laporan perkhemahan big

18
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BINA INSAN GURU ( BIG) TAHUN 2012 KOHOT 1 AMBILAN JUN 2012 1.0 PENDAHULUAN Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan. Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara. Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi.. Sehubungan itu, dengan kehendak Kemeterian Pelajajaran Malaysia di bawah Pengambilan Guru melalui Institut Pendidikan Guru telah menetapkan supaya guru PPG menjalankan Program Bina Insan Guru(BIG) yang berkonsepkan perkhemahan atau kegiatan luar sama. a . Program ini melibatkan semua pelajar kursus Program pensiswazahan Guru Institut Pendidikan Malaysia. Program ini direlisasikan melalui pakej aktiviti perkhemahan yang dijalankan disekolah. Berkhemah merupakan satu aktiviti yang melibatkan kegiatan mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara untuk tujuan berteduh dan bermalam. Asasnya khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang

Upload: chun-lee-tan

Post on 14-Aug-2015

300 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

TIADA

TRANSCRIPT

Page 1: laporan perkhemahan BIG

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BINA INSAN GURU ( BIG) TAHUN 2012

KOHOT 1 AMBILAN JUN 2012

1.0 PENDAHULUAN

Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan

menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan

Negara pada masa hadapan. Sememangnya guru memainkan peranan penting

dalam sistem pendidikan negara. Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru

akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina

masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi.. Sehubungan itu,

dengan kehendak Kemeterian Pelajajaran Malaysia di bawah Pengambilan Guru

melalui Institut Pendidikan Guru telah menetapkan supaya guru PPG

menjalankan Program Bina Insan Guru(BIG) yang berkonsepkan perkhemahan

atau kegiatan luar sama. a . Program ini melibatkan semua pelajar kursus

Program pensiswazahan Guru Institut Pendidikan Malaysia. Program ini

direlisasikan melalui pakej aktiviti perkhemahan yang dijalankan disekolah.

Berkhemah merupakan satu aktiviti yang melibatkan kegiatan mendirikan

khemah untuk tempat kediaman sementara untuk tujuan berteduh dan

bermalam. Asasnya khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang

ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Kebanyakkan khemah pada

masa kini diperbuat daripada nilon kerana ia ringan dan sesuai dengan suasana

perkhemahan dan boleh dibawa ke sana ke mari. Ia tidak seperti kain tebal atau

kain layar. Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah

merupakan kegiatan yang sangat menyeronokkan. Semasa menjalankan aktiviti

peserta perkhemahan dapat hidup dalam suasana semula jadi dan dapat

berinteraksi dengan alam sekeliling Selain itu peserta dapat memperoleh

pangalaman yang luas berkenaaan dengan kehidupan yang lebih bermakna dan

membentuk diri kearah kehidupan yang lebih berdikari . Para peserta

perkhemahan dan guru pelatih yang terlibat akan berpeluang untuk membina

Page 2: laporan perkhemahan BIG

pengetahuan baru dan membentuk Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsia

yang lebih mantap

Program Bina Insan Guru (BIG) memerlukan perancangan yang teliti.

Sebelum program dilaksanakan kami telah diberi taklimat secara teori dan

praktikal selama 5 jam yang dijalankan di Intitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

pada16 September 2012. Sesi pertama adalah taklimat tentang program BIG

yang perlu dilaksanakan iaitu program perkhemahan yang dijalankan di

sekolah ,pendedahan tentang perkhemahan pembimbing termasuklah prosedur

tetap sebelum perkhemhan seperiti peraturan perlaksanaan perkhemahan.

Prosedur tetap semasa perkhemahan pula seperti memastikan kesihatan para

peserta, memastikan jadual perkhemahan dilaksanakan dan dipatuhi,

mengadakan mesyuarat penyelarasan dan sebagainya. Prosedur tetap selepas

perkhemahan juga ditaklimatkan seperti memastikan keperluan logistik atau

peralatan perkhemahan mencukupi, memastikan kawasan perkhemahan berada

dalam keadaan bersih, membentang dan membuat laporan dan sebagainya.

Peraturan –peraturan keselamatan

2.0 OBJEKTIF

Objektif Program Bina Insan Guru (BIG)

Pelbagai tujuan program ini diadakan, antaranya untuk memberikan

pendedahan,peluang, dan pengalaman berkaitan aktiviti pendidikan luar. Tujuan

utama Program BIG ini adalah untuk membolehkan bakal guru menguasai sesuatu

kemahiran atau beberapa kemahiran dalam melaksamnakan program ini sebelum

perkhemahan dijalankan , semasa perkhemahan dijalankan dan selepas aktiviti

perkhemahan.

2.1 Melahirkan guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan keyakinan yang

tinggi.

Page 3: laporan perkhemahan BIG

Guru menunjukkan sikap prihatin kepada murid, mejalankan tugas dengan

sempurna , menepati masa, sentiasa melibatkan diri dengan semua aktiviti

yang dijalankan, mesra dengan para peserta , rajin membantu ,bersemangat

dan sentiasa menunjukkan keyakinan apabila bercakap , memberi

penerangan kepada murid dan berani membuat keputusan.

2.2 Dapat memprkasakan ilmu

Ilmu yang ada dalam diri setiap guru dapat dipersmbahkan kepada murid-

murid . Termasuklah kemahiran , daya intelek, nilai dan akhlak keguruan.guru

mempraktikkan apa yang telah ditaklimatkan dan apa yang telah dipelajari.

2.3Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan

dan keperluan persekitaran yang berbeza, akan dapat melatih guru

menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif.

2.4 Membentuk diri supaya menjadi seorang guru yang lebih fleksibel atau dapat

menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan.

2.5Menilai kesesuaian ciri personality kendiri dan kerjaya keguruan serta

membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

2.6Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,

kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

2.7 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah sebelum, semasa dan selepas program

perkhemahan dijalankan.

3.0 KERTAS KERJA ( Rujuk Lampiran 1)

4.0 TENTATIF / BUKU PROGRAM ( Rujuk Lampiran 2)

Page 4: laporan perkhemahan BIG

5.0

1.0 SEBELUM PERKHEMAHAN

Mesyuarat Jawatankuasa Induk

Tarikh: 13 September 2012

Masa : 1:40 – 2:30 petang

Masukkan gambar…kak x boleh send dgn gambar ..sbb berat..lambat nak upload…

L KEPADA PESERTA PERKHEMAHAN

LATIHAN

2.0 SEMASA HARI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

HARI PERTAMA = Jumaat - 5 Oktober 2012

DOKUMENTASI BERGAMBAR

Page 5: laporan perkhemahan BIG

PENDAFTARAN PESERTA PERKHEMAHAN:

MASA: 2.30 PETANG

PENGUMPULAN BAHAN ASAS MASAKAN

TAKLIMAT PERKHEMAHAN OLEH KEM KOMANDAN

Masa: 3:45 petang

PENYERAHAN KHEMAH KEPADA PESERTA Masa: 4:00 petang

MENDIRIKAN KHEMAH

MINUM PETANG Masa: 4:45 petang

SOLAT ASAR /MAGHRIB= USRAHMasa: 5.: 00 petang

PERTANDINGAN MENDIRIKAN KHEMAH

Page 6: laporan perkhemahan BIG

Masa: 5:30 petang

MAKAN MALAM:

MASA: 6:45 petang

MOTIVASI

HARI KEDUA – 6 OKTOBER 2012 (SABTU)

SOLAT SUBUH DAN KULIAH SUBUH

MASA : 5:30 PAGI

SENAMROBIK

MASA : 7:00 PAGI

Kawat kaki

MASA : 8:00 PAGI

SUKANEKA

MASA : 9:00 PAGI

PERTANDINGAN MEMASAK

Page 7: laporan perkhemahan BIG

LATIHAN DALAM KUMPULAN

LARIAN KOMANDA

MALAM PERSEMBAHAN

KEMBARA

gOTONG- ROYONG

3.0 REFLEKSI

i

HARI PERKHEMAHAN TARIKH : 5 OKTOBER 2012 hingga 7 OKTOBER 2012

Aktiviti perkhemahan bermula dengan pendaftaran peserta yang terdiri daripada

150 orang yang terdiri daripada 5 unit beruniform iaitu pengakap, tunas Puteri,

Tunas KRS, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pertubuhan Puteri Islam.Program

berlansung selama 3 hari2 malam bermula pada 5 Oktober 2012, jam 2.30 petang

dan berakhir pada 7 oktober 2012 jam 12 tengahari.terdapat beberapa kekuatan ,

kelemahan , peluang halangan sebelum, semasa program dijalankan

.Selain kekuatan hasil pendedahan dan taklimat yang disampaikan kepada kami

terdapat terdapat juga beberapa kekuatan yang lain dalam menjalankan program

BIG ini. Diantara kekuatan yang saya hadapi sebelum program perkhemahan

dijalankan adalah pada peringkat merancang aktiviti. Saya bersyukur kerana saya

Page 8: laporan perkhemahan BIG

telah mempunyai pengalaman dalam menyediakan maklumat untuk bermesyuarat

seperti menyediakan surat panggilan /memo dalaman untuk mengadakan

mesyuarat. Saya juga bernasib baik kerana mempunyai rakan sejawatan yang

mempunyai pengalaman yang luas dalam aktiviti perkhemahan iaitu Cikgu Musa bin

Jelani. Beliau sering terlibat dengan Peringkat Negeri dan beliau sangat mahir

dalam penyediaan surat menyurrat dan pengendalian sebelum dan semasa

perkhemahan dijalankan. Dengan bantuan beliau juga, pertama kalinya pihak

sekolah mendapat pijaman sebaanyak 30 buahn khemah daripada Pusat Ko Daerah

Selain itu bilangan guru yang ramai di sekolah saya juga merupakan kekuatan yang

ada. Tugas dapat diagihkan dengan mudah. Pengendalian setiap aktiviti dapat

dijalankan dengan lancar. Disiplin peserta juga turut terkawal.

Kekuatan lain adalah, guru-guru di sekolah saya adalah sangat komited apabila

diberi tugasan. Senarai nama peserta , peraturan pertandingan dapat diberi kepada

saya mengikut masa yang ditentukan. Taklimat awal kepada para peserta dapat

dijalankan Sebagai setiausaha kerja saya menjadi lebih mudah dengan kerjasama

yang diberikan oleh mereka. Saya juga bersyukur kerana pihak pentadbir sekolah

terutama Guru Besar sentiasa memberikan kerjasama dan memberikan pandangan

yang bernas agar aktiviti perkhemahan yang dikendalikan oleh saya dan rakan-

rakan menjadi lebih baik dan sempurna.

MENDIRIKAN KHEMAH

TARIKH : 05 OKTOBER 2012

MASA : 3:30 PETANG

Semasa berlangsungnya Program Perkhemahan Unit beruniform , terdapat

beberapa kekuatan. Murid mendaftar mengikut masa yanag ditetapkan. Guru-guru

yang bertugas dengan komited. Agihan Khemah kepada para peserta juga dapat

dilakukan dengan sempurna dan mudah. Ini kerana saya telah pun menyiapkan

senarai nama kumpulan , pembahagian kumpulan telah peserta ketahui lebih awal

lagi semasa taklimat kali pertama lagi. Semasa mendirikan Khemah, murid-murid

dengan bantuan guru-guru tlah dapat mendirikan khemah mereka masing-masing.

Page 9: laporan perkhemahan BIG

Bilangan guru yang agak ramai di sekolah saya memberikan kelebihan kepada kami

dalam membantu para peserta. Murid telaha dapat mempelajari cara-cara

memasang Khemah. Mereka sangat teruja dan masing-masing menunjukkan sikap

bekerjasama. Keseluruhan Khemah sebanyak 30 buat hkemah telah dapat didirikan

dengan sempurna dengan pantas.

MEMASAK

Masa:11-12:30 tengahari

Menyediakan cucur udang

Menyediakan menu

Menyediakan air the “o”

KKELEBIHAN

Kelebihan yang ada terdapatnya 20 dapur gas untuk memsak. Ini dapat memberi

kemudahan kepada peserta memasak menggunakan dapur memasak tersebut.

Ruang tempat memasak juga agak luas .Terdapat sumber air mudah untuk peserta

membasuh alatan memasak. Pengendalian yang dijalankan oleh ketua

Jawatankuasa berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan.

.

KELEMAHAN

Aktiviti memasak yang dijalankan kurang memahirkan murid dalam memasak cara

hudup di rimba, seperti menghidupkan api menggunakan kayu api.

CADANGAN

Aktiviti memasak dijalankan secara rimba. Seperti memasak menggunakan

Page 10: laporan perkhemahan BIG

LATIHAN DALAM KUMPULAN(LDK)

Masa: 3:00 -5;00 petang

Penceramah : Puan Munirah binti Ahmad Jaki

(kaunselor SK Matang Gerdu/pengakap)

• Aktiviti suai kenal.

• Buat sorakan kumpulan.

• Buat misi dan visi kumpulam.

• mengenal pelbagai jenis bahan untuk masakan

Pertandingan mengenal pasti jenis-jenis bahan untuk masakan.

• Perkongsian Pengalaman daripada Puan Norihan bt Aesad dan Puan Noor Anita

bt Mohamad Zain tentng perkhemahan di dalam hutan)

REFLEKSI

Permulaan sesuatu Program pastinya didahulukan dengan ‘Ice Breaking’. Biasanya

inilah tugas saya sewaktu mengendalikan Seminar Motivasi atau Perkhemahan. Kali

ini saya menjadi fasilitaor dan membantu kumpulan-kumpulan saya mengenal pasti

bahan-bahan untuk masakan. Alangkan lucunya apabila ramai di kalangan peserta

tidajk mengenal serbuk kunyit,kari ,belacan dan sebagainya. Disini saya telah

membantu murid-murid bagaimana mengenal bahan-bahan tersebut. Selain

daripada melihat sifat fizikal bahan tersebut, cara menghidu dan merasa dengan jari

juga merupakan satu kaedah untuk mengenal bahan tersebut. Kekuatan yang ada

pada aktiviti ini adalah pengalaman saya sendiri yang merupakan seorang suri

rumah dan mempunyai hobi memasak dapat membantu saya membimbing para

peserta . s yang menjalankan aktiviti ini. Seronok juga sekali – sekala kita menjadi

peserta dan orang lain yang melaksanakan tugasan fasilitator.

Tahniah kepada Puan Noor Anita Mohd Zain kerana Berjaya menjalankan tugas

dengan cemerlang sebagai fasilitator untuk slot Ice Breaking ini.

KELEMAHAN

Page 11: laporan perkhemahan BIG

Di anatara kelemahan yang ada semasa aktiviti dijalankan adalah dari segi

disiplin murid yang terlalu agrasif terutama dalam mengambil bahan-bahan untuk

ahli kumpulan mereka. Mereka berebut-rebut dan mengakibatkan bahan-bahan

berterabur. Selain itu, bahan keperluan masakan yang disediakan juga tidak

memenuhi kesemua bahan yang sepatutnya. Murid tidak dapat mencatatkan setiap

bahan yang mereka ketahui.

CADANGAN

Peraturan mengambil bahan keperluan masakan perlu saya tegaskan kepada

murid-murid, serta memberi syarat akan mendenda kumpulan yang tidak mengikut

peraturan. Bahan keperluan masakan perlu disediakan dengan lebih banyak dari

pelbagai jenis bahan masakan dan menunjukkan kepada para peserta alat-alatan

memasak serta fungsi alatan tersebut. Aktiviti ini boleh juga dijalankan dalam bentuk

pertandingan agar aktiviti menjadi lebih menarik lagi.

USRAH dan MOTIVASI

1930—2100

Penceramah Usrah dan Qiamulllail : Ustaz Mohd Redhaudddin bin Hamzah

Tajuk :

Penceramah Motivasi : Tuan Hj Jamaluddin bin Asaari

Tajuk:

MALAYSIA CERGAS

6:00-6:450 pg ( hari pertama dan hari kedua)

Instuktor: 1. Encik Mohd Fuad bin Ahmad

2. Encik ZulFadzli bin Roshashah

Page 12: laporan perkhemahan BIG

KELEBIHAN

Kelebihan yang ada pada aktiviti ini adalah instruktor yang merupaan salah

seorang guru di sekolah ini amat berpengalaman dalam mengendalikan senamrobik.

Jadi, saya tidak perlu mencari seseorang yang lain(orang luar) sebagai instructor.

Guru-guru lain juga bekerjasama dengan mengikut . Murid dan guru memakai

pakaian sukan yang lengkap. Terdapat sebuah pentas di dewan sekolah saya yang

dinamakan Dewan Cateleya yang memudahkan para peseta semua melihat setiap

gerakan yang dilakukkan oleh instuktor senamrobik. pentas Tahniah juga kepada

Ketua bahagian Siaraya yang diketuai oleh cikgu Mohd Fauzi Hamid kerana telah

menyediakan peralatan untuk senamrobik dengan lagu-lagu yang dipilih .Tidak

terdapat gangguan teknikal yang berlak. Semuanya berjalan dengan sangat meriah

dan menyeronokkan.

KELEMAHAN

Kelemahan adalah bilangan peserta yang terlalu ramai dan ruang agak terhad

menyebabkan murid tidak bebas bergerak.

CADANGAN

Menjalankan sesi senamrobik di kawasan yang lebih luas.

KEMBARA:

7:00 – 8:30 pagi

Penceramah : Pn Norihan bt Arsad

KEKUATAN

Saya sebagai penceramah dan ketua dalam aktiviti ini memberi taklimat dan

penerangan kepada para peserta apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa

menjalankan kembara.Saya juga mengajar dan menerangkan cara membaca

Page 13: laporan perkhemahan BIG

kompas.Alhamdulillah kerana terdapat jumlah kompas yang agak banyak di dalam

makmal sains yang saya boleh gunakan. Kelebihan semasa menjalankan aktiviti ini

adalah kerana ada kerjasama daripada rakan-rakan guru yang turut menjadi

fasilitator atau pembimbing kepada kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan.

Aktiviti ini juga telah dimaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu kerana ia

melibatkan laluan melintas jalan raya, oleh yang demikian saya tidak merasa takut

jika berlaku apa-apa yang tidak diingi kepada para peserta atau pun guru. Laluan

yang ditempuh juga terlebih dahulu telah di periksa oleh oleh ahlijawatankuasa

kembara. Mereka telah menanda arah laluan, ini lebih memudahkan laluan kami.

Guru-guru dapat membantu kumpulan masing-masing membaca kompas serta

memberi penerangan tentang daun-daun yang dikutip oleh murid. Murid melakukan

catatan.

KELEMAHAN

Kelemahan yang ada adalah seperti ada di kalangan guru-guru yang menjadi

fasilitator tidak mengetahui cara membaca kompas. Ini membuatkan saya terpaksa

memberi penerangan sekali lagi kepada kumpulan berkenaan. Laluan yang kami

lalui juga agak tidak mencabar. Laluan kami hanyalah di sekitar laluan kebun pisang

dan taman perumahan sahaja. Arahan secara bertulis tidak mencukupi.Murid

terpaksa berkongsi seramai 10 orang(1 kumpulan) untuk membaca maklumat

arahan kembara.

CADANGAN

Aktiviti Kembara ini dijalankan di hutan yang sebenar. Mengecilkan lagi jumlah

peserta dalam satu-satu kumpulan. Memberi peneragan kepada guru yang

mengetuai kumpulan masing-masing belajar cara membaca arah terlebih

dahulu.Menyediakan bahan cetakan cara membaca kompas kepada para peserta

dan guru.

Page 14: laporan perkhemahan BIG