahan berasaskan buku atau majalah, laporan, carta dan lain-lain.Media Elektronik Bahan audio dan visual Video, animasi, gambar pegun, rancangan TV, CD, DVD, perisian kursus, aplikasi pendidikan dan lain-lain.Sosial Media Bahan pengantara secara talian Internet, Facebook, Twitter, Google, Blog dan lain-lain.Bahan Bercetak Ialah bahan-bahan sumber yang dicetak di atas kertas. Contohnya ialah buku teks, buku kerja, buku rujukan, majalah, risalah, surat khabar, nota-nota prosiding seminar, carta, kad aktiviti, brosur, buku skrap, modul, nota edaran dan sebagainya.

Tujuan Bahan Bercetak Memberikan panduan Menyampaikan maklumat Mempertingkatkan tumpuan/focus perhatian pada bidang yang dicetak

Fungsi Bahan Bercetak Bahan sumber Bahan untuk latihan Bahan maklumat Bahan untuk peningkatan ilmu

Carta Perwakilan visual menggambarkan suatu maklumat Carta organisasi-struktur sesuatu organisasi/pemeringkatan Klasifikasi-menggambarkan kategori benda atau peristiwa Tabular-data dalam nombor peratusan Jadual Aliran-Sekuan/prosedur