laporan kem membaca 1 malaysia sk anthony

14
Laporan Kem Membaca 1 Malaysia PENDAHULUAN Kem Membaca 1 Malaysia 2012 merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 bermula dari 26 Oktober hingga 5 November 2009. Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj KP (BTP) PSP8810/1/2jld4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Pada tahun ini Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah menetapkan supaya semua sekolah di negeri Sabah menjalankan aktiviti membaca buku selama 2012 saat atau 33 minit 31 saat pada 24 Oktober 2012 serentak dengan majlis pelancaran peringkat negeri yang akan diadakan di Daerah Keningau. RASIONAL a. Kem Membaca 1 Malaysia adalah program yang serentak dilaksanakan bagi semua sekolah di negara Malaysia. b. Menghargai usaha pelajar yang berminat dan terlibat. c. Mengisi masa pelajar dengan aktiviti yang berfaedah dan menjurus ke arah peningkatan diri pelajar. d. Salah satu aktiviti tahunan PSS. 1

Upload: leezm-mleez

Post on 16-Dec-2015

289 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laporan PSS

TRANSCRIPT

Laporan Kem Membaca 1 Malaysia

Laporan Kem Membaca 1 Malaysia

PENDAHULUAN

Kem Membaca 1 Malaysia 2012 merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 bermula dari 26 Oktober hingga 5 November 2009. Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj KP (BTP) PSP8810/1/2jld4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.

Pada tahun ini Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah menetapkan supaya semua sekolah di negeri Sabah menjalankan aktiviti membaca buku selama 2012 saat atau 33 minit 31 saat pada 24 Oktober 2012 serentak dengan majlis pelancaran peringkat negeri yang akan diadakan di Daerah Keningau.

RASIONAL

a. Kem Membaca 1 Malaysia adalah program yang serentak dilaksanakan bagi semua sekolah di negara Malaysia.b. Menghargai usaha pelajar yang berminat dan terlibat.c. Mengisi masa pelajar dengan aktiviti yang berfaedah dan menjurus ke arah peningkatan diri pelajar.d. Salah satu aktiviti tahunan PSS.

OBJEKTIF

1. Memberi penghargaan terhadap pelajar yang minat membaca.2. Menanamkan minat dan tabiat suka membaca.3. Menggunakan bahan-bahan dan tenaga yang ada untuk tujuan kebaikan bersama.4. Memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah membaca dengan betul.5. Melahirkan golongan murid yang tidak suka membuang masa.6. Meningkatkan kecintaan kepada buku dan mengamalkan apa yang dibaca.7. Membantu murid memperkembangkan minat, semangat dan kemahiran.8. Belajar ke arah meningkatkan prestasi akademik secara sistematik dan berkesan.9. Untuk mendapatkan sijil The Malaysia Book Of records 2012.

MATLAMAT

Projek ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar di SMK Abdullah II untuk menjadikan minda dan tabiat pelajar suka membaca. Seterusnya menyuntik keyakinan dan semangat terhadap semua pelajar.

SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 3 SMK Abdullah II.

TEMA

Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia.LAPORAN SETIAP AKTIVITI

TARIKH/ HARINAMA AKTIVITICARA PELAKSANAANSASARAN

17.10.2012( Rabu )

Pertandingan Bercerita Tahap 1Pelajar dibahagikan kepada 16 kumpulan. Setiap orang telah membawa bahan-bahan buangan seperti surat khabar, kotak, botol mineral, kertas. Mereka akan membina sesuatu yang boleh dimanfaatkan hasil dari bahan buangan.Tingkatan 3

22.10.2012( Isnin )

Pertandingan KuizPeserta dibahagikan mengikut kumpulan. Soalan yang dikemukakan berdasarkan bahan bacaan umum yang telah diedarkan terlebih dahulu. Kumpulan yang paling banyak pengetahuan adalah pemenang.

Tingkatan 3

23.10.2012( Selasa )

Pertandingan Ulasan BukuPertandingan ini dibuka secara individu. Setiap orang pelajar dibekalkan sebuah buku. Terdapat sehelai borang yang kena mereka isi untuk menguji tahap penguasaan pembacaan pelajar. Penilaian dikira berdasarkan ketepatan jawapan yang betul.

Tingkatan 3

24.10.2012( Rabu )

Perasmian Kem Membaca 1 MalaysiaPeringkat Sekolah 2012

Majlis dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan ucapan ringkas dari Puan Pengetua mengenai aktiviti membaca yang berfaedah. Sebagai penutup, lagu Membaca Gaya Wawasan dinyanyikan oleh semua guru dan pelajar.

Tingkatan 3

29.10.2012( Isnin )

Penutupan Majlis Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah

Majlis penutupan dilaksanakan pada jam 8.00 pagi. Pemenang bagi setiap pertandingan mendapat hamper. Semua guru dan pelajar tingkatan 3

LAPORAN AKTIVITI (BERGAMBAR)

Pertandingan Kitar Semula

Pertandingan Kuiz

Pertandingan Ulasan Buku

PERLAKSANAAN READ 2012 PADA 24 OKTOBER 2012

Ucapan perasmian oleh Puan Pengetua Pn Hjh Gambalidah Hj Mohd Jahiri.

Guru mengagihkan buku bacaan kepada semua pelajar.

Pelajar mula membaca senyap.

Guru-guru termasuk Pn. Pengetua memulakan bacaan senyap.

MAJLIS PENUTUPAN(Majlis penutupan terpaksa ditunda ke 29 Oktober 2012 kerana pada 25 Oktober sekolah cuti berganti sempena Hari Raya Aidil Adha)

Hadiah berbentuk hamper disediakan untuk pelajar.

Pn. Pengetua berucap pada majlis penutupan.

Salah seorang pelajar yang menerima hadiah.

GPM menyampaikan cenderahati perasmi kepada Puan Pengetua.AJK BERTUGAS

PENYELARAS PROGRAM : Pn. Resmah Pailan

AJK KIRAAN MASA :En. Burari Ungsurani.

AJK BUKU ATUR CARA :Pn. Juliah Hj Abd Jal.

AJK BACAAN DOA :Ustaz Razali Zakaria.

AJK JURUFOTO :Pn. Rohaidah Daud.

AJK DISIPLIN :En. Mohd Sofian Hj Mohd Hassan.

AJK JURU ACARA MAJLIS :Pn. Nooor Hani Moktar.

AJK PENYEDIAAN BAHAN BACAAN : Pn. Resmah Pailan.

AJK CENDERAHATI :Cik Same Raupu.

AJK DOKUMENTASI / PELAPORAN : Pn. Resmah Pailan.

LAPORAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan : Pihak sekolah

BILPERKARAKUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH

1Hamper9 buahRM 30.00RM 270.00

2Cenderahati Perasmi1 buahRM 100.00RM 100.00

JUMLAHRM 370.00

Disediakan oleh :

........................................................(PN. RESMAH BINTI PAILAN) Guru Perpustakaan dan Media, SMK Abdullah II.

Disahkan oleh :

...................................................................

Cop sekolah :

LAMPIRAN

KEPUTUSAN PEMENANG KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012 SMK ABDULLAH II

BILKATEGORIPEMENANG

1PROJEK KITAR SEMULA

1. PERTAMA: 3 D (KUMPULAN 2)2. KEDUA: 3 A (KUMPULAN 1)3. KETIGA: 3 A (KUMPULAN 2)

2KUIZ1. PERTAMA : YOUNG GENERATION2. KEDUA: FRIENDS3. KETIGA: SMART TIGER

3ULASAN BUKU

1. RAFIDAH SALAM (3 A)2. IRMILIN RAHIM (3 G)3. MUHAMMAD RASHDAN (3 E)

2