laporan pra sk kemasek

Upload: hasrolaffendi-johari

Post on 11-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pss

TRANSCRIPT

PUSAT KEGIATAN GURU MANIR

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKANNEGERI TERENGGANU

PROGRAM KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAHDAERAH KEMAMAN 2011

LAPORAN PRAPROGRAM KHIDMAT BANTUPUSAT SUMBER SEKOLAHDAERAH KEMAMAN 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMASEK24200 KEMAMAN TERENGGANU

Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu

Maklumat Sekolah

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kemasek

Alamat: 24200 Kemasek Kemaman, Terengganu

Kategori: Sekolah RendahBilangan Guru: 54

Bilangan Murid: 791

SK Kemasek merupakan sekolah luar Bandar. Jarak di antara sekolah dengan bandar Kemaman lebih kurang 30km. Manakala jarak sekolah dengan bandar Kuala Terengganu ialah 135km. Sekolah ini terletak di bawah pengurusan PKG Kemasek yang berada satu kawasan PKG Kemasek.Lokasi Sekolah:

Sejarah Awal dan fizikal bangunan sekolah:

Pada mulanya bangunan perpustakaan adalah bangunan kayu tunggal yang terletak berhampiran kantin. Mulai pada tahun 2011, SK Kemasek telah menerima bangunan baru. PSS telah bertukar ke bangunan pejabat lama yang lebih luas menggantikan pejabat yang berpindah ke bangunan baru.

a. Lokasi Pusat Sumber Sekolah (PSS)

PELAN LOKASI PSS SK KEMASEK

kantinkelaskelaskelas

kelaskelaskelas

kelaskelaskelaskelaskelaskelas

Pejabat

padang

PSS

b.Kemudahan dan perkhidmatan PSS

i. Susun atur bilik dan ruang

PELAN LANTAI PSS

Susunan kerusi meja

Rak buku

ii. Perabot

Kaunter perkhidmatan utama

iii. Bahan cetak / Bukan cetak

Bilangan koleksi buku di Pusat Sumber Sekolah ialah melebihi 9145 naskhah termasuk buku buku rujukan. Bahan bukan cetak seperti CDRI, kaset video diletakkan di dalam Bilik Tayang dan makmal komputer sebanyak 215 buah.

Koleksi bahan cetak

Koleksi bahan bukan cetak

iv. Struktur Organisasi

Carta Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah serta carta Organisasi Jawatankuasa Pengawas PSS masih belum ada.

v. Rancangan Tahunan

Terdapat Fail kuasa untuk menguruskan pusat sumber. Buku panduan pengurusan dan perancangan tahunan PSS telah disediakan sejak awal tahun.

Sistem fail

vi. Pengurusan Kewangan.

Tiada sebarang masalah kewangan yang dihadapi di sekolah ini disebabkan Penyata Kewangan adalah kemas dan dikawal oleh Guru Besar dan Pembantu Tadbir.

vii. Keceriaan. Tahap keceriaan PSS berada pada tahap yang lemah kerana masih dalam proses perpindahan dari bangunan lama ke bangunan yang baru. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih boleh ditambahbaik supaya PSS kelihatan lebih menarik, kemas dan teratur. Ianya menjadi faktor pendorong murid berkunjung ke PSS.

Papan kenyataan yang masih belum dipasang.

Sudut yang terdapat di bahagian hujung Perpustakaan

Laluan kaki lima PSS

viii. Penglibatan Warga Sekolah.

Guru Besar sekolah sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan dan perkembangan PSS. Guru-guru dan para pelajar juga turut memberi kerjasama bagi menjayakan aktiiti PSS.

ix. Penggunaan.

Kemudahan untuk Bilik Tayangan adalah lengkap. Namun bilik ini masih dalam proses baik pulih kerana pembinaan pembahagi dinding masih belum siap sepenuhnya.

x. Program Bacaan.

Program NILAM masih belum boleh dilaksanakan dengan baik. Sudut NILAM ada disediakan dibelakang ruang perpustakaan tetapi belum dikemaskini selengkapnya.

xi. Automasi.

Sistem automasi masih lagi belum digunakan. Pihak PSS menggunakan sistem manual bagi tujuan pinjaman dan pemulangan buku. Walaubagaimanapun terdapat komputer yang digunakan oleh GPM melicinkan pengurusan PSS.

Hasil Perbincangan dengan Pihak Sekolah

Kerja-kerja yang perlu dilakukan dalam program ini ialah

Lokasi

Cadangan Tugasan

Bilik Perpustakaan

Memasang langsir dan skirting meja. Susun atur semula rak-rak buku, meja Menyusun buku mengikut pengkelasan.Melakukan pengubahsuaian bagi sudut sirkulasiMenambah keceriaan sudut-sudut di perpustakaan.Membuat dan melekatkan label dan kata-kata hikmat.Menambahbaikkan sudut NILAM dengan info-info yang berkaitan.Mengemaskini sistem fail PSS dan sudut-sudut tertentu.Menyediakan pandu arah luaran dan dalaman PSS

Kesimpulannya, PSS SK Kemasek ini memerlukan penambahbaikan terutama dalam aspek keceriaan dan susunan kerusi meja yang lebih teratur supaya pembelajaran lebih kondusif dan selesa.Saya yakin dan percaya pihak pengurusan PSS sentiasa menjalankan aktiviti di PSS untuk memberi manfaat terbaik kepada pelajar dan guru.

Disediakan oleh:

NORAZIZI BIN AB.AZIZPegawai Teknologi PendidikanPKG Kemasek

Tarikh : 08 April 2012

10