awas, kalau dah suka! miz amaryllis

64
Miz Amaryllis 1 J ANGAN nak tunjuk keras kepala tu kat sini boleh tak?” Tinggi suara itu menggegarkan halwa telingaku. Dia ni memang suka main kasar. Tak boleh agaknya layan insan lemah macam aku ni elok-elok sikit? At least, jangan menengking. Huh! “Jangan suka-suka nak atur hidup orang, boleh tak? Macam bagus sangat,” balasku. Walaupun suaraku tak setinggi mana, tapi tetap boleh menyentakkan hatinya. Buktinya, dia terus merenung aku tajam sebaik sahaja aku menghamburkan ayat tadi. Aku menjeling tajam. Fed uplah aku macam ni. Takde bahagia kahwin dengan kau ni. Menambah beban kat kepala mungkin ye la kut.” Dia menempelakku dengan sinis. Macam aku bahagia benar kahwin dengan kau. Semuanya bermula dengan hanya satu kata putus, kini apa yang aku pernah miliki berubah serta-merta. Tak ada Prolog

Upload: penerbitan-kaki-novel

Post on 20-Oct-2015

2.675 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JOM LAYAN BAB 1 - BAB 10 NOVEL INI.....

TRANSCRIPT

Miz Amaryllis

1

“JANGAN nak tunjuk keras kepala tu kat sini boleh tak?”

Tinggi suara itu menggegarkan halwa telingaku. Dia ni memang suka main kasar. Tak boleh agaknya layan insan lemah macam aku ni elok-elok sikit? At least, jangan menengking. Huh!

“Jangan suka-suka nak atur hidup orang, boleh tak? Macam bagus sangat,” balasku.

Walaupun suaraku tak setinggi mana, tapi tetap boleh menyentakkan hatinya. Buktinya, dia terus merenung aku tajam sebaik sahaja aku menghamburkan ayat tadi. Aku menjeling tajam.

“Fed uplah aku macam ni. Takde bahagia kahwin dengan kau ni. Menambah beban kat kepala mungkin ye la kut.”

Dia menempelakku dengan sinis. Macam aku bahagia benar kahwin dengan kau.

Semuanya bermula dengan hanya satu kata putus, kini apa yang aku pernah miliki berubah serta-merta. Tak ada

Prolog

Awas, Kalau Dah Suka!

2

lagi dunia kerja, tak ada lagi dunia bebas tanpa sempadan, tak ada lagi ma dan pa yang selalu menjadi teman, tak ada lagi banglo pa yang dikelilingi oleh tasik dan semuanya.

Aku menjatuhkan pandangan pada jari-jemariku. Sebentuk cincin bertatahkan batu yang tidak kutahu apa namanya, aku sentuh tanpa jiwa.

Sedikit demi sedikit, bebelan kasar, suara si kuku besi makin kelam. Diganti pula dengan ulang tayang beberapa bulan yang lalu, sewaktu kata putus itu aku putuskan.

Miz Amaryllis

3

“TRISH, please. This will be the last time aku mintak tolong. After this, no more

word ‘please’ from me.”

Ya sangatlah kau tu dik, macamlah aku baru kenal kau seminit dua. Dari dalam perut mama lagi kita dah kenal perangai masing-masing, okey. Bisik hatiku sendirian.

“Aku bukan tak nak tolong, tapi macam mana dengan ma dan pa? Apa pulak kata diorang nanti?”

Nasib baik kau adik, aku kakak. Kalau tak, takde maknanya aku nak sedekah perasaan simpati aku ni. Membazir. Lagipun, apa pula kata orang di sana.

“Diorang tak kisahnya. Kan papa yang cakap tadi, Uncle Wan tak kisah siapa pun, asalkan perempuan tu datang dari rahim mama. So, itu tak jadi masalah pada mereka. Tadi tu papa pilih aku as an opinion, kan?”

Aku mendengus. Bantal peluk aku tepuk beberapa kali. Lepaskan geram. Payahlah kalau macam ni. Takkan nak tinggalkan dia macam tu aje? Kalau aku terima, buruk baik

Bab 1

Awas, Kalau Dah Suka!

4

aku jugak yang tanggung. Macamlah ma dengan pa nak tolong. Lagi satu, kerjaya aku tu. Ha, kerjaya aku tu macam mana? Sebagai seorang yang sangat komited dalam kerja, takkan aku nak terikat pulak?

Riya ni pun satu hal. Apalah salahnya dia aje yang terima lamaran tu? Dah alang-alang kerja kau menghabiskan harta ma dengan pa, kau kikis ajelah harta anak Uncle Wan, kawan papa masa belajar dulu tu. Keturunan raja pulak tu. Raja mana? Tak tahulah, tapi yang penting bukan Raja Kapur.

Uncle Wan ni pun sama jugaklah, datang-datang bawak masalah pulak. Tak faham aku. Tiba-tiba nak jodohkan salah seorang daripada kami untuk anak lelaki tunggalnya yang sekarang berada di California bersama mamanya, iaitu bekas isteri Uncle Wan. Kalau nak diikutkan logik akal, aku dengan adik aku bukan ada beza apa sangat pun. Muka dah kompom-kompom sama, nama pun kembar seiras. Yang membezakan mungkin perwatakan kami. Aku, Baby NurBatrisyia, kakak yang agak brutal dan pendiam. Yang adik pulak, Baby NurBadriyah sangat-sangat girly dan bebas laku.

Jadi, bagi menampakkan ia lebih adil dan saksama, Uncle Wan dah pun serahkan amanatnya kepada ayahanda kesayangan kami untuk membuat keputusan siapa yang bakal menjadi mangsa keadaan yang akan dinikahkan dengan anak teruna Uncle Wan tu. Pa dengan mudah mencalonkan adik.

Tapi... selamba adik kata tak nak, then namakan aku sebagai galang gantinya. Calon seterusnya? Itu dah dikira lebih!

“Pa tak kisah, tapi Riya kena tanya kakak Riya dulu. Kalau dia kata okey, pa dengan ma pun okey.”

Itulah jawapan pa kepada Riya. Disebabkan benda

Miz Amaryllis

5

itulah, Riya ni sibuk bukak sesi pujuk-memujuk dari tadi sampai sekarang.

Jam loceng dikerling. What? Pukul satu lebih dah? Hei, aku ni wanita bekerjaya tahu tak? Esok nak bangun pagi kena pergi kerja. Kau tu lainlah, melingkar sepanjang hari. Bisik hatinya. Geram dengan permintaan adik kembarnya itu.

“Kau ni cakap ikut selera mulut aje, kan? Aku ni kenal dia pun tak, tiba-tiba nak suruh kahwin? Gila!” cemuhku dengan muka sebal.

Aku ni bukanlah termasuk dalam kategori perempuan yang suka pilih lelaki. Tapi agak-agaklah, kan? Dibuatnya muka anak Uncle Wan tu macam penyangak kaki lima, tak ke haru? Nak pandang pun tak berseleralah weh.

Riya berdiri, kakinya dihentak-hentak. Hah, protes! Proteslah kau. Memang takde lain lagi dah. Tu ajelah yang kau tahu kalau orang tak nak ikut cakap kau, kan?

“Yang kau ni cakap gaya macam aku pernah jumpa anak uncle tu apehal? Payahlah cakap dengan perempuan jiwa kacau macam kau ni. Benci!”

Eleh, blah la kau. Memekak dalam bilik aku. Ingat aku tak benci ke kat kau? Gaya macam aku ni sayang sangat je kat kau, kan? Tolong arrr! Bentakku dalam hati.

“Fine! Kau ingat ni. Kalau aku yang kahwin dengan lelaki tu, tahulah aku nak buat apa. Malukan pa dan ma pun aku sanggup. Dan kau akan merana dengan rasa bersalah sampai kau mati!”

Gedegang!

“Hoi, kau ni bangang ke apa? Ingat pintu ni bapak kau punya?!” Bentakku.

Eh! Bapak dia, bapak aku jugak. Huh! Kau memang

Awas, Kalau Dah Suka!

6

tak pernah nak ambil tahu perasaan orang lain, Riya. Apa yang kau tahu, kau dapat apa yang kau nak sekalipun terpaksa menggunakan ma dan pa.

Kau tak pernah kenal erti kasih sayang, hormat orang tua jauh sekali. Kau buat aku rasa tak nak bersyukur ada seorang adik kembar. Kau jugak buat aku rasa lagi elok aku bela ungka Borneo buntut merah tu daripada bela adik yang perangai serupa macam kera kena belacan. Payah!

Astaghfirullah... sabarlah hati.

Miz Amaryllis

7

LANGKAH yang aku atur terhenti tatkala mata terpandang pintu bilik pa yang berkaca hitam.

Aku tersenyum melihat pantulan tubuhku di situ. Tinggi lampai? Mungkin aku tidak berada dalam kategori tinggi yang melampai tetapi cukup sekadar tinggi biasa seorang wanita Asia yang tiada kacukannya. Ketinggian aku sama sahaja seperti Riya, 162 cm dan memiliki bentuk tubuh yang ideal.

Pandangan mataku jatuh pada seraut wajah milikku, juga wajah yang sama dimiliki oleh Riya. Mata bundar tetapi bila reaksiku terkejut, aku suka membuka mataku luas-luas untuk menampakkan bulat dan galak. Hidung pula tak mancung, tak juga pesek. Rambut pula panjang hampir ke punggung tetapi aku tidak gemar melepaskannya. Aku lebih suka ia diikat satu seperti sekarang.

Gaya? Aku lebih suka bergaya simple dan moden tetapi masih menerapkan ciri-ciri wanita timur. Tidaklah bergaya seperti Riya, yang sentiasa mendedahkan pangkal paha serta dadanya hingga menampakkan lurah.

Bab 2

Awas, Kalau Dah Suka!

8

Sebelum melangkah masuk, aku membetulkan letak kolar kemeja putihku. Selepas melepaskan nafas, aku menolak pintu kaca itu. Aku menjengah dengan senyuman.

“Hai pa, can I come in?” soalku sambil memberi isyarat mata untuk masuk.

Pa tengah termenung? Isy, tak patut betul orang lain semua sibuk buat kerja, pa duduk goyang kaki. Ni dah kira makan gaji buta.

“Macam tak biasa masuk pakai redah pulak,” sindir Dato’ Mansor sambil membetulkan duduk.

Aku tersengih. Pa ni punlah, pandai pulak sindir-menyindir. Belajar kat mana entah?

“Ada apa pa panggil?” soalku sebaik sahaja duduk di hadapan pa. Fail berkulit kuning di hadapan pa aku kerling sepintas lalu. Hmmm... dokumen senarai pelanggan untuk tekstil dari China.

“Regarding silk from China. So, how?” soal Dato’ Mansor dengan wajah serius.

Aku dah biasa tengok pa macam ni bila berbicara mengenai bisnesnya. Kalau tak serius, macam mana pekerja nak hormat. Nanti kena pijak kepala pulak. Ingat senang ke nak menerajui sebuah syarikat import export yang besar? Ni baru ibu pejabat, belum lagi tiga cawangan yang ada kat Johor, Melaka dan Perak.

“Ada beberapa gedung pakaian yang dah pun buat order dengan kita. Trish dah suruh Kamal bagi list tu dalam minggu ni kat pa.”

Kamal merupakan Pembantu Pengurus Pemasaran syarikat ni. Aku? Pangkat aku biasa-biasa aje. Gaji pun berapa sen sangat. Ek ena, rendah diri gila-gila punya. Sen sangatlah

Miz Amaryllis

9

gaji aku tu kalau sendiri pun drive BMW 5 Series, kan? Bukan calang-calang orang boleh drive kereta mewah keluaran company BMW ni.

“Pa baru aje tahu dari Kamal. Saja tanya Trish, kut tak betul ke. Sebab susah nak percaya.” Dato’ Mansor tergelak kecil. Fail ditolak ke tepi.

Aku membeliakkan biji mata. Tak percaya? Apakah? “Pa tak percaya kat pekerja kita ke?”

“Bukan tak percaya cuma kurang percaya. Yalah, kita baru aje perkenalkan silk tu minggu lepas. Tak sampai seminggu, dah banyak gedung tekstil yang order. It’s surprised me and I’m impressed anyway. Good job. A credit for you. It’s not easy to be a leader in marketing department.”

Kembang kempis hidung aku dek kena puji. Ya, aku adalah Marketing Manager. Sebenarnya pa dah bagi aku jawatan baru sebagai pengarah, tapi biarlah dulu. Awal lagi. Biarlah aku belajar sikit-sikit dulu.

“Alah, tu aje ke? Bonus ke, reward ke, takkan takde?” Aku tersengih membalas jelingan pa. Kemudian aku menyambung lagi, “sebagai encouragement pada employees to perform better after this la, pa.”

“Okey, okey... Trish nak apa?” soal Dato’ Mansor dengan muka bosan.

Saja aje pa tu. Macam tak biasa bagi aku reward bila aku berjaya melakukan kerjaku dengan baik.

Aku bangun, mengayun kaki lalu berdiri menghadap jendela. Melihat pemandangan Kuala Lumpur dari atas. Bangunan Versatile Empire Sdn. Bhd. setinggi empat belas tingkat. Tinggi jugak, nama pun company besar.

Awas, Kalau Dah Suka!

10

Nafas berat aku lepaskan. Berat sebenarnya untuk menyatakan kemahuanku ini. Entah benar atau tak apa yang aku putuskan malam tadi. Aku menoleh ke belakang, wajah tua pa aku tenung dalam.

“Trish nak kahwin dengan anak Uncle Wan.” Satu nafas aku lafazkan.

Gila! Ya, aku tahu aku gila. Tapi, entahlah. Macam mana meluat pun aku dengan Riya, bila dia minta sesuatu, payah benar untuk aku menolak. Aku kasihan tengok dia yang kadangkala nampak sedikit tersisih dari aku, ma dan pa. Ya, aku lakukan demi Riya. Aku mahu dia mencari hidupnya dulu. Rasa hati tak sanggup untuk tinggalkan si dia yang dah lama bertapak dalam hati ni, tapi... demi kau dik....

Pa terbangun. “Trish, are you serious?”

Aku menunduk, tidak mahu membalas pandangan pa.

Pa mengeluh.

“There you go again, Trish. You are always there for your sister. It’s okay, I don’t mind. But now, we’re talking about your life. Your future. Your career,” tekan pa satu per satu. “Look at me, Trish.”

Aku mendongak, perlahan-lahan.

“Pa, Trish nak yang terbaik untuk Riya. Dia masih belum bersedia untuk berkahwin. Biarlah dia happy dengan hidup dia dulu. Bila dia dah matang baru kita fikir soal pasangan hidup dia,” bidasku, sekali gus mengharapkan pa memahami apa yang aku rasakan.

Pa merapati sisi jendela. Jauh menungnya.

Aku memeluk pinggang pa, sekali gus meletakkan daguku di bahu pa.

Miz Amaryllis

11

“Please pa, jangan kacau hidup Riya. Trish tak nak dia malukan pa kalau dia yang kahwin. Pa tahu, kan apa yang Riya mampu buat bila dia protes? Hal ni melibatkan dua keluarga. Dua keluarga yang ada peranan penting dalam dunia perniagaan dan pelaburan. Jika berlaku sesuatu yang buruk, ia akan menghancurkan syarikat kita juga, pa...” ulasku bersama sedikit fakta yang sememangnya tak dapat nak dielakkan.

“Macam nilah, pa izinkan Trish yang kahwin sebab pa percaya yang Trish boleh jaga nama baik keluarga kita, jaga business kita. Dengan restu pa ni, pa harap Trish boleh bahagiakan dua keluarga ni. Keluarga kita and Uncle Wan. Boleh tak?”

Aku tersenyum ceria, walaupun hatiku sudah menangis keluar air mata darah. Kita mungkin tak dijodohkan bersama, hati kecilku merintih.

Aku nak kahwin demi kau, dik. Mungkin kau tak nampak pengorbanan akak kau selama ni. Takpe, aku tak ambik hati. Apa yang aku harapkan, kau jumpalah dengan jalan hidup yang kau cari selama ni.

“Thanks, pa. Nanti pa bagitau ma, okey?”

Aku tersenyum bila pa menarik aku ke dalam pelukannya.

“Okey sayang. Anything for you,” ujar pa bersama sebuah kucupan di ubun-ubunku. Kasih pa, sepanjang masa.

“Sorry Dato’, nak saya buatkan apa-apa minuman untuk Cik Riya?” soal Halina, setiausaha pa.

Aku dan pa berpandangan. Riya?

“Mana ada Riya, Kak Ina...” ujarku dengan muka pelik.

Awas, Kalau Dah Suka!

12

Kak Ina lagi pelik dengan soalan aku.

“Aik, tadi dia ada datang. Lepas saya suruh masuk, saya terus pergi toilet. Ingatkan dia dah ada kat dalam. Takpelah Dato’, Cik Trish. Saya buat kerja dulu,” pinta Kak Ina sopan.

Itulah pekerja kepercayaan pa selama hampir lapan tahun.

“Kenapa Riya tak masuk terus?” Soal pa padaku.

Aku menjongket bahu. Seketika kemudian, aku meminta diri pula untuk menyambung kerja.

Riya cemburu pa tengok Trish rapat dengan pa. Ya, Trish tahu, sebab tu la dia tak jadi nak jumpa pa. Mungkin dia nampak pa peluk Trish, pa cium Trish. Benda yang dah lama pa tak buat kat Riya.

Miz Amaryllis

13

AKU menjengah telefon bimbit Nokia berkamera yang bernyanyi riang dari tadi. Nombor ni lagi!

Siapalah yang call aku dari tadi ni? Dahlah tak ada nama, malas sungguh aku nak jawab panggilan yang tak dikenali ni la. Nak kena tanya siapa, ada apa. Lagi parah kalau orang yang call tu yang tanya kita ni siapa. Padahal dia yang call kita.

“Weh, bingitlah phone kau tu. Kalau tak nak angkat, silent okay?” tegur Liya, sepupuku (anak pak ngah) dari pintu bilik pejabatku.

“Argh! Tolong, tolong! Penceroboh! Security, security!” teriakku, gaya macam betul-betul ada penceroboh masuk dalam ofis aku.

Liya menunjukkan penumbuknya.

Eleh! Setakat tangan keding macam tu, tak heran aku.

“Malas nak cakap dengan kau, tak habis-habis dengan ‘drama’ kau tu,” ucap Liya sebelum berlalu.

Sekali lagi telefonku menyanyikan lagu Umbrella.

Bab 3

Awas, Kalau Dah Suka!

14

“Yes? Hello...” sapaku, malas.

“Busy?” soal suara di hujung talian.

Erk? Lelaki bersuara maco mana pulak call aku ni?

“Yup. Siapa tu?”

Lelaki tu tergelak. Tapi, bunyi macam sinis. Kenapa ek? Takkan prank call pulak. Siapa aje yang berani buat macam tu kat aku? Rasanya tak ada.

“It’s me, your lovely honey.”

Badanku menegak serta-merta. Mata dah nak tersembul keluar. “My... my what?”

“Me, Afif Akmani. Tengku Afif Akmani. Your beloved fiance. Soon to be your sweetest hubby.”

What?

“It seems like my call has surprised you, huh?” Dia tergelak lagi.

Tapi sumpah, memang sinis tahap gigabite punya. Sekali dengar, memang sakit telinga. Dua kali dengar sakit urat saraf sampai ke hati. Okey, bertenang Trish. Cool, cool. Tapi, dia yang start dulu, so... “what’s up?”

Tu dia, suara tanpa jiwa daripada Baby NurBatrisyia sudah keluar. Konon-konon panggilan daripada tunang tiga minggu aku tu memang tak bagi kesan apa pun.

“Aha... susah nak percaya aku ni dah bertunang, kan? But... I HAVE to believe and HAVE to accept it. So, welcome to my life, Babe.”

Alahai... perlu ke sesinis itu? Tak payah nak tekan sangatlah perkataan HAVE kau tu. Aku faham! Bentakku dalam hati. Sakit mendengar kata-kata yang bernada sinis daripada lelaki itu.

Miz Amaryllis

15

“Oh, saya dah bertunang? Susah nak percaya. But, I HAVE to believe and HAVE to accept it somehow. So, welcome to my terrible life anyway, even though you are not welcome at all, Babe.”

Nah, ambik kau! Bahagia sangatlah kau dapat perli-perli aku macam aku nak sangat kahwin dengan kau, kan? Rasakan. Ingat kau sorang aje pandai sindir-menyindir? Piii...giii... la... cettt!!! Aik, senyap? Ha, terkejut... kan? Ini Trish, okey.

“Speechless? Good. Dengar ni Tengku Afif Akmani, my beloved fiance. I, me, myself, aku, saya, gua ke apa, tak nak kahwin dengan kau, tapi aku terpaksa. Aku tekankan di sini, aku terpaksa. Kalau kau rasa tak boleh terima ke apa, cakap sendiri kat Uncle Wan. Senang, kan? So, kalau takde apa-apa, aku pergi dulu. I’m busy. Good bye.”

Lepas tu aku dah tak kira apa dah, gelak sakan. Siap tekan-tekan perut. Tadi macam berani sangat, sekali aku smash, kaku terus.

Itulah, nak serang orang tak bersedia dulu dengan perisai. Kan dah dapat habuan kau. Tengku Afif Akmani, Tengku ye... awak cuba nak jadi musuh saya ye? Ni, ambo nak khabor siap-siap ni. Awak dah salah pilih oranglah. Omelku dalam hati.

Okey, sekarang dah dengar suara dia yang cakap tak ada tatatertib tu, lepas ni apa pulak? Jumpa? Alah, tak gentar langsung. Dah hampir tiga minggu aku bertunang. Tempoh pertunangan hanya sebulan. Ma dan pa tak kisah pun. Pada mereka, lagi cepat lagi bagus. Majlis sederhana aje. Yang datang pun keluarga terdekat dan beberapa wartawan. Eh, mestilah kena ada wartawan. Nak kahwin dengan anak kerabat raja la katakan. Aku mencebik.

Awas, Kalau Dah Suka!

16

“Oh, kambing kau!” Aku mengurut dada. Melatah sendiri dengan bunyi telefon yang sekali lagi berdering. ‘Mangkuk cuci tangan’ betul, terkejut aku.

Pantas, aku menyambung panggilan bila nama Liya tertera di skrin. Apa lagilah sepupu tersayang aku ni nak agaknya.

“Kedai keranda, boleh saya bantu? Nak tempah keranda untuk diri sendiri ke?” sapaku tanpa memberi salam terlebih dahulu. Dalam satu bangunan pun nak bertelefon.

“Saya nak tempah keranda untuk sepupu saya. Disebabkan sepupu saya tu sangat ‘baik hati’ dan ‘mulut manis’, saya nak keranda tu dibuat dari kayu jati Indonesia punya,” balas Liya.

Nak sound aku sebab mulut takde penapislah tu. Wek, tak heran. Tergelak berdekah-dekah lagi adalah. “Dah kenapa yang menggatal sangat call ni? Bilik selang berapa langkah pun nak call. Eh, hari ni birthday kau ke? Dapat call free ey?”

Gila kau tanya macam tu kat perempuan berjiwa perempuan ni? Silap-silap dia buat ayat sedih konon orang tak ingat tarikh dia dilahirkan. Bukan tak tahu Liya tu, kalau pasal birthday dia, sanggup tolong tuliskan dekat daily planner semua orang yang terdekat. Tak payahlah rasa misteri ke apa kalau tiba-tiba tepat pukul dua belas malam bertarikh 13 September, aku punya phone pasti akan berbunyi tanda ada reminder tu. Memang kerja Liyalah tu.

Aku ni takdelah sweet sangat sampai hari lahir sepupu pun nak ber‘reminder’ segala. Tarikh aku tengok dunia buat pertama kali pun sikit punya payah aku nak ingat. Tahu-tahu dah ada orang wish dengan bersorong hadiah, baru teringat tu birthday aku.

Miz Amaryllis

17

“Weh, kan aku dah tulis kat planner kau bila birthday aku. Kau ni....” Bebel Liya.

Tengok? Kan aku dah cakap. Betapa pentingnya tarikh tu pada insan bernama NurLiyana Hanani tu. Kalau dia lupa hari jadi orang lain takpe, jangan orang lupa hari jadi dia. Mahu putus silaturahim dibuatnya.

“Nak touchinglah tu. Dah... dah... apehal call? Dah tak boleh nak heret kaki ke sini? Tadi bukan main elok lagi kau berteriak kat pintu bilik aku, kan?”

Fail berkulit biru aku buka, pen yang aku selit di tepi telinga aku capai.

“Weh, kau pun mesti lupa, kan? Kita ada meetinglah weh sekarang ni. Kan ke pa kau dah pesan semalam dia nak buat meeting untuk semua manager dari semua jabatan. Aku dah ada dalam lif ni.”

Eh? Terus tegak badan aku. Macam mana boleh lupa? Pukul tiga pa cakap. Sekarang? Argh... dah nak lebih setengah jam dari masa yang pa tetapkan. ‘Maut’lah aku macam ni.

Tanpa pamitan, aku mematikan talian. Sepantas kilat blazer berwarna putih aku sarung. Ikatan rambut aku kemaskan. Beberapa fail yang aku rasa penting, aku apit di antara dada dan tangan kanan. Mana perginya secretary aku ni? Hmmm... patut pun dia tak interkom aku. Tengah busy bergosip dengan Lan. Isy, Mira ni! Aku pecat baru tahu!

Langkahku pantas menghala ke arah lif. Pa, I’m coming. Ngaaa....

Awas, Kalau Dah Suka!

18

AKU mengeraskan muka. Entah apa-apa ajelah budak ni agaknya. Nak aku kahwin, aku dah tunang

dah pun. Sekarang, nak jadi wedding planner aku pulak? Apehal? Eh, aku mampulah upah wedding planner aku sendiri. Kalau betul-betul pun aku takde duit, aku jual aje kereta aku tu. Tapi, sanggup ke?

“Tak payah nak ber‘planner-planner’lah. Buat simple-simple aje,” bantahku. Mengada-ada bagi cadangan nak guna wedding planner. Konon nak buat Wedding of The Year la tu. Aku nak kahwin dengan lelaki sinis tu pun dah cukup baik. Huh!

“Trish, biarlah Riya dengan cadangan dia tu. Dah awak dengan tunang kesayangan awak, Tengku Afif Akmani tak nak ambik kisah... biar kami aje buat,” sampuk ma pula.

Aku picit-picit nasi kat pinggan, meluahkan perasaan sebal. Tak dapat picit kau, picit nasi pun okeylah.

“Okey, Riya rasa black and white sesuai dijadikan tema wedding tu,” cadang Riya beria-ia.

Bab 4

Miz Amaryllis

19

Aku tersedak. Nak tercekik leher aku ni ha.

“Dah, dah. Cadangan ditutup. Orang nak kahwin, bukan nak berkabung,” marahku.

Namun dalam hati, aku terasa bahagia. Rasanya dah lama kami tak berkumpul makan malam bersama sambil bertingkah tentang sesuatu. Selalunya, Riya jarang makan bersama kami. Kalau ada pun, hanya bunyi gigi berlaga aje. Lain benar dengan malam ni. Biarlah aku merana terpaksa berkahwin, asal kami dapat lihat Riya yang lama kembali.

Ma dan pa tergelak.

Riya tarik muka. “Kau tak tengok lagi, mana nak tahu. Cantik tau warna tu. Kan... ma?”

Ma mengangguk. “Ma dah pergi tengok tadi. Sekali tempah baju kahwin Trish.”

Hmmm... aku angguk ajelah.

“Banyak ke ma tempah baju tu?”

“Tak banyak. Dalam enam ke tujuh pasang. Untuk Afif pun ma tempah sekali. Tapi tak tahu dia muat ke tak. Nanti dah siap, kita suruh dia cuba.”

Huk huk! Terbatuk-batuk aku dek kerana tersedak.

Pa mengelus belakangku. Tangannya menghulur segelas air.

Laju aku meneguk. Sekilas aku mengerling Riya, dia merenungku tajam sebelum membuang pandang pada nasi di pinggannya. Sorry Riya, aku tak mintak dilayan sebegini.

Enam ke tujuh pasang tak banyak? Biar betul ma ni? “Apa yang banyak sangat ma? Tak payahlah tempah bagai, dalam almari Trish pun banyak baju.”

Awas, Kalau Dah Suka!

20

Tuk! Terasa kepalaku diketuk. Adoi, ma ni. Main ketuk-ketuk kepala pulak.

“Dalam almari Trish tu ada baju gaun yang kembang-kembang macam Cinderella pakai tu ke? Tak pun ada ke baju kebaya moden yang meleret sampai tiga meter ke belakang? Kalau ada, kita cancel aje baju yang kita tempah tadi Riya,” sindir ma.

Riya tergelak.

Pa join sekaki.

Hesy... payahlah macam ni.

“Okey... okey. Trish serahkan semuanya pada ma dan Riya. Jangan sampai Trish tak berbaju masa sanding dahlah,” pesanku dengan sedikit jelingan. Saja mengugut.

Riya mencebik.

Aku menjongket bahu. Lepas tu, diorang sambung balik cerita pasal tema, hadiah, hantaran, kasut, baju... dan macam-macam lagi yang memang aku tak berminatlah. Nak masuk campur pun, selit sikit-sikit aje. Nak selit banyak-banyak, kang semua benda aku bantah.

Aku melihat Riya dari ekor mataku. Dia petah mencanangkan cadangannya untuk perkahwinanku. Sesekali dia tergelak, bersatu dengan tawa ma dan pa. Ma dan pa juga nampak bahagia.

Hati aku terdetik sesuatu. Mungkin aku yang tak sepatutnya berada di antara mereka. Aku yang menjarakkan hubungan Riya dengan pa dan ma. Kerana aku, Riya menjauhkan diri dari pa dan ma. Sebenarnya, akulah penghalang mereka bersama.

Mungkin benar keputusan yang aku buat untuk berkahwin. Sekurang-kurangnya, aku akan jauh dari ma dan

Miz Amaryllis

21

pa. Dan mesti mereka akan bahagia. Pa dan ma akan dapat Riya semula. Biarlah. Asal sahaja Riya bahagia, aku turut rasa tempiasnya.

“Trish ada cadangan!” laungku.

Tiga pasang mata menala ke arahku.

“Trish cadangkan nikah dekat pejabat kadi aje. Tak payah pelamin segala.” Dengan rasa teruja aku melaungkan cadangan yang aku rasakan cukup meringankan bahu semua orang.

Sejurus itu juga semua mata merenungku dengan pandangan tajam.

Tuk! Auw! Sakitlah! Ma ni....

“Cadangan... ditolak,” ujar mereka serentak.

Aku menjulingkan mata. Bagi idea yang boleh senangkan semua orang pun tak boleh diterima. Hesy....

Seketika kemudian mereka menyambung kembali mesyuarat. Hmmm... bilalah nak habis? Aku mengambil keputusan untuk menonton televisyen di ruang tamu sahaja. Sebaik sahaja tanganku cuci, aku melangkah. Itu pun setelah memberi isyarat mata pada pa yang aku nak tengok TV.

Program syarahan berunsurkan Islam aku pandang sekilas.

“Bumi pun boleh bercakap tuan-tu...”

Bosan. Tap! Aku tekan siaran lain. Tapi... bumi boleh bercakap? Aku tekan semula siaran tadi.

“Bunyinya macam kelakar, tapi itulah kuasa Tuhan. Kita tak nampak sekarang. Nanti masa hari kiamat, bumilah yang menjadi saksi atas segala amalan yang kita lakukan di atas bumi ini. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW membaca satu ayat

Awas, Kalau Dah Suka!

22

yang bermaksud, pada hari itu bumi akan menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya, adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Dan para sahabat menjawab, hanya Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Bumi sampaikan berita masa hari kiamat?

“Baginda SAW juga bersabda, sesungguhnya berita yang disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Pada masa itu, bumi akan berkata manusia ini telah melakukan ini, melakukan itu pada hari ini dan hari itu. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi. Hadis itu diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.”

Subhanallah, besarnya kuasa Tuhan. Aku terdiam sendiri.

“Hadirin sekalian, apa yang ada dalam fikiran anda semua selepas mendengar hadis ini?”

Rasa menyesal buang sampah merata-rata, mencemarkan bumi Allah ini. Rasa takut nak buat benda yang haram dan dilaknat Allah.

“Adanya hadis ini adalah untuk menjadi dorongan kepada hamba Allah yang ada di muka bumi ini supaya melakukan amalan soleh dan menjauhi diri dari melakukan maksiat. Pendek kata amar makruf, nahi mungkar. Nak dapat keredaan-Nya kenalah ikut perintah Tuhan. Sembahyang, puasa... semua yang wajib kena buat, yang sunat pun jangan lupa. Yang dah diharamkan janganlah dibuat.”

Aku berfikir seketika. Sembahyang lima waktu pun selalu jugak lubang-lubang. Puasa okey aje selagi bendera Jepun tak naik. Tapi, bab bayar hutang puasa tu yang payah

Miz Amaryllis

23

sikit. Perkara sunat? Hmmm... dulu selalu jugak buat sembahyang hajat. Lagi-lagi time nak exam. Sekarang ni, macam susah sikit. Yang haram pulak... setakat ni mungkin dari segi pakaian ajelah. Tak pakai tudung, baju nampak bentuk badan, terdedah pun ya jugak. Membunuh aku tak pernah buat lagi. Teguk air kencing syaitan pun tak pernah lagi, kalau boleh mintak dijauhkanlah.

Astaghfirullahalazim... begitu mudah aku pandang hukum Allah selama ni. Part yang menutup aurat tu, tak tahu kenapa, rasa macam tak terbuka lagi pintu keinsafan ni. Memang banyaklah dosa aku kat situ. Tuhan....

“Sebab keduanya pulak, Allah SWT nak tunjukkan pada hamba-hamba-Nya yang Dia Maha Kuasa. Kuasa-Nya tiada tandingan. Lihat kemampuan-Nya menjadikan benda-benda keras dapat bercakap di mana bumi akan menjadi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.”

Subhanallah... Allah Maha Besar. Aku menginsafi diri, betapa kerdil aku di sisi-Nya.

“Sebab ketiga pula, supaya kita takut untuk melakukan maksiat di muka bumi ini. Boleh dikatakan sebagai larangan keras terhadap hamba-hamba-Nya. Kita kena ingat, walaupun kita buat jahat, orang tak nampak, tapi bumi tetap akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT, yang menjadi hakim di hari kiamat kelak. Jadi, bertakwalah kita pada Pencipta kita hadirin sekalian.”

Aku tertunduk. Ya Allah... sungguh besar kuasaMu. Meliputi seluas alam semesta. Tiada satu pun yang terlepas dari pandanganMu, Ya Allah.

Sedang aku bertafakur, aku nampak Riya tergesa-gesa keluar dari bilik makan lalu berlari-lari mendaki anak tangga. Tak sampai lima minit, aku nampak dia berlari turun

Awas, Kalau Dah Suka!

24

bersama tas tangannya. Pakaian tadi dah diganti dengan skirt jean pendek dengan T-shirt sendat. Sebelah lagi tangannya mengepit jacket denim dan jemarinya memegang sepasang kasut wedges. Melihat pada pakaiannya, aku beristighfar. Jauh sungguh adik aku melencong. Setakat ni, aku tak pernah lagi terniat nak menyarung pakaian sebegitu untuk keluar.

Sampai di pertengahan ruang tamu, telefon bimbitnya berbunyi. Kelam-kabut tangannya menyelongkar tas tangan.

“Babe, babe. Wait ya. Sekejap aje.”

Dalam dia berserabut dengan segala barang di kiri kanan tangan, tak semena-mena butang loudspeaker di telefon bimbitnya tertekan. Apa lagi, leher aku panjangkan, telinga aku kembangkan luas-luas.

“Macam mana you boleh lupa, bie? I tunggu you almost half an hour, okay.”

Kedengaran suara seorang lelaki bersama keluhan. Pakwe Riya ke? Heee, susah nak jangka. Kalau dah kawan lelaki berderet-deret. Nak kata pakwe, hmmm... memang tak boleh nak agak.

Aku lihat Riya sedaya upaya cuba mencapai jemarinya pada butang telefon untuk mematikan loudspeaker yang dia ter... aktifkan.

“Bie?” Seru suara lelaki tu lagi.

“I’m on my way, bie. Kejap aje.”

Tiba-tiba Riya mengalih pandangannya padaku. Dia menjeling tajam lalu melangkah laju keluar dari pintu utama. Marahlah tu aku curi-curi dengar. Ha ha ha... siapa suruh loudspeaker?

Hai... la... baru tadi rasa macam dah ada dalam satu

Miz Amaryllis

25

keluarga yang aman bahagia. Tup-tup, dia blah pulak. Entah apalah yang kau cari, dik kat luar tu. Setiap malam.

Ya, aku tekankan di sini. Setiap malam. Kalau sekali-sekala mungkin aku juga ma dan pa tak kisah, tapi tak. Setiap malam keluar, pukul tiga empat pagi baru nampak jalan balik ke rumah. Kadang-kadang pagi esoknya baru balik. Kadang-kadang esok lusanya baru balik, tidur di penthouse yang disewanya.

Tipulah jika aku katakan yang aku tak tahu langsung apa yang dia lakukan di luar sana. Pasti ke kelab-kelab malam.

Ya, bukan aku tak ambil kisah malah, pernah aku menyerang Riya ketika dia sedang meneguk air di situ. Tetapi, esok-esok dia buat lagi.

Dan sampai ke hari ini, aku dah letih hendak memarahinya. Ma dan pa juga begitu. Masing-masing dah penat, akhirnya kami biarkan sahaja. Tengoklah sampai mana Riya mampu pergi dengan kehidupan yang penuh dengan palitan hitam di hati tu.

Aku teringat kembali ceramah tadi. Kan ke bagus kalau Riya dengar ceramah tadi. Kalau tak terbuka luas pun pintu hati tu, sekurang-kurangnya dia tahulah yang Tuhan tu melihat apa yang dia lakukan di luar sana. Apa yang dia buat pada ma dan pa. Apa yang dia buat pada aku, kakaknya. Biar dia tahu yang bumi akan menjadi penyampai utusan ketika hari kiamat nanti.

Awas, Kalau Dah Suka!

26

“KAU apesal buat muka macam nampak hypo pakai baju kau ni?” tegurku.

Dahlah masuk ofis orang tadi duk kata nak cakap something. Muka pun serius aje. Dah aku bagi duduk, siap hidang air lagi, dia boleh tenung muka aku yang cun ala-ala Taylor Swift ni ha. Malulah aku macam ni. Makin kuatlah perasan aku.

“Aku nak cakap pasal sepasang kekasih yang berkasih dari jarak jauh hampir tiga tahun dan sekarang perempuannya nak kahwin. Wow, seronoknya. Tapi kesian, dia nak kahwin dengan lelaki lain. Betul, aku baru dengar cerita ni dari front desk girl. Nak ceritakan sesuatu ke?”

Tak payah tunggu ayat dia habis, aku dah tahu yang rahsia aku dah kantoi. Apalah kerja front desk girl ni? Duk bergosip aje. Isy... tapi memang betul pun. Liya patut tahu pasal ni. Cuma aku aje yang tak nak heboh-hebohkan. Kalau boleh, masa kad jemputan sampai baru nak bagi tahu.

“Apa ni Trish? Aku sepupu kau, kau sanggup rahsia-

Bab 5

Miz Amaryllis

27

rahsia kat aku? Patutlah mama dengan baba tersenyum-senyum depan aku macam ada rahsia. Rupa-rupanya diorang pun komplot dengan kau, kan?”

Erk? Betul ke pak ngah dengan mak ngah tahu pasal aku dah tunang dan nak kahwin? Bila masa diorang tahu? Pa atau ma yang bagitau kut? Eh, taklah. Pa dengan ma sendiri pesan jangan bagi tahu pak ngah dengan mak ngah, nak buat surprise katanya. Isy....

“Sorry Liya, aku bukan saja-saja nak berahsia dengan kau. Kalau aku bagitau kau, mesti kau upset macam ni.”

“But how? Who?” soal Liya, geram.

Aku faham maksud soalan Liya tu.

“Anak kawan pa masa studi kat Swiss dulu. Dia datang rumah, cakap dia berhajat nak kahwinkan anak dia dengan salah seorang dari kami. Aku dengan Riya. Pa nak Riya yang kahwin dengan anak Uncle Wan tu. Tapi....” Kata-kataku cukup sampai di situ bila tengok biji mata Liya dah macam nak terkeluar dari landasan. Aku tahu, Liya faham.

“Oh, so... sweet dapat kakak yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi adik yang buta hati, buta kayu, buta mata macam tu,” sindir Liya.

Aku diam. Aku tahu dia marah.

“Boleh tak once in a while kau biar aje adik kau tu merana sikit? Bagi dia belajar dari kesalahan, kesusahan, kepayahan? Biar aje dia yang kahwin dengan lelaki tu,” marah Liya.

Aku menegakkan duduk. Liya yang berambut keriting yang baru dibuatnya kelmarin, aku pandang dalam.

“Tak boleh, dia adik aku. Aku sayang dia. Aku tak

Awas, Kalau Dah Suka!

28

nak masa depan dia hancur sebab kena kahwin dengan lelaki yang dia tak kenal,” balasku tajam.

“Hidup kau hancur takpe? Macam mana janji kau dengan dia? Blah macam tu aje?” tukas Liya.

Aku terdiam lagi.

Tiba-tiba wajah menyinga tadi bertukar sayu.

Aku sekadar melihat wajah sayu Liya. Satu-satunya manusia yang boleh rapat dengan aku selain dari si dia dan Miy, anak Mak Pah.

Mak Pah, pembantu di rumah aku. Yalah, siapalah yang nak kawan dengan orang macam aku ni, yang tak tahu nak bersosial. Time study dulu, buku ajelah jadi kawan aku. Bila dah kerja, tak nampak dunia luar langsung. Bukan gaya aku duk melepak dengan kawan-kawan tu semua. Aku lebih suka duduk dalam dunia aku sendiri. Dunia dengan komputer, fail dan kerja.

“Aku happy Trish sebab kau dah nak kahwin waima sebab adik kau pun. Tapi, dia macam mana? Kau faham, kan?”

Aku mengangguk. Ya, aku faham. Aku kini sedang melangkah pergi meninggalkan janji-janji yang aku dan dia pernah lafazkan dulu. Dia yang kini sedang mengejar kerjayanya di negara orang. Menguruskan perniagaan keluarganya di sana.

“Dia mesti faham,” ulasku cuba meyakinkan Liya walaupun dalam hati langsung tak yakin dengan apa yang aku sendiri katakan.

Liya tergelak tak rela.

“Ada ke pakwe yang faham bila tengok awek kahwin dengan lelaki lain Trish?” tekan Liya.

Miz Amaryllis

29

Aku tahu apa yang Liya rasa. Liya sendiri takut nak beritahu si dia yang aku sudah pun bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan beberapa hari sahaja lagi. Aku tertunduk. Hilang kata-kata. Bukan niat aku untuk meleburkan janji yang pernah aku dan dia lafazkan tiga tahun dulu. Tapi, keadaan memaksa. Sayang pada adik lebih mendalam daripada sayang kepada kekasih.

“Aku dah cuba nak bagitau, masa dia call. Tapi, aku tak mampu. Dengar suara dia yang chill tiap kali call aku, aku jadi kesian nak bagi dia sedih,” luahku sekali bersama nafas berat.

“Perlu ke kau berkorban sejauh ni untuk adik kau yang buta hati tu?”

“Perlu, Liya. Aku nak dia jumpa apa yang dia cari dalam hidup dia tu.”

Liya mendengus. “Trish, look. Dia tak pernah pun nampak pengorbanan kau tu. Lepas ni apa pulak? Apa lagi yang kau sanggup korbankan untuk adik hati kering macam tu?”

Nada Liya mula naik satu level. Aku tahu dia marah dengan tindakan aku ni. Mata kami bertentangan. Matanya tajam merenungku, pun aku balas dengan pandangan sayu.

“Nyawa. Benda tu mungkin the last thing aku boleh korbankan untuk dia bila aku dah tak tahu nak korbankan apa lagi,” ujarku perlahan dan aku akan pastikan ia bukan sekadar satu perkataan.

Liya mengeluh. Letih dengan niatku untuk menabur kasih sayang pada adik yang tak pernah nampak semua itu.

“Kau terlalu sayangkan adik kau Trish. Tapi dia? Apa yang pernah dia bagi sebagai balasan kat kau?” cucuk Liya.

Awas, Kalau Dah Suka!

30

Aku tersenyum kecil, walaupun nampak sendunya. Aku menggeleng. “Nothing, aku buat sebab aku ikhlas. At least, aku puas tengok dia dapat apa yang dia nak.”

Sekali lagi Liya tergelak, sinis.

“Apa yang kau tengah buat ni sama macam kau tuang sejag air kat padang pasir, Trish. Tak memberi kesan apa-apa, tak ada apa yang akan berubah,” tekan Liya.

Tak penat ke kau Liya nasihatkan aku? Tak kisahlah kau nak kata aku tuang air kat padang pasir ke, tabur garam kat laut ke. Aku tak ambik kisah. Aku tetap dengan pendirian aku.

“Kau takkan faham apa yang aku rasa kalau kau ada adik yang selalu menyisih sebab dia rasa dia tak sehebat kau, tak seelok kau.” Aku melepaskan lagi nafas yang memberat di dada. “Riya kurang kasih sayang sebab dia rasa aku aje yang layak untuk itu, Liya. Dia jauh dari pa dan ma sebab aku.”

Seingat aku, kali terakhir aku nampak Riya bermanja dengan ma dan pa ketika kami berada di sekolah menengah, mungkin dalam tingkatan lima. Elok aje dia dapat tawaran sambung belajar ke UK, tak pandang apa lagi dah, terus nak terbang ke sana. Tegahan ma dan pa langsung tak dihiraukan. Aku pula ‘tercampak’ di UiTM Shah Alam aje.

Lepas sampai UK, tiga tahun kursus diploma kemudian dua tahun kursus ijazah dan setahun lagi duduk saja-saja menghabiskan masa di sana. Tu pun dia nak sambung master, tapi nasib baik tak dapat sebab tak berapa nak layak. Dalam beberapa tahun tu, boleh dikira dengan jari berapa kali aje dia jejak kaki kat negara tanah tumpah darah ni. Tipulah kalau ma dan pa takde duit nak sponsor tiket flight, tapi memang budak tu tak nak balik. Dipujuk pun, tak nak. Selalunya, ma dan pa yang terbang ke sana.

Miz Amaryllis

31

Dan sampai ke hari ni, dia terus-terusan menjauhi kami. Entah di mana silap kami bertiga sampai macam tu sekali dia menyisih. Dulu dialah anak paling manja. Tapi sekarang, tahu nak menyinga aje, tengking ikut suka hati dia. Kadang-kadang aku kesian tengok ma dan pa. Bukan aku tak tahu yang diorang sedih dengan perangai Riya tu. Kalau dulu dia rapat dengan aku. Sekarang, nampak aku pun dia buat tak nampak, siap boleh terlanggar bahu lagi tu.

“Aku dengar Abang Miy nak balik dalam masa terdekat ni.”

Miy? Kalau Miy balik, maksudnya? Aku terkaku. Ini dah dikira berbahaya. Memanglah aku tak boleh nak lari ke mana, kan? Nak sorok pun tak boleh.

“Amboi, seriusnya muka. Tengah plan nak rompak bank ke?”

Ek? Aku kalih muka ke pintu bilik. Pa....

Liya tersengih, menyembunyikan raut wajah berkerutnya tadi.

Aku pun tumpang sekaki. Tersengih, tapi kenapa macam senget aje aku sengih ni?

“Hai, pak su. Sorry, curi tulang sekejap. Nak bergosip dengan bakal pengantin baru ni.”

“Eh, dah kantoi ke? Tak apalah. Tapi, jangan kantoikan kat mama dengan baba Liya tau. Pak su nak buat surprise. Dulu dia selalu cakap, anak dia mesti kahwin dulu. Nanti mesti dia terkejut punya.” Pa tergelak lucu.

Pa dengan pak ngah memang rapat. Tapi, kalau dengan pak long, dua-dua ketar lutut kalau nak jumpa. Pa dengan pak ngah memang gerun sikit dengan pak long. Muka pak long pun nampak garang. Tegas orangnya. Pak long dah

Awas, Kalau Dah Suka!

32

pencen dari dunia perniagaan, sekarang duk travel dengan mak long. Pergi seluruh negara yang ada dalam peta dunia.

Kami berdua tergelak kecil. Walhal dalam kepala dah keluar tanda soal.

“Okey, pa nak keluar jumpa Uncle Wan. Lunch. Kamu berdua pun jangan lupa lunch. Kerja tu kerja jugak, perut pun kena jaga. Okey.” Pa melangkah pergi.

Kami berpandangan. Muka dah berkerut seribu.

“Mungkin ma aku yang bagitau.” Komenku.

Liya mengangguk sedikit, walaupun nampak ragu-ragu. Seragu hati aku ketika ini.

Miy nak balik.

Syazmi nak balik.

Dan dia?

Miz Amaryllis

33

‘A’ Squre Root : Ape citer org M’sia?

AKU tersenyum menatap skrin lap-top. Jari-jemariku laju menari di atas papan kekunci.

Mata yang menatap skrin komputer riba masih mampu membayangkan bagaimana rupa dia ketika ini. Pasti masih seperti dulu. Rambut yang tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang, yang sentiasa disikat rapi dan digelkan bagi menampakkan gaya cool. Mata yang seakan-akan kuyu, ditambah pula dengan hidung yang tak terlalu mancung, seulas bibir yang kemerahan, berkulit sawo matang. Dengan tubuh yang tinggi kurus tetapi tidaklah seperti Popeye. Hmmm... boleh aku lihat dia dari rupa dan bentuk seakan-akan Farid Kamil.

Trish Do Wish : Evrythng’s fine. & ‘ow bout u?

Aku menanti jawapan dari si dia dengan sabar.

Bab 6

Awas, Kalau Dah Suka!

34

Lambatnya taip. Cari huruf tak jumpa ke? Ngek, takkanlah engineer tak familiar dengan komputer. Tipu... tipu....

‘A’ Squre Root : I’d fever.

Ek? Punya lama aku tunggu, itu aje jawapan dia? ‘Kotak kasut’ punya pakwe. Errr... masih ke pakwe kalau dalam masa seminggu ni aku dah nak kahwin dengan lelaki lain? Lupakan pasal tu kejap Trish, kau sekarang tengah berhubungan dengan si kekasih hati walaupun hanya di alam maya.

Trish Do Wish : No joke, k.

‘A’ Squre Root : Yes syg, no joke. I’d fever. Trish fever.

Aku membeliakkan biji mata. Kalau dia kat depan mata, dah lama aku cubit-cubit perut dia tu.

Trish Do Wish : U ni... ish... so, ‘ow’s life there? Better?

‘A’ Squre Root : Bitter. Hu hu hu... :( miss M’sia. Miss mom, dad n my little evil.

Trish Do Wish : Errr???

Miz Amaryllis

35

Aku mengharapkan dia menambah lagi ayat. Mengatakan yang dia rindukan aku.

‘A’ Square Root : Of course including u syg. U tak miss I ke?

Aku tersenyum. Sejak-sejak si dia pergi dari Tanah Melayu ni, memang aku dah pandai main rindu-rinduan segala. Pakej dengan ayat-ayat jiwang lagi. Dulu, keras kaku aje. Semuanya kerana dia.

Trish Do Wish : Huruf ‘i’ mana yg I kena miss?

‘A’ Square Root : Hu hu hu... playing with me huh? Still noty like dolu-dolu.

Aku tergelak. Tiga tahun dia pergi, tiga tahunlah kami tak pernah bersua muka. Tak pernah langsung dia balik. Kalau ada pun, dia jumpa famili dia. Cukup famili dia aje yang ‘mencemar duli’ terbang ke sana. Bukan dia tak nak balik tapi, janjinya pada aku selagi dia tak capai apa yang dia mahu, dia akan terus berusaha tanpa pulang. Pastinya apa yang dia mahu itu adalah kejayaannya sebagai pewaris Wealth Consultant Sdn. Bhd.

Trish Do Wish : Da lama kita tak challenge bowl, kan? Miss that time sesangat.

‘A’ Square Root : Still... u & ur hide & seek

Awas, Kalau Dah Suka!

36

game. Never change. Miss u so much, Trish. Feel like wanna fly now, to see u my lovely hunny bunny intan payung pengarang jantung. (Habis jiwang la tu) hu hu hu.

Aku tergelak bahagia, sangat-sangat bahagia. Rindu. Rindu. Nak dia sekarang. Hmmm... masih dengan perasaan yang sama walaupun hanya dieratkan melalui alam maya. You, baliklah. Trish miss you sangat-sangat.

Hati meronta-ronta tak nak kahwin dengan Tengku entah pape tu. Tapi dek kerana desakan, keadaan dan masa hadapan, semua perasaan pada Kid terpaksa aku telan. Kid, kalaulah dia tahu. Tuhan, sukarnya untuk membahagiakan semua orang dalam satu masa. Aku mengeluh.

Trish Do Wish : Goin’ to sleep. Getting late. Need to work tomorrow morning. Chow....

Tanpa menunggu balasan, aku terus mematikan Yahoo Messenger. Rasa bersalah tepu dalam dada. Sorry, you. Bukan Trish mintak jadi macam ni. Rintihku dalam hati.

Selimut aku tarik hingga ke dada. Lampu utama aku matikan digantikan dengan lampu sisi katil. Suram. Ya, sesuram hati aku ni. Getaran pada telefon bimbit membuatkan aku menjengah melihat nama pada skrin. Aku mengeluh. Dalam kepayahan, aku tekan juga butang ‘Answer’.

“Trish, what’s up? Hilang macam tu aje?”

Suara lembut dia menjengah halwa telingaku. Jelas bersama nada risaunya.

Miz Amaryllis

37

“You, I’m sleepy,” ujarku bersama keluhan. Seolah-olah panggilan dia membuatkan aku benar-benar rasa terganggu.

Dia tergelak, tanpa perisa.

“Ha ha ha.. memanglah kita baru kenal semalam kan?” sindirnya. Dia masih sensitif dengan persekitaran macam dulu.

Aku kembali duduk, kedua-dua lutut aku rapatkan ke dada. “You, nak tanya.”

“Go on, sayang,” balasnya.

Sungguh, suara dia memang lembut. Bila masuk bab jiwang plus ayat-ayat lentok, suara tu mampu menggetarkan jiwa. Romantik giler tahap membunuh.

“How deep is your love for me?”

Dia terdiam.

Aku tahu dia terkejut. Rasanya, mana pernah aku bertanya soalan sebegini. Memang sah luar dari kebiasaan. Kalau ada pun yang bertanya, pastilah datang dari dia, bukannya aku.

“Trish, I don’t know why you asked me that kind of question.” Dia berjeda seketika. “There’s nothing can count my love for you. But I’m willing to sacrifice anything, everything, just for you. Is it enough, sayang?”

Suaranya kini seakan-akan berbisik betul-betul di cuping telingaku.

Aku memejamkan mata. Oh, Tuhan. Dialah lelaki yang paling baik yang pernah aku kenal.

Okey, memang aku tak pernah ada kawan lelaki lain pun selain dia. Tapi kalau ada pun, mesti takde yang sebaik dia. Dia seorang pelindung. Sesiapa sahaja yang berada di

Awas, Kalau Dah Suka!

38

sisinya, pasti akan dilindunginya. Lihat aje macam mana dia menjaga satu-satu adiknya. Dia juga penuh dengan kasih sayang. Suka memanjakan adiknya. Aku dilayan dengan baik, tak pernah berkasar. Kalau berkasar pun tak pernah, apatah lagi meninggi diri, bongkak dengan kedudukan dan kekayaan. A humble person? Yes, totally true. Tak pernah aku lihat dia meninggikan suara dengan orang tua dia. Penuh dengan tatatertib. Anak siapalah tu?

Siapa tak jatuh sayang oi? Kenapalah dia tak bagi tahu yang dia cintakan aku sebelum dia pergi ke US tiga tahun lepas? Ini, tak. Lagi sepuluh minit nak naik kapal terbang, baru menggatal nak mengaku. Kalau tak, dah lama aku masuk meminang dia, lepas tu suruh dia angkut aku sekali pergi US. Then, we’ll live happy ever after. Fuh... ini memang mengarut tale bukan fairy-tale.

“Kenapa ni Trish? Ada orang cuba mengurat you ke?” Dia tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.

Pastinya dia tak mampu membayangkan ada lelaki yang berani mengacau anak sulung Dato’ Mansor ni. Berjalan nak pandang kiri kanan pun payah, aku tengok depan dengan bawah pun dah kira untung. Huh, buat lawaklah tu kalau jalan tak nak tengok depan dengan bawah. Nak sedekah senyuman pun lokek habis. Memang kalau tak kenal rapat, orang akan cakap aku ni sombong. Tapi kalau dah kenal, jadilah macam si dia ni, angau kemain. Tu la penangan aku.

“You, nak tanya lagi.”

Aku terdengar dia tergelak, lembut. I love you Kid!

“Go on Trish.”

“Macam mana kalau... hmmm... kalau tiba-tiba Trish kahwin dengan lelaki lain? Errr... I mean no harm, no offence. Just a question.” Sempat aku celah sedikit sebelum

Miz Amaryllis

39

dia bertanya dengan nada terkejut dan berfikir dengan lebih jauh.

“Nak gugur jantung I, Trish tau tak. Isy... nasib baik Trish sempat tambah ayat belakang tu. Kalau tak, esok pagi jugak I timbul depan pintu rumah Trish.” Dia tergelak lagi.

You, kalaulah you tahu yang Trish bukan saja-saja tanya soalan ni, mesti you tak gelak macam tu.

“Kalau Trish kahwin dengan lelaki lain, ey? Hmmm... entahlah. Tapi, Trish sanggup ke tinggalkan I?”

Aik, dia pulang balik soalan tu kat aku?

“If I have to do that with a strong reason, I will.” Ujarku perlahan. Cukup perlahan. Antara dengar dan tidak.

Dia terdiam beberapa ketika.

“I thought our love is strong enough to fight the world, but... seriously Trish. I’m upset with your answer.”

Dan aku tahu ketika ini, aku sudah pun mencalarkan sekeping hati milik dia. “It’s just a question.”

“Memanglah soalan aje tapi, secara tak sengaja it shows me your strength, your belief and how much you are willing to sacrifice in our relationship. Nampak tak tu?”

Aku tahu dia terasa, dia marah, tapi... sedikit pun dia tak meninggikan suara. Hanya kata-katanya sahaja yang ditekan.

Aku mengeluh. “I’m sorry, I didn’t mean to hurt you.”

Awas, Kalau Dah Suka!

40

AKU mematikan enjin kereta. Ek? Siapa punya kereta tu? Takkan pa beli Lamborghini jenis Gallardo

LP560-4 kut? Uish, takkanlah. Tahulah pa banyak duit, tapi takkanlah pa beli kereta yang selayaknya aku yang bawak? Ni mesti ada tetamu datang.

Alahai, ni yang aku malas ni. Nak kena salamlah segala. Ah, masuk ikut pintu belakanglah. Mak Pah mesti ada kat dapur.

“Mak Pah, siapa kat depan?” soalku, tanpa memberi salam. Kiranya terus serbu Mak Pah dengan soalan.

Mak Pah yang sedang mengacau air di dalam teko, menekan dadanya.

Aku tersengih. Sedar salah sendiri. Main terjah aje.

“Kamu ni, kenapa masuk ikut belakang?” soal Mak Pah, hairan.

“Alah, ada tetamulah Mak Pah, malas nak beramah mesra. Letih,” ujarku lalu menarik kerusi duduk di meja makan dapur. “Laparnya. Nak makan sekarang boleh tak?”

Bab 7

Miz Amaryllis

41

Tak payah tengok, deria bau aku ni dah cukup kuat mengkhabarkan lauk apa yang Mak Pah masak. Hmmm... ada ketam masak lemak. Huish, sedap... sedap....

“Kejap lagilah Trish, makan sekali dengan semua kat luar tu,” sanggah Mak Pah sambil ligat menyusun hidangan di atas meja sebelum dibawa ke dalam bilik makan.

Aku tarik muka. Tak sukalah macam ni.

“Kalau nak makan cepat, tolong Mak Pah hidang kat bilik makan.” Mak Pah tersengih.

Sajalah tu. Nak mintak tolong cakap ajelah.

“Yalah, nak angkat yang mana?” ujarku dengan muka dah masam-masam kelat. Saja usik Mak Pah.

Lama tak lama, tapi dah dekat dua puluh tahun jugak Mak Pah bekerja dengan kami. Membantu ma apa yang patut. Ibu tunggal beranak seorang ni memang gigih. Bekerja keras demi menampung pelajaran anaknya, Miy.

Memang titik peluh Mak Pah tu berbaloilah bila anak yang sebaya dengan abang Liya berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan. Kini Miy bekerja di bawah syarikat pak ngah. Tetapi disebabkan pak ngah percaya pada kegigihan Miy, pak ngah telah menghantar Miy bersama abang Liya untuk menguruskan syarikat mereka di US, di Los Angeles. Apatah lagi aku, Miy, Liya dan abang Liya memang berkawan rapat sejak kecil lagi. Sepatutnya berlima, termasuk Riya. Tetapi sejak pulang dari UK, mana nak lagi Riya tu beramah mesra dengan kami.

“Angkat yang ni, dengan yang ni dulu. Susun elok-elok. Jangan ikut suka hati aje,” pesan Mak Pah ketika melangkah menuju ke bilik makan.

Mesti Mak Pah ingat macam mana peliknya aku

Awas, Kalau Dah Suka!

42

hidang makanan dulu. Aku tak tahu di mana yang dikatakan pelik tu, sebab pada aku biasa aje. Sampai aje tangan kalau nak capai makanan tu.

Disebabkan bilik makan hanya bersebelahan dengan pintu dapur, aku sempat menjengah ruang tamu. Kut boleh skodeng tetamu yang naik Lamborghini tu. Giler hotlah, kan bawak kereta tu. Kalau yang bawak tu kawan pa yang seusia dengan pa, lagilah giler. Alah, tak nampak pulak. Terlindung dengan pasu besar ma yang ada dekat tengah ruang tamu.

Aku kembali ke dapur, berulang-alik. Adalah dalam tiga ke empat kali. Bila semua dah siap, aku masuk juga ke dapur, ‘bertenggek’ di atas kabinet bersebelahan dengan singki.

Mak Pah sedang membasuh perkakas yang digunakan tadi.

“Trish ni, cuba jangan duduk atas ni. Tak manislah,” tegur Mak Pah.

Entah yang ke berapa kali aku pun dah tak boleh nak kira. Macam biasa, aku tersengih aje.

“Mak Pah, Miy takde call Mak Pah ke?” tanyaku, cuba mencungkil sesuatu tentang si dia.

“Ada jugak, semalam kalau tak silap Mak Pah. Kenapa?”

Eh, Mak Pah ni. Tanya sikit pun tak boleh ke? Isy....

Aku berdecit. “Takde apa, saja tanya. Dia takde rasa nak jejak tanah air ni ke?”

Mak Pah tergelak kecil, tangannya terus ligat mencuci. “Ada jugak dia cakap nak balik. Bila Mak Pah tanya bila, dia cakap tengok dulu. Bila kerja kat sana siap dan ada orang yang boleh tengokkan.”

Miz Amaryllis

43

Aku mengangguk. Kalau Miy balik, dia pun pasti balik. “Hai, macam dia sorang aje yang kerja kat situ kan, Mak Pah. Nak tinggal kejap pun tak boleh. Entah-entah Mak Pah, nanti dia balik bawak menantu untuk Mak Pah kut. Manalah tau dia, kan muka ala-ala Adi Putra sikit, maco.”

Aku tergelak besar.

Mak Pah tersenyum sikit. “Takde maknanya Trish oi, kerja berkepit dengan Kid aje. Kut kalau dia balik bawak Kid, Mak Pah percayalah.”

Aku tersengih. Memang pun. Miy sangat rapat dengan Kid. Terlalu rapat. Kata orang, man needs man as a secret keeper. Yalah tu kut.

“Tak rindu kat Miy ke Mak Pah? Relaks aje Trish tengok. Tiga tahun tau dia pergi, tak pernah balik. Ma dulu masa Riya studi, bukan main lagi. Meleleh air mata suruh Riya balik, merengek-rengek ajak pa pergi ke sana.”

Mak Pah tersenyum lagi. Memang Mak Pah cekal orangnya. “Rindu Trish, apa tak rindu pulak. Tapi, takdelah terasa sangat. Dua hari sekali mesti dia call Mak Pah, siap 3G lagi. Apa nak kalut.”

Erk? Mak Pah ni, kemain lagi majunya. Siap ber3G lagi. Kalah aku yang berkasih sayang ni ha.

“Gila brutal Mak Pah. Nanti Mak Pah bagi turun sikit ilmu kecekalan tu kat ma, ey. Takdelah kerja nak meraung aje rindu kat anak.”

Kalau ma dengar ni, memang kepala aku ni jadi mangsa kena lukulah gamaknya. Bukan tak tahu macam mana brutalnya ma aku tu. Tu yang menurun kat aku.

Mak Pah mengelap tangannya yang basah dengan tuala kecil. Dah siap basuh dah.

Awas, Kalau Dah Suka!

44

“Ma Trish tu bukan apa, dia risau anak dia jauh. Anak dara pulak tu. Kalau Mak Pah pun macam tu. Lainlah anak lelaki, pandai bawak diri. Kecuali kalau anak perempuan dia duduk jauh tapi duduk dengan suami. Yang tu ma Trish mesti tak risau, suka lagi adalah.” Mak Pah mengenyit mata, nakal tau. Saja nak kenakan aku. Errr....

“Miy tahu tak Trish nak kahwin?” soalku, gusar.

“Tahu, apa pulak tak tahu. Semalam Mak Pah bagitau. Kut dia boleh balik. Kawan dia yang dah dianggap macam adik sendiri nak kahwin, kalau tak dapat balik pun, sekurang-kurangnya dia tahu.”

Dengar ayat yang awal aje, aku dah terkaku. Tak bergerak. Alamak! Pantas aku melompat, berjalan laju ke arah tas tangan yang aku letakkan di atas meja dapur. Telefon bimbit aku capai. Macam mana aku boleh angkut phone yang tak aktif ni? Entah sejak bila agaknya dia mati. Kerja punya pasal, semua benda dah tak ambik pusing. Bateri habis.

Terus aku mengayun kaki untuk naik ke bilik. Baru hendak melangkah anak tangga pertama, terdengar ma menegurku. Aku tengadah, melihat ma yang berada di atas tangga, nak turun.

“Eh, jatuh dari mana pulak ni?” Tegur ma.

Pasti pelik tengok aku muncul tiba-tiba.

“Trish masuk ikut dapur. Trish naik kejap, urgent ni. Makan dulu, dah siap hidang dah.”

Pantas aku mendaki anak tangga.

“Trish....”

“Kejap aje ma. Urgent sangat-sangat ni.” Aku berlari-lari mendaki anak tangga.

Miz Amaryllis

45

ARGHHH!!! Mana perginya charger aku ni?

Cool Trish, cool. Think. Kejap, mana thinking chair aku ni? Erk? Datang dah sawan Blues Clues aku tu. Hadoi... mana? Mana?

Erk? Dalam rumah ni yang pakai telefon jenis ni, aku dengan ma aje. Ha... ma punya charger, kan rosak. Kalau tak silap aku, semalam ma pinjam.

Aku melangkah keluar dari bilik menuju ke bilik ma. Aduhai, hilang punca aku dalam bilik besar ni. Kalau nak cari jugak, entah bila boleh jumpa.

Sekali lagi aku berlari keluar, berdiri di ruang legar tingkat atas. Aku menjengah ke bawah dari tingkat atas. Nampak ma sedang melangkah menuju ke dapur.

“Ma! Where’s my charger?” laungku. Takdelah kuat mana, cukuplah buat ma dengar.

Ma mendongak. Nampak sedang berfikir.

“Ma...” seruku. Nak cepat ni.

Bab 8

Awas, Kalau Dah Suka!

46

“Dalam bilik pengantin. Kat tepi katil.”

Sepantas kilat aku menghala ke bilik paling hujung. Memang ma tak nak guna bilik aku sebagai bilik pengantin. Tak pasti kenapa. Maka, ma pun gunalah bilik yang tak berpenghuni ni.

Aku duduk di atas katil yang sudah berhias cantik dengan warna tema hitam putih. Barang-barang hantaran yang sudah siap, diletakkan di penjuru bilik. Nafas aku tarik dalam, menanti dengan penuh sabar telefon yang sedang loading untuk diaktifkan kembali.

Aktif aje, masuk beberapa message. Message dari Maxis yang paling penting.

You have 27 missed calls.

Mak ai! Lima belas daripada Miy dan empat dari si dia. Selebihnya ada ma, pa dan Liya. Belum pun sempat aku mendail nombor Miy, nama Miy sudah pun tertera di skrin. Terketar-ketar aku menjawab panggilan.

“Aku tak kisah kalau kau nak lari pun Trish, but please explain,” serbu Miy.

Dengar dari suara pun aku dah tahu Miy sedang mengawal perasaannya. Miy, siapa tak kenal dengan sikap penyabar dia tu. Sangat-sangat kebapaan. Aku mengetap bibir. Mencari ayat yang sesuai. Tapi, argh! Buntu....

“Trish, I’m waiting,” desak Miy.

“Miy, aku... aku....” Dan ayat aku mati di situ.

Miy melepaskan nafasnya. “Kenapa tak bincang dengan aku dulu? I thought we’re like brother and sister. But....”

Miz Amaryllis

47

“Miy, kau memang macam abang aku. Benda ni datang tiba-tiba. Sumpah, Miy. Kalau boleh elak, aku dah elak. Aku sayangkan dia. Tapi, keadaan Miy. Kau takkan faham, sebab kau takde kat sini. I need to save her.” Dalam sebak aku menutur.

“Her? Who? Oh... I see. Adik kesayangan kau tukan? Trish... Trish... apa aku nak cakap dengan boyfriend kau tu, Trish? Dia betul-betul sayangkan kau. Dalam kepala dia hanya ada nama Baby NurBatrisyia. Tapi sekarang?” keluh Miy.

Miy, berat mata yang memandang... berat lagi bahu yang memikul ni. Bisikku dalam hati.

“Mana kau kenal dia?” soal Miy.

“Aku tak kenal, anak kawan pa.”

“Bila kau tunang sebenarnya?”

“Almost a month ago.”

“Bila nikah pulak?”

“Dua hari lagi.”

“Macam mana dengan pakwe kau?”

“Aku... aku tak tahu.”

“Kau tak bagitau dia lagi, kan?”

“Tak, aku tak berani.”

“Aku tak tahu nak cakap apa. Nak cakap pun dah tak guna. Dah terlambat. But, I’m happy for you.” Mendatar aje kata-kata Miy.

“Aku minta maaf, Miy...” ujarku perlahan.

“Bukan pada aku,” bidasnya.

Aku tahu dia terkilan. Juga sedih bagi pihak si dia.

“Errr? Kid? Kau... Kid! Kid! Trish, aku pergi dulu!”

Awas, Kalau Dah Suka!

48

Pap! Talian mati.

Aku terpaku. Kid? Kid dengar ke? Tuhan... tabahkan hati Kid. Aku mencampak lemah tubuh di atas tilam. Kid, maafkan Trish. Trish ada sebab tersendiri. Kid takde kat sini, Miy pun. Yang ada cuma Liya.

Kelopak mata yang terasa panas, perlahan-lahan mengalirkan air mata. Hati berdetak dengan nama si dia tak sudah. Dia cinta pertama aku. Dia ikhlas menyayangi aku. Dia tak pernah merungut dengan keletah aku. Dia memahami kehendak aku. Dia penjaga aku. Dia segala-galanya pada aku. Teganya aku menghancurlumatkan hati dia. Ya Allah... peritnya.

Aku mengiringkan tubuhku ke kanan. Hah?

“Ma!!!” Aku menjerit sekuat hati.

Siapa lelaki ni? Kenapa ada dalam bilik ni? Siap bersandar kat pintu wardrobe tu lagi. Dengan bersarung baju Melayu pulak tu.

“Kau siapa? Buat apa dalam bilik ni?” tengkingku.

Dia selamba melangkah ke arahku. Aku yang sudah berdiri, bersedia membuka langkah untuk berlari.

“Pandai berlakon, memang menjadi,” ucap lelaki itu.

Erk? Siapa berlakon? Aku menoleh kiri dan kanan, kut ada kamera ke yang membolehkan aku mentafsir maksud berlakon tu. Tapi takde.

“Babe, sorrylah pasal lunch date tadi papa I ajak lunch dengan dia?”

Hah? Lagilah aku blur. Bila masa pulak aku buat lunch date dengan lelaki ala-ala kasanova ni? Okey. First impression tengok lelaki ni. Dia tinggi, tegap, dada bidang,

Miz Amaryllis

49

rambut panjang berombak elok dah gaya macam Johnny Depp dalam cerita The Tourist cuma yang ni rambutnya berwarna kekuningan. Kulit sawo matang, mata agak kuyu, biji mata hitam pekat dan yang penting bibir nampak segar. Punya sedikit kumis yang menampakkan dia cukup kacak dan ada style.

“Kau ni gila ke?” soalku, jujur giler soalan.

Dia tergelak. Badannya semakin rapat dengan tubuhku. Aku mengelak ke belakang, lagi-lagi bila muka dia dah dekat giler dengan muka aku. Silap langkah, memang berciumlah kut.

“Coollah Riya. You nak merajuk sampai berlakon macam you tak kenal I ni kenapa?” Soal lelaki itu lagi.

Sekali lagi aku membeliakkan biji mata. Ri... ya? Siapa dia ni? Tak tahu, cuma yang pasti, dia dah keliru antara aku dengan Riya.

“Nah, tadi your mom sibuk suruh I try baju ni.”

Baju Melayu rona putih di badannya, ditanggalkan lalu dia meletakkan di atas tanganku. Aku menjatuh pandangan ke bawah. Ni baju nikah pengantin lelaki. Sungguhpun aku tak ambil kisah pasal ni semua tapi, aku tahu baju ni memang baju pengantin lelaki sebab masa orang butik hantar, aku ada dekat rumah. Soalannya di sini, bagaimana kawan ke boyfriend Si Riya boleh ada dekat sini dan kenapa dia yang cuba baju pengantin lelaki ni?

Aku mendongak bila terasa ada tangan yang mengusap kepalaku. Erk? Dia merenungku lembut, dan aku... gila kalau aku nak layan main-main mata macam ni. Buang tabiat. Cukup aku bagi muka blur tak sudah aku ni untuk tatapan dia yang entah apa nama dan entah dari mana munculnya.

Awas, Kalau Dah Suka!

50

Tak semana-mena dia menyentuh pipiku dengan bibirnya. What?!

“Tak sangka you rupa-rupanya tunang I yang papa carikan tu.”

“Trish, Afif... what’s going on here?”

Arghhh!!!

Miz Amaryllis

51

MAKAN, memang tengah makan. Tapi gaya macam kena paksa telan racun tikus aje. Kepala

memang tunduk, tak berani aku angkat. Kang ma dengan pa tengok semacam, aku jugak yang malu.

“Kalau ya pun dah tak sabar sangat nak kahwin, janganlah gopoh sangat. Afif... Afif....” Tergelak-gelak Uncle Wan dengan bicaranya sendiri.

Aku dengar ma dan pa turut tertawa. Bukan salah aku! Rasa nak aje aku jerit kat telinga diorang, bagi diorang faham keadaan yang sebenar. Semua ni salah faham.

Salah anak Uncle Wan ni la, ikut suka hati dia aje nak cium-cium orang. Dahlah tak kenal, tiba-tiba dah ada kat depan mata. Dalam bilik pulak tu, selamba cipan aje dia bersandar kat almari dalam bilik pengantin tu. Sekali kena serbu, ha... tengadah masing-masing. Aku terkejut sebab kena sergah, dia pulak terkejut sebab nama yang ma dan pa panggil tadi bukan Riya, tapi Trish. Meaning, dia dah kelirulah time tu.

Bab 9

Awas, Kalau Dah Suka!

52

“Dulu bukan main lagi membentak tak nak kahwin dengan orang yang tak kenal. Sekali dah jumpa... hai, nasib baik tak kena tangkap basah,” tambah Uncle Wan lagi.

Uncle, anak uncle ni yang gatal! Entah berapa banyak perempuan dah dia buat macam tu. Pegang ikut suka. Huh!

Siap kau Riya! Aku tak sabar sangat-sangat nak jumpa kau. Mesti kau ‘happy’ tengok muka tunang aku ni. Lepas tu, jangan nak salahkan aku kata aku rampas pakwe kau ke apa. Walaupun aku tak tahu hubungan sebenar kau dengan mamat muka kasanova ni.

“Kalau dah macam ni, tak payahlah kita risau lagi. Nikahkan aje, senang cerita,” tambah pa pula.

Pa, tolonglah! Tanyalah budak tu siapa Riya dengan dia? Trish tak nak rampas boyfriend adik sendiri.

“Betul jugak. Nasib baik tinggal berapa hari aje lagi. Takdelah kita risau budak berdua ni.” Ma pulak mencelah.

Adoi... adoi... pening. Si dia lagi... ha, kalau betul budak lelaki ni boyfriend Riya, baik aku suruh Riya kahwin aje. Aku pun boleh hidup gumbira bersama si kekasih hati. Ha ha ha... done!

Aku tersengih tanpa sedar.

“Amboi, gatalnya muka?” tegur ma.

Aku menoleh. Ma cakap aku ke? Yang lain-lain sudah menghamburkan gelak.

“Hi ma, pa. And Uncle Wan,” sapa Riya yang baru melangkah masuk ke dalam bilik makan. Dia hanya ber‘tube’ putih dengan skinny jeans.

Bila dia tunduk salam Uncle Wan, aku yang jadi malu.

Miz Amaryllis

53

Pa dan ma dah pandang tempat lain.

Nampak ‘lorong gelap’ Riya oi.

“Riya, meet your future brother-in-law. Tengku Afif Akmani.” Pa perkenal pada Riya.

Aku menanti reaksi Riya bila dia berpandangan dengan tunang aku.

Riya tersengih, selamba bersalaman dengan Afif. Aku menoleh sekilas kat muka budak tu, dahi dia nampak berkerut-kerut. Sesekali dia memandang aku, kemudian balik ke wajah Riya. Ha ha ha... keliru sudah.

“Ni adik kembar Trish, nama dia Riya,” tambah ma pula.

“Helo Encik Afif, my brother-in-law,” tegur Riya.

Kejap... kejap. Apesal Riya buat selamba macam tak kenal Afif tu? Ada yang tak kena ni. Peliknya, mainan apa yang Riya tengah mainkan ni?

“So, kira Trish ni tak sama dengan Riya, la? Ingatkan Riya dengan Trish orang yang sama,” soal Afif tiba-tiba.

Gamat suasana dengan tawa ma, pa, Uncle Wan dan... eh, apehal yang Riya bergelak riang macam esok nak sambut raya? Aku tengok Afif pun dah buat muka pelik, berkerut seribu dahi dia. Aku lagilah pelik tambah blur dan tak tahu apa-apa. Macam hilang tiba-tiba.

“Yelah, kan papa dah bagitau.”

“Takkanlah Riya yang bertunang, mintak simpanglah jauh-jauh,” tambah Riya.

Apa semua ni?!

“Riya naik dululah pa, ma, uncle. Nak mandilah.”

Awas, Kalau Dah Suka!

54

Sebaik sahaja Riya hilang dari pandangan, aku kelam-kabut mencuci tangan. “Trish naik kejap, okey. Ada hal sikit. Sorry.”

Tanpa menunggu jawapan, aku terus mengayun langkah laju ke bilik Riya yang berhadapan dengan bilikku. Pintunya aku rempuh tanpa ketuk.

“Weh! Apehal masuk tak bagi salam?” bentaknya.

Bagi salam? Macam selama ni kau pandai bagi salam. Masuk rumah pun langkah kaki kiri. Huh!

“Siapa Afif tu?” soalku.

Riya tergelak, seperti mengejek.

“Tunang sendiri pun tak kenal?” sindir dia sambil melucut pakaiannya, lalu tubuhnya dibalut dengan tuala.

Ketika dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik air, aku menghadang. Ingat dah settle ke?

“Aku tahu kau kenal, kan Afif tu?” Tajam suaraku bertanya. Matanya aku tentang berani. Dia tergelak tanpa perisa. Aku meneliti dadanya yang putih menggebu. Errr... apa ni? Aku sentuh benda tu. Siap tengok dekat-dekat lagi. Riya tiba-tiba menepis tanganku.

“Apehal dengan kau ni?” marah Riya.

Naik darah aku kat kepala.

“Kaulah apehal? Apa ni Riya? Mana kau dapat love bite ni? Hey, kau ni gila ke Riya? Kau nak jadi perempuan jalang ke apa?” Makin tinggi suaraku. Selama ni aku tak perasan kut. Tapi... kalau Tuhan nak tunjuk, senang aje.

“Kau ni melampau Riya. Selama ni aku percaya kau tak buat benda-benda macam tu. Kau tak fikir ke apa jadi kalau pa dengan ma dapat tahu? Jaga sikit air muka keluarga, tak boleh ke? Kau ni memang suka malukan ma dengan pa!”

Miz Amaryllis

55

tambahku lagi. Dadanya aku tunjal-tunjal dengan telunjukku.

“Jangan nak berlagak sucilah Trish, macam kau baik sangat. Yang kau menggatal dengan suami orang takpe?” bentak Riya dengan sinis.

Aku terpempan. Suami orang? Gila ke apa? Nak rapat dengan yang teruna pun aku tak rela, lagikan suami orang.

“Tak payah nak cari salah orang kalau sendiri tu memang banyak buat salah. Mind your own business!” Tempiknya lagi sekali gus menolak tubuhku ke tepi, memberi laluan untuk dia masuk ke kamar mandi.

Sebelum dia menutup pintu bilik air, sempat dia memberi sepatah dua kata.

“Memang aku kenal Afif, salah sorang teman tidur aku. Aku tak serius mana pun dengan dia. Dia pun tak setia mana dengan perempuan. But, trust me. He’s good in bed.”

Gedegang! Pintu dihempas bersama ilai tawa Riya.

Riya... sampai hati kau! Tuhan, dugaan apa ni? Apa yang Riya buat selama ni? Dan aku? Aku ambil sisa adik sendiri? You... Trish tak kuat. Trish perlukan you.

Awas, Kalau Dah Suka!

56

AKU bangun seawal lima pagi. Kalau nak diikutkan, sebenarnya aku tak tidur langsung pun.

Tidur kejap, lepas tu terjaga. Kalau dah kepala kusut macam ni, takdenya boleh tidur waima tidur-tidur ayam sekalipun. Dapat terlelap lima minit pun dah kira bersyukur sangat-sangat.

Aku bersiap ala kadar. Sekadar mengenakan kemeja kuning berlengan separuh dan dipadankan dengan vest berwarna hitam dan berseluar slack hitam. Aku lebih suka mengenakan kemeja dan slack ke pejabat berbanding pakai skirt atau baju tradisional. Muka hanya dibedak nipis sahaja. Sungguh, pagi ni aku memang tak ada mood untuk bekerja. Rasa macam bawak badan tanpa nyawa aje. Dah rasa macam zombi berjalan pun ada.

Semuanya gara-gara malam tadi. Tentang dia, Riya, Afif dan suami orang yang dikatakan oleh Riya semalam. Penat aku perah otak. Cuba mentafsir maksud suami orang tu. Kalau tak silap kiraan otak aku yang aku pasti tak pernah lagi menghadapi amnesia ni, aku memang tak pernah keluar

Bab 10

Miz Amaryllis

57

dengan lelaki kecuali Miy dengan si dia. Kalau ada pun keluar dengan suami orang, pastinya atas alasan janji temu dengan pelanggan. Itu pun pasti ditemani oleh Liya, sebab memang bukan akulah tu kalau keluar berdua aje nak jumpa pelanggan.

Kusut... kusut! Elok aje masuk waktu subuh, aku terus menunaikan solat. Tak seperti hari sebelumnya, dah nak pukul tujuh baru kelam-kabut bentang sejadah.

Siap berpakaian formal, aku capai briefcase dan tas tangan. Langkah longlai aku atur menuju ke ruang tamu utama. Memang luar dari kebiasaan, pukul enam tiga puluh dah bersiap nak pergi kerja. Buang tabiat. Aku membuka siaran TV, 8TV menjadi pilihanku. Lagu-lagu radio Hot.fm memecah hening pagi.

“Eh, kamu biar betul Trish? Tunggu bas sekolah ke apa? Awal betul siap?” tegur Mak Pah yang masih bertelekung. Pasti dia baru solat. Pasti bunyi dari TV yang menarik perhatian Mak Pah untuk buat pemeriksaan.

“Tak boleh tidur Mak Pah,” ujarku.

Mak Pah menapak ke arahku, dahiku disentuh lembut. Kut nak check demam ke apa.

“Tak panas, tapi mata Trish bengkak. Memang tak tidur satu malam ke?”

Aku mengangguk. Rambut yang masih belum berikat, Mak Pah belai lembut. Aku menghulurkan sikat dan ikat rambut, macam selalu. Selalu yang bermaksud sejak mula-mula Mak Pah kerja di sini, sejak Mak Pah ikat rambut aku pertama kali sebelum aku pergi ke sekolah. Dan rutin tu kekal hingga ke hari ini.

“Bawak-bawaklah berehat, Trish. Kuat betul kamu kerja. Tak pernah ambik kisah rehat cukup ke tak,” nasihat

Awas, Kalau Dah Suka!

58

Mak Pah sambil tangannya lincah mengikat satu rambut aku yang panjang hampir mencecah punggung. Memang ma dan pa melarang aku juga Riya memotong rambut, Mak Pah pun sama. Diorang cakap cantik anak dara rambut panjang, nampak ayu. Tapi disebabkan Riya tu degil, aku sorang ajelah yang masih mengekalkan rambut panjang mengurai. Biarlah panjang, kut boleh lawan Si Rapunzel tu.

“Banyak kerjalah Mak Pah, nak rehat macam mana?”

“Kerja tu, memang takkan pernah habis Trish oi... jangan pulak hidup kita kena control dengan kerja. Biar kita yang control kerja tu.”

Aku angguk juga. Nak jawab pun tak tahu nak kata apa. Baik senyap.

“Malam tadi Trish gaduh dengan Riya lagi ke?” tanya Mak Pah.

Aku angguk perlahan. Mungkin Mak Pah kebetulan ada kat tingkat atas, tu yang dia terdengar.

“Janganlah bergaduh lagi.”

“Memang kita orang tak pernah baik pun Mak Pah,” celahku.

“Betul ke tak pernah baik?” soal Mak Pah.

Isy, ni yang aku malas ni.

“Dulu... siapa ek yang suka beli baju sama bentuk, sama warna? Lepas tu siapa ye yang suka makan bersuap-suap? Ha, siapa ye yang suka mengusik Mak Pah dekat dapur?”

Isy, Mak Pah ni. Guna reverse psycology pulak. Tu dulu, lain. Sebelum Riya sendiri yang berubah. Bukan dia yang mintak semua jadi macam ni.

Miz Amaryllis

59

Aku mengeluh berat. “Bukan Trish yang start Mak Pah.”

Rambutku yang sudah diikat, dibelai oleh Mak Pah.

“Mak Pah tahu tu. Mak Pah sendiri tak faham macam mana Riya boleh berubah sampai macam tu sekali. Kadang-kadang Mak Pah dengar Riya marah-marah ma, Mak Pah kesian. Tapi, Mak Pah tak tahu nak buat apa. Bila Mak Pah tegur dia, dia marah Mak Pah balik.” Mak Pah melepaskan keluhan.

Ya, aku tahu semua tu. Bukan aku tak pernah nampak apa yang dia buat pada ma dan Mak Pah. Dengan pa? Lagilah. Dingin membeku. Kalau pa tegur pun, dia buat tak tahu. Bila pa marah, dia marah pa balik.

Bukan tak pernah aku marah dengan sikap biadab Riya pada orang tua, dah banyak kali. Penutupnya, kami pula bertengkar. Semua barang yang ada, dilemparnya. Lepas tu, dua tiga hari, tak balik rumah.

“Entahlah, Mak Pah. Apa punca dia jadi macam tu pun Trish tak tahu. Ada ke dia cakap malam tadi yang Trish buat hubungan dengan suami orang. Trish ni nak keluar dengan client pun bawak Liya sekali.” Aku tergelak tawar. Tak sangka Riya sanggup melemparkan fitnah sebegitu berat di bahuku.

Mak Pah menggeleng kesal.

“Mak Pah harap-harap, Tuhan bagi dia petunjuk untuk pulang ke pangkal jalan,” doa Mak Pah.

Aku mengaminkan dalam hati. Itu jugalah doaku setiap kali selesai bersolat. Mungkin Riya tak jumpa lagi jalan pulang, harap-harap dia tak sesat jauh. Dan harap-harap, adalah petunjuk yang boleh membantu Riya nampak jalan yang sepatutnya dia lalui.

Awas, Kalau Dah Suka!

60

“Mak Pah siapkan breakfast dulu, kejap lagi ma dengan pa Trish turunlah tu.”

Aku angguk. Dah dekat pukul tujuh. Biasa pa dengan ma turun dalam pukul tujuh tiga puluh pagi.

Aku mengelamun sendiri. Memikirkan nasib menjadi isteri kepada Afif. Bekas Riya. Sungguh, sesak nafas bila ingat balik ayat yang Riya bagi semalam. Pedas. Pedih. Perit untuk ditelan. Nak tarik diri? Jangan mimpi. Kut nak mati kena campak dengan pa dari tingkat empat belas, trylah buat.

Si dia pula, apalah cerita dia di sana? Sudah habis berterabur ke rahsia aku tu? Entahlah. Dah cuba call Miy tengah malam tadi, tapi takde orang angkat. Dah try call si dia, lagilah tak dapat langsung. You, maaf....

Aku mendengus. Menyampah dengan apa yang sedang aku lalui tika ini. Rasa macam nak berserah aje pada takdir.

Aku tengadah bila terasa kucupan di dahi. Aku pantas mendongak. Pa. Ingatkan siapalah, kan? Aku melemparkan senyuman. Biarlah senget sekalipun, janji dapat cover sikit jiwa yang tengah resah gelisah ni.

“Siap-siap ni nak ke mana?” tanya pa.

Aik? Apa pelik sangat soalan pa singgah kat telinga aku ni?

“Kan Trish start cuti hari ni. Lupa ke?” tambah pa lagi bila tengok muka kerut-kerut aku ni.

Alahai, macam mana boleh lupa ni. Tu la, kalau dah rasa diri tu macam zombi, nak berfikir pun otak rasa macam tak berfungsi. Aku mengeluh.

Pa tertawa.

Miz Amaryllis

61

“Menyesalnya Trish bangun pagi-pagi buta ni pa. Nak tidur baliklah macam ni.” Dengan lemah tak bermaya, aku mengangkut semula briefcase dan tas tangan. Langkah lemah aku ayun. Terhenti setengah jalan bila pa bersuara.

“Tengah hari ni Afif datang ambik Trish, dia nak ajak cari cincin nikah.”

What? Just go with the flow ajelah Trish.

“Okey,” balasku.

Baru kaki nak mencecah anak tangga, ma panggil dari bilik makan. Ajak makan sekali. Aku bagi alasan nak tidur, ma tak terima. Dia kata lepas makan pun boleh tidur. Aku patahkan langkahku menuju ke bilik, lalu mengayun langkah ke bilik makan.

“Apa yang teruk sangat ma tengok Trish ni? Mata bengkak, badan lemah. Kerja apa lagi yang banyak sangat sampai tak lena ni?” tegur ma yang sedang menyenduk nasi lemak untuk aku dan pa. Riya? Malaysia nak turun saljilah maksudnya kalau dia bangun pagi macam ni.

“Peninglah ma, tak boleh nak tidur,” ulasku.

“Trish dah mandi ke belum ni? Layu aje ma tengok.”

Aku diam sejenak. Dah mandi ke belum ek tadi?

Tok!

Adoi, ma ni.

“Sendiri dah mandi ke belum pun tak tahu. Apa teruk sangat ni Trish? Hantu mana masuk dalam badan Trish ni?”

Hantu Riya, ma. Hantu yang tak sudah-sudah bagi hidup orang lain menderita.

Awas, Kalau Dah Suka!

62

“Hantu Afif tu la, siapa lagi?” celah pa.

Ngaaa... pa ni, sajalah tu nak bagi aku malu.

Pa sengih padaku.

Aku mencebik.

“Handsome, kan dia Trish? Macam pelakon luar negara. Tu yang tak boleh tidur tu. Dah cuti pun sanggup bangun pagi.” Pa gelak besar.

Ma tersenyum lucu.

Eee, apa pakat nak kenakan orang ni? Aku terlupalah aku cuti hari ni. Bukan saja-saja nak bangun pagi.

“Sabar Trish, malam lusa dah boleh tidur lena dah.” Tambah ma pulak.

Ma... pa... aduhai, tak dengar ke jiwa aku merintih ni?

Loceng rumah menarik perhatianku untuk keluar dari bilik makan. Baik tengok siapa yang datang dari kena tadah telinga dengar ma dengan pa bahan aku. Tak sanggup dah rasanya.

Aku menyelak daun pintu, cuba memfokuskan pada satu susuk tubuh yang sedang membelakangkan aku.

“Yes?” Tegurku.

Dia berpaling. Dia melemparkan senyuman biarpun tak semanis seperti kebiasaannya.

Aku membeliakkan biji mata. Tak mungkin! Aku menepuk pipiku. Sakit. Maknanya ni bukan mimpi. Tuhan....

No. ISBN:- 978-967-0448-61-9

Jumlah muka surat:- 512

Harga Runcit:- S/M: RM20, S/S: RM23

Harga Ahli:- S/M: RM16, S/S: RM19

Sinopsis:-

Kerana kasih pada si adik, Trish sanggup memperjudikan hidupnya dalam perkahwinan yang diatur oleh keluarga, dengan harapan si adik sedar kasih yang cuba dia sampaikan. Namun sia-sia. Malah, Riya membuatkan rumah tangganya berantakan apatah lagi setelah mengetahui kebenaran yang cukup menyakitkan.

Setulus kasih dia cuba mewarnakan perkhwinan itu tetapi tidak membawa erti kepada Tengku Afif Akmani. Apa yang lelaki itu inginkan hanyalah imbuhan atas perkahwinan yang dirancang oleh bapa mereka. Biar seikhlas mana pun Trish menabur kasih, suaminya tetap angkuh dalam keegoan.

Dan Trish tertanya-tanya, apakah pengakhirannya

sebuah duka yang melatari hidupnya itu? Apa yang membuatkan kembarnya menjauh pergi dan berubah laku? Tidak adakah ruang di hati Tengku Afif Akmani untuk dirinya?

“Kasihku tak perlukan bait bicara, aku hanya mahu kita bersama hingga akhir usia.”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan AWAS, KALAU DAH SUKA! di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda.

Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami.

Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:-

Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd

No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12,

D’Wangsa,

53300 Wangsa Maju,

Kuala Lumpur.

Tel:- 03-4149 5337/6337

Faks:- 03-4149 7337