laporan projek inovasi

8
LAMPIRAN 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : MOHD . PARDZLI BIN LAZIM NO. KAD PENGENALAN : 710710-02-5867 PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN RELAU NAMA PROJEK : NYANYIAN MATO TEMPOH PELAKSANAAN : 29 MAC – 24 APRIL 2014 1. OBJEKTIF 1.1 Guru dapat menambah baik amalan mengajarkan kata sendi nama dari dan daripada untuk pengayaan murid tahun 3 Bestari menggunakan akronim MATO dalam kuiz melalui teknik nyanyian. 1.2 Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan. 1.3 Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra antara murid dengan murid serta murid dengan guru. 1.4 Membentuk murid supaya sentiasa bersedia dengan pembelajaran berpusatkan murid.

Upload: aishah4840

Post on 12-Dec-2015

1.363 views

Category:

Documents


61 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROJEK INOVASI

LAMPIRAN 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHD . PARDZLI BIN LAZIM

NO. KAD PENGENALAN : 710710-02-5867

PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN

GURU

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN RELAU

NAMA PROJEK : NYANYIAN MATO

TEMPOH PELAKSANAAN : 29 MAC – 24 APRIL 2014

1. OBJEKTIF

1.1 Guru dapat menambah baik amalan mengajarkan kata sendi

nama “dari” dan “daripada” untuk pengayaan murid tahun 3

Bestari menggunakan akronim MATO dalam kuiz melalui

teknik nyanyian.

1.2 Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing

antara rakan.

1.3 Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra antara

murid dengan murid serta murid dengan guru.

1.4 Membentuk murid supaya sentiasa bersedia dengan

pembelajaran berpusatkan murid.

Page 2: LAPORAN PROJEK INOVASI

2. STRATEGI PELAKSANAAN

Projek inovasi yang saya jalankan kepada murid tahun 3 ini adalah

menggunakan teknik nyanyian. Pemilihan teknik nyanyian ini akan

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berjaya

meninggalkan kesan yang mendalam dan dapat menarik minat serta

mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti

pengajaran saya. Murid-murid akan lebih ceria dan seronok untuk belajar.

Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berjaya

meninggalkan kesan yang mendalam serta dapat menarik minat serta

memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran saya.

Selain itu, mereka dapat memahami bahan konsep pengajaran

guru dengan lebih baik lagi. Oleh itu, naluri ingin tahu pelajar akan

dibangkitkan dan mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Secara

tidak langsung, suasana pembelajaran yang positif dapat diwujudkan.

Saya melakukan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

dalam pada 10 April 2015. Saya telah memilih Teori Kecerdasan Pelbagai

untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Saya juga merancang akan menggunakan teknik nyanyian

sepanjang intervensi saya. Saya berharap dengan terlaksananya teknik

nyanyian ini, murid-murid akan lebih memberikan tumpuan dan dapat

belajar dalam keadaan yang tidak tertekan malahan menyeronokkan.

Saya menggunakan teknik nyanyian dengan mengubah lirk

lagu “Aku Anak Kampung” kepada “MATO”. Dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran, saya mengarahkan murid menyanyikan lagu tersebut

Page 3: LAPORAN PROJEK INOVASI

agar mereka dapat menghafal lirik lagu tersebut. Jadi, apabila mereka

menghadapi masalah untuk menjawab soalan berkaitan kata sendi

nama “dari” dan “daripada, saya akan mengarahkan mereka untuk

menyanyikan lagu tersebut. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan itu memerlukan murid menghafal lirik lagu supaya mereka

dapat menguasai fungsi kata sendi nama “dari” dan “daripada”.

3. REFLEKSI

a. KEKUATAN PROJEK

i. Melalui projek ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari

tugas seorang guru matapelajaran yang berkesan. murid-

murid yang sebelum ini kurang aktif dan suka mengganggu

rakan-rakan telah menunjukkan perubahan tingkah laku

yang baik.

ii. Kekuatan yang seterusnya ialah apabila saya menggunakan

teknik nyanyian, suasana secara tidak langsung menjadi

ceria dan mampu mengurangkan tahap kebosanan murid.

iii. Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar

belakang murid-murid tahun 4. Secara langsungnya

hubungan kami dapat dieratkan. Murid-murid memberi

komitmen yang baik sepanjang pelaksanaan projek

nyanyian MATO ini semasa pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: LAPORAN PROJEK INOVASI

iv. Dengan perancangan dan bantuan alat inovasi ini, saya

dapat merancang masa pengajaran dan pembelajaran

dengan lebih efisyen. PdP berjalan lancar dan

menyeronokkan.

v. Saya mengetahui cara untuk mengadili sesuatu

pertandingan. Sebagai hakim keputusan saya haruslah

muktamad dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Hal ini jelas

terbukti semasa saya melaksanakan kuiz MATO semasa

PdP.

vi. Saya juga semakin berkemahiran dalam membina cd

interaksi dan rakaman audio dan video. Projek inovasi ini

mampu memberi kesan yang mendalam kepada murid-

murid.

vii. Kekuatan yang saya peroleh ialah dapat bekerjasama

dengan semua guru dalam menjayakan projek ini. Banyak

tunjuk ajar dan cadangan telah saya peroleh untuk mencipta

projek inovasi ini.

viii.Projek ini bukan untuk saya seorang, malah boleh diguna

pakai oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain.

Page 5: LAPORAN PROJEK INOVASI

b. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

i. Projek inovasi nyanyian MATO ini memerlukan sistem audio

video yang berkualiti tinggi sebagai usaha menarik minat

murid-murid. Jika alatan padang dengar berkualiti rendah,

mungkin murid kurang memberikan tumpuan.

ii. Kawalan kelas semasa sesi PdP menghadapi masalah

kerana murid-murid sangat teruja untuk menyanyi dan

menunjukkan bakat masing-masing.

iii. Guru perlu lebih peka terhadap murid-murid yang pasif dan

pemalu kerana mereka seolah-olah “tenggelam” dalam

keaktifan dan keagresifan murid-murid lain.

Page 6: LAPORAN PROJEK INOVASI

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Saya berharap agar mendapat masa yang lebih untuk menjalankan projek

inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini adalah kerana

sesuatu projek yang dirancang rapi memerlukan masa dan perancangan

yang sistematik. Oleh sebab projek ini mendapat reaksi yang sangat baik

daripada murid tahun 4 maka, saya beranggapan bahawa projek inovasi ini

sebaiknya disebar luas kepada semua murid di sekolah tersebut.

Saya juga mencadangkan agar projek inovasi seumpama ini iaitu

penggunaan teknik nyanyian dan didik hibur boleh diperluas kepada aspek-

aspek tatabahasa yang lain. Penciptaan akronim boleh dicipta oleh guru dan

diserapkan ke dalam lirik lagu. Jadi, murid-murid bukan sahaja boleh

berhibur malah dapat menghafal lirik lagu yang mengandungi formula-

formula yang berguna kepada mereka.

Selain itu, projek inovasi seperti ini boleh digunakan oleh guru-guru

untuk ditayangkan menggunakan alat pandang dengar atau televisyen pada

waktu rehat setiap hari. Bahan inovasi ini mungkin boleh ditayang di kantin

atau di bilik tayang sesebuah sekolah. Jadi, murid dapat memanfaatkan

masa luang mereka dengan hiburan yang berbentuk ilmiah.

Di samping pelaksanaan yang baik, saya akan meningkatkan mutu

bahan dan alatan inovasi. Saya akan menggunakan program animasi agar

video yang dicipta itu lebih menarik. Di samping nyanyian, lirik dan gambar

animasi, saya juga akan memasukkan elemen-elemen pengajaran dan

pembelajaran seperti kuiz dan sebagainya ke dalam bahan inovasi tersebut.

Page 7: LAPORAN PROJEK INOVASI

Jika projek sebegini dirancang dan dilaksanakan dengan rapi, saya pasti

projek inovasi ini boleh disebar luas ke seluruh negara.

5. KESIMPULAN

Saya berharap agar projek inovasi pengajaran dan pembelajaran iaitu

nyanyian lagu MATO ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru, individu-

individu serta diri sendiri pada masa hadapan untuk memperbaiki

mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam

bilik darjah. Semoga bahan inovasi ini dapat dijadikan rujukan dan

panduan kerana saya telah membuktikan bahan inovasi teknik

nyanyian ini telah banyak memberi impak dan manfaat terhadap

pemahaman dan tingkah laku murid terutama dari segi pemahaman

dalam kata sendi “dari” dan “daripada”.

Kekuatan kajian ini dapat diukur apabila objektif yang telah

ditetapkan, iaitu untuk menambah baik amalan pengajaran dan

pembelajaran kata sendi nama “dari” dan “daripada” menggunakan

teknik nyanyian MATO melalui kuiz dapat dicapai dengan jayanya.

Saya berpendapat pencapaian objektif ini ialah suatu kejayaan besar

kerana saya perlu berhadapan dengaan murid lemah yang tidak dapat

menjawab soalan yang dikemukakan sebelum ini.

Dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah

dijalankan ternyata penggunaan teknik nyanyian dan kuiz berjaya

menambah baik amalan kawalan kelas saya sekaligus dapat

meningkatkan pencapaian murid-murid saya. Saya juga membina

hubungan yang baik dengan murid-murid semasa pengajaran dan

Page 8: LAPORAN PROJEK INOVASI

pembelajaran berlangsung. Norlida Ahmad (2005), menyatakan

bahawa murid akan didorong untuk belajar dengan lebih berkesan

dan bermanfaat melalui lagu. Hal ini jelas menunjukkan penggunaan

muzik dan kaedah nyanyian mampu merangsang minat murid dan

sekaligus meningkatkan daya ingatan mereka sekiranya murid mula

memberi tindak balas yang positif dan penumpuan penuh semasa

proses pengajaran dijalankan di dalam kelas. 

Secara keseluruhannya, proses inovasi nyanyian lagu MATO

yang telah dijalankan memberi satu pengalaman baharu dan panduan

kepada saya. Saya juga sedar akan kepentingan mengadakan

pembaharuan kepada murid-murid saya. Kajian ini juga memberi

kesedaran kepada saya bahawa guru yang berinovasi amat

diperlukan oleh generasi akan datang.

Disediakan oleh,

……………………………………(MOHD. PARDZLI BIN LAZIM)PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUAMBILAN JUN 2011IPGK TUANKU BAINUN

Disemak oleh, Disahkan oleh,

....................................... ................................(AHMAD FITRI ZULKIFLI)KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

Page 9: LAPORAN PROJEK INOVASI

SK RELAU