latihan moral

1
LATIHAN 1. Dalam teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg, jelaskan ciri-ciri moral kanak- kanak berumur 7 tahun. Dalam kelas tahun 2, Amir selalu potong barisan semasa membeli makanan di kantin. Walaupun pengawas sudah beberapa kali tegur dia, tetapi dia tetap bertingkah laku demikian. Pada pendapat anda bagaimana caranya bleh mengubah tingkah laku Amir. Berdasarkan Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg, ciri- ciri moral kanak-kanak berumur 7 tahun ialah kanak-kanak berkelakuan baik untuk mendapat ganjaran sepert pujian daripada ibu bapa dan guru hal ini disebut sebagai peneguhan. Selain itu, kanak-kanak mematuhi peraturan kerana lebih mengutamakan kesan fizikal daripada kesan psikologi mereka lebih takut dirotan daripada di marahi melalui mulut oleh ibu bapa mereka. Selain itu, kanak-kanak mementingkan prinsip hedonisme iaitu mengelak daripada kesakitan dan dendaan. Hal ini bermakna kanak-kanak mematuhi peraturan kerana takut didenda dan dirotan. Kanak-kanak menganggap peraturan perlu dipatuhi tanpa perlu dipersoalkan dan mereka mematuhi peraturan dengan yang di tetapkan. Amir selalu memotong barisan semasa membeli makanan di kantin walaupun telah ditegur beberapa kali. Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh mengubah tingkah laku Amir adalah dengan mengenakan tindakan yang tegas kepada murid-murid yang melanggar peraturan. Guru-guru juga boleh memberitahu kepada murid bahawa sekiranya mereka tidak berbaris semasa ingin membeli makanan di kantin, mereka akan dipanggil semasa perhimpunan. Tindakan ini boleh menyebabkan murid-murid takut untuk melakukan serta berasa malu untuk melanggar peraturan. Oleh itu, kanak-kanak tidak akan berani untuk melakukan kesalahan kerana kanak-kanak pada peringkat prakonvensional seperti Amir lebih mengutamakan kesan fizikal daripada kesan psikologi. Mereka takut didenda dan dirotan. Justeru itu, kanak-kanak tidak akan berani untuk melakukan kesalahan. Pihak sekolah sewajarnya membina satu palang bagi memastikan semua murid berada dalam palang semasa membeli makanan.

Upload: hazim-hamid-kz

Post on 11-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Moral

LATIHAN

1. Dalam teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg, jelaskan ciri-ciri moral kanak- kanak berumur 7 tahun.

Dalam kelas tahun 2, Amir selalu potong barisan semasa membeli makanan di kantin. Walaupun pengawas sudah beberapa kali tegur dia, tetapi dia tetap bertingkah laku demikian. Pada pendapat anda bagaimana caranya bleh mengubah tingkah laku Amir.

Berdasarkan Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg, ciri-ciri moral kanak-kanak berumur 7 tahun ialah kanak-kanak berkelakuan baik untuk mendapat ganjaran sepert pujian daripada ibu bapa dan guru hal ini disebut sebagai peneguhan. Selain itu, kanak-kanak mematuhi peraturan kerana lebih mengutamakan kesan fizikal daripada kesan psikologi mereka lebih takut dirotan daripada di marahi melalui mulut oleh ibu bapa mereka. Selain itu, kanak-kanak mementingkan prinsip hedonisme iaitu mengelak daripada kesakitan dan dendaan. Hal ini bermakna kanak-kanak mematuhi peraturan kerana takut didenda dan dirotan. Kanak-kanak menganggap peraturan perlu dipatuhi tanpa perlu dipersoalkan dan mereka mematuhi peraturan dengan yang di tetapkan.

Amir selalu memotong barisan semasa membeli makanan di kantin walaupun telah ditegur beberapa kali. Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh mengubah tingkah laku Amir adalah dengan mengenakan tindakan yang tegas kepada murid-murid yang melanggar peraturan. Guru-guru juga boleh memberitahu kepada murid bahawa sekiranya mereka tidak berbaris semasa ingin membeli makanan di kantin, mereka akan dipanggil semasa perhimpunan. Tindakan ini boleh menyebabkan murid-murid takut untuk melakukan serta berasa malu untuk melanggar peraturan. Oleh itu, kanak-kanak tidak akan berani untuk melakukan kesalahan kerana kanak-kanak pada peringkat prakonvensional seperti Amir lebih mengutamakan kesan fizikal daripada kesan psikologi. Mereka takut didenda dan dirotan. Justeru itu, kanak-kanak tidak akan berani untuk melakukan kesalahan. Pihak sekolah sewajarnya membina satu palang bagi memastikan semua murid berada dalam palang semasa membeli makanan.