laporan pj - kardiovaskular

3
Laporan Amali Anatomi dan Fisiologi ( Bilangan 6) Nama : Ananthan A/L T.Nadarajan Unit : PISMP Semester 3 (SN/PJ/BI) Muhammad Raheimy Bin Abd Rahman Tajuk : Sistem kardiovaskular Saluran peredaran darah Objektif : 1. Memantapkan pengetahuan pelajar tentang mengesan lokasi denyutan nadi. 2. Dapat melakukan aktiviti senaman dan mengira kadar nadi sebelum, semasa. dan selepas senaman. 3. Mengira kadar nadi latihan menggunkan formula Karnoven. Prosedur : 1. Pembentangan ‘powerpoint’. - Aktiviti dimulakan dengan pembentangan ringkasan tajuk sistem kardiovaskular dalam bentuk pembentangan powerpoint . - Penerangan dilakukan dengan menggunakan pengurusan grafik digunakan bagi memudahkan kefahaman pelajar. - Selain itu, penggunaan video yang menerangkan kepentingan penjagaan sistem kardiovaskular digunakan bagi memudahkan lagi pelajar untuk menyedari kepentingan menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan cara untuk mengelakkan daripada menerima masalah kesihatan yang berkaitan sistem kardiovaskular. 2. Aktiviti Mengesan Lokasi Denyutan Nadi - Aktiviti seterusnya adalah penerangan prosedur mengesan lokasi denyutan nadi kepada pelajar menggunakan pembentangan dan simulasi. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. - Kemudian, semua pelajar diminta untuk membuat aktiviti mengesan kadar nadi rehat mereka dalam tempoh masa 10 saat mengikut prosedur yang diterangkan.

Upload: ramesh-nathan

Post on 11-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Laporan Kardio

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pj - Kardiovaskular

Laporan Amali Anatomi dan Fisiologi ( Bilangan 6)

Nama : Ananthan A/L T.Nadarajan Unit : PISMP Semester 3 (SN/PJ/BI)

Muhammad Raheimy Bin Abd Rahman

Tajuk :

Sistem kardiovaskular

Saluran peredaran darah

Objektif :

1. Memantapkan pengetahuan pelajar tentang mengesan lokasi denyutan nadi.

2. Dapat melakukan aktiviti senaman dan mengira kadar nadi sebelum, semasa. dan

selepas senaman.

3. Mengira kadar nadi latihan menggunkan formula Karnoven.

Prosedur :

1. Pembentangan ‘powerpoint’.

- Aktiviti dimulakan dengan pembentangan ringkasan tajuk sistem kardiovaskular

dalam bentuk pembentangan ‘powerpoint’ .

- Penerangan dilakukan dengan menggunakan pengurusan grafik digunakan bagi

memudahkan kefahaman pelajar.

- Selain itu, penggunaan video yang menerangkan kepentingan penjagaan sistem

kardiovaskular digunakan bagi memudahkan lagi pelajar untuk menyedari

kepentingan menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan cara untuk

mengelakkan daripada menerima masalah kesihatan yang berkaitan sistem

kardiovaskular.

2. Aktiviti Mengesan Lokasi Denyutan Nadi

- Aktiviti seterusnya adalah penerangan prosedur mengesan lokasi denyutan nadi

kepada pelajar menggunakan pembentangan dan simulasi. Pelajar dibahagikan

kepada empat kumpulan.

Page 2: Laporan Pj - Kardiovaskular

- Kemudian, semua pelajar diminta untuk membuat aktiviti mengesan kadar nadi

rehat mereka dalam tempoh masa 10 saat mengikut prosedur yang diterangkan.

3. Pelaksanaan lembaran kerja

- Setiap pelajar diberikan lembaran kerja untuk mengira kadar nadi rehat, kadar

nadi maksimum, kadar nadi latihan dan kadar nadi sasaran mereka.

- Bagi memudahkan kefahaman mengira, contoh pengiraan di ambil berdasarkan

seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan.

4. Melakukan Aktiviti Senaman

- Aktiviti fizikal pula dimulakan dengan prosedur melakukan aktiviti senaman.

- Aktiviti senaman dimulakan dengan melakukan regangan oleh pelajar.

- Kemudian pelajar melakukan aktiviti larian/jogging mengelilingi padang sebanyak

3 pusingan.

- Selesai larian, para pelajar melakukan lompatan bintang dalam kiraan 1,2,3

sebanyak sepuluh kali.

- Setelah selesai, para pelajar diminta untuk mengambil bilangan kadar denyutan

nadi semasa melakukan aktiviti bagi mengira kadar nadi latihan mereka.

5. Mengira kadar nadi selepas latihan

Setelah sejam selepas kelas pendidikan jasmani, kami meminta para pelajar untuk mengira

kadar denyutan nadi mereka selepas melakukan aktiviti senaman tersebut.

Keputusan :

Berdasarkan kesemua aktiviti yang telah dijalankan, didapati pelajar telah mampu

mengesan lokasi denyutan nadi mereka dan mereka telah mahir untuk mengira kadar nadi

latihan mereka menggunakan Formula Karnoven.

Kesimpulan :

Page 3: Laporan Pj - Kardiovaskular

Daripada kesemua aktiviti yang telah dijalankan bagi aktiviti amali kali ini, iaitu bermula

dari perbentangan ‘power point’, aktiviti mengesan lokasi denyutan nadi, pelaksanaan

lembaran kerja untuk mengira kadar nadi maksimum, kadar nadi latihan dan kadar nadi

sesaran, dan melakukan aktiviti senaman ringkas untuk mengambil bilanagan kadar

denyutan nadi untuk mengira kadar nadi latihan yang dilakuakan oleh pelajar.

Oleh yang demikian, secara keseluruhannya pelajar telah mampu menguasai dengan

baik pengetahuan dalam mengesan lokasi denyutan nadi dan mereka telah mahir untuk

mengira kadar denyutan nadi latihan mereka dengan menggunakan Formula Karnoven.

Oleh itu, pelajar telah berjaya mencapai objektif pembelajaran dengan jayanya