laporan kem perdana pra u

9
SMK (P) METHODIST KLANG LAPORAN AKTIVITI KEM PERDANA TINGKATAN 6 BAWAH 2012 TARIKH : 01 JANUARI 2010 TEMPAT : KEM RAUDHA ANJURAN: MAJLIS PERSATUAN PRA UNIVERSITI

Upload: freiya-stratos

Post on 16-Aug-2015

704 views

Category:

Travel


2 download

TRANSCRIPT

SMK (P) METHODIST KLANG

LAPORAN AKTIVITI

KEM PERDANA TINGKATAN 6 BAWAH 2012

TARIKH :

01 JANUARI 2010

TEMPAT :

KEM RAUDHA

ANJURAN:

MAJLIS PERSATUAN PRA UNIVERSITI

NAMA PROGRAM

Kem Perdana Tingkatan 6 Bawah 2012

PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di luar bilik darjah, bersesuaian dengan sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika yang positif. Untuk memastikan perjalanan aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar, pelajar-pelajar dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin, untuk membolehkan merek berinteraksi sesama sendiri dengan lebih rapat.

OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan khusus tentang kepimpinan, tanggungjawab dan bidang tugas untuk diaplikasi dalam pembelajaran dalam kelas

2. Memupuk ciri-ciri dan tingkah laku pemimpin pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan rohani.

3. Menanam perasaan muhibbah antara semua pelajar tanpa mengira bangsa dan sekolah asal.4. Mendedahkan teknik dan kemahiran yang berkesan dalam penyelesaian masalah, membuat

keputusan dan komunikasi berkesan.

LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI

Hari Pertama

Mula bergereak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas persiaran. Seteleah tiba di Kem Raudha, kami diberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang bakal kami dikuti di kem ini. Kami seterusnya dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan sekolah asal. Selesai dibahagikan kepada beberapa kumpulan, kami diberi masa untuk membuat logo dan ‘trademark’ kumpulan masing-masing. Aktiviti diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu ‘Night walk’. Dalam aktiviti ini, kami merasai pengalaman berjalan secara di dalam hutan. Pelbagai ragam dan peristiwa menggelikan hati sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Hari Kedua

2

Kami memulakan aktiviti pagi dengan senaman ringan. Setelah selesai pengurusan diri dan mengambil sarapan, kami diberi taklimat tentang aktivit lasak seterusnya iaitu ‘Jungle Trekking’. Perjalanan yang mencabar dalam hutan simpan yang dianggarkan sejauh 4 kilometer ini sememangnya aktiviti yang menyihatkan kepada kami selain menikmati keunikan hutan yang mungkin belum pernah antara kami terokai. Kesinambungan daripada aktiviti ini, kami di bawa ke salah satu pantai di Pulau Pangkor untuk aktiviti seterusnya. Setelah mengambil makan tengah hari, kami disajikan dengan sukaneka antara kumpulan untuk mengumpul mata. Sukaneka dimulakan dengan membina istana pasir paling tinggi. Seterusnya, jalan berpasangan dengan kaki diikat, tiup belon, penuhkan air dalam botol menggunakan straw. Tiba sahaja di kem, latihan jalan berhalangan ala tentera menanti kami.

Hari Ketiga

Tugasan aktiviti terakhir setiapkumpluan sebelum kami bertolak balik ialah membalut sebiji telur ayam supaya tidak pecah apabila diuji. Dalam proses menguji telur ayam ini, kami dikehendaki menggunakannya sebagai ‘bola futsal’ yang akan dimain oleh kumpulan – kumpulan. Majlis penutup dirasmikan oleh guru Kokurikulum Tingkatan 6 bawah, Puan Aini Hasninawati dan Komander Kem kami daripda MHTwo Kem Mutiara Hati. Kami juga ada mengadakan sesi penggambaran beramai-ramai sebelum berangkat pulang ke jeti..

3

GAMBAR KENANGAN

4

5

6

7

8