1-larian cergas

6
PERISTIWA : LARIAN CERGAS TARIKH : 05 FEBRUARI 2015 Pada hari Khamis bersamaan dengan 2 Februari 2015, berlangsunglah satu aktiviti “Larian Cergas” yang melibatkan semua murid dari prasekolah sehingga murid tahun 6. Sebelum berlangsungnya pertandingan ini, beberapa sesi latihan telah diadakan bagi membiasakan murid-murid dengan laluan yang bakal dilalui oleh mereka. Latihan ini penting bagi mengelakkan ada murid yang melalui jalan yang salah. Latihan larian cergas ini berlangsung pada hari Isnin (petang) dan juga Rabu (pagi). Sebelum tiba hari kejadian, kami dipanggil oleh Encik Razali dalam satu mesyuarat bagi menentukan ‘checkpoint’ yang perlu kami awasi kelak. Kami juga diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program pada hari tersebut dan kami juga diingatkan supaya sentiasa lebih peka sekiranya terdapat murid yang cedera. Dalam pertandingan ini, mata dikumpul mengikut kedudukan yang diperoleh oleh murid tersebut: Hasil daripada mata yang dikumpul akan dikira mengikut rumah sukan masing-masing. Dalam pertandingan larian cergas Tempat Pertama : 10 mata Tempat Kedua : 9 mata Tempat Ketiga : 8 mata dan seterusnya.

Upload: nur-athirah-shafie

Post on 05-Jan-2016

284 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: 1-Larian Cergas

PERISTIWA : LARIAN CERGAS

TARIKH : 05 FEBRUARI 2015

Pada hari Khamis bersamaan dengan 2 Februari 2015, berlangsunglah satu

aktiviti “Larian Cergas” yang melibatkan semua murid dari prasekolah sehingga

murid tahun 6. Sebelum berlangsungnya pertandingan ini, beberapa sesi latihan

telah diadakan bagi membiasakan murid-murid dengan laluan yang bakal dilalui oleh

mereka. Latihan ini penting bagi mengelakkan ada murid yang melalui jalan yang

salah. Latihan larian cergas ini berlangsung pada hari Isnin (petang) dan juga Rabu

(pagi).

Sebelum tiba hari kejadian, kami dipanggil oleh Encik Razali dalam satu

mesyuarat bagi menentukan ‘checkpoint’ yang perlu kami awasi kelak. Kami juga

diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program pada hari tersebut dan kami

juga diingatkan supaya sentiasa lebih peka sekiranya terdapat murid yang cedera.

Dalam pertandingan ini, mata dikumpul mengikut kedudukan yang diperoleh

oleh murid tersebut:

Hasil daripada mata yang dikumpul akan dikira mengikut rumah sukan

masing-masing. Dalam pertandingan larian cergas pada kali ini, johan telah

disandang oleh rumah merah, manakala tempat kedua disandang oleh rumah hijau

dan diikuti oleh rumah kuning dan rumah biru. Para murid kelihatan sangat gembira

dan berpuas hati dengan kemengangan yang diperoleh mereka. Usai sesi

penyampaian hadiah oleh Guru Besar SK Amer, Encik Alias, pasukan rumah merah

diajak bergambar dan guru bertugas mengagihkan hadiah kepada murid-murid.

Tempat Pertama : 10 mata

Tempat Kedua : 9 mata

Tempat Ketiga : 8 mata

dan seterusnya.

Page 2: 1-Larian Cergas

Gambar 1 Latihan Larian Cergas

Gambar 2 Majlis Penyampaian Hadiah

Gambar 3 Johan Prasekolah

Page 3: 1-Larian Cergas

Gambar 4 Johan Kategori Lelaki Tahun 6

Gambar 5 Johan Kategori Perempuan Tahun 6

Gambar 6 Johan keseluruhan - Wakil Rumah Merah mengambil hadiah

Page 4: 1-Larian Cergas

Gambar 7 Sesi bergambar Guru Rumah Merah dan murid dari rumah merah

Gambar 8 Guru bertugas mengagihkan hadiah kepada murid

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________ ________________________

NUR ATHIRAH BT SHAFIE Guru/pensyarah pembimbing

Guru pelatih,

IPGKSM