learning by doing untuk mencapai pembelajaran optimum

2
Learning by doing untuk mencapai pembelajaran optimum. Pembelajaran optimum cenderung berlaku jika pelajar berhadapan dengan sesuatu masalah yang perlu diselesaikan menggunakan kemahiran tertentu. Oleh yang demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang agak kompleks dan mendesak serta meminta pelajar meneroka pelbagai penyelesaian inovatif yang boleh diguna pakai. Tapi, guru harus menyediakan pelbagai peluang untuk melibatkan pelajar dalam pelbagai kemahiran serta memberi jangka masa sesuai untuk pencapaian penguasaan kemahiran. Setelah murid berusaha usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan keputusan yang diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian pelajar. Pembentukan Suasana yang menyeronokkan boleh mempengaruhi gaya seseorang pelajar. Suatu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk jika guru memastikan suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan mewujudkan suatu persekitaran yang merangsang penglibatan pelajar. Tambahan pula, persekitaran sosioemosi bilik darjah dipengaruhi suara dan intonasi guru, gaya kepimpinan guru,

Upload: yu-wen-wong

Post on 17-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

learning by doing

TRANSCRIPT

Learning by doing untuk mencapai pembelajaran optimum. Pembelajaran optimum cenderung berlaku jika pelajar berhadapan dengan sesuatu masalah yang perlu diselesaikan menggunakan kemahiran tertentu.

Oleh yang demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang agak kompleks dan mendesak serta meminta pelajar meneroka pelbagai penyelesaian inovatif yang boleh diguna pakai. Tapi, guru harus menyediakan pelbagai peluang untuk melibatkan pelajar dalam pelbagai kemahiran serta memberi jangka masa sesuai untuk pencapaian penguasaan kemahiran.

Setelah murid berusaha usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan keputusan yang diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian pelajar.

Pembentukan Suasana yang menyeronokkan boleh mempengaruhi gaya seseorang pelajar. Suatu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk jika guru memastikan suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan mewujudkan suatu persekitaran yang merangsang penglibatan pelajar. Tambahan pula, persekitaran sosioemosi bilik darjah dipengaruhi suara dan intonasi guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran dalam bilik darjah. Suara guru yang jelas, berintonasi dan tidak tegang dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. Ini akan menggalakkan pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru.Begitu juga dengan guru yang demokratik akan menerima idea pelajar secara terbuka, menggalakkan pelajar untuk menyoal dan memberi mereka pujian yang berpatutan. Hal ini mewujudkan suasana emosi yang menyenangkan dan tenang serta tidak menekankan pelajar sehingga menjejaskan prestasi murid. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan. Refleksi untuk membolehkan pelajar berfikir secara jelas tentang apa yang telah mereka pelajari. Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberi tuju hala tentang apa yang telah capai dan apa yang perlu ditambah baik.

Apabila murid membuat refleksi, mereka akan menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan sebagai kesannya, proses pendidikan dipertingkatkan.

Pelajar membuat refleksi terhadap dirinya sebagai pembelajar apabila mereka menilai proses berfikir yang digunakan untuk menentukan strategi yang terbaik untuknya.