laporan kem bestari solat sk kampong raja pagoh 2014

17
PK01 – Pengurusan Panitia ______________________________________________________________________ _______________ PK01/3 LAPORAN PROGRAM 1. Nama Program : Kem Bestari Solat kali pertama 2. Kelolaan : Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SKKR 3. Tarikh : 15 Mac 2014 4. Hari/Masa : Sabtu ( 8.00 pagi – 12.00 tengahari ) 5. Tempat : Surau dan sekitar SK Kampong Raja,Pagoh 6. Objektif : Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat 1. Mengetahui kepentingan solat 2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna 3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu 4. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul 5. Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya dengan baik dan lancar 6. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah. ______________________________________________________________________ _______________ Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Upload: syahidah-shabuddin

Post on 29-Jul-2015

232 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

PK01/3

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : Kem Bestari Solat kali pertama

2. Kelolaan : Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SKKR

3. Tarikh : 15 Mac 2014

4. Hari/Masa : Sabtu ( 8.00 pagi – 12.00 tengahari )

5. Tempat : Surau dan sekitar SK Kampong Raja,Pagoh

6. Objektif :

Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat

1. Mengetahui kepentingan solat

2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna

3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu

4. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul

5. Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya dengan baik dan lancar

6. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

7. Sasaran : Semua murid-murid tahun 1 hingga 4 SK Kampong Raja, Pagoh.

8. Butiran aktiviti :

Atur cara program:

8.00 pagi : Menunggu kehadiran murid-murid.

Guru mengambil kehadiran murid-murid.

8.30 pagi : Bacaan Doa secara beramai-ramai oleh murid-murid dan guru.

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 2: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

Nyanyian beramai-ramai Lagu Tema Kem Bestari Solat bertajuk

‘Sepohon Kayu’.

Penerangan ringkas berkenaan perjalanan program Kem Bestari

Solat kepada murid-murid terutamanya kepada murid-murid

Tahun 1 sesi 2014 sebagai ‘refreshment’.

8.45 pagi : Guru memperkenalkan guru-guru pembimbing sepanjang kem

dijalankan mengikut kumpulan masing-masing.

9.00 pagi : Guru mengimbas kembali penerangan tentang turutan Cara

Berwudhuk di dalam Solat menggunakan Carta Wudhuk dan

meneranglan tentang kerasionalan setiap cara wudhuk.

: Imbasan kembali juga tentang tajuk Niat Solat dan bacaan-

bacaan di dalam solat.

: Guru melatih tubi kefahaman murid dengan teknik soal jawab.

9.30 pagi : Guru meminta murid membuat simulasi solat lengkap dengan

perbuatan dan bacaan.

Guru memperbetul sebarang kesalahan perbuatan dan bacaan

solat murid seorang demi seorang.

10.05 pagi :Murid-murid beratur di luar surau dan berjalan dalam keadaan

terkawal untuk ke kantin.

: Murid-murid membaca doa makan sebelum makan bersama-

sama.

Menu untuk makan dan minum untuk KBS kali ini adalah mi hun

goreng dan telur serta air Ribena dengan kos RM2.50 seorang.

10.30 pagi : Murid-murid beratur semula.

: Kehadiran murid-murid diambil untuk kali kedua.

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 3: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

10.40 pagi : Amali Wudhuk dijalankan. Murid-murid lelaki dan perempuan

berwudhuk dengan bimbingan guru bimbingan masing-masing.

11.10 pagi : Amali solat Subuh dijalankan dan guru-guru pembimbing

membimbing murid-murid dari segi perbuatan dan bacaan dalam

solat.

11.45 pagi : Ulasan dan pesanan guru pembimbing

12.00 t/hari : Berselawat, Bersalaman dan Bersurai

9. Penilaian Program :

9.1 Kekuatan Program

i. Ekspresi dan maklum balas murid

Murid-murid tahun 2, 3, dan 4 menunjukkan minat yang tinggi terhadap program

Kem Bestari Solat ini. Ini mungkin disebabkan mereka telah pun melalui kem ini

pada tahun-tahun lepas dan menjadikan mereka kembali bersemangat untuk ke

kem kali ini. Ibu bapa memberikan sokongan yang baik untuk menjayakan

program ini. Murid-murid dilihat teruja dan bersedia untuk menghadiri kem ini.

Bagi murid Tahun 1, kem ini masih baru bagi mereka dan mereka menjalani kem

ini dalam keadaan baik dan mengikut arahan.

ii. Pendekatan dalam LDK dilihat lebih berkesan:

# Murid-murid diagihkan kepada 5 kumpulan iaitu kumpulan Ihsan, Iman,

Itqan, Ilmu, dan Ikhlas. Kesemua kumpulan ini diletakkan dibawah seliaan

guru pembimbing masing-masing.

# Kumpulan-kumpulan yang terlibat diberi nama-nama positif berpangkal

abjad I agar peserta-peserta diransang supaya sentiasa bersikap proaktif,

berdaya saing dan tidak mudah berputus asa.

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 4: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

iii. Suasana baru bagi sesi Amali Wudhuk.

Untuk kem kali ini, murid-murid tidak mengambil wudhuk di tempat wudhuk

biasa bersebelahan surau, sebaliknya amali wudhuk bagi perempuan dijalankan

di barisan paip-paip di antara bangunan prasekolah dengan kantin. Manakala

murid lelaki berwudhuk di hadapan bilik air murid perempuan dengan bimbingan

ustaz. Ini membolehkan murid merasai pengalaman berwudhuk di tempat yang

berbeza dan disiplin dilihat lebih mudah dikawal.

iv. Kerjasama Pentadbir, guru-guru pembimbing , dan pekerja-pekerja swasta

sekolah

Kerjasama yang baik daripada pentadbir, guru-guru pembimbing, dan pekerja-

pekerja sekolah sangat membantu kelancaran kem.

9.2 Kelemahan Program

i. Fail-fail yang disediakan masih belum dapat disediakan dengan lengkap dan

mencukupi terutamanya untuk murid-murid Tahun 1 yang baru pertama kali

menyertai Kem Bestari Solat dan perkara ini akan diusahakan untuk diatasi.

ii. Sesi Kuiz Smart Solat yang biasa diadakan dalam kem-kem lepas tidak dapat

dijalankan pada kem kali ini. Ini kerana masa yang ada agak ‘lari’ dengan

tentative masa yang diperuntukan. Kuiz ini penting kerana ia dilihat

menggalakkan murid-murid supaya peka di dalam setiap penerangan guru.

Murid-murid akan aktif dan bersungguh bersaing sesama sendiri untuk

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 5: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

menjawab soalan kuiz tersebut yang dijalankan selama 10 minit sebelum pulang.

Ini membolehkan murid-murid ‘refresh’ semula apa yang telah diperolehi

sepanjang kem selain mendapat sedikit hadiah yang disediakan oleh guru.

iii. Kehadiran murid-murid Tahun 2 dan Tahun 4 tidak begitu memuaskan untuk

kem kali pertama dalam tahun 2014 ini. Bagi murid-murid Tahun 2 dan 4 yang

tidak hadir, guru penyelaras KBS dimaklumkan bahawa murid-murid ini terlibat

dengan Program Anti Dadah bertempat di Masjid Jamek Kampung Selanchar.

Analisis kehadiran adalah seperti berikut:

TAHUN

JUMLAH

SEMUA

TIDAK

HADIRHADIR

TAHUN 1 28 ORANG 9 ORANG 19 ORANG

TAHUN 2 27 ORANG 8 ORANG 19 ORANG

TAHUN 3 17 ORANG 2 ORANG 15 ORANG

TAHUN 4 24 ORANG 10 ORANG 14 ORANG

JUMLAH HADIR KBS KALI KE- 1 67 ORANG

*Ini mewakili peratus kehadiran keseluruhan sebanyak 70% manakala peratus

ketidakhadiran diwakili sebanyak 30%.

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 6: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

9.3 Cadangan Penambahbaikkan :

i. Guru akan cuba mengemaskini atur cara perjalanan program supaya berjalan

dengan lebih kemas, lancar dan tersusun.Murid- murid yang belum menerima fail

khas KBS akan diberi secepat mungkin.

ii. Setiap Guru Pembimbing akan melantik ketua dan penolong bagi setiap Tahun

1, 2, 3 dan 4 untuk membantu guru dalam mengawal disiplin murid dan

perjalanan kem agar lebih lancar.

iii. Semua kumpulan disaran agar menjalankan Amali Solat Subuh secara bersana-

sama melibatkan semua kumpulan di surau sekolah. Ini akan memudahkan

murid menjalankan praktikal secara bersama, mudah bersumbang saran dengan

guru pembimbing, bertanyakan kemusykilan, dan paling penting mudah untuk

murid-murid mendengar ulasan dari segi tatacara perbuatan dan bacaan solat

yang tepat dari guru-guru pembimbing.

iv. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar berbentuk ICT akan digunakan lebih

banyak kekerapannya kerana kaedah atau teknik ini dilihat meransang tumpuan

dan focus murid dengan lebih baik dan kawalan murid lebih teratur ketika sesi

tayangan slaid mahupun video dipaparkan kepada murid.

9.4 Dokumen-dokumen berkaitan penilaian dilampirkan dibelakang laporan.

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 7: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

10. Dokumentasi bergambar :

1. Nyanyian lagu Tema Kem iaitu Sepohon Kayu 2. Cik Zamiratulisma membimbing Tahun 1

3. Simulasi oleh peserta tatacara berwudhuk 4.Praktikal perbuatan dalam solat

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 8: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

5. Kumpulan bimbingan Us Mazham b. Abdullah 6. Pemantauan pelaksanaan oleh pentadbir

7. Peserta Tahun 1 yang bersemangat! 8. ‘Oh! Begini caranya membasuh muka’..

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 9: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

Waktu makan telah tiba!

9.Peserta beratur untuk mengambil makanan dan minuman dan membaca doa sebelum makan

11. Santapan untuk Kem kali ini adalah mihun goreng, telur goreng dan air Ribena.

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 10: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

12.Peserta Kem menjalankan amali wudhuk dengan bimbingan guru pembimbing masing-masing.

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 11: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

13. Amali Solat Subuh

Peserta untuk kem kali ini dibimbing lebih kepada aspek perbuatan dan bacaan ringkas terlebih dahulu

Ulasan oleh En Asyraf berkaitan cara membaca Doa iftitah dengan bacaan tajwid yang tepat.

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 12: LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA PAGOH  2014

PK01 – Pengurusan Panitia_____________________________________________________________________________________

Disediakan oleh: Disemak oleh,

……………………………… …………………………..

Noor Syahidah binti Shabuddin

Guru j-QAF

Sk Kampong Raja, Pagoh Sk Kampong Raja, Pagoh

Disahkan oleh,

…………………………….

Tn Hj Lokman bin Hassan

Guru Besar

SK Kampong Raja, Pagoh,

Muar

_____________________________________________________________________________________Hak Cipta © Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 – Keluaran 02 | Pindaan 00