larian berganti-ganti.doc

5
LANGKAH-LANGKAH ANSUR MAJU DALAM LARI BERGANTI-GANTI Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih itu untuk merancang pengajaran dan latihan yang berkesan dalam ansur maju bagi acara lari berganti-ganti. 7.1 FASA-FASA ATAU ANSUR MAJU a) Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton i. Genggaman Gunakan jari-jari untuk mengenggam Genggam di hujung, tengah atau pangkal baton Rapatkan jari kecuali ibu jari membentuk V menghala ke bawah Letak baton di antara bentuk V ii. Gaya permulaan larian Lompat ketinting bagi menentukan kaki yang kuat terutamanya bagi lonjakan. Duduk dekam samada tanpa blok atau dengan blok dengan keadaan yang betul dan selesa untuk perlepasan. Hayunkan tangan semasa berlari Ketinggian lutut semasa berlari turut mempengaruhi larian b) Fasa memberi dan menerima baton Dalam acara lari berganti-ganti ini faktor penting untuk memastikan kemenangan dan kejayaan sesebuah pasukan itu adalah daripada kelancaran teknik penghantaran baton. Oleh yang demikian, terdapat teknik yang sering digunakan semasa hantaran baton supaya lebih berkesan. i. Teknik pandang Teknik ini khas digunakan dalam acara 4x400m di mana penerima baton akan memandang ke arah penghantar baton sehingga penerima menerima baton. ii. Teknik tanpa pandang

Upload: koon

Post on 12-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: larian berganti-ganti.doc

LANGKAH-LANGKAH ANSUR MAJU DALAM LARI BERGANTI-GANTI

            Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih itu untuk

merancang pengajaran dan latihan yang berkesan dalam ansur maju bagi acara lari

berganti-ganti.

7.1       FASA-FASA ATAU ANSUR MAJU

a)      Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton

 i. Genggaman

Gunakan jari-jari untuk mengenggam

Genggam di hujung, tengah atau pangkal baton

Rapatkan jari kecuali ibu jari membentuk “V” menghala ke bawah

Letak baton di antara bentuk “V”

 ii.            Gaya permulaan larian

Lompat ketinting bagi menentukan kaki yang kuat terutamanya bagi lonjakan.

Duduk dekam samada tanpa blok atau dengan blok dengan keadaan yang

betul dan selesa untuk perlepasan.

Hayunkan tangan semasa berlari

Ketinggian lutut semasa berlari turut mempengaruhi larian

b)      Fasa memberi dan menerima baton

Dalam acara lari berganti-ganti ini  faktor penting untuk memastikan kemenangan dan

kejayaan sesebuah pasukan itu adalah daripada kelancaran teknik penghantaran

baton. Oleh yang demikian, terdapat teknik yang sering digunakan semasa hantaran

baton supaya lebih berkesan.

i.            Teknik pandang

Teknik ini khas digunakan dalam acara 4x400m di mana penerima baton akan

memandang ke arah penghantar baton sehingga penerima menerima baton.

Page 2: larian berganti-ganti.doc

ii.            Teknik tanpa pandang

Teknik yang digunakan dalam acara 4x100m dan 4x200m iaitu penerima

menunggu di tempat yang sesuai dalam zon pertukaran sementara menunggu

pelari menghantar baton. Sebaik sahaja pelari sampai ke tempat yang

ditandakan, penerima terus berpusing melihat semula ke depan dan terus berlati.

Penerima menghulurkan tangan ke belakang secara lurus dengan tapak tangan

dibuka menghala ke atas dalam bentuk “V” setelah mendapat isyarat daripada

pelari.

Langkah Ansur Maju

Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berbaris antara mereka yang

berjarak hantaran antara satu sama lain dan mereka berlari setempat. Pelari

hendaklan mencondongkan badan dan melakukan latihan hayunan tangan. Bila

diisyaratkan hulur tangan ke belakang sebentar dan meneruskan hayunan.

Setiap pelari menyentuh tangan yang dihulurkan seterusnya baton dihantar dari

belakang ke hadapan iaitu dari pelari pertama ke yang kedua, yang kedua ke

yang ketiga dan yang ketiga ke yang keempat.

Apabila selesai pelari keempat menerima baton, semua pelari menukar arah dan

latihan diulangkan. Dimana pelari pertama berada di belakang sekali. Pelari

pertama membawa baton di tangan kanan, pelari kedua menerima dengan

tangan kiri manakala pelari ketiga menerima dengan tangan kanan. Seterusnya

pelari keempat akan terima dengan tangan kiri. Setelah menerima baton, pelari

keempat akan menjatuhkan baton di depannya dan meneruskan larian anak.

Apabila pelari pertama sampai di tempat baton dijatuhkan, dia akan mengambil

semula dan meneruskan aktiviti.

Dua pelari : pelari pertama dan kedua berlari anak mengelilingi trek. Pelari

pertama memegang baton dan memberi isyarat di mana pelari kedua bertindak

mengeluarkan tangan ke belakang dan menerima baton. Selepas baton dihantar,

pelari pertama akan berlari di hadapan pelari kedua sehingga dia mendapat

isyarat dari pelari kedua untuk menerima baton. Proses ini berterusan dan

Page 3: larian berganti-ganti.doc

selepasa beberapa kali latihan, pelari akan menukar tangan yang membei baton.

Contoh kanan ke kiri atau kiri ke kanan.

Hantaran terus : bilangan pelari terdiri daripada nombor yang genap dengan

menggunakan trek 400m dan penanda bendera pada tiap-tiap 50m. Jumlah

stesen adalah lapan.

c)      Fasa larian dalam zon pertukaran baton

            Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di dalam zon pertukaran baton yang

telah ditetapkan. Jarak zon pertukaran bagi acara 4x100m ialah 20 meter. Semua atlet

bagi acara ini perlu didedahkan tentang zon ini supaya tiada masalah ketika pertukaran

baton yang menyebabkan batal. Sebagai seorang penghantar baton, isyarat perlu

dibunyikan supaya penerima sedar akan penghantar dan menerima dalam hanya zon

baton. Baton perlu diserahkan sepanjang 1/3 kepada penerima dan pastikan hantaran

dalam tangan penerima. Bagi penerima pula, larian perlu dilakukan daripada garisan

awal sepanjang zon dan jangan memandang ke belakang. Penerima mesti menerima

baton dengan segera dan berada di luar pertengahan lorong jika menerima dengan

tangan kanan yang bertujuan untuk member kawasan lari bagi pelari yang menerima

baton.Terdiri daripada 3 fasa iaitu:

i) Fasa pecutan

Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter hingga 60 meter

Dalam acara lari pecutan, pecutan berlaku awal dalam larian .

Sebenarnya 95 peratus daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18

meter.

Apabila seseorang atlit mencapai kelajuan maksimm, kadar pecutannya akan

ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.

seseorang atlit tidak mungkin bolh berlar pada kelakuan maksimum lebih dari

jarak 14-18 meter , maka atlit perlu mengekalkan kelajuan

ii) Fasa larian di selekoh

Page 4: larian berganti-ganti.doc

Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa

‘centrifugal’pelari juga perlu merendahkan badan ke arah dalam untuk

memastikan larian selekoh adalah berkesan  untuk mengimbangkan

kuasa ‘centrifugal’.

Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan

mengarah ke dalam.

Langkah Ansur Maju

Berlari anak dalam kawasan atau garisan yang disediakan. Garisan atau

kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital sebagai penanda. Pelari

atau peserta dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga ke

kawasan akhir penanda. Aktiviti dilakukan berulang-ulang.

Lakukan secara berpasangan. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang lagi

sebagai penerima. Pemberi akan berada di luar zon dan penerima akan berlari

anak hingga kegarisan yang telah ditandakan sesuai untuk menerima baton.

Lakukan aktiviti ini berulang-ulang dan menggunakan satu zon yang dipilih di

dalam padang yang sebenar bagi memastikan baton dihantar dengan kemas

dalam zon pertukaran.

Akrtiviti berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam 1 kumpulan. Aktiviti ini

dilakukan seperti cara berpasangan tetapi menggunakan padang yang sebenar.

Peserta mengambil tempat seperti yang telah ditetapkan. Buat permulaan,

peserta membuat larian anak. Setelah beberapa kali, lakukan seperti keadaan

sebenar bagi membiasakan atlet membuat pertukaran baton dengan kemas

dalam zon pertukaran.

d)     Fasa penamat

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari

10 meter lebih dari jarak lariannya.

Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.

Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan

bahagian torso ke hadapan.

Page 5: larian berganti-ganti.doc

Langkah Ansur Maju

Latihan kepada peserta dalam kumpulan untuk menamatkan satu-satu larian

dengan jarak 20 meter. Apabila sampai kegarisan penamat, peserta

mendepankan dada dahulu supaya melintasi garisan penamat. Latihan ini

dilakukan berulang-ulang.