rancangan-rancangan menarik untuk tontonan awda

19
Sepanjang Ramadhan dan Syawal 1436H Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

Upload: phamhuong

Post on 30-Dec-2016

335 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

Sepanjang Ramadhan dan Syawal 1436H

Rancangan-Rancangan MenarikUntuk Tontonan Awda

Page 2: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

Selamat MenunaikanIbadah Puasa

ingin mengucapkan

TEMA: Al-Qur’an Penawar dan Rahmat

Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’anPeringkat Negara 1436H / 2015M

17 Ramadhan 1436H

Page 3: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

GEMA RAMADHANPenerbit: Hjh Salasiah Hj Abu Hasrah

Ikuti nasihat Ustaz Abd Aziz Hj Abdul Kahar dan Ustazah Hjh Siti Azizah Hj Musa sepanjang bulan Ramadhan ini sebagai salah satu wadah dalam bentuk ilmu agama bagi menyemarakkan dan memperingati Hari-Hari Kebesaran Islam.

HIKAYAT RAMADHANPenerbit: Hj Jailani Hj Othman

Sebuah rancangan sepanjang bulan Ramadhan yang sama-sama mengongsikan kisah-kisah tauladan Islami sebagai satu pendekatan diri kita mengenai sejarah zaman dahulu dan kini. Ia bukan dongengan atau khayalan, malah ia adalah kisah tauladan yang mulia, dan boleh diambil iktibarnya oleh pelbagai peringkat generasi.

MENGHALUSI IBADAT SOLAT

Rancangan yang memberikan penerangan mengenai ibadah Solat dan apa-apa jua yang berkaitan dengannya. Ianya akan diterangkan oleh seorang penceramah undangan melalui demonstrasi praktikal. Rancangan ini juga akan memberikan penjelasan kepada beberapa

soalan-soalan yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan.

ISLAM DAN KESIHATANPenerbit: Hjh Zaiton Hj Hussin

Sebuah rancangan yang membawa penonton sepanjang bulan Ramadhan untuk memahami dan mengetahui kewajipan kesihatan dalam agama Islam dengan tunjukcara bagi persediaan bahan makanan, penyembelihan dan juadah masakan antarabangsa dan pencuci mulut, buah-buahan tempatan dan import dan tips-tips kesihatan.

AN-NUUR

Sebuah rancangan terbitan bersama Unit Dakwah TV, Seksyen Penerbitan Rancangan TV dengan Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang mengandungi info dan motivasi yang berbentuk ceramah. Ianya disiarkan secara langsung di sepanjang bulan Ramadhan pada setiap hari Jumaat jam 2.30 petang di RTB1.

IHYAUL ISLAMPenerbit: Awg Sumaini Hj Tambang

Ihyaul Islam adalah rancangan bermusim dalam bentuk sebuah pertandingan dari hasil terbitan bersama Pusat Dakwah Islamiah dan Unit Dakwah TV, Radio Televisyen Brunei. Rancangan ini menggalakkan para belia remaja dan jemaah-jemaah masjid untuk memberikan sumbangan fikiran dalam rancangan-rancangan ugama yang berunsurkan tarbiah Islam, serta mencungkil bakat bagi yang berani tampil berkomunikasi di khalayak ramai.

Setiap Hari

Jam 4.00 ptg

Jam 8.30 mlm

Sabtu hingga Khamis Jam 5.00 pg

Setiap Hari

Jam 5.30 ptg

Jam 5.15 ptg

Sabtu hingga Khamis Jam 5.45 ptg

Jam 6.15 ptg

Setiap Hari

Jam 6.00 ptg

Jam 5.30 ptg

Jam 6.15 ptg (Ulangan Sabtu hingga RabuJam 12.15 T/Mlm)

Jam 5.45 ptg

Sabtu hingga Khamis Jam 2.30 ptg

Setiap Hari 2.30 ptg (Ulangan 12.30 T/Mlm)

Setiap Hari

Jam 4.45 ptg

Jam 6.45 ptg

Sabtu - Khamis Jam 4.05 ptg

Jumaat 2.30 ptg (Siaran Langsung Sepanjang Ramadhan)

Jumaat 5.00 ptg

Khamis 10.00 mlm

4 VIU RTB 5VIU RTB

Page 4: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

KU SANDARKAN PADAMU

Mengisahkan suka duka yang terpaksa dilalui oleh Rabiatul yang membesar dalam kehidupan serba mencabar apabila ibunya, Fatimah, mengalami masalah “Gila Meroyan” selepas melahirkannya dan dalam waktu yang sama terpaksa menjaga neneknya, Halimah, yang mengalami sakit tua. Abangnya, Umar, masih menuntut di Universiti.

Walau bagaimana kemelut yang melandanya, Rabiatul sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh. Rabiatul sering ditegur oleh guru disiplin sekolahnya kerana sering lewat datang ke sekolah setelah menguruskan ibunya. Namun begitu, Rabiatul tidak pernah menceritakan segala kesusahan yang dilaluinya itu.

Adakah Rabiatul dapat melalui liku-liku kehidupannya? Adakah kemungkinan dia mengecapi kejayaan?

Barisan Pelakon: Izzati Mahali sbg RabiatulSuriana Hj Md Yassin sbg FatimahAripah Damanhuri sbg HalimahAmaris sbg UmarFaiez Affandi sbg QayyumRabi’atul Adawiyah Abdullah sbg AisyahSyukri Mahari sbg SyamSuzana Maidin sbg InaSuzeemin Hj Mohd Taib sbg Iman

Setiap Hari

Jam 4.35 ptg

Jam 10.30 pg

Jam 9.00 mlm

HIJAB SOFEA 2: ISTIKHARAH CINTA

Ikuti kesinambungan HIJAB SOFEA pada bulan Ramadhan ini. Sofea sangat gembira apabila Danial memeluk agama Islam, tetapi pada masa yang sama juga, dia merasakan dirinya tidak diendahkan oleh Danial yang lebih banyak menumpukan perhatian dan masanya kepada pengajian kelas ugamanya untuk mendalami ilmu Islam.

Apakah mereka akan terus bersama walaupun cinta mereka goyah dilanda badai?

Barisan Pelakon:Rabi’atul Adawiyah binti Abdullan sbg SofeaSuzeemin bin Hj Mohd Taib sbg Danny / DanielErna Suzieyanty binti Yunus sbg FatimahAmirolmukmenin bin Hi Omar sbg MirulMd Tauffek bin Ilyas sbg MamatSahrin Hj Bali sbg MalikFerdi Erwin Shah bin Johan sbg Yusuf

Setiap Hari

Jam 6.00 ptg (Ulangan 11.30 pg)

Hari Jumaat hingga Ahad 9.00 mlm(Ulangan Sabtu hingga Isnin 4.30 ptg)

Jam 1.00 ptg(kecuali Hari Jumaat jam 1.30 ptg) (Ulangan 9.00 mlm)

Noriah binti Hj Abdul Hamid sbg Hjh RokiahM. Murni bin Md Sidek sbg Hj JalilEric sbg Mr. HongSal Halim Jamal sbg AilingPg Hjh Rokiah Pg Hj Abdullah sbg Datin MasyurahAbdullah bin Hj Mohammad Jair sbg Ustaz AbiPg Aliuddin bin Pg Jamalluddin sbg Ustaz Pg AliSiti Seri Laila Imelda Farrah sbg Imelda

6 VIU RTB 7VIU RTB

Page 5: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

8 VIU RTB

DIARI ZANAPenerbit: Shamsiah Hj Mashor

Drama yang mengisahkan tentang Zana yang bercuti ke Kampong halaman neneknya, Nini Yam bersama dengan sepupunya. Di Kampong mereka diajar cara kehidupan orang Kampong dan disini juga mula terjalinnya hubungan persahabatan Zana dengan Haikal, Mirza dan Atan. Dalam cerita ini juga menyelitkan unsur keagamaan yang disampaikan oleh Nini Yam dan Ali, seorang tauke kedai runcit.

SETIAP HARI

Jam 4.00 ptg (Ulangan 10.15 pg)

Jam 1.30 ptg (kecuali Hari Jumaat Jam 2.00 ptg)(Ulangan 11.00 mlm)

SERI TELADANPenerbit: Sahaidilfitri Hj Abd Rani

Drama kanak-kanak ini mengajar kanak-kanak cara-cara yang betul dalam melakukan ajaran Rasulullah S.A.W. Setiap aspek tatatertib, pengajaran, pembelajaran dan pendidikan mengajak penonton kanak-kanak terutamanya untuk mencontohi idola kita Rasulullah S.A.W.

SETIAP HARI

Jam 4.30 ptg

Jam 5.30 ptg

Jam 7.00 mlm

Barisan Pelakon:Mohammad Haikal Zakwan SuhardiMd Marhanif Md AliMuhammad Iqram HamdaniFaridah Hj IbrahimWasli AhmadNur Aqilah MaidinAk Khairuddin Pg KamaruddinMd Ishazwandy Iskandar

9VIU RTB

RESIPI PILIHANPenerbit: Hjh Suriani Hj Rias

Rancangan Resipi Pilihan ini akan mengongsikan pelbagai resepi yang lazat dan mampu memikat selera untuk dijadikan juadah berbuka puasa, rumah terbuka, hari raya malah di acara-acara lainnya.

Rancangan ini akan memaparkan seorang tukang masak jemputan untuk menyediakan 3 resepi makanan: 1 resipi masakan hidangan utama, 1 resipi pencuci mulut dan 1 resipi minuman di setiap episod.

SUNGKAI DI LUAR KITANIPenerbit: Pg Hjh Rodziah Pg Hj Muhidi

Rancangan “Sungkai Di Luar Kitani” merupakan sebuah rancangan yang mempromosikan restoran-restoran di Brunei yang menyediakan hidangan “Buffet” untuk juadah berbuka puasa. Ianya memberi peluang buat restoran-restoran sepanjang bulan Ramadhan dan memaparkan harga yang dikenakan kepada para pengunjung.

SETIAP HARI

Jam 5.00 ptg (Ulangan 11.50 mlm)

Jam 8.00 mlm

Jam 10.00 pg (Ulangan 4.00 pg)

SETIAP HARI

Jam 5.30 ptg

Jam 3.30 ptg

Jam 4.30 pg

Barisan Pelakon:Siti Nuramirah Nazihah Rostam EffendiNur Amirah Nazirah YusmeIlyana Razanah Mohd NohFerdi Erwin Shah JohanMohd Shukri Aiman Danial IsmailMohammad Zafran Habri Mohd ArmanIfbnu Waie SamsudinNurhalimah AsgarMd Taufik Ilyas

Page 6: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

10 VIU RTB

SINDERELLA

Mengisahkan seorang gadis bernama Nurul, yang dijaga oleh ibu tirinya setelah bapanya meninggal. Dari usia yang muda, dia dilayan bagaikan pembantu rumah di kediaman ibu tirinya itu. Di rumah itu, hanya nenek, ibu kepada ibu tirinya itu sahajalah yang bersifat baik kepadanya dan selalu membantunya dengan kerjasbgkerja rumah.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki mula mengekori Nurul dan nenek dengan kereta ketika hendak ke masjid. Ketika Nurul bersendirian sedang ia pulang dari masjid, kereta yang sama masih mengekorinya. Nurul merasa takut dan berlari sekuat-kuat hatinya. Sebelah selipar jepunnya pun tertanggal di jalan.

Apakah Nurul mendapatkan kembali sebelah selipar jepunnya? Mungkinkah Nurul mengecapi kebahagiaan dan melepaskan diri dari cekaman ibu tirinya?

Barisan Pelakon:Suzanna binti Maidin sbg Sinderella / NurulUmmu Habshahtul Harlif sbg DamiaSahrin Haji Bali sbg Tuan JamalPg Anak Hjh Mas Sofiana Pg Anak Hj Hashim sbg Mama DamiaHaji Yahya Bahruddin sbg Haji AliakbarMohd Naqiuddin Hj Ismail sbg Alimin

11VIU RTB

BENALU: ANAK ANGKAT

Kisahnya bermula apabila seorang wanita bernama Zainun difitnah telah curang dengan lelaki lain setelah kelahiran anaknya, Liah. Suaminya, Karim, mempercayai tuduhan itu setelah dikirimi DNA palsu Liah. Disebabkan itu, Zainun dan anak yang baru lahir itu dihalau dari rumah. Sebelum Zainun membawa diri ke Kuala Lumpur, Liah dijadikan anak angkat kepada sepasang suami isteri yang belum dikurnai anak, Rohaya dan Sulaiman. Setelah setahun menjaga Liah, Rohaya akhirnya melahirkan seorang cahayamata, Bakri. Kesibukan dengan urusan bisnes, pasangan suami isteri itu membiarkan Liah dijaga sepenuhnya oleh Simah, pembantu mereka.

Bakri dan Liah mempunyai dua kehidupan yang berbeza di rumah itu. Bakri dimanja dengan kemewahan sehingga terabai pendidikan formal dan agama, sementara Liah pula dilayan seperti anak pembantu, namun mendapat pendidikan yang sempurna, dunia dan akhirat.

Karim akhirnya menyesali dengan perbuatannya menghalau isterinya, Zainun. Seorang lelaki bernama Haslam, dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman berat selama 20 tahun atas tuduhan pecah amanah. Haslam mempunyai dendam terhadap Karim, dia pun merancang Zainun digantikan dengan anak perempuannya atas sebab Zainun terpaksa menjalani pembedahan plastik setelah wajahnya rosak akibat suatu musibah yang ditimpanya. Karim bulat-bulat mempercayai cerita palsu ini dan memberikan kedudukan tinggi di dalam syarikatnya kepada Haslam, Zainun dan Sabri.

Apakah Liah akan kembali ke pangkuan keluarganya? Adakah kegiatan Haslam dan rakan-rakannya berjaya ditumpas di muka pengadilan?

Barisan Pelakon:Murni Hj Japar sbg KarimAbdul Malek Hj Metarsat sbg SulaimanPg Hjh Rokiah Pg Abdullah sbg SabrinaNurhalimah Asgar sbg ZainunAishah Hj Sidek sbg RohayaYussof Hj Ismail sbg SabriHj Saini Hj Mohd Don sbg HashimHulubalang Diraja Hj Abd Rahman Bakar sbg HasanuddinNur Amal ‘Izzati Mahali sbg LiahAk Muhd Al Muiz Pg Haji Abu Bakar sbg BakriSusylawati Abd Rahman sbg SimahSahrin Hj Bali sbg Inspektor YazidRamady Hj Kondin sbg KamilMd Hassanol Irshad Hj Md Junaidi sbg BorhanHj Mohammed Jali Ibrahim sbg RobertShahrin @ Riezman Abdullah sbg Dr. ZakiFazidah Hj Ahmad sbg Rina

Hari IsninJam 8.30 mlm

Hari SelasaJam 8.30 mlm

Page 7: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

PUSAKA PUAKA

Kisah yang bermula apabila Darwish, Daniel, Shafiq dan Amir mencari rumah sewa di persekitaran bandar supaya dekat dengan tempat kerja mereka. Akhirnya, mereka pun mendapatkan sebuah rumah yang besar dengan tawaran sewa yang murah daripada sepasang suami isteri, Hj Daud dan Hjh Timah.

Setelah mereka pindah ke rumah itu, Amir seakan melihat bayang-bayang seorang wanita berdiri di tepi jendela di tingkat atas rumah itu. Mereka juga merasa hairan dengan beberapa barang-barang bekas pemilik rumah itu masih kemas tersimpan disitu.

Beberapa kejadian aneh pun berlaku di rumah itu dan mereka juga mengalami gangguan tidur dengan mimpi-mimpi yang buruk. Apakah rahsia di sebalik kejadian itu?

Barisan Pelakon: Hj Zul Fakhari bin Muksin sbg AmirRabi’atul Adawiyah binti Abdullah sbg DianaMohd Afif Azizi bin Mohd Sani sbg ShafiqMohd Zulfadly bin Awang Hj Ismail sbg DarwishKevin Lo Jin Song sbg DanielHjh Noor Monasaliena binti Hj Mohd Salleh sbg FarinNur Amalini Hj Maidin sbg Anisa

KEMELUT

Sebuah kisah mengenai pergolakkan rumahtangga antara tiga orang adik-beradik sbg Sofia, Ziana dan Nadia. Ziana, kakak yang sulung dan dia begitu sibuk bekerja sehingga terabai tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada Yusri dan ibu kepada dua orang anak perempuannya. Nadia, seorang yang kuat cemburu dan selalu bersikap kasar dengan suaminya Asmadi. Sofia pula selalu diabai dan dimarahi suaminya, Zulkifli.

Suami Sofia, Zulkifli, tidak begitu disenangi oleh keluarga isterinya itu. Sekiranya ada perhimpunan keluarga, dia akan memberikan alasan untuk pergi memancing. Dia akan meluangkan masanya untuk pergi berjumpa kekasihnya, Lina.

Apakah ketiga-tiga adik-beradik itu mampu mengatasi masalah rumahtangga mereka? Adakah kebahagiaan dapat dikecapi dalam hidup mereka?

Barisan Pelakon:Murni Hj Japar sbg Bapa / Pg Hj IskandarAisah Sidek sbg Ibu / Hjh MaimunahHjh Noor Monasaliena Hj Mohd Salleh sbg SofiaPg Anak Hjh Mas Sofiana Pg Anak Hj Hashim sbg ZianaSiti Mulkumsum Harlif sbg NadiaAk Asnawi Pg Merali sbg AsmadiSuzeemin Hj Mohd Taib sbg ZulkifliMohammad Faizal Hashim sbg Yusri

Hari RabuJam 8.30 mlm

Hari KhamisJam 8.30 mlm

12 VIU RTB

Bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Rancangan-Rancangan MenarikUntuk Tontonan Awda

Hati Yang Musafir • Aku Kan Balik Raya • Bukan Cinta Istidraj • Segenggam Tabah • Jiran Oh Jiran • Sayangku Tipah • 3B: Bakarih Bajarih Balurih • Sillaturrahim Berhari Raya • Muslimah Aidilfitri • Raya Di Perantauan • Warna Warni Aidilfitri • Rentak Ria Aidilfitri • Cit Cat Fusion Raya • Riang Ria Aidilfitri • Muzika Raya • Tarbiyah Syawal • Cahaya Aidilfitri • Tibanya Syawal • Diari Zana Istimewa Aidilfitri • Seri Teladan Edisi Raya • Orang Subalah • Semarak Syawal Mulia • Air Mata Syawal • Riuh Riuh Raya • Trap Trip Aidilfitri • Snapshot • Sayang Adikku Sayang Berhari Raya • Ceria Ria Bersama Kanak-Kanak Istimewa • 2E: Eksplorasi Dan Ekspresi • GRID 2015 • XPedisi Siswa 2015

Page 8: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

DI SEBALIK TABIR “HATI YANG MUSAFIR”

HATI YANG MUSAFIRPenerbit: Hjh Maridiah Hj Tuah

Drama berunsur keislaman ini mengisahkan tentang Syafiq, seorang usahawan asal Brunei yang memiliki sebuah hotel di Malaysia. Walaupun dimiliki oleh seorang Muslim, hotel ini tidak melarang penjualan minuman keras. Di hotel inilah, tempat Safina bekerja sebagai pembuat pastri. Pada suatu hari, Safina secara tidak sengaja terlanggar Syafiq, pemilik hotel berkenaan, dan mengotorkan bajunya dengan kek yang dibawa oleh Safina. Kejadian tersebut telah menyebabkan dirinya dipecat serta merta. Namun begitu, Safina ditawarkan bekerja di Brunei tidak lama kemudian. Secara kebetulan, pemilik kafe butik tempat Safina bekerja tersebut merupakan ibu kepada Syafiq.

Barisan Pelakon (Brunei):Amirolmukmenin Hj Omar sbg SyafiqNurul Faiqah Hazirah Hj Mohd Suani sbg SyuhadaMurni Md Sidek sbg Hj Abdullah OnnPg Hjh Rokiah Pg Hj Abdullah sbg Hjh KhadijahHj Abd Malek Hj Metarsat sbg Hj BakriAisah Sidek sbg Hjh SalbiahSahrin Hj Bali sbg Chef HussinSiti Amal Salwina Abd Amin sbg RenaAk Asnawi Pg Merali sbg Dr. Rosli

Barisan Pelakon (Malaysia):Raja Farah sbg SafinahHilal Azman sbg Chef FaizulWan Raja sbg TahirRafidah Ibrahim sbg AmeeraAbu Bakar Juah sbg TaufikIdris Md Diah sbg IbrahimFadilah Mansor sbg RogayahAyu Myazumi sbg Amalina

Hari Raya KeduaJam 9.00 mlm

Hari Raya KeduaJam 7.30 mlm

Hari Raya PertamaJam 8.30 mlm

Hari Raya PertamaJam 1.00 ptg

Hari Raya KeduaJam 10.30 mlm

Hari Raya KeduaJam 10.30 pg

Hari Raya PertamaJam 8.00 mlm

Hari Raya PertamaJam 11.50 pg

Selamat MenyambutHari Raya Aidilfitri

Ikhlas Dari pada

15VIU RTB

Page 9: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

AKU KAN BALIK RAYA Penerbit: Norsinah Hj Minuddin

Drama muzikal yang mengisahkan Safuan yang sedang bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan, mempunyai hasrat untuk balik menyambut hari raya di kampong setelah tiga tahun terpaksa bekerja di musim lebaran. Safuan begitu gembira apabila permohonan cutinya telah diluluskan. Berita gembira dikongsi bersama dengan ibunya dan dia juga bercadang untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya pada masa itu. Rakan kerjanya, Zamri, merasa iri hati bila Safuan dapat bercuti. Atas desakan Isteri Zamri untuk mengambil cuti pada musim hari raya itu, Zamri pun merancang sesuatu supaya Safuan terpaksa menggantikan kerjanya. Adakah Zamri berjaya melaksanakan rancangannya itu? Bagaimana pula dengan Safuan? Dapatkah dia pulang untuk menyambut hari raya di kampong?

Barisan Pelakon:Ak Muhd Asnawi Pg MaraliAbdul Waliummul FadzlRamri NonaRoslee Hj MetaliNurul Amelia Yuzri

BUKAN CINTA ISTIDRAJPenerbit: Hjh Maridiah Hj A. Tuah

Mengisahkan mengenai sepasang suami isteri yang menjodohkan anak perempuan sulung mereka, Hafizah dengan anak lelaki teman baik mereka, Arif. Hafizah tidak bersetuju dan menolaknya dengan pelbagai alasan. Namun, majlis pertunangan tetap berlangsung bagi menunaikan dan menyampaikan hasrat kedua belah pihak, tetapi di antara Arif dengan anak perempuan kedua, Nurhani.

Setelah perlangsungan majlis pertunangan itu, Hafizah mula menimbulkan beberapa konflik dengan memfitnah adiknya dengan tujuan untuk memburukkan keadaan dan memutuskan pertunangan mereka. Perkara tersebut menyebabkan kemarahan dan kebencian ibubapa mereka. Nurhani rasa sangat tertekan dengan situasi itu dan pergi membawa diri. Adakah percintaan Arif dan Nurhani sudah tertulis di Luh Mahfuz? Adakah jodoh diantara Arif dan Hafizah?

Hari Raya PertamaJam 8.00 mlm

Hari Raya PertamaJam 4.30 ptg

Malam Hari Raya Jam 11.15 mlm

Hari Raya Ke-EmpatJam 9.00 mlm

Hari Raya Ke-LimaJam 8.00 mlm

Hari Raya Ke-EnamJam 8.00 mlm

Hari Raya Kedua Jam 10.50 mlm

JIRAN OH JIRANPenerbit: Shamsiah Haji Mashor

Drama khas yang mencuit hati penonton untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mengisahkan Azam dan Rina yang bertemu di lapangan terbang namun tidak mengenali sesama sendiri sedangkan hidup berjiran. Keluarga Azam dan keluarga Rina hidup berjiran, tetapi mereka tidak begitu mesra disebabkan timbulnya ketidaksefahaman akibat hasutan Dang Hasnah yang selalu merasa iri hati.

Adakah kedua jiran akan berdamai atau sentiasa bercanggah pendapat?

SEGENGGAM TABAHPenerbit: Wasli Hj Piut

Drama yang mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Zainal, yang sering dianggap seorang yang kuat berangan kerana selalu bercerita mengenai rancangannya untuk menyumbang kepada keluarganya dan juga kampungnya. Walaupun begitu, Zainal tetap meneruskan usahanya dengan memajukan perusahaaan “1 Kampung 1 Produk” (1K1P). Setelah mengalami kehidupan susah ketika waktu kecil, dia menjadi seorang yang pemurah dengan membantu kehidupan orang-orang susah. Dia juga mempunyai seorang sahabat yang sering menyokongnya, Mariam, seorang wanita yang sering dipukul oleh suaminya kerana terlalu cemburu. Zainal dan AJK kampongnya ingin membuka sebuah taman hutan untuk memajukan lagi perusahaan kampung itu. Ianya menimbulkan beberapa konflik dengan anak-anak buah kampung itu yang tidak bersetuju dengan idea tersebut. Adakah Zainal berjaya dengan usahanya itu atau adakah ia sekadar angan-angan sahaja?

Hari Raya Ke-LimaJam 9.00 mlm

Hari Raya Ke-EmpatJam 8.00 mlm

Hari Raya Ke-TujuhJam 8.00 mlm

Hari Raya KetigaJam 3.50 pg

Hari Raya Ke-Enam Jam 8.00 mlm

Hari Raya KetigaJam 8.00 mlm

Hari Raya Ketiga Jam 9.00 mlm

Barisan Pelakon:Md Hassanol Irshad Hj Junaidi sbg ZainalHjh Dyg Halimah Hj Suhaili sbg MimahNorkhairunnisa Hj Matussin sbg MariamAwg Hairul Aziz bin Mazni sbg Shamsul

Barisan Pelakon:Pg Hjh Maskuin Pg Hj MohamadHj Zulkifli Md YassinSiti Amal Salwina Abd AminMd Hassanol Irshad Hj JunaidiNorhalimah AsgarHj Suhaili Hj HidupSiti Aishah SallehHamzani Hj Saban

17VIU RTB

Page 10: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

Hari Raya KetigaJam 8.00 mlm

Hari Raya Ke-LimaJam 8.00 mlm

Hari Raya Pertama Jam 9.00 mlm

SAYANGKU TIPAHPenerbit: Hjh Jauyah Hj Chuchu

Menceritakan tentang seorang suri rumah yang aktif dengan kegiatan persatuan bernama Tipah dengan rakan-rakan rapatnya, Lina dan Maisarah di kawasan kejiranan mereka. Tipah sentiasa memberikan nasihat dan tips-tips mengenai perihal rumahtangga kepada kedua rakan-rakan rapatnya.

Akan tetapi, rumahtangga Maisarah dilanda badai dengan suaminya, Kamal. Sebagai rakan yang baik, Tipah dan Lina cuba dengan sedaya upaya membantu masalah yang menimpa Maisarah. Walau bagaimana pun, Maisarah tetap reda dengan ketentuan Ilahi.

Suatu hari, timbul masalah pula untuk Tipah apabila dia terserempak dengan suaminya, Ridzuan, keluar dari kedai bunga dan hiasan. Kedua rakannya cuba menenangkan Tipah yang mula meragui suaminya sehinggakan dia kurang memberikan perhatian dengan persediaan juadah berbuka puasa buat keluarganya. Suami Tipah, Ridzuan dan anaknya, Syaza, mula menyedari tingkah laku yang aneh itu.

Tipah mula membuat andaian sehinggakan dia mula mengintip setiap pergerakkan suaminya di luar dengan mengupah seorang penyiasat, bernama Remy. Hampir setiap hari, Remy akan mengkhabarkan laporannya kepada Tipah. Di rumah pula, Ridzuan sentiasa mengatakan bahawa sambutan raya kali ini bakal menjadi yang paling istimewa buat Tipah. Apakah sambutan istimewa buat Tipah pada raya kali ini? Adakah andaian Tipah benar di hujung kisah ini?

Barisan Pelakon:Norharizah Hj SisiMohammad Syukri MahariAmal Nur AimanSofiana Abd RahmanBazla Batrisyia ShahronSiti Fatimah HarlipSalehzul Yaakub Hj SallehPg Hjh Maskuin Pg Hj Mohammad

3B - BAKARIH BAJARIH BALURIHPenerbit: Ratnawati Hj Abdullah

Melodrama ini mengisahkan tiga buah keluarga berasingan yang masing-masing mempunyai karenah tersendiri. Naim bersama isterinya, Nopah, dan anak mereka, Bahak, mengusahakan sawah padi. Hj Alinor bekerjasama mengusahakan Madu Lebah Kelulut bersama dengan Naim, dan dia mempunyai isteri yang penyibuk dan dua orang anak gadis. Tamam dan isterinya, Palam mengusahakan biskut dan kacang rempah. Bahak, anak Naim, bersahabat dengan Usman, anak Tamam, dan mereka bergiat dengan Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei menghantar bantuan makanan kepada keluarga daif dengan menggunakan Kereta Pacuan Empat Roda ke luar daerah.

Bahak terpikat dengan Laila, seorang pengusaha Kek Roll, dan juga salah seorang anak gadis Hj Alinor dan hanya tinggal bersebelahan dengan keluarga Tamam. Beberapa lagu juga diselitkan yang berkaitan dengan babak drama.

BARISAN PELAKON:Haji Yahya bin Haji Beruddin - NaimHjh Kasumawati binti Hj Buntar - NopahHaji Firdaus bin Haji Mohd Salleh - BahakAbd Jalil bin Metussin - Haji AlinorHjh Halimah binti Haji Suhaili - Hjh LinaIderis Haji Ahad - TamamDk Rosiah binti Pg Haji Hashim - PalamRosman bin Hassan - UsmanNorliha binti Ali - AlyaJamilah binti Haji Dewa - Laila

Hari Raya KeduaJam 8.00 mlm

Hari Raya KeduaJam 10.50 mlm

Hari Raya Pertama Jam 7.00 mlm

18 VIU RTB

Hari Raya Ke-TujuhJam 8.00 mlm

Page 11: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

SILLATURRAHIM BERHARI RAYAPenerbit: Mahadi Hj Seri

Seorang belia bersillaturrahim menyusuri kampung yang pernah dikunjungi dalam musim sebelumnya bagi mengeratkan silaturrahim dengan berkunjung ke rumah penduduk kampung untuk meninjau dan melihat tradisi kampung tersebut menyambut Hari Raya Aidilfitri.

MUSLIMAH AIDILFITRIPenerbit: Hjh Masni Hj Samli

Rancangan bualbicara berbentuk keagamaan yang membincangkan mengenai hal-hal yang menyentuh aspek permasalahan, pengetahuan berkenaan dengan permasalahan wanita bersama dua ahli panel.

RAYA DI PERANTAUANPenerbit: Katerina Hj Johari

Rancangan ini memaparkan pengalaman kru kapal ketika berpuasa dan menyambut hari raya di dalam kapal Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), iaitu KDB Darulaman (08), yang mana kapal ini baru ditauliahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulai pada tahun 2011. Suasana menunaikan ibadah puasa sambil bertugas di dalam kapal selama beberapa minggu dan suasana menyambut Hari Raya Ailfitri oleh kru kapai itu sendiri turut dipertontonkan. Rancangan ini turut memperlihatkan tugas-tugas dan latihan-latihan yang dilaksanakan oleh kru kapal TLDB.

Hari Raya Ke-EmpatJam 7.00 mlm

Hari Raya Ke-LimaJam 10.05 pg Malam Hari Raya

Jam 11.45 mlm

Hari Raya Ke-LimaJam 6.00 ptg

Hari Raya Pertama Jam 7.00 mlm

Hari Raya Ke-EnamJam 5.30 ptg

Hari Raya PertamaJam 10.20 pg

Hari Isnin, 20 Julai 2015Jam 9.00 mlm

Hari Raya Pertama Jam 5.00 ptg

Hari Raya PertamaJam 6.00 ptg

WARNA WARNI AIDILFITRIPenerbit: Mohd Othman Hj Mohd Hassan

Dua orang sahabat yang tinggal dan berhijrah di Kuala Lumpur, berhasrat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Negara Brunei Darusalam. Setiba mereka di bumi Negara Brunei Darussalam, salah seorang daripada mereka telah jatuh hati kepada teman sahabatnya.

Suasana raya bertambah meriah lagi dengan gurau senda, usik mengusik dalam berbalas pantun, sambil dihiburkan dengan nyanyian dan tarian.

Ikuti gelagat Hjh Kasumawati dan Taufik Ilyas dan persembahan Aqielah, Nurul, Avelia, Khairi, Aiman dan Ziez dengan gandingan tarian DKS Dancers.

RENTAK RIA AIDIL FITRIPenerbit: Mohd Othman Hj Mohd Hassan

Sebuah rancangan hiburan yang menampilkan penyanyi-penyanyi remaja tanah air dan bekas juara Bintang Kecil yang sedang meningkat remaja, menyanyikan lagu-lagu Nostalgia dan Malarsegar Hari Raya. Dendangan artis seperti Ida Lela, Khairi, Mayzrel dan Sabrina gandingan bersama tarian dari Bengkel Kuntum Bersemi Remaja RTB, akan menghiburkan biskita di Hari Raya Aidilfitri ini.

Hari Raya KeduaJam 9.00 mlm

Hari Raya Ke-EmpatJam 5.30 ptg

Hari Raya KeduaJam 1.55 ptg

Hari Raya KetigaJam 9.00 mlm

Hari Raya PertamaJam 2.30 ptg

Hari Raya Ke-EmpatJam 6.00 ptg

Hari Raya Ke-LimaJam 7.00 mlm

20 VIU RTB 21VIU RTB

Page 12: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

RIANG RIA AIDILFITRIPenerbit: Hjh Zaimah Pgh Hj Abd Rahman

Sebuah rancangan hiburan bersama finalis-finalis Bintang Kecil 2015 mendendangkan lagu-lagu sambutan Hari Raya Aidilfitri.

MUZIKA RAYAPenerbit: Hjh Zaimah Pgh Hj Abd Rahman

Sebuah rancangan hiburan memaparkan lagu-lagu sambutan Hari Raya Aidilfitri dendangan penyanyi-penyanyi tempatan untuk tontonan umum di Hari Raya Aidilfitri.

CIT CAT FUSION RAYAPenerbit: Fadillah Hj Amzah

Sebuah rancangan infotainmen memaparkan penyanyi-penyanyi belia tempatan untuk tontonan umum di Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya KeduaJam 5.30 ptg

Hari Raya Ketiga Jam 10.05 pg

Hari Raya Ketiga Jam 11.20 mlm

Hari Raya PertamaJam 9.00 mlm

Hari Raya KetigaJam 5.30 ptg

Hari Raya Ke-EnamJam 1.40 ptg

Hari Raya Ke-EmpatJam 10.50 mlm

Hari Raya Ke-LimaJam 9.00 mlm

Hari Raya KeduaJam 2.30 ptg

Hari Raya KeduaJam 10.05 pg

Malam Hari Raya Jam 9.45 mlm

TARBIYAH SYAWAL

Sebuah rancangan yang memaparkan hiburan berirama dakwah yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi belia tempatan.

23VIU RTB

Hari Raya Ke-TujuhJam 5.30 ptg

Hari Raya Ke-LimaJam 11.30 pg

Hari Raya Ke-TujuhJam 7.30 mlm

Hari Raya PertamaJam 10.30 pg

Page 13: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

CAHAYA AIDILFITRIPenerbit: Hjh Mardiana Hj Imran

Persembahan hiburan yang mendendangkan lagu-lagu Hari Raya yang telah diubah suai dengan muzik lembut, akustik dan nasyid serta lagu-lagu zikir berunsurkan dakwah dengan penggunaan alat-alat muzik.

TIBANYA SYAWAL

Hiburan lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri yang didendangkan oleh penyanyi-penyanyi belia tempatan.

Hari Raya Pertama Jam 4.00 ptg

Hari Raya KeduaJam 1.20 pg

Hari Raya Ke-EmpatJam 9.00 mlm

Hari Raya Ke-TujuhJam 7.00 mlm

Hari Raya Ke-TujuhJam 1.30 pg

Hari Raya Ke-Tujuh Jam 10.50 mlm

Hari Raya Pertama Jam 9.00 mlm

DIARI ZANA ISTIMEWA AIDILFITRIPenerbit: Shamsiah Hj Mashor

Oleh kerana mereka semua asyik dengan ‘gadget’ masing masing, Nini Yam dan Nini Elysa memberikan tugasan kepada Zana, Mira dan Elysa agar merasai keseronokan menjelang hari raya. Mereka meminta bantuan Abdul, Haikal, Atan dan Mirza yang tersalah sangka pada mulanya tetapi akhirnya membantu. Bila tiba hari raya, Atan hanya mahu memilih rumah orang kaya hingga tersalah pilih rumah Tauke Wong. Abdul makan terlalu banyak hingga kekenyangan dan Atan pula menapau minuman tin. Nini Yam menasihati semua tentang adab berhari raya.

Hari Raya Ke-LimaJam 11.00 pg

Hari Raya Ke-Lima Jam 5.30 ptg

Hari Raya Ke-EmpatJam 12.00 T/Hari

BARISAN PELAKON:Siti Nuramirah Nazihah Rostam EffendiNur Amirah Nazirah YusmeIlyana Razanah Mohd NohFerdi Erwin Shah JohanMohd Shukri Aiman Danial IsmailMohammad Zafran Habri Mohd ArmanIfbnu Waie SamsudinNurhalimah AsgarMd Taufik IlyasRoslee Hj MetaliFazidah Hj AhmadIfbnu Wira SamsudinHamzani Saran

Hari Raya Ketiga Jam 10.05 pg

24 VIU RTB

Hari Raya PertamaJam 7.30 mlm

Page 14: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

SERI TELADAN EDISI RAYAPenerbit: Sahaidilfitri Hj Abd Rani

Drama ini menjadi sunnah Rasullullah S.A.W sebagai tongak cerita dalam menerajui perjalanannya. Kanak-kanak sebagai pelakon utama, mengajar cara-cara yang betul dalam melakukan ajaran Rasullullah S.A.W. Setiap aspek tatatertib, pengajaran, pembelajaran dan pendidikkan mengajak penonton untuk mencontohi idola kita iaitu Rasullullah S.A.W. Ikuti ceritanya dalam drama Seri Teladan edisi raya.

Hari Raya KetigaJam 10.30 pg

Hari Raya KeduaJam 2.00 ptg

Hari Raya PertamaJam 6.00 ptg

ORANG SUBALAH

Menceritakan tentang keadaan kehidupan berjiran yang dihadapi setiap hari. Isu-isu semasa juga turut diselitkan dalam drama ini seperti sistem SIKAP, isu perhutanan (Nadi Borneo), kecuaian serta kecurian kereta dan sebagainya.

Barisan Pelakon:Pg Hjh Rokiah Pg Hj Abdullah, Hj Shamri Hj Mohin, Hj Yahya Hj Berudin, Norkhairunnisa Hj Matussin, Rabi’atul Adawiyah Abdullah, Nur Amalini Hj Maidin, Awg Aizuddin Awg Radin

Mulai Hari Ahad, 19 JulaiJam 5.00 ptg

Barisan Pelakon:Mohammad Haikal Zakwan SuhardiMd Marhanif Md AliMuhammad Iqram HamdaniFaridah Hj IbrahimWasli AhmadNur Aqilah MaidinAk Khairuddin Pg KamaruddinMd Ishazwandy Iskandar

RIUH RIUH RAYAPenerbit: Hj Aisa Hj Mohsin

Rancangan Riuh Riuh Raya adalah sebuah rancangan cabaran pertandingan memasak secara berkumpulan untuk remaja. Rancangan ini khas untuk remaja dimana remaja akan dibahagikan sebanyak 3 kumpulan untuk merekacipta masakan menu raya dalam masa 60 minit.

AIR MATA SYAWALPenerbit: Sapiah Hj Ibrahim

Rancangan ini adalah adaptasi dari sebuah kisah benar yang mendedahkan pengalaman pahit yang telah dilalui oleh keluarga-keluarga yang ditinggalkan oleh orang-orang yang mereka sayangi. Kehilangan itu menjadikan suasana di pagi raya yang sepatutnya disambut dengan keriangan berubah menjadi duka.

SEMARAK SYAWAL MULIAPenerbit: Mohd Hirwan Ibrahim

Rancangan istimewa untuk tatapan mata di bulan Syawal ini yang mengisahkan tentang keluarga Pakcik Sari, seorang ayah tunggal yang cekal dan tabah menjaga anak-anak beliau sehingga mereka berjaya menimba ilmu hingga ke menara gading. Pakcik Sari tinggal di kampong dengan lima orang anak lelakinya. Sibuk dengan aktiviti harian mereka, anak-anaknya jarang balik melawat dan hanya mempunyai peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ayah mereka. Ketika perayaan itu, mereka semua sama-sama mengadakan aktiviti persatuan belia kampong di serambi rumah Pakcik Sari.

Malam Hari Raya Jam 10.15 mlm

Hari Raya Ke-LimaJam 10.05 pg

Hari Raya PertamaJam 2.00 ptg

Hari Raya Pertama Jam 11.20 mlm

Hari Raya Kedua Jam 7.00 mlm

Hari Raya KetigaJam 12.50 T/Mlm

Hari Raya KetigaJam 2.30 ptg

Hari Raya KetigaJam 1.50 ptg

Hari Raya Kedua Jam 5.00 ptg

27VIU RTB

Hari Raya Ke-LimaJam 5.30 ptg

Hari Raya Ke-TujuhJam 2.30 ptg

Page 15: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

TRAP TRIP AIDILFITRIPenerbit: Muhd Shahminan Mohd Yunos

TRAP TRIP adalah bunyi tapak kaki yang akan membawa kanak-kanak menerokai persekitaran dan ingin mengetahui sesuatu yang baru bagi mereka.

Kanak kanak akan dibawa berkunjung ke rumah-rumah untuk memahami mengenai sambutan Hari Raya. Di rumah Kakak Zirah, nasihat mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri diberikan kepada kanak-kanak dan akan mengajar cara-cara membuat kad Hari Raya. Kemudian, mereka berkunjung ke rumah seorang anak yatim yang mengongsikan pengalaman sambutan hari raya tanpa seorang bapa. Akhirnya, mereka ke rumah Kakak Nur yang akan mengajar kanak-kanak membuat kek cawan. Beberapa nyanyian lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri juga diselitkan sebagai hiburan.

Hari Raya KetigaJam 11.00 pg

Hari Raya PertamaJam 5.30 ptg

Hari Raya Ke-TujuhJam 5.00 pg

SNAPSHOTPenerbit: Sahaidilfitri Hj Abd Rani Norzainah Onin

Rancangan ini memaparkan telatah anak-anak yang melucukan dan menghiburkan penonton yang dikirimkan oleh ibu bapa / penjaga mereka ke dalam rancangan snapshot videos ini. Tingkah laku yang mencuit hati, menunjukkan perkembangan anak-anak yang sedang membesar menceriakan lagi program ini. Dalam suasana sambutan hari raya, menjadikan program ini nampak lebih santai dan bergembira.

Hari Raya KetigaJam 7.30 mlm

Hari Raya Ketiga Jam 4.00 ptg

Hari Raya KetigaJam 6.00 ptg

Hari Raya Ketiga Jam 12.00 T/Hari

29VIU RTB

Page 16: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

SAYANG ADIKKU SAYANG BERHARI RAYAPenerbit: Md Zain Hj Tuah

Sebuah rancangan infotainment yang melibatkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke 10 tahun yang mana rancangan ini memberi maklumat, mendidik dan berhibur melalui permainan dan nyanyian yang berkonsepkan Hari Raya.

CERIA RIA BERSAMA KANAK-KANAK ISTIMEWAPenerbit: Hj Aisa Hj Mohsin

Dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri kita tidak melupakan kanak-kanak istemewa. Beberapa persembahan berbentuk nyanyian, tarian dan permainan dari kanak-kanak istimewa dari Pusat Bahagia, KACA dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Hajah Mariam diketengahkan melalui rancangan ini.

Hari Raya PertamaJam 11.00 pg

Hari Raya Kedua Jam 3.30 ptg

Hari Raya KeduaJam 7.00 mlm

Hari Raya Kedua Jam 10.05 pg

Hari Raya KeduaJam 11.00 pg

Hari Raya Pertama Jam 7.00 mlm

Hari Raya PertamaJam 7.00 mlm

2E: EKSPLORASI DAN EKSPRESIPenerbit: Norzainah Onin

Rancangan berbentuk ‘travelogue’ yang mempaparkan penjelajahan sambil belajar ke tempat-tempat menarik. Ianya disampaikan oleh dua orang artis remaja dari Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

Hari Raya Ke-EnamJam 12.20 T/Mlm

Hari Selasa, 21 Julai 2015Jam 7.30 mlm

30 VIU RTB 31VIU RTB

Hari Raya Ketiga Jam 2.00 ptg

Page 17: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

DI SEBALIK TABIR “GRID 2015”

Hari Raya Ke-LimaJam 7.00 mlm

Hari Raya KeduaJam 1.05 ptg

Hari Raya KeduaJam 6.00 ptg

Hari Raya Ke-EnamJam 7.00 mlm

Hari Raya Ke-LimaJam 12.40 T/Hari

Hari Raya Ketiga Jam 6.00 ptg

Hari Raya Ke-LimaJam 2.00 ptg

Hari Raya KeduaJam 12.35 T/Hari

Hari Raya Kedua Jam 7.30 mlm

GRID 2015

BEHIND THE SCENE “XPEDISI SISWA 2015”

Hari Raya Ke-EnamJam 2.00 ptg

Hari Raya Ke-LimaJam 12.00 T/Hari

Hari Raya Ketiga Jam 7.30 mlm

XPEDISI SISWA 2015

Beberapa pelajar dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura mempelajari tentang selok-belok perniagaan dalam edisi XPedisi Siswa tahun ini. Program realiti itu adalah sebahagian daripada kerjasama dua hala, di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Penyiaran antara Singapura dan Brunei. Memorandum Persefahaman itu bertujuan untuk memupuk kerjasama dalam bidang penyiaran, dan merapatkan hubungan antara para pelajar dari kedua-dua negara. Tahun ini, Brunei menjadi tuan rumah bagi edisi ke-6 XPedisi Siswa.

XPedisi Siswa kali ini membawa tema keusahawanan, dan menguji keupayaan para peserta untuk bekerjasama dan mempelajari tentang strategi-strategi perniagaan. Antara tugasan yang diberikan adalah untuk menganjurkan lawatan ke taman Agro-Teknologi Brunei, menerbitkan sebuah iklan TV dan membentangkan strategi pemasaran.

Beberapa pelajar dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dalam edisi GRID tahun ini.Program realiti itu adalah sebahagian daripada kerjasama dua hala, di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Penyiaran antara Singapura dan Brunei. Memorandum Persefahaman itu bertujuan untuk memupuk kerjasama dalam bidang penyiaran, dan merapatkan hubungan antara para pelajar dari kedua-dua negara. Tahun ini, Brunei menjadi tuan rumah bagi edisi ke-4 GRID.

Para peserta bagi program GRID mereka disediakan wadah untuk mencuba bakat dalam bidang lakonan. Selain menghadiri sebuah bengkel lakonan, mereka juga diberi cabaran mempersembahkan monolog dan lakonan tanpa suara atau secara ‘miming’.

40tahun

Perkhidmatan Televisyen

Bersiaran sejak 9 Julai 1975

32 VIU RTB

Page 18: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

PENASIHAT & PENYELIA PENERBITANKetua Rancangan TVHjh Zalinar bt Hj AbdullahPenolong Ketua Rancangan TV (Penerbitan Rancangan TV)Hj Hasnan bin Hj MohammedPenolong Ketua Rancangan TV (Perancangan & Siaran TV)Pg Amiruddin bin Pg Hj Mohamad

PENYUMBANG PERISIAN PENERBITANUnit Dakwah TVUnit Drama TVUnit Kanak-KanakUnit Kemasyarakatan & Pendidikan TVUnit Hiburan & InfotainmenUnit Saluran RTB 1Unit Saluran RTB 2Unit Saluran RTB 3Unit Saluran RTB 4Unit Saluran RTB 5

PEREKAHaliza Kilali

APLIKASI PANDUAN RANCANGAN TV

• JadualTVsepenuhnyauntuk5saluranRTBselama7hari

• SorotanrancanganTVterkini• RancanganTVbaruyangbakaldisiarkan• Jadual‘PrimeTime’sesebuahrancanganTV• PeringatanuntukrancanganTVkegemaran

RTB TV Ku

* Tertakluk kepada sebarang perubahan

Muat-turun dari

Ingin menyertai Kuiz atau menghantar ucapan melalui Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS):

Taip STESEN YANG MENJADI PILIHAN ANDA [Jarak] UCAPAN / JAWAPAN dan hantar ke 39111

Nombor Stesen:

923 (Nasional FM)959 (Pilihan FM)914 (Pelangi FM)941 (Harmoni FM)933 (Rangkaian Nur Islam)

' 2-223-959

' 2-223-914

' 2-223-923

' 2-223-941

' 2-223-933

INTERAKTIF BERSAMA

PENDENGAR

Page 19: Rancangan-Rancangan Menarik Untuk Tontonan Awda

Selamat MenontonRancangan-Rancangan

Menarik

Hanya Di