latihan microsoft® office word 2007download.microsoft.com/.../microsoft_offic… · ppt file ·...

65
Latihan Microsoft ® Office Word 2007 Bermula dengan pantas

Upload: leliem

Post on 31-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Latihan Microsoft® Office Word 2007

Bermula dengan pantas

Page 2: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Kandungan kursus• Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang

“word”?

• Pelajaran 1: Mengetahui tentang Reben

• Pelajaran 2: Mencari perintah harian

• Pelajaran 3: Senarai mudah

Dua pelajaran pertama termasuk senarai tugas yang dicadangkan, dan semua termasuk satu set soalan ujian.

Page 3: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word?

Word 2007 sudah keluar. Kursus ini akan membantu awda untuk segera bermula.

Awda akan belajar cara mencipta dokumen yang hebat dan kelihatan profesional yang bakal menarik perhatian kawan-kawan dan teman sekerja awda.

Page 4: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Matlamat kursus• Bekerja dengan Reben — ciri baru yang membuatkan

Word lebih mudah digunakan berbanding dahulu.

• Mencari perintah harian biasa yang diperlukan untuk melaksanakan tugas awda.

Page 5: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Pelajaran 1

Mengetahui tentang Reben

Page 6: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Mengetahui tentang RebenApabila awda buka Word 2007, pertama yang awda dapat lihat ialah Reben, kawasan yang meliputi bahagian atas Word.

Reben membawa perintah paling popular ke hadapan, agar awda tidak perlu tercari-cari dalam atur cara bagi perkara yang awda lakukan sepanjang masa.

Ini menjadikan kerja awda lebih mudah dan pantas.

Rumah

Fon Perenggan

Page 7: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Menggunakan Reben untuk tindakan biasaReben menawarkan penggunaan yang ringkas dan mudah di mana semua tindakan biasa ditunjukkan pada satu tempat.

Sebagai contoh, awda boleh potong dan tampal teks menggunakan perintah pada tab Rumah; mengubah pemformatan teks dengan menggunakan Gaya; dan mengubah warna latar halaman pada tab Tataletak Halaman.

Paste

Rumah

Fon Perenggan

Page 8: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Apa yang ada pada Reben?Membiasakan dengan tiga bahagian Reben akan membantu awda tahu cara menggunakannya.

Ia adalah tab, kumpulan dan perintah.

1

2

3

Tab: Reben ada tujuh tab asas di bahagian atas. Setiap satu mewakili kawasan aktiviti.Kumpulan: Setiap tab mempunyai beberapa kumpulan yang menunjukkan item berkaitan bersama-sama.Perintah: Perintah adalah bebutang, menu, atau kotak di mana awda boleh memasukkan maklumat.

Rumah

Fon Perenggan

Page 9: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Pelancar Kotak Dialog dalam kumpulan

Sesetengah kumpulan mempunyai anak panah pepenjuru kecil di sudut bahagian kanan bawah dipanggil Pelancar Kotak Dialog .

Klik untuk lihat pilihan lain berkaitan kumpulan itu. Ia akan terpapar dalam kotak dialog atau anak tetingkap tugas biasa yang awda kenali daripada versi Word terdahulu.

Rumah

Fon Perenggan

Fon

Fon Jarak Aksara

Page 10: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Tab tambahan munculSesetengah tab muncul hanya apabila awda memerlukannya.

Katakan awda menyisip gambar dan ingin melakukan lebih banyak perkara dengannya, seperti memangkas atau mengubah cara teks diatur pada gambar.

Di manakah perintah ini boleh ditemui?

Alat Gambar

Format

Gaya Gambar

Bentuk Gambar

Sempadan GambarKesan Gambar

Page 11: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Tab tambahan munculSesetengah tab muncul hanya apabila awda memerlukannya.

1

2

3

Pilih gambar.

Alat Gambar akan muncul. Klik tab Format. Kumpulan dan perintah tambahan muncul untuk mengerjakan gambar, seperti kumpulan Gaya Gambar.

Awda tidak perlu tercari-cari. Awda hanya perlu:

Rerumah

Alat Gambar

Format

Gaya Gambar

Bentuk Gambar

Sempadan GambarKesan Gambar

Page 12: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bar alat MiniSesetengah perintah pemformatan sangat berguna hinggakan awda ingin ia tersedia tidak kira apa yang awda sedang lakukan.

Contohnya awda ingin format beberapa teks dengan segera, tetapi awda sedang bekerja dengan tab Tataletak Halaman.

Awda boleh klik tab Rumah untuk melihat pilihan pemformatan, tetapi ada cara yang lebih pantas.

Tataletak Halaman

A23B

Page 13: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bar alat MiniSesetengah perintah pemformatan sangat berguna hinggakan awda ingin ia tersedia tidak kira apa yang awda sedang lakukan.

1

2

Pilih teks awda dengan menyeret menggunakan tetikus, kemudian tuding pada pilihan.

Bar alat Mini akan muncul dalam gaya pudar. Jika awda tuding pada bar alat Mini, ia akan menjadi keras, dan awda boleh klik pilihan pemformatan padanya.

A23B

Tataletak Halaman

Page 14: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bar Alat Capaian SegeraBar Alat Capaian Segera adalah kawasan kecil di bahagian kiri atas Reben.

Gambar menunjukkan cara awda boleh tambah perintah kegemaran lain awda ke Bar Alat Capaian Segera supaya ia tersedia tidak kira tab mana awda berada.

Awda juga boleh alih keluar bebutang daripada Bar Alat Capaian Segera.

Ia mengandungi perkara yang awda guna berulang kali setiap hari: Simpan, Buat Asal, dan Ulang.

Rumah

Tambah ke Bar Alat Capaian Segera

Suaikan Bar Alat Capaian Segera…Tayang Bar Alat Capaian Segera Di Bawah RebenMinimumkan Reben

Page 15: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Cadangan untuk latihan1. Gunakan Reben.

2. Jadikan tab tambahan muncul, kemudian sisipkan gambar dan kerja menggunakan Alat Gambar.

3. Kerja dengan bar alat Mini.

4. Gunakan Bar Alat Capaian Segera.

5. Sembunyikan kumpulan dan perintah.

Page 16: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 1, soalan 1Jika awda klik bebutang ini dalam Word 2007, apa berlaku? (Pilih satu jawapan.)

1. Awda sembunyikan Reben buat sementara supaya awda ada ruang lebih besar untuk dokumen awda.

2. Awda gunakan saiz fon lebih besar untuk teks awda.

3. Awda lihat pilihan tambahan.

4. Awda tambah perintah pada Bar Alat Capaian Segera.

Page 17: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 1, soalan 1: JawapanAwda lihat pilihan tambahan.

Biasanya kotak dialog akan muncul, dan ia mungkin kelihatan sama dengan versi Word terdahulu.

Page 18: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 1, soalan 2Di manakah Bar Alat Capaian Segera dan bilakah awda patut gunakannya? (Pilih satu jawapan.)

1. Ada di sudut kiri atas skrin, dan awda perlu gunakannya untuk perintah kegemaran awda.

2. Terapung di atas teks awda, dan awda perlu gunakannya untuk buat perubahan pemformatan.

3. Ada di sudut kiri atas skrin, dan awda perlu gunakannya untuk mencapai dokumen dengan segera.

4. Ada pada tab Rumah, dan awda perlu gunakannya untuk melancarkan atau memulakan dokumen baru dengan segera.

Page 19: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 1, soalan 2: JawapanAda di sudut kiri atas skrin, dan awda perlu gunakannya untuk perintah kegemaran awda.

Ia adalah bar alat kecil dengan bebutang Simpan, Buat Asal, dan Ulang. Awda boleh tambah perintah kegemaran awda dengan mengklik kanan perintah dan pilih Tambah ke Bar Alat Capaian Segera.

Page 20: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 1, soalan 3Bar alat Mini akan muncul jika awda melakukan yang berikut? (Pilih satu jawapan.)

1. Dwiklik tab aktif pada Reben.

2. Pilih teks.

3. Pilih teks dan kemudian tuding padanya.

4. Mana-mana satu yang di atas.

Page 21: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 1, soalan 3: JawapanPilih teks dan kemudian tuding padanya.

Ia juga akan muncul jika awda klik kanan teks terpilih awda.

Page 22: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Pelajaran 2

Mencari perintah harian

Page 23: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Mencari perintah harianWord 2007 adalah baru dan memang menarik. Tapi awda ada perkara yang perlu dibuat.

Jadi inilah masanya untuk mencari lokasi sebenar perintah yang paling kerap digunakan.

Sebagai contoh, di manakah awda cipta dokumen? Di manakah bulet, gaya dan penyemak ejaan? Bagaimana pula dengan mencetak?

Pelajaran ini akan menunjukkan bahawa reka bentuk atur cara baru menempatkan perintah ini di mana awda memerlukannya.

Page 24: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Mula dengan Bebutang Microsoft Office

Bebutang Microsoft Office kini adalah tempat untuk mulakan Word.

Apabila awda menekannya, menu akan muncul yang awda gunakan untuk cipta, buka, atau simpan dokumen.

Rumah

Baru

Buka

Terbit

Tutup

Pilihan Word

Keluar Word

Dokumen Terbaru

Page 25: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bagaimana pula dengan gaya?Minat dengan pendekatan pemformatan lebih cekap dan berkuasa bukan setakat perintah tebal dan italik?

Awda tentunya ingin tahu tentang gaya dalam Word baru.

Awda boleh memilih sama ada Gaya Cepat yang tersedia atau menggunakan gaya yang awda telah buat sebelum ini.

¶ Normal ¶ Tiada Ru…

Tajuk 1 Tajuk 2

Gaya

Page 26: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bagaimana pula dengan gaya?Awda kerja dengan gaya pada tab Rumah, dalam kumpulan Gaya.

1 Gaya cepat adalah gaya tersedia penampilan profesional yang cepat dan mudah digunakan. Dan ia ada penampilan baru dengan versi Word ini.Klik bebutang ini untuk lihat beberapa lagi Gaya Cepat yang sedia untuk digunakan.Klik Pelancar Kotak Dialog untuk membuka anak tetingkap Gaya.

2

3

Gambar menunjukkan cara mendapatkan gaya yang awda inginkan.

¶ Normal ¶ Tiada Ru…

Tajuk 1 Tajuk 2

Gaya

Page 27: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Format PengecatSatu lagi perintah pemformatan kelajuan tinggi ialah Format Pengecat.

Ia terdapat paling kiri pada tab Rumah, dalam kumpulan Papan Klip.

Sekiranya awda tidak biasa dengan Format Pengecat, ia adalah cara pantas menduakan pemformatan dari satu seksyen teks kepada yang lain.

Untuk menggunakan Format Pengecat, letak kursor pada teks di mana formatnya awda ingin salin dan kemudian klik bebutang Format Pengecat.

Rumah

Fon PerengganPapan Klip

Page 28: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

ZumSelepas awda sisipkan sesuatu, awda mungkin perlu melihat butiran dengan jelas.

Jadi awda pasti ingin tahu di mana letaknya kawalan zum.

Lihat di sudut kanan bawah. Seret penggelongsor ke kanan untuk zum ke dalam, dan seret ke kiri untuk zum ke luar.

Page 29: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Sedia untuk cetak?Awda boleh mencetak —tetapi adakah awda bersedia?

Pertama lebih bijak untuk semak bagaimana halaman awda disusun untuk pencetak.

Semua yang awda perlukan terdapat pada tab Tataletak Halaman.

Kumpulan Persediaan Halaman mengandungi Saiz (8.5 x 11, A4, dan sebagainya), Orientasi (landskap dan potret), dan Jidar.

Tataletak Halaman

Inden

Page 30: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ya, sedia untuk cetakSelepas awda benar-benar bersedia untuk cetak, kembali semula ke Bebutang Microsoft Office.

1 Jika awda klik perintah Cetak, awda akan dapat kotak dialog Cetak. Sebaliknya jika menuding anak panah ke sebelah kanan perintah Cetak, awda akan dapat lihat tiga perintah tambahan.

Ingat bahawa awda kini mempunyai pilihan:

Rumah

Baru

Buka

Simpan

Simpan Sebagai…

Cetak…

Pratonton dan cetak dokumen

Cetak

Cetak Cepat

Pratonton Cetakan

Pilih pencetak, bilangan salinan, dan pilihan pencetakan lain sebelum mencetak.

Hantar dokumen secara terus kepada pencetak lalai tanpa membuat perubahan.

Pratonton dan buat perubahan kepada halaman sebelum mencetak

Page 31: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ya, sedia untuk cetakSelepas awda benar-benar bersedia untuk cetak, kembali semula ke Bebutang Microsoft Office.

2

3

CetakCetak CepatPratonton Cetakan

Ingat bahawa awda kini mempunyai pilihan:

4

Rumah

Baru

Buka

Simpan

Simpan Sebagai…

Cetak…

Pratonton dan cetak dokumen

Cetak

Cetak Cepat

Pratonton Cetakan

Pilih pencetak, bilangan salinan, dan pilihan pencetakan lain sebelum mencetak.

Hantar dokumen secara terus kepada pencetak lalai tanpa membuat perubahan.

Pratonton dan buat perubahan kepada halaman sebelum mencetak

Page 32: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Di balik tabirSemua ciri yang awda gunakan dalam Word setiap hari terdapat pada Reben dan mudah ditemui.

Jadi di manakah seting di balik tabir yang bukan tentang menghasilkan dokumen, tapi yang mengawal cara Word bekerja?

Rumah

Baru

Buka

Terbit

Tutup

Pilihan Word

Keluar Word

Dokumen Terbaru

Page 33: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Di balik tabirBagaimanakah awda mengawal cara Word bekerja?

Semua seting ini adalah sebahagian daripada Pilihan Word, yang awda dapat lihat bila awda klik bebutang Pilihan Word.

Ia terdapat pada menu yang terbuka apabila awda klik Bebutang Microsoft Office.

Rumah

Baru

Buka

Terbit

Tutup

Pilihan Word

Keluar Word

Dokumen Terbaru

Page 34: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Cadangan untuk latihan1. Tambah senarai berbulet.

2. Guna Gaya Cepat, kemudian zum ke luar untuk melihat semua perubahan.

3. Tukar set Gaya Cepat.

4. Guna Format Pengecat.

5. Buat perubahan keseluruhan dengan tab Tataletak Halaman. Kemudian cuba tab lain.

6. Cetak dalam pelbagai cara yang ada.

Page 35: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 2, soalan 1Awda boleh guna senarai berbulet menggunakan perintah dalam kumpulan mana dan tab apa? (Pilih satu jawapan.)

1. Dalam kumpulan Perenggan pada tab Tataletak Halaman.

2. Dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah.

3. Dalam kumpulan Simbol pada tab Sisip.

4. Dalam kumpulan Teks pada tab Sisip.

Page 36: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bermula dengan pantas

Ujian 2, soalan 1: JawapanDalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah.

Ini adalah di mana awda boleh menggunakan senarai berbulet. Petua: Awda juga boleh guna senarai berbulet dengan menggunakan bar alat Mini.

Page 37: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 2, soalan 2Bagaimana cara awda memilih pilihan cetak dalam versi Word baru? (Pilih satu jawapan.)

1. Klik bebutang Cetak pada Reben.

2. Klik bebutang Cetak pada Bar Alat Capaian Segera.

3. Gunakan Bebutang Microsoft Office.

4. Sama ada pilihan pertama atau kedua di atas.

Page 38: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 2, soalan 2: JawapanGunakan Bebutang Microsoft Office.

Ini ialah di mana awda membuka Pratonton Cetakan juga.

Page 39: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bermula dengan pantas

Ujian 2, soalan 3Sudut manakah yang mempunyai kawalan zum? (Pilih satu jawapan.)

1. Kanan atas.

2. Kiri atas.

3. Kiri bawah.

4. Kanan bawah.

Page 40: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 2, soalan 3: JawapanKanan bawah.

Kawalan di sudut kanan bawah adalah yang awda gunakan untuk zum ke dalam dan ke luar. Awda juga boleh guna menu Paparan untuk melihat kawalan zum.

Page 41: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Pelajaran 3

Senarai mudah

Page 42: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Senarai mudahSenarai adalah komponen berguna bagi mana-mana dokumen, sama ada awda meringkaskan maklumat atau menjadikannya lebih mudah difahami.

Senarai bernombor adalah penting untuk menunjukkan turutan maklumat. Jika awda tidak kisah tentang turutan, senarai berbulet mungkin lebih baik.

Senarai boleh jadi aras tunggal, dengan semua item mempunyai hierarki dan inden yang sama; atau berbilang aras, bermakna terdapat senarai di dalam senarai.

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh

1. Utarid2. Zuhrah3. Bumi4. Marikh

• Utarid• Zuhrah• Bumi

• Bulan• Marikh

• Phobos• Deimos

Page 43: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Cipta senarai sambil awda menaip Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil awda menaip.

Jika awda perlukan senarai berbulet, cuma taip asterisk (*) diikuti ruang. Asterisk akan bertukar menjadi bulet, dan senarai awda bermula.

Selepas awda selesai menaip item pertama dalam senarai awda, tekan kekunci ENTER, dan bulet baru akan muncul di baris berikutnya.

Ruang Titik TitikA

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh

1. Utarid2. Zuhrah3. Bumi4. Marikh

a. Utaridb. Zuhrahc. Bumid. Marikh

Page 44: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Cipta senarai sambil awda menaip Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil awda menaip.

Untuk mencipta senarai bernombor secara automatik, taip nombor satu dan titik (1.), diikuti dengan ruang.

Ini adalah baru untuk Word 2007; dalam versi terdahulu, awda perlu tekan kekunci ENTER sebelum senarai dimulakan.

Ruang Titik TitikA

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh

1. Utarid2. Zuhrah3. Bumi4. Marikh

a. Utaridb. Zuhrahc. Bumid. Marikh

Page 45: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Cipta senarai sambil awda menaip Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil awda menaip.

Oleh kerana senarai berhuruf adalah hanya jenis senarai bernombor yang berbeza, taipkan huruf a dan titik (a.), diikuti ruang, untuk memulakan senarai berhuruf.

Ruang Titik Titik

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh

1. Utarid2. Zuhrah3. Bumi4. Marikh

a. Utaridb. Zuhrahc. Bumid. Marikh

A

Page 46: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Menghentikan senaraiAwda telah masukkan item terakhir dalam senarai awda. Bagaimana awda mengakhiri senarai dan menghentikan bulet atau nombor muncul?

Gambar menunjukkan kaedah terbaik.

Cara paling mudah berhenti mencipta senarai ialah menekan kekunci ENTER dua kali, seperti ditunjukkan di sebelah kiri.

Jika awda inginkan sesuatu yang sedikit berbeza, sebagai contoh, teks yang berinden pada aras sama seperti teks atau bulet di atas, gunakan kekunci BACKSPACE.

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh•

Musytari• Zuhal• Uranus• Neptun

• Utarid• Zuhrah• Bumi• Marikh•

Musytari• Zuhal• Uranus• NeptunKekunci

EnterKekunci Backspace

Page 47: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bekerja dengan perenggan dalam senarai; menampal senarai

Katakan awda mencipta senarai bernombor atau berbulet dan awda memerlukan sesetengah item senarai mempunyai sub perenggan, seperti ditunjukkan dalam gambar.

Terdapat beberapa kaedah menangani senario ini; kaedah yang awda pilih bergantung kepada keadaan dokumen awda dan pilihan peribadi awda.

Perenggan tak tersenarai

Page 48: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bekerja dengan perenggan dalam senarai; menampal senarai

Katakan awda mencipta senarai bernombor atau berbulet dan awda memerlukan sesetengah item senarai mempunyai sub perenggan, seperti ditunjukkan dalam gambar.

• Awda boleh cipta sub perenggan dalam senarai dengan menekan kekunci SHIFT+ENTER, dan bukan hanya kekunci ENTER, untuk tamat setiap blok teks.

• Untuk teruskan senarai selepas sub perenggan, taip nombor berikut diikuti titik; senarai akan sambung secara automatik.

Perenggan tak tersenarai

Page 49: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bulet atau nombor? Tersalah jenis senarai? Mula dengan bulet tapi sekarang inginkan nombor pula, atau sebaliknya?

Jangan risau, menukar dari satu jenis ke jenis yang lain adalah mudah.

Hanya klik di mana-mana dalam senarai awda, kemudian klik bebutang Bulet atau Penomboran pada Reben.

Rumah

Fon Perenggan

|• Utarid• Zuhrah

Page 50: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Bulet atau nombor? Awda juga boleh menggunakan bebutang ini untuk mulakan senarai baru.

Sama ada klik bebutang dan mula menaip untuk cipta item senarai pertama awda atau pilih teks yang awda telah taip dan klik bebutang Bulet atau Penomboran untuk menukar setiap perenggan menjadi item senarai.

Rumah

Fon Perenggan

• Utarid• Zuhrah

Page 51: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 3, soalan 1Apakah senarai aras tunggal?

1. Senarai tanpa sub senarai dalam mana-mana item individu.

2. Senarai dengan setiap bulet atau nombor pada inden yang sama.

3. Senarai dengan satu item sahaja.

4. Senarai yang menggunakan hanya nombor, tanpa bulet.

Page 52: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 3, soalan 1: JawapanSenarai tanpa sub senarai dalam mana-mana item individu.

Tiada senarai dalam senarai untuk senarai aras tunggal!

Page 53: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 3, soalan 2Apakah yang awda perlu taip untuk mencipta senarai berbulet secara automatik yang menggunakan titik hitam sebagai reka bentuk bulet? (Pilih satu jawapan.)

1. 1. dan ruang

2. @ dan ruang

3. a. dan ruang

4. * dan ruang

Page 54: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 3, soalan 2: Jawapan* dan ruang.

Taipkan asterisk diikuti ruang, itu sahaja.

Page 55: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 3, soalan 3Bagaimana cara menyusun perenggan baru supaya teks diindenkan dengan jumlah yang sama seperti teks dalam item senarai berbulet di atas? (Pilih satu jawapan.)

1. Habiskan senarai, kemudian guna inden pada pembaris untuk mengatur permulaan perenggan baru.

2. Tambah item senarai yang baru, kemudian tekan kekunci BACKSPACE untuk menghapuskan bulet.

3. Tambah item senarai yang baru, kemudian tekan kekunci BACKSPACE dua kali.

4. Tambah item senarai yang baru, dan tekan kekunci ENTER sekali lagi.

Page 56: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 3, soalan 3: JawapanTambah item senarai yang baru, kemudian tekan kekunci BACKSPACE untuk menghapuskan bulet.

Ini adalah cara paling mudah untuk mendapatkan perenggan berinden.

Page 57: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Pelajaran 4

Menambah sempadan, pewarnaan atau kesan isian

Page 58: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Menambah sempadan, pewarnaan, atau kesan isian

Sempadan, pewarnaan dan kesan isian hiasan bukan hanya untuk surat berita percutian. Word menawarkan pelbagai pilihan untuk membingkaikan dan menonjolkan teks, jadual dan sel jadual, grafik dan keseluruhan halaman.

Pelajaran ini memperkenalkan pilihan tersuai dan tersedia ini dan menunjukkan kepada awda cara menambahkannya ke dokumen awda.

Sempadan halaman hiasan dan grafik dengan isian gradien

Page 59: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Sempadan halaman

Awda boleh tambah sempadan penuh atau separuh ke sebarang bahagian mana-mana halaman dokumen awda. Word menyediakan pelbagai sempadan halaman yang sudah tersedia, sama ada untuk urusan atau yang banyak hiasan.

Dokumen dengan sempadan halaman grafik

Page 60: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Sempadan halaman

Awda boleh pilih:

• Jenis sempadan keseluruhan, daripada kotak ringkas kepada berbayang kepada 3-D kepada gaya tersuai rekaan awda sendiri.

• Gaya, warna dan ketebalan garisan.• Gaya artistik, boleh jadi menyeronokkan jika dokumen awda

tidak formal atau untuk hari atau acara istimewa atau percutian.

Tataletak Halaman

Sempadan dan Pewarnaan

Sempadan

Sempadan Halaman

PewarnaanSeting Gaya

Warna

Lebar

SeniGunakan untuk:

Pilihan

OK Batal

Pratonton

Page 61: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Sempadan dan pewarnaan untuk teks

Awda boleh letak sempadan dan pewarnaan di sekeliling kumpulan teks atau grafik yang berasingan bagi membezakannya. Kotak dialog Sempadan dan Pewarnaan juga boleh dicapai

melalui bebutang dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah

Tataletak Halaman

Sempadan dan Pewarnaan

Sempadan Sempadan Halaman PewarnaanSeting Gaya

Warna

Lebar

SeniGunakan untuk:

Pilihan

OK Batal

Pratonton

Page 62: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 4, soalan 1Apakah cara paling mudah untuk menambah sempadan ke halaman? (Pilih satu jawapan.)

1. Lukis kotak di keliling halaman

2. Klik bebutang Sempadan Halaman dalam kumpulan Latar Halaman pada tab Tataletak Halaman

3. Lukis jadual di keliling halaman

Page 63: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 4, soalan 1: JawapanKlik bebutang Sempadan Halaman dalam kumpulan Latar Halaman pada tab Tataletak Halaman

Awda juga boleh pilih bebutang Sempadan dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah

Page 64: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 4, soalan 2Apakah yang awda boleh guna sebagai sempadan halaman? (Pilih satu jawapan.)

1. Jenis-jenis sempadan yang berbeza, seperti 3-D dan berbayang.

2. Gaya, warna dan ketebalan garisan yang tersuai.

3. Sempadan bergrafik.

4. Semua yang di atas.

Page 65: Latihan Microsoft® Office Word 2007download.microsoft.com/.../Microsoft_Offic… · PPT file · Web view · 2008-06-20Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007

Ujian 4, soalan 2: JawapanSemua yang di atas.

Awda boleh tetapkan jenis sempadan, gaya garisan, warna dan ketebalan yang berlainan. Awda boleh juga tetapkan sempadan grafik untuk peristiwa atau acara istimewa.