islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

26
1 1.0 MEMAHAMI KONSEP ISLAMFOBIA Dalam sejarah Islam, Islamfobia telah bermula sejak agama Islam telah disebarkan secara terbuka oleh nabi. Ia bermula apabila setiap ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad SAW berkaitan Islam walaupun secara senyap-senyap tidak pernah dihiraukan oleh penduduk Makkah. Kecaman pertama yang melambangkan Islam fobia telah dilaungkan oleh bapa saudara Baginda sendiri iaitu Abu Lahab sehingga namanya dijadikan ristaan zaman yang berkekalan dalam al-Quran. (Surah al- Masad). Sememangnya, Islam fobia membawa kepada kebinasaan seperti disebutkan dalam ayat pertamanya Surah al-Masad yang bermaksud: "Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah dia bersama." Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, kita perlu mengetahui terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Islamfobia. Dari segi perkataan, Islam berasal dari bahasa Arab ertinya sejahtera, aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkan nya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya, manakala dari segi maksudnya, Islam merupakan Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia, baik yang mengenai orang perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekali gus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Fobia pula, adalah sejenis penyakit

Upload: kerol-bariah-ismail

Post on 20-Jun-2015

1.056 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

1

1.0 MEMAHAMI KONSEP ISLAMFOBIA

Dalam sejarah Islam, Islamfobia telah bermula sejak agama Islam telah disebarkan secara

terbuka oleh nabi. Ia bermula apabila setiap ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad

SAW berkaitan Islam walaupun secara senyap-senyap tidak pernah dihiraukan oleh penduduk

Makkah. Kecaman pertama yang melambangkan Islam fobia telah dilaungkan oleh bapa

saudara Baginda sendiri iaitu Abu Lahab sehingga namanya dijadikan ristaan zaman yang

berkekalan dalam al-Quran. (Surah al-Masad). Sememangnya, Islam fobia membawa kepada

kebinasaan seperti disebutkan dalam ayat pertamanya Surah al-Masad yang bermaksud:

"Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah dia bersama."

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, kita perlu mengetahui terlebih dahulu apakah

yang dimaksudkan dengan Islamfobia. Dari segi perkataan, Islam berasal dari bahasa Arab

ertinya sejahtera, aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri

kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkan nya dengan penuh keyakinan

serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya, manakala dari segi

maksudnya, Islam merupakan Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan

segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia, baik

yang mengenai orang perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekali

gus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi

menjamin kesejahteraan, keselamatan, kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Fobia pula, adalah sejenis penyakit ketakutan luar biasa, secara terus menerus kepada sesuatu

yang tidak realistik dalam kehidupannya.

Kalau dilihat secara kasar, Islamfobia merupakan satu kombinasi perkataan yang

berbeza kerana, tidak mungkin seseorang manusia akan takut akan keindahan Islam itu

sendiri melainkan jika mereka mempunyai niat untuk menjatuhkan Islam. Sekiranya kita

mempunyai masalah fobia terhadap Islam yakni terhadap ketenangan yang dianugerahkan

Allah dalam agama yang syumul ini, maknanya kita masih tidak mampu untuk melihat

keindahan di sebalik Islam itu sendiri. Islam merupakan agama yang lengkap dalam

kehidupan manusia, yang terjelas dalam maksud Islam itu, jadi pada pandangan kami,

masalah seperti fobia terhadap Islam adalah salah satu amalan yang sengaja direncanakan

oleh pihak bukan Islam dalam menjatuhkan Islam.

Page 2: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

2

Islamfobia secara keseluruhannya, merupakan satu bentuk neoligisme yang merujuk

kepada diskriminasi atau prejudis terhadap orang Islam dan agama Islam. Ia juga merujuk

kepada ketakutan yang berlebih- lebihan kepada Islam akan tetapi ia digunakan untuk

menunjukkan sikap berat sebelah dan prasangka buruk terhadap orang Islam. Menurut

Wikipedia pula, Islam fobia merujuk kepada perkataan baru yang sengaja diadakan yang

melambangkan perasaan prejudis sehingga menimbulkan perasaan takut dan benci pada

orang Islam. Menurut pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Islam fobia

juga merujuk kepada suatu permusuhan dan ketakutan yang tidak berasas terhadap Islam dan

akibat ketakutan atau kebencian terhadap orang Islam atau majoriti daripada mereka.

Istilah Islam fobia diperkenalkan pada 1996 oleh “Commission on British Muslims

and Islamophobia”. Pada tahun berikutnya, “Commission” tersebut yang mengeluarkan

“Runnymede Trust Report Islamophobia : a challenge for all of us” telah menukar dan

menginstitusikan kosa kata Islam fobia sebagai bererti prejudis terhadap Islam, walaupun

kosa kata tersebut secara harfiahnya bererti ketakutan tidak berasas terhadap Islam. Selain

itu, di dalam laporan tersebut juga turut mengenal pasti tujuh komponen yang mendefinisikan

Islam fobia. Ianya seperti berikut:

Islam dilihat sebagai blok monolitik, statik dan tidak berkembang;

Islam dilihat sebagai terpisah dan orang lain. Ia tidak nilai persamaan dengan budaya-

budaya lain, tidak mempengaruhi mereka dan tidak dipengaruhi mereka,

Islam dilihat sebagai lebih lemah berbanding Barat. Ia tidak bertamadun, tidak

rasional, primitif dan gila seks;

Islam dilihat sebagai ganas, agresif, mengancam, menyokong keganasan dan terlibat

dalam pertembungan peradaban;

Kritikan muslim terhadap Barat ditolak mentah-mentah;

Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan diskriminasi

terhadap Muslim and mengasingkan Muslim daripada khalayak awam

Permusuhan anti- Muslim dilihat sebagai biasa dan normal

Istilah lain yang sering digunakan dalam menunjukkan Islam fobia adalah seperti

Muslim radicalization, Anti-Muslim hate crime, Anti-Islamic Phenomena, Xenophobia, dan

religiously based hate crimes. Istilah- istilah ini sering digunakan oleh orang bukan Islam dan

ia menunjukkan kepada masalah Islam fobia. Selain aspek pengistilahan, agama Islam juga

sering dikaitkan dengan agama bagi orang-orang Arab, agama yang menekan dan

Page 3: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

3

mengeksploitasi wanita, agama yang anti kepada kemajuan dan moderniti dan agama yang

menentang hak asasi manusia. Secara keseluruhannya, dapat kita simpulkan bahawa, Islam

fobia merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan yang tidak sepatutnya terhadap Islam

samada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan yang berkaitan dengan Islam. Contoh-

contoh Islam fobia:

1. Terdapat sekumpulan belia menjerit melaungkan kenyataan anti- Islam terhadap

seorang lelaki Islam dan kemudian nya lelaki Islam tersebut ditendang dan tidak

sedarkan diri. Mangsa juga mengalami rahang patah, lengan patah dan kecederaan

leher

2. Seorang wanita Muslim dan dua orang anaknya terpaksa melarikan diri dari rumah

mereka selepas rumah mereka diserang dengan dibaling batu secara berterusan.

Kumpulan itu juga melaungkan kata-kata perkauman dan menghina wanita Islam

yang memakai hijab

3. Seorang pelajar Islam menjadi mangsa buli di sekolah. Hijab beliau telah ditarik dan

dipanggil dengan perkataan lucah oleh pelajar-pelajar lain

4. Sejurus selepas peristiwa September 2011, seorang wanita Islam tempatan yang

memakai hijab enggan bekerja di tempat tersebut

5. Serangan ke atas Masjid-masjid dan tanah perkuburan Islam pada 18 Mac 2004.

Sebanyak empat puluh kubur Islam dirosakkan di tanah perkuburan Islam di Charlton

Plumstead, South East London

6. Serangan orang bukan Islam terhadap isu membenci iman Islam secara berterusan

merupakan satu rentetan isu selepas pengeboman di Madrid pada Mac 2004.

Dengan merujuk kepada contoh-contoh di atas, dapat kita mendefinisikan Islamfobia

secara menyeluruh sebagai satu propaganda orang bukan Islam dalam menjatuhkan

masyarakat Islam. Mereka seolah-olah cuba untuk mewujudkan satu gambaran yang salah

terhadap masyarakat Islam seluruh dunia. Oleh sebab itu, dunia Islam menganggap bahawa

tafsiran dan konsep yang salah terhadap Islam dan nilai-nilai yang diajarkan dalam agama

Allah ini telah membawa kepada wujudnya konsep Islamfobia.

Page 4: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

4

2.0 FAKTOR ISLAMOFOBIA

Kajian dilakukan oleh Henk Dekker dan Jolanda van der Noll bertajuk ’Islamophobia and Its

Origins: A study Among Dutch Youth’ terhadap 580 remaja di Belanda pada 2006 telah

mengesahkan bahawa 54% daripada responden mempunyai pandangan negatif tentang Islam

dan Muslim. Antara rumusan penting kajian ini ialah kesimpulan yang dibuat mengenai

faktor-faktor Islamofobia. Kajian ini mengesahkan bahawa terdapat faktor luaran dan

dalaman yang membina persepsi negatif bukan Islam dan seterusnya meningkatkan rasa

kebimbangan atau kebencian mereka terhadap Islam atau umat Islam. Berikut adalah faktor-

faktor yang menyebabkan berlakunya gejala Islam fobia.

2.1 Kurang Ilmu Pengetahuan Dan Pendedahan Tentang Islam

Kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam tentang agama Islam dilihat adalah

salah satu punca Islamofobia. Sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus

untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam. Dengan kurangnya ilmu

pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap ajaran Islam di peringkat rendah dan tinggi,

Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya hidup dan ganas termasuk

mempromosi ketidakadilan terutamanya apabila ianya melibatkan hak-hak wanita.

selain itu, kejahilan yang berpunca daripada orang Islam itu sendiri juga menjadi

penyumbang kepada Islamfobia. Hal ini kerana jika dilihat pada hari ini terdapat juga

segelintir orang Islam yang tidak berpegang teguh dan tidak mahu mempelajari agama Islam

itu sendiri. Akibatnya apabila ditanya tentang Islam mereka tidak dapat menjawab dan

memberi penjelasan kepada orang bukan Islam. Malah lebih buruk lagi apabila terdapat

segelintir orang Islam yang melakukan pelbagai jenayah dan tidak menghormati orang lain.

Ini adalah antara faktor menyebabkan orang bukan Islam memandang serong kepada orang

Islam dan melihat imej Islam sebagai sesuatu yang negatif.

Seterusnya, fatwa daripada orang Islam yang bukan pakar tentang agama Islam juga

menjadi salah satu sebab pencetus kepada Islamfobia. Kejahilan atau kurang ilmu

pengetahuan tentang agama Islam menyebabkan berlakunya fatwa yang salah. Oleh itu, untuk

memberi fatwa mestilah mempunyai syarat-syarat yang tertentu. Namun begitu, kini sudah

terdapat fatwa-fatwa yang salah dikeluarkan oleh orang Islam yang bukan pakar atau masih

belum cukup syarat-syarat untuk menjadi seorang pemberi fatwa. Akibatnya berlaku salah

Page 5: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

5

tanggapan oleh orang bukan Islam terhadap agama Islam. Berikut adalah keterangan yang

lebih jelas mengenai punca salah faham orang bukan Islam terhadap agama Islam yang telah

mencetuskan Islamfobia.

Punca Salah Faham

1. Orang Islam Sendiri

Dalam skop yang lebih kecil, kita dapat lihat orang Islam itu sendiri yang menjadi punca

kepada Islamfobia . Contohnya di Malaysia, orang Islam adalah memegang rekod penagih

dadah dan penghuni penjara paling ramai. Selain itu gejala buang bayi, mat rempit, bohsia

dan bohjan serta isu sumbang mahram paling ramai dalam kalangan orang Islam juga. Hal ini

menunjukkan bahawa orang Islam itu sendiri kurang kefahaman serta penghayatan terhadap

agama Islam. Kejahilan orang Islam ini adalah menjadi menyumbang kepada salah tanggapan

terhadap agama Islam.

Sepatutnya orang Islam menunjukkan gaya hidup dan akhlak yang baik kepada orang

bukan Islam supaya mereka dapat menjadi tempat untuk orang bukan Islam bertanyakan

sesuatu persoalan tentang agama Islam dan mereka juga dapat dijadikan contoh atau “Role

model” oleh orang bukan Islam dan akhirnya dapat menangkis istilah Islamfobia yang telah

diberikan atau di cop oleh Barat ke atas orang Islam. Seterusnya dapat menarik orang bukan

Islam untuk memeluk agama Islam yang “syumul” dan adil.

2. Fatwa Daripada Bukan Pakar

Sebelum ini masyarakat Islam telah dikejutkan dengan fatwa pelik dari Universiti Al-Azhar

apabila seorang tenaga pengajarnya Prof. Dr Izzat Atiyah (Ketua Jabatan Hadith, Universiti

Al-Azhar, Mesir) mengeluarkan fatwa iaitu harus bagi seorang lelaki dewasa untuk menyusu

dengan rakan sekerja wanitanya bagi mendapatkan gelaran anak susuan. Melalui gelaran

tersebut dijangkakan boleh memudahkan pergaulan antara rakan sekerja lelaki dan wanita.

Hal ini, membolehkan rakan sekerja lelaki dan wanita berdua-duaan, kerana status mereka

sudah menjadi ibu dan anak susuan yang haram berkahwin .

Fatwa pelik ini menimbulkan kekecohan di Mesir dan mendapat kutukan keras dari

ulama' seluruh mesir . Akhirnya , fatwa anak susuan dewasa oleh ulama' Azhar itu ditarik

balik . Walaupun telah ditarik balik , tetapi isu ini juga telah mendorong salah faham

masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam.

Page 6: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

6

3. Prejudis

Sikap prejudis orang bukan Islam terhadap agama Islam berlaku kerana kurang ilmu

pengetahuan dan pendedahan tentang Islam. Sikap prejudis ini jugalah yang membawa

kepada punca berlakunya atau tercetusnya Islamfobia. Orang bukan Islam sering

mempertikaikan perintah Allah di dalam Al-Quran dan sekali gus mengatakan Islam adalah

agama yang menyusahkan, tidak adil , kejam dan sebagainya.

Sebagai contoh hukum yang paling diketengahkan dalam Islam adalah hak poligami.

Kebanyakan kaum wanita bukan Islam beranggapan bahawa Islam menindas golongan

wanita kerana mereka tidak bersetuju tentang hukum Islam yang membenarkan kaum lelaki

berkahwin empat dan mereka merasakan tidak adil bagi kaum wanita. Selain itu, mereka juga

mempertikaikan pemakaian hijab (tudung) dalam agama Islam. Hal ini kerana, hijab bagi

wanita bukan Islam adalah satu penindasan kerana “free hair” atau tidak bertudung adalah

kebebasan bagi mereka .

Bagi wanita bukan Islam juga, isu lelaki menjadi imam di dalam solat dan lelaki

sebagai pemimpin keluarga serta kedudukan wanita di belakang lelaki dalam saf solat dikira

sebagai penindasan bagi mereka. Tambahan pula, isu pembahagian harta pusaka dalam Islam

juga dikatakan tidak adil bagi bagi wanita bukan Islam kerana lelaki mendapat dua kali ganda

harta lebih berbanding wanita.

Selain itu, orang bukan Islam juga mengatakan tuntutan puasa dalam Islam adalah

penindasan bagi penganutnya, kerana puasa menyebabkan seseorang itu kurang bertenaga

dan tidak mampu melalukan kerja dengan sebaiknya. Malahan, isu rejam dalam kalangan

masyarakat Islam yang sering dipaparkan di berita juga menjadi punca salah tanggapan

terhadap Islam. Wanita yang melakukan zina atau berkhalwat direjam sehingga mati

merupakan penyumbang kepada berlakunya Islamfobia kerana mereka beranggapan bahawa

agama Islam adalah kejam dan ada yang menggelar Islam sebagai “terrorist”.

Seterusnya, hukum hudud dalam agama Islam yang masih dilaksanakan di zaman

moden ini dianggap sebagai undang-undang kejam dan tidak relevan . Semua ini adalah

tanggapan dari akal fikiran mereka yang diikuti nafsu semata-mata, mereka tidak melihat

pada hikmahnya di sebalik setiap hukuman yang dikenakan di dalam Islam. Mereka tiada

ilmu tentang agama Islam dan terus mempertikaikan perintah Allah dan larangan Allah.

Page 7: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

7

Masakan Allah ingin menzalimi hamba-hambanya, padahal terselit seribu hikmah di sebalik

perintah dan larangan itu .

Kesimpulannya, adalah sangat penting bagi umat Islam mengambil cakna dan

memahami isu-isu yang menyumbang kepada Islamfobia dan juga cara untuk menanganinya.

Dalam hal ini, kita tidak sepatutnya menuding jari siapa yang bersalah atau siapa yang benar,

kerana hal ini tidak akan selesai tanpa sebarang tindakan. Sewajarnya masyarakat atau umat

Islam itu sendiri perlulah bersama-sama menyelesaikan masalah ini dengan memberi

kenyataan yang benar serta penjelasan yang terperinci mengenai Islam kepada orang bukan

Islam tentang salah faham mereka terhadap agama Islam.

2.2 Pengaruh Media Dan Gerakan Islam Fobia

Ledakan teknologi maklumat dewasa ini bukan lagi perkara yang baru. Segala maklumat dari

seluruh dunia dapat diakses walau di ceruk manapun seseorang itu berada. Kini segalanya di

hujung jari dan sekali gus mewujudkan istilah globalisasi. Proses globalisasi ini sebenarnya

telah berjaya mengecilkan dunia kerana maklumat tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi di

seluruh dunia mudah diperoleh dan tersebar dengan cepat. (Azhar Mad Aros, 2001). Namun

begitu, proses globalisasi ini dilihat lebih memihak kepada dunia Barat yang sekali gus akan

mengancam nilai-nilai sesebuah negara terutamanya bagi masyarakat Timur dan Asia.

Peranan media di Malaysia sudah pasti menjadi salah satu punca berkembangnya fenomena

Islamofobia. Gambaran negatif dan salah terhadap Islam seperti liputan larangan memasuki

masjid oleh bukan Islam, bantahan bukan Islam membaca ayat al-Quran di dalam perucapan

umum, kes memijak kepala lembu dan lain-lain telah menyuburkan lagi Islamofobia di

Malaysia.

Media juga kerap memaparkan insiden-insiden keganasan yang dilakukan orang Islam

tanpa mengimbangkannya dengan jenayah bukan Islam. Media secara umumnya masih tidak

dapat memainkan peranannya untuk membetulkan persepsi Islamofobia ini. Bahkan kerap

kali media ini menayangkan program-program termasuk filem dan drama yang menimbulkan

kekeliruan terhadap Islam.

Istilah Islamfobia yang dicipta pihak Barat khususnya Amerika Syarikat dan

digembar-gemburkan melalui rangkaian media antarabangsa yang mereka kuasai selepas

pengeboman Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada

11 September 2001 di New York ternyata memberi kesan mendalam dan menimbulkan

Page 8: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

8

kecurigaan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia. Propaganda Islam fobia menyebabkan

bukan Islam takut dan benci terhadap Islam. Di sesetengah negara, Islam fobia menular

kepada tindakan diskriminasi dengan memisahkan orang Islam, sama ada mewujudkan

halangan dan sekatan dalam soal hak asasi, ekonomi, sosiobudaya mahupun kehidupan.

Kebebasan beragama dan berpakaian yang barat perjuangkan akhirnya menafikan hak orang

Islam mengamalkan ajaran itu. Islam fobia juga menyebabkan Amerika Syarikat dan

sekutunya merangka dasar luar dan keselamatan baru iaitu mencurigai semua gerakan Islam

atau memerangi kumpulan yang mereka anggap pengganas, ekstremis, rasis dan

fundamentalis di mana-mana negara Islam atau wilayah Islam yang berada dalam negara

bukan Islam. Mereka mengambil tindakan tergesa-gesa dengan menyerang mana-mana

kumpulan berasaskan Islam tanpa bukti kukuh. Sebagai umat Islam, kita harus memikul

tanggungjawab besar mengubah persepsi buruk terhadap agama suci ini, sekali gus

menangkis propaganda Islam fobia yang semakin menular dalam kalangan bukan Islam.

(Sumber, Minda Pengarang: Tanggungjawab semua umat Islam tangkis propaganda Islam

fobia. Berita harian. 02/09/2010)

Peranan media dalam membentuk pendapat umum sememangnya tidak dapat

dinafikan. Media yang pro-barat dan sentiasa mengambil peluang untuk memberikan imej

yang buruk kepada Islam sudah pasti akan terus menyebarkan berita-berita yang negatif

mengenai Islam. Dominasi media oleh Barat sebenarnya bermula dengan pemaparan berita

antarabangsa teknologi komunikasi dan maklumat yang dikuasai mereka. Mutakhir ini, media

cetak dan media elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikat-

syarikat gergasi yang berpusat di Amerika Syarikat. Keadaan ini tentunya memerlukan

pemerhatian oleh masyarakat Timur dan Islam khususnya, kerana penyebaran nilai-nilai yang

negatif melalui media Barat dapat menjadi barah dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana

keupayaan media boleh memanipulasi sesuatu perkara sehinggakan menjadi sesuatu yang

tidak benar menjadi benar.

Contoh paling ketara sudah tentu melibatkan siri pengeboman dan letupan yang

berlaku di seluruh dunia. Paling menyakitkan, media barat secara terus-menerus

memomokkan masyarakat antarabangsa mengenai kaitan keganasan yang berlaku dengan

umat Islam. Hakikatnya peranan media barat yang begitu berpengaruh sehingga telah berjaya

mewujudkan fobia yang dikenali sebagai Islamfobia. Walaupun tanpa bukti yang kukuh dan

lengkap, umat Islam sewenang-wenangnya ditangkap tanpa sebarang perbicaraan. Media

barat yang dikuasai oleh golongan yang berkepentingan telah menanamkan kebencian

Page 9: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

9

terhadap orang Islam tanpa mengendahkan punca sebenar kejadian pengeboman berani mati

seperti pembunuhan rakyat Paletin oleh rejim zionis setiap hari. Demikian juga pengeboman

yang dilakukan ke atas rakyat Afghanistan dan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat dianggap

korban yang terpaksa ditanggung atas nama hak asasi dan demokrasi.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media mempunyai pengaruh yang sangat

kuat membentuk persepsi masyarakat. Media yang dikuasai oleh pihak yang prejudis kepada

Islam sudah pasti akan menggunakan saluran ini untuk menanamkan perasaan kebimbangan

dan kebencian kepada Islam. Ini ditambah lagi dengan gerakan Islamofobia yang mendapat

pembiayaan yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu. ’The Center for American Progress’

melaporkan terdapat tujuh yayasan yang telah membayar sebanyak USD42 juta untuk

menanamkan ketakutan dan kebimbangan serta kebencian kepada Muslim di Amerika. Di

antara badan yang membiayai gerakan Islamofobia ini ialah ‘Donors Capital Fund’, ‘Richard

Mellon Scaife Foundations’, ‘Lynde and Harry Bradley Foundation’, ‘Newton D. dan

Rochelle F. Becker Foundations’ and ‘Charitable Trust’, ’Russell Berrie Foundation’,

’Anchorage Charitable Fund’, ’William Rosenwald Family Fund’ and ’Fairbrook

Foundation’. Dilaporkan juga bahawa Salman Rushdie telah dibayar sejumlah 850 ribu pound

sterling untuk menghasilkan buku ‘Satanic Verses’ yang diterbitkan oleh penerbitan Viking

kepunyaan pihak yahudi.

Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah fungsi media dalam

membentuk persepsi dan pemikiran masyarakat. Media harus lebih bertanggungjawab dalam

memastikan program yang disiarkan termasuk berita yang dipaparkan tidak menggambarkan

perkara yang salah tentang Islam. Media sepatutnya menerbitkan program dan rancangan

termasuk dokumentari mengenai realiti Islamofobia berdasarkan fakta yang sahih. Selain itu

cara lain ialah dengan menyusun berita dan laporan-laporan sehingga kaum muslim berada

dalam posisi sebagai pelaku dan penyebab terjadinya berbagai krisis, terutama di Timur

Tengah. Misalnya, ketika memberitakan tentang suatu pemberontakan di Palestin, para

pejuang Palestin disebut sebagai pemberontak, dan aksi perlawanan ketenteraan yang

dilakukan oleh pejuang Palestin disebut sebagai aksi teroris. Selain itu, setiap kali ada

peristiwa teroris di Barat, tanpa menunggu soal selidik dilakukan, media-media Barat terus

melemparkankan tuduhan bahawa kelompok muslimlah pelakunya. Ketika kemudian

terungkap bahawa pelakunya adalah kelompok ekstrim dari agama lain, media-media itu

sama sekali tidak melakukan penjelasan atas kesalahan penyampaian berita mereka.

Penerbitan buku-buku anti Islam juga merupakan faktor lain yang menyebabkan meluasnya

Page 10: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

10

Islamfobia di Barat. Buku karya Oriana Fallaci yang berjudul “The Force of Reason” adalah

salah satu di antara buku anti Islam yang diterbitkan Barat. Dalam buku itu, Fallaci

mengatakan, “Eropah sedang menjadi sebuah koloni Islam”.

Sikap prejudis barat ternyata semakin terserlah dengan layanan dan diskriminasi barat

terhadap umat Islam di negaranya kononnya berselindung di sebalik keselamatan negara.

Umat Islam dilihat sebagai ancaman dan membawa kekacauan rentetan juga segelintir orang

Islam yang bertindak ganas bagi agenda mereka. Samuel Huttington di dalam bukunya

“Clash of Civilization” meramalkan akan berlakunya pertembungan tamadun antara dunia

Islam dan barat. Ternyata analisis beliau menjadi kenyataan dengan persepsi negatif

masyarakat barat terhadap umat Islam iaitu fenomena Islamfobia di barat, berikutan peranan

yang dimainkan media massa barat yang banyak memberi persepsi negatif terhadap umat dan

negara Islam. Antaranya isu Islam dikaitkan dengan keganasan, persepsi umat Islam yang

ganas membawa kesan buruk kepada umat Islam di barat. Laporan berita barat banyak

memainkan propaganda dan provokasi terhadap masyarakat Islam.

Di era semasa hari ini, pandangan prejudis dan bias terhadap agama Islam dan

tamadunnya mula dibincangkan secara meluas setelah teori pertembungan tamadun

diperkenalkan oleh seorang ahli teori politik dari Amerika Syarikat bernama Sameul

Huntington dalam sekitar tahun 1993. Menerusi teori ini, beliau cuba menggambarkan pola

pertembungan dunia pada masa depan akan dipengaruhi oleh faktor ketamadunan. Di dalam

tanggapan ini, tamadun Islam adalah antara peradaban yang berpotensi besar mencabar

kestabilan dunia pada masa akan datang. Teori yang diperkenalkan oleh Huntington ini

bukanlah suatu yang terlalu baru dalam konteks masyarakat pada waktu itu sekiranya

ditelusuri secara teliti. Namun, ia menjadi titik tolak penting kerana sumbangannya di dalam

membuatkan pengesahan secara akademik terhadap sentimen prejudis dan bias terhadap

agama Islam yang telah pun wujud di dalam bentuk persepsi umum yang telah berlarutan

sebelumnya.

Persepsi negatif terhadap agama Islam ini disumbangkan dengan amat berkesan oleh

laporan media massa terhadap pelbagai peristiwa dan fenomena kebudayaan dan sosial di

dalam dunia Islam semasa. Persepsi prejudis terhadap Islam ini dapat kita perhatikan di

dalam pelbagai laporan akhbar di mana agama dan penganutnya sering dikaitkan dengan

unsur keganasan, kemunduran dan ketidaktamadunan. Sumbangan media massa di dalam

membina tanggapan negatif terhadap Islam ialah menerusi penciptaan istilah-istilah seperti

Page 11: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

11

‘terroris Islam’, ‘militan Islam’, ‘extremis Islam’ atau ‘Islam fundamentalis’. Selain aspek

pengistilahan, agama Islam juga sering dikaitkan dengan agama bagi orang-orang Arab,

agama yang menekan dan mengeksploitasi wanita, agama yang anti kepada kemajuan dan

moderniti dan agama yang menentang hak asasi manusia.

Dengan bersumberkan maklumat dari ahli-ahli akademik yang juga bersifat prejudis,

media massa telah menyebarkan kefahaman dan maklumat yang tidak tepat terdapat agama

Islam dan penganut secara tidak benar secara berterusan dan telah menyumbang kepada

kejahilan masyarakat Barat terhadap Islam sehingga membawa kepada perasaan benci dan

takut terhadap fenomena Islam sebagaimana tergambar di dalam perbuatan membakar al-

Quran baru-baru ini.

Kesimpulannya, Strategi menyeluruh bagi menangani kejahilan orang bukan Islam

terhadap Islam perlu dijayakan. Langkah pertama bagi menangani cabaran ini harus bermula

pada setiap individu Muslim terlebih dahulu iaitu dengan menyedari serta peka terhadap

permasalahan yang sedang berlaku dan hendaklah berusaha memahami latar peristiwanya

secara menyeluruh. Menerusi kesedaran asas ini, kita akan bersikap prihatin untuk

memikirkan secara serius langkah-langkah penyelesaian di dalam mendepani cabaran ini

pada masa akan datang.

2.3 Peristiwa 11 September 2001, Iaitu Serangan Ke Atas Menara Pusat

Perdagangan New York Merupakan Pencetus Dan Kemuncak Kepada Islam Fobia

Peristiwa 11 September 2001 atau digelar 9/11 adalah serangan ke atas Menara Pusat Pusat

Dagangan Dunia atau World Trade Centre (WTC) di Bandar Raya New York. Serangan

tersebut adalah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh pihak pengganas ke

atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pengganas telah menghempaskan dua

pesawat ke Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC). Kedua-dua menara telah

runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan musnah atau mengalami

kerosakan. Pengganas juga menghempaskan pesawat ketiga ke Bangunan Pentagon

berdekatan Washington D.C. Manakala, kapal terbang keempat pula terhempas di kawasan

berdekatan pekan Shanksville di Pennsylvania. Rentetan daripada serangan tersebut, tiga

buah bangunan di Kompleks Pusat Dagangan Dunia iaitu Menara selatan (2 WTC), Menara

utara (1 WTC), dan bangunan 7 World Trade Center (7 WTC) runtuh akibat kegagalan

struktur pada hari kejadian.  Kesan daripada serangan tersebut, dianggarkan bahawa bilangan

Page 12: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

12

korban melebihi 6000 orang mangsa dan kesemua 19 pengganas telah dikenalpasti terkorban

dalam serangan.

Pada 27 September 2001, FBI mengeluarkan gambar 19 perampas berserta maklumat

kerakyatan dan nama-nama lain yang mungkin digunakan oleh mereka.15 daripada mereka

berasal dari Arab Saudi, dua dari Emiriah Arab Bersatu, seorang dari Mesir (Atta), dan

seorang dari Lubnan. Kerajaan Amerika Syarikat mendapati bahawa al-Qaeda pimpinan

Osama bin Laden bertanggungjawab atas serangan ini. Ketua al-Qaeda iaitu Osama bin

Laden pada mulanya menafikan bahawa dia terlibat, namun pada tahun 2004, beliau telah

mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu. Amerika Syarikat melakukan tindak

balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan perang terhadap keganasan iaitu dengan

bertindak menyerang Afghanistan dengan matlamat membawa Osama bin Laden dan al-

Qaeda ke muka pengadilan serta mencegah kebangkitan rangkaian pengganas yang lain.

Rentetan daripada serangan 11 September 2001, dapat dilihat bahawa corak

masyarakat dunia hari ini mengalami perubahan melalui sudut kehidupan harian sehinggalah

kepada agama, politik dan ekonomi. Namun, satu kesan yang tidak boleh disangkal lagi yang

timbul akibat peristiwa 11 September ini ialah Islam dikaitkan dengan keganasan. Keadaan

ini telah menyebabkan tercetusnya islamfobia. Islamfobia bukanlah suatu perkara baru, tetapi

tanggapan ini diperkukuhkan dengan peristiwa itu. Akibatnya, dua negara Islam iaitu

Afghanistan dan Iraq menjadi mangsa pencerobohan tentera yang dikepalai oleh Amerika dan

Britain. Umat Islam di seluruh dunia terutama di Barat melalui saat getir apabila dipandang

serong sebagai pengganas prejudis terhadap orang Islam atau Islamfobia telah berlaku.

Islamfobia dapat dilihat apabila wujudnya laporan-laporan gangguan dan jenayah

kebencian terhadap orang-orang islam terutamanya yang berasal dari Timur Tengah dan

sesiapa yang kelihatan seperti orang Timur Tengah. Golongan Sikh turut disasarkan kerana

lelaki Sikh lazimnya memakai serban yang juga dijadikan stereotaip Muslimin di mata Barat.

Sebagai contohnya, pembunuhan Balbir Singh Sodhi pada 15 September 2001 berlaku kerana

beliau juga disalah sangka sebagai Muslim seperti lelaki Sikh yang lain. Menurut kajian

oleh Universiti Negeri Ball, sesiapa yang dirasakan berketurunan Timur Tengah lebih

berkemungkinan menjadi mangsa jenayah kebencian terhadap Islam. Kajian ini juga

mendapati peningkatan jenayah kebencian terhadap sesiapa sahaja yang dirasakan beragama

Islam, Arab dan sesiapa sahaja yang disangka berasal dari Timur Tengah. Satu laporan oleh

kumpulan sokongan warga Amerika keturunan Asia Selatan, South Asian Americans Leading

Page 13: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

13

Together mendokumenkan liputan media 645 insiden yang menyisihkan rakyat Amerika yang

berketurunan Asia Selatan atau Timur Tengah pada 11 hingga 17 September, termasuk laku

musnah, arson, serangan, tembak-menembak, gangguan, dan ugutan. Malah, perlakuan

cercaan, serangan masjid dan tempat ibadah juga dilakukan terhadap umat islam.

Seterusnya, islamfobia dapat dilihat menjelang 11 September 2010 apabila Paderi

Terry Jones dari selatan Florida di Amerika Syarikat telah menyarankan supaya diadakan

upacara pembakaran al-Quran sebagai protes terhadap Islam yang dikaitkan menjadi punca

serangan 11 September 2001. Kempen itu mendapat respons pegawai tertinggi Amerika

Syarikat yang menggesa tindakan itu tidak dilakukan untuk mengelak kesan negatif terhadap

tentera Amerika Syarikat di negara Islam lokasi operasi. Di bandar New York pula,

kontroversi tercetus ekoran rancangan untuk membina sebuah pusat Islam dan masjid tidak

jauh dari lokasi serangan 11 September, 2001. Pengkritik melihat pembinaan itu sebagai

ofensif manakala penyokong usaha itu menolak pandangan itu yang mengaitkan Islam secara

terus dengan terorisme. Presiden Obama bersetuju dengan cadangan pembinaan pusat Islam

itu. Debat yang tercetus menyaksikan masih ramai rakyat Amerika Syarikat mempunyai

pandangan negatif terhadap umat Islam dan agama Islam.

Tambahan lagi, FBI melaporkan jenayah anti-Islam di Amerika Syarikat meningkat

sebanyak 17 kali pada tahun 2001 dan dalam tempoh sembilan minggu selepas lebih daripada

700 insiden keganasan terhadap rakyat Amerika Arab dan umat Islam telah dilaporkan.

Australia juga telah mengalami tindak balas anti-Islam, terutamanya pada tahun 2005 rusuhan

Cronulla di selatan Sydney yang bermula dengan pertembungan antara beberapa penyelamat

luar tugas dan belia yang mempunyai penampilan timur tengah. Malah, satu perhimpunan

bantahan di pinggir bandar tepi pantai tercetus menjadi salah satu pertempuran perkauman

yang paling buruk di Australia. Tanggapan serong terhadap islam masih berlaku sehingga ke

hari ini contohnya di Britain, serangan ke atas sistem pengangkutan telah dikaitkan dengan

penduduk Islam Britain.

Kesimpulannya, serangan 11 September 2001 memberi pelbagai impak dari pelbagai

sudut ekonomi, sosial, politik dan agama ke atas masyarakat Amerika Syarikat khususnya

dan juga masyarakat dunia iaitu. Impak yang paling jelas dapat dilihat melalui sudut agama

iaitu serangan tersebut menjadi kemuncak dan tercetusnya islamofobia. Pelbagai bentuk

jenayah kebencian yang telah dilaporkan rentetan daripada serangan itu. Oleh itu, usaha-

usaha untuk menangani perkara tersebut harus dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak.

Page 14: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

14

2.4 Pengaruh Golongan Fundamentalis

Istilah fundamentalisme sering dikaitkan dengan label negatif seperti

ektremisme, Fanatisme dan terrorisme. Selain itu, ia dikaitkan juga

dengan ciri-ciri lain seperti tidak rasional, radikal, militan, berfikiran

sempit, ekstrem, agresif dan konservatif. Definisi Fundamentalisme

asalnya daripada ‘fundamental’ iaitu bermaksud pokok iaitu asas/ dasar.

Sebagai contoh, fundamentals of algebra iaitu pokok-pokok aljabar.

Menurut Muhammad Imarah, Presiden Amerika Syarikat Ricard Nixon

dalam buku beliau "Seize The Moment” menyatakan fundamentalisme

ialah mereka yang mempunyai ciri gerakan anti peradaban Barat di mana

ingin menerapkan syariat Islam, bermatlamat membangunkan peradaban

Islam, tidak memisahkan antara Islam dan negara, dan menjadikan para

pendahulu (salaf) sebagai panduan masa depan (khalaf).

Menurut Allan Taylor, fundamentalisme ialah kelompok yang

melakukan pendekatan konservatif dalam melakukan reformasi

keagamaan, bercorak literalis dan menekankan kepada pemurnian

doktrin. Patrick Bannerman pula menyatakan kaum fundamentalis ialah

kelompok ortodoks yang becorak rigid dan taksub dan bercita-cita untuk

menegakkan konsep-konsep keagamaan dari abad ke-7 Masihi iaitu

doktrin Islam dari zaman klasik. Fouad Ajami menyatakan kelompok

fundamentalis memandang persoalan masyarakat secara simplistik dan

kecenderungan menafikan pluralisme. Fazlur Rahman dalam bukunya

Islam & Modernity menyatakan fundamentalis amat suka kepada kepada

slogan-slogan yang bercorak distinktif (penentu) tatapi hakikatnya mereka

kelompok yang anti intelektual. Karen Amstrong pula menerangkan

mereka ada adalah gerakan yang kompleks, inovatif dan moden

berbanding sebagai sebuah fenomena keagamaan yang ingin kembali ke

zaman silam. Karen Amstrong melihat gerakan ini merupakan reaksi

kepada gejala modenisme dan sekularisme. Pun begitu, tidak semua

golongan fundamentalis bercorak radikal ada yang bersifat realistik dan

akomodatif.

Page 15: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

15

Al-Maunah merupakan salah satu golongan fundamentaisme

agama. Mereka merupakan satu kumpulan radikal yang cenderung

kepada aktiviti paranormal dan mempertahankan din. Ahli-ahli kumpulan

ini dikatakan mempunyai kuasa luar biasa di mana mereka menjadi kebal

daripada peluru, benda tajam atau api. Tetapi Al-Maunah juga dikatakan

berminat kepada jihad kerana ahli-ahlinya banyak didedahkan dengan

perang jihad di Indonesia, Afganistan, Chechnya dan lain-lain. Kumpulan

ini telah mengejutkan negara apabila mereka telah merampas lebih 100

senjata di dua kem tentera di utara negara (Pengkalan Hulu Gerik, Perak).

Mereka juga telah menahan 2 orang tebusan (di Bukit Jenalik) dan telah

meminta Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu

untuk meletakkan jawatan. Setelah empat hari di dalam kepungan dan

tembak-menembak, kumpulan itu akhimya menyerah kalah dan ditahan

di mana kedua-dua tebusan dibunuh dan seorang ahli kumpulan itu

terbunuh. Episod ini merupakan satu kejadian yang amat mengejutkan negara kerana

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam yang sederhana. Kumpulan ini juga dilihat

oleh masyarakat Malaysia secara umumnya sebagai kumpulan yang berbeza dari segi

anutannya berbanding masyarakat Islam yang lain (Musafir Kelana, Mohd Izani Mohd Zain

et al, 2006). Apa yang pasti penubuhan kumpulan ini pada September 1998

yang didaftarkan sebagai Seni Bela Di Wawasan Islam dengan

pendaftaran 460 adalah ekstrem dan dilihat sebagai fenomena islam fobia

tahun tersebut.

Selepas tragedi 11 September 2001, isu keganasan menjadi

tumpuan utama setiap negara termasuklah Malaysia. Malaysia beserta

dengan negara jirannya di ASEAN saling bekerjasama untuk menangani

masalah ini. Malaysia turut mengawal selia segala aktiviti di dalam negara

yang menjurus ke arah keganasan. Kumpulan Militan Malaysia (KMM)

telah dikenal pasti turut terlibat di dalam pelbagai kegiatan militan serta

keganasan sejak 2001. Mereka telah dikenalpasti sebagai golongan

fundamentalisme agama yang mencetuskan islam fobia. 16 Kumpulan

Militan Malaysia atau namanya yang terdahulunya iaitu Kumpulan

Mujahidin Malaysia memilih untuk menggulingkan kerajaan Malaysia bagi

menubuhkan sebuah negara Islam yang terdiri daripada Malaysia,

Page 16: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

16

Indonesia dan Selatan Filipina. Kerajaan Malaysia juga telah mengenal

pasti sayap kiri KMM yang agak ekstrim mempunyai kaitan rapat dengan

aktiviti keganasan peringkat regional. Lokasi operasi KMM juga dikenal

pasti di sekitar negeri Perak, Johor, Kedah, Selangor, Terengganu dan

Kelantan. KMM juga dipercayai merancang untuk melancarkan jihad,

memiliki pelbagai senjata dan bahan letupan serta berkemampuan

melakukan rompakan. Atas sebab-sebab di atas, kerajaan Malaysia

merasakan KMM merupakan satu ancaman besar ke atas keselamatan

negara dan bertindak sewajarnya bagi mengekang masalah ini (Musafir

Kelana, Mohd Izani Mohd Zain et al, 2006).

Dalam hal ini, fundamentalisme adalah sama dengan ketaksuban

dan kefanatisme yang mengaitkan ajaran Islam yang memandang dari

sudut keterlaluan dan melampau. Dalam konteks ini, golongan pelampau

yang menjadikan agama sebagai benteng merupakan salah satu bentuk

penyelewengan yang hanya menjejaskan imej Islam yang suci dan murni.

Penggunaan istilah ekstrem, fanatisme dan fundamentalisme ini

bergantung kepada ruang lingkup kehidupan yang tertumpu kepada

bidang pemikiran, falsafah dan tingkah laku. Dalam konteks

fundamentalisme yang melampau, kekuatan naluri lebih dominan

daripada kekuatan rasional, ilmu dan kejelasan petunjuk kerana ia

sentiasa memihak kepada tuntutan naluri dalam penerimaan atau

penolakan sesuatu ajaran. Oleh yang demikian, orang yang cenderung

untuk bertindak kasar bagi memaksa orang lain untuk menerima

pendapatnya. Begitulah golongan fundamentalisme yang merasakan diri

mereka adalah benar.

Dalam mengejar kemajuan dan ketamadunan negara, akidah dan

kepercayaan mestilah seiring dan sejajar agar dapat menyeimbangi

antara kedua-duanya. Secara tidak langsung, Islam yang telah menjadi

pegangan harus digunakan dalam segenap aspek kehidupan. Akan tetapi,

senario fundamentalisme dan kaitannya dengan islam fobia telah

memperlihatkan bahawa isu mengenai akidah dan kepercayaan juga

berlaku berikutan telah menjadi bahan Barat untuk mempropagandakan

Islam itu sendiri ( Abdul Ghafar Don dan Zaleha Mohd Ali, 2008).

Page 17: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

17

Kesimpulannya, ketaksuban, kefanatikan dan fundamentalisme

yang sering disinonimkan dengan agama adalah kerana dalam ajaran

agama mempunyai satu ciri khusus sekiranya disalah tafsirkan, ditokok

tambah dan dieksploitasi akan menyimpang ke arah sesat. Secara tidak

langsung, ini dapat membezakan antara agama dengan ideologi, adat,

dan budaya (Pahrol Mohammad Juoi, 2000 dalam Abdul Ghafar Don dan

Zaleha Mohd Ali, 2008). Budaya dan adat hanya berdasarkan pada sistem

moral dan nilai yang bersifat relatif sedangkan agama berasaskan

keimanan yang bersifat qat’ie (tetap). Di sini jelas bahawa kemunculan

golongan fundamentalisme adalah pengaruh kuat untuk fenomena islam

fobia di Malaysia.

3.0 KESIMPULAN

Islamfobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Islamfobia telah lama berlaku sejak zaman

awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai sesuatu ajaran

yang asing bagi penduduk Mekah. Fakta ini disokong oleh sepotong hadis Rasullulah

Sallallahualaihiwasallam diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Islam bermula

sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang) asing seperti awalnya.

Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu”. (Sahih Muslim, Hadis 145, Bab Iman)

Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam juga akan digambarkan dengan pelbagai

perkara yang negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasulullah. Persepsi

melihat Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai dengan budaya, hak asasi manusia

dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah dijangkakan oleh Rasulullah. Hadis ini

memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini

Page 18: Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit

18

dan seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami oleh

masyarakat.

Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamfobia kepada kehidupan, mental,

fizikal dan sosio ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu ini perlu

digembleng secara berhikmah dan berterusan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama di setiap

peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan dapat memastikan usaha mengatasi

Islamfobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program ini merupakan salah

satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagi memastikan setiap usaha

dakwah ini mencapai matlamatnya, istiqamah, iltizam dan itqan merupakan konsep yang

sewajarnya dijadikan teras utama.