lesson plan kssr kumpulan 1.docx

Upload: muhamad-yaacob

Post on 08-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tajuk : HIDUP ATAU BUKAN HIDUP

Ringkasan: Di dalam tajuk ini, murid mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.

Kandungan Standard :Sains Hayat 1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup

Standard pembelajaran :1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu : perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan

Tempoh masa : 2 waktu ( 60 minit)

Sumber : 1. Kad gambar 2. Kad perkataan3. Klip video4. Lembaran Kerja 1- Penilaian5. Lembaran Kerja 2- Pemulihan6. Lembaran Kerja 3 - Pengayaan

Aktiviti : 1. Guru menunjukkan ikan yang berada dalam akuarium (ikut kesesuaian guru dan sekolah) dan patung (soft toy) ikan.2. Guru bersoal jawab dengan murid i. Apakah perbezaan di antara kedua-dua ikan tersebut?(Guru menerima sebarang jawapan daripada murid)3. Guru memberi respon pada jawapan murid.4. Guru menunjukkan kad perkataan ciri-ciri benda hidup iaitu air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.5. Guru menerangkan ciri-ciri benda hidup iaitu memerlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.6. Guru menunjukkan 2 pokok bunga keembung yang subur dan layu (ikut kesesuaian guru dan sekolah) 7. Guru bersoal jawab dengan murid i. Apakah perbezaan di antara kedua-dua pokok tersebut?(Guru menerima sebarang jawapan daripada murid)ii. Mengapa pokok layu?(Guru menerima sebarang jawapan daripada murid)8. Guru membimbing murid untuk menyatakan ciri benda hidup iaitu air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.9. Murid menjalankan aktiviti memadankan kad gambar dan kad perkataan yang telah disediakan (guru membimbing murid yang tidak boleh membaca)10. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 111. Murid menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan berdasarkan Lembaran Kerja 1. 12. Guru menayangkan klip video Something Fishy.13. Guru bersoal jawab dengan murid secara lisan berdasarkan pemerhatian dari klip video.14. Murid membuat rumusan.

Penilaian : Lembaran Kerja 1

Aktiviti Pemulihan : Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaianMurid menyiapkan Lembaran Kerja 2

Aktiviti Pengayaan :Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3

air

makanan

bernafas

bergerak

membesar

membesar

membiak

membiak membiak