proposal breast cancer dah siap
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

SCHOOL OF NURSING AND ALLIED HEALTH SCIENCES PROPOSAL NURSING RESEARCH PENINGKATAN KADAR KECICIRAN RAWATAN KEMOTERAPI DI KALANGAN PESAKIT KANSER PAYUDARA DI PUSAT RAWATAN HARIAN KEMOTERAPI, HOSPITAL TAIPING
NAME: RAJA NURALIZA BINTI RAJA OMAR
MATRIC NO: :770913115592001
E-MAIL ADDRESS : [email protected]
TUTOR’S NAME : Puan Nor Aroma Bt Abu Bakar
LEARNING CENTRE : PERAK LEARNING CENTRE
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
NO. 71, JALAN LIM BO SENG
30300 IPOH, PERAK

PENGHARGAAN
Alhamdullilah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia dan berkat izinNya,
dapatlah saya menyiapkan Kajian kes saya ini. Melalui coretan dan kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah
saya iaitu Puan Nor Aroma Bt Abu Bakar diatas segala tunjuk ajar serta nasihat-nasihat
yang diberikan kepada saya sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Jutaan terima
kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah Hospital Taiping dan Ketua Jabatan
Pembedahan dan Onkologi Hospital Taiping atas kebenaran untuk menjalankan kajian
ini. . Tidak dilupakan kepada kakitangan Pusat Rawatan Harian Kemoterapi yang
membantu dalam memberi panduan dan sokongan. Kepada rakan-rakan seperjuangan
yang sama berjuang dalam member idea dan dorongan, kerjasama dan dorongan yang
diberikan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kepada keluarga yang banyak memberi
sokongan dan galakan serta memahami, kalian amat bermakna buat diriku. Semoga
penyelidikan ini dapat memberi panduan yang berguna kepada kita semua.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.

ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pengenalan kajian
1.2 Latarbelakang kajian
1.3 Pendekatan teori
1.4 Penyataan masalah
1.5 Objektif kajian
1.5.1 Objektif umum
1.5.2 Objektif spesifik
1.6 Soalan kajian
1.7 Signifikan kajian
1.8 Definisi kajian
1.9 Limitasi kajian
2.0 Hipotesis
2.1 Rumusan
Bab 2 : PENULISAN LAMPAU
2.1 Pengenalan
2.2 Kanser payudara
2.3 Klasifikasi
2.4 Pemeringkatan
2.5 Rawatan

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Tempat kajian
3.4 Populasi
3.5 Sampel kajian
3.6 Instrumen kajian
3.7 Kajian rintis
3.8 Pertimbangan etika
3.9 Kaedah pengumpulan data
4.0 Data analisis
LAMPIRAN
Lampiran 1 : Set soalan soal selidik
Lampiran 2 : Surat Kelulusan menjalankan penyelidikan dari
Pengarah Hospital Taiping, Perak.
Lampiran 3 : Surat Permohonan dan kelulusan kebenaran
menjalankan penyelidikan dari Ketua Jabatan
Pembedahan Dan Onkologi Hospital Taiping, Perak
Lampiran 4 : Carta Gantt penyelidikan peningkatan kadar keciciran
rawatan kemoterapi di kalangan pesakit kanser payudara
di Pusat Rawatan Harian Kemoterapi Hospital Taiping, Perak.

BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan kajian
Malaysia diliputi kawasan seluas 329,961 kilometer persegi melibatkan Semenanjung
Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Ia dipisahkan oleh Laut China
Selatan dan bersempadan dengan Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei. Populasi
penduduk di Semenanjung Malaysia pada tahun 2006 sebanyak 24,8 million. Ia meliputi
50.6% penduduk lelaki dan 49.4% penduduk perempuan dan etnik utama ialah Melayu
sebanyak 54.3%, diikuti oleh Cina sebanyak 25.1%, India sebanyak 7.5% dan lain-lain
etnik sebanyak 13.1%. (Jabatan Statistik Malaysia).
Sebanyak 21,773 kes kanser di diagnos di kalangan rakyat Malaysia di Semenanjung
Malaysia dalam Tahun 2006 dan didaftarkan di National Cancer Registery. Ia meliputi
9,974 lelaki dan 11,799 perempuan. The Age-Standardised Incidence Rate (ASR) untuk
semua kanser dalam tahun 2006 mengikut jantina ialah 131.3 per 100,000 dan 5 jenis
kanser yang palin utama mengikut populasi di Semenanjung Malaysia pada tahun 2006
ialah payudara, colorectal, paru-paru, servix dan nasopharynx.
Dalam artikel yang dipetik dari laman web
http://www.kesihatan.biz/artikel/punca_kanser.php, menurut Dr Peter Kovacic menulis
satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current
Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah
dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh
menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek
mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).
1.2 Latarbelakang kajian
Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan di hampir semua pelosok
dunia. Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Di

Malaysia, ia merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan wanita.Ia
biasanya berlaku pada wanita yang berumur dalam lingkungan 35 – 55 tahun dan ia
meningkat seiring dengan umur.Kebanyakan kanser payudara bermula samaada
dikelenjar duktal atau lobul dan kanser akan dinamakan sempena dari mana tempat
kejadian contohnya ‘Ductal carcinoma of the breast’ atau ‘ Lobular carcinoma of the
breast’.Sel yang tidak normal boleh merebak di luar payudara ke struktur sekeliling
termasuk nodus limfa dibawah aksila.Jika ini terjadi, ia bermaksud kanser boleh
merebak ke bahagian lain dalam badan, nodus limfa yang lain dan organ-organ yang
lain seperti tulang, hati dan paru-paru.
Insiden kanser (bilangan kes kanser baru) semakin meningkat. Statistik bagi fenomena
ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan 184,000 kes baru
kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun. Institut Kanser Kebangsaan
menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu daripada setiap 50 wanita
akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur 80 tahun, bilangan ini meningkat
kepada 1 daripada setiap sepuluh orang. Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat
seorang wanita, maka satu daripada setiap 8 wanita akan menghidapi kanser payudara.
Satu daripada setiap 28 akan mati akibat penyakit ini. Satu daripada setiap 3000 akan
menghidap kanser payudara semasa mereka hamil dan wanita hamil lebih cenderung
menghidap penghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada
kanser payudara didiagnosis di kalangan wanita hamil.) Di negara dengan kadarnya
rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak
dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian(mortaliti).
Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa
di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan
2003.Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan
akhirnya kaum Melayu.Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes
kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)

Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per
100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan
kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang
India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum
Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi
kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.Seorang wanita di Malaysia
mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum
Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing. Lebih daripada separuh
daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada
2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9%
masing-masing daripada jumlah kanser wanita. Statistik bagi Malaysia telah diperoleh
daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa,
corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang
tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat
untuk negara Malaysia.Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam
kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes
dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000
menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per
100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.
1.3 Pendekatan teori
Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang
disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah
punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda
melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai
generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara

kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu
disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam
tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya.
Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang
kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan
memulihkan kerosakkan yang disebabkan olehnya. Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti
perubatan yang semakin banyak iaitu apabila terdapat banyak radikal bebas
berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel
tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak.
Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu
memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan)
DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi
akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah
kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula
tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan
untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu
menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20
hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak
ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.
Para doktor biasanya mendiagnosis kanser apabila ia sudah mencapai peringkat akhir
perkembangannya. Malangnya ketika kanser sudah berkembang ke satu tahap yang
boleh menyebabkan gejala atau dapat dikesan melalui sinar-x, ia selalunya sudah
berkembang selama lebih dari 10 hingga 20 tahun. Pada masa itu tidak banyak yang
doktor dapat lakukan untuk membantu pesakitnya. Ada seorang pesakit kanser paru-
paru disyorkan menjalani rawatan kemoterapi oleh onkologisnya, satu prosedur yang
dikatakan dapat membawa kanser tersebut kepada "remission" dengan 40% kejayaan.

1.4 Penyataan masalah
Sejak kebelakangan ini berlaku banyak peningkatan dalam keciciran pesakit kanser
payudara dalam mendapat rawatan kemoterapi di Pusat Rawatan Harian, Hospital
Taiping. Masalah ini bukan sahaja menjejaskan kelancaran rawatan kanser yang harus
diberikan kepada pesakit kanser payudara. Oleh yang demikian, satu kajian hendaklah
dilakukan untuk mengkaji punca sebenar dan untuk mengenalpasti faktor-faktor
penyebeb keciciran pesakit kanser payudara terhadap rawatan kemoterapi yang telah
ditetapkan.
Menurut statistik dari Pusat Rawatan Harian Kemoterapi
Tahun Kanser Payudara Lain-lain kanser Jumlah
2001 68 116 1842002 115 66 1812003 134 183 3172004 152 37 1892005 106 103 209
2006 81 38 1192007 157 122 2762008 101 77 1782009 184 96 280
Total 1933Source: Pusat Rawatan Harian Kemoterapi, Hospital Taiping, Perak

Kadar keciciran kanser payudara mengikut tahun
Tahun Kadar keciciran
2001 22002 12003 42004 22005 2
2006 32007 42008 52009 7
Source: Pusat Rawatan Harian Kemoterapi, Hospital Taiping, Perak
1.5 Objektif kajian
Di dalam sesuatu penyelidikan, objektif kajian di bentuk supaya dapat meliputi perkara-
perkara yang hendak dicapai oleh pengkaji.
1.5.1 Objektif umum
Didalam kajian ini pengkaji ingin mengkaji dan mengetahui faktor-faktor keciciran
dikalangan pesakit kanser payudara yang mendapat rawatan kemoterapi di Pusat
Rawatan Harian Kemoterapi Hospital Taiping dan juga untuk mengkaji punca-punca
yang menyumbang kepada peningkatan kepada kadar keciciran. Kajian ini juga untuk
mengetahui cara-cara pengurusan keciciran pesakit kanser payudara di Pusat Rawatan
Harian Kemoterapi Hospital Taiping.
1.5.2 Objektif spesifik
Berdasarkan objektif umum diatas, objektif spesifik kajian ini adalah seperti dibawah:

i. Untuk mengukur peratusan tahap keciciran dikalangan pesakit kanser
payudara
ii. Untuk mengukur peratusan tahap keciciran pesakit kanser payudara
berdasarkan umur.
iii. Untuk mengukur peratusan tahap keciciran pesakit kanser payudara
berdasarkan tahap sosioekonomi.
iv. Untuk mengukur peratusan tahap keciciran pesakit kanser payudara
berdasarkan faktor persekitaran.
v. Untuk mengukur peratusan keciciran pesakit kanser payudara
berdasarkan faktor pengetahuan.
1.6 Soalan kajian
Soalan-soalan kajian diwujudkan untuk menentukan perkara-perkara yang ingin
diperolehi dari kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Ia akan membantu dalam
mencari punca-punca masalah yang terjadi dan cara penyelesaian kepada masalah
tersebut. Secara spesifik, diakhir kajian ini pengkaji ingin mendapatkan jawapan kepada
persoalan seperti berikut:
i. Adakah terdapat hubungan tahap keciciran pesakit berdasarkan umur?
ii. Apakah terdapat hubungan tahap keciciran pesakit berdasarkan taraf
sosioekonomi dan persekitaran?
iii. Adakah terdapat hubungan tahap keciciran pesakit berdasarkan tahap
pengetahuan?
iv. Apakah cara-cara pengurusan yang diperlukan untuk menyelesaikan
permasalahan ini?
1.7 Signifikan kajian
Melalui kajian yang akan dijalankan ini dapatlah mengetahui punca-punca sebenar
yang menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kadar keciciran dalam rawatan

kemoterapi bagi pesakit kanser payudara di Pusat Rawatan Harian Kemoterapi,
Hospital Taiping. Ini dapat memberi kelebihan kepada organisasi ini dalam mengatasi
masalah tersebut dan mengambil langkah-langkah penambahbaikkan dalam rawatan
kemoterapi di Hospital Taiping dan dengan itu dapat mengurangkan kadar mortaliti.
1.8 Definisi kajian
Dalam penulisan ini pengkaji akan menerangkan dengan jelas dan terperinci terhadap
istilah-istilah yang digunakan dari segi definisi konsep dan definisi operasi.
1.8.1 Tahap keciciran
Kes yang ketinggalan dlm proses rawatan dsb), tercicir.
1.8.2 Rawatan kemoterapi
Rawatan kemoterapi adalah sejenis rawatan kanser yang menggunakan ubat-ubatan
yang dinamakan ubat antineoplastik. Terdapat banyak jenis ubat antineoplastik. Setiap
kumpulan ubat antineoplastik mempunyai tindakbalas yang berbeza dan digunakan ke
atas jenis-jenis kanser tertentu. Ubat antineoplastik diberikan samada di dalam bentuk
satu jenis ubat ataupun gabungan beberapa jenis ubat. Ubat antineoplastik diberikan
dalam bentuk makan, suntikan intravena, suntikan dalam otot ataupun dimasukkan ke
dalam rongga badan. Ubat antineoplastik yang diberikan akan masuk ke dalam aliran
darah dan tersebar luas ke seluruh badan. Tujuan rawatan kemoterapi adalah :
a. Rawatan utama (contoh : rawatan kanser koriokarsinoma)
b. Kemoterapi adjuvan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan utama.
Contoh : rawatan kemoterapi selepas pembedahan kanser ovari.
c.Kemoterapi neoadjuvan diberikan sebelum rawatan utama. Tujuan kemoterapi
diberikan adalah untuk mengecilkan saiz kanser bagi memudahkan rawatan utama
iaitu pembedahan.
d. Kemoterapi paliatif diberikan untuk pesakit yang menghidap kanser yang tidak ada
harapan untuk sembuh. Ubat yang diberikan adalah untuk mengurangkan
penderitaan pesakit dan memulihkan kualiti hidup mereka.

Setiap pusingan rawatan kemoterapi dinamakan satu kitaran (one cycle). Setiap kali
rawatan diberikan boleh memakan masa dari beberapa jam sehingga beberapa hari.
Jangkamasa rawatan di antara satu rawatan dengan rawatan selanjutnya selalunya
selama 21 hari. Rawatan kemoterapi boleh juga diberikan sebagai rawatan pesakit luar.
1.8.3 Kanser payudara
Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang
bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan
kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada lumrahnya serta sifat sedia asalnya,
sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan
mengikut keperluan tubuh seseorang individu.Apabila kadar penghasilan sel melebihi
keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali
sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis
ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis
ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak
membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap
ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis
ini. Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada
tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses
pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ
serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan
dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem
perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah
payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses
penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

1.8.4 Pusat rawatan harian
Rawatan yang diberi kepada pesakit yang tidak memerlukan kemasukan ke hospital.
Contohnya pembedahan kecil atau penyiasatan yang dijalankan di klinik atau di pusat
harian.
1.8.5 Hospital taiping
Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi.
Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri
perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun
untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah
berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai
paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital
Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit
Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan
Tanjung Rambutan.
Pada tahun 1880, Hospital Taiping iaitu antara hospital tertua di negara ini dibina
dan dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Hospital Taiping turut mencatat sejarah
kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas
beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen.
1.9 Limitasi kajian
Terdapat beberapa limitasi dalam menjalankan kajian ini iaitu:
i. Kekurangan sample kajian
ii. Masa yang terbatas dan pendek
2.0 Hipotesis
Hipotesis mempunyai beberapa kegunaan dalam kajian penyelidikan. Pada pendapat
saya terdapat hubungkait diantara tahap keciciran yang semakin meningkat dengan
faktor umur, taraf sosioekonomi, persekitaran dan tahap pengetahuan pesakit.

2.1 Rumusan
Secara ringkasnya di dalam bab 1 ini, pengkaji dapat menentukan tujuan, objektif kajian
dan memilih pendekatan teori sebagai kerangka kepada persoalan kajian yang akan
dilakukan kelak.

Bab 2
PENULISAN LAMPAU
2.1 Pengenalan
Menurut Raja Lexshimi dalam module Oncology Nursing edisi July 2009, Open
University Malaysia, kanser didefinisikan sebagai penyakit sel dimana tindakan sel yang
bertindak di luar tabiat asalnya. Ia menyebabkan sel akan kehilangan kitaran dan sifat-
sifat normalnya. Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat
pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh
seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan
tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh
dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan
malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah
merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya.
2.2 Kanser payudara
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada
tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses
pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ
serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan
dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem
perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah
payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses
penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Kanser payudara merupakan kanser yang paling banyak terjadi pada wanita diseluruh
dunia.Di Malaysia, ia merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan
wanita.Ia biasanya berlaku pada wanita yang berumur dalam lingkungan 35 – 55 tahun

dan ia meningkat seiring dengan umur.Kebanyakan kanser payudara bermula samaada
dikelenjar duktal atau lobul dan kanser akan dinamakan sempena dari mana tempat
kejadian contohnya ‘Ductal carcinoma of the breast’ atau ‘ Lobular carcinoma of the
breast’.Sel yang tidak normal boleh merebak di luar payudara ke struktur sekeliling
termasuk nodus limfa dibawah aksila.Jika ini terjadi, ia bermaksud kanser boleh
merebak ke bahagian lain dalam badan, nodus limfa yang lain dan organ-organ yang
lain seperti tulang, hati dan paru-paru.
2.3 Klasifikasi
Menurut Shirley Otto 2001, kanser payudara boleh diklasifikasikan kepada 2 iaitu non-
invasive dan invasive.
2.3.1 ‘NON – INVASIVE’
Ia juga dikenali sebagai karsinoma insitu dimana ia adalah jenis malignan yang
merebak tidak melebihi sempadan membrane sel (basement membrane). Malignan
jenis ini biasanya terdapat pada duktus atau lobul. Sekiranya ia berlaku pada system
duktus, ia dikenali sebagai ‘Duktal carcinoma insitu’ (DCIS) manakala jika terdapat
dalam system lobul, ia dikenali sebagai ‘Lobular carcinoma insitu’ (LCIS).
Jenis-jenis non-invasive termasuklah:
i) Intra ductal carcinoma
ii)Intra ductal carcinoma with Paget’s disease
2.3.2 ‘INVASIVE’
Apabila sel-sel malignan telah memasuki tisu-tisu diluar duktus atau lobul, ia dikenali
sebagai ‘invasive atau infiltrating’. Kebanyakkan sel-sel kanser payudara adalah
karsinoma dan dinamakan mengikut tempat kejadian samaada duktus atau lobul.
80% daripada semua karsinoma payudara adalah dari jenis ‘infiltrating ductal
carcinoma’ manakala 10% adalah dri jenis infiltrating lobular carcinoma.
Jenis-jenis invasive termasuklah:

i) invasive ductal carcinoma – not other wise specified (NOS)
ii) invasive ductal carcinoma with paget’s disease
iii) invasive lobular carcinoma
2.3.3 Lain-lain:
a) Medullary carcinoma
b) Mucinous carcinoma
c) Tubular carcinoma
d) Papillary carcinoma
e) Adenoid cystic carcinoma
Kedua-dua jenis kanser ini jika didiagnoskan telah melibatkan nodus limfa aksila,
prognosisnya adalah buruk.
2.4 Pemeringkatan
Menurut Shirley Otto (2001), pemeringkatan dilakukan mengikut TNM
T – Menunjukkan saiz tumor
N – Nodus limfa yang terlibat
M – Metastasis atau penyakit telah merebak ke system lain
T (saiz tumor)
To – Tumor primary tidak dapat dibuktikan
Tis – Carcinoma insitu
T1 – Tumor berukuran kurang dari 2 cm
T1 dibahagikan kepada 3 kumpulan:
T1a – tumor berukuran lebih dari 0.1 cm tetapi tidak melebihi 0.5 cm

T1b – tumor berukuran lebih dari 0.5 cm tetapi tidak melebihi dari 1 cm
T1c – tumor berukuran lebih dari 1 cm tetapi tidak melebihi dari 2 cm
T2 – Tumor berukuran lebih dari 2 cm dan diameter
berukuran kurang dari 5 cm
T3 – Tumor berukuran 5 cm
T4 – Tumor pada mana-mana saiz dengan sambungan
terus kepada dinding dada dan kulit
T4 dibahagikan kepada 4 kumpulan:
T4a – tumor telah merebak ke dinding dada
T4b – tumor telah merebak ke kulit
T4c – tumor telah kelihatan di dinding dada dan kulit
T4d - Inflammatory carcinoma – kanser di mana kulit menjadi merah,
bengkak dan sakit bila di sentuh.
N (Nodus)
No – Tiada metastasis ke kawasan nodus limfa
N1 – Nodus aksila ipsilateral yang bergerak
N2 – Nodus aksila ipsilateral yang kukuh
N3 – Metastasis ke ipsilateral dalaman nodus limfa mamari
M (Metastasis)
Mo – Tiada metastasis
M1 – Terdapat metastasis yang jauh

Karcinoma juga boleh diperingkatan secara klinikal
Peringkat I – T1No (jangka hayat 5 tahun adalah 80%)
Peringkat II – T2 atau N1 (jangka hayat 5 tahun adalah
65%)
Peringkat III - T3/T4 atau N2/N3 (jangka hayat 5 tahun
adalah 40%)
Peringkat IV - Metastasis jauh (jangka hayat 5 tahun
adalah 10%)
2.5 Rawatan
Rawatan kanser untuk payudara mungkin setempat atau sistematik. Rawatan setempat
adalah pembuangan atau pemusnahan kanser payudara pada tempat yang sistematik.
Rawatan setempat adalah pembuangan atau pemusnahan kanser payudara pada
tempat yang spesifik. Pembedahan dan radioterapi adalah rawatan setempat yang
diguna untuk merawat kanser dalam kes kanser payudara. Jika kanser telah merebak
seperti ke paru-paru atau tulang, rawatan setempat akan digunakan untuk mengawal
kanser ditempat itu. Terapi sistematik atau keseluruhan adalah seperti
kemoterapi,terapi hormon dan terapi biological memusnahkan atau mengawal kanser
melalui badan. Sesetengah penyakit mempunyai kedua-dua jenis rawatan. Sesetengah
mempunyai terapi sistemik adalah untuk mengecilkan atau mengecutkan kanser
sebelum rawatan setempat. Sesetengahnya mengambil terapi sistematik untuk
mencegah daripada kanser berulang kembali atau merawat kanser apabila telah
merebak.
2.5.1 Rawatan Pembedahan
Adalah cara yang selalu digunakan untuk merawat kanser payudara.Terdapat beberapa
jenis pembedahan iaitu:-

i) Pembedahan konservatif payudara
ii) Mastektomi
2.5.1.(a) Pembedahan konservatif payudara
Adalah pembuang sel-sel kanser termasuk tisu-tisu normal disekeliling (clear margin)
tetapi masih mengekalkan payudara yang asal. Ia termasuklah
i) Lumpectomy
Ia melibatkan pembuangan sel-sel kanser dan tisu-tisu payudara normal disekitarnya.
Sekurang-kurangnya 3cm dari tumor. Kadangkala excision biopsy diistilahkan sebagai
lumpectomy. Sesetengah nodus limfa aksila juga dibuang.
ii) Partial mastectomy
Pembuangan sel kanser dan sebahagian besar sel-sel normal disekelilingnya. Lapisan
diatas otot pectoris dibawah kanser kadangkala dibuang. Saluran limfatik dibawah
aksila juga kadangkala dibuang. Kebanyakan wanita akan menjalani rawatan
radioterapi selepas pambedahan konservatif payudara untuk memusnahkan sel-sel
kanser yang tertinggal dikawasan terbabit.
2.5.1 (b) Mastektomi
Adalah pembedahan pembuangan payudara ia termasuklah:-
i)Simple mastectomy
Pembuangan keseluruhan payudara termasuk nipple,alveolar dan lapisan atas otot
besar pectoris. Sesetengah saluran limfatik dibahagian aksila juga dibuang.
ii) Modified radical mastektomi

Pembuangan keseluruhan payudara termasuk kebanyakkan saluran limfatik pada aksila
dan lapisan yang menutupi otot dada
2.5.2 Pembentukan semula payudara (Breast roconstruction)
Adalah satu pembedahan pilihan yang dibuat semasa pembedahan mastektomi atau
selepas pembedahan mastektomi. Ia haruslah dibincangkan dengan pakar bedah
plastik sebelum mastektomi walaupun pembedahan pembentukan semula dijadualkan
dibuat kemudian. Jenis-jenis pembentukan semula payudara bergantung pada umur
individu,jenis tubuh dan jenis pembedahan untuk kanser payudara. Payudara boleh
dibentuk semula dengan menggunakan silicon atau tisu yang diambil dari bahagian
tubuh yang lain contohnya abdomen.
2.5.3 Radioterapi
Rawatan yang menggunakan kuasa x ray yang tinggi untuk membunuh sel-sel kanser.
Teknik-teknik yang digunakan:-
2.5.3(a) External radiation.
Terus ke payudara dengan mesin.Rawatan ini selalunya diberi dalam sessi yang
singkat pada setiap hari. Rawatan ini biasanyadiberi dari hari isnin hingga jumaat dan
rehat pada hujung minggu. Setiap satu rawatan mengambil masa 10 hingga 15 minit.
Rawatan radioterapi untuk kanser payudara biasanya mengambil masa 3 hingga 6
minggu.
2.5.3(b) Implan radiation.
Implan dimasukkan kedalam payudara dan ia mengandungi radioaktif. Sesetengah
wanita mempunyai kedua-dua jenis teknik ini. Jika tumor itu besar atau sukar untuk
dibuang melalui pembedahan, radioterapi atau bersama dengan chemo atau terapi
hormon digunakan untuk mengecut tumor sebelum pembedahan. Radioterapi akan

diberi pada kawasan dada. Radioterapi selalunya diberi selepas pesakit menjalani
pembedan pembuangan sel-sel kanser. Ia juga mungkin diberikan sebelum atau
semasa pembedahan. Radioterapi akan diberi pada tempat yang dikenal pasti
mempunyai sel-sel kanser selepas pembedahan lumpectomy atau segmental excision
untuk mengurangkan risiko kejadian kanser yang berulang pada tempat tersebut.
Selepas mastektomi, Radioterapi akan diberi pada bahagian dada jika doctor
merasakan masih ada sel-sel kanser yang tertinggal. Jika beberapa kelenjar limfatik
telah dibuang dan ia mengandungi sel-sel kanser atau atau jika tiada kelenjar limfatik
dibuang, radioterapi akan diberi dibahagian aksila. Jika kesemua kelenjar limfatik
dibuang dari bawah tangan, radioterapi pada bahagian aksila tidak diperlukan.
2.5.4 Kemoterapi
Digunakan untuk merawat semua jenis kanser dari semua peringkat kanser payudara.
Semua wanita yang disahkan mempunyai kanser payudara pada peringkat awal akan
menjalani rawatan kemoterapi neoadjuvant diikuti oleh pembedahan. Pilihan rawatan
ditentukan oleh risiko untuk berulang, estrogen roseptor status dan status menopause.
Ubatan yang digunakan ialah tamoxifen atau anastrozole untuk ER positif
Kemoterapi biasanya diberikan untuk kes seperti:-
i) Melibatkan nodul aksila
ii) Nodus negatif yang mempunyai prognosis yang tidak bagus.
iii) Penyakit setempat yang teruk
iv) Metastasis yang jauh dan biasanya diberi sebagai adjuvant,neoadjuvant dan
paliatif
Contoh regime yang biasa digunakan :-
i) FAC – 5 Flourouricil, Adriamycin, Cyclophosphamide
ii) FEC - 5 Flourouricil, Epirubicin, Cyclophosphamide
Kemoterapi biasanya diberi sebagai pesakit luar.Ia diberi dalam masa sehari untuk
setiap 3-4 minggu sekali sebanyak 6 kali dan mengambil masa 4-6 bulan
2.5.5 Rawatan hormon

Rawatan hormone biasanya diberi selepas pembedahan dan radioterapi untuk
mengurangkan risiko kanser berulang. Ia juga diberi sebelum atau selepas kemoterapi.
Ia amat berkesan pada wanita yang mana kanser sel mempunyai reseptor estrogen dan
progesterone dipermukaannya.Keadaan ini dikenali sebagai Reseptor estrogen positif
atau reseptor progesterone positif. Ubatan yang biasa digunakan ialah Tamoxifen,
Arimidex dan Femara.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Kajian ini mengunakan kaedah yang merangkumi peralatan yang digunakan,
instrumentasi kajian, sample kajian, tempat kajian yang akan dijalankan, kaedah
pengumpulan data dan permasalahan yang akan dihadapi semasa kajian dijalankan.
3.2 Rekabentuk kajian
Untuk menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah kajian descriptive
iaitu secara kuantitatif dimana penyelidik mengedarkan soalan yang mengandungi
beberapa variable dan menganalisa keputusannya. Sample diambil di kalangan pesakit
kanser payudara yang mendapat rawatan kemoterapi di Pusat Rawatan Harian.
Penyediaan kertas soalan hendaklah mendapat persetujuan penyelia kursus sebelum di
edarkan supaya tidak menimbulkan sebarang masalah semasa pengumpulan data dan
soalan-soalan dipilih berdasarkan permasalahan yang terlibat.
Responden terlebih dahulu diberitahu berkenaan kajian ini supaya mendapat kerjasama
dan pesakit dapat menjawab kesemua soalan. Soalan-soalan yang dipilih untuk kajian
ini juga merupakan soalan-soalan yang mudah difahami oleh pesakit dimana penyelidik
memilih soalan berbentuk terus menerus(direct to the point).
Data-data yang dikumpulkan untuk kajian ini diperolehi dari Pusat Pendidikan
Kesihatan Hospital, Perpustakaan Kolej Kejururawatan Taiping dimana ia merangkumi
buku-buku serta jurnal-jurnal yang telah diterbitkan. Disamping itu maklumat dari
internet juga dimasukkan untuk membentuk soalan kajian ini.

3.3 Tempat kajian
Kajian akan dijalankan di Pusat Rawatan Harian Kemoterapi kerana kebanyakkan
pesakit payudara mengambil rawatan kemoterapi disitu.
3.4 Populasi
Sampel kajian diambil dari semua pesakit kanser payudara yang mendapat rawatan
kemoterapi di Pusat Rawatan Harian, Hospital Taiping.
3.5 Sampel kajian
Sampel kajian yang akan diambil terdiri daripada pesakit kanser payudara yang
mengalami keciciran yang mendapat rawatan kemoterapi di Pusat Rawatan Harian
Hospital Taiping. Seramai 30 responden akan terlibat dalam kajian ini.
3.6 Instrumen kajian
Penyelidik menggunakan kaedah mengedarkan soalan kerana dengan cara ini
responden akan lebih jujur menjawab soalan yang telah dikemukakan kerana pada
soalan ini tidak perlu disertakan nama responden. Walaubagaimanapun, kaedah ini
juga mempunyai keburukkan kerana responden boleh menjawab secara tidak jujur dan
tidak tepat.
Soalan kajiselidik ini mempunyai 3 bahagian yang merangkumi 3 perkara iaitu Bahagian
A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A ialah bahagian yang mengandungi butiran
peribadi responden. Antara item yang terdapat dalam bahagian ini ialah umur, tahap
pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan, jarak rumah ke hospital dan kemudahan
pengangkutan ke hospital. Bahagian ini mempunyai 6 soalan dimana setiap responden

perlu menulis umur dan menandakan jawapan yang tepat untuk soalan yang
selebihnya.
Bahagian B pula mengandungi 6 soalan yang memerlukan responden memilih jawapan
diantara ya atau tidak. Pengkaji memilih soalan jenis ini kerana ianya mudah untuk
dianalisa dan responden tidak memerlukan masa yang panjang untuk menjawabnya.
Bahagian ini adalah untuk menganalisa pengetahuan responden terhadap penyakitnya.
Bahagian C pula mengandungi 5 soalan yang menyerupai bahagian B. Tetapi bahagian
ini adalah untuk mengetahui status sosioekonomi dan persekitaran responden. Ini
adalah bertujuan untuk mengetahui hubungkait antara ststus sosioekonomi dan
persekitaran pesakit dengan sebab-sebab yang berkemungkinan menyebabkan
keciciran berlaku.
3.7 Kajian rintis
Kajian rintis adalah bertujuan untuk menguji instrumen atau kaedah pengumpulan data
yang akan dilakukan di dalam kajian sebenar kelak (Sharp, 2003 dipetik dari Nor
Aroma, 2005). Konsep pengukuran reliabiliti dalam kaedah kuantitatif khasnya
penggunaan soal selidik direka untuk menguji kelompok soal selidik melalui kajian rintis
(pilot test) yang bererti; satu ujian skala kecil (small-scale testing). Kajian rintis juga
berupa permulaan percubaan (preliminary trial) sebelum item-item daripada ujian
sebenar dikenakan pada sampel sebenar. Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk
mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu.
Bagi kajian ini pengkaji telah menggunakan soalan kaji selidik sebagai instrumen kajian.
Kajian rintis ini telah dijalankan pada 3 September 2010 keatas 5 orang pesakit kanser
payudara yang menerima rawatan kemoterapi di Pusat Rawatan Harian, Hospital
Taiping. Pengkaji menggunakan kaedah mengedarkan soalan kerana dengan cara ini
responden akan lebih jujur menjawab soalan yang telah dikemukakan kerana pada
soalan ini tidak perlu disertakan nama responden. Walaubagaimanapun, kaedah ini
juga mempunyai keburukkan kerana responden boleh menjawab secara tidak jujur dan

tidak tepat. Setelah kajian rintis dilakukan dan didapati ia memenuhi kehendak kajian
dan pengkaji akan menggunakan soalan yang sama untuk kajian.
3.8 Pertimbangan etika
Kebenaran dari pihak yang menyelia Pusat Rawatan Harian perlulah diperolehi
sebelum soalan kajiselidik diedarkan kepada responden. Edaran soalan kajian ini
mengambil masa selama sebulan kerana dalam sehari hanya 2 pesakit akan menerima
rawatan kemoterapi.
3.9 Kaedah pengumpulan data
Kaedah yang digunakan adalah kaedah diskriptif dimana soalan kajian dijawab oleh
responden sendiri. Segala data yang dikumpulkan akan dianalisa merangkumi carta-
carta, graf dan jadual untuk memudahkan penyelidik melakukan penilaian kepada
maklumat yang diperolehi.
4. Data analisis
Data daripada analisis dokumen dan soal selidik akan dianalisa menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences Version 15 (SPSS Version 15) bagi
membantu menganalisis data.

BORANG SELIDIK BERKAITAN DENGAN PENINGKATAN KADAR KECICIRAN
RAWATAN KEMOTERAPI DI KALANGAN PESAKIT KANSER PAYUDARA DI
PUSAT RAWATAN HARIAN, HOSPITAL TAIPING
Responden yang dihargai,
Terima kasih kerana terlibat dalam kajian ini. Puan/Cik dikehendaki menjawab soalan
ini dengan ikhlas. Puan/Cik tidak perlu menulis nama di dalam kertas soalan ini.
Maklumat yang diperolehi dari kajian ini adalah sulit dan akan digunakan untuk
memperbaiki perkhidmatan di hospital ini.
Bagi soalan maklumbalas profil, puan/cik dikehendaki menulis jawapan dalam ruang
yang disediakan.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama puan/cik dalam menjayakan
kajian ini.
BAHAGIAN A (PROFIL)
1. Umur : .............................
2. Tahap pendidikan tertinggi
Tiada pendidikan formal
Sekolah rendah
Sekolah menengah
Peringkat diploma & ijazah

3. Sektor pekerjaan
Sektor awam
Swasta
Kerajaan
Pesara
Pelajar
Tidak bekerja
4. Pendapatan seisi rumah:
Kurang daripada Rm 500.00/ sebulan
Rm 500.00 - Rm 1000.00/ sebulan
Rm 1001.00 - Rm 1500.00/ sebulan
Rm 15001.00 - Rm 2000.00/ sebulan
Rm 2001.00 - Rm 2500.00/ sebulan
Rm 2001.00 - Rm keatas/ sebulan
5. Jarak rumah ke Hospital Taiping
5 km
10 km
15km
20km- keatas
6. Kemudahan Pengangkutan
Bas
Teksi/ Kereta sewa

Kenderaan sendiri/ Van
Lain_lain (Nyatakan)
BAHAGIAN B : PENGETAHUAN
Jawapan Ya atau Tidak Ya Tidak
1. Adakah anda tahu tentang penyakit anda?
2. Adakah anda tahu bahawa kemoterapi adalah salah
Satu rawatan untuk kanser payudara?
3. Adakah doktor telah menerangkan penyakit yang dihidapi
Oleh anda?
4. Adakah anda telah diberi penerangan mengenai
rawatan kemoterapi sebelum anda menghadapinya?
5. Adakah anda tahu tentang kesan sampingan ubatan
kemoterapi?
6. Adakah anda mengalami kesan sampingan yang
teruk semasa menjalani rawatan kemoterapi?

BAHAGIAN C: PERSEKITARAN DAN SOSIOEKONOMI
Tandakan jawapan yang betul Ya atau Tidak Ya Tidak
a) Adakah jarak rumah jauh daripada hospital?
b) Adakah anda mempunyai duit untuk tambang
kenderaan dan pendaftaran di hospital?
c) Adakah tiada orang hendak membawa ke hospital?
d) Adakah ada perasaan takut dan bimbang
untuk mendapat rawatan kemoterapi?
e) Adakah anda mendapat sokongan dari pihak keluarga?

Dr Mohd Yatim,
Pengarah Hospital,
Hospital Taiping,
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, Perak 4 April 2010
Tuan,
MEMOHON MEMBUAT KAJIAN BERKAITAN PENINGKATAN PESAKIT KANSER
PAYUDARA YANG TIDAK MEMATUHI RAWATAN KEMOTERAPI
Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimakluman kepada pihak tuan bahawa saya
ingin memohon membuat kajian terperinci berkenaan ketidakpatuhan pesakit kanser
payudara terhadap rawatan kemoterapi agar saya dapat mengetahui kenapa berlaku
keadaan sedemikian serta mengurangi jumlah pesakit yang tidakpatuh akan temujanji
yang telah di berikan kepada mereka.
2. Kerjasama dan kelulusan dari pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“ PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME ADALAH
BUDAYA KERJA KITA “
Saya yang menurut perintah,
…………………………
HOSPITAL TAIPING
JALAN TAMING SARI
34000 TAIPING
Tel : 05-8083333,
Fax : 05-8073894
SIRIM
CERTIFIED TO MS ISO 9001:2000
Registration No. AR 3491

RAJA NURALIZA BINTI RAJA
OMAR
Mr Umasangar,
Ketua Jabatan,
Klinik Pembedahan, Hospital Taiping,
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, Perak 4 April 2010
Tuan,
MEMOHON MEMBUAT KAJIAN BERKAITAN PENINGKATAN PESAKIT KANSER
PAYUDARA YANG TIDAK MEMATUHI RAWATAN KEMOTERAPI
Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimakluman kepada pihak tuan bahawa saya
ingin memohon membuat kajian terperinci berkenaan ketidakpatuhan pesakit kanser
payudara terhadap rawatan kemoterapi agar saya dapat mengetahui kenapa berlaku
keadaan sedemikian serta mengurangi jumlah pesakit yang tidakpatuh akan temujanji
yang telah di berikan kepada mereka.
2. Kerjasama dan kelulusan dari pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“ PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME ADALAH
BUDAYA KERJA KITA “
Saya yang menurut perintah,
HOSPITAL TAIPING
JALAN TAMING SARI
34000 TAIPING
Tel : 05-8083333,
SIRIM
CERTIFIED TO MS ISO 9001:2000
Registration No. AR 3491

…………………………
RAJA NURALIZA BINTI RAJA OMAR
BULAN SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 2 3 4
PERKARA
1. Penyerahan proposal
2. Pemulangan dan pembetulan proposal
3. Mengedar surat kebenaran menjalankan projek penyelidikan
4. Menjalankan kajian rintis
5. Analisa dan pembetulan soalselidik
6. Menjalankan projek penyelidikan
7. Analisa dan interpretasi data
8. Menulis lapuran projek penyelidikan
9. Penyerahan projek penyelidikan
CARTA GANTT UNTUK PELAN PROJEK PENYELIDIKAN PENINGKATAN KADAR KECICIRAN RAWATAN KEMOTERAPI DI KALANGAN PESAKIT KANSER PAYUDARA DI PUSAT RAWATAN HARIAN KEMOTERAPI, HOSPITAL TAIPING

RUJUKAN
http://www.kesihatan.biz/artikel/punca_kanser.php
http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/Maklumat/index.htm
Lexshimi.R,(2009).Oncology Nursing.(2nd edi),Selangor:Meteor Doc. Sdn Bhd
Malaysia Cancer Statistic 2006
Nieswiadom, R.M, (2008), Foundations of nursing research. (5th edi.), United State of
America: Pearson Education, Inc.
Otto E. S (2001). Oncology Nursing.(4th edi), St.Louis: Mosby, Inc.

Fairclough DL, Fetting JH, Cella D, Wonson W, Moinpour CM. Quality of life and quality adjusted survival for breast cancer patients receiving adjuvant therapy.
Ganz PA, Kwan L, Stanton AL, et al. Quality of life at the end of primary treatment of breast cancer
BENSING, J.P.D., 2000, Bridging the gap. The separate worlds of evidence-based medicine and patient-centred medicine. Patient Education and Counseling, 39(1), pp. 17–25.
BRUERA, E., WILLEY, J.S., PALMER, J.L. and ROSALES, M., 2002, Treatment decisions for breast carcinoma: Patients preferences and physician perceptions. Cancer, 94(7), pp. 2076–2080.
GUADAGNOLI, E. and WARD, P., 1998, Patient participation in decision-making. Social Science & Medicine, 47(3), pp. 329–339.
Malaysia Cancer Statistic 2006

http://www.kesihatan.biz/artikel/punca_kanser.php
Lexshimi.R,(2009).Oncology Nursing.(2nd edi),Selangor:Meteor Doc. Sdn Bhd
http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/Maklumat/index.htm