laporan perkhemahan tahunan sk punang 2011

15

Click here to load reader

Upload: abdillah-nurdin-asis

Post on 31-Jul-2015

1.640 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORMSEKOLAH KEBANGSAAN PUNANG 2011

04HB NOVEMBER HINGGA 05HB NOVEMBER 2011

1. PENDAHULUAN :

Sekolah Kebangsaan Punang telah menganjurkan Perkhemahan Tahunan Unit

Beruniform Tahun 2011 pada 04hb hingga 05hb November yang lalu. Perkhemahan

Tahunan ini telah dirancang dan dianjurkan oleh unit kokurikulum SK Punang yang

diterajui oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Madini Bin Masri dan diselaraskan

oleh semua Penyelaras Unit Beruniform Sekolah. Pada tahun ini, julung-julung

kalinya aktiviti perkhemahan diadakan di kawasan sekolah. Perkhemahan selama 2

hari dan 1 malam ini adalah bertujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan

melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi ,Rohani, Intelektual, dan

sahsiah (JERIS) yang digarapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para

peserta yang didedahkan dengan disiplin sepanjang masa perkhemahan ini

diharapkan akan menggunakan dan memanafaatkan segala kemahiran dan ilmu

yang diperoleh bagi meneruskan kehidupan yang berguna dalam alam ciptaan Allah

ini.

2. RASIONAL

Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan

kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan ke

manusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri

situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia dan lebih

mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.

Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-

cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat

juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada

para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka menyelesaikan

masalah.

Selain itu, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu,

secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta

mengembangkan kemahiran kognitif, afektif serta psikomotor masing-masing.

Demikian jugalah , aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur ~ 1 ~

Page 2: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

patriotisme akan turut menyumbang kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa

dan agama.

3. MATLAMAT

3.1 Melahirkan peserta yang sihat tubuh badan melalui pelbagai aktiviti yang

dijalankan

3.2 Melahirkan peserta yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial

3.3 Melahirkan peserta yang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi

3.4 Membentuk jati diri peserta melalui aktiviti yang dijalankan

3.5 Menerapkan nilai-nilai murni, berketrampilan, bekerjasama, jatidiri,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan sikap tidak mementingkan diri

sendiri.

4. OBJEKTIF

4.1 PSIKOMOTOR

4.1.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas

Perkhemahan serta pelbagai kemahiran ikhtiar hidup

4.1.2 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan

seharian secara teratur dan berdisiplin

4.1.3 Mempraktik dan mengaplikasikan segala teori yang telah

dipelajar

4.1.4 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan

lasak dan mencabar

4.2 KOGNITIF

4.2.1 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain

4.2.2 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan

kreativiti masing-masing dalam bidang rekacipta, kesenian dan

kebudayaan.

4.2.3 Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-

rukun beragama dan kehidupan bermoral.

4.3 AFEKTIF

~ 2 ~

Page 3: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

4.3.1 Memberi peluang kepada para peserta mewujudkan intergrasi

pelbagai kaum.

4.3.2 Mendedahkan para peserta kepada alam fauna dan flora

sebagai sebahagian daripada kehidupan sejagat

5. PELAKSANAAN

Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform peringkat Sekolah

Kebangsaan Punang bagi Tahun 2011 telah dijalankan pada 04 hingga 05 November

yang lalu. Program ini berlangsung selama 2 hari dan 1 malam. Pada tahun ini

sedikit kelainan dilakukan apabila keseluruhan aktiviti diadakan di dalam kawasan

sekolah tidak seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini.

Perkhemahan tahun ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pada 04hb

November 2011 (Jumaat) pada jam 2.00 petang. Seramai 36 orang peserta telah

mendaftar manakala 4 orang peserta tidak hadir dan dikira tarik diri. Selesai

pendaftaran murid-murid dikehendaki berkumpul di padang sekolah depan ruang

RMT bagi mendengar taklimat daripada Kem Komandan dan Penyelaras Aktiviti

serta Ketua Jawatankuasa Penempatan dan Keselamatan.

En. Abdillah dan En. Muizzuddin telah memberikan taklimat berkaitan aktiviti

sepanjang perkhemahan berlangsung dan mengingatkan peserta supaya sentiasa

menjaga keselamatan sepanjang perkhemahan berlangsung. En. Madini juga

menyampaikan taklimat ringkas berkaitan aktiviti dan penempatan.

Selepas taklimat, aktiviti pertama pada hari pertama adalah Ice-Breaking

yang telah dikendalikan oleh En. Madini dari jam 2.30 petang hingga 3.45 petang.

En. Madini telah dibantu oleh semua fasilitator atau guru pembimbing dan ahli

jawatankuasa yang bertugas. Sepanjang berlangsungnya ice-breaking ini, 3 acara

telah dilangsungkan iaitu mencari ahli kumpulan dengan bunyi binatang,

perlawanan nyanyian dan bunyi binatang antara kumpulan, dan akhir sekali

perlawanan nyanyian dan aksi pergerakan. Semua aktiviti dijalankan secara

berkumpulan. Empat kumpulan telah ditubuhkan. Setiap kumpulan dibantu oleh 4

orang fasilitator atau guru pembimbing.

Setiap kumpulan diberi nama binatang iaitu “kambing”, “itik”, “ayam” dan

“kucing”. Kumpulan yang dibentuk perlu melantik seorang ketua. Semua murid

mengambil bahagian dalam keseluruhan aktiviti dan mereka amat bersemangat.

Semua aktiviti dalam kumpulan yang dilaksanakan dan dijalankan perlu ada ~ 3 ~

Page 4: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

pemenang. Bagi aktiviti Ice-Breaking pemenangnya adalah dari kumpulan

“kambing”.

Selesai rehat dan minum petang aktiviti kedua diteruskan dengan latihan dan

Pertandingan kawat kaki yang telah dikendalikan oleh En. Muizzuddin dari jam 4.00

petang hingga 5.00 petang. Kawat kaki yang diajar kepada para peserta

perkhemahan adalah Kawat Statik. Dalam kawat statik ini, para peserta belajar cara

masuk baris, sedia, senang diri, rehatkan diri, berpusing ke kanan, kiri, dan

belakang serta keluar baris dalam kumpulan masing-masing. Bagi aktiviti

pertandingan kawat kaki ini pemenangnya adalah dari kumpulan “itik”.

Selesai rehat aktiviti ketiga diteruskan dengan Memasang Khemah. Taklimat

tentang cara memasang khemah yang telah dikendalikan oleh En. Madini dari jam

5.00 petang hingga 5.30 petang. Para peserta diberikan penerangan tentang cara

memasang khemah dengan betul dan cepat. Semua peserta dibantu oleh fasilitator

dan guru bertugas telah membina khemah peserta. Pada tahun ini khemah dibina di

kawasan padang sekolah untuk megelakkan perkara-perkara yang tidak diingini

berlaku disamping menjamin keselamatan perserta. Kawasan perkhemahan

dibahagi dua iaitu khemah untuk peserta lelaki di belakang dan khemah peserta

perempuan di depan. Lapan buah khemah untuk para peserta telah dipasang iaitu

empat buah khemah perempuan dan empat buah lagi khemah lelaki dan setiap

khemah terdiri daripada lima atau empat orang peserta.

~ 4 ~

Page 5: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

Selepas pengurusan diri dan makan malam, semua peserta beredar ke surau

untuk menunaikan solat Magrib dan isyak berjemaah dan mengikuti kuliah Magrib

yang di sampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Nizam.

Jam 8.00 malam, semua peserta menyertai aktiviti keempat iaitu Kembara

Malam yang telah dikendalikan dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam untuk

melatih murid berani menghadapi cabaran yang akan menanti mereka. Murid-murid

dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut kumpulan dalam ice-breaking.

Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat pelaksanaan aktiviti dan keselamatan oleh

En. Mohd Sofyan. Selesai taklimat, semua fasilitator atau guru pembimbing setiap

kumpulan membawa anak buah masing-masing yang telah ditutup mata

mengelilingi sekolah melalui laluan yang gelap dan sunyi untuk menguji kekuatan

semangat mereka mengikut giliran kumpulan. Kemudian ada peserta dibiarkan

bersendirian terpisah dari kumpulannya dan ada juga yang disembunyikan. Pelbagai

gelagat peserta dapat dilihat, ada yang menangis, ada yang takut dan ada juga

yang berani. Akhir sekali sesi soal jawab dijalankan untuk mengetahui pengalaman

murid dan rasional aktiviti ini diadakan.

Selesai sesi soal jawab murid-murid dibenarkan rehat dan aktiviti diteruskan

lagi malam itu dengan melukis logo dan moto kumpulan masing-masing. Bagi

aktiviti Pertandingan Kembara Malan dan melukis logo dan moto kumpulan ini

pemenangnya adalah dari kumpulan “kucing”.

~ 5 ~

Page 6: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

Selepas itu, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti kelima iaitu BBQ dan

minum malam yang telah dikendalikan oleh En. Awg Idris dari jam 10.00 malam

hingga 11.00 malam. Sebelum semua peserta masuk tidur, Kem Komandan telah

membahagikan tugas kepada para peserta untuk bertugas berjaga malam mengikut

khemah yang telah ditetapkan dan akan bertugas dalam empat sesi iaitu dari jam

12.00 malam hingga 4.30 pagi.

Pada hari kedua iaitu 05hb November 2011 (sabtu), selepas menunaikan solat

Subuh secara berjemaah, para peserta dikehendaki menukar pakaian mereka

kepada pakaian sukan untuk aktiviti keenam pagi itu ialah Senaman Pagi yang telah

dikendalikan oleh En. Johari dari jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi. Senaman pagi ini

dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Kemudian peserta

berjoging di sekitar kawasan kampung. Selepas aktiviti senaman pagi, para peserta ~ 6 ~

Page 7: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

bergerak untuk bersarapan bersama-sama. Selepas itu, para peserta mengemas diri

masing-masing dan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.

Aktiviti seterusnya adalah aktiviti yang ketujuh iaitu ADK – Merempuh

Halangan yang telah dikendalikan oleh En. Erwan dari jam 7.30 pagi hingga 9.30

pagi. Aktiviti ini adalah untuk melatih murid berani menghadapi cabaran yang akan

menanti mereka serta kerjasama di antara ahli kumpulan. Sepanjang

berlangsungnya ADK – Merempuh Halangan ini, terdapat 7 stesen yang perlu dilalui

oleh semua peserta, iaitu berjalan kaki mengelilingi luar kawasan sekolah, halangan

berjalan di atas batu-bata, halangan berjalan di atas titi, halangan berjalan di atas

tayar, halangan merangkak dalam lumpur, halangan sarang labah-labah dan

halangan memanjat. Semua aktiviti dijalankan secara berkumpulan mengikut

kumpulan dalam ice-breaking.

Setiap kumpulan diberikan “Tongkat Amanah” dan “Bendera” yang perlu

dijaga dengan baik dalam setiap stesen halangan yang dilalui oleh para peserta

yang bermula dari stesen 1 dan berakhir dengan stesen 1 juga. Pelbagai gelagat

peserta dapat dilihat dalam merempuh halangan di setiap stesen. Akhir sekali sesi

soal jawab dijalankan untuk mengetahui pengalaman murid dan rasional aktiviti ini

diadakan. Bagi aktiviti ADK – Merempuh Halangan ini pemenangnya adalah dari

kumpulan “kambing”.

~ 7 ~

Page 8: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

Selesai rehat dan minum pagi aktiviti kelapan diteruskan dengan

Pertandingan Masakan Rimba yang telah dikendalikan oleh En. Azlan dari jam 9.30

pagi hingga 10.00 pagi. Aktiviti ini dimulakan awal satu jam dari jadual asal ~ 8 ~

Page 9: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

program. Setiap kumpulan hanya dibekalkan bahan mentah yang terhad dan

mereka dikehendaki menyediakan menu masakan iaitu maggi dan telur secara

berkumpulan dibantu oleh fasilitator atau guru pembimbing kumpulan masing-

masing. Masa pertandingan hanya 1 jam sahaja dan peralatan yang disediakan

hanya 2 batang buluh dan sekotak macis setiap kumpulan. Sebarang penggunaan

barang logam tidak dibenarkan dan hidangan hendaklah dihidangkan di dalam

bekas dan hiasan yang berasaskan semulajadi. Makanan perlu dimasak

menggunakan kayu api dan bukannya dapur gas.

Aktiviti ini amat menarik kerana pelbagai cara menghidupkan api dan

memasak dapat dilihat. Masakan yang telah siap dimasak dan dihiasi akan diadili

oleh hakim yang telah dilantik. Hakim terdiri daripada En. Erwan dan En. Abdillah.

Bagi aktiviti Pertandingan Masakan Rimba ini pemenangnya adalah dari kumpulan

“Ayam”.

Selepas rehat, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti kesembilan iaitu

Pertandingan Gajet yang telah dikendalikan oleh En. Shafri dari jam 12.00

tengahhari hingga 01.30 petang. Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat cara

membuat gajet, ikatan dan contoh-contoh gajet yang akan dipilih oleh setiap

kumpulan. Setiap kumpulan hanya dibekalkan segulung tali, parang, gergaji, kayu

dan buluh yang terhad dan mereka dikehendaki membuat gajet yang telah dipilih

secara berkumpulan dibantu oleh fasilitator atau guru pembimbing kumpulan

masing-masing.

~ 9 ~

Page 10: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

Semua peserta mengambil bahagian dengan semangat kerjasama yang

cukup tinggi dalam menghasilkan gajet kumpulan masing-masing. Kumpulan

“kambing” dan “itik” memilih membuat gajet rak tempat simpan barang dapur,

kumpulan “kucing” pula memilih membuat gajet jemur kain dan kumpulan “ayam”

memilih membuat gajet ampaian kain dan rak kasut. Bagi aktiviti Pertandingan

Gajet ini pemenangnya adalah dari kumpulan “Ayam”.

Selepas mandi, solat zohor dan makan tengahhari, aktiviti diteruskan lagi

dengan aktiviti kesepuluh iaitu Khimas yang telah dikendalikan oleh En. Madini dan

semua guru-guru dari jam 02.00 petang hingga 03.00 petang. Antara aktiviti yang

dilaksanakan ialah menanam bunga di kawasan sekolah, membuka dan mengemas

semula khemah yang digunakan serta membersihkan kawasan padang sekolah.

Kemudian majlis penutup dan penyampaian hadian dijalankan.

~ 10 ~

Page 11: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung pada

jam 03.00 petang dan tamat pada jam 03.30 petang. En. Abdillah telah menjadi

pengerusi majlis. Acara dimulakan dengan ucapan daripada Penolong Kanan

Kokurikulum, En. Madini Bin Masri dan seterusnya ucapan perasmian penutup oleh

Othman Bin Adol, Guru Besar SK Punang.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah

memenangi setiap aktiviti yang dipertandingkan telah dilangsungkan. Peserta

terbaik lelaki ialah Muhammad Nazri Bin Ahmad Safi’e dari kelas Tahun 5

manakala peserta terbaik perempuan ialah Siti dari kelas Tahun 6. Selesai majlis

murid-murid dibenarkan bersurai.

6. PENYERTAAN

~ 11 ~

Page 12: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

Perkhemahan Tanunan Unit Beruniform pada kali ini disertai oleh 36 orang

murid dari tahun 5 dan 6 Sek. Keb. Punang. Peluang dan keutamaan telah diberikan

kepada murid yang mempunyai kehadiran gerak kerja kokurikulum yang baik.

7. JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Othman Bin Adol ( Guru Besar )

Pengerusi : Madini Bin Masri ( GPK Kokurikulum )

Naib pengerusi : Komodin Bin Slamah ( GPK 1 )

: Abdul Rahman Bin Randah ( GPK HEM )

Setiausaha : Abdillah Bin Nurdin Asis

Bendahari : Noorsiah Binti Mat Brahim

Kem Komandan : Abdillah Bin Nurdin Asis

Pen. Kem Komandan : Abu Hassan Al Sya’ari Bin Muhammad

AHLI JAWATANKUASA

AJK Urusetia/Pendaftaran : Johari Bin Tangah

AJK Khemah dan Peralatan : Madini Bin Masri

AJK Aktiviti : Erwan Bin Othman (Ketua)

1. Ais Breaking → Madini Bin Masri

2. Kawat Kaki → Muizzuddin Bin Alawi

3. BBQ → Awg Idris Bin Malam

4. Kembara Malam → Mohd Sofyan Ats – Tsaury Bin Supaih

5. Senaman Pagi → Johari Bin Tangah

6. ADK – Merempuh Halangan & Jelajah Minda (Explorace) → Erwan Bin

Othman

7. Masakan Rimba → Azlan Bin Soaibah

8. Pertandingan Gajet → Shafri Bin Ismail

9. Khidmas → Liaw Chee Chiang

AJK Kerohanian/Motivasi : Wan Ahmad Nizam Bin Wan Mohamad (Ketua)

Nor Azila Binti Mohd Zin

AJK Keselamatan/Kecemasan : Abdul Rahman Bin Randah

~ 12 ~

Page 13: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

AJK Makan dan Minum : Nurai Binti Matjais

Wong Yau Ping

AJK Siaraya dan Disiplin : Rusdi Bin Amit

AJK Hadiah dan Sijil : Zuliana Binti Tamin

AJK Juru Acara : Muizzuddin Bin Alawi

AJK Kebersihan : Pembersih (Pekerja Swasta)

8. LAPORAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

Sumbangan Unit Kokurikulum RM 680.00

Kutipan dari Pelajar RM -

Sumbangan PIBG RM -

JUMLAH KESELURUHAN RM 680.00

Perbelanjaan

Makanan Murid dan Guru RM 400.00

Hadiah RM 80.00

BBQ RM 100.00

Aktiviti (Peralatan) RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 680.00

9. JADUAL AKTIVITI

HARI JUMAAT (04 NOVEMBER 2011)

~ 13 ~

Page 14: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

2.00 – 2.15 ptg : Pendaftaran Peserta

2.15 – 2.30 ptg : Taklimat Ringkas

2.30 – 3.45 ptg : Aktiviti 1

Ice Breaking / Pembentukan Kumpulan

3.45 – 4.00 ptg : Rehat dan Minum Petang

4.00 – 5.00 ptg : Aktiviti 2

Kawat Kaki

5.00 – 5.30 ptg : Aktiviti 3

Memasang Khemah

5.30 – 6.15 ptg : Pengurusan Diri / Solat Asar / Makan Malam

6.15 – 7.45 mlm : Solat Magrib

Tazkirah / Motivasi

Solat Isyak

7.45 – 8.00 mlm : Rehat

8.00 – 10.00 mlm : Aktiviti 4

Kembara Malam

10.00 – 12.00 mlm : Aktiviti 5

BBQ

HARI SABTU (05 NOVEMBER 2011)

4.30 – 5.00 pagi : Pengurusan Diri

5.00 – 6.30 pagi : Solat Subuh

Tazkirah / Motivasi

6.30 – 7.00 pagi : Aktiviti 6

Senaman Pagi

~ 14 ~

Page 15: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

7.00 – 7.30 pagi : Serapan pagi / Rehat

7.30 – 10.30 pagi : Aktiviti 7

ADK – Merempuh Halangan & Jelajah Minda (Explorace)

10.30 – 11.00 pagi : Minum Pagi / Rehat

11.00 – 12.30 tgh : Aktiviti 8

Masakan Rimba

12.30 – 1.00 ptg : Pengurusan Diri / Solat Zohor / Rehat

1.00 – 3.00 ptg : Aktiviti 9

Pertandingan Gajet

3.00 – 3.20 ptg : Minum Petang / Rehat

3.20 – 4.20 ptg : Aktiviti 10

Khidmas – Tanam bunga dan membersihkan kawasan

khemah

4.20 – 5.00 ptg : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

10. LAPORAN PASCA NILAI (POST-MORTEM )

KELEBIHAN

1. Kerjasama yang padu daripada barisan ahli jawatankuasa

terutamanya guru-guru kafa, kakitangan sekolah sekolah dan

swasta.

2. Kem Komandan dan penyelaras aktiviti yang mantap dan sentiasa

berusaha gigih.

~ 15 ~

Page 16: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

3. Kesungguhan peserta menjalankan semua aktiviti yang telah

diadakan dan murid-murid sendiri mengikut semua arahan yang telah

diberikan.

KEKURANGAN/MASALAH

1. Penyelaras untuk aktiviti Khidmas tidak datang dan tidak mengikuti

perkhemahan dan tugasnya terpaksa diganti dengan guru lain.

2. Kurang mendapat kerjasama dari segelintir guru yang hadir dan tidak

membantu Kem Komandan dan penyelaras aktiviti dalam

menjalankan aktiviti bersama murid.

3. Ketua dan ahli jawatankuasa kerja kurang peka dengan skop kerja

dan tugas masing-masing.

4. Ada segelintir Ketua dan ahli jawatankuasa yang menjalankan tugas

sambil lewa umpama sekadar melepaskan batuk ditangga.

PENAMBAHBAIKAN (CARA ATASI MASALAH)

1. Penyelaras aktiviti atau Ketua jawatankuasa perlu dilantik dikalangan

guru-guru yang berminat dengan perkhemahan dan berkaliber.

2. Semua ketua jawatankuasa perlu diberi taklimat yang lengkap tentang

jadual tugasan serta skop kerja jawatankuasa masing-masing.

3. Mewajibkan semua guru terlibat dalam perkhemahan supaya adil dan

telus.

4. Menyediakan jawatankuasa kerja yang mencukupi dan selari dengan

skop kerja jawatankuasa.

5. Semua ahli jawatankuasa kerja perlu bersedia dan bertanggungjawab

menjalankan tugasan yang telah diamanahkan sejurus selepas

dilantik.

6. Semua ahli jawatankuasa kerja perlu ada sikap tolong menolong dan

bertanggungjawab serta amanah dalam melaksanakan tugasan

masing-masing.

7. Tidak boleh ada sifat pentingkan diri dan mengharapkan orang lain

menjalankan tugas.

~ 16 ~

Page 17: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

11. PENUTUP

Syukur kepada Tuhan, Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform

Tahun 2011 telah berjaya dilaksanakan hasil kerja keras ahli-ahli jawatankuasa kerja

dan semua fasilitator. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, Kem Komandan, En.

Abdillah dan Penyelaras Aktiviti, En. Madini dan guru-guru bertungkus lumus

melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang sehingga kurang rehat. Selain itu,

peserta juga memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dan melaksanaka

aktiviti walaupun kepenatan. Perkhemahan ini juga telah berjaya mencapai objektif

yang dihasratkan, khususnya kepada para peserta dan telah mewujudkan

perubahan yang positif di dalam diri murid-murid selepas mengikuti aktiviti

perkhemahan ini.

Di samping itu, aktiviti –aktivit yang dilaksanakan telah memberi peluang

kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya

dari segi kepimpinan, dan kreativiti, di samping memperkukuhkan disiplin kendiri,

semangat bekerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.

Dalam pada itu, unsur-unsur keriangan dan keseronokkan yang disepadukan

dalam perkhemahan ini diharapkan telah menimbulkan kesedaran tentang hakikat

bahawa keriangan dan keseronokan juga adalah sebahagian daripada kebahagiaan

kehidupan yang perlu dijana secara berdisiplin dan berhemah berpandukan etika

dan budaya bangsa.

Akhir sekali, pihak penganjur, Sekolah Kebangsaan Punang, Lawas,

merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada

guru – guru kafa yang telah memberi sokongan dan bantuan yang tidak berbelah

bahagi terutama dalam penyediaan makanan kepada semua peserta dan ahli-ahli

jawatankuasa kerja dan semua fasilitator dalam menjayakan Program Perkhemahan

Tahunan Unit Beruniform Tahun 2011 ini. Adalah diharapkan kerjasama ini akan

dapat diteruskan pada masa hadapan. INSYAALLAH .

Disediakan oleh, Disemak oleh:

~ 17 ~

Page 18: Laporan Perkhemahan Tahunan SK Punang 2011

.............................................................. ..........................................

..................(Abdillah Bin Nurdin Asis) ( Madini Bin Masri )Setiausaha Perkhemahan Tahunan Guru Penolong Kanan KokurikulumUnit Beruniform 2011 SK Punang LawasSK Punang Lawas

~ 18 ~