bahagian perkhidmatan mekanikal dan elektrikal,...

28
1 EASY COUPLER BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR 1. PENGENALAN Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) JPS Malaysia Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) dikategorikan dalam Sektor Pakar yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah II (JUSA B) di bawah jentera pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). BPME berperanan untuk memberi perkhidmatan kepakaran di dalam bidang mekanikal dan elektrik untuk menyokong aktiviti-aktiviti di bawah semua sektor secara menyeluruh. Rajah 1 menunjukkan carta struktur organisasi JPS Malaysia. BPME berperanan memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal dari segi: 1) Membekalkan sistem dan peralatan mekanikal dan elektrik yang sentiasa berfungsi dengan cekap dan efisien. 2) Memberi maklum balas dan ulasan teknikal ke atas perkara-perkara yang melibatkan bidang mekanikal dan elektrik dalam tempoh empat (4) minggu. 3) Memberi respons kepada semua masalah operasi dan penyelenggaraan terhadap sistem dan peralatan mekanikal dan elektrik dalam tempoh 48 jam. 4) Memastikan perkhidmatan dapat disampaikan dengan berkesan dan cekap dengan kualiti dan kebolehpercayaan.

Upload: nguyennhu

Post on 29-Mar-2019

328 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

1

EASY COUPLER

BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA,

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

1. PENGENALAN Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) JPS Malaysia Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) dikategorikan dalam

Sektor Pakar yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah II (JUSA B) di bawah

jentera pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). BPME berperanan untuk

memberi perkhidmatan kepakaran di dalam bidang mekanikal dan elektrik untuk

menyokong aktiviti-aktiviti di bawah semua sektor secara menyeluruh. Rajah 1

menunjukkan carta struktur organisasi JPS Malaysia.

BPME berperanan memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal dari segi:

1) Membekalkan sistem dan peralatan mekanikal dan elektrik yang sentiasa

berfungsi dengan cekap dan efisien.

2) Memberi maklum balas dan ulasan teknikal ke atas perkara-perkara yang

melibatkan bidang mekanikal dan elektrik dalam tempoh empat (4) minggu.

3) Memberi respons kepada semua masalah operasi dan penyelenggaraan

terhadap sistem dan peralatan mekanikal dan elektrik dalam tempoh 48 jam.

4) Memastikan perkhidmatan dapat disampaikan dengan berkesan dan cekap

dengan kualiti dan kebolehpercayaan.

Page 2: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

2

Rajah 1: Kedudukan BPME dalam Struktur Organisasi JPS Malaysia

Page 3: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

3

2. LAPORAN INOVASI

2.1 Tujuan Projek Inovasi

Pam adalah jentera yang berfungsi untuk membekalkan air daripada kawasan

rendah kepada kawasan pertanian yang berada di kawasan tinggi atau jauh

daripada sumber air. Di dalam skop tugasan JPS, pam sering digunakan sebagai

medium saliran untuk mengelakkan banjir dan juga membekalkan air kepada sector

pertanian menerusi pengairan yang terancang. Justeru itu, penggunaan pam dapat

mewujudkan aktiviti pertanian yang lebih berdaya maju serta mampan kerana ianya

boleh di jalankan sepanjang masa tanpa menghadapi masalah kekurangan bekalan

air.

Pada akhir tahun 2014 iaitu pada Disember 2014, negera telah dikejutkan dengan

bencana banjir yang luar biasa di beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu,

Pahang, Johor, Selangor, Perak dan Sabah. Pihak BPME Ipoh telah mengagihkan

pam mudah alih berserta kelengkapan paip ke negeri-negeri terlibat untuk

mengepam air daripada kawasan yang dilanda banjir. Selain daripada peristiwa

tersebut, negara juga telah dilanda dengan bencana kemarau yang agak panjang

pada Mac – Julai tahun ini berikutan fenomena El-Nino yang melanda beberapa

negara di seluruh dunia. Sekali lagi pihak BPME Ipoh telah meminjamkan pam

berserta kelengkapan paip ke negeri-negeri terlibat untuk bantuan pengairan bagi

kawasan tanaman.

Semasa pemasangan pam dan paip tersebut bagi untuk bantuan banjir dan

pengairan, pihak BPME mendapati terdapat beberapa masalah timbul disebabkan

Page 4: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

4

beberapa faktor seperti kaedah pemasangan, tenaga kerja dan masa yang

diperlukan untuk menyelesaikan pemasangan lengkap pam berserta laluan paip

yang terlibat. Hasil pemerhatian oleh pegawai JPS mendapati bahawa kaedah

pemasangan paip dan pam mengambil masa yang agak lama sehingga hampir satu

hari disamping pemasangan paip juga memerlukan pekerja yang ramai untuk

melaksanakan pemasangan tersebut.

Satu jalan penyelesaian perlu difikirkan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak

berlaku kelewatan bagi bantuan mengepam air banjir dan untuk tujuan pengairan

akibat pemasangan yang mengambil masa lama, sukar dan tidak mesra pengguna.

Sehubungan dengan itu, satu produk inovasi telah dihasilkan bagi memasang paip-

paip pam bergerak dengan mudah dan cepat.

2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi

Projek inovasi ini dilaksanakan secara in-house sepenuhnya. Kakitangan dari BPME

sama-sama berganding bahu untuk melahirkan sesuatu inovasi berdasarkan

pengalaman serta kepakaran yang dimiliki serta kajian dan penelitian terhadap

masalah yang dihadapi.

Pemasangan paip yang sukar dan lambat merupakan masalah yang biasa dihadapi

di tapak pemasangan pam. Namun begitu, ini tidak bermakna masalah ini tidak

boleh diselesaikan menerusi kaedah yang diperbaiki dan ditambah baik dari semasa

ke semasa.

Page 5: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

5

Kaedah yang selama ini digunakan untuk menyambung atau meleraikan beberapa

buah paip adalah dengan memasang atau melonggorkan bolt dan nut pada flange

yang terdapat di kedua-dua bahagian penyambungan paip. Kelengkapan alat seperti

socket wrench digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan bolt dan nut

tersebut. Walaupun tampak mudah dan ringkas, proses yang biasa diamalkan ini

mempunyai beberapa permasalahan dan keburukan iaitu:

1) Rekabentuk paip yang konvensional dimana penyambungan di antara paip

adalah pada flange (Rajah 2). Masalah dihadapi apabila PCD atau lubang bolt

pada flange tidak sama pada pam air dan di paip luahan yang menyebabkan

kerja-kerja pemasangan mengambil masa yang lama kerana perlu membuat

adjustment pada lubang bolt tersebut (Rajah 3).

2) Mengambil masa yang lama sehingga boleh mencapai sehingga satu hari jika

banyak paip diperlukan untuk pemasangan. Masa yang digunakan untuk

kerja-kerja pemasangan yang lama menyebabkan tidak dapat selamatkan

mangsa banjir dan harta benda apabila bantuan mengepam air diperlaku

semasa bencana banjir.

3) Menggunakan tenaga pekerja yang ramai (Rajah 4).

4) Memerlukan peralatan pemasangan yang banyak dan membebankan

(Rajah 5).

Page 6: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

6

Rajah 2: Jenis paip dengan rekabentuk flange.

Rajah 3: PCD dan jumlah lubang bolt pada flange yang berlainan.

Rajah 4 : Kakitangan JPS memasang paip.

Flange

Page 7: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

7

Pemotong OXY.

Hand Drill.

Welding Set.

Rajah 5 : Peralatan yang diperlukan untuk melakukan adjustment pada flange

jika terjadi masalah PCD tidak sama.

Oleh yang demikian, pihak BPME telah melaksanakan penambahbaikan melalui

invoasi ini bagi mengatasi permasalahan kaedah lama dengan mereka sebuah

komponen yang dinamakan Easy Coupler. Kelebihan utama komponen ini adalah

seperti berikut:

1) Pemasangan yang mudah dan masa yang diambil untuk dipasang adalah

kurang daripada 2 minit.

2) Pemasangan paip hanya memerlukan dua pekerja sahaja pada satu masa.

3) Mudah diselenggara kerana komponen ini direka bentuk untuk dipasang kekal

pada paip.

4) Hanya memerlukan peralatan pemasangan yang minima.

Page 8: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

8

Berikut merupakan langkah-langkah persediaan pemasangan paip:

1) Peralatan asas keselamatan seperti pakaian kerja, safety gloves, safety boots

dan safety helmet. Peti kecemasan (first aid kit) perlu disediakan dan dibawa

bersama sebagai persediaan untuk rawatan awal jika berlaku kemalangan

atau kecemasan.

Rajah 6: Peralatan Asas Keselamatan.

2) Menyediakan peralatan asas pemasangan seperti spanner, bolt dan nut serta

peralatan lain yang berkaitan (jika perlu).

Rajah 7: Peralatan Asas Penyelenggaraan Easy Coupler.

Page 9: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

9

3) Hanya dua orang pekerja diperlukan dalam operasi memasang paip melalui

easy coupler.

4) Bantuan lori kren diperlukan untuk mengangkat paip yang berat semasa

pemasangan.

5) Pekerja melakukan tinjauan untuk memastikan faktor keselamatan dan

kesesuaian laluan paip terlebih dahulu sebelum kerja-kerja penyambungan

paip dari pam air ke tempat luahan.

Berikut merupakan langkah-langkah penyambungan paip melalui easy coupler:

1) Keadaan paip yang belum disambungkan menggunakan easy coupler seperti

dalam rajah 8.

2) Rapatkan kedua-dua paip (male and female pipe) dan selaraskan “ear” pada

paip agar ianya selari dan memudahkan penguncian dilakukan.

Rajah 8: Contoh keadaan paip yang belum disambungkan

menggunakan easy coupler.

Page 10: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

10

3) Sangkutkan hanger dari bahagian male coupling kepada “ear” yang terdapat

di female coupling.

4) Tarik handle agar hanger menarik kedua-dua paip yang dengan lebih rapat.

Rajah 9: Rapatkan dan selaraskan kedudukan paip.

Rajah 10: Hanger disangkutkan pada “ear” coupling.

Male pipe.

Female pipe.

Ear coupling.

Page 11: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

11

5) Handle perlu ditarik dengan kuat supaya kedua-dua paip rapat.

6) Setelah kedua-dua paip disahkan rapat, handle dan hanger tersebut dikunci

bersama “pin” yang disediakan untuk memastikan coupling tersebut tidak

tertanggal.

Rajah 11: Handle ditarik untuk merapatkan paip.

Rajah 12: Pengguna mengetatkan sambungan paip

dengan menarik handle dengan lebih kuat.

Page 12: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

12

Rajah 13: “Pin” dipasang untuk mengunci coupling.

Pengunci coupling.

Rajah 14: Easy coupler yang selesai dipasang.

Page 13: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

13

Sebelum Inovasi Selepas Inovasi

Rajah 15: Susunan paip daripada pam ke

tempat luahan dikenalpasti perlu

dikenalpasti.

Paip luahan perlu disusun terlebih dahulu

sebelum kerja-kerja penyambungan paip

dilakukan.

Samel ujian:

Rajah 16: Susunan paip daripada pam

ke tempat luahan dikenalpasti perlu

dikenalpasti.

Paip luahan perlu disusun terlebih dahulu

sebelum kerja-kerja penyambungan paip

dilakukan.

Sampel ujian:

Jumlah paip luahan = 3 unit mild steel pipe + 1 unit flexible hose

Jumlah paip luahan = 3 unit mild steel pipe + 1 unit flexible hose

Panjang 1 unit paip = 3 meter Panjang 1 unit paip = 3 meter

Diameter paip = 150 mm Diameter paip = 150 mm

Rekabentuk = Lurus berserta flange

Rekabentuk = Lurus berserta easy coupler

Jumlah lubang bolt = 8 nos per flange

Saiz bolt and nut = 16mm

Page 14: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

14

Kaedah lama pemasangan paip memerlukan

tiga orang pekerja untuk memasang dua unit

paip.

Pekerja perlu menyelaraskan kedudukan

paip dengan betul agar bolt dan nut dapat

dimasukkan pada kedua-dua bahagian

flange dengan tepat.

Bolt dan nut perlu dipasang dengan ketat

supaya tiada kebocoran berlaku pada

sambungan paip tersebut.

Rajah 17: Tiga orang pekerja diperlukan

untuk memasang paip tanpa easy

coupler.

Kaedah baru pemasangan paip

menggunakan easy coupler hanya

memerlukan dua orang pekerja sahaja.

Pekerja hanya perlu menyelaras kedudukan

hanger dan ear pada paip.

Rajah 18: Dua orang pekerja diperlukan

untuk memasang paip yang dilengkapi

easy coupler.

Page 15: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

15

Rajah 19: Pemasangan lengkap paip

luahan dengan kaedah pemasangan lama.

Jumlah masa yang diperlukan untuk

memasang 3 unit paip seperti sample di atas

adalah selama lebih kurang 15 minit.

Rajah 20: Pemasangan paip luahan

dengan easy coupler.

Jumlah masa yang diperlukan untuk

memasang 3 unit paip seperti sample di atas

adalah selama lebih kurang 2 minit.

Jadual 1: Perbandingan Sebelum dan Selepas Inovasi

Page 16: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

16

3. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan /

Jabatan / Agensi / Negara

3.1 Elemen Inovatif/Kreativiti

Komponen Easy Coupler ini adalah produk inovasi yang unik yang direka bentuk

hasil pendekatan di luar kotak yang diusahakan oleh BPME. Produk ini merupakan

idea penambahbaikan yang tercetus dalam usaha untuk memudahkan proses

memasang paip dengan mudah, cepat, dan menjimatkan masa dan tenaga tanpa

mengubah fungsi paip itu sendiri. Menerusi komponen ini, masa yang diambil untuk

keseluruhan proses dipendekkan dengan amat ketara, iaitu dianggarkan daripada 15

minit asalnya kepada 2 minit.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa inovasi yang dihasilkan tersebut memenuhi

keperluan semasa serta menawarkan penyelesaian kreatif untuk proses

pemasangan paip yang lebih efisien. Ini seterusnya akan mengalakkan amalan

memikirkan penyelesaian secara kreatif dan inovatif di kalangan kakitangan kerajaan

dalam menyelesaikan sesuatu pemasalahan.

3.2 Elemen Keberkesanan

Produk easy coupler ini membawa kebaikan dan faedah yang nyata yang dapat

dilihat daripada keberkesanan fungsinya. Beberapa siri ujian pemasangan di tapak

telah dijalankan untuk menguji keberkesanan produk ini. Oleh sebab komponen ini

mudah diaplikasikan dan mesra pengguna, maka proses memasang dan

menanggalkan paip mengambil masa yang singkat.

Page 17: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

17

Selain itu, produk inovasi ini dapat meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasar

(stakeholders). Ini dapat dilihat dari segi aspek penerimaan di mana tahap

penggunaan produk (easy coupler) dan proses (pemasangan) baru ini akan

meningkat berbanding proses terdahulu yang agak rumit dan memakan masa. Oleh

itu, dapat digambarkan bahawa inovasi ini mendatangkan faedah yang nyata dan

mencapai tujuan utama penghasilan produk ini.

Oleh sebab produk ini mudah dipasang dan kerja di tapak berjalan lancar,

pemasangan tidak perlu menggunakan tenaga kerja yang ramai. Dengan ini

masalah tidak sempat memasang di sesuatu kawasan banjir atau pengairan pada

sesuatu masa yang ditetapkan dapat diatasi. Peningkatan produktiviti dapat dilihat

dalam situasi ini di mana kerja pemasangan dapat disiapkan dengan lancar

menerusi penggunaan komponen dan kaedah baru ini yang menjimatkan masa.

Kelestarian (sustainability) inovasi ini juga dapat dilihat daripada aspek keupayaan

produk ini untuk bertahan dan memberi faedah secara berterusan untuk jangka

masa panjang.

3.3. Elemen Signifikan

Merujuk kepada kajian dan penelitian yang dilakukan sebelum ini, proses biasa bagi

memasang paip agak rumit kerana kedudukan paip perlu diselaraskan terlebih

dahulu agar lubang bolt pada flange selari seterusnya memudahkan kemasukan bolt

pada dua flange paip yang berasingan. Kemudian bolt dan nut digunakan untuk

mengetatkan pemasangan paip melalui flange supaya tiada kebocoran. Selain rumit,

proses biasa ini memakan masa yang lama sehingga boleh melebihi 15 minit untuk

Page 18: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

18

memasang tiga buah paip. Namun, setelah penggunaan easy coupler tersebut

diaplikasikan, kerja-kerja pemasangan dibuat dengan lebih lancar dan mudah tanpa

menggunakan komponen dan alatan tambahan seperti spanner di samping

mengambil masa lebih kurang dua minit. Situasi ini membuktikan produk inovasi ini

adalah mesra pelanggan dan menjimatkan masa.

Di samping menawarkan alternatif penyelesaian kepada permasalahan kaedah

biasa, penggunaan kaedah baru ini dapat menjamin penjimatan kos yang ketara

serta penggunaan sumber yang optimum. Ini dapat dilihat pada outputnya iaitu lebih

banyak paip dapat dipasang pada sesuatu masa di sesuatu tempat pemasangan

berbanding kaedah biasa.

3.4 Elemen Relevan

Inovasi ini juga relevan dengan arus perdana dan memenuhi agenda nasional.

Buktinya adalah menerusi penjimatan masa dan tenaga kerja yang dapat dicapai

melalui penggunaan easy coupler ini di mana masalah kekurangan pekerja dan

kekangan kewangan untuk kos operasi dapat diatasi. Ini menyokong Dasar Baru

Kerajaan dalam mengoptimumkan sumber tenaga kerja sedia ada dan penjimatan

belanja mengurus di peringkat jabatan yang telah diarahkan bermula pada tahun

2015 ini. Penjimatan dari segi masa, kos operasi dan perolehan serta penggunaan

sumber manusia yang optimum dapat dicapai apabila kelewatan dan

ketidakcukupan pekerja atau penggunaan tenaga kerja yang ramai dapat dielakkan.

Penjimatan kos boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan ini merupakan

tumpuan semasa kerajaan serta ekspektasi, kehendak dan keadaan terkini di mana

Page 19: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

19

keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil dari semasa ke semasa. Pengguna

sumber manusia yang optimum dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan

berkemahiran dalam melaksanakan tugas-tugas jabatan dengan dedikasi dan

kreatif.

4. Implikasi Kewangan

Setiap hasil inovasi seharusnya dapat memberi implikasi kewangan yang baik. Ini

bergantung kepada kesan penggunaan produk tersebut, yakni jika diaplikasi dalam

operasi pemasangan paip, maka seharusnya berbagai kebaikan dapat dicapai.

Inovasi easy couple ini dihasilkan dengan kos yang sangat murah seterusnya dapat

memberi penjimatan di samping memberi kebaikan seperti yang telah diterangkan di

atas. Inovasi ini juga boleh diaplikasi di peringkat jabatan lain dan industri supaya

boleh mendatangkan manfaat kepada pengguna dalam meningkatkan keberkesanan

kerja yang berdaya saing. Jadual 2 menunjukkan contoh perbandingan anggaran

kos sebelum inovasi dan selepas inovasi yang menyumbangkan kepada penjimatan

kewangan.

Perkara Sebelum Inovasi Selepas Inovasi

Kos Bahan RM1000.00/unit RM850.00/unit

Kos Tenaga Kerja RM975.00 RM380.00

Jadual 2: Pembandingan Kos Sebelum Dan Selepas Inovasi.

Page 20: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

20

Jadual 2 dapat memberikan gambaran kasar bahawa inovasi ini dapat

mendatangkan kebaikan dalam penggunaannya kerana dapat menjimatkan kos

pembuatan dan kos tenaga kerja untuk kerja-kerja pemasangan paip.

Page 21: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

21

5. Gambar-gambar Berkaitan

5.1 Lukisan Reka Bentuk Easy Coupler

Rajah 21 : Gambaran Keseluruhan Easy Coupler

Page 22: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

22

Rajah 22: Pemasangan Komponen Easy Coupler

Pandangan Kanan

Pandangan Kiri

Rajah 23: Pandangan Sisi

Female Coupling

Male Coupling

Hanger “ear”

Hanger

Handle Adjustment Nut

O-Ring

Lock Pin

Page 23: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

23

Rajah 24: Pandangan Atas

Rajah 25: Pandangan Hadapan

Rajah 26: Pandangan Belakang

Page 24: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

24

6 Penutup

Ringkasan faedah produk inovasi Easy Coupler :

Perkara Sebelum Inovasi Selepas Inovasi

Kos Bahan RM1000.00/unit RM850.00/unit

Kos Tenaga Kerja RM975.00 RM380.00

Jumlah Tenaga Kerja 3 orang 2 orang

Masa Pemasangan 15 minit 2 minit

Peralatan

Pemasangan dan

pengubahsuaian

Pemotong OXY, Hand Drill,

Welding Set Spanner

Jadual 3 : Ringkasan Faedah Inovasi

Daripada ringkasan faedah seperti Rajah 3 di atas, Easy coupler merupakan

kejayaan BPME JPS Malaysia dalam menghasilkan sebuah produk inovasi yang

bermutu, boleh dipercayai, berkesan, murah dan bertaraf dunia ke arah memastikan

setiap kerja-kerja pemasangan paip lebih mudah, cepat dan menepati kehendak

serta keperluan pelanggan. Komponen ini direka bentuk untuk mengatasi segala

masalah yang dihadapi dan ternyata telah terbukti mencapai segala tujuan inovasi

ini. Walau bagaimanapun, kajian dan penambahbaikkan secara berterusan akan

dilaksanakan untuk menjadikan komponen ini boleh digunapakai bukan sahaja di

dalam jabatan ini tetapi dapat dikembangkan penggunaannya dalam jabatan lain. Di

samping itu, penghasilan inovasi ini dapat menyumbang ke arah menjadikan JPS

Page 25: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

25

Malaysia sebagai sebuah organisasi yang bertaraf antarabangsa dan seterusnya

sebagai sebuah organisasi sektor awam antara yang unggul di dunia.

Page 26: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

26

Disediakan Oleh

Nama Pegawai dan kakitangan terlibat:

• Mohd Faizal Bin Muhammad (Jurutera Mekanikal J48, Seksyen

Pembanguna,)

• Lokman Hakim Bin Amran (Jurutera Mekanikal J41, Unit Pam Air)

• Pn. Haslinda Bt Mohd Jali PJK (Penolong Jurutera JA29, Unit Audit Teknikal)

• Megat Muhammad Hanif Bin Megat Zaini (Penolong Jurutera JA29, Unit Pam

Air)

• Yahya Bin Mat Nusi (Pembantu Kemahiran H22, Unit Audit Teknikal)

• Isahak Bin Ebrahim (Pembantu Kemahiran H22, Unit Pam Air)

• Mohd Zunaidi Bin Zahari (Pembantu Kemahiran H22, Unit Pam Air)

• Roduan Bin Youp Ahmad (Pembantu Kemahiran H22, Unit Pam Air)

• Abd. Rahman Bin Badarudin (Pembantu Kemahiran H17, Unit Pam Air)

No Tel : 013 – 473 3262 (Lokman Hakim Bin Amran)

Emel : [email protected]

Page 27: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

29

Lampiran

Page 28: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1993-easy-coupler.pdf · LAPORAN INOVASI 2.1 Tujuan Projek Inovasi ... Semasa pemasangan

30