sistem darah dan sistem kardiovaskular

23
Sistem darah dan Sistem Kardiovaskular DARAH DAN SISTEM KARDIOVASKULAR Darah Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas , nutrien dan hormon . Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit . Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah. Darah manusia adalah cecair tisu ; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah. Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin , protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme , tempat oksigen bergabung. Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung , pam otot. Darah melalui paru- paru untuk dioksigenkan , dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri . Darah mengedarkanoksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang

Upload: wendy-tan

Post on 12-Nov-2015

99 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Sistem Darah Dan Sistem Kardiovaskular

TRANSCRIPT

Sistem darah dan Sistem Kardiovaskular

DARAH DAN SISTEM KARDIOVASKULAR

Darah

Darahadalahtisu perantarayang terdapat dalam semuahaiwantinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkutgas,nutriendanhormon. Darah juga terlibat dalamsistem imunisasimenentangpenyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula denganhemo-atauhemato-dari perkataanbahasa Greekuntukdarah.

Darah manusia adalah cecairtisu; fungsi utamanya adalah mengangkutoksigendiperlukan untukhidupdiseluruh tubuh.Darahjuga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahansistem imunisasibertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.

Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan olehhemoglobin,protein pernafasan (respiratory protein)yang mempunyaibesidalam bentukheme, tempat oksigen bergabung.

Darah beredar dalamsaluran darahdan dikitarkan olehjantung, pam otot. Darah melaluiparu-paruuntukdioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salurarteri. Darah mengedarkanoksigenkeseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggilkapillari. Darah kemudian kembali kejantungmelaluivein.

Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik,dadahdan bahan kimia asing kepadahatiuntuk diuraikan dan kepadabuah pingganguntuk disingkirkan sebagaiair kencing.

Komposisi

Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskelcorpuscles; yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalahplasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah. Korpuskel adalah:sel darah merahatau erythrokytes(sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyainukleus seldanorganelle, dan tidak dianggap sebagaisel dari segi biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga bertanggungjawab bagi sistemjenis darah.Platelet atau thrombokytes(0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.Sel darah putihatau leukokytes(0.2%), merupakan sebahagian daripadasistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.

Plasma darahpada asasnya larutanairyang mengandungi:-albumin

Plasma

Pasma yang terdiri daripada 90% air, adalah sebahagian daripada darah. Lebih dari 100 jenis bahan larut didalam cecair jernih ini. Contoh bahan yang terlarut adalah termasuk nutrient, garam (elektrolit), gas penafasan, hormone, plasma protein, dan bahan-bahan buangan metabolisma sel.

Plasma protein adalah bahan yang paling banyak ditemui didalam plasma. Kecuali antibody dan protein berasaskan hormone (protein-based hormone), kebanyakan plasma protein dihasilkan oleh hati.

Plasma protein menpunyai pelbagai kegunaan. Sebagai contoh, albumin bertindak sebagai pengangkut sesetengah molekul menerusi peredaran, ia penting sebagai pemampan darah, dan mengawal tekanan didalam darah, iaitu mengekalkan air didalam darah.

Protein pembeku membantu mengelakkan kehilangan darah semasa kecederaaan dan antibody membantu melindungi tubuh daripada patogen. Plasma protein tidak digunakan oleh sel sebagai sumber tenaga atau nutrient metabolism seperti glukosa, fatty asid dan oxygen.

Komposisi plasma darah sentiasa berubah bergantung kepada bahan buangan sel kedalam darah. Komposisi darah sentiasa ditetapkan oleh mekanisma homeostatic tubuh kita.

Sebagai contoh, apabila protein darah berada ditahap rentah, hati akan menghasilkan lebih banyak protein, dan apabila darah mula menjadi terlalu asid (acidosis) atau alkali (alkalosis), kedua dua sistem pernafasan dan buah pinggang akan bertindak untuk menjadikan keadaan kembali normal semula, iaitu biasanya diantara pH 7.35 hingga 7.45.

Setiap organ didalam tubuh membuat penyesuaian setiap hari untuk mengekalkan banyak plasma darah pada aras yang betul untuk menampung kehidupan. Selain dari mengangkut bahan disekitar tubuh, plasma membantu pengedaran haba, bahan kumuh metabolisma sehingga ke luar tubuh.

Eritrosit

Eritrosit (erythrocytes) atau sel darah merah, bertindak sebagai pengangkut oksigen kepada semua sel didalam tubuh. Sel ini merupakan contoh terbaik pengesuaian struktur sel dan fungsinya. Sel darah merah berbeza dengan sel darah yang lain kerana mereka anucleate, iaitu tidak mempunyai nucleus. Mereka juga hanya mempunyai beberapa organel.

Eritrosit yang matang adalah beg hemoglobin. Haemoglobin adalah sejenis protein iron-bearing (iron-bearing protein) , mengangkut seberkas oksigen untuk dibawa didalam darah. (ia juga bergabung dengan sedikit karbon diokside)

Selain itu, oleh kerana eritrosit tidak mempunyai mitochondria dan membuat ATP melalui pernafasan anaerobik, mereka langsung tidak menggunakan oksigen yang dibawa oleh mereka, menjadikan mereka sebagai pengangkut oksigen yang efisyen.

Eritrosit adalah kecil, bentuk yang fleksible (biconcave shape bentuk leper dengan bahagian tengah terlekuk kedalam pada kedua dua bahagian). Oleh kerana bahagian tengan mereka yang kecil, mereka kelihatan mempunyai bentuk seperti donat apabila dilihat menggunakan mikroskop. Bentuknya yang mempunyai permukaan yang luas untuk menjadikan tempat yang sesuai untuk pertukaran gas berlaku.

Walaupun bilangan sel darah merah ini banyak, tetapi yang menentukan prestasi sel darah merah ini berfungsi mengangkut oksigen adalah hemoglobin. Semakin banyak haemoglobin semakin banyak oksigen dapat diangkut.Satu sel darah merah mengandungi sekitar 250 million hemoglobin dan setiap satu haemoglobin mampu membawa 4 molekul oksigen. Jadi setiap sel mampu membawa sekitar 1 billion molekul oksigen.

Leukosit

Walaupun leukosit atau dikenali sebagai sel darah putih jauh lebih sedikit bilangannya daripada sel darah merah, mereka adalah sangat penting dalam melindungi badan daripada penyakit. Sel darah putih merupakan sel yang lengkap didalam darah, mempunyai nucleus dan organel organel lain

Leukosit membentuk perlindungan, askar yang bergerak untuk membantu tubuh menentang bacteria jahat, virus, parasit dan sel tumor. Sel darah putih mempunyai satu ciri yang istimewa. Sel darah merah hanya mampu berfungi didalam sepanjang salur darah, tetapi sel darah putih mampu menyelit keluar dan masuk kedalam salur darah. Proses ini dikenali sebagaidiapedesis.

Sistem peredaran darah akan mengangkut sel darah putih ke tempat di dalam tubuh dimana perkhidmatan ia diperlukan. Sel darah putih juga mampu mengesan kawasan yang mempunyai tisu rosak atau jangkitan kuman didalam tubuh. Kebolehan ini dipanggilpositive chemotaxis.

Apabila kawasan tersebut dikesan, sel darah putih akan bergerak dengan pergerakan amoeboid (ameboid motion) iaitu pergerakan mengikut kecerunan kepekatan (form flowing cythoplasmic extentions that help move them along). Melalui pergerakan ini, mereka akan berkumpul dalam jumlah yang banyak pada kawasan tersebut dan memusnahkan mikroorganisma dan sel yang mati.

Sel darah putih dikelaskan kepada dua kumpulan utama iaitu granulosit dan agranulosit bergantung kepada kehadiran granul didalam sitoplasma mereka.

Granulosit (granulocutes) adalah sel darah putih yang mempunyai granul. Mereka mempunyai sekelompok nuclei, dimana biasanya mengandungi beberapa kawasan nuclear yang disambungkan oleh bebenang yang halus. Granulosit termasuk neutrophils, eosinophils and basophils.

1.Neutrophils adalah sel darah putih yang paling banyak. Mempunyai nucleus yang becuping dan granul yang halus yang bereaksi kepada asid dan bes. Neutrophils adalah phagocyte yang avid mencernakan bacteria dan kulat (fungi)2.Eosinophils mempunyai nukleus biru-merah dan granul sitoplasma merah bata. Bilangannya meningkat mendadak apabila berlakunya jangkitan dan allergic oleh cacing parasit (cacing pita) dan sebagainya.3.Basophils sel darah putih paling jarang, mengandungi granul histamine yang berwarna biru gelap. Histamine adalah sejenis bahan kimia yang merengsa (imflammatory) dan membuatkan salur darah tiris, sehingga menarik sel darah putih yang lain ke tempat itu.

Kumpulan yang kedua sel darah putih adalah agranulocytes, tiada granul sitoplasma. Nuclear mereka seperti normal berbentuk bulat.

1.Limphosit (lymphocytes) mempunyai nucleus biru yang gelap dan memenuhi keseluruhan sel. Sel ini besar sedikit daripada sel darah merah, limphosit cenderung untuk berada di dalam tisu limfa, dimana ia memainkan peranan yang penting didalam sistem immune. Merupakan sel kedua terbanyak didalam sel darah.

2.Monosite adalah sel darah putih yang terbesar. Ia mempunyai nucleus berbentuk buah pinggang, mereka mengumpulkan limphosit yang besar. Bila mereka berhijrah ke dalam tisu, mereka bertukar kepada macrophage yang mempunyai selera yang besar

Platelets

Platlet adalah bukan sel. Ia adalah pecahan dari multinucleate cells yang dipanggil megakaryocytes. Platelets kelihatan seperti kotoran yang gelap, berbentuk tidak tetap dan bertaburan dikalangan sel darah. Platelet penting dalam proses pembekuan darah apabila salur darah pecah.

Hematopoisis

Hematopoisis adalah proses pembentukan sel darah, berlaku didalam sum sum tulang atau myeloid tissue. Di kalangan orang dewasa, tissue ini ditemui dengan mudah didalam tulang rata pada tengkorak dan pelvis, tulang rusuk, sternum dan proximal apiphyses pada humerus dan femursetiap hari, sum sum mengeluarkan satu auns darah baru yang mengandungi seratus billion sel sehari.

Pembentukan sel darah merah

Kerana mereka anucleate, sel darah merah tidak dapat menghasilkan protein. Membesar dan membahagi. Umur mereka sekitar 100-120 hari sebelum disingkirkan oleh fagosit dalam limpa, hati dan tisu tubuh yang lain.

Sel darah yang hilang sentiasa diganti oleh pembahagian hemocytoblast dalam sum sum tulang. Perkembangan sel darah merah membahagi banyak kali dan mula menghasilkan banyak haemoglobin.

Selepas 2 hari dilepaskan dalam salur darah, reticulocytes telah membuang semua ER yang masih tinggal dan berfungsi dengan sepenuhnya. Proses keseluruhan sel darah merah untuk menjadi matang mengambil masa 3 5 hari

Kadar penghasilan sel darah merah dikawal oleh hormone yang dikenali sebagai erythropoietin. Perlu diingat, factor utama penghasilan oksigen didalam badan adalah dikawal oleh permintaan oksigen keseluruh badan.

Pembentukan sel darah putih

Seperti sel darah merah, pembentukan leukosit dan platelet di rangsang oleh hormone. Colony stimulating factor (CFSs) dan interleukins tidak hanya merangsang sum sum tulang merangsang sel darah putih, tetapi memperkuatkan sel darah putih dengan serangan dengan menambahbaik sel darah putih untuk mempertahankan tubuh.

Hormone thrombopoietin mempercepatkan penghasilan platelet tetapi hanya sedikit yang diketahui mengenai proses penghasilannya. Apabila sum sum tulang bermasalah atau berpenyakit seperti aplastic anaemia atau leukemia, jarum khas diguna untuk mengeluarkan sample sum sum tulang dari ilium hingga ke permukaan tubuh.

Homeostasis

Homeostasis melibatkan 3 fasa utama iaitu vascular spasms, platelet plug formation dan pembekuan. Kehilangan darah dihalang oleh gentian tisu yang tumbuh dikawasan luka dan menutup lubang salur darah

1.Vascular spasms occur (kekejangan vascular). Tindakan segera pada salur darah dengan mengecut yang menyebabkan salur darah kejang. Kekejangan mengecilkan salur darah, mengurangkan darah yang hilang sehingga pembekuan berlaku.

2.Platelet plug forms (sumbatan platelet). Platelet bertindak dengan melekat pada tapak luka dan bergabung antara satu sama lain untuk menutup tapak luka. Platelet yang telah melekat melepaskan bahan kimia yang meningkatkan kekejangan salur darah dan menarik banyak lebih banyak platlet ke salur darah.

3.Coagulation (pembekuan). Pada masa yang sama, tisu yang tercedera melepaskan tissue factor (TF), bahan yang memainkan peranan penting semasa pembekuan. Prothrombin activator menukarkan prothrombin kepada thrombin, iaitu sejenis enzyme. Thrombin akan bergabung dengan fibrinogen untuk membentuk fibrin, yang membentuk jalinan untuk membentuk sel darah merah.

Biasanya darah akan membeku dalam tempoh masa 3-6 mini. Apabila factor pembekuan telah bermula, factor pencetus akan ternyah dengan mendadak untuk mengelakkan pembekuan merebak ke tempat lain.

Kumpulan darah manusia

Walaupun pemindahan darah mampu menyelamatkan nyawa, namun jika pemindahan yang salah akan mengundang padah. Ini kerana setiap orang mempunyai jenis darah yang berbeza beza .

Jika terdapat darah yang tidak sesuai dengan badan, antigen akan merangsang sistem pertahanan badan untuk melepaskan antibody. Antigen akan menganggap darah yang tidak sesuai itu seperti virus atau bacteria yang menceroboh badan lalu memusnahkannya.

Terdapat empat kumpulan darah utama: A, B, AB dan O. Kumpulan-kumpulan ini berbeza daripada kehadiran atau ketiadaan dua faktor iaitu A dan B pada sel darah merah dan ketiadaan atau kehadiran dua faktor anti A dan anti B pada serum. Jadual di bawah menunjukkan faktor yang terdapat dalam setiap kumpulan darah dan kumpulan yang boleh dicampurkan tanpa menyebabkan penggumpalan atau aglutinasi

Jika contoh darah dan serum daripada dua orang dicampurkan, sel darah boleh bergumpal, maka jika seorang daripada mereka mendermakan darah kepada seorang yang lain, reaksi yang serupa (penggumpalan atauaglutinasi) akan berlaku pada sistem darah penerima. Ini boleh membawa kesan yang buruk atau kematian. Oleh sebab itu sebelum melakukan pemindahan darah, doktor perlu melakukan ujian darah untuk menentukan kumpulan darah pesakit dan penderma. Jika percampuran darah penderma dan penerima tidak bergumpal, maka kedua-dua darah ini dalah serasi.

Setiap individu boleh menderma atau menerima darah tanpa mengira agama, bangsa, umur atau jantina, asalkan kumpulan darahnya serasi. Oleh itu, orang yang mempunyai kumpulan darah O boleh menderma darahnya kepada sesiapa sahaja kerana sel darah merahnya tidak mengandungi sama ada faktor A atau B. Orang ini dipanggilpenderma universal.

Namun, mereka yang mempunyai kumpulan darah jenis ini tidak boleh menerima darah daripada penderma lain kecuali yang berkumpulan darah O sahaja kerana serumnya mengandungi kedua-dua anti A dan B.

Sebaliknya, jika kumpulan darah sesorang itu adalah AB, ia boleh menerima darah daripada sesiapa juga penderma, tetapi ia hanya boleh menderma darahnya hanya kepada orang yang mempunyai kumpulan AB sahaja. Kumpulan ini disebut sebagaipenerima universal

Selain faktor A dan B, terdapat juga kumpulan darah lain yang kurang penting dalam bidang kesihatan, kecuali faktorrheus(faktor Rh) yang mesti diambil kira apabila pemindahan darah hendak dilakukan. Lebih kurang 85% manusia yang darahnya mengandungi faktor rheus dikenali sebagai rheus positif (Rh+) dan yang bakinya adalah rheus negatif (Rh-). Faktor rheus boleh menyebabkan komplikasi sewaktu kehamilan jika ibu mempunyai Rh negatif manakala anaknya mewarisi rheus positif daripada bapa. Keadaan tidak serasi ini merupakan punca utama rawatan pemindahan darah perlu dilakukan ke atas anak yang baru dilahirkan.

Sistem kardiovaskular

Sistem kardiovaskular atau dikenali sebagai sistem peredaran darah, terdiri daripadajantung, sistem sistemik (badan) dan sistem pulmonari (paru-paru), dan kemudian bersambung dengan jaringan arteri dan vena. Sistem ini penting kerana ia bertindak memastikan peredaran darah berlaku yang mana penting untuk hidup.Jantungmerupakan enjin utama dalam sistem ini, mengepam darah ke seluruh anggota badan dan tisu-tisu badan. Pada keadaan ini,darah membekalkan badan dengan gas oksigen, nutriendan sebarang bahan yang penting, dan kemudian menyingkirkanbahan akhir hasil metabolisma dan juga gas karbon dioksida.

Jantung

Lokasi dan saiz

Jantung merupakan otot berongga yangsaiznya lebih kurang genggaman tangan tuannyadan beratnya lebih kurang 300g.Jantung mempunyai bentuk kon pada satu bahagian. Jantung terletak pada kawasan tengah toraks, yang mana ia dikelilingi hampir sepenuhnya oleh paru-paru. Dua pertiga jantung berada pada bahagian kiri dada dan satu pertiga berada pada bahagian kanan dada.Dinding jantung terdiri daripadatiga lapisan; lapisan paling luar dipanggilperikardium, lapisan tengahmiokardiumdan lapisan paling dalam ialahendokardium.

Septum membahagikan jantung kepada bahagian kanan dan kiri jantung. Setiap bahagian dibahagikan kepadaatrium(atau aurikel) danventrikel(atau ruang) di bahagian bawahnya.Jantung dibekalkan dengan sistem vaskularnya sendiri, iaituarteri koronari, yang dibahagikan kepada dua cabang, iaitu kiri dan kanan arteri koronari.Jantung mengecut sebanyak70 kali dalam satu minit. Jantung mengangkut sebanyak 7500 liter darah satu hari, tanpa henti.

Pergerakan otot jantung dikawal oleh satu gentian otot kardiak yang khusus dannodus sinus,iaitu sekumpulan sel-sel saraf yang berada pada bahagian dalam dinding atrium, yang saiznya sebesar kepala pin, yang mengawal degupan jantung. Ia juga dikenali sebagaiperentak.Peningkatan dan pengurangan ritma direncanakan oleh nodus sinus yang dicetuskan oleh saraf kardiak.

Meliputi dan dinding

Selaput yang membungkus jantung disebut pericardium dimana terdiri antara lapisan fibrosa dan serosa, dalam cavum pericardii berisi 50 cc yang berfungsi sebagai pelumas agar tidak ada gesekan antara pericardium dan epicardium. Epicardium adalah lapisan paling luar dari jantung, lapisan berikutnya adalah lapisan miokardium dimana lapisan ini adalah lapisan yang paling tebal. Lapisan terakhir adalah lapisan endocardium.

Bilik dan saluran

Ada 4 ruangan dalam jantung dimana dua dari ruang itu disebut atrium dan sisanya adalah ventrikel.

Diantara atrium kanan dan ventrikel kana nada katup yang memisahkan keduanya yaitu katup tricuspid, sedangkan pada atrium kiri dan ventrikel kiri juga mempunyai katup yang disebut dengan katup mitral. Kedua katup ini berfungsi sebagai pembatas yang dapat terbuka dan tertutup pada saat darah masuk dari atrium ke ventrikel.

Ventikal memainkan peranan yang paling utama dalam mengepam darah ke dalam sistem peredaran. Ventrikel kiri dilengkapi dengan otot yang lebih banyak berbanding ventrikel kanan. Ventrikel kiri perlu beroperasi dalam keadaan tekanan yang lebih tinggi berbanding ventrikel kanan.Ventrikel kiri mengepam darah ke dalam peredaran sistemik (badan) yang mana jarak yang perlu dilalui adalah lebih jauh berbanding jarak yang perlu dilalui oleh darah yang dipam oleh ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah ke dalam peredaran pulmonari.Ventrikel mempunyai dalam 2 fasa keadaan iaitu keadaan di mana ventrikelrehat (diastol);boleh menerima darah daripada atrium dan keadaan ventrikelmengecut (sistol);menolak darah ke dalam arteri yang besar dalam sistem peredaran sistemik dan pulmonari.

Atrium,Bertindak sebagai tempat pengumpulan bagi darah yang dibawa masuk semula ke dalam jantung oleh vena.Otot dinding atrium lebih nipis berbanding otot ventrikel.Darah yang mengalir dariatrium kananke dalamventrikel kanandikawal olehinjap trikuspidsementara darah yang mengalir dariatrium kirike dalamventrikel kiridikawal olehinjap mitral.Dariventrikel kanan, darah mengalir ke dalamarteri pulmonaritanpa berlaku aliran ke belakang kerana kehadiraninjap pulmonari.Dariventrikel kiri,darah mengalir melaluiinjap aortake dalamaorta.

Rentasan anatomi jantung

Sistem Peredaran Darah1.Peredaran Pulmonary (Pulmonary Circulation)

Paru paru merupakan satu-satunya organ yang terlibat dalam peredaran pulmonari.Darah yang mengandungi kurang oksigen tetapi banyak gas karbon dioksida mengalir ke dalamarteri pulmonarike dalam paru paru, kemudian darah yang mengandungi banyak oksigen mengalir semula ke dalam jantung melaluivena pulmonari.Peredaran pulmonari bermula dari dalam artrium kanan.Kemudian mengalir ke dalam ventrikel. Darah kemudian dipam ke dalamarteri pulmonari dan kemudian ke dalam kapilari pulmonari(di dalam paru paru). Ini merupakan bahagian di mana berlakupertukaran gas respirasi.Darah akanmenyingkirkan karbon dioksida dan dibekalkan dengan oksigen.Darah ini kemudian kembali semula ke dalamatrium kiri melalui vena pulmonari

2. Sistem Peredaran Sistemik

Peredaran sistemikbermula di dalamatrium kiri. Kemudian darah akan dipamkan olehventrikel kiri ke dalam aortauntuk diagihkan darah yang mengandungibanyak oksigenkepadasemua bahagian badan.

Injap

Terdapat dua jenis injap,injap atrium-ventrikel (AI) dan injap semilunar (SI). Injap atrium-ventrikelterletak di antara atrium dan ventrikeldan mengelak aliran semula darah dari ventrikel ke dalam atrium. Terdapat dua injap atrium-ventrikel,injap trikuspidyang terletak padasebelah kananjatung daninjap mitralterletak padasebelah kirijantung.

Injap semilunar terletak di lokasi di mana darah akan meninggalkan ventrikel, mengelak aliran semula darah ke dalam jantung. Injap di antara ventrikel dan arteri pulmonari padasebelah kananjantung dipanggilinjap pulmonaridan injap di antara ventrikel dan aorta padasebelah kirijantung dipanggilinjap aorta.Injap-injap jantung:Atrium dan ventrikel dipisahkan oleh bahagian yang membentuk injap injap jantung. injap-injap ini akan mengemudi aliran darah diantara ruang-ruang jantung. Injap ini membenarkan aliran sehala dengan menyalurkan darah ke dalam yang seterusnya dan menghalang aliran balik.

Di bahagian kanan jantung, darah mengalir melalui injap trikuspid yang terletak di antara atrium kanan dan ventrikel kanan. injap ini mempunyai tiga dedaun atau kelopak. di sebelah kiri jantung pula, darah mengalir di antara atrium kiri dan ventrikel kiri melalui injap mitral. injap mitral juga dikenali sebagai injap bikuspid kerana ia mempunyai dua dedaun atau kelopak.Bagi membolehkan darah mengalir dari ruang atas ke dalam ruang bawah, injap-injap tadi mestilah terbuka. injap-injap ini dikawal oleh perubahan tekanan darah di dalam setiap ruang tadi.

Injap juga terdapat di antara ventrikel dan saluran darah yang menyalurkan darah keluar daripada jantung. Darah akan mengalir melalui injap pulmonari yang memisahkan ventrikel kanan dengan artei pulmonari. Manakala di sebelah kiri pula darah mengalir daripada ventrikel kiri ke dalam aorta melalui injap aorta.

Kitaran kardiaksetiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai "kitar kardiak". Ia terbahagi kepada tiga bahagian: "sistol atrium" (atrial systole), "sistol ventrikel" (ventricular systole) dan "diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac diastole). Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit.Bunyi jantungyang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua).

Aturan kitar kardiak

Otot kardiak adalah myogenik. Ini bererti bahawa berbeza denganotot rangkayang memerlukan rangsangan (sama ada sedar atau reflex), rangsangan otot jantung adalah secara automatik. Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam.

Irama pengecutan diselaraskan olehnode sinoatrialdannode atrioventrikular. Node sinoatrial, sering dikenali sebagaiperentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium. Apabila impuls ini tiba di node atrioventrikular yang terletak di dinding antara ruang ventrikel, ia akan dilambatkan sedikit. Ini bertujuan memastikan atrium telah mengecut sepenuhnya. Selepas itu, impuls ini dialirkan melaluiberkas His(bundle of His) di dalam septum dan dialirkan ke dalam dinding-dinding ventrikel. Impuls ini menyebabkan pengecutan ventrikel berlaku.

Jantung mampu terus berdegup walaupun setelah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup. Perkara ini terus menakjubkan manusia sepanjang zaman. Malah kaum Aztec yang tinggal di Amerika Selatan telah begitu kagum dengan keupayaan jantung berdegup di luar tubuh ini, sehinggakan mereka mengamalkan pengorbanan manusia dengan meragut keluar jantung dari mangsa pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan kepada dewa matahari.

Bunyi jantung

Bunyi-bunyi jantung adalah bunyi yang dihasilkan oleh dengupan jantung dan aliranpaduan darah melalui jantung. Ini merupakan juga dipanggil denyutan jantung. Dalamdunia perubatan, kajian pendengaran adalah dengan menggunakan satu stetoskopuntuk didengari menggunakan telinga, yang menyediakan maklumat penting tentangkeadaan jantung.

Dalam orang dewasa sihat, terdapat dua bunyi jantung lumrah sering kali digambarkansebagai satu lub dan satu lagi disebut dub (atau dup), yang terdapat dalam urutandengan setiap denyutan jantung. Ini adalah bunyi jantung yang pertama (S1) dan bunyi jantung kedua (S2), dihasilkan oleh penutup bagi injap-injap AV dan separuh bulaninjap-injap masing-masing. Seperkara lagi untuk bunyi normal, satu kepelbagaianbunyi-bunyi lain boleh jadi terjadi dan menghasilkan bunyiS3 dan S4.

Dengupan jantung dihasilkan oleh aliran darah, yang mungkin berlaku dalam atau luarjantung. Menderu mungkin fisiologi (biasa) atau patologi (luar biasa). Bunyi luar biasaboleh disebabkan olehstenosisyang menyekat aliran satu injap jantung,mengakibatkan dalam kegeloraan sebagai darah mengalir melalui ia. Degupan luarbiasa mungkin juga berlaku dengan seperti injap tersumbat, yang membenarkanketerbalikan darah apabila injap tidak dapat ditutup dengan hanya keberkesanansepara. Degupan berbeza adalah dapat didengar di bahagian-bahagian berbeza kitarkardium, bergantung pada punca degupan.

Nada degupan pertama, atau S1, bentuk-bentuk lubb dub dan berubah di bahagian-bahagian M1 dan T1. Ia adalah disebabkan oleh saluran aliran darah tiba-tiba terbalikakibat penutupan atrioventrikel injap-injap, mitra dan trikuspid, di awal penguncupanventrikel, atausystole. Apabila ventrikel itu mula menguncup, perlakuan pergerakan papillaryotot-otot berlaku dalam setiap ventrikel

Denyutan Jantung

Jantung mempunyai sistem arus elektrik yang meransang jantung untuk menguncup atau berdenyut. Setiap denyutan bermula dengan ransangan elektrik yang berasal dari bahagian khas di dalam atrium kanan yang dipanggil odus sinoatrial ataupun nodus SA.

Nodus SA ini merupakan pencetus atau suis semulajadi jantung. Ia menerima maklumat daripada otak dan pusat-pusat kawalan lain di dalam sistem saraf yang mengarahkannya menyesuaikan kadar denyutan jantung yang optima bergantung keppada keperluan badan manusia. Setelah ransangan tadi dihasilkan oleh nodus SA ia akan mengalir kepada atrium-atrium yang menyebabkan mereka menguncup dan mengepam darah masuk ke dalam ventrikel di bawah.

Ransangan elektrik ini kemudiannya mengalir ke satu kumpulan sel khusus yang dikenali sebagai nodus atrioventrikular atau nodus AV. Dari sini ransangan tadi akan mengalir laju keseluruh bahagian jantung melalui rangkaian His, cabang kiri dan kanan [kesemuanya adalah sistem aliran rangsangan elektrik jantung]. Otot-otot jantung menguncup dan jantung berdenyut akibat daripada ransangan-ransangan ini. Selepas setiap denyutan, otot-otot jantung menguncup dan jantung berdebyut akibat daripada ransangan-ransangan tadi danianya berlaku teramat pantas.

Salur darah

Darah merupakansistem pengangkutan paling penting dalam badanuntuk membekalkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan kepada semua bahagian sel badan.Sistem peredaran ini berfungsi baik dengan adanya jantung yang sebagai pam bertindak menyedut dan mempunyai tekanan, memaksa darah bergerak ke dalam arteri yang lebih besar iaitu ke dalam sistem peredaran sistemik, pada masa yang sama darah mengalir dari vena besar ke dalam atrium.

Arteriialah salurdarah yang mengangkut darah keluar dari jantung. Arteri akan bercabang menjadiarterioldan membahagi kepadakapilari. Salur darah yang kecil ini ditemui di semua tisu.Berlaku pertukaran bahan bahan dengan sel-sel. Bahan-bahan nutrien dibekalkan kepada sel-sel dan hasil-hasil akhir metabolik akan disingkirkan ke dalam kapilari.salur darah ini akan meningkat dari segi saiz menjadivenul, yang akan bercantum dan menjadivena yang lebih besar. Vena yang besar akan mengangkut darah kembali ke jantung.

Jantung mengepam darah keluar terus melalui satu arteri utama dipanggil dorsal aorta.Arteri utama kemudian terbahagi dan bercabang kepada banyak arteri yang lebih kecilsupaya setiap bahagian tubuh kita dibekalkan dengan bekalan oksigen yang baru.Saluran Arteri, keras pada luar dan lembut pada bahagian dalam. Satu arteri sebenarnyamempunyai tiga lapisan: satu lapisan tisu luar, satu bahagian tengah berotot, dan satulapisan dalam sel-sel epitelium. Otot tengah merupakan anjal dan sangat kuat. Lapisandalam tersebut sangat licin supaya darah dapat mengalir dengan mudah dengan tiadahalangan-halangan dalam laluannya