ringkasan projek inovasi jabatan /agensi : …habinovasi.mampu.gov.my › laporan_inovasi ›...

18
RINGKASAN PROJEK INOVASI JABATAN /AGENSI : BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA NAMA INOVASI FLEKSIBEL, CUCI, BERSIH (F.C.B) Alat inovasi yang dikenali sebagai F.C.B. atau “Fleksibel, Cuci, Bersih” adalah suatu produk yang dibangunkan bagi memberi penyelesaian kepada masalah pembersihan ruangan tinggi yang sukar dicapai terutama melibatkan bangunan strata. Produk pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah merupakan penyelesaian holistik kepada masalah lambakan sampah sarap di ruangan tinggi melibatkan bangunan tinggi seperti kediaman flat, apartment dan kondominium. Sampah sarap lazimnya tersangkut pada sengkuap atau ‘awning’ pada fasat bangunan. Ini akan mengakibatkan persekitaran yang kotor, pemandangan yang menjijikkan serta bau yang busuk. Keadaan akan menjadi lebih buruk apabila sampah sarap ini menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada peningkatan kes demam denggi. F.C.B.adalah penciptaan asli daripada kumpulan COB MPAJ yang terdiri daripada tong air berkapasiti 45 liter, rod teleskopik yang boleh dilaraskan sehingga ketinggian 30 kaki bersamaan 9 meter, serta set pad pembersihan. F.C.B.dilengkapi tangki simpanan air yang mampu menyalurkan air dengan menggunakan kuasa bateri 240V. ini bermakna ianya bersifat fleksibel kerana tidak memerlukan bekalan elektrik daripada mana-mana sumber elektrik. RINGKASAN INOVASI

Upload: others

Post on 02-Feb-2021

30 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • RINGKASAN PROJEK INOVASI

    JABATAN /AGENSI : BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

    NAMA INOVASI FLEKSIBEL, CUCI, BERSIH (F.C.B)

    Alat inovasi yang dikenali sebagai F.C.B. atau “Fleksibel,

    Cuci, Bersih” adalah suatu produk yang dibangunkan bagi

    memberi penyelesaian kepada masalah pembersihan

    ruangan tinggi yang sukar dicapai terutama melibatkan

    bangunan strata. Produk pertama seumpamanya di

    Malaysia ini adalah merupakan penyelesaian holistik

    kepada masalah lambakan sampah sarap di ruangan tinggi

    melibatkan bangunan tinggi seperti kediaman flat, apartment

    dan kondominium. Sampah sarap lazimnya tersangkut pada

    sengkuap atau ‘awning’ pada fasat bangunan. Ini akan

    mengakibatkan persekitaran yang kotor, pemandangan

    yang menjijikkan serta bau yang busuk. Keadaan akan

    menjadi lebih buruk apabila sampah sarap ini menjadi

    tempat pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada

    peningkatan kes demam denggi.

    F.C.B.adalah penciptaan asli daripada kumpulan COB

    MPAJ yang terdiri daripada tong air berkapasiti 45 liter, rod

    teleskopik yang boleh dilaraskan sehingga ketinggian 30

    kaki bersamaan 9 meter, serta set pad pembersihan.

    F.C.B.dilengkapi tangki simpanan air yang mampu

    menyalurkan air dengan menggunakan kuasa bateri 240V.

    ini bermakna ianya bersifat fleksibel kerana tidak

    memerlukan bekalan elektrik daripada mana-mana sumber

    elektrik.

    RINGKASAN INOVASI

  • Pengawal aliran digital mampu mengawal tahap kelajuan air

    secara efisien mengikut keperluan manakala alat kawalan

    jauh memberi kemudahan kawalan dari jarak jauh.

    Keistimewaan F.C.B.juga terletak pada rod teleskopik boleh

    laras yang mampu mencapaian ketinggian 30 kaki. Ini

    membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan tanpa

    bantuan jentera lain seperti skylift atau peralatan tambahan

    seperti kerusi atau tangga. Rod teleskopik yang diperbuat

    daripada ‘carbon fiber’ bersifat ringan serta mengurangkan

    kadar bebanan kepada individu yang menggunakan alat ini.

    RINGKASAN INOVASI

    Rajah 1 :

    Tangki simpanan air dengan

    kapasiti 45 liter. Air dari tangki

    akan disalurkan ke set pad

    pembersihan melalui tiub air.

    Rajah 2 :

    Rod teleskopik yang boleh laras.

    2

  • Merujuk kepada fungsi utama produk yang menumpukan

    kepada kerja-kerja pembersihan, alat F.C.B.ini dilengkapi

    dengan bilah plastik yang digunakan untuk membuang

    sampah-sampah besar yang berada di sengkuap atau

    ‘awning’ di bangunan yang tinggi. Pad yang diperbuat

    daripada span pula memainkan peranan membersihkan

    kotoran yang melekat pada sengkuap atau ‘awning’ di

    bangunan yang tinggi.

    KLUSTER (SILA √ YANG

    BERKENAAN)

    Kewangan dan Perolehan

    Pengurusan Sumber Manusia

    Pengurusan Projek

    Pengurusan Pejabat/Organisas

    Pengurusan ICT

    Peraturan dan Kawal Selia

    Pengurusan Pelanggan

    √ Teknologi, Produk dan Peralatan

    Perkhidmatan Teknikal

    Integrasi Perkhidmatan

    Penyampaian Perkhidmatan

    Proses dan Prosedur

    Perkhidmatan Sosial

    Keselamatan

    Kesihatan

    Pendidikan

    Pengurusan Prestasi/Pengiktirafan

    Imej dan Penjenamaan

    Seni dan Seni Kraf

    Pengurusan Kerajaan Tempatan/Daerah

    PUNCA (SILA √ YANG

    BERKENAAN)

    √ Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK)

    Pengurusan Atasan Agensi

    Jawatankuasa Pemandu Inovasi

    Lain-lain

    Rajah 3 : Set pad pembersihan.

    RINGKASAN INOVASI

    3

  • STATUS INOVASI (SILA √

    YANG BERKENAAN)

    √ Menerima sijil pendaftaran harta intelek

    Telah memohon pendaftaran harta intelek

    Tidak membuat sebarang permohonan harta intelek

    Fungsi pembersihan yang sebelumnya menggunakan

    penyapu dan pencakar rumput digantikan dengan set pad

    pembersihan yang dilengkapi bilah pembersih. Bilah

    pembersih mengalihkan sampah yang tersangkut pada

    sengkuap atau ‘awning’ dan tebing tinggi serta dilapikkan di

    bawahnya kanvas bagi mengumpul sampah yang jatuh ke

    bawah manakala set pad pembersihan membersihkan

    kekotoran.

    Batang penyapu yang lazim digunakan untuk mencapai

    permukaan tinggi dan sukar dicapai digantikan dengan rod

    teleskopik boleh laras. Rod teleskopik boleh laras ini mampu

    mencecah 30 kaki panjang iaitu bersamaan 9 meter atau

    bersamaan tiga tingkat unit strata.

    Proses pencucian yang sebelum ini menggunakan sumber

    air daripada getah paip yang perlu dipasang ke pili air

    digantikan dengan penggunaan tong air mobil berkapasiti 45

    liter.

    LATAR BELAKANG

    PROJEK

    (proses sebelum dan

    selepas)

    4

  • Dalam mencari idea untuk menghasilkan inovasi, kaedah

    SCAMPER digunakan iaitu ‘Substitute’ (ganti), ‘Combine’

    (kombinasi), ‘Adapt’ (menerima), ‘Modify’ (ubahsuai), ‘Put to

    another use’ (kegunaan lain), ‘Eliminate’ (hapuskan), dan

    ‘Reposition’ (mengubah). Sila rujuk Rajah 4 bagi melihat

    kaedah SCAMPER yang digunakan bagi usaha sebelum

    dan selepas penciptaan inovasi.

    Rajah 4 : Kaedah SCAMPER yang digunakan bagi

    mencari idea menghasilkan inovasi.

    LATAR BELAKANG

    PROJEK

    (proses sebelum dan

    selepas)

    5

  • Kumpulan Sasar. Merujuk kepada fungsi dan keberkesanan produk inovasi ini,

    terdapat tiga kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat

    daripada projek F.C.B. ini iaitu :

    a. badan pengurusan bersama (JMB), perbadanan

    pengurusan (MC) dan ejen pengurusan strata;

    b. pemaju dan ‘liquidator’;

    c. syarikat perkhidmatan pembersihan; dan

    d. orang perseorangan.

    Skop Liputan.

    a. Badan pengurusan bersama (JMB), perbadanan

    pengurusan (MC) dan ejen pengurusan strata (ejen).

    Merujuk kepada rekod di Bahagian Pesuruhjaya Bangunan

    (COB), terdapat sebanyak 614 kawasan pemajuan di

    seluruh kawasan pentadbiran MPAJ. Bangunan strata

    terbanyak terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri

    (DUN) Pandan Indah iaitu sebanyak 265. Ianya diikuti oleh

    DUN Lembah Jaya sebanyak 145, DUN Hulu Kelang

    sebanyak 95, DUN Teratai 56 dan Dun Bukit Antarabangsa

    sebanyak 53. 30.42% daripada jumlah tersebut telah

    mewujudkan JMB manakala 24.43% pula telah mewujudkan

    MC bagi kawasan pemajuan masing-masing. 16.99%

    daripada jumlah tersebut adalah di bawah pengurusan ejen

    pengurusan strata yang dilantik oleh Bahagian Pesuruhjaya

    Bangunan (COB). JMB,AktaPengurusan Strata 2013.

    (Akta 757) jelas menyatakantanggungjawab JMB, MC dan

    KUMPULAN SASAR &

    SKOP LIPUTAN Rajah 5:Taburan bangunan strata mengikut kawasan

    Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan

    pentadbiran MPAJ.

    6

    7

  • ejen yang dilantik untuk mengurus kerja-kerja pembersihan

    bagi kawasan pemajuan masing-masing.

    b. Pemaju dan ‘liquidator’.

    Selain daripada JMB, MC dan ejen pengurusan strata,

    terdapat juga kawasan pemajuan yang masih diuruskan

    oleh pemaju dan ‘liquidator’. 16.50% daripada 614 kawasan

    pemajuan yang dikendalikan oleh pemaju dan ‘liquidator’ di

    kawasan MPAJ. Oleh yang demikian, pemaju dan ‘liquidator’

    juga adalah kumpulan sasar kerana mereka juga mengurus

    kerja-kerja pembersihan di bangunan strata.

    c. Syarikat perkhidmatan pembersihan.

    Melihat kepada fungsi F.C.B., produk ini amat sesuai untuk

    disasarkan kepadasyarikat perkhidmatan pembersihan yang

    menjalankan kerja-kerja pembersihan bangunan yang

    pastinya melibatkan bangunan hospital atau pejabat yang

    melebihi 2 tingkat. Semakan dengan beberapa syarikat

    perkhidmatan pembersihan seperti Sinar Jernih Sdn Bhd

    danHarta Maintenance Sdn Bhd mendapati bahawa pihak

    syarikat masih menggunakan kaedah konvensional

    menggunakan penyapu, pencakar rumput dan penyembur

    air (‘water jet’) dengan alat bantu seperti kerusi, tangga atau

    ‘skylift’ yang perlu disewa dengan harga yang mahal.

    Kumpulan turut membuat semakan terhadap syarikat

    pembekal alat-alat pembersihan seperti Superior Janatorial

    Supplies, IMEC dan Ogosin. Semakan mendapati bahawa

    KUMPULAN SASAR &

    SKOP LIPUTAN

    8

  • belum wujud alat khas setaraf F.C.B. yang mampu

    melaksanakan kerja-kerja pembersihan di ruangan yang

    sukar dicapai. Oleh yang demikian, produk F.C.B. ini bakal

    mempunyai permintaan yang tinggi dari kalangan syarikat

    perkhidmatan pembersihan dari seluruh Malaysia.

    d. Orang perseorangan.

    Memandangkan terdapat sebahagian kawasan

    pembangunan strata yang tidak mempunyai pemaju,

    ‘liquidator’, JMB, MC atau ejen maka produk F.C.B. ini

    pastinya mempunyai permintaan dari kalangan orang

    perseorangan yang menetap di kawasan strata yang

    terpaksa mengurus sendiri kerja-kerja pembersihan.

    Ia juga mampu menarik pembeli dari kalangan pemilik

    rumah teres dan banglo tiga tingkat dan ke atas. Merujuk

    kepada pangkalan data MPAJ, terdapat 8,175 harta di

    kawasan MPAJ terdiri daripada struktur bangunan

    melebihi 2 tingkat iaitu 3 tingkat dan ke atas milik

    persendirian yang bukan berstatus strata. Dengan

    ketinggian rumah melebihi 2 tingkat, pastinya produk F.C.B.

    inimenjadi pilihan pemilik harta untuk membersihkan rumah

    mereka tanpa bersusah payah menggunakan kaedah

    konvensional.

    JENIS HARTA BILANGAN UNIT

    Rumah Teres 3 Tingkat 2,773

    Rumah Sesebuah 3 Tingkat 783

    Rumah Compact 3 Tingkat 1

    Rumah Kedai 4 Tingkat (Kediaman)

    4,058

    Rumah Kedai 5 Tingkat (Kediaman)

    449

    Rumah Kedai 4 Tingkat (Perniagaan)

    18

    Rumah Kedai 5 Tingkat (Perniagaan)

    50

    Harta Khas (3 tingkat dan ke atas) 43

    JUMLAH 8,175

    KUMPULAN SASAR &

    SKOP LIPUTAN

    Jadual 1 : Jenis dan bilangan harta bukan strata di

    kawasan MPAJ yang melebihi 2 tingkat.

  • Objektif MPAJ adalah memberikan perkhidmatan

    perbandaran kepada masyarakat di bawah pentadbiran

    MPAJ merangkumi perkara – perkara berikut :

    a. Kawalan Pembangunan;

    b. Kawalan Perniagaan;

    c. Pengurusan Cukai Taksiran;

    d. Penyediaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur serta

    Kemudahan Awam;

    e. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

    Kawasan; dan

    f. Program Kemasyarakatan.

    PENERANGAN

    a. Penciptaan nilai / elemen baharu / tambah baik.

    Produk F.C.B. adalah suatu penciptaan elemen baharu

    dalam industri pembersihan ruang yang tinggi dan sukar

    dicapai. Bilah pembersih mengalihkan sampah yang

    tersangkut pada sengkuap atau ‘awning’ dan tebing tinggi

    manakala pad pembersihan membersihkan kekotoran. Rod

    teleskopik boleh laras pula mampu mencecah 30 kaki

    panjang iaitu bersamaan tiga tingkat unit strata. Proses

    pencucian yang sebelum ini menggunakan sumber air

    daripada getah paip yang perlu dipasang ke pili air

    digantikan dengan penggunaan tong air mobil berkapasiti 45

    liter.

    b. Elemen mempermudahkan / penyelesaian masalah dll.

    ProdukF.C.B.dilengkapi elemen mempermudahkan kerja-

    kerja pembersihan di kawasan pembangunan strata dan

    rumah teres serta rumah sesebuah yang melebihi 2 tingkat.

    Ianya adalah penyelesaian kepada masalah sampah yang

    berlonggok di atas sengkuap atau ‘awning’ dan tebing di

    bangunan tinggi. Longgokan sampah ini bukan sahaja

    memberi pemandangan yang menjijikkan tetapi turut

    menyumbang kepada bau busuk dan pembiakan nyamuk.

    Longgokan sampah di sengkuap atau ‘awning’ dan tebing

    bangunan ini menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes

    yang membawa ancaman demam Denggi yang boleh

    membawa maut. F.C.B. dilihat sebagai penyelesaian

    holistik terhadap masalah aduan longgokan sampah di

    bangunan strata.

    OBJEKTIF

    A. Kreativiti

    9

  • MPAJ menerima 65 aduan sampah di bangunan strata pada

    tahun 2016 dan meningkat kepada 70 aduan pada tahun

    2017.

    a. Gambar faedah yang nyata diperolehi.

    Faedah nyata yang diperolehi daripada produk F.C.B.ini

    adalah tahap kebersihan bangunan strata yang meningkat.

    Sampah sarap yang selama ini memenuhi sengkuap atau

    ‘awning’ dan tebing bangunan strata kini dapat dibersihkan

    dengan mudah dan berkesan. Bukan hanya mengalihkan

    sampah yang berada di sengkuap atau ‘awning’ dan tebing

    bangunan strata tetapi turut bertindak sebagai mesin

    ‘scrubbing’ yang memberi kesan pembersihan terbaik.

    Rajah 6 menunjukkan bukti dalam bentuk gambar faedah

    yang nyata diperolehi daripada F.C.B.

    B. Keberkesanan

    Rajah 6 :Bukti penggunaan F.C.B. yang memberi

    kesanpembersihan maksima dengan pelbagai fungsi.

    A. Kreativiti

    10

  • b. Peningkatan produktiviti / kepuasan.

    Rajah 11 menunjukkan pelbagai kesan dan faedah

    penciptaan produk kepada MPAJ dan pengadu yang terdiri

    daripada penduduk strata di kawasan MPAJ. Kumpulan

    turut menjangkakan peningkatan kajian kepuasan

    pelanggan MPAJ bagi tempoh Januari – Jun 2019

    berbanding Julai – Disember 2018 iaitu sebelum produk

    diperkenalkan kepada penduduk strata di kawasan MPAJ.

    a. Sumbangan kepada pelanggan dalaman.

    Rajah 7 :Faedah penggunaan F.C.B. yang memberi

    kesanpositif kepada MPAJ dan penduduk.

    C. Relevan

    Rajah 8 : Sumbangan kepada pelanggan

    dalaman.

    B. Keberkesanan

  • b. Sumbangan kepada pelanggan luaran.

    c. Sumbangan kepada pengurusan kualiti.

    Rajah 9 : Sumbangan kepada pelanggan

    luaran.

    Rajah 10 : Sumbangan kepada pengurusan kualiti.

    C. Relevan

  • d. Sumbangan kepada negara.

    Projek F.C.B. bakal memberi impak yang besar kepada

    tahap kebersihan dan kesejahteraan penduduk Malaysia

    apabila mula dipasarkan ke seluruh negara. Sumbangan

    F.C.B. kepada negaraadalah :

    Peningkatan imej Malaysia sebagai negara

    membangun yang bersih dan indah yang mampu

    menarik pelancong asing melawat ke negara kita;

    Pengurangan kadar penyakit vektor seperti demam

    denggi, demam kepialu dan penyakit leptospirosis

    kesan peningkatan tahap kesihatan awam; dan

    Peningkatan nilai hartanah bagi pemilikan strata di

    Malaysia kesan dari tahap kebersihan dan keceriaan

    yang baik.

    a. Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan.

    Inovasi ini bersifat mesra pelanggan kerana ia mudah

    digunakan bagi kerja-kerja pembersihan ruang tinggi yang

    sukar dicapai, ringan, mempunyai pelbagai fungsi

    serbaguna serta memberi impak maksima. Produk mesra

    pelanggan hanya memerlukan seorang (1) tenaga kerja

    untuk mengendalikannya.

    C. Relevan

    D. Signifikasi

    14

  • b. Penjimatan masa.

    Dengan terhasilnya produk inovasi F.C.B., berlaku

    penjimatan masa bagi kerja-kerja pembersihan bangunan

    strata sebanyak 75.00%. Sekiranya sebelum ini kerja-kerja

    pembersihan satu blok bangunan strata mengambil masa

    kasar 4 jam iaitu bersamaan 240 minit namun dengan

    penggunaan produk F.C.B.telah memendekkan tempoh

    pembersihan kepada hanya 1 jam sahaja iaitu bersamaan

    60 minit.

    c. Penjimatan kos.

    Kos sewaan perancah (‘scaffolding’).

    Penjimatan kos sewaan perancah (‘scaffolding’) bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan cara konvensional di bangunan tinggi dan ruang yang sukar dicapai.

    D. Signifikasi

    Rajah 11:Hubung kait projek F.C.B. dengan objektif

    danhala tuju korporat MPAJ.

    Rajah 12 : Perbandingan penjimatan masa.

  • Merujuk kepada jadual pengiraan kos sebelum dan selepas,

    didapati bahawa jumlah penjimatan yang diperolehi

    sekiranya semua kawasan pemajuan tidak menyewa

    perancah dan menggunakan produk F.C.B. Penjimatan kos

    sebanyak RM 3,536,640.00 atau 85.71%.

    Kos sewaan ‘skylift’.

    Penjimatan kos sewaan ‘skylift’ bagi menjalankan kerja-kerja

    pembersihan dengan cara konvensional bagi bangunan

    tinggi dan ruang yang sukar dicapai.

    Jadual 2 :Perbandingan kos sewaan perancah sebelum danselepas projek.

    D. Signifikasi

    15

  • Merujuk kepada jadual pengiraan kos sebelum dan selepas,

    didapati bahawa jumlah penjimatan yang diperolehi

    sekiranya semua kawasan pemajuan tidak menyewa ’skylift’

    dan menggunakan produk F.C.B. Penjimatan kos sebanyak

    RM 5,747,040.00 atau 90.70%.

    Penjimatan kos gantian sekiranya kekotoran telah

    merosakkan struktur sengkuap atau ‘awning’.

    Semakan harga pasaran mendapati bahawa harga satu unit

    sengkuap atau ‘awning’ jenis ‘metal deck’ saiz 8’x 3’ adalah

    RM36.00. Manakala satu unit saiz 5’x 3’ pula berharga RM

    22.50. Kekotoran yang melekat terlalu lama pada sengkuap

    atau ‘awning’ boleh merosakkan strukturnya yang

    mengakibatkan bebanan kos kepada pemilik rumah.

    Penjimatan kos insurans keselamatan petugas

    pembersihan yang menggunakan ‘scaffolding’

    dan ‘skylift’.

    Semakan harga pasaran bagi kos insurans seorang petugas

    pembersihan adalah anggaran RM 150 ke RM 450. Ini

    adalah kos yang perlu ditanggung apabila melantik syarikat

    pembersihan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan

    menggunakan ‘skylift’ dan perancah kerana ianya

    melibatkan risiko kecederaan kerana melibatkan kerja-kerja

    di aras tinggi. Sekiranya kerja-kerja pembersihan

    dilaksanakan dalam skala besar sebagai contoh kos projek

    sekitar RM 100,000 maka kadar insurans keselamatan

    petugas adalah 15% ke 25% daripada jumlah kos projek.

    Ini ternyata akan membebankan penduduk terutama

    Jadual 3 : Perbandingan kos sewaan ‘skylift’ sebelum

    dan selepas projek.

    D. Signifikasi

    16

  • penghuni bangunan flat dan apartment kos sederhana yang

    kurang berkemampuan dari sudut kewangan.

    d. Penjimatan sumber manusia.

    Dengan kejayaan penghasilan produk, penjimatan sumber

    manusia sebanyak 66.67% berjaya dicapai. Ini adalah

    kerana kerja-kerja pembersihan yang sebelumnya

    memerlukan 3 orang petugas pembersihan kini telah

    menurun kepada seorang (1) sahaja.

    e. Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil.

    Analisis yang dilaksanakan selepas projek berjaya dibangun

    dan digunakan mendapati bahawa semua objektif awal

    projek berjaya dicapai. Produk F.C.B. bukan sahaja berjaya

    memenuhi objektif inisiatif asal namun turut memperlihatkan

    beberapa impak luar jangka yang memberi kesan positif

    kepada MPAJ dan penduduk Ampang Jaya.

    Rajah 13 : Penjimatan sumber manusia.

    Rajah 14 : Senarai objektif projek yang berjaya

    dicapai selepas pelaksanaan produk.

    D. Signifikasi

    17

  • PENCAPAIAN

    Anugerah EMAS :Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan

    Awam Peringkat MPAJ Tahun 2019 yang berlangsung

    pada 17 April 2019.

    Menyertai pertandingan Anugerah Inovasi Negeri

    Selangor (AINS) Tahun 2019 yang berlangsung pada 10

    Julai 2019.

    Anugerah EMAS : Konvensyen Team Excellence

    Peringkat Wilayah Tengah (RTEx) Tahun 2019 yang

    berlangsung pada 17-18 Julai 2019 di Sheraton Imperial

    Kuala Lumpur.

    Menyertai di dalamMalaysia International Trade &

    Exhibition Centre (MITEC), 3RD International Business

    Summit 2019 yang berlangsung pada 10-13 Oktober

    2019.

    Menyertai di dalam Exhibition National Planning Congress

    Tahun 2019 di Putrajaya pada 5 November 2019.

    Anugerah 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam Negeri: Di

    Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan

    ‘Annual Productivity & Innovation Conference And

    Exposition (APIC) Tahun 2019 yang berlangsung pada 5-

    7 November 2019 di Sunway Pyramid.

    Disediakan oleh: Nama Pegawai : ASNOR ZUMAIRI BIN ISHAK No. telefon/ emel : 013-6796568 / 03-4285 7110 / [email protected]

    18