log kepimpinan

Upload: shinobi-dan

Post on 10-Mar-2016

92 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

log

TRANSCRIPT

user

Log Kepimpinan

Tarikh25 Januari 2015 (Ahad)Bilangan 01/20

AktivitiTaklimat Peserta NPQEL oleh Pengurus Kursus: Tuan Haji Edmund Shah Tambi

OrganisasiInstitut Aminuddin Baki (IAB)

LokasiDewan Utama, Institut Aminuddin Baki (IAB), Cawangan Sarawak

Catatan KepimpinanSebagai Pengurus Kursus, beliau mengalu-alukan kehadiran peserta dengan gembira dan mesra. Taklimat turut dihadiri oleh Pengarah IAB Cawangan Sarawak Yang Berbahagia Dr. Sahri bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh, Pensyarah-Pensyarah Kanan, Pensyarah-Pensyarah dan staf sokongan.

Taklimat disampaikan dengan jelas dan segala maklumat mudah difahami oleh semua peserta.

Beliau juga memperkenalkan pensyarah-pensyarah dan kakitangan IAB dan memberi peluang kepada mereka menyampaikan maklumat berkaitan dengan peraturan-peraturan kursus dan keselamatan.

Refleksi/ RujukanGaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh beliau adalah berbentuk arahan dan sangat proaktif. Jawatankuasa di bawah kepimpinannya akur dengan tugas dan arahan yang diberi.

Pengurus kursus menunjukkan komitmen kepimpinan yang tinggi dalam urusan pendaftaran dan menyampaikan maklumat. Saya yakin semua urusan dapat dilakukan dengan sempurna.

Semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh kumpulan pengurusan di bawah pimpinan beliau menunjukkan ciri- ciri empati dan bertanggungjawab.

Log Kepimpinan

Tarikh03/02/2015Bilangan2/20

AktivitiKuliah NPQEL (Kemahiran Kepimpinan Strategik)

OrganisasiInstitut Aminuddin Baki (IAB)

LokasiKelas SW1

Catatan Kepimpinan1. Kuliah disampaikan oleh Pn. Normala Ibrahim Pensyarah IAB.

2.Tajuk kuliah beliau ialah Kemahiran Kepimpinan Strategik.

3.Kuliah disampaikan dengan yakin bersungguh-sungguh.

4.Semua peserta berpuas hati dengan cara yang disampaikan dan mudah difahami.

5. Sesekali beliau memberi ruang kepada Pn. Adline Sinyap untuk mencelah bagi memberi penjelasan yang lebih efektif.

Refleksi/ Rujukan1.Pn. Normala menunjukkan gaya kepimpinan karismatik. Sebagai seorang penyarah yang berpengalaman kebolehan beliau mengawal kelas adalah amat dikagumi.

2.Gaya dan cara beliau menyampaikan kuliah menarik peserta untuk terus berminat mengetahui apa yang ingin disampaikan hingga ke akhir kuliah.

Log Kepimpinan

Tarikh04/02/2015Bilangan3/20

AktivitiKuliah NPQEL (Kemahiran Kepimpinan Strategik)

OrganisasiIAB Cawangan Sarawak

LokasiKelas SW1

Catatan Kepimpinan1. Pn. Adline Sinyap menyampaikan kuliah dibantu oleh

Pn. Normala Ibrahim Pensyarah IAB.

2.Tajuk kuliah beliau ialah ciri-ciri Pemikir Strategik

3.Di antara isi penting kuliah ialah tentang Thinking Big : Systems Thinking.

4.Kuliah disampaikan dengan yakin dan menarik.

5.Beliau menjelaskan tentang kepimpinan boleh berlaku tanpa sedar sehingga sentuhan badan/body contact pun adalah sebahagian ciri-ciri kepimpinan.

6.Semua peserta berpuas hati dengan cara yang disampaikan dan mudah difahami.

Refleksi/ Rujukan1.Pn. Adline Sinyap telah menunjukkan gaya kepimpinan karismatik dan kepimpinan diplomasi. Sebagai seorang penyarah yang berpengalaman kebolehan beliau mengawal kelas adalah amat dikagumi sambil memberi ruang kepada peserta untuk mengemukan pendapat.

2.Kelas berjalan dengan aktif tapi terkawal.

Log Kepimpinan

Tarikh04/02/2015Bilangan4/20

AktivitiKuliah NPQEL (Kepimpinan Instruksional)

OrganisasiIAB Cawangan Sarawak

LokasiKelas SW1

Catatan Kepimpinan1. Haji Edmund Shah bin Tambi menyampaikan kuliah bertajuk Kepimpinan Instruksional.

2.Sebagai seorang Pensyarah Kanan IAB cara beliau menyampaikan kuliah amat berkarisma.

3.Beliau menjelaskan tentang ciri-ciri seorang pemimpin Instruksional.

4.Kuliah disampaikan dengan yakin dan menarik.

5.Semua peserta berpuas hati dengan cara yang penyampaian beliau.

Refleksi/ Rujukan1.Beliau menunjukkan ciri-ciri kepimpinan autokratik, ciri-ciri ini penting bagi menyampaikan apa yang ingin penceramah hendakkan peserta dapat dan turuti.

2.Peserta hendaklah patuh dan menuruti apa yang disampaikan oleh penceramah lebih-lebih lagi bila menyentuh tentang pencapaian seseorang pemimpin.

3.Dalam pada itu gaya kepimpinan karismatik beliau juga begitu menonjol dan menarik.

Log Kepimpinan

Tarikh04.03.2015 (Rabu)Bilangan6/20

AktivitiPerhimpunan Unit Pra U

OrganisasiSMK (BM) SARATOK

LokasiDewan Sri Semerbak SMBM

Catatan Kepimpinan1.Pengetua mengendali perhimpunan dengan cara agak berbeza dari perhimpunan pelajar Menengah Rendah.

2.Perjalanan Perhimpunan berjalan dengan amat baik dan lancar.

3.Pengetua memberikan arahan dan nasihat yang amat bersesuaian dengan aras pelajar.

4.Pengetua juga memberi peluang kepada Peserta NPQEL untuk berucap diperhimpunan rasmi sekolah.

Refleksi/ Rujukan1.Gaya kepimpinan situasional di mana memberi tunjuk ajar yang bersesuaian dengan keadaan sebenar sekolah. Juga dalam memperkenal dan memberi ruang kepada peserta NPQEL untuk terlibat dalam perhimpunan.

2.Gaya kepimpinan instruksional jelas dilihat dalam kepimpinan pengetua. Beliau mengaitkan keperluan pembelajaran dalam kehidupan masa depan.

3.Pengetua juga menunjukkan gaya kepimpinan autokratik apabila menyampaikan arahan yang berbentuk perkara dasar yang perlu dipatuhi oleh pelajar dan guru.

Log Kepimpinan

Tarikh03/03/2015 (Selasa)Bilangan5/20

AktivitiMesyuarat Hari Penetapan Target SPM

OrganisasiSMK (BM) SARATOK

LokasiBilik Mesyuarat SMK (BM) Saratok

Catatan Kepimpinan1.Pengetua mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh guru dan kakitangan seramai 22 orang.

2.Mesyuarat berjalan lancar dalam suasana yang ceria dengan kawalan yang baik dari pengetua.

3.Pengetua membuka ruang kepada ahli mesyuarat untuk mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung perkara yang dibincang dalam mesyuarat.

4.Apabila melibatkan dasar dan kewangan pengetua akan memastikan ia dilaksana dengan arahan dan menepati kehendak pekeliling.

Refleksi/ Rujukan5.Pengetua mempamerkan gaya kepimpinan yang berbagai dalam mengendalikan mesyuarat ini.

6.Gaya kepimpinan situasional (situational leadership) sering dipamerkan dalam mengendalikan mesyuarat.

7.Pengetua akan mempamerkan gaya kepimpinan autokratik apabila perbincangan melibatkan dasar atau apabila perbincangan menjadi agak tidak terkawal.

8.Gaya kepimpinan Partisipatif juga sering dipamerkan dalam menerima saranan dan cadangan ahli mesyuarat. Ahli mesyuarat bebas mengemukakan cadangan dan dibincang secara baik dalam mesyuarat.

Log Kepimpinan

Tarikh10/03/2015 (Selasa)Bilangan7/20

AktivitiProgram Penandaarasan

OrganisasiSMK BM Saratok, 95400 Saratok

LokasiPejabat Ketua Bidang, SMK BM Saratok

Catatan Kepimpinan1.Catatan Kepimpinan hari ini ditumpukan kepada Penyeliaan yang dilakukan oleh Penyelia dari IAB Cawangan Sarawak iaitu Pn. Beatrice Paul Diring.

2.Beliau hadir tepat pada jam yang dijanjikan walau ketika itu cuaca amat tidak mengizinkan di mana hujan lebat berlaku.

Refleksi/ Rujukan1.Setinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Beatrice Paul Diring selaku penyelia yang datang untuk melaksanakan tugas walau terikat dengan jadual tugas yang ketat.

2.Semasa perbincangan bersama dengan Penyelia Petang dan Ketua Pembantu Tadbir di Bilik Pengetua, beliau menunjukkan sikap profesionalisme yang begitu tinggi dengan menghormati pihak yang beliau lawati.

3.Beliau jelas menunjukkan gaya kepimpinan Instruksional Linear (Linear Instruksional Leadership) di mana seseorang pemimpin akan berusaha memastikan segala aktiviti yang diharapkan mendatangkan hasil seiring dengan kehendak piawaian yang ditetapkan.

4.Penyelia menunjukkan keprihatinan yang luar biasa bukan saja dalam aspek teknikal tentang laporan Penyeliaan malah perkara-perkara lain yang bekaitan dengan program penandaarasan.

5. Penyelia menyatakan tentang harapan kejayaan yang tinggi kepada peserta seliaannya dan tidak lupa mendoakan mereka.

LogKepimpinan

Tarikh03.03.2015 (Selasa) 05.30 ptgBilangan8/20

AktivitiPerhimpunan Sesi Petang

OrganisasiSMK (BM) SARATOK

LokasiDewan Sri Semerbak, SMK BM Saratok

Catatan Kepimpinan1.Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua guru dan menghargai kehadiran pelajar.

2.Pengetua menetapkan matlamat yang harus dicapai oleh pelajar dalam Ujian Progresif yang akan dijalankan pada minggu hadapan.

3.Memperkenalkan peserta NPQEL dan memberi peluang untuk membuat ucapan ringkas di perhimpunan.

4.Memuji usaha guru sehingga pelajar berminat untuk hadir ke sekolah.

Refleksi/ Rujukan1.Pengetua telah mempamerkan Gaya kepimpinan Autokratik apabila menyampaikan arahan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar.

2.Pengetua juga telah mempamerkan gaya kepimpinan Partisiptif apabila mengajak semua guru dan pelajar bekerjasama dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

Log Kepimpinan

Tarikh03.03.2015 (Selasa) 05.30 ptgBilangan9/20

AktivitiPerhimpunan Sesi Petang

OrganisasiSMK (BM) SARATOK

LokasiDewan Sri Semerbak, SMK BM Saratok

Catatan Kepimpinan1.Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua guru dan menghargai kehadiran pelajar.

2.Pengetua menetapkan matlamat yang harus dicapai oleh pelajar dalam Ujian Progresif yang akan dijalankan pada minggu hadapan.

3.Memperkenalkan peserta NPQEL dan memberi peluang untuk membuat ucapan ringkas di perhimpunan.

4.Memuji usaha guru sehingga pelajar berminat untuk hadir ke sekolah.

Refleksi/ Rujukan1.Pengetua telah mempamerkan Gaya kepimpinan Autokratik apabila menyampaikan arahan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar.

2.Pengetua juga telah mempamerkan gaya kepimpinan Partisiptif apabila mengajak semua guru dan pelajar bekerjasama dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

Log Kepimpinan

Tarikh05.02.2015 (Khamis)Bilangan10/20

AktivitiCeramah Agama (Kepimpinan Muhamad Al Fateh)

OrganisasiInstitut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

LokasiPusat Islam, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

Catatan Kepimpinan1.Penceramah Jemputan, Ustaz Yasmin Bin Hashim menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan Muhamad Al Fateh.

2.Penceramah merupakan seorang guru Biasa di SMK Semerah Padi namun keupayaannya menyampaikan ceramah amat mengesankan.

3.Ceramah beliau berkisar tentang seorang tokoh dalam Sejarah Islam yang telah menawan Kota Constantinople.

Refleksi/ Rujukan1.Penceramah telah menunjukkan gaya kepimpinan karismatik di mana ia mampu menarik orang lain untuk bersama dengan beliau. Peserta terpesona dengan cara berbicaranya yang membangkitkan semangat.

2.Ceramah yang disampaikan menjadi lebih menarik dengan bantuan tayangan LCD dan dikendalikan dengan cara yang amat berkesan.

Log Kepimpinan

Tarikh09.04.2015 (Khamis)Bilangan11/20

AktivitiCeramah Agama (Memimpin Pemimpin)

OrganisasiInstitut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

LokasiPusat Islam, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

Catatan Kepimpinan1.Penceramah Jemputan, Ustaz Sulaiman bin Hasim dari Sektor Pendidikan Islam, JPN menyampaikan ceramah bertajuk Memimpin pemimpin.

2.Penceramah merupakan seorang Pegawai Bahagian Dakwah di JPN dan sering menyampaikan ceramah motivasi.

3.Ceramah beliau berkisar tentang membina jatidiri seorang Pemimpin. Persediaan dalaman dari segi ilmu, emosi dan mental menjadi kunci kejayaan seorang pemimpin di samping mencontohi sikap Rasulullah s.a.w.

Refleksi/ Rujukan1.Penceramah telah menunjukkan gaya kepimpinan karismatik di mana ia mampu menarik perhatian orang lain untuk bersama menghayati ceramah beliau.Peserta mengikuti ceramah dengan tekun dan tenang.

2.Penceramah juga menunjukkan gaya kepimpinan moralis di mana mereka mempunyai empati yang tinggi terhadap orang lain. Dalam sesi bual mesra bersama Pengarah IAB yang turut hadir penceramah turut mempamerkan ciri-ciri merendah diri gaya seorang pemimpin yang dicontohi.

Log Kepimpinan

Tarikh09.04.2015Bilangan12/20

AktivitiBicara Ilmu Bersama Dr. Adi Badiozaman Tuah

OrganisasiInstitut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

LokasiAuditorium, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

Catatan Kepimpinan1.Penceramah Jemputan, Dr. Adi Badiozaman Tuah menyampaikan satu tajuk yang begitu menarik Exemplary Leadership. Beliau mengulas mengenai kepimpinan contoh yang membicara mengenai what is leadership dan Roles of leadership.

2. Ceramah beliau begitu dikagumi dan berisi, sesuai dengan status beliau sebagai mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak dan sekarang bertugas sebagai Pengarah, BIRO Pekhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak.

Refleksi/ Rujukan1.Penceramah telah menunjukkan gaya kepimpinan karismatik di mana ia mampu menarik orang lain untuk bersama dengan beliau. Peserta terpesona dengan cara berbicaranya yang membangkitkan semangat.

2.Ceramah yang disampaikan menjadi lebih menarik dengan bantuan tayangan LCD dan dikendalikan dengan cara yang amat berkesan.

Log Kepimpinan

Tarikh17 April 2015 (Jumaat)Bilangan 13/20

AktivitiProgram Penetapan Target PT3, SPM dan STPM.

Ucapan Pengetua kepada Ibu bapa dan pelajar.

OrganisasiSMK Agama Saratok

LokasiDewan SMK Agama Saratok.

Catatan Kepimpinan1.Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua hadirin dan menghargai kehadiran mereka dalam program yang dianjurkan.

2.Pengetua menekankan matlamat yang harus dicapai oleh pelajar dalam Peperiksaan awam yang akan dihadapi.

3.Beliau memuji usaha guru dan ibu bapa sehingga pelajar berminat untuk menetapkan target masing-masing.

Refleksi/ Rujukan1.Pengetua telah mempamerkan Gaya kepimpinan Autokratik apabila menyampaikan arahan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar.

2.Pengetua juga telah mempamerkan gaya kepimpinan Partisiptif apabila mengajak semua guru, ibu bapa dan pelajar bekerjasama dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

Log Kepimpinan

Tarikh17 April 2015 (Jumaat)Bilangan 14/20

AktivitiCeramah Motivasi oleh Ust. Mual bin Suaud, Timbalan Mufti Negeri Sarawak.

Program Penetapan Target PT3, SPM dan STPM.

OrganisasiSMK Agama Saratok

LokasiDewan SMK Agama Saratok.

Catatan KepimpinanSebagai seorang Pegawai yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Perhidmatan awam beliau telah menyampaikan ceramah dengan cukup yakin dan bermotivasi.

Ceramah disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh semua peserta.

Beliau menyarankan bahawa setiap usaha hendaklah bermula dengan niat dan tawakal. Usaha hendaklah bergantung kepada visi yang ingin di capai.

Refleksi/ Rujukan Penceramah mempamerkan gaya kepimpinan Moralis. Sangat mesra dan sopan kepada orang ramai.

Penceramah memiliki empati yang tinggi kepada para audien yang ada di hadapannya terutama kepada para pelajar.

Beliau menasihati ibu bapa dan pelajar agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap diri sendiri dan kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat dan kesihatan.

Log Kepimpinan

Tarikh21/4/2015 (selasa)Bilangan 15/20

AktivitiPerhimpunan Rasmi Sekolah

OrganisasiSMK Agama Saratok

LokasiDataran ASAR, SMK Agama Saratok.

Catatan Kepimpinan1.Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua guru dan menghargai kehadiran pelajar.

2.Pengetua menetapkan matlamat yang harus dicapai oleh pelajar dalam Ujian Pertangahan Penggal yang akan pada pertegahan bulan ini.

3.Beliau sekali lagi mengulangi Visi dan Misi sekolah.

4.Memuji usaha guru sehingga pelajar berminat untuk hadir ke sekolah.

Refleksi/ Rujukan1.Pengetua telah mempamerkan Gaya kepimpinan Autokratik apabila menyampaikan arahan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar.

2.Pengetua juga telah mempamerkan gaya kepimpinan Partisiptif apabila mengajak semua guru dan pelajar bekerjasama dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

Log Kepimpinan

Tarikh15/4/2015 (Rabu)Bilangan 16/20

AktivitiMesyuarat Post Mortem Pra 1 SPM

OrganisasiSMK Agama Saratok.

LokasiBilik Mesyuarat, SMK Agama Saratok.

Catatan Kepimpinan1.Pengetua mempengerusi mesyuarat yang dihadiri oleh semua PK, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan Guru mata pelajaran SPM.

2.Beliau mengendalikan mesyuarat dengan penuh yakin sambil menerangkan dengan terperinci sasaran target SPM sekolah.

3. Beliau mengarahkan guru-guru berusaha untuk mencapai ETR yang telah dipersetujui sebelum ini.

Refleksi/ Rujukan1.Gaya kepimpinan autokratik dipamerkan di mana guru-guru dikehendaki memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan sasaran SPM 2015.

2.Gaya kepimpinan instruksional juga dipamerkan dalam mesyuarat ini di mana beliau mengaitkan keperluan pembelajaran dalam kehidupan masa depan pelajar.

3.Pengetua juga menunjukkan gaya kepimpinan karismatik apabila mampu menarik minat ahli mesyuarat untuk memberi tumpuan dalam mesyuarat.

Log Kepimpinan

Tarikh28/4/2015 (Selasa)Bilangan17/20

AktivitiMesyuarat Pengurusan Mingguan

OrganisasiSMK Agama Saratok

LokasiSudut Mesyuarat, Bilik Pengetua.

Catatan Kepimpinan1.Pengetua mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh Semua Penolong kanan dan Ketua Bidang.

2.Mesyuarat berjalan lancar dalam suasana yang ceria dengan kawalan yang baik dari pengetua.

3.Pengetua membuka ruang kepada ahli mesyuarat untuk mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung perkara yang dibincang dalam mesyuarat.

4.Apabila melibatkan dasar dan kewangan pengetua akan memastikan ia dilaksana dengan arahan dan menepati kehendak pekeliling.

Refleksi/ Rujukan1.Pengetua mempamerkan gaya kepimpinan yang berbagai dalam mengendalikan mesyuarat ini.

2.Gaya kepimpinan situasional (situational leadership) sering dipamerkan dalam mengendalikan mesyuarat.

3.Gaya kepimpinan Partisipatif juga sering dipamerkan dalam menerima saranan dan cadangan ahli mesyuarat. Ahli mesyuarat bebas mengemukakan cadangan dan dibincang secara baik dalam mesyuarat.

Log Kepimpinan

Tarikh27/05/2015Bilangan18/20

AktivitiProgram Sandaran

OrganisasiSMK Agama Saratok

LokasiBilik Pusat Sumber SMK Agama Saratok

Catatan Kepimpinan1.Catatan Kepimpinan hari ini ditumpukan kepada Penyeliaan yang dilakukan oleh Penyelia dari IAB Cawangan Sarawak iaitu Pn. Beatrice Paul Diring.

2.Beliau hadir ke SMK Agama Saratok bagi membuat penyeliaan program Sandaran NPQEL

Refleksi/ Rujukan1.Setinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Beatrice Paul Diring selaku penyelia yang datang untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

2.Semasa perbincangan bersama dengan PK Ko Kurikulum di Bilik Pengetua, beliau telah menunjukkan sikap profesionalisme yang begitu tinggi dengan menghormati pihak yang beliau lawati.

3.Beliau telah menunjukkan gaya kepimpinan Instruksional Linear (Linear Instruksional Leadership) di mana seseorang pemimpin akan berusaha memastikan segala aktiviti yang diharapkan mendatangkan hasil seiring dengan kehendak piawaian yang ditetapkan dalam program NPQEL.

4.Penyelia menunjukkan keprihatinan yang luar biasa bukan saja dalam aspek teknikal tentang laporan Penyeliaan malah perkara-perkara lain yang bekaitan dengan program Sandaran. Beliau telah memberi teguran yang amat membina kepada saya.

5. Penyelia menyatakan tentang harapan kejayaan yang tinggi kepada peserta seliaannya dan tidak lupa mendoakan mereka.

Log Kepimpinan

Tarikh07/5/2015 (Khamis)Bilangan19/20

AktivitiTaklimat Hal Ehwal Murid (HEM)

OrganisasiSMK Agama Saratok

LokasiDataran ASAR, SMK Agama Saratok

Catatan Kepimpinan1.En. Wan Mohd Roslan Bin Wan Ishak selaku PK HEM telah memberi taklimat kepada semua pelajar berhubung aktiviti HEM di Sekolah.

2.Beliau memaklumkan tentang beberapa orang pelajar telah didapati melanggar peraturan prep petang dan malam. Kedapatan pelajar bising dan tidak memanfaatkan masa prep sedangkan peperiksaan Pertengahan Tahun sudah semakin hampir.

3.Beliau memohon kerjasama semua pelajar agar

menghormati Pengawas yang bertugas sewaktu Prep.

Refleksi/ Rujukan1.En. Wan Roslan bin Wan Ishak, PK Hem telah mempamerkan Gaya kepimpinan Autokratik apabila menyampaikan arahan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar. Beliau mengingatkan pelajar bahawa patuh kepada disiplin adalah satu amanah.

2.Beliau juga telah mempamerkan gaya kepimpinan Moralis kerana selaku PK HEM beliau memiliki empati yang tinggi terhadap para pelajar. Seperti biasa beliau tidak lupa untuk menasihati pelajar agar terus membina sahsiah yang terpuji.

Log Kepimpinan

Tarikh6/5/2015 (Rabu)Bilangan20/20

AktivitiTaklimat Ko Kurikulum

OrganisasiSMK Agama Saratok

LokasiDataran ASAR, SMK Agama Saratok

Catatan Kepimpinan1.En. Hipni Hj. Mili selaku PK Kokurikulum telah memberi taklimat kepada semua pelajar berhubung aktiviti Kokurikulum sepanjang bulan Mei.

2.Beliau menerangkan tentang betapa penting pelajar mematuhi SOP apabila menyertai sesusatu aktiviti di dalam atau di luar bilik Sekolah.

3. Beliau memberi teguran kepada beberapa orang pelajar yang sengaja tidak datang dalam aktiviti Kelab dan Persatuan. Tindakan akan diambil jika perkara ini berulang.

Refleksi/ Rujukan1.En. Hipni Hj Mili, PK Kokurikulum telah mempamerkan Gaya kepimpinan Autokratik apabila menyampaikan arahan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar.

2.Beliau juga telah mempamerkan gaya kepimpinan Partisiptif apabila mengajak semua guru dan pelajar bekerjasama dalam menjayakan aktiviti Kokurikulum bagi menjayakan visi dan misi sekolah. Kejayaan pelajar adalah kejayaan semua pihak.

LOG KEPIMPINAN

PROGRAM SANDARAN

NPQEL

DI SMK PUSA

94950 PUSA

Catatan Oleh:

ISMAIL BIN MAHRIP

590415135373

NPQEL SW4

2/2015

24 JANUARI HINGGA 06 JUN 2015