laporan sukan futsal jabatan mekanikal

Upload: alive-end

Post on 18-Jul-2015

80 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN SUKAN FUTSAL JABATAN MEKANIKAL

Pengenalan:

Sukan futsal merupakan salah satu sukan yang paling popular di Malaysia. Oleh itu,Jabatan Mekanikal telah mengadakan pertandingan futsal anjuran Soft Skill.Setiap pemain hanya bermain 5 Sebelah untuk pelajar Sesi Pagi dan Sesi Petang. Pertandingan tersebut telah bermula pada 23-24 Mac bertempat di kompleks sukan PTSB. Perlawanan akhir berakhir pada 24 Mac 2012. Selain itu, perlawanan futsal itu juga diturut serta oleh kakitangan-kakitangan dan pensyarah PTSB. Objektif/Matlamat: 1. 2. 3. 4. 5. Memupuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar. Meningkatkan kualiti dan kuantiti para pelajar yang terlibat dalam aktiviti futsal. Pelajar boleh mengelolakan pertandingan futsal mana-mana kelab. Mewujudkan sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Membentuk disiplin dan menerapkan nilai-nilai murni sebagai ahli sukan.

Pertandingan Karnival: 1. Jadual pertandingan:

Pertandingan untuk pelajar sesi pagi dan sesi petang dijalankan dalam dua kumpulan sebelum persaingan peringkat separuh akhir dan akhir. Jadual pertandingan seperti yang dilampirkan. 2. Kategori:

Pertandingan diadakan dalam dua kategori iaitu Sesi Pagi dan Sesi Petang. 3. Senarai nama peserta/pasukan:

Sesi Pagi disertai oleh empat pasukan daripada Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6. Sesi petang juga disertai oleh 4 pasukan gabungan dari pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 2. Senarai nama peserta/pasukan, sila rujuk borang pendaftaran. 4. Keputusan:

Sila rujuk lampiran- Jadual Pertandingan. 5. Borang pendaftaran

Sila rujuk lampiran- Borang Pendaftaran. 6. Peraturan pertandingan

Sila rujiuk lampiran- Peraturan Pertandingan Bola Sepak.

Pertandingan walk-in: Tiada pertandingan walk-in kerana ada perlawanan persahabatan antara guru dan PIBG. Masalah dihadapi: 1. Penyertaan daripada pelajar yang terhad dan jumlah pasukan yang sedikit untuk pertandingan yang lebih mencabar. 2. Sebuah pasukan sesi pagi tidak dapat hadir untuk perebutan tempat ketiga. Ini menunjukkan semangat kesukanan yang rendah. Cadangan penambahbaikan: 1. Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mewujudkan keseragaman dalam promosi, peraturan serta penyediaan borang penyertaan dalam setiap permainan. 2. Suatu tempoh masa yang tertentu ditetapkan dan diselaraskan supaya tarikh sesuatu pertandingan/permainan tidak bertembung dengan pertandingan atau permainan yang lain.