laporan soal selidik pk

5
Laporan soal selidik Saya dikhendaki untuk membuat satu soal selidik tantang keberkesanan pengajaran kesihatan di sekolah. Saya telah menjalankan soal selidik ini semasa berada di praktikum. Saya telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Minden Height untuk praktikum pertama saya. Sekolah ini merupakan sekolah berprestasi tinggi dan juga sekolah kluster kecemerlangan. Saya telah memberikan soal selidik ini kepada enam orang murid yang terdiri daripada tiga pelajar perempuan dan tiga pelajar lelaki daripada kelas yang sama. Saya juga telah memberikan soal selidik kepada dua orang guru iaitu seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan. Menurut kertas soal selidik, murid menjawab bahawa guru menggunakan BBM untuk mengajar Pendidikan Kesihatan tetapi kurang menggunakan BBM untuk mengajar Pendidikan Seksualiti. Daripada sini, kita dapat lihat bahawa guru tidak selesa untuk menggunakan BBM untuk mengajar Pendidikan Seksualiti. Mereka berasa malu untuk menunjukkan BBM yang berkaitan seksualiti. Pada soalan seterusnya, murid mengatakan bahawa BBM yang digunakan dapat menarik perhatian mereka. Dengan ini, kita dapat membuat andaian bahawa murid akan memberi tumpuan yang baik jika guru menggunakan BBM untuk mengajar subjek ini. Pada soalan seterusnya, separuh murid mengatakan bahawa BBM membantu mereka untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Ini mungkin kerana BBM yang diberikan oleh guru tidak begitu sesuai ataupun tidak menarik minat murid. Kita dapat lihat bahawa guru kurang memberi penakanan untuk BBM. Seterusnya ialah, kita dapat lihat bahawa murid tidak dapat peluang untuk menggunakan BBM yang diberi oleh guru. Ini

Upload: tharmanthiran

Post on 14-Jul-2016

221 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pendidikan kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Soal Selidik Pk

Laporan soal selidik

Saya dikhendaki untuk membuat satu soal selidik tantang keberkesanan pengajaran

kesihatan di sekolah. Saya telah menjalankan soal selidik ini semasa berada di praktikum. Saya

telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Minden Height untuk praktikum pertama saya. Sekolah ini

merupakan sekolah berprestasi tinggi dan juga sekolah kluster kecemerlangan. Saya telah

memberikan soal selidik ini kepada enam orang murid yang terdiri daripada tiga pelajar

perempuan dan tiga pelajar lelaki daripada kelas yang sama. Saya juga telah memberikan soal

selidik kepada dua orang guru iaitu seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan.

Menurut kertas soal selidik, murid menjawab bahawa guru menggunakan BBM untuk

mengajar Pendidikan Kesihatan tetapi kurang menggunakan BBM untuk mengajar Pendidikan

Seksualiti. Daripada sini, kita dapat lihat bahawa guru tidak selesa untuk menggunakan BBM

untuk mengajar Pendidikan Seksualiti. Mereka berasa malu untuk menunjukkan BBM yang

berkaitan seksualiti. Pada soalan seterusnya, murid mengatakan bahawa BBM yang digunakan

dapat menarik perhatian mereka. Dengan ini, kita dapat membuat andaian bahawa murid akan

memberi tumpuan yang baik jika guru menggunakan BBM untuk mengajar subjek ini.

Pada soalan seterusnya, separuh murid mengatakan bahawa BBM membantu mereka

untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Ini mungkin kerana BBM yang diberikan oleh guru

tidak begitu sesuai ataupun tidak menarik minat murid. Kita dapat lihat bahawa guru kurang

memberi penakanan untuk BBM. Seterusnya ialah, kita dapat lihat bahawa murid tidak dapat

peluang untuk menggunakan BBM yang diberi oleh guru. Ini bermaksud, BBM yang diberi

adalah tidak sesuai dengan bilangan murid yang ada dalam kelas tersebut. Jika kita tengok

peratus untuk aspek penggunaan BBM ialah hanya 63.3%. Ini menunjukkan bahawa skor yang

murid berikan untuk penggunaan BBM oleh guru adalah serendah itu. Oleh itu, saya

berpendapat bahawa guru harus menggunakan BBM dengan lebih kerap lagi. Ini akan

membantu murid untuk memahami apa yang diajar.

Page 2: Laporan Soal Selidik Pk

Seterusnya merupakan aspek keseronokan yang dinilai oleh murid. Kebanyakan murid

mengatakan bahawa mereka seronok belajar pendidikan kesihatan. Ini bermaksud mereka

mahu belajar sesuatu yang baru daripada subjek ini. Murid juga menjawab bahawa mereka

seronok untuk membuat aktiviti yang disediakan oleh guru. Ini bermaksud, guru dapat

menyediakan aktiviti yang membantu mereka untuk belajar dalam bilik darjah. Dengan ini, minat

murid akan terus ada. Seterusnya ialah, murid kurang seronok untuk belajar topik-topik yang

ada dalam pendidikan kesihatan. Ini mungkin kerana budaya kita. Masyarakat Malaysia akan

berasa segan untuk mengetahui tentang Pendidikan Seksualiti. Ianya berada dalam diri setiap

orang sampai sekarang. Kita sebagai seorang guru hendaklah menerapkan nilai ini kerana

pengetahuan ini amat penting untuk murid kita supaya tidak menjadi mangsa kes pencabulan

pada masa hadapan.

Dalam soalan seterusnya, kita dapat tahu bahawa murid kurang seronok dengan cara

pengajaran guru semasa mengajar Pendidikan Kesihatan. Ini mungkin kerana guru

menggunakan kaedah tradisional untuk mengajar subjek ini. Guru sendiri berasa bahawa

subjek ini tidak penting dan mengajar dengan tidak bersemangat. Oleh itu, aktiviti yang

dijalankan tidak seronok. Murid memberikan 58% sahaja untuk aspek keseronokan ini. Ini

bermaksud mereka tidak begitu seronok dengan cara pengajaran guru.

Aspek seterusnya ialah minat murid. Skornya adalah sangat berbeza. Ada skor daripada

satu sehingga empat. Oleh itu, kita dapat putuskan bahawa murid berminat sedikit untuk belajar

tentang pendidikan kesihatan. Tetapi soalan seterusnya menyatakan bahawa murid tidak ada

minat untuk belajar tentang Pendidikan Seksualiti. Ini sekali lagi membawa kepada budaya

masyarakat kita. Seterusnya ialah, murid memang berminat untuk berkongsi pengetahuan

mereka tentang pendidikan kesihatan dengan rakan-rakan dan juga keluarga mereka. Ini

menunjukkan bahawa murid berasa selesa dengan Pendidikan Kesihatan tetapi tidak begitu

selesa dengan Pendidikan Seksualiti. Untuk aspek minat ini, murid memberikan peratus

sebanyak 64.5%. ini menunjukkan bahawa murid berminat sedikit untuk belajar tentang topik

ini.

Page 3: Laporan Soal Selidik Pk

Seterusnya ialah kepantingan pendidikan kesihatan. Kebanyakan murid menyatakan

bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan sesuatu yang penting untuk pelajari. Tetapi mereka

juga beranggap Pendidikan Seksualiti tidak penting untuk dipelajari. Selain itu, semua murid

juga beranggapan bahawa semua topik dalam Pendidikan Seksualiti adalah tidak penting untuk

mereka pelajari. Jika mereka masih begini, mereka tidak dapat lihat kebaikan di sebaliknya.

Tetapi murid juga berasa ilmu pengetahuan yang mereka dapat melalui Pendidikan Kesihatan

berguna dalam kehidupan seharian mereka dan juga mereka berasa pendidikan kesihatan perlu

dibelajari oleh semua. Daripada soal selidik ini, kita dapat lihat bahawa murid menyokong

Pendidikan Kesihatan tetapi tidak menyokong Pendidikan Seksualiti. Murid merasakan

pendidikan kesihatan penting sebanyak 61.7 %.

Saya telah memberikan soal selidik kepada guru juga. Seorang guru yang saya pilih

mempunyai pengkhususan dalam Pendidikan Jasmani dan minor Pendidikan Kesihatan. Saya

melabelkan guru ini sebagai guru A. Seorang lagi guru mempunyai pengkhususan dalam

pengajian melayu dan minor adalah matematik. Saya melabelkan guru ini sebagai guru B.

Daripada soal selidik, saya dapat merumuskan bahawa kedua-dua guru mempunyai

penggunaan BBM yang sama. Setiap skor mereka adalah sama untuk setiap soalan. Dengan

ini, saya dapat merumuskan bahawa kedua-dua guru ini berasa selesa untuk membina dan

menggunakan BBM yang berunsurkan pendidikan kesihatan.

Jika kita lihat tentang faktor keselesaan mengajar pendidikan kesihatan, guru B

menunjukkan bahawa beliau kurang selesa untuk mengajar pendidikan kesihatan. Skor guru B

adalah kurang sedikit berbanding dengan guru A. daripada data ini, saya dapat membuat

rumusan bahawa guru B tidak selesa mengajar kerana beliau tidak mendapat pededahan yang

secukupnya dalam subjek ini. Guru B mempunyai pengkhususan dalam subjek lain. Mungkin

beliau mengajar Pendidikan Kesihatan kerana sekolah kekurangan guru untuk mengajar subjek

ini.

Aspek seterusnya ialah latihan. Guru A dan guru B menyatakan bahawa mereka pernah

mengikuti latihan untuk mengajar Pendidikan Kesihatan. Tetapi, guru B berasa bahawa beliau

tidak mempunyai latihan yang mencukupi untuk mengajar pendidikan kesihatan dan juga

pendidikan seksualiti. Dengan ini, kita dapat lihat bahawa latihan yang tidak mencukupi akan

menimbilkan perasaan takut dan tidak selesa untuk mengajar murid.

Page 4: Laporan Soal Selidik Pk

Untuk aspek pengetahuan pula. Kedua-dua guru berasa mereka mempunyai tahap

pengetahuan yang sama. Ini mungkin kerana mereka berdua verada di sekolah untuk tempoh

yang lama. Oleh itu, mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam daripada mengajar

murid mereka. Saya berasa bahawa mereka belajar daripada pengajaran mereka. Aspek

seterusnya ialah keperluan latihan. Guru B yang tidak mengambil Pendidikan Kesihatan

sebagai major atau minor berasa bahawa beliau memerlukan kursus tambahan berkaitan

pendidikan seksualiti. Daripada keputusan ini, saya dapat lihat bahawa guru ini kekurangan

keyakinan. Walaupun skor untuk pengetahuan kedua-dua guru adalah saya, keyakinan telah

membawa kepada keputusan yang berbeza. Jika guru mengajar dengan keyakinan yang

kurang, sesi pengajaran dan pembelajaran itu tidak akan berjaya dengan sepenuhnya.