acara lari berganti

30
ACARA LARI BERGANTI-GANTI PENGENALAN Lari berganti ganti merupakan acara berpasukan dalam olahraga. Ia terdiri daripada acara wanita dan lelaki. Kali pertama ia diadakan pada akhir abad ke 19 di Amerika Syarikat oleh 2 peminat olahraga dari Universiti Pennsylvania iaitu Frank Ellis dan Lausset Geyelin. Mereka memulakan larian untuk jarak metric dengan 1 pasukan terdiri daripada 4 orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh ( 402.34 samaan suku batu ). Dengan membawa baton untuk diterima oleh rakannya. Pelari kedua, ketiga dan keempat berlari pada jarak yang sama. 2 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun 1983 itu. Pada 1895 pula, Pennyylvania Relay Carnival ” diadakan, yang merupakan acara tahunan di Amerika Syarikat. Matlamat acara lari berganti – ganti ialah berlari sambil membawa baton dari seorang pelari sehingga semua pelari mendapat giliran masing – masing. Pelari akhir akan membawa baton sehingga ke garisan penamat. Persefahaman amat penting dalam acara ini, memberi dan menerima baton dianggap perkara yang penting bagi menentukan kejayaaan. Acara ini juga merupakan acara larian pecut. PERATURAN DAN UNDANG – UNDANG I. 4 pelari diperlukan dalam membentuk pasukan dan 1 orang pelari simpanan bagi setiap pasukan. II. Kedudukan pelari ditentukan sebelum perlumbaan, biasanya oleh jurulatih. III. Semua pelari akan berlari dalam laluan yang telah diundi sebelum perlumbaan. IV. Pelari pertama akan memulakan larian dengan membawa baton dan pertukaran kepada pelari kedua dan seterusnya hendaklah dilakukan di dalam petak atau kawasan yang telah ditetapkan. Jika tidak penyertaan pasukan akan terbatal. V. Semua pelari hendaklah memegang baton dari pelari pertama kepada yang terakhir.

Upload: hafizuldeyla

Post on 18-Nov-2015

294 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cikgu firdaus sukri

TRANSCRIPT

ACARA LARI BERGANTI-GANTI

PENGENALAN

Lari berganti ganti merupakan acara berpasukan dalam olahraga. Ia terdiri daripada acara wanita dan lelaki. Kali pertama ia diadakan pada akhir abad ke 19 di Amerika Syarikat oleh 2 peminat olahraga dari Universiti Pennsylvania iaitu Frank Ellis dan Lausset Geyelin. Mereka memulakan larian untuk jarak metric dengan 1 pasukan terdiri daripada 4 orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh ( 402.34 samaan suku batu ). Dengan membawa baton untuk diterima oleh rakannya. Pelari kedua, ketiga dan keempat berlari pada jarak yang sama. 2 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun 1983 itu. Pada 1895 pula, Pennyylvania Relay Carnival diadakan, yang merupakan acara tahunan di Amerika Syarikat. Matlamat acara lari berganti ganti ialah berlari sambil membawa baton dari seorang pelari sehingga semua pelari mendapat giliran masing masing. Pelari akhir akan membawa baton sehingga ke garisan penamat. Persefahaman amat penting dalam acara ini, memberi dan menerima baton dianggap perkara yang penting bagi menentukan kejayaaan. Acara ini juga merupakan acara larian pecut.

PERATURAN DAN UNDANG UNDANGI. 4 pelari diperlukan dalam membentuk pasukan dan 1 orang pelari simpanan bagi setiap pasukan.II. Kedudukan pelari ditentukan sebelum perlumbaan, biasanya oleh jurulatih.III. Semua pelari akan berlari dalam laluan yang telah diundi sebelum perlumbaan.IV. Pelari pertama akan memulakan larian dengan membawa baton dan pertukaran kepada pelari kedua dan seterusnya hendaklah dilakukan di dalam petak atau kawasan yang telah ditetapkan. Jika tidak penyertaan pasukan akan terbatal.V. Semua pelari hendaklah memegang baton dari pelari pertama kepada yang terakhir.VI. Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi peraturan dan undang undang yang ditetapkan. Tindakan , perbuatan atau lakuan yang boleh menghalang atau menggangu perjalanan acara ini boleh menyebabkan acara larian dibatalkan.VII. Semua pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan baju yang bernombor dan berlambang serta warna pasukan masing masing.VIII. Larian hanya boleh dimulakan pelari pertama setelah isyarat diberikan oleh pegawai pelepas.IX. Sebarang pertukaran pelari hendaklah dibuat sebelum perlumbaan dimulakan. Pasukan berkenaan hendaklah memaklumkan kepada pegawai perlumbaan tentang pertukaran ini.

PEMILIHAN PELARIUjian khas perlu diadakan bagi menentukan kelayakan pelari sebagaimana yang dilakukan oleh sesebuah pasukan negeri atau negara. Acara saringan boleh diadakan untuk menguji. Golongan Pelari yang melakukan masa paling pantas boleh dipilih untuk menyertai acara ini.

CIRI CIRI PELARIA ) Pelari PertamaI. Mesti mempunyai permulaan yang baik sambil memegang baton.II. Berkeupayaan berlari di selekoh.III. Biasanya pelari pertama adalah pelari terbaik atau kedua terbaik pasukan diletakkan kerana ia merupakan pendorong kepada pelari lain untuk berlari dengan baik.B ) Pelari Keduai.Berkeupayaan berlari dengan baik dilorong yang lurus.ii.Berkeupayaan menerima dan menghantar baton dengan baik daripada pelari pertama kepada pelari ketiga. ( Biasanya jika pelari pertama berlari dengan membawa baton dengan tangan kanan, pelari kedua akan menerimanya dengan tangan kiri dan pelari ini pula akan memberikannya kepada pelari ketiga yang akan menerima dengan tangan kanan dan begitulah seterusnya . )C ) Pelari KetigaI. Berkeupayaan menerima dan menghantar baton.II. Berkebolehan berlari pada selekoh harus dijadikan kriteria utama pada jurulatih III. Biasanya pelari ketiga terpantas memikul tanggungjawab ini.

D ) Pelari Keempati.Biasanya pelari terpantas pasukan diletakkan sebagai pelari terakhir atau achorman kerana pelari ini akan membawa baton sehingga melepasi garisan penamat.ii.Berkeupayaan berlari pantas di lorong yang lurus serta mempunyai finishing yang baik.

E ) Pelari Simpanan Ini penting sebagai persediaan jika berlaku kecemasan atau sesuatu yang tidak diduga kepada salah seorang pelari atau sekiranya prestasi yang ditunjukkan oleh pelari utama merosot. Ia juga merupakan strategi perlumbaan bagi pasukan yang telah biasa.

PANDUAN LARIANi.Jarak LarianUmum mungkin menggangap jarak yang dilakukan oleh pelari adalah sama. Hakikatnya adalah berbeza beza. Jika pertukaran baton dilakukan selepas atau diluar zon pertengahan pertukaran baton, setiap pelari berlari pada jarak berikut :

JARAK LARIAN SETIAP PESERTA DALAM ACARA 4x100PelariJarak larian maksimumJarak larian biasa ( purata )Jarak larian dengan baton

1106m101.5m101.5

2126m121.5m99.0

3126m121.5m99.0

4120m120m97.5m

ii.Pertukaran BatonKemahiran yang tinggi amat diperlukan dalam menerima dan memberi baton, terutama pelari kedua dan ketiga. Pelari pertama dan terakhir juga perlu mahir dalam perlakuan ini. iii.Pemilihan Mengikut Keupayaan BerlariKeupayaan berlari mengikut kedudukan dan keperluan pelari hendaklah diberikan keutamaan dalam membuat pemilihan ke atas pelari. Kepantasan berlari adalah amat penting dalam menentukan kejayaan.iv.Semangat BerpasukanPersefahaman dan semangat kerjasama yang tinggi dalam pasukan adalah amat penting. Latihan yang konsisten dan intensif merupakan cara yang terbaik dalam acara ini.

PEMEGANGAN & PERTUKARAN BATONMemegang baton dalam acara ini amat penting. Baton perlu dipastikan dipegang dengan kemas, selesa dan tidak menghalang larian serta dapat dihantar kepada rakan dengan baik dan cekap.

Memberi dan Menerima BatonSetiap pelari akan membawa baton dari satu jarak ke satu jarak tertentu sehingga keseluruhan larian. Setiap pertukaran hendaklah dilakukan di dalam kawasan atau petak yang disediakan. Jika tidak, Ia dianggap batal. Terdapat beberapa cara pertukaran baton diantara seorang pelari dengan pelari yang lain :i) Hantaran dari atas ke bawahCara ini adalah paling pantas dan sering digunakan. Tetap mempunyai risiko mudah terjatuh jika tidak diberi dengan tepat dan betul. Jika pelari pertama yang membawa baton dengan tangan kanan dan apabila tiba ke kawasan pertukaran, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil berlari dia akan bersedia mengangkat tangan kirinya sambil membuka tapak tangannya atau menadah untuk menerima baton. Pelari pertama hendaklah memberi isyarat untuk pelari kedua mengangkat dan membuka tangannya.Pelari pertama akan memberi baton dengan pergerakan tangan dari atas ke bawah atau memukul tapak tangan pelari kedua. Pelari kedua akan membawa baton dengan tangan kiri dan memberi kepada pelari ketiga dengan tangan kanan juga dari atas ke bawah. Pelari ketiga yang membawa baton kepada tangan kanan akan memberi kepada pelari terakhir yang akan menerima baton itu pada tangan kiri untuk memecut ke garisan penamat.

Ii ) Hantaran dari bawah ke atas.Cara ini kurang berisiko tetapi persefahaman yang baik antara penghantar dan penerima menjadikan hantaran menarik dan pantas. Jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan , dia akan memberi kepada pelari kedua yang menerimanya dengan tangan kiri.Apabila pelari pertama hamper dengan kawasan pertukaran baton, pelar kedua akan mula memecut. Pelari pertama akan memberi baton dengan pergerakkan tangan dari bawah ke atas. Pelari kedua yang mendapat isyarat bersedia daripada pelari pertama akan menghulurkan tangan krinya sambil membuka tapak tangan dengan menghala ke bawah. Pelari ini akan menerima baton itu lalu memegang dengan selesa untuk berlari ke pelari ketiga dan seterusnya pula dengan kaedah yang sama.

CARA MEMBAWA BATON

2 cara atau teknik yang digunakan dan dianggap paling selesa dan sesuai ialah :

i.Teknik Selang Seli tanpa pandangMengikut teknik ini, pelari pertama dan ketiga berlari sambil membawa baton dengan tangan yang sama sementara pelari kedua dan keempat berlari dengan membawa baton dengan tangan yang sama juga. Jelasnya kiri kanan kiri kanan atau kanan kiri kanan kiri. Semasa pertukaran, setiap pelari yang menerima baton akan berlari terus tanpa menoleh kebelakang untuk melihat baton. Ini bermakna hanya tangan yang bergerak untuk menerima hantaran baton daripada pelari sebelumnya.

ii.Teknik Selang Seli dengan pandangKedudukan pelari adalah sama seperti teknik pertama iaitu kanan kiri kanan kiri atau kiri kanan kiri kanan. Pelari berlari seperti biasa Cuma yang berbeza adalah teknik pertukaran baton. Pelari yang akan menerima akan memandang ke belakang. Sememangnya cara ini lebih tepat dan berisiko rendah tetapi disebabkan penerima baton terpaksa menoleh, masa yang diambil agak lewat. Kemungkinan juga dia akan menerima baton diluar kawasan yang dibenarkan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada baton.

Perbezaan Antara Teknik Dengan Pandang & Teknik Tanpa Pandang

1. Hantaran dan penerimaan tanpa pandangi ) Penerima hanya menghulurkan tangannya ke belakang , selepas isyarat diterima sambil pandangan dihadapan.ii ) Pelari hendaklah merapatkan jari dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V Tangan hendaklah sentiasa diluruskan tanpa cuba mengoyang goyangkannya.iii ) Pelari yang memberi baton hendaklah mengenggamnya di atara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulurkan ke hadapan.iv ) Baton hendaklah diberi kepada pelari yang menerima dengan tapak tangannya tetapi pelari yang memberi baton tidak boleh melepaskan dengan serta merta. v ) Sebaiknya pelari yang memberi baton hendaklah membiarkan baton ditarik dari tangannya oleh penerima. Selepas itu dia hendaklah mengawal dirinya dengan terus berlari sambil memperlahankan kelajuan.

2. Hantaran dan penerimaan dengan pandangi ) Pelari yang akan menerima baton hendaklah dengan pantas menoleh ke belakang arah pelari yang membawa baton. Sambil berlari , penerima hendaklah menghulur tangan ke belakang secara lurus.ii ) tangan pelari yang akan menerima baton hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.iii )Pelari yang akan memberi baton akan menggenggam baton di antara ibu jari dengan jari jarinya yang sebelah lagi.iv )Pelari yang memberi baton menurunkan baton lalu lalu meletakkan baton pada tapak tangan pelari yang menerima. Baton tidak boleh terus dilepaskan tetapi penerima hendaklah mengenggam baton.v ) Penerima hendaklah menarik baton daripada pemberi , berpaling ke hadapan lalu meneruskan larian.v ) Perlakuan yang sama hendaklah dilakukan kepada pelari seterusnya.

ZON PERTUKARAN BATONSetiap pelari akan berlari dalam lorong-lorong diatas belapan bulat berukuran 400 meter yang mengandungi lapan lorong.Pelari pertama dalam setiap pasukan memulakan perlumbaan daripada setiap pasukan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan yang diatur secara berganjak.Dia berlari diselekoh dan menghantar baton kepada pelari kedua dalam pasukannya . Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari ketiga dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan mengakhiri perlumbaan.

rajah 10 : Zon pertukaran baton

Pada tanda 100 meter , 200 meter dan 300 meter di balapan 400 meter ditandakan tiga zon penukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang . baton mestilah bertukar tangan diantara dua pelari didalam zon tersebutSatu tanda lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan pada 10 meter di belakang zon penukaran baton.Pelari yang akan menerima baton boleh mula berlari dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima di dalam zon pertukaran baton.

LANGKAH-LANGKAH ANSUR MAJUBeberapa lngkah ansur maju perlu dititikberatkan dalam acara lari berganti-ganti . dibawah ini beberapa aktiviti diikuti langkah ansur maju yang perlu dijalankan untuk atlit beraksi lebih cemerlang :1. Gaya Memegang baton1. Gaya permulaan Larian1. Cara Menukar Baton1. Zon Pertukaran BatonAktiviti : Gaya memegang BatonGenggamanAnsur maju1.Genggaman bebas

Rajah 11 :Genggaman baton secara bebasButir-butir mengajar0. Gunakan jari-jari untuk menggeggam0. Genggaman di hujung di tengah dan di pangkal baton

2.Genggaman dengan cara yang betul Butiran mengajar1. Rapatkan jari-jari kecuali ibu jari membentuk V menghala kebawah1. Letakan baton di antara bentuk V1. Genggam baton dibahagian hujung.

Rajah 12 :Genggaman baton yang betulAktiviti : gaya permulaan larian

Ansur majU

1. Lompat ketinting (menentukan kaki yang kuat)Butiran mengajar0. Kaki sebelah di bengkokkan sebelah lagi lurus0. Lompat guna bebola kaki0. Ulang beberapa kali

Rajah 13 :Lompat ketinting

1. Duduk dekam (tanpa Blok)a.) Cara menempatkan tapak kakiButiran mengajar:1. Hujung jari kaki hadapan betul-betul di belakang garisan1. Gunakan kaki yang kuat dihadapan1. Hujung jari kaki yang kuat selari di belakang tumit1. Angkat kaki depan, letak betul-betul diluruh perut tapak kaki yang kuat.1. Angkat kaki yang kuat, letak hujung jari selari dengan belakang tumit kaki tidak kuat

Rajah 14 : Cara menempatkan tapak kaki tanpa blokb) gaya kegarisan

Butiran mengajar1. letakkan kaki yang tidak dominan di hadapan1. kaki yang dominan letakan di belakang1. lakukan (i) dan (ii) seperti aktiviti di 2 (a).1. Bengkokkan lutut , bwa berat badan kehadapan1. Lutut selri dengan hujung jari kaki di hadapan1. Jarak lutut dan kaki dihadapan ialah satu tapak tangan1. Tangan di buka seluas bahu 1. Buka jari dan mencecah bumi1. Genggam baton tanpa menyentuh tanah1. Kepala relek , mata tumpu ke satu titik sejarak satu meter kehadapan

Rajah 15 :Gaya kegarisan tanpa blok

c)Gaya sedia.Butiran mengajar:1. Kepala menunduk angkat punggung1. Kedua-dua tangan lurus dan masih seluas bahu1. Pinggang dan punggung lebih tinggi dripada paras kepala dan bahu1. Sudut lutut di kaki hadapan dalam 90 darjah1. Sudut lutut dikaki belakang dalam 100 darjah1. Tangan sebagai sokongan

Rajah 16 :Gaya sedia tanpa blok

1. Gaya BerlepasButiran mengajar:1. Hanyunan tangan kencang dan pantas1. Tekanan kaki sama berat dan serentak.1. Rerus meluru ke hadapan1. Badan condong ke hadapan , lutut di angkat tinggi.

Rajah 17 :Gaya berlepas tanpa blok

1. Duduk dekam dengan blok0. Cara menempatkan blokButiran mengajar :3. Jarak hadapan bahagian blok dengan garisan antara 30 cm hingga 50 cm3. Jarak bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan bergantung kepada gaya dekam seseorang atlit .3. Pasang blok dengan ketat .

Rajah 18 : Cara menempatkan blok permulaan Kedudukan ke garisan

Butir mengajar:

1. Letakkan kaki yang kuat di belakang dan sebelah lagi di hadapan1. Kaki di hadapan selaras dengan lutut kaki di belakang1. Luruskan kedua-dua tangan semasa menyokong berat badan1. Buka tangan seluas bahu1. Letakan kedua-dua tangan di belakang garisan1. Buka jari tangan bebas1. Genggam baton tanpa menyentuh tanah , tetapi jari masih menyokong1. Mata pandang satu titik yang jaraknya satu meter kehadapan.

Rajah 19 : Kedudukan kegarisan dengan blok Kedudukan sedia

Butiran mengajar :1. Kedudukan lutut kaki di hadapan lebih kurang 90 darjah dari aras bumi , lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah dari aras bumi.1. Pinggang lebih tinggi dari bahu1. Bahu lebih tinggi daripada kepala1. Tangan diluruskan1. Kepala masih kedudukan seperti dalam aktiviti ke garisan1. Tekan kedua-dua kaki dengan kuat pada blok permulaan1. Kedudukan mata sama seperti dalam kedudukan ke garisan Rajah 20 : Kedudukan sedia dengan blokd)Kedudukan berlepasButiran mengajar:i) Tolak blok permulaan dengan kuat dan pantas dengan kedua-dua kakiii) Bergerak lurus ke hadapaniii) Condongkan badan , mata masih ada titik tumpuaniv) Hayunan tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasanv) Jarak langkah pertama secara sederhana

Rajah 21 :Kedudukan berlepas3. Hayunan tangan semasa berlariAnsur-ansur maju :a) Menghayun tangan dengan kedudukan berlunjur (tanpa baton)

Butiran mengajar :i) Bengkokkan siku 90 darjah , tangan disisi badanii) Hayun tangan ,jari-jari tangan tidak menyentuh lantaiiii) Badan condong kehadapaniv) Bawa siku jauh ke belakang

Rajah 22 : Aktiviti menghayun tangand) Kedudukan berlepas Butiran mengajar:i) Tolak blok permukaan dengan kuat dan pantas dengan kedua-dua kakiii) Bergerak lurus ke hadapaniii) Condongkan badan , mata masih ada titik tumpuan.iv) Hayunan tangan sekuat yang boleh untuk membantu perlepasanv) Jarak langkah pertama secara sederhana

4. Hayunan tangan semasa berlariAnsur-ansur maju :

Menghayun tangan dengan kedudukan berlunjur ( tanpa batonButiran mengajar :i) Bengkokkan siku 90 darjah , tangan di sisi badanii) Hayunkan tangan , jari-jari tangan tidak menyentuh lantai.iii) Badan condong ke hadapaniv) Bawa siku jauh ke belakang

a) Menghayun tangan dengan baton sambil berdiri (statik)Butiran mengajar :i) Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang.ii) Badan condong kehadapan sedikitiii) Bengkok siku 90 darjah , tangan di sisi badaniv) Hayunkan tangan , jari tidak melepasi bahuv) Tolak siku ke belakang sejauh yang mungkin

Rajah 23 : Menghayun tangan dengan memegang baton.5. Ketinggian lutut semasa berlariAnsur-ansur maju :a)Lari setempat.Butiran mengajar :i) Lompat berselang seli , lutut diangkat setinggi yang bolehii) Mulakan dengan perlahan-lahan diikuti dengan pantas

ii) Lakukan berulang-ulangRajah 24 :Larian Setempat

Lari SkipButiran Mengajar :i) Melonjak dengan bebola kaki dibelakang , jangkau menggunakan kaki di hadapan sejauh mungkinii) Lutut kaki dibelakang dikuncikan semasa melonjak ,lutut kaki dihadapan diangkat setinggi bolehiii) Kuatkan hayunan tangan semasa melonjak .

Rajah 25 :larian Skip

c) Menglangkah dengan melepasi halangan 0.5 meterButiran mengajar :i) Angkat lutut setinggi yang bolehdan jangkau ke hadapan sejauh yang boleh .ii) Hayunkan tangan dengan kuat

Rajah 26 :Melangkah dengan melepasi halanganAktiviti :Cara Menukarkan Baton ( dari bawah ke atas )Ansur-ansur maju :a) Menghantar tanpa baton (statik)Butiran mengajar :i) Hayun kaki sepantas yang boleh.ii) Semasa tangan lurus disisi badan ,hulurkan tangan ke hadapaniii) Separas pinggang (45 darjah) sepantas yang boleh.iv) Condongkan badan sedikit.v) Sebelah kaki dibelakang dan sebelah lagi dihadapan.

Rajah 27 : menghantar tanpa baton (static)b) Menerima tanpa baton (statik)Butiran mengajar:i) hayun tangan sepantas yang bolehii) kemudian luruskan siku ,jari-jari menhala ke bawahiii) Ketika tangan disisi badan,hayunkan tangan ke belakangiv) Sepantas yang boleh separas pinggangv) Tapak tangan dibuka dan menghala ke bawahvi) Rapatkan jari-jari kecuali ibu jari untuk membenyuk huruf Vvii) Ibujari menghala ke arah badanviii) Tangan sentiasa lurus dan tidak di goyang-goyangkan

Rajah 28 :menerima tanpa baton (statik)

c) Menghantar dan menerima tanpa baton (berpasangan) secara statik.Butiran mengajar :i) A berdiri di hadapan kanan B di belakang kiri dalam jarak satu meter,ii) Berdiri dengan sebelah kaki dihadapan dan sebelah kaki di belakang.iii) Condong badan sedikit.iv) Hayun tangan sepantas yang bolehv) A segera meluruskan tangan kiri dan menghulurkan ke belakangvi) Separas pinggang apabila mendapat isyarat up daripada Bvii) Jari-jari A dirapatkan kecuali ibujari yang membentuk Vviii) Menghala kebawah.Ibujari menghala kebadanix) B dengan segera meluruskan tangan kanan dan menghulur kehadapan lalu memukul tapak tangan A dari bawah ke atas.x) Kaki di belakang B ikut lajak

Rajah 29 : Menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara statikPeringatan:1.Lakukan beberapa kali dan ubah kedudukan B sebagai penerima dan A sebagai penghantar1. Bagi aktiviti menghantar dan menerima tanpa baton secara dinamika)Ulang butir-butir mengajar di atasb)Satu kumpulan empat orang.d) Pelari pertama dan ketiga mengunakan tangan kanan manakala Pelari kedua dan keempat menggunakan tangan kirie) Berlari perlahan-lahan, setiap pelari akan bergilir-gilir memukul Tapak tangan pelari di hadapannyaf) Pelari pertama akan memukul tangan pelari kedua , kemudian Pelari pertama akan berlari ke hadapan pelari keempatg) Seterusnya pelari kedua memukul tapak tangan pelari ketiga dan pelari kedua akan berlari kehadapan pelari pertama tadi.h) Lakukan aktiviti itu berulang-ulang sehingga tamat dalam jarak 20 meter.

Rajah 30 :Menghantar dan menerima tanpa baton

d)Menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara statik berpasanganButiran mengajari) Hayun tangan sepantas yang boleh ,penerima berdiri dihadapan Kanan dan pemberi berdiri di belakang kiri atau sebaliknya.ii)Badan condong ke hadapaniii)Pemberi memberi isyarat up kepada penerimaiv) Penerima meluruskan tangan dan menghulurkan ke belakangseparas pinggang tanpa melihat tanpa melihat .v) Jari-jari penerima di rapatkan kecuali ibu jari ,untuk membentuk VMenghala ke bawahvi) Pemberi meluruskan tangan dan menghulurkan baton dari bawahSehingga memasuki bentuk V (diantara ibu jari dan jari telunjuk)Penerimavii) Penerima memegang baton yang berhampiran pegangan pemberimenggunakan jari telunjuk dan ibu jari kemudian di Bantu jari-jariyang lain .viii) Pemberi lepaskan baton setelah baton itu ditarik oleh penerimaix) Pastikan kedua-dua pelari menggunakan tangan yang berbeza.x) Kaki di belakang pemberi ikut lajak

Rajah 31 :Menghantar dan menerima baton (static)Perhatian:1.Lakukan aktiviti di atas berulang-ulang dimana kedua-dua pelari bergilir-gilir kedudukan 2. Aktiviti menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara dinamik : a) Secara empat orang, berdiri dalam jarak satu meter bagi setiap pelari .b) Ulang butir-butir mengajar di atas (d)c) Lari perlahan-lahan, setiap pelari bergilir-gilir menghantar dan menerima baton

Larian beberapa langkah mesti dilakukan kepada pelari seterusnya.

8. Pelari keempat akan meletakan baton diatas tanah setelah menerima baton ,perlari pertama akan mengutip baton semula dan mengulangi aktiviti menghantar dan menerima baton.8. Lakukan aktiviti ini dalam jarak 30 meter.

Rajah 32 :menghantar dan menerima baton (dinamik)1. Aktiviti berlari dalam jarak 20 meter bagi setiap perserta.5. Ulang butir-butir mengajar di atas.

Rajah 33 :Berlari dalam jarak 20 meterAktiviti :Larian di selekohAnsur-ansur maju:1.Berjalan laju dalam jarak 20 meter.

Butiran mengajar :3. Berjalan sedekat mungkin dengan garisan dalam lorong yang digunakan.3. Hayun tangan kanan laju ,manakala tangan kiri di hayun dengan perlahan3. Panjangkan langkah kanan ,pendekkan langkah kaki kiri3. Angkat lutut setinggi yang boleh3. Condongkan badan3. Mata pandang 3 hingga 5 meter kehadapan.

Rajah 34 :Berjalan laju di selekoh 20 meterPeringatan:1.Ulang aktiviti di atas beberapa kali2Aktiviti-aktiviti lain:0. berlari pecut (20 hingga 30 meter)0. Ulang butir-buir diatas (1)0. Lakukan beberapa kali.

Rajah 35 : Berlari pecut di selekoh

0. Berlari biasa jarak 20 meter diikuti lari pecut 30-50 meter1. Ulang butir-butir mengajar (1)1. Lakukan beberapa kali.

Rajah 36 :Berlari dalam jarak 20 meter dan diikuti lari Pecut

0. Berlari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit sebelum sampai ke tandaan 30 meter:2. Ulang butir-butir mengajar di atas (1)2. Lakukan beberapa kali

Rajah 37 : Berlari sambil mencuit pasanganPerhatian :1.Ansur-ansur maju di atas boleh juga di gunakan untuk larian di lorong lurus.Butir-butir mengajarnya seperti di bawah :1. Hayunkan tangan sepantas yang boleh.ii)Melangkah dengan kaki di belakang menolak,angkat lutut kaki dihadapan setinggi yang boleh dan jangkau sejauh yang dapatiii)Condongkan badaniv)mata pandang pada satu titik tumpuan dalam jarak dua hingga tiga meter kehadapan.Rajah 38 :Larian dilorong lurus

Aktiviti :Zon pertukaran BatonAnsur-ansur maju :1.Tanda zon permulaan.Butiran mengajar :1. Gunakan tapak kaki untuk membuat jarak pada garisan permulaan.

Rajah 39 :Zon pertukaran baton

Peringatan:2.Menghantar dan menerima baton di dalam zon pertukaran.a)Setiap pelari yang menunggu baton ,perlu mengukur jarak dengan tapak kaki masing-masing5. Setiap jarak yang dilakukan semasa menunggu adalah berbeza bagi setiap pelari mengikut kepantasan masing-masing.5. Jarak yang di buat lebih kurang 13 hingga 25 tapak5. Lakukan aktiviti ini sehingga pertukaran di dalam zon dilakukan dengan lancar dan pantas.5. Pelari yang menerima baton haruslah bersedia dan memecut apabila pelari yang dating sampai ke tempat yang di tandakan.

Rajah 40 :Menghantar dan menerima baton di dalam zon pertukaran

Di atas adalah beberapa aktiviti dalam acara lari berganti-ganti 4X 100 meter.Setiap aktiviti telah dicadangkan beberapa langkah-langkah ansur-maju dengan butir-butir mengajar supaya dapat membantu atlit terlibat menguasai kemahiran-kemahiran dalam acara tersebut.