penyelidikan larian pecut

Upload: fazliaman

Post on 15-Oct-2015

213 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGESEMESTER MEI 2013

HBEF2503SMP:KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

MENINGKATKAN TEKNIK ASAS PERMULAAN LARIAN PECUT MURID TAHUN 4 ARIF SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MACHAP

MATRICULATION NO: 810131015961001IDENTITY CARD NO.: 810131015961TELEPHONE NO.: 0137795961E-MAIL : [email protected] CENTRE: Batu Pahat Learning Centre

PENGHARGAANDengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berasa amat berbangga kerana dapat menyempurnakan sebuah tugasan demi segulung ijazah sebagai perubahan tahap akademik insan bergelar pendidik yang sangat cintakan ilmu pengetahuan.Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat Tutor pembimbing yang berwibawa yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam merealisasikan tugasan ini. Begitu juga buat GPK KOKO di sekolah saya EN. FADZLI BIN AMIN atas perkongsian ilmu selama saya menyiapkan tugasan ini.Tidak dilupakan ucapan terima kasih buat isteri tersayang RUHAIDA BT ZAHARI serta anak-anakku yang memahami kesibukan untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga adik dikasihi MOHD.RAHIMI BIN A RAHMAN yang banyak membantu saya semasa saya menyiapkan tugasan ini.Tanpa kefahaman dan kerjasama mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini.Saya sedar, terlalu banyak kelemahan yang ada pada manusia. Hanya semangat melihat rakan-rakan lain boleh buat, tentulah saya sebagai pendidik juga boleh buat.Ini kerana, jauh di sudut hati saya sebagai pendidik inginkan perubahan seiring dengan perubahan dunia pendidikan yang global, namun masih berteraskan landasan yang betul. Semoga tugasan ini menjadi perintis kejayaan cemerlang dan gemilang saya di dalam profesion keguruan. Hormat dari saya untuk semua.Terima kasih atas kerjasama yang diberi...

ABSTRAKKajian yang telah penyelidik lakukan ini atas dasar matlamat dan halatuju kurikulum Pendidikan Jasmani yang mewajibkan guru untuk terus berusaha memastikan setiap murid menguasai setiap kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Kajian ini akan dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran permulaan larian pecut di kalangan murid-murid Tahun 4 Arif Sekolah Kebangsaan Seri Machap yang terdiri daripada 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Kemahiran permulaan larian pecut adalah salah satu kemahiran yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Acara larian pecut juga dipertandingkan di peringkat zon, daerah, negeri dan peingkat kebangsaan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan murid semasa melakukan aktiviti teknik permulaan larian pecut. Penyelidik telah membuat keputusan untuk membuat rawatan untuk meningkatkan kemahiran permulaan lari pecut adalah kerana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, kebanyakkan murid lemah dalam teknik permulaan selain daya permulaan yang tidak bertenaga. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kaedah kuantitatif. Kaedah ini memerlukan penyelidik mengumpul data dan menganalisa data. Instrumen kajian terbahagi kepada dua jenis iaitu pra penilaian dan pos penilaian. Dalam melakukan kajian ini Sampel Kawalan dan Sampel Eksperimen akan melakukan ujian jangkauan pertama dalam permulaan larian pecut iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos di mana setiap jangkauan akan direkodkan. Kemudian, jarak jangkauan akan dibuat perbandingkan di antara kedua-dua sampel. Data daripada ujian pra dan ujian pos akan digunakan untuk membuat perbandingan melalui graf. Melalui perbandingan ini barulah penguji dapat melihat keberkesanan rawatan, kejayaan rawatan, kelemahan kajian dan penambahbaikan yang sesuai dibuat.

KANDUNGAN

PERKARAHALAMAN

PENGHARGAAN1ABSTRAK2KANDUNGAN 3PENGENALAN4

1.1Latar Belakang Kajian11.2Penyataan Masalah Kajian 21.3Tujuan Kajian61.4Objektif Kajian61.5Persoalan Kajian 61.6Kepentingan Kajian71.7Batasan Kajian7

BAB DUA : TINJAUAN LITERATUR

2.1Pendahuluan82.2Tinjauan Literatur 82.3Rumusan12

BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN

3.1Pendahuluan143.2Rekabentuk Kajian143.3Populasi Dan Sampel Kajian153.4Cadangan Rawatan163.5 Instrumen Kajian193.6Prosedur Pengumpulan Data193.7Analisis Data203.8Rumusan213.9Kesimpulan Keseluruhan22

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian:

Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah kajian biasa digunakan dengan makna pengutipan data (data collection). Ahli-ahli politik menyatakan mereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahli-ahli perniagaan memaparkan hasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang produk yang mereka jual atau pasarkan.Dalam kajian, pengutipan data adalah sangat penting kepada hala tuju masa depan penyelidik atau organisasi/ institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yang menaja sesuatu kajian itu. Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah pendidikan dikaji oleh para guru untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baru yang boleh membantu guru-guru meningkatkan prestasi mereka dan anak-anak didik mereka.Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang mana pada akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini tidak dapat ditafsir dengan baik, proses ini tidak boleh dianggap sebagai satu kajian. Secara ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian tentang sesuatu atau beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajian akan dibuat dengan menggunakan hubungan yang logik dan tidak hanya berlandaskan kepercayaan yang tidak mempunyai bukti nyata untuk dilihat atau dibaca. Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan penjelasan tentang kaedah pengutipan dan penghasilan data, memberikan penakrifan yang sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh serta menjelaskan segala batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian.

1.2 Penyataan Masalah Kajian:

Setiap mata pelajaran dalam kurikulum sekolah mempunyai sumbangan yang tersendiri terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi mental dan fizikal. Tetapi tujuan setiap mata pelajaran itu tetap sama iaitu mewujudkan individu-individu yang bermoral tinggi, sihat, berkemahiran, berbahagia dan beraza m untuk mengekalkan cara hidup yang diingini. Negara kita akan terjamin masa hadapannya dan namanya akan menjadi lebih harum lagi sekiranya rakyat menghayati sifat-sifat tersebut. Begitulah tujuan pendidikan jasmani sama seperti mata pelajaran lain. Otak yang waras terletak dalam badan yang sihat.Pendidikan Jasmani adalah satu mata pelajaran yang penting dalam sistem pendidikan di negara kita. Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini Pendidikan Jasmani yang diajar terutama disekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas.Menurut Fletcher, dalam bukunya Frobels Chief Writing on Education, menegaskan bahawa melalui Pendidikan Jasmani,kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal,intelek,sosial dan sebagainya. Pendapat ini disokong oleh Lowenfield, seorang ahli psikologi. Dalam bukunya, Play In Childhood, beliau menegaskan bahawa kegiatan-kegiatan Pendidikan Jasmani membantu menyuburkan perkembangan diri seseorang.Tujuan tersebut tidak akan tercapai jika pelajarannya disusun supaya murid-murid menerimanya secara pasif sahaja. Untuk memainkan peranan para guru mesti menyampaikan pelajarannya secara aktif dan menyeronokkan. Dari aspek ini, Pendidikan Jasmani adalah unik. Hampir semua pelajarannya melibatkan kegiatan yang aktif.Kita boleh mentakrifkan Pendidikan Jasmani sebagai proses pengajaran atau pembelajaran yang terkawal. Ini keseluruhannya tertumpu kepada perkembangan tubuh badan murid-murid termasuk perkembangan fizikal, sosial dan mental secara terjalin. Dengan menumpukan kegiatan yang bertujuan memupuk proses sosialisasi kita, secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan sahsiah yang menyeluruh dan sempurna di kalangan murid-murid sekolah. Serentak itu, perkembangan berbagai-bagai kebolehan psikomotor dan daya fizikal menggalakkan penggunaan masa lapang secara yang berfaedah. Di antara kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran pendidikan jasmani ialah kemahiran asas dalam olahraga. Olahraga menurut istilah kamus dewan, bermaksud latihan gerak badan dan sukan yang memerlukankan kekuatan dan kelajuan seperti melompat, berlari, melontar benda dan sebagainya. Sejak dahulu lagi manusia sudah pandai melompat lebih tinggi, berlari lebih pantas dan melontar benda lebih jauh. Kebolehan dan kemahiran mereka dalam olahraga tidak sama antara satu sama lain. Acara lari pecut ialah salah satu daripada kemahiran olahraga.Acara larian pecut memerlukan individu yang mempunyai keupayaan larian yang tinggi. Selain itu, pelari juga perlu memiliki teknik mulaan yang baik. Terdapat dua teknik mulaan iaitu mulaan berdiri dan mulaan dekam. Teknik mulaan yang paling popular ialah mulaan dekam. Mulaan dekam pula mempunyai tiga posisi iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Permulaan gaya dekam ini amat bermasalah bagi murid-murid sekolah rendah terutamanya di sekolah yang dibuat kajian. Murid-murid menghadapi masalah ketika menyesuaikan kedudukan anggota badan terutamanya tangan, kaki, badan dan kepala. Oleh itu, tujuan kajian ini dibuat untuk memberi kemahiran tentang kedudukan kaki terutamanya lutut dan hujung jari, badan diparas yang sesuai dan kedudukan kepala terutamanya arah pandangan mata serta kedudukan jari semasa membuat mulaan dekam. Selain itu, murid-murid juga akan diajar cara-cara memberi penumpuan tentang bila dan bagaimana untuk memulakan larian semasa pertandingan.Bertitik tolak daripada masalah di atas telah mendorong saya untuk membuat kajian dengan tujuan untuk mengenalpasti punca masalah ini dan bagaimanakah cara yang berkesan untuk murid-murid menguasai kemahiran ini. Untuk kajian ini langkah-langkah yang akan digunakan ialah kaedah ansur maju. Sebagaimana yang kita tahu kaedah ini biasa digunakan dan ianya amat praktikal dan berkesan untuk murid-murid menguasai kemahiran yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani. Pada prinsipnya ansur maju merupakan elemen yang paling penting dalam merancang program latihan yang melibatkan pergerakan. Latihan mestilah secara progresif. Jika beban latihan ditambahkan dengan cepat, badan tidak dapat menyesuaikan dirinya menyebabkan individu jatuh sakit/cedera. Beban latihan yang terkawal akan mempastikan kadar ansur maju yang berterusun akan dapat mengelakkan bahaya daripada latihan yang berlebihan.

1.3 Tujuan Kajian: Tujuan kajian adalah untuk menentukan keberkesanan penggunaan kaedah rawatan dan ansur maju dalam meningkatkan kemahiran permulaan larian pecut bagi murid-murid Tahun 4 Arif Sekolah Kebangsaan Seri Machap,Simpang Renggam,Johor.

1.4Objektif Kajian:Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:a. Mengenalpasti kaedah yang boleh meningkatkan jangkauan semasa melakukan permulaan larian pecut.b. Meningkatkan jarak jangkauan permulaan larian pecut pelajar - pelajar Tahun 4 Arif. c. Memastikan pelajar-pelajar Tahun 4 Arif menggunakan teknik lakuan yang betul semasa membuat permulaan larian. d. Meningkatkan keupayaan jarak jangkauan permulaan larian pecut pelajar - pelajar Tahun 4 Arif.

1.5Persoalan Kajian:Bagi membolehkan objektif-objektif di atas dapat dicapai, kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:a. Adakah kaedah atau teknik yang digunakan berkesan untuk meningkatkan lonjakan permulaan larian pecut?b. Adakah pelajar - pelajar Tahun 4 Arif mampu melakukan penambahbaikan lonjakan permulaan larian pecut?c. Adakah lonjakan permulaan larian pecut pelajar pelajar Tahun 4 Arif bertambah baik?

1.6Kepentingan Kajian:1. Membantu meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai kemahiran larian pecut.2. Diharapkan dapat dijadikan panduan kepada guru di sekolah rendah.3. Dapat menyedari kepentingan kaedah atau teknik yang sesuai di kalangan guru di sekolah rendah.4. Membantu para jurulatih sekolah dalam menentukan latihan sesuai.5. Memberi panduan kepada pihak pengurusan sekolah untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.1.7 Batasan Kajian:

Kajian ini merupakan kajian yang terhad kerana hanya melibatkan sebuah sekolah rendah sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Machap. Sampel kajian dipilih dari kalangan pelajar Tahun 4 Arif . Sebuah kelas terlibat membabitkan 30 orang pelajar. Secara keseluruhan pelajar yang terlibat terdiri daripada 20 pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan yang memiliki tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda yang hampir sama.

2.1 Pendahuluan:

Bab ini akan menghuraikan berkaitan rekabentuk kajian, sampel dan tempat kajian, instrumen kajian yang digunakan dan juga prosedur mengumpul dan menganalisa data dengan lebih terperinci. 2.2 Rekabentuk Kajian:

Rekabentuk kajian ialah bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip. Mengikut Creswell (2002), terdapat lapan reka bentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan. Bentuk kajian pendidikan adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan antara kedua-duanya. Sejak tahun 1930an, pengkaji-pengkaji bidang penyelidikkan dan sainsosial telah menggabungkan beberapa kaedah kajian untuk mengutip data kajian mereka (Sieber, 1973). Sieber telah mencadangkan gabungan antara kajian kes mendalam dengan tinjauan yang telah mencipta gaya baru dalam menjalankan kajian , di mana kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam satu kajian yang sama. Rasional menggunakan rekabentuk gabungan ialah untuk memastikan hampir semua faktor yang mempengaruhi sesuatu keadaan telah dikaji. Hampir keseluruhan variabel boleh dikaji menggunakan kaedah kuantitatif, tetapi variabel yang tidak dapat dikaji melalui kaedah ini, boleh dikaji melalui kaedah kualitatif. Dalam rekabentuk kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah rekabentuk eksperimen. Untuk kajian ini pengkaji telah menetapkan untuk menggunakan rekabentuk kuantitatif. 2.3 Populasi Dan Sampel Kajian:

Gay dan Airasan (2003) mendefinasikan Populasi ialah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Manakala sempel kajian adalah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili satu populasi. Sampel untuk kajian ini terdiri daripada 20 orang murid yang berada di dalam Tahun 4 Arif, Sekolah Kebangsaan Seri Machap. Purata umur sampel ialah 10 tahun dan terdiri daripada lelaki dan perempuan. Secara keseluruhan kecergasan fizikan dan kecerdasan mental adalah hampir sama. Kajian ini dijalankan dalam masa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan di waktu pagi yang dijadualkan sebagai salah satu keperluan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pengkaji juga akan memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah untuk melaksanakan kajian ini dan menggunakan kemudahan yang diperlukan demi untuk merealisasikannya. Daripada 20 orang murid tadi mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Sampel Kawalan dan Sampel Eksperimen. Ini bersesuaian dengan kajian eksperimen. Sampel Kawalan mengandungi 10 orang murid manakala satu lagi iaitu Sampel Eksperimen mengandungi 10 orang murid.Latar Belakang Demografi RespondenLatar belakangSampel12

JantinaLelaki55

Perempuan 55

3.1 Cadangan Rawatan:

Larian pecut adalah satu acara yang dipertandingkan di peringkat Majlis Sukan Sukan Kawasan, Daerah , Negeri dan Kebangsaan. Acara ini, sering dinanti nantikan oleh setiap penonton dalam sebarang kejohanan. Acara ini juga menaikkan nama seseorang dalam acara olahraga. Peserta peserta sekolah pengkaji sering ketinggalan dalam perlumbaan larian pecut di peringkat Majlis Sukan Sukan Peringkat Kawasan. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk mengatasi masalah ini. Larian pecut memerlukan keupayaan pecutan yang tinggi dan teknik-teknik yang betul untuk mencapai masa yang baik. Oleh itu, setiap peserta acara pecut mesti mempunyai keupayaan pecutan yang tinggi dan teknik-teknik yang betul. Pengkaji mengambil keputusan akan membimbing pelajar dari segi teknik yang perlu ada pada peserta acara pecut untuk memperolehi masa yang terbaik. Rawatan akan diberi kepada Sampel Eksperimen untuk memperbaiki permulaan larian pecut. Kaedah yang digunakan ialah kaedah ansur maju dan latih tubi. Rawatan ini terbukti berjaya jika jarak jangkauan yang pertama setiap responden bertambah. Sebelum rawatan dijalankan perkara utama yang di titik beratkan ialah kekuatan otot kaki dan otot tangan responden. Pengkaji akan menjalankan aktiviti seperti tekan tubi dan lompatan untuk kekuatan otot tangan dan otot kaki. Ini sebagai persediaan respoden untuk mendapat rawatan seterusnya.

Rawatan adalah seperti berikut: Pengkaji akan membuat dua garisan selepas garisan pemulaan larian pecut yang merupakan sebagai penanda. Garisan di bahagian hadapan adalah untuk kedudukan bahagian kepala pelari. Garisan yang kedua adalah untuk kedudukan bahagian bahu pelari. Selain itu, pengkaji juga akan membuat empat garisan sebelum garisan permulaan larian pecut. Keempat-empat garisan ini digunakan sebagai penanda bagi kaki kiri dan kaki kanan pelari. Garisan yang pertama adalah kedudukan lutut pelari manakala garisan yang kedua adalah untuk kedudukan hujung kaki di bahagian belakang. Begitu juga bagi garisan yang ketiga dan keempat untuk kaki yang satu lagi.Pengkaji juga akan menggunakan bebanan (bungkusan pasir) yang dipasang di pergelangan kaki setiap Sampel Eksperimen. Mereka akan berlari beberapa pusingan sambil memakai bebanan tersebut. Selain itu, Sampel Eksperimen juga akan melakukan aktiviti melangkah dengan menarik beban menggunakan tiub basikal yang diikat dengan beban (karung pasir) seberat dua kilo. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan seterusnya meringankan kaki ketika membuat jangkauan pertama semasa permulaan larian pecut. Untuk kekuatan otot tangan pula, Sampel Eksperimen akan melakukan aktiviti menarik beban yang terdiri dari tiub yang diikat di tiang bendera. Selain itu, mereka akan melakukan aktiviti tekan tubi berulang-ulang.Pengkaji akan menjalankan kaedah ansur maju dan latih tubi untuk memastikan responden menguasai kemahiran yang terdapat di dalam rawatan. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan rawatan ini ialah 300 minit. Pengkaji juga akan menggunakan khidmat 3 orang guru Pendidikan Jasmani. Dengan ini, program rawatan dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar.

Instrumen Kajian:Terdapat 2 instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu: Instrumen yang pertama ialah Ujian Pra (Penilaian Satu). Ujian Pra (Penilaian Satu) dilakukan sebelum rawatan dilakukan untuk gaya permulaan larian pecut. Ujian Pra (Penilaian Satu) digunakan untuk merekod jangkauan pertama setiap responden. Unit yang digunakan untuk mengukur jangkauan pertama setiap responden ialah sentimeter. (Rujuk Lampiran A) Instrumen yang kedua ialah Ujian Pos (Penilaian Dua). Ujian Pos (Penilaian Dua) dijalankan selepas rawatan dibuat.Ujian Pos (Penilaian Dua) dilakukan untuk melihat penambahbaikkan jangkauan pertama hasil daripada rawatan yang dilakukan. Ujian Pos (Penilaian Dua) yang direkod akan digunakan untuk membandingkan dengan data yang terdapat di dalam Ujian Pra (Penilaian Satu). Sebagaimana Ujian Pra (Penilaian Satu), Ujian Pos (Penilaian Dua) menggunakan unit sentimeter dalam membuat pengukuran jangkauan pertama setiap responden.(Rujuk Lampiran B)

3.2Prosedur Pengumpulan Data: Sebelum prosedur pengumpulan data dijalankan, pengkaji akan menyediakan borang- Ujian Pra (Penilaian Satu). Pada peringkat pertama, responden akan diajar menggunakan kaedah biasa dalam pengajaran dan pembelajaran pemulaan larian pecut. Selepas itu, pengkaji akan menggunakan Ujian Pra (Penilaian Satu) untuk merekod kemampuan jangkauan yang pertama setiap responden. Masa yang diperuntukan ialah 120 minit. Peringkat kedua dan terakhir, Ujian Pos (Penilaian Dua) digunakan di mana penilaian diberi kepada jangkauan pertama selepas rawatan. Setiap jangkauan yang dibuat oleh responden akan direkodkan. Akhirnya, perbandingan di antara Ujian Pra (Penilaian Satu) dengan Ujian Pos (Penilaian Dua). Di sini penambahbaikan diambil kira samada rawatan yang dibuat berkesan atau sabaliknya. Masa yang diperuntukan ialah 120 minit.

3.3 Analisis Data:

Dalam kajian ini, data akan diproses mengikut secara eksperimen iaitu membuat perbandingan daripada data yang diperolehi semasa Ujian Pra dilaksanakan dengan data yang diperolehi daripada Ujian Pos. Di sini penambahbaikkan dan peningkatan dititik beratkan bagi menentukan keberkesanan rawatan yang telah diberikan. Ujian Pra dan Ujian Pos ini akan menentukan bahawa rawatan yang dibuat berjaya atau sebaliknya.Data data yang telah diperolehi di dalam kajian ini telah dianalisisi dengan mengunakan kaedah analisis statistik yang terdapat di dalam Graph Pad selari dengan matlamat kajian dan bagi menjawab semua soalan penyelidikan yang telah dinyatakan. Kesignifikan ialah aras di mana hipotesis nol ditolak atau diterima. Analisis kajian memberi tumpuan kepada hubungan signifikan keputusan ujian Pra dan Pos bagi membandingkan sampel rawatan dan sampel kawalan. Oleh kerana data adalah dari jenis statistik para matrik dan aras ukuran nisbah, maka ujian t digunakan. Ujian t digunakan bagi mendapatkan perbezaan di antara sampel eksperimen dan sampel kawalan. Ujian t digunakan dalam kajian ini bagi melihat apakah terdapat hubungan yang signifikan atau secara kebetulan antara dua min sampel kawalan dan sampel rawatan. 3.4 Rumusan:

Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif. Instrumen kajian melibat Ujian Pra, Ujian Pos dan perbandingan. Oleh itu, data-data yang diperolehi akan dianalisis oleh pengkaji sendiri. Data-data yang telah dianalisis juga akan menentukan keberkesanan rawatan yang dilaksanakan oleh pengkaji meningkatkan kemahiran permulaan larian pecut di kalangan murid-murid Tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Seri Machap..3.5 Kesimpulan Keseluruhan: Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pihak-pihak tertentu terutamanya guru-guru Pendidikan Jasmani dan Jurulatih Olahraga sekolah untuk melahirkan peserta-peserta wakil rumah sukan dan wakil sekolah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji di masa akan datang sebagai panduan dan garis panduan atau boleh diubah suai untuk penambahbaikan bagi menghasilkan kajian yang lebih efektif bersesuaian dengan situasi, masa dan responden yang dipilih.

HURAIAN DAN ANALISIS DATA

4.1Profil Responden: Responden terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan yang berada di dalam kelas Tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Seri Machap,Simpang Renggam. Dalam acara larian pecut, murid murid ini pernah mengikuti pemilihan dan latihan untuk mewakili rumah sukan masing masing. Seterusnya, ada yang terpilih mewakili sekolah dalam olahraga, terutamanya larian pecut bawah 10 tahun ke pertandingan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah Johor Bahru ( MSSD ) 2013. Oleh itu murid murid telah mempunyai pengalaman dalam proses pemilihan dan latihan bagi acara pecut.

4.2 Analisis Pencapaian : Sebelum Ujian Pra dijalankan pengkaji membahagikan responden kepada dua kumpulan iaitu Sampel Kawalan dan Sampel Eksperimen.4.2.1Ujian Pra Penilaian Lonjakan Pertama Larian Pecut.Jadual 4.2.1 :Jadual Ujian Pra Penilaian Lonjakan Pertama Larian Pecut Sampel EksperimenTempat Pemerhatian : Padang Sekolah Kebangsaan Seri MachapMasa / Jangka Waktu Pemerhatian : 8.00 a.m. 90.30 a.m ( 1 1/2jam ) BilNama MuridTahap Lonjakan(cm)Jarak Terbaik(cm)

P 1P 2P 3

1.Amirul Afiq Bin Asmawi112114114114

2.Hairul Izwan bin Mat Isa103110107110

3.Isma Ammar Danial107108105108

4.Mohd Amirul Hakim110112114114

5.Mohd Nazuan Nordin110108108110

6.Nur Amirah Rahmat96989898

7.Nur Aisyah Najiha Selamat103101105105

8.Siti Maisarah Safari10098102102

9.Siti Zulaikha Saidin103107108108

10.Fazurah Najwa Abu Bakar109111110111

4.2.1.1Carta Bar Menunjukkan Ujian Pra Lonjakan Pertama Larian PecutSampel Eksperimen

cm

Jadual 4.2.2 : Jadual Ujian Pra Lonjakan Pertama Larian Pecut Sampel Kawalan Bil.Nama MuridTahap Lonjakan( cm )

P 1P 2P 3Jarak Terbaik(cm)

1.Muhd Fahmi101107109109

2.Muhd Yazid Hamid103110113113

3.Muhd Yazid Ismadi112115111115

4.Muhd Rayyan Zikri112102105112

5.Muhd Shah Nur Malik112116113116

6.Fadhilah Faidzal102100102102

7.Nor Athirah Bidin10898100100

8.Nurul Shamimi105100100105

9.Nurul Solehah9297100100

10.Nurul Amira Athirah107109109109

4.2.2.1Carta Bar Menunjukan Ujian Pra Jangkauan Pertama Larian PecutSampel Kawalan

Jadual 4.2.3 : Jadual Ujian Pos Lonjakan Pertama Larian Pecut Sampel EksperimenTempat Pemerhatian : Padang Sekolah Kebangsaan Seri Machap,Simpang RenggamMasa / Jangka Waktu Pemerhatian : 8.00 a.m 9.30 a.m ( 1 1/2 jam ) Bil.Nama MuridTahap Lonjakan(cm)

P 1P 2P 3Jarak Terbaik

1.Amirul Afiq Bin Asmawi122130124130

2.Hairul Izwan bin Mat Isa112123115123

3.Isma Ammar Danial123133135137

4.Mohd Amirul Hakim126132125132

5.Mohd Nazuan Nordin113128132132

6.Nur Amirah Rahmat112128122122

7.Nur Aisyah Najiha Selamat119120126126

8.Siti Maisarah Safari111130127130

9.Siti Zulaikha Saidin113129132132

10.Fazurah Najwa Abu Bakar119129120129

4.2.3.1 Carta Bar Menunjukkan Ujian Pos Jangkauan Pertama Larian PecutSampel Eksperimen

Jadual 4.2.4: Jadual Ujian Pos Penilaian Jangkauan Pertama Larian Pecut Sampel Kawalan

Bil.Nama MuridTahap Lonjakan(cm)

P 1P 2P 3Jarak Terbaik

1.Muhd Fahmi101112115115

2.Muhd Yazid Hamid115114116115

3.Muhd Yazid Ismadi117111112117

4.Muhd Rayyan Zikri111113114116

5.Muhd Shah Nur Malik112116116116

6.Fadhilah Faidzal108102114114

7.Nor Athirah Bidin108100101113

8.Nurul Shamimi108100108108

9.Nurul Solehah109100100109

10.Nurul Amira Athirah107109100107

4.2.4.1 Carta Bar Menunjukkan Ujian Pos Lonjakan Pertama Larian Pecut Sampel Kawalan

324.3 Perbandingan Jangkauan Pertama Larian Pecut :

4.3.1 Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama Ujian Pra Dan Ujian Pos Sampel KawalanBil.Nama MuridJarak Jangkauan Ujian Pra (cm)Jarak Jangkauan Ujian Pos (cm)Perbezaan (cm)

1.Muhd Fahmi1091156

2.Muhd Yazid Hamid1131152

3.Muhd Yazid Ismadi1151172

4.Muhd Rayyan Zikri1121164

5.Muhd Shah Nur Malik1161160

6.Fadhilah Faidzal10211412

7.Nor Athirah Bidin100 11313

8.Nurul Shamimi1051083

9.Nurul Solehah1001099

10.Nurul Amira Athirah109107-2

4.3.1.1Carta Bar Perbandingan Jangkauan Pertama Ujian Pra Dan Ujian Pos Sampel Kawalan

4.3.2 Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama, Sampel Eksperimen Sebelum Dan Selepas Rawatan.Bil.Nama MuridJarak Jangkauan sebelum rawatan (cm)Jarak Jangkauan selepas rawatan (cm)Perbezaan (cm)

1.Amirul Afiq Bin Asmawi11413016

2.Hairul Izwan bin Mat Isa11012313

3.Isma Ammar Danial10813729

4.Mohd Amirul Hakim11413218

5.Mohd Nazuan Nordin11013222

6.Nur Amirah Rahmat9812224

7.Nur Aisyah Najiha Selamat10512621

8.Siti Maisarah Safari10213028

9.Siti Zulaikha Saidin10813224

10.Fazurah Najwa Abu Bakar11112918

4.3.2.1Carta Bar Perbandingan Jangkauan Sampel Eksperimen Sebelum Dan Selepas Rawatan

4 Kesimpulan: Berdasarkan analisis yang telah dibuat berkaitan Ujian Pra, didapati terdapat sedikit perbezaan tetapi tidak ketara lonjakan permulaan Sampel Eksperimen berbanding Sampel Kawalan kerana kedua-dua kumpulan tidak menerima sebarang rawatan. Berbanding dengan analisis Ujian Pos, setelah Sampel Eksperimen menerima rawatan didapati perbezaan amat ketara dari segi ukuran lonjakan permulaan berbanding dengan Sampel Kawalan yang tidak menerima rawatan perbezaan .Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan tetapi dalam jumlah yang kecil di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Oleh itu, rawatan dan kaedah ansur maju serta latih tubih amat berkesan digunakan untuk melatih murid-murid Tahun 4 Arif (Sampel Eksperimen) dari Sekolah Kebangsaan Seri Machap, Simpang Renggam, Johor. Ini dapat dibuktikan lagi apabila didapati data pada Ujian Pra Sampel Eksperimen dengan Sampel Kawalan tidak banyak perbezaan kerana pencapaian kedua-dua kumpulan hampir sama dalam lonjakan permulaan larian pecut. Manakala dalam Ujian Pos data yang dikumpul menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara di antara pencapaian Sampel Eksperimen berbanding Sampel Kawalan. Ini kerana Sampel Eksperimen telah mendapat rawatan yang berkesan. Berdasarkan dapatan kajian kuantitatif didapati terdapat perbezaan yang ketara dari segi jangkauan pertama acara pecut di antara Sampel Eksperimen berbanding Sampel Kawalan. Ini dibuktikan dengan data dan carta bar serta analisis ujian. Didapati bahawa kaedah rawatan, ansur maju dan latih tubi amat berkesan dalam melatih atlet yang terlibat dengan acara pecut khususnya dalam memulakan larian. Teknik permulaan samada teknik berdiri atau teknik dekam, amat penting dalam menyediakan seseorang atlet acara pecut. Ini melibatkan kedudukan postur tubuh badan, kekuatan otot yang terlibat iaitu kaki dan tangan.

Kekuatan kaki amat penting terutamanya semasa menolak atau menendang apabila memulakan larian. Manakala kekuatan tangan penting semasa melakukan dekaman di mana seluruh berat badan atlet akan berada di tangan di samping kepala yang melihat laluan atau lorong yang akan dilaluinya. Oleh itu, latihan amat penting dengan teknik yang betul serta berterusan. Latihan yang dibuat perlulah dilakukan dengan terancang dan sistematik dengan menggunakan teknik yang betul iaitu teknik ansur maju dan latih tubi. Bertujuan supaya setiap kemahiran dapat dikuasai dengan baik dan betul serta kekal dalam ingatan seseorang atlet bagia setiap kemahiran yang telah diajar atau ditunjukkan. Di samping itu, ansur maju dan latih tubi dapat membantu atlet memperbetulkan setiap kemahiran secara berperingkat-peringkat. Akhirnya, para atlet akan dapat melakukan kemahiran itu dengan cara yang terbaik.

RUJUKAN:

Hanif Hanafi ( 1995 ). Olahraga .Kuala Lumpur. Pustaka Cita Tinggi.

Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur: Junjura Publications Sdn. Bhd.

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga 3.

Mahamad Amran Kamsi ( 2005 ) Olahraga . Petaling Jaya. Alpha Sigma Sdn. Bhd.

Shaifol Bahary, Hasnul Faizal. (2009). HBEF 4303: Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan Che Lan,Hasnul Faizal Hushin Amri, (2007),HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur, UNITEM Sdn. Bhd.

Shamsul Mohd Shariff,Mohd Sofian ,Omar Fauzee, Shahrizat Yusof (2002 )Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4.Dewan Bahasa dan Pustaka,Primeprin Sdn Bhd Selangor Darul Ehsan

Teng Bong Tong. (1994). Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga: Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan. Karisma Publication Sdn. Bhd.