m1 mengenal diri dan potensi kehidupan

22
MODUL 1 MODUL 1 (THAQATUL HAYAWIYAH) (THAQATUL HAYAWIYAH)

Upload: cucur

Post on 21-May-2015

7.129 views

Category:

Spiritual


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

MODUL 1MODUL 1

(THAQATUL HAYAWIYAH)(THAQATUL HAYAWIYAH)

Page 2: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan
Page 3: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

MAKHLUK YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH SWT

AKAL

MENGENAL DIRI – PENTING DALAM MENENTUKAN ARAH TUJU MANUSIA DAN MEMAHAMI DENGAN LEBIH JELAS SIAPAKAH MANUSIA ITU

BILA DAH FAHAM – MEMUDAHKAN KITA MEMBUAT KEPUTUSAN BERKENAAN PENYELESAIAN DALAM MASALAH KEHIDUPAN

Page 4: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

Pada diri manusia terdapat khasiat yang sama dengan makhluk hidup yang lain

KHASIAT – keistimewaan yang berupa potensi khas yang diberikan oleh Allah SWT kepada benda, sehingga benda tersebut dapat memberikan sesuatu atau dapat dipergunakan untuk menghasilkan sesuatu

Kemampuan berfikir, pertumbuhan dan perkembangan menjadi besar, mengantuk dan letih (kesan keperluan jasmani) berkembang biak, merasakan kasih sayang (kesan dari naluri keturunan), mempertahankan diri, ingin berkuasa (kesan naluri survival), takut dan tenang kerana melakukan ketaatan (kesan naluri beragama)

Semua ini akan mendorong diri melakukan perbuatan dalam rangka memenuhi tuntutan perasaan-perasaan tersebut

Page 5: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

Walaupun dorongan dari dalam diri kuat untuk memenuhi perasaan tersebut, perbuatan seseorang individu adalah bergantung kepada mafhumnya terhadap dorongan tersebut

Inilah yang membezakan manusia dan

haiwan

Haiwan mempunyai keperluan jasmani dan naluri tetapi ia tidak mempunyai akal dan mafhum

Untuk memenuhi dorongan

Page 6: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

KEPERLUAN JASMANI

(Al-hajat al-udhuwiyah)

NALURI

(al-gharizah)

Page 7: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

KEPERLUAN JASMANI

STRUKTUR TUBUH MANUSIA

Tiada perbezaan antara seseorang dengan seorang yang lain dari segi struktur organ dan fungsinya tanpa mengira warna, bentuk dan penampilannya.

KEPERLUAN JASMANI

MEMERLUKAN PEMENUHAN

KEADAAN BENDA AKTIVITI

Tidur, rehat dan suhu tertentu

Makanan, minuman dan udara (oksigen)

Makan, bernafas, buang air besar

Keperluan yang lahir dan wujud kerana kesan daripada kerja struktur organ tubuh manusia

Jika tidak dipenuhi akan memudaratkan diri

Page 8: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

KEPERLUAN JASMANI

Keperluan asas manusia yang wajib dipenuhi

Maka sesuatu hukum asalnya haram pun dihalalkan oleh Allah SWT untuk orang-orang yang memerlukannya kerana apabila keperluan asasnya tidak dipenuhi, akan menyebabkan binasa

Maka siapa sahaja yang dalam keadaan terpaksa, tanpa unsur kesengajaan dan penentangan, maka tiada dosa baginya (Al-Maidah : 3)

Konteks keharaman bangkai, darah, khinzir dsb

Tiada hukuman potong tangan (kepada pencuri apabila mencuri) pada zaman kebuluran yang sangat (HR Makhul)

Page 9: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

NALURI

Fitrah yang terdapat dalam diri manusia agar dapat mempertahankan kewujudannya, keturunan dan mencari petunjuk berkenaan kewujudan pencipta.

Naluri mempertahankan diri (survival) (gharizatu al-baqa)

Naluri seksual (keturunan)

(gharizatu an-nau’)

Naluri beragama

(gharizatu at-tadayyun)

Page 10: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

NALURI MEMPERTAHANKAN

DIRI

Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada labah-labah: Kamu ambillah gunung, pokok dan apa sahaja yang mereka jadikan sebagai atap untuk menjadi tempat tinggal (rumahnya)

(QS An Nahl : 68)

Ayat ini menerangkan bahawa haiwan (termasuklah manusia) diberi khasiat untuk membuat rumah atau tempat tinggal agar dapat melindungi diri daripada serangan makhluk lain

Page 11: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

NALURI SEKSUAL

Dan (ingatlah) apabila Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim

menunaikannya, Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadikan

kamu imam bagi seluruh manusia. Ibrahim berkata: (Dan saya mohon

juga) daripada keturunan saya. Allah berfirman: JanjiKu ini tidak akan

mengenai orang-orang yang zalim(QS Al Baqarah : 124)

Kecintaan Ibrahim kepada zuriatnya merupakan kenyataan yang membuktikan wujudnya naluri seksual

Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun

bermaksud (melakukannya) dengan wanita itu, seandainya dia

tidak melihat tanda-tanda (dari) Tuhannya

(QS Yusuf : 24)

Dorongan syahwat kepada lawan jantina merupakan kenyataan yang membuktikan wujudnya naluri seksual

Page 12: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

NALURI BERAGAMA

Dan apabila manusia ditimpa kesusahan, maka ianya memohon kepada Tuhannya dengan kembali

kepadaNya(QS Az Zumar : 8)

Kembali kepada Allah serta meluahkan keluhannya kepada Nya kerana ditimpa musibah adalah kenyataan mengenai wujudnya naluri beragama

Page 13: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

PERBEZAAN ANTARA NALURI DAN KEPERLUAN JASMANI

KEPERLUAN JASMANI

NALURI

Timbul kerana unsur dalaman akibat kerja organ tubuh manusia

Timbul kerana unsur luaran iaitu pemikiran dan realiti. Contohnya:

Nabi Yusuf dan permaisuri raja tertarik antara satu sama lain kerana ada realiti

Orang yang berbelanja di pasaraya akan terdorong gharizatu al baqa kerana melihat banyak realiti

Orang yang melihat sebuah kematian akan terdorong gharizatu at tadayyun kerana melihat realiti jenazah dimandi, dikafan, disolat & dikuburkan

Page 14: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

PERBEZAAN ANTARA NALURI DAN KEPERLUAN JASMANI

KEPERLUAN JASMANI

Timbul kerana unsur dalaman akibat kerja organ tubuh manusia

NALURI

Timbul kerana unsur luaran iaitu pemikiran dan realiti. Contohnya:

Apabila seorang lelaki membayangkan seorang wanita

Apabila seseorang membayangkan betapa enaknya mempunyai rumah dan kereta besar

Apabila seseorang membayangkan kenikmatan syurga

Page 15: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

NALURI

Kedua-dua aspek luaran inilah yang mempengaruhi timbulnya naluri manusia. Disebabkan naluri ini timbul oleh faktor luaran, maka apabila dorongan naluri ini timbul, ia tidak semestinya dipenuhi, kerana tubuh tidak akan mengalami kerosakan atau kematian, sebaliknya hanya akan menimbulkan keresahan sahaja.

Naluri tidak dapat dibunuh atau dihancurkan kerana ia adalah fitrah manusia. Namun begitu, ia boleh dialihkan kepada yang lain atau ditekan.

Contoh: kerinduan seorang suami terhadap isterinya yang berjauhan dapat dialihkan dan dikalahkan dengan naluri yang lain. Caranya dengan menjauhi realiti seperti melihat gambar isteri atau anak-anak dan tidak menyibukkan pemikirannya terhadap keluarga.

Wahai para pemuda, sesiapa sahaja di antara kamu yang mampu berumah tangga, maka menikahlah. Sebab, menikah itu dapat menundukkan pandangan dan membentengi kemaluan. Namun, sesiapa sahaja yang tidak mampu, maka hendaknya berpuasa, sebab puasa itu dapat menjadi benteng (bagi seseorang)

(HR Bukhari)

Page 16: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

AKAL DAN FIKIRAN

Bukti manusia mempunyai akal

berbanding haiwan, ialah dari aspek kehidupan. Kehidupan manusia bersifat dinamik, dan

kehidupan haiwan bersifat statik

Kami telah menjadikan untuk isi neraka Jahanam, kebanyakan daripada manusia dan jin. Mereka mempunyai hati, namun tidak digunakan untuk berfikir. Mereka mempunyai mata, namun tidak digunakan untuk melihat. Mereka mempunyai telinga, namun tidak digunakan untuk mendengar. Mereka itu seperti haiwan, bahkan lebih hina lagi.

(QS Al A’raf : 179)

Page 17: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan
Page 18: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

AKALKhasiat yang diberi Allah SWT kepada manusia yang merupakan kesan daripada khasiat otak manusia

Otak mempunyai keistimewaan untuk mengaitkan realiti yang dicerap dengan maklumat yang ada

berbeza

Otak haiwan tidak mempunyai khasiat untuk mengaitkan realiti dengan maklumat

Kekuatan untuk melahirkan keputusan (kesimpulan) tentang sesuatu

Page 19: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

KOMPONEN AKAL

MEMBAWA KEPADA PROSES BERFIKIR

OTAK

REALITI

PENGINDERAAN

MAKLUMAT AWAL

Proses kerja komponen-komponen tersebut sehingga menghasilkan kekuatan yang disebut akal. Proses tersebut ialah dengan memindahkan realiti yang telah diindera ke dalam otak melalui alat indera yang ada, dan dengan maklumat awal yang ada di dalam otak, realiti tersebut disimpulkan.

Page 20: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

KUALITI PEMIKIRAN

PEMIKIRAN DANGKAL

PEMIKIRAN MENDALAM

PEMIKIRAN CEMERLANG

Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi melalui proses berfikir yang hanya melihat sesuatu dan mengambil kesimpulan berkenaan dengan sesuatu tanpa disertai pemahaman

Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi melalui proses berfikir yang melihat sesuatu dan membuat kesimpulan berkenaan dengan sesuatu tadi dengan cara memahaminya, setelah itu baru membuat kesimpulan tentang suatu tadi

Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi melalui proses berfikir yang mendalam ditambah dengan memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan realiti serta hal-hal yang masih mempunyai persekitaran dengan usaha untuk mencapai hasil yang benar

Page 21: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

KEPERLUAN ORGANIK

(Hajat-ul Udhowiyah(

NALURI (Al-Gharaiz (

Keperluan dalaman yang perlu dipenuhi

jika tidak akan mengakibatkan kerosakan organ

atau kematian jiwa.

Timbul akibat:- Realiti

- Pemikiran

Pemenuhan dilakukan untuk mengelakkan kegelisahan.

AKAL(Al-Aql(

Takrifan:Kekuatan Untuk

melahirkan keputusan (kesimpulan) tentang

sesuatu realiti

Yang terhasil apabila terjadi:

Perpindahan realiti yang diindera oleh panca indera

kedalam otak dan kemudian dihubungkan

dengan ‘maklumat sebelum’ yang tersimpan

di dalam otak itu.

NALURI SURVIVAL (Ghariza-tul Baqa’)

NALURI KETURUNAN (Ghariza-tul Nau’)

NALURI MENYEMBAH (Ghariza-tul Tadayyun)

Potensi Manusia (Toqot-ul Insan)

Potensi Kehidupan

(Toqot-ul Hayawiyah)

MODUL 1:

Page 22: M1 Mengenal Diri Dan Potensi Kehidupan

Hakikat Kehidupan ManusiaHakikat Kehidupan Manusia Masalah manusia terbit daripada kehendak Masalah manusia terbit daripada kehendak

manusia untuk memenuhi manusia untuk memenuhi ‘keperluan organik’‘keperluan organik’ dan untuk memuaskan dan untuk memuaskan ‘naluri-naluri’‘naluri-naluri’ yang ada. yang ada.

Maka disinilah Islam datang sebagai rahmat Maka disinilah Islam datang sebagai rahmat kepada sekelian alam dan petunjuk untuk kepada sekelian alam dan petunjuk untuk memberikan cara penyelesaian yang benar memberikan cara penyelesaian yang benar untuk memuaskan semua untuk memuaskan semua ‘naluri’‘naluri’ dan memenuhi dan memenuhi segala segala ‘keperluan organik’‘keperluan organik’..

Maka Islam diturunkan bukan sebagai pengikat Maka Islam diturunkan bukan sebagai pengikat atau belengu kehidupan tetapi sebagai atau belengu kehidupan tetapi sebagai penyelesaian permasalahan manusia penyelesaian permasalahan manusia (mualajah (mualajah lil masyakil insan)lil masyakil insan)..

MODUL 1: