aktiviti larian

27
Aktiviti larian RAJAH 1: KEDUDUKAN FASA LARIAN

Upload: acecuwa-zaiden

Post on 23-Jan-2016

755 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

pendidikan jasmani

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti larian

Aktiviti larian

RAJAH 1: KEDUDUKAN FASA LARIAN

Lari pecut didefinisikan sebagai larian yang terpantas berbanding dengan larian-larian

lain. Berlari merupakan suatu aktiviti sihat lagi menyeronokkan. Semua individu digalakkan

Page 2: Aktiviti larian

untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini. Tetapi untuk berlari dengan pantas ia memerlukan

kemahiran, kebolehan dan yang lebih penting ialah kebolehan semula jadi.

Terdapat dua faktor penting yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut

yangmempunyai kesan terhadap kelajuan kepecutannya iaitu kelajuan kaki dan jarak langkah

semasa berlari.

Terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu fasa permulaan, fasa berlepas, fasa larian

dan fasa penamat. Seseorang pelari akan dapat melakukan larian yang baik jika dia dapat

menguasai keempat-empat fasa tersebut. Setiap fasa mempunyai teknik yang tertentu untuk

melakukannya.

Fasa larian merupakan fasa yang agak penting kerana ia merupakan fasa pecutan bagi

pelari untuk sampai ke garisan penamat. Kami telah memilih fasa larian sebagai analisis

pergerakan bagi tugasan ini.

TULANG YANG TERLIBAT DALAM FASA LARIAN

Page 3: Aktiviti larian

Ketika fasa larian ini, hanya tulang dan sendi di bahagian tangan serta tulang dan sendi

bahagian kaki yang terlibat secara langsung.

Page 4: Aktiviti larian

1) BAHAGIAN TANGAN

Lengkungan pektoral (skapula dan klavikel)

Terdiri daripada 2 tulang, iaitu klavikel di anterior dan skapula di posterior.

Klavikel berbentuk rod dan diletak secara mengufuk di bawah leher.

Di satu hujung,tulang klavikel bersendi dengan sternum dan satu hujung lagi

bersendi dengan skapula.

Skapula ialah tulang leper yang berbentuk segi tiga.

Satu hujung skapula mempunyai lesung glenoid (ball and socket joint) untuk

bersendi dengan kepala humerus tulang lengan. Persendian yang terbentuk

disebut sendi bahu.

Page 5: Aktiviti larian

Tulang lengan (terdiri daripada humerus,ulna, radius, karpus, metakarpus dan

falanks).

Humerus merupakan tulang lengan atas yang panjang. Di hujung anterior,

humerus bersendi dengan skapula melalui sendi lesung. Di hujung posterior, alur

yang disebut troklea pada humerus bersendi dengan tulang radius-ulna melalui

sendi engsel(pivot joint).

Radius-ulna merupakan dua batang tulang lengan bawah yang tersusun hampir

selari dan berpaut di kedua-dua hujungnya. Bahagian atas ulna bersendi dengan

troklea dan fosa olekranon, manakala hujung bawah radius-ulna pula bersendi

dengan tulang karpus.

Karpus merupakan tulang pergelangan tangan.

Metakarpus atau tulang tapak tangan bersendi dengan falanks (sendi gelongsor/

saddle joint), iaitu tulang jari dan karpus. Metakarpus terdiri daripada 5 batang

tulang jari.

Falanks terdiri daripada 14 batang tulang. Ibu jari mempunyai 2 tulang falanks

manakala jari-jari lain setiap satunya mempunyai 3 batang tulang falanks.

Page 6: Aktiviti larian

2) BAHAGIAN KAKI

Lengkungan Pelvis

Terdiri daripada 2 tulang punggung ( pelvic girdle)serupa yang bercantum

dengan turus vertebra di bahagian posterior.

Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian iaitu illium, iskium dan pubis.

Obturator foramen merupakan satu bukaan yang dilingkungi iskiumdan pubis.

Bukaan ini membenarkan salur darah, saraf dan ligamen melaluinya.

Pada kedua-dua sisi lengkungan pelvis, terdapat lesung asetabulum yang

membentuk sendi lesung dengan tulang femur.

Page 7: Aktiviti larian

· Tulang Kaki ( femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus, dan falanks)

Femur merupakan tulang paha dan mempunyai satu kepala berbentuk bebola

yang bersendi dengan sendi asetabulum pada sisi lengkungan pelvis.

Hujung bawah femur bersendi dengan tulang tibia melalui sendi engsel/ Hinge

joint (sendi lutut). Sendi ini ditutup oleh tulang tempurung lutut yang disebut

patela.

Tibia-fibula merupakan tulang kaki bawah yang terdiri daripada percantuman

tulang tibia dan tulang fibula. Hujung bawah tibia-fibula bersendi dengan tarsus.

Sendi ini dikenali sebagai sendi pelana (plane joint). Tibia mempunyai saiz yang

lebih besar daripada fibula.

Tarsus ialah 5 tulang pada pergelangan kaki yang bersendi dengan metatarsus.

Sendi ini dikenali sebagai sendi gelongsor. Tumit kaki merupakan tarsus yang

paling besar. Hanya satu tulang tarsus yang bersendi dengan tibia-fibula melalui

sendi pelana.

Metatarsus ialah tulang pada tapak kaki dan bersendi dengan falanks, iaitu

tulang jari kaki melalui sendi ellipsoid.

Page 8: Aktiviti larian

Falanks terdiri daripada 14 tulang kecil. Seperti falanks pada jari tangan, ibu jari

dibentuk oleh 2 tulang falanks manakala jari kaki yang lain terdiri daripada 3

tulang falanks.

SENDI YANG TERLIBAT DALAM FASA LARIAN

Page 9: Aktiviti larian

1) SENDI LESUNG DI SENDI BAHU DAN SENDI PINGGUL

Page 10: Aktiviti larian

Sendi bola dan soket (sendi lesung Glenoid) pada menghubungkan tulang skapula

dengan tulang humerus. Sendi bahu ini membantu dalam menggerakkan tangan ke sisi

dan ke atas ketika berlari. Sendi ini dinamakan sendi lesung kerana boleh

menggerakkan tangan pada semua satah. Sendi lesung di bahagian punggung pula

membantu kaki untuk bergerak dengan pantas pada semua satah ketika berlari. Sendi

lesung di punggung ini dikenali sebagai sendi pinggul.

2) SENDI ENGSEL DI SENDI SIKU DAN SENDI LUTUT

Sendi engsel di sendi siku membantu dalam menggerakkan otot pada tulang humerus

dan tibia-fibula ke atas dan bawah secara antagonis. Ia juga mebenarkan tangan

dibengkokkan ke atas dan ke bawah pada pergerakan satu satah sahaja. Sendi engsel

di sendi siku ini dikenali sebagai sendi pivot kerana ia berupaya untuk menggerakkan

tangan secara rotasi ke kiri dan ke kanan apabila digerakkan. Fungsi sendi engsel di

siku sama dengan sendi engsel di lutut. Sendi ini dinamakan patella di mana ia

menghubungkan tulang femur dengan tibia-fibula. Sendi lutut ini juga membantu dalam

membengkokkan kaki ke atas dan ke bawah pada satu satah pergerakan.

3) SENDI JARI / SENDI ELIPSOID (BAHAGIAN JARI KAKI DAN TANGAN)

Page 11: Aktiviti larian

Dalam fasa larian ini juga, sendi ellipsoid atau sendi jari membantu pelari menggerakkan

jari secara rotasi pada sudut 90 darjah. Sendi jari merupakan salah satu jenis sendi

engsel kerana ia bergerak pada satu satah sahaja. Sendi ellipsoid ini melibatkan sendi

jari di bahagian tangan, metakarpus dengan falankas dan sendi jari kaki iaitu metatarsus

dengan falanks. Sendi-sendi jari ini membantu pelari dalam mengurangkan rintangan

ketika berlari, terutama sekali apbila jari tangan digenggam.

4) SENDI PERGELANGAN KAKI ( SENDI PELANA)

Ketika berlari juga, sendi di pergelangan tangan yang

menghubungkantulang tarsus dengan tibia dan fibula di kaki juga

digunakan. Sendi pelana atau sendi di

pergelangan kaki ini membantu menggerakkan kaki ke atas dan ke

bawah ketika

Page 12: Aktiviti larian

berlari. Ini menyebabkan tumit kaki dapat diangkat ketika berlari. Ia

menggerakkan anggota badan pada dua satah pergerakan.

5) SENDI PERGELANGAN TANGAN ( SENDI GELUNGSUR)

Seterusnya ialah sendi gelungsur. Sendi gelungsur terdapat di antara

tulang tarsus dengan metatarsus di bahagian pergelangan kaki dan

tulang karpus dengan metakarpus di bahagian pergelangan tangan.

Sendi ini dapat membantu dalam menggerakkan pergelangan tangan

kaki atau tangan ke atas dan ke bawah ketika berlari.

Page 13: Aktiviti larian

OTOT YANG TERLIBAT DALAM FASA LARIAN

Page 14: Aktiviti larian
Page 15: Aktiviti larian

Otot tangan pada sendi bahu iaitu deltoid akan membantu ketika

pelari menghayunkan tangan.

Apabila tangan dalam keadaan fleksi, otot pada sendi bahu iaitu biceps

akan mengecut manakala otot triseps akan mengendur.

Apabila tangan dalam keadaan hyperektensi pula, otot biseps akan

mengendur dan otot triseps akan mengecut.

Otot triseps dan biseps ini bersifat antagonis ketika pergerakan

tangan.

Page 16: Aktiviti larian

Otot pektoralis major pada sendi bahu terlibat apabila pelari

menghayunkan tangan.

Apabila kaki dalam keadaan flexi, otot pada sendi pinggul iaitu hamstring akan

mengecut untuk meluruskan kaki dan kuadriceps akan mengendur.

Apabila kaki dalam keadaan hyperektensi, otot hamstring akan mengendur dan otot

kuadriceps akan mengecut untuk meluruskan kaki.

Otot gluteus maximus yang terletak pada sendi pinggul pula akan mengecut untuk

menarik tulang femur.

Otot gastrocnimius pada sendi lutut akan mengecut untuk menarik tumit manakala otot

anterior iaitu tibialis akan mengendur.

Page 17: Aktiviti larian

OTOT RANGKA

Otot rangka merupakan sejenis otot bersitra yang menghubungkan antara satu tulang ke

tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan, dengan

mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui pengecutan. rangka mengecut secara

terkawal melalui stimulasi saraf.

Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang. Nukleus otot

ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian tengah gentian otot

untuk miofibril. Aturan unik ini membenarkan pergerakan lebih berkesan. Otot ini biasanya

mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung

satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus).

Bagi fasa larian, otot yang terlibat ialah:

Otot pada sendi bahu iaitu deltoid, biceps dan triceps.

Otot pada sendi siku iaitu brachioradialis dan Flexor carpi radialis

Otot pada sendi bahu iaitu pictoralis major.

Otot pada sendi pinggul iaitu gluteus maximus, hamstring dan Kuadriceps.

Page 18: Aktiviti larian

NAMA PERGERAKAN SEMASA LARIAN

PERGERAKAN SEMASA FASA LARIAN:

a) Kedudukan Badan

Semasa berlari, badan digerak ke hadapan oleh kuasa yang dihasilkan oleh tolakan ke

belakang tapak-tapak kaki pada permukaan larian. Kuasa menggerakkan ini dan cara

penggunaanya yang berkesan mewujudkan kelajuan yang diharapkan oleh pelari.

Semasa berlari, seorang pelari seharusnya memecut ke satu kelajuan yang boleh

dikekalkan dan kekalkan kelajuan itu.

Pengekalan kelajuan adalah selaras dengan Hukum Newton pertama dan ini menolong

menjimatkan tenaga ; meningkatkan pemecutan dan awal pemecutan akan

menyebabkan banyak tenaga terbuang dan mudah menyebabkan seseorang pelari

berasa letih.

Badan pelari mestilah condong semasa berlari ; condongkan badan sebanyak 20 darjah

dari garis menegak. Keadaan condong ini mengurangkan rintangan angin dan pada

masa yang sama memastikan pusat graviti adalah di hadapan hujung tapak kaki yang

mendahului.

Kedudukan pusat graviti ini menyebabkan kuasa tidak hilang dan digunakan untuk

menggerakkan badan ke hadapan. Sebaliknya, pusat graviti di belakang hujung kaki

menyebabkan awal pecutan berlaku dan lebih tenaga diperlukan untuk memastikan

kelajuan tidak hilang.

b) Kedudukan Lutut

Page 19: Aktiviti larian

Semasa berlari, lutut pelari seharusnya diangkat tinggi. Ini menyebabkan kaki lambat

diletakkan atas permukaan sebelum digerakkan semula, menyebabkan kaki belakang

yang menolak melakukan ektensi penuh (hypertensi). Ini mengurangkan sudut antara

kaki dengan permukaan dan menghasilkan kuasa tolakan ke belakang yang lebih

berkesan.

c) Kaki

Bagi acara lari pecut atau jarak dekat seperti 100m dan 200m, pelari seharusnya

menggunakan bebola kaki (menjengket) sahaja bagi menyentuh tanah sepanjang larian.

Ini bagi mempercepatkan larian. Kedudukan kaki tersebut dipanggil planta. Bagi acara

larian jarak jauh seperti 1500m, pelari menggunakan seluruh tapak kaki menyentuh

tanah.

Page 20: Aktiviti larian

d) Kedudukan Tangan

Pergerakan tangan menyokong pergerakan kaki semasa berlari. Hayunan tangan yang

kuat ke depan dan ke belakang menyebabkan kaki melangkah jauh ke hadapan.

Page 21: Aktiviti larian

ISTILAH NAMA PERGERAKAN

FLEXION: Membengkok pergerakan yang berkurangan sudut antara dua bahagian. Contohnya: membengkok siku

EXTENSION: Lawan kelenturan; satu membetulkan pergerakan yang pertambahan sudut antara

bahagian badan.

HYPEREXTENSION: Awalan hyper- kadangkala ditambah untuk menegaskan pergerakan melebihi

kedudukan lumrah, ibarat dalam hyperflexion atau peluruslampauan (hyperextensi)

PENGENALAN AKSI-AKSI PERGERAKAN BADAN

NURUL AZWA BT AHMAD @ AHMAD ZAIDEN (930703-01-5454)

Page 22: Aktiviti larian

Sebagai seorang pelajar semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP),

saya telah diberikan satu tugasan projek bagi subjek Anatomi Dan Fisiologi (PJM 3106) bagi

memenuhi syarat subjek tersebut. Dalam tugasan ini, saya dan tiga ahli kumpulan saya iaitu

Ainul Asyifah bt Azmee, Nur Atiqah bt Ibrahim dan Zurina Hanim bt Mohd Musleh dikehendaki

untuk menganalisis sistem tulang, sistem otot dan sendi yang terlibat dalam sesuatu

pergerakan. Saya berasa sangat beruntung kerana melalui tugasan ini saya telah didedahkan

kepada banyak perkara yang sangat bermakna bagi saya terutamanya sebagai seorang

manusia dan bakal guru.

Melalui tugasan ini, saya dapat melatih diri saya untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini, terdapat beberapa kefahaman yang telah saya

perolehi mengenai bagaimana sesuatu pergerakan tubuh badan manusia berlaku. Saya telah

menganalisis secara mendalam dan kritis mengenai sistem-sistem tulang, otot dan sendi yang

terlibat semasa tubuh badan bergerak. Selepas itu, kami dikehendaki untuk mempersembahkan

hasil analisis tersebut mengikut kreativiti sendiri.HaI ini sedikit sebanyak telah menjana

pemikiran ke arah lebih kreatif dan kritis. Sebagai seorang bakal guru, pemikiran secara kritis

dan kreatif amat penting bagi menangani cabaran kerjaya guru yang semakin hari semakin

mencabar.

Di samping itu, saya dapati bahawa saya telah mengetahui dan memahami sedikit

sebanyak mengenai tubuh badan manusia melalui tugasan ini. Saya berupaya untuk

mengenalpasti nama-nama tulang, otot dan sendi yang ada dalam tubuh badan manusia.

Melalui pembacaan, saya telah mengetahui apa nama dan fungsi setiap tulang, otot dan sendi

yang ada dalam tubuh badan manusia. Saya juga dapat menambah ilmu mengenai penyakit-

penyakit yang melibatkan tulang, otot dan sendi serta apa kesan kepada badan manusia

sekiranya salah satu daripada mereka tidak berfungsi atau mengalami kerosakan. Oleh itu,

melalui tugasan ini saya dapat meningkatkan pengetahuan mengenai sistem tubuh badan

manusia yang merupakan asas penting sebagai seorang bakal guru terutama bagi guru subjek

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Hal ini kerana kita dapat menjalankan sesuatu aktiviti

secara selamat dan keselamatan serta kesihatan pelajar dapat kita pantau selalu.

Pembacaan dan analisis yang dijalankan secara tidak langsung telah menimbulkan rasa

bersyukur saya kepada Tuhan kerana saya dilahirkan sempurna. Semasa menjalankan tugasan

Page 23: Aktiviti larian

ini, terselit rasa kagum saya terhadap ciptaan Tuhan yang bernama manusia. Setiap apa yang

ada dalam tubuh badan manusia ada fungsi dan kepentingannya yang membawa maksud

bahawa setiap apa yang Tuhan ciptakan ada sebabnya. Sebagai manusia, kita haruslah

menghargai setiap ciptaan-Nya tidak kira sempurna atau tidak serta menjaga dan

menggunakan tubuh badan kita kepada perkara-perkara yang baik. Melalui tugasan ini, saya

dapat memupuk rasa bersyukur dalam diri di mana perkara tersebut amat penting dalam

membantu saya memupuk jati diri seorang guru dan peranan saya sebagai seorang manusia di

atas bumi ini.

Selain itu, saya sedar bahawa kita tidak dapat melakukan sesuatu kerja dengan

sendirinya dan pentingnya kemahiran berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini kerana,

pandangan dan cara seseorang individu melihat sesuatu perkara adalah berbeza. Semasa saya

menjalankan tugasan ini, saya telah berkolaborasi dan meminta pendapat daripada pensyarah

dan rakan-rakan bagi memastikan penerangan sesuatu pergerakan tersebut adalah betul dan

mudah difahami. Saya juga dapati bahawa perbezaan individu adalah sesuatu yang perlu

diambil kira. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kemampuan masing-masing dan

disebabkan itu, kami diberi peluang memilih pergerakan atau sukan yang kami mampu lakukan

dengan selesa. Perkara ini sangat penting agar saya tidak membandingkan pelajar saya kelak

kerana setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.

Kesimpulannya, kerja kursus pendek ini serba sedikit telah memberi impak kepada diri

saya terutama sekali dari segi mental dan rohani. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru

yang saya pelajari di sepanjang kerja kursus pendek ini dijalankan. Antara perkara yang saya

pelajari adalah kepentingan berfikiran kritis dan kreatif serta membaiki kemahiran

berkomunikasi saya. Sebagai seorang bakal pendidik, perkara-perkara tersebut amat penting

bagi membantu saya dalam membentuk akhlak dan cara pemikiran seorang guru. Oleh itu,

saya berasa berbesar hati kerana dapat menjalankan tugasan projek ini setelah menilainya dari

sudut yang positif.