um pecah rekod larian berganti‐ganti · pdf filemenariknya, program itu berjaya memecahkan...

4
1/14/2016 Kosmo! Online GenK http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0111&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm 1/4 UM pecah rekod larian berganti‐ganti NAHRIZUL (dua dari kanan) menerima sijil daripada pihak Malaysia Book of Records. Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur sentiasa aktif menganjurkan aktiviti demi kebaikan para pelajarnya. Sempena Hari Sukan Negara yang disambut pada Oktober tahun lalu, kolej kediaman tersebut turut menganjurkan lari bergantiberganti. Aktiviti yang disertai seramai 99 orang penuntut universiti itu menuntut para peserta berlari mengelilingi Tasik Varsiti, UM sejauh 800 meter (m) secara bergantiganti selama 252 jam atau bersamaan 12 hari tanpa henti. Menariknya, program itu berjaya memecahkan rekod lari bergantiganti paling lama dalam Malaysia Book of Records. Rekod lari bergantiganti paling lama sebelum ini ialah 168 jam yang mengelilingi Tasik Shah Alam, Selangor pada 2007. Pengetua KKTB, Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri, 40, berkata, program itu bertujuan membuka minda pelajar agar sentiasa mencabar diri melakukan yang terbaik dalam segenap lapangan. Katanya, tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan termasuk memecahkan rekod Malaysia sekiranya mempunyai keazaman dan kemahuan yang tinggi. “Idea asal aktiviti ini lahir daripada saya sendiri. Ini kerana saya merupakan seorang peminat sukan lari jarak jauh. “Selepas mengetahui rekod sebelum ini, saya bertekad memperbaharuinya bersama para pelajar sempena Hari Sukan Negara,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! barubaru ini. GENK RM839.00 Kuala Lumpur to Hong Kong Looking for Flights? Book Now and Enjoy a Generous 30KG Baggage Allowance! Malaysia Airlines Waktu Solat Kuala Lumpur Subuh 6:04 Zohor 1:25 Asar 4:47 Maghrib 7:21 Isyak 8:35 Klik untuk waktu solat kawasan lain Carian@KOSMO! Search Iklan@KOSMO! Artikel‐artikel GENK : Iklan@KOSMO! Ruang Kemasan kayu palet hiasi Gondola31 Artikel Penuh... Infiniti Herba misai kucing tiga kali ganda besar Artikel Penuh... Kesihatan Pengsan makan sandwic Artikel Penuh... » Seawal 14 hari bina badan » UM pecah rekod larian bergantiganti » Tiada duit untuk berkahwin » Sukan rakyat eratkan silaturahim » Kesetiaan Johary terhadap papan selaju » Remaja keliru pilih aliran Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Dunia! Kosmo2 Arkib Berita Iklan Hubungi Kami 14 Januari 2016

Upload: donhan

Post on 05-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: UM pecah rekod larian berganti‐ganti · PDF fileMenariknya, program itu berjaya memecahkan rekod lari berganti­ganti paling lama dalam Malaysia Book of Records. Rekod lari

1/14/2016 Kosmo! Online ­ GenK

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0111&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm 1/4

UM pecah rekod larian berganti‐ganti

NAHRIZUL (dua dari kanan) menerima sijil daripada pihak Malaysia Book of Records.

Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur sentiasa aktifmenganjurkan aktiviti demi kebaikan para pelajarnya.

Sempena Hari Sukan Negara yang disambut pada Oktober tahun lalu, kolej kediaman tersebut turutmenganjurkan lari berganti­berganti.

Aktiviti yang disertai seramai 99 orang penuntut universiti itu menuntut para peserta berlari mengelilingiTasik Varsiti, UM sejauh 800 meter (m) secara berganti­ganti selama 252 jam atau bersamaan 12 haritanpa henti.

Menariknya, program itu berjaya memecahkan rekod lari berganti­ganti paling lama dalam MalaysiaBook of Records.

Rekod lari berganti­ganti paling lama sebelum ini ialah 168 jam yang mengelilingi Tasik Shah Alam,Selangor pada 2007.

Pengetua KKTB, Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri, 40, berkata, program itu bertujuan membukaminda pelajar agar sentiasa mencabar diri melakukan yang terbaik dalam segenap lapangan.

Katanya, tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan termasuk memecahkan rekod Malaysiasekiranya mempunyai keazaman dan kemahuan yang tinggi.

“Idea asal aktiviti ini lahir daripada saya sendiri. Ini kerana saya merupakan seorang peminat sukan larijarak jauh.

“Selepas mengetahui rekod sebelum ini, saya bertekad memperbaharuinya bersama para pelajarsempena Hari Sukan Negara,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! baru­baru ini.

GENK

RM839.00

Kuala Lumpur to Hong KongLooking for Flights? Book Now andEnjoy a Generous 30KG BaggageAllowance!

Malaysia Airlines

Waktu Solat Kuala Lumpur

 

Subuh 6:04Zohor 1:25Asar 4:47

Maghrib 7:21Isyak 8:35

 

Klik untuk waktu solat kawasan lain

Carian@KOSMO!

Search

Iklan@KOSMO!

Artikel‐artikel GENK :

Iklan@KOSMO!

Ruang

Kemasan kayu palethiasi Gondola31  Artikel Penuh...

Infiniti

Herba misai kucingtiga kali ganda besar  Artikel Penuh...

Kesihatan

Pengsan makansandwic  Artikel Penuh...

» Seawal 14 hari bina badan» UM pecah rekod larian berganti­ganti» Tiada duit untuk berkahwin» Sukan rakyat eratkan silaturahim» Kesetiaan Johary terhadap papan selaju» Remaja keliru pilih aliran

Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Dunia! Kosmo2 Arkib Berita Iklan Hubungi Kami

 14 Januari 2016

Page 2: UM pecah rekod larian berganti‐ganti · PDF fileMenariknya, program itu berjaya memecahkan rekod lari berganti­ganti paling lama dalam Malaysia Book of Records. Rekod lari

1/14/2016 Kosmo! Online ­ GenK

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0111&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm 2/4

KHAIRY (tengah) turut berlari bersama para peserta.

Ujar Nahrizul, sebelum program, pihaknya telah membuat pemilihan para peserta bagi memastikanmereka cergas untuk berlari.

Katanya, setiap pelajar dikehendaki berlari sekurang­kurangnya setengah jam bagi setiap sesi samaada pada waktu siang atau malam.

“Kami menerima penyertaan yang cukup menggalakkan daripada pelajar. Namun, kami perlu mengenalpasti pelajar yang betul­betul boleh berlari dalam jarak jauh dan cergas,” katanya sambil memaklumkankebanyakan peserta terdiri daripada penuntut semester satu dan dua.

Aktiviti larian itu turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang hadir untukmerasmikan FitUni@UM.

Mencabar

Pengarah dan peserta program, Muhammad Azri Mohamad, 20, menyifatkan peluang mengendalikandan bersama­sama berlari dalam program itu sebagai tugasan cukup mencabar.

Ujar penuntut berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor itu, selain perlu berlari, dia juga perlumemastikan setiap peserta mengikut jadual larian yang telah ditetapkan.

“Saya perlu menyusun jadual dengan betul agar tidak mengganggu kelas atau tugasan harian parapeserta.

“Saya juga perlu pastikan peserta tiba 30 minit lebih awal sebelum sesi larian mereka bermula. Jikatidak, saya yang kena lari menggantikan mereka,” katanya.

Muhammad Azri turut menyatakan rasa teruja dan bersyukur kerana sepanjang program itu, tidak adaperkara buruk berlaku.

Pelajar tahun kedua Fakulti Perubatan itu berkata, para peserta turut memberi komitmen yang tinggisepanjang program berlangsung.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua peserta yang terlibat dan sanggup tidak tidur malam untukmenjayakan larian ini. Ini kejayaan anda semua.

“Saya yakin, program ini akan sentiasa tersemat dalam memori indah yang tidak dapat dilupakan olehpara peserta sepanjang menuntut di UM,” ujarnya.

Iklan Teks

• PELBAGAI PAKEJ BISNES ­ Konsep Mudah­Alih & Fleksibel dgn keuntungan menarik ­USAHAWAN.COM• JIMAT.MUDAH.SELESA. Jom beli BAJURAYA SI KECIL secara ONLINE.Hanya dimanjakuhappy.com

Page 3: UM pecah rekod larian berganti‐ganti · PDF fileMenariknya, program itu berjaya memecahkan rekod lari berganti­ganti paling lama dalam Malaysia Book of Records. Rekod lari

1/14/2016 Kosmo! Online ­ GenK

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0111&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm 3/4

SEBAHAGIAN daripada 99 orang peserta yang terlibat dalam menjayakan larian selama 252 jam tanpa henti.

Sementara itu, salah seorang peserta program, Nor Aina Mohd. Jai berkata, dia sangat teruja keranadapat membantu UM memecahkan rekod Malaysia.

Ujar penuntut berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu, dia menyertai program tersebut kerana inginmencabar diri berlari dalam tempoh waktu panjang.

“Setiap petang, saya sering menghabiskan masa berlari di tasik ini. Jadi, selepas mengetahui adanyaprogram ini saya tidak teragak­agak untuk mendaftarkan diri.

“Tambahan pula, ia merupakan sebuah program yang sangat baik kerana dapat menyihatkan badan,”ulas penuntut semester ketiga jurusan Kejuruteraan Bioperubatan.

Tambah Nor Aina, sepanjang program berlangsung, dia terpaksa berlari selama lebih dua jam termasukpada waktu malam.

Katanya, walaupun agak memenatkan, ia seakan­akan tidak dirasai apabila peserta lain tidak henti­henti meniupkan semangat dan berlari bersama sebagai tanda sokongan.

USD697.90Fly KUL to Auckland

Call Toll Free: 1-888-516-7925CheapOair.com

Rencana Utama!»

Kebergantungan dua penjuruSIKAP toleransi, kerjasama dansaling percaya sangat diperlukandalam membina hubungan yangbaik antara pihak media denganartis meskipun berada dalamsuasana kontroversi. – GambarhiasanKebergantungan dua penjuruCuaca sejuk ancam nyawa

Horizon!»

Transformasi negeriJelapang Padipelancong boleh mencuba aktivitimenggagau ikan yang cukuppopular dalam kalanganmasyarakat kampung.Transformasi negeri JelapangPadiPulau Maui setaraf kepulauanHawaii

Varia!»

Khidmat cuci produk kulitMOHD. FAHMI menggunakancecair kimia khas dengan nilai pHseimbang supaya barang kulittahan lama.Khidmat cuci produk kulitUsaha Knorr bantu duniabebas kelaparan

Page 4: UM pecah rekod larian berganti‐ganti · PDF fileMenariknya, program itu berjaya memecahkan rekod lari berganti­ganti paling lama dalam Malaysia Book of Records. Rekod lari

1/14/2016 Kosmo! Online ­ GenK

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0111&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm 4/4

 Process time in ms: 16

Pautan Lain: Utusan Online | Mangga Online | Saji Online | Job House | Tutor | MyBooks | Kumpulan Utusan |Polisi Privasi | Privacy Policy |

38 friends like this

Kosmo Online174,867 likes

Like Page Share

Copyright © 2008. KOSMO! Online.

pelarian

Iklan@KOSMO!