latihan sajak laut

6
Latihan Sajak Laut 1. Berdasarkan sajak laut, huraikan persoalan-persoalan yang cuba disampaikan oleh penulis. 2. Apakah nada bagi sajak laut ini? 3. Nyatakan nilai yang terkandung dalam sajak ini. 4. Kemukakan tema yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam ’Sajak Laut’. 5. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengekalkan keindahan alam sekitar? Latihan Pemahaman Cerpen II: "Mutiara Bonda" Mencari hari kelmarin yang tercicir, lalu mengutipnya sebagai pedoman berharga. 1. Frasa dalam petikan cerpen ini membawa maksud 2. Cerpen "Mutiara Bonda" dimulakan dengan 3. Nyatakan jasa-jasa watak Bonda dalam cerpen "Mutiara Bonda"

Upload: cik-dila

Post on 21-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sajak laut

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Sajak Laut

Latihan   Sajak Laut

1. Berdasarkan sajak laut, huraikan persoalan-persoalan yang cuba

disampaikan oleh penulis.

      2.    Apakah nada bagi sajak laut ini?

      3.    Nyatakan nilai yang terkandung dalam sajak ini.

4. Kemukakan tema yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam ’Sajak Laut’.

5. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengekalkan keindahan alam

sekitar?

Latihan Pemahaman Cerpen II: "Mutiara Bonda"

Mencari hari kelmarin yang tercicir, lalu mengutipnya sebagai pedoman berharga.

1. Frasa dalam petikan cerpen ini membawa maksud

2. Cerpen "Mutiara Bonda" dimulakan dengan

3. Nyatakan jasa-jasa watak Bonda dalam cerpen "Mutiara Bonda"

Page 2: Latihan Sajak Laut

MAKSUD

Rangkap 1

Penyajak memerihalkan tentang laut yang membiru dan luas terbentang terlalu indah dipandang.

Rangkap 2

Keindahan dan ketenangan laut dapat memberi kebahagian dan ketenangan kepada penyajak.

Rangkap 3

Penyajak menikmati keadaan dan suasana kawasan laut seperti terdapat kulit kerang dan pasir pantai yang putih.

Rangkap 4

Penyajak memerhatikan seorang nelayan di tengah lautan. Seorang nelayan berdiri seorang diri di atas sebuah perahu kecil sambil menebarkan jala untuk menangkap ikan bagi mencari rezeki menyara keluaraga.

Rangkap 5

Kelihatan burung-burung berkicauan dan berterbangan bebas ke sana dan ke sini diiringi dengan bunyi deruan ombak.

Rangkap 6

Penyajak juga dapat melihat keindahan matahari terbenam di seberang laut.

 TEMA

Sajak ini mengemukakan tema keindahan pemandangan di kawasan laut yang dapat menenangkan jiwa seseorang.

Page 3: Latihan Sajak Laut

 PERSOALAN

1.    Persoalan keindahan kawasan laut dapat menenangkan jiwa – penyajak dapat berasakan ketenangan jiwa apabila menikmati suasana di kawasan laut.

2.    Persoalan kegigihan mencari rezeki – nelayan gigih menangkap ikan bagi menyara kehidupan keluarganya.

3.    Persoalan keindahan alam ciptaan tuhan – suasana kawasan laut menandakan betapa indahnya alam ciptaan tuhan.

 BENTUK

1.    Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.

2.    Rima akhir adalah bebas.

3.    Jumlah baris serangkap bebas. Contohnya : Rangkap 1- 3 baris dan Rangkap 2 – 4 baris dan sebagainya.

4.    Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah perkataan.

5.    Jumlah suku kata sebaris antara lima hingga empat belas suku kata.

 GAYA BAHASA1.    Anafora

Contoh: Laut ini begitu biru Laut ini begitu luas Laut ini begitu indah

2.    Personifikasi Contoh: Laut ini begitu tenang / ombak menyapa kaki.

3.    Sinkope Contoh: membuatku bahagia.

4.    Simile Contoh: begitu gembira mereka menyanyi bagai berlumba

Page 4: Latihan Sajak Laut

5.    Asonansi Contoh: Betapa bahagianya hati.

6. Aliterasi – Contoh: dengan nyanyian ombak.

 NADA

Sajak ini bernada romantis.

 PENGAJARAN

1.    Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam ciptaan tuhan – keindahan dan ketenangan di kawasan laut dapat memberi ketenangan.

2.    Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki – nelayan berusaha gigih bagi mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga.

3.    Kita seharusnya menghargai keindahan alam sekeliling kita.

 NILAI 1.    Nilai kesyukuran

Bersyukur dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam hidup kita.

2.    Nilai kegigihan Kegigihan nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Page 5: Latihan Sajak Laut

Watak Utama

Hartini

1.  Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.2. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala

Batu.

3.  Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

4.  Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar Satiah dirawat di hospital.

5. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.

6.  Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.

7. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.