shalni log

Upload: tony-ling

Post on 07-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Shalni Log

    1/20

    BUKU LOGOLAHRAGAOLAHRAGA

    DDIISSEEDDIIAAKKAANN OOLLEHEH

    WONG PIK YIENG

    D20101037922D20101037922SSEEMMEESSTTEERR22

    PPRROOGGRRAAMM PPEENNDDIIDDIIKKAANN MMOORRAALL

  • 8/4/2019 Shalni Log

    2/20

    ISI KANDUNGAN

    1

  • 8/4/2019 Shalni Log

    3/20

    PENGENALAN

    Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi

    perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiranasas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan

    pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu

    khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki dari

    semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.

    Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih

    pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai

    hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri

    ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu.

    Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk

    meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula

    sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul

    sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik

    dan mendapat perhatian orang ramai.

    Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula

    individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih

    ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai

    kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan

    kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji

    kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia.

    Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan

    tujuannya sama.

    Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan

    diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan

    dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak

    zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan

    penduduk Greek Kuno.

    2

  • 8/4/2019 Shalni Log

    4/20

    DIARI MINGGUAN : OLAHRAGA

    MINGGU PERTAMA

    Tarikh : 4/1/2011

    Masa : 5.00-7.00 petang

    Tempat : Auditorium UPSI

    1) Penerangan tentang kursus CSP 2071 Olahraga dan (RI)Rancangan Intruksional

    2) Pembahagian kepada kumpulan dan perlantikkan Ahli Jawatan Kuasa bagi setiap

    kumpulan.

    MINGGU KEDUA

    Tarikh : 11/1/2011

    Masa : 5.007.00 petang

    Tempat :Auditorium UPSI

    1) Penerangan teori kepegawaian acara balapan dan Padang serta tugas-tugas yang

    dipertanggungjawabkan oleh pegawai.

    2) Penerangan tentang-tentang peraturan yang harus dipatuhi oleh seorang pegawai serta atlet.

    MINGGU KETIGA

    Tarikh : 18/1/2011

    Masa : 5.007.00 petang

    Tempat : Auditorium UPSI

    1) Pengurusan pengelolaan temasya olahraga (Sesi 1)

    MINGGU KEEMPAT

    Tarikh : 8/2/2011

    Masa : 5.007.00 petang

    Tempat : Auditorium UPSI

    1) Kuiz diadakan kepada semua pelajar. Seterusnya, dibahagikan jawatankuasa untuk kejohanan

    olahraga. Selepas itu,memilih atlit-atlit untuk kejohanan olahraga dan peserta kawat kaki.

    MINGGU KE-5 MICROTEACHING LOMPAT JAUH

    Tarikh : 15/2/2011

    Masa : 5.00-

    7.00 petang

    Tempat : Padang UPSI

  • 8/4/2019 Shalni Log

    5/20

    Lompat jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olimpik yang tertua dan asalnya

    dilakukan dari posisi berdiri serta dipanggil sebagai lompat jauh setempat. Pada tahun 1896, lompat

    jauh sambil berlari telah diperbandingkan dan telah digunakan sehingga hari ini.

    PERALATAN DAN KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN

    A. LORONG KHAS / LANDAS LARIAN

    B. PAPAN LONJAK

    C. PAPAN PENANDA PLASTERSINE

    D. KAWASAN MENDARAT

    E. PITA PENGUKUR / PENGUKUR

    F. BENDERA ISYARAT

    G. PENGUKUR HALAJU ANGIN

    Pergerakan Lengkap Lompat Jauh

    A. Pergerakan dalam lonjakan

    B. Pengerakan dalam langkahan pertama

    C. Pengerakan dalam perlepasan untuk melompat

    D. Pengerakan semasa di udara

    E. Pengerakan semasa pendaratan

    Hukum Pergerakan Newton.

    I. Hukum Newton Pertama

    Hukum ini digunakan semasa menukar dari pergerakan linear ke pergerakan angular. Untuk

    menukarkan arah, daya diperlukan.

    II. Hukum Newton Kedua

    Hukum Newton Kedua digunakan semasa larian landas. Semakin kuat daya digunakan

    semakin pantas larian yang dilakukan. Kelajuan lari landas akan mempengaruhi jarak

    lompatan.

    III. Hukum Newton Ketiga

    Untuk lonjakan, daya diperlukan. Hasil tolakan kaki di papan lonjak akan membawa

    pelompat ke atas. Kuasa yang bertindak ke atas haruslah melebihi kuasa linear. Tolakan ke

    atas diperolehi daripada tolakan kaki ke tanah.

  • 8/4/2019 Shalni Log

    6/20

    Teknik-teknik untuk acara lompat jauh.

    i. Atlet berlari dengan memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua

    langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet lari bersahaja, supaya ia bergerak

    atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk melompat dari papan

    lonjak.

    ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki,

    pinggul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan paha

    kaki bukan-lonjak (kaki bebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara kepala berada

    dalam keadaan selari dengan bahu.

    iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun ke hadapan

    sementari kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-lengan digunakan untuk

    mengimbangi gerak-gerakkan kaki.

    iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan dibawa

    ke atas kepala.

    v. Kaki bebas di bawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan

    dihayun kebelakang semasa mendarat.

    Ansur Maju

    Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendatar tidak ada kaitan. Jadi, semasa

    mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atlet itu memerlukan lebih

    masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat papan anjal yang diletakkan padahujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat. Tingginya lompatan boleh ditegaskan

    dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih

    kurang di poin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan

    dengan dahi.

    Fasa lari landas

    Fasapenultimade stride (d-f)

  • 8/4/2019 Shalni Log

    7/20

    stride

    akhir; (j-k) takeoff (g-i)

    Fasa layangan (l-p) dan mendarat (q-s)

    Selepas penjelasan daripada ahli kumpulan, semua ahli kumpulan membuat aktiviti

    memanaskan badan bawah dan mula mempratikkan semula apa yang diajar oleh ahli kumpulan tadi.

    Refleksi

    Secara jujurnya, saya pernah belajar teknik lompat jauh sebelum saya tingakatan 3. Teknik

    yang gunakan masa belajar lompat jauh ialh menggunakan cara lompat kijang sewaktu saya melompat.

    Akhirnya sampai acara ini, barulahsaya mengetahui teknik saya melompat selama ini adalah salah.

    Dalam acara ini saya belajar banyak teknik dan peraturan mengenai lompat jauh. Dalam acara ini, saya

    serta ahli kumpulan saya adalah sebagai pengajar.

    MINGGU KE-6 MICROTEACHING LONTAR PELURU

    Tarikh : 22/2/2011

    Masa : 5.00 -7.00 petang

    Tempat : Padang UPSI

    SEJARAH LONTAR PELURU

    Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang

    Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru,

    berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.Bagaimanapun, acara lontar

    peluru tidak dapatditerima sebagai acara sukan di kedua-dua

    buah negara ini.Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat

    sambutan dibeberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai

    sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap

    kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga

    yang dipertandingkan. Bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, pelurudiperbuat daripada besi seberat 16 paun.

  • 8/4/2019 Shalni Log

    8/20

    PERALATAN DAN KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN

    (1)Peluru

    (2) Gelanggang

    (3) Pita pengukur

    (4) Kasut berpaku (spike)

    KAEDAH PEGANGAN PELURU

    1.Menggunakan tiga jari - meletakkan peluru pada tapak tangan iaitu di bawah pangkal jari,

    peluru mesti dipegang pada dasar tiga jari tengah manakala ibu jari dan jari kelengkeng

    bertindak sebagai penyokong.

    2.Menggunakan lima jari - Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking

    mengimbangi kedudukan peluru. Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan.

    TEKNIK LONTARAN

    1. Teknik berdiri

    2. Teknik lontaran sisi

    3.Teknik membelakangi kawasan lontaran4. Teknikpemindahan (OBrien)

    GELANGGANG LONTAR PELURU LONTARAN YANG SAH DAN BATAL

    Latihan Ansur Maju

    1. Cara memegang peluru dengan menggunakan bola lisut tanpa memperkenalkan

    peluru dahulu. Memperkenalkan peluru.

    2. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang lurus.

    3. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan danmemegang tangan bebas pelaku.

    4. Lakukan gelungsuran dengan menggunakan peluru.

    5. Gelungsur dengan menggunakan peluru ke kedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki

    Power Position (tapak kki bersudut).Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan

    memegang tangan bebas.

  • 8/4/2019 Shalni Log

    9/20

    6. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan Power Position

    (chin-knee-toe) - dagu, lutut dan ibu jari, lakukan pergerakan pinggang menghala ke

    arah lontaran.

    7. Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power position

    dan putaran pinggang. Buat gelongsoran dalam bulatan lontaran.

    8. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang

    menghala ke arah lontaran.Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran

    yang telah dipelajari dan Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab

    direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran).

    9. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw. Membuat lontaran sisi. Membuat

    lontaran membelakangkan kawasan lontaran.

    10.Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan semua kemahiran yang

    telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan.

    Refleksi

    Dalam acara lontar peluru, saya berasa amat gembira kerana saya berpeluang memegang

    peluru lagi kerana saya ingat seseorang mahasiswa tidak berpeluang memegangnya lagi.

    Dalam acara ini saya telah ememlajarai sejarah serta teknik memegang peluru. Walaupun

    saya seorang pemain peluru tetapi saya hanya tahu teknik menggunakan 3 jari sahaja.

    Walaubagaimanapun, saya berasa amat gembira kerana dapat memain perluru lagi dalam

    olaraga.

    MINGGU KE-7

    MICROTEACHING LEMPAR CAKERA

    Tarikh : 1/3/2011

    Masa : 5.00 -7.00 petang

    Tempat : Padang UPSI

    SEJARAH LEMBAR CAKERA

    Lempar cakera ialah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan. Acara ini juga

    dipertandingkan dalam Sukan OlimpikKuno Greek. Namun begitu, cakera yang digunakan adalah

    jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini. Acara lempar cakera

    mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Cakera ini diperbuat daripada kepingan

    kayu tebal yang berbentuk bulat,leper,dan dibaluti besi di sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam

    seberat 1.923 kilogram pada bahagian tengah dan menghampiri 2 kilogram untuk atlet lelaki. Bagimengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan berbentuk segi

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Greekhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cakera&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1896http://ms.wikipedia.org/wiki/Besihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Besihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1896http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cakera&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Greekhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan
  • 8/4/2019 Shalni Log

    10/20

    empat sama dengan jejari 2.5 meter. Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik

    Stockholm pada tahun 1912 dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.

    PERALATAN DAN KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN

    1.Cakera

    Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:

    Perkara /Bahagian Lelaki Wanita

    1. Berat keseluruhan untuk pertandingan

    2. Ketebalan bahagian tengah cakera

    3. Diameter piring atau kawasan rata pada

    tengah cakera

    4. Diameter keseluruhan cakera

    5. Ketebalan logam pada sekeliling cakera

    5.0kg (minimum)

    4446 mm

    5057 mm

    218221 mm

    12.0 mm

    1.0kg (minimum)

    3739 mm

    5057 mm

    180182 mm

    12.0 mm

    6

    2.Pita Pengukur

    3.Kawasan lemparan

    CARA MEMEGANG CAKERA

    1.Cara Pegangan Satu - dengan menekapkan tangan pada permukaan cakera yang menutupi

    keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian tengahnya. Cakera yang dipegang hanya padabahagian hujung jari peserta yang dibengkokkan mencengkampada segi cakera.

  • 8/4/2019 Shalni Log

    11/20

    2.Cara Pegangan KeduaKeseluruhan tapak tangan peserta

    hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup

    terus bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu

    dirapatkan seolah-olah bercantum, manakala jari manis dirapatkan

    dengan jari kelengkeng. Ibu jari pula dirapatkan pada permukaan

    cakera iaitu pada bahagian atasnya untuk mengawal pegangan

    tangan secara keseluruhannya.

    3. Cara Pegangan Ketiga

    Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada

    cakera, dengan menutup duapertiga sahaja daripada bahagianlogam pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari memegang

    pada sekeliling atau sampai logam cakera

    TEKNIK LEMPARAN

    1.Lemparan berdiri

    statik

    2.Lemparan badan pusing

    Latihan Ansur MajuLatihan 1

    Tujuan : Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

    Latihan ini boleh dilakukan secara berpasangan.

    i. Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit.

    ii. Hayun cakera berulangkali ke depan dan ke belakang sisi badan. Ingat supaya jangan

    mengenggam cakera. Pegang seperti yang diterangkan sebelum ini.

    iii. Setelah menghayunkan cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera

    supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Disaat-saat akhir

    melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

  • 8/4/2019 Shalni Log

    12/20

    Latihan 2

    Tujuan : Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

    Berdiri dan melempar cakera dengan kilasan badan.

    i. Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegangcakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

    ii. Hayun cakera ke belakang dengan tangan menyilang dengan tangan kanan. Ketika

    melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.

    iii. Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua

    belah kaki melempar cakera ke kawasan pendaratan.

    Latihan 3.

    Tujuan : Latihan berpusing selepas menghayung cakera.

    i. Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun

    cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.

    ii. Pada kali kedua sambill menghayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah lawan jam

    (sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.

    iii. Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi.

    iv. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.

    v. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan

    badan sebagai panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan

    kemudian beransur maju.

    Nota : Pada peringkat awalan, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan

    dan tanpa memegang cakera.

    Latihan 4.

    Tujuan : Simulasi selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

    i. Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan

    hayunkan cakera.

    ii. Hayun cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke

    depan bulatan.

    iii. Apabila kaki kiri mencecah tanah di bahagian depan bulatan, kaki kanan berpaksi dan

    pengilasan badan disempurnakan sehingga badan menghadap ke kawasan lemparan.

    iv. Apabila cakera sampai ke aras bahu, ia dilemparkan ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan

    kaki kanan menolak kuat ke atas tanah.

    Refkesi

  • 8/4/2019 Shalni Log

    13/20

    Dalam acara lempar cakera ini, saya telah belajar teknik ubtuk melempar dan mengenai

    sejarah-sejarah tentang cakera. Saya menyukai acara ini kerana saya pernah mewakli acara ini

    untuk sekolah. Saya berasa amat gembira apabila mengadakan acara ini. Dalam pertandingan

    aara ini, saya telah berjaya mendapat number 1 dalam acara ini tetapi saya tidak merasa

    bangga dn saya berasa syukur dan saya akan mengambil bahagian dalam kejohanan jika

    berpeluang.

    MINGGU KE-8

    MICRO TEACHING REJAM LEMBING

    Tarikh : 8/3/2011

    Masa : 5.00 -7.00 petang

    Tempat : Padang UPSISEJARAH REJAM LEMBING

    Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam

    sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan

    Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara

    padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini

    dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita.

    PERALATAN DAN KELENGKAPAN YANGDIPERLUKAN

    1. lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang..

    2. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi

    berukuran 25cm-33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara

    kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun.

    3.Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah

    800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.

    TEKNIK-TEKNIK PEGANGAN LEMBING

    1.Gaya Finish 2.GayaAmerika

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Olahragahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Padanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembinghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Padanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Besihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gravitihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembinghttp://bp1.blogger.com/_IvS9HBeg9aE/R9DzZ9aMwnI/AAAAAAAABRw/0F50Vct4d_E/s1600-h/amerika4.jpghttp://bp1.blogger.com/_IvS9HBeg9aE/R9DzZ9aMwoI/AAAAAAAABR4/0da9eaWzp0U/s1600-h/finnish5.jpghttp://bp1.blogger.com/_IvS9HBeg9aE/R9DzZ9aMwnI/AAAAAAAABRw/0F50Vct4d_E/s1600-h/amerika4.jpghttp://bp1.blogger.com/_IvS9HBeg9aE/R9DzZ9aMwoI/AAAAAAAABR4/0da9eaWzp0U/s1600-h/finnish5.jpghttp://bp1.blogger.com/_IvS9HBeg9aE/R9DzZ9aMwnI/AAAAAAAABRw/0F50Vct4d_E/s1600-h/amerika4.jpghttp://bp1.blogger.com/_IvS9HBeg9aE/R9DzZ9aMwoI/AAAAAAAABR4/0da9eaWzp0U/s1600-h/finnish5.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembinghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gravitihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Besihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Padanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembinghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Padanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Olahragahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan
  • 8/4/2019 Shalni Log

    14/20

    Ansur Maju Menggunakan lembing

    1. Bermula dengan belajar cara yang betul memegang lembing. Lembing tidak harus

    dipengang dengan kuat. Batang lembing dipengang dengan posisi yang bersedia.

    Lembing dituju kea rah balingan . pontnya berada rendah sedikit daripada ekor

    lembing berada di atas bahu kanan dengan lengan mengundur seberapa yang boleh.

    2. Berlatih berlari dengan memegang lembing berdiri setempat dan memegang lembing.

    Merenjam lembing ke tanah di kawasan yang telah ditandakan lebih kurang 3 meter di

    hadapan. Sudahi dengan bahu kanan. Berlatih kedudukan membaling.

    3. Pembaling juga boleh berlatih dengan cikgu.pembaling berlatih secara perlahan-lahan

    untuk gerakan kaki dan tolakan tangan. Guru menghalang dengan memegang hujung

    lembing. Guru melepaskan pegangannya apabila pembaling telah sampai k eats bahu

    balingan. Berlatih langkah silang dengan memegang bola dalam tangan membaling.

    Melangkah ke posisi dan melepaskan bola diikuti dengan ikut lajak melalui bahu

    kanan.

    4. Seterusnya ,mengikut teknik yang yang telah belajar sebelum itu dan ciba untuk

    membaling.

    Refleksi

    Dalam acara rejam lembing ini,saya telah membelajari cara memegang dan merenjam

    lembing.saya juga mengetahui tentang sejarah- sejarah pasal lembing. Saya berasa amat bangga kerana

    dalam acara ini say atelah Berjaya mendapatkan numbor pertama dalam kategori perempuan walaupun

    saya ini pelajar baru. Jika bagi saya peluang lagi, saya akan menyertai lagi.

    MINGGU KE-9

    MICROTEACHING LARI PECUT

    Tarikh : 15/3/2011

    Masa : 5.00 -7.00 petang

    Tempat : Padang UPSI

    Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah

    dicatat. Sukan Olimpik Kuno di Greek mengandungi hampir keseluruhan acara daripada acara

    lari pecut. Pada zaman moden, antara rujukan yang terawal ialah pertandingan lari pecut yang

    diadakan di kalangan pekerja atau orang suruhan golongan bangsawan. Salah satu

    perlumbaan pecut yang dicatat ialah perlumbaan yang diadakan pada tahun 1754 di Kent,

  • 8/4/2019 Shalni Log

    15/20

    England. Pada abad ke 19, lari pecut ini menjadi semakin popular. Perkembangan larian pecut

    pada abad ini telah dihalang oleh ketiadaan undang-undang dan peraturan piawai dan

    prosedur perlumbaan serta ketiadaan penjaga masa yang tepat dan betul. Pelbagai cara

    permulaan diadakan, sehingga selalu menjadi masalah untuk menerima cara yang mana yang

    dapat diterima oleh semua pelari.

    PERALATAN DAN KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN

    Para atlit haruslah berpakaian semasa di dalam pertandingan olahraga. Pakaian atlit

    harus dalam keadaan yang bersih serta tidak terlalu nipis supaya tidak menampakkan

    anggota badan apabila atlit berpeluh.

    Selain itu, pakaian atlit sebaik-baiknya dapat mengurangkan daya rintangan angin bagi

    mengurangkan daya geseran yang mana ia mampu untuk mengurangkan kelajuan.

    Dalam aspek kasut pula, sekiranya atlit tidak memakai kasut jenis biasa seperti ingin

    menggunakan kasut yang berpaku, hanya 11 paku sahaja yang di benarkan pada tapak

    kasut. Trek biasanya mempunyai pelbagai jenis antaranya trek sintetik, panjang paku

    yang di gunak an harus tidak melebihi 10 mm. Kasut juga harus berkualiti dan sentisa

    dalam keadaan bersih semasa larian.

    Nombor peserta

    Peralatan sampingan seperti Tuala, Peralatak kecemasan yang ringan seperti minyak

    urut, plaster, aspirin, botol minuman dan sebagainya. Seluar pendek dan singlet (

    sebaik-baiknya dua pasang ). Kasut jogging dan kasut berlari. Jam randik atau pita

    pengukur. Barangan lain yang difikirkan perlu.

    Ansur maju dalam larian pecut

    1. Berlari dan bergerak secara perlahan-lahan ke arah hadapan dengan lutut tinggi dan pantas.

    Pembawaan (drives) dilakukan dengan menggunakan bahagian bola kaki. Ini akan

    menghasilkan aksi imbangan bahagian kedua-dua belah kaki untuk memperbaiki teknik dan

    kordinasi kumpulan otot-otot yang terlibat. Ini dapat memperbaiki lagi pergerakan yang

    berturutan (frequency).

    2. Berjogging dengan badan dicondong sedikit ke hadapan. Dengan kedua-dua kaki hampir-

    hampir lurus dan pergelangan kaki untuk menghasilkan pergerakan yang berbentuk

    lantunanbounding.Tujuan latihan ini ialah untuk membiasakan pergerakan pergelangan kaki

    yang baik dan rasa pembawaan.

  • 8/4/2019 Shalni Log

    16/20

    3. Bounding dengan kaki hadapan dibengkokkan dengan baik dan satu pembawaan yang

    lengkap serta energetik. Kaki yang belakang dan pergerakan tangan yang berentak. Hasil

    dari latihan ini akan meningkatkan lagi kuasa dan jarak pergerakan berlari dalam fasa

    pembawaan dan pemulihan. Boleh mengatasi halangan dengan mudah.

    4. Berlari dengan pergerakan ke hadapan perlahan-lahan, lutut paling rendah dan menendang

    tumit ke bahagian belakang, badan sepatutnya condong sedikit ke hadapan. Ia akan memberi

    kesan pada output yang lebih baik dari otot-otot pada bahagian belakang peha.

    5. Berlari dengan mengangkat lutut tinggi dan kaki bawah dicakar ke tanah. Ia bertujuan untuk

    menguatkan otot-otot fleksor dan ekstensor lutut dan memperbaiki lagi pergerakan kaki

    bebas.

    6. Berlari dalam satu garisan sehingga keseluruhan di atas tapak kaki, pusat graviti dan gerakan

    tangan selari. Latihan ini bertujuan untuk mendapatkan pembawaan yang berkesan untuk

    menggunakan kuasa dalam keadaan yang lurus dan untuk mengelakkan pergerakan yang

    membazir kepada kaki dan tangan.

    Refleksi

    Dalam acara ini, saya telah belajar bagaimana seseorang atlit meletakkan kaki serta

    tangan mereka sebelum mula berlari. Saya juga belajar peraturan yang harus dipatuhi oleh

    seseorang atlit. Saya bersa bangga kerana saya Berjaya juga melakukannya walaupun saiz

    badan saya yang besar sebegitu kerana masa waktu persekolahan saya tidak berani untuk

    mencuba. Walaupun keputusan tidak begitu memuaskan tetapi yang penting, saya telah cuba

    melakukannya.

    MINGGU KE-10

    MICROTEACHING LOMPAT TINGGI

    Tarikh : 22/3/2011

    Masa : 5.00 -7.00 petang

    Tempat : Padang UPSI

    SEJARAH LOMPAT TINGGI

    Acara lompat tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa

    mendapat perhatian ramai. Lompat tinggi diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun

    1896 acara lompat tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi

    perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlet. Dalam acara

    lompat tinggi, seseorang atlet memerlukan kebolehan semula jadi. Bagi melaksanakan satu

    lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlet itu sendiri iaitu dari persediaan

    fizikal dan mental.

    PERATAN YANG DIGUNAKAN

  • 8/4/2019 Shalni Log

    17/20

  • 8/4/2019 Shalni Log

    18/20

    Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa mendarat.

    Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti

    seterusnya. Pelajar ditunjukkan dengan demontrasi cara menjatuhkan badan ke atas belakang.

    Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya diletakkan

    di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarah untuk berdiri di atas

    kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke

    belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya.

    Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan di

    bahagian bahu belakang. Dagu hendaklah di rapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa

    tangan hendaklah di hayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat

    dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah dengan

    memegang bola tersebut, dan semasa jatuhan bola itu dibaling ke belakang serentak dengan

    tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini,

    kaki hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.

    Langkah 2

    Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah satu digunakan. Segala perlakuan

    dan aktiviti adalah seperti dalam langkah satu. Pelajar dikehendaki dan diarahkan untuk

    membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini

    akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini

    perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.

    Langkah 3.

    Kotak dalam langkah dua digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar

    dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan pelajar

    yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan kiri dan kanan tempat

    lompatan. Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki

    lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan melompat. Perlu

  • 8/4/2019 Shalni Log

    19/20

    ditekan bahawa tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah dua. Setelah beberapa kali

    dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.

    Langkah 4.

    Penumpuan dalam aktiviti ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan layangan.

    a. Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan daya

    putaran pada badan.

    b. Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya

    dan ketinggian yang baik dan sempurna.

    Selepas didapati ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai suasana yang

    sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

    Langkah 5

    Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan sebenar. Sebagai bantuan

    aktiviti ini, satu garis untuk lari landas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah

    berada di paras yang rendah. Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan

    empat atau lima langkah larian landas. Ini dicuba beberapa kali. Kemudian palang akan

    ditinggikan sedikit demi sedikit sekiranya lompatan berjaya dilakukan. Selepas lakukan

    aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan larian landas sembilan hingga sebelas langkah.

    Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.

  • 8/4/2019 Shalni Log

    20/20

    Refleksi

    Melalui acara lompat tinggi ini, saya telah belajar banyak teknik-teknik untuk melompat.

    Tetapi dalam aktiviti ini saya telah mengalami kecederaan kerana teknik menurun yang tidak betul

    serta dulu saya pernah mengalami kemalangan semasa tingkatan 4. Oleh sebab itu, tangan dan kepala

    saya terseliuh semasa saya melakukan acara ini. S aya berasa amat bangga kerana Berjaya juga

    melalukannya.

    MINGGU KE-11 UJIAN KEMAHIRAN

    Tarikh : 29/3/2011

    Masa : 5.00 -7.00 petang

    Tempat : Padang UPSI

    Pada hari ini, kita telah mengadakan ujian kemahiran. Ujian kemqahiran ini diadakan untuk -

    menguji kemahiran dan teknikteknik yang telah kita belajar selama 10 minggu yang lepas.

    Ujian kemahiran ini amat bermakna dan baik untuk kita menguji samai mana tahap yang kita

    telah capai. Ujian kemahiran yang telah kita uji ialah lompat jauh, lontar peluru dan lari pecut.

    Saya telah melakukan dengan sedaya upaya.

    KesimpulanKesimpulanya , saya telah memperlajari banyak teknik-teknik serta pengalaman yang

    tidak pernah mencubai selama ini. Jika saya tidak mencuba untuk melalukannya, saya pun

    tidak mengetahui bahawa saya ialah mampu melakukannya. Oleh sebab ini, saya ingin

    mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya serta akak yang menjadi penasihat

    kami selama ini. tanpa mereka berdua, saya rasa olaraga ini tidak akan Berjaya dilakukan.