kertas konsep perkhemahan big

26
Pelajar Program PPG Sekolah Kebangsaan Malim KM6 Jalan Malim 75250 MELAKA Guru Besar Sekolah Kebangsaan Malim KM6 Jalan Malim 75250 MELAKA Tuan, MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN KURSUS BINA INSAN GURU (BIG), PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN 2011 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa semua guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2011 adalah dikehendaki melaksana dan menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) sebagai memenuhi keperluan sebahagian daripada syarat lulus kursus Program PPG yang sedang diikuti. Oleh yang demikian pihak kami merancang mengadakan Perkhemahan Integrasi di Sekolah Kebangsaan Malim. Program ini akan diadakan seperti yang berikut: Tarikh : 14 hingga 15 September 2012 (Jumaat dan Sabtu) Masa : 3.00 petang 14 September hingga 2.00 petang 15 September Tempat : Sekolah Kebangsaan Malim. Bil. Murid : 150 orang Bil. Guru : 50 orang 3. Sehubungan itu, kami memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan permohonan ini. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja Perkhemahan Integrasi tersebut dan surat arahan perlaksanaan dari IPG Kampus Islam sebagai rujukan tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.

Upload: azizul-jamin

Post on 16-Apr-2017

652 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas konsep perkhemahan big

Pelajar Program PPGSekolah Kebangsaan MalimKM6 Jalan Malim75250 MELAKA

Guru BesarSekolah Kebangsaan MalimKM6 Jalan Malim75250 MELAKA

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN KURSUS BINA INSAN GURU (BIG), PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa semua guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2011 adalah dikehendaki melaksana dan menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) sebagai memenuhi keperluan sebahagian daripada syarat lulus kursus Program PPG yang sedang diikuti. Oleh yang demikian pihak kami merancang mengadakan Perkhemahan Integrasi di Sekolah Kebangsaan Malim. Program ini akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh : 14 hingga 15 September 2012 (Jumaat dan Sabtu)Masa : 3.00 petang 14 September hingga 2.00 petang 15 SeptemberTempat : Sekolah Kebangsaan Malim.Bil. Murid : 150 orangBil. Guru : 50 orang

3. Sehubungan itu, kami memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan permohonan ini. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja Perkhemahan Integrasi tersebut dan surat arahan perlaksanaan dari IPG Kampus Islam sebagai rujukan tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

............................................................(MAZNITAH BTE MOHAMAD ZAIN)Setiausaha

Page 2: Kertas konsep perkhemahan big

Ketua Polis Balai Ruj. Kami : SKMM900-7/5(03/2012)Balai Polis Malim , Ruj. Tuan :Jalan Malim,75200 Melaka.

Tuan,

PEMBERITAHUAN PERKHEMAHAN INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM 2012.

Perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Malim akan mengadakan Perkhemahan Integrasi 2012. Program ini merupakan program yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dalam takwin tahunan berdasarkan arahan dan perkeliling daripada Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Ketetapan perkhemahan adalah seperti dibawah.

Tarikh : 14 hingga 15 September 2012Hari : Jumaat dan SabtuMasa : 3.00 petang 14 September hingga 2.00 petang 15 SeptemberTempat : Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka

4. Bersama ini pihak sekolah menyertakan senarai nama guru dan murid yang menyertai untuk tindakan pihak tuan.

5. Sehubungan dengan ini kami pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………..................

Page 3: Kertas konsep perkhemahan big

Pegawai Perubatan Ruj. Kami : SKMM900-7/5(08/2012)Polikelinik Komuniti Cheng , Ruj. Tuan :Cheng, Melaka.

Tuan,

PEMBERITAHUAN PERKHEMAHAN INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM 2012.

Perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Malim akan mengadakan Perkhemahan Integrasi 2012. Program ini merupakan program yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dalam takwin tahunan berdasarkan arahan dan perkeliling daripada Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Ketetapan perkhemahan adalah seperti dibawah.

Tarikh : 14 hingga 15 September 2012Hari : Jumaat dan SabtuMasa : 3.00 petang 14 September hingga 2.00 petang 15 SeptemberTempat : Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka

4. Bersama ini pihak sekolah menyertakan senarai nama guru dan murid yang menyertai untuk tindakan pihak tuan.

5. Sehubungan dengan ini kami pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………..................MMAZNITAH BTE MOHAMAD ZAINSetiausaha Program

Page 4: Kertas konsep perkhemahan big

Pengarah Pelajaran Negeri Ruj. Kami : SKMM900-7/5(04/2012) Jabatan Pelajaran Melaka, Ruj. Tuan :Jalan Istana Bukit BeruangMelaka(u/p: Unit Perhubungan)

Tuan,

PEMBERITAHUAN PERKHEMAHAN INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM 2012.

Perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Malim akan mengadakan Perkhemahan Integrasi 2012. Program ini merupakan program yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dalam takwin tahunan berdasarkan arahan dan perkeliling daripada Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Ketetapan perkhemahan adalah seperti dibawah.

Tarikh : 14 dan 15 September 2012Hari : Jumaat dan SabtuMasa : 3.00 petang 14 September hingga 2.00 petang 15 SeptemberTempat : Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka

4. Bersama ini pihak sekolah menyertakan senarai nama guru dan murid yang menyertai untuk tindakan pihak tuan.

5. Sehubungan dengan ini kami pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………..................MAZNITAH BTE MOHAMAD ZAINSetiausaha Program

s.k.Unit Kokurikulum JPNPejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah Fail

Page 5: Kertas konsep perkhemahan big

Ibu/Bapa/Penjaga Ruj. Kami : Sekolah Kebangsaan Malim, Ruj. Tuan :KM. 6, Jalan Malim,75250 Melaka.

Tuan,

PEMBERITAHUAN PERKHEMAHAN INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM 2012.

Perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Malim akan mengadakan Perkhemahan Integrasi 2012. Program ini merupakan program yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dalam takwin tahunan berdasarkan arahan dan perkeliling daripada Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Ketetapan perkhemahan adalah seperti dibawah.

Tarikh : 14 DAN 15 SEPTEMBER 2012Hari : JUMAAT DAN SABTUMasa Daftar : 3.00 PETANG 14 SEPTEMBER 2012Masa Balik : 2.00 PETANG 15 SEPTEMBER 2012Tempat : Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka

4. Bersama ini pihak sekolah menyertakan borang jawapan penyertaan, kebenaran ibupapa/penjaga yang perlu dikembalikan sebelum 12 September 2012 untuk tindakan pihak tuan.

5. Sehubungan dengan ini kami pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………..................MAZNITAH BTE MOHAMAD ZAINSetiausaha Program

s.k.Fail

Page 6: Kertas konsep perkhemahan big

SURAT AKUAN KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA

Saya ………………………………………. No. Kad Pengenalan ……………………………………Beralamat di ………………………………………………………………………………………………. No. Telefon …………… Mengaku ibubapa/penjaga kepada pelajar bernama di bawah

Nama Pelajar …………………………………………………………………………………….Tahun ……………………… No. Kad Pengenalan / ………………………………………..

Saya dengan ini memberi kebenaran bertulis saya kepada pelajar ini untuk menyertai :Nama Program : PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM

SK MALIMTarikh : 14 DAN 15 SEPTEMBER 2012Hari : SABTUMasa Daftar : 3.00 PTG 14 SEPTEMBERMasa Tamat Program: 2.00 PTG 15 SEPTEMBER Tempat : SEK.KEB.MALIM

2. SAYA FAHAM pihak SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM dan Penganjur akan mengambil segala langkah keselamatan yang sewajarnya. Saya mengaku TIDAK AKAN MEMBUAT SEBARANG TUNTUTAN ATAU MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU PERINTAH MAHKAMAH terhadap pihak SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM atau wakilnya yang bertanggungjawab atau Penganjur Program atau majlis di atas sekiranya berlaku apa-apa kemalangan, kecelakaan yang menyebabkan kecederaan, kecacatan atau kehilangan anggota badan atau kehilangan nyawa pelajar sepanjang menyertai program ini termasuk semasa perjalanan pergi dan balik.3. Saya juga membenarkan pihak SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM atau penganjur program atau wakilnya untuk memberikan rawatan sewajarnya sekiranya perlu kepada pelajar di atas.4. Saya dengan ini mengakui bahawa pelajar di atas ADA / TIDAK ADA* mengidap penyakit kronik/berjangkit.

Nyatakan (jika ada) ………………………….…………. * bulatkan yang berkenaan.Tandatangan Ibu Bapa/

Tarikh : ………………………… Penjaga : …………………………….PENGAKUAN SAKSISaya dengan ini memperakukan bahawa sepanjang pengetahuan saya, segala keterangan di atas adalah benar.Tarikh : …………………………….. Tandatangan Saksi : …………………………………...

Nama : ……………………………………. No. Kad Pengenalan :

…………………………………….

Page 7: Kertas konsep perkhemahan big

Jawatan : …………………………………….BAHAGIAN A (BUTIRAN DIRI PESERTA)

NAMA MURID

TAHUN

UNIT BERUNIFORM

NAMA IBUBAPA/PENJAGA

NO.KAD PENGENALAN IBUBAPA/PENJAGA

ALAMAT

NO.TELEFON RUMAH

NO.TELEFON BIMBIT IBUBAPA/PENJAGAORANG PERLU DIHUBUNGI BILA KECEMASAN DAN NO. TELEFON

ALAHAN/PENYAKIT KRONIK

UBAT-UBATAN YANG DIAMBIL RUJUK PEGAWAI PERUBATAN

BAHAGIAN B (PENGAKUAN IBUBAPA/PENJAGA

Saya ibubapa/penjaga peserta seperti nama di atas mengakui membenarkan anak dibawah jagaan saya menyertai program ini dan membenarkan/tidak membenarkan pihak sekolah membuat tindakan sewajarnya sekiranya perlu bagi pihak saya.

Tandatangan :

Nama :

No.Kad Pengenalan :

Page 8: Kertas konsep perkhemahan big

1. Rasional

Page 9: Kertas konsep perkhemahan big

Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum

di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dijalankan

secara ‘hands on’ dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi,

bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan

bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para

peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung

memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Seterusnya,

perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak

langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran

kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti

‘jungle tracking’, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna ,

tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada

memperolehi dan mengamalkan kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta

mencabar.

2. Latar Belakang

Selaras dengan rasional di atas, Kumpulan PPG Sekolah Kebangsaan Malim dengan

kerjasama Kumpulan PPG Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan IPG

Perguruan Islam akan menganjurkan Perkhemahan Integrasi 2012 dengan hasrat

memberi peluang kepada murid menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar

dengan cita-cita melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta

seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek. Program ini juga diharapkan

dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi di

kalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran

membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum

demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.

3. Matlamat

Page 10: Kertas konsep perkhemahan big

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha

berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan

intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan

kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Untuk membantu

merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah

bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri

positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah

dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan

agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan

prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina

sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi,menghargai

dan mencintai nilai- nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

4. Objektif:

4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

4.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

4.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti- aktiviti kehidupan seharian secara

teratur dan berdisiplin.

4.4 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

4.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak

dan mencabar.

4.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti

masing- masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

4.7 Membimbing murid-murid menghayati dan mengamalkan rukun-rukun

beragama dan kehidupan bermoral.

Page 11: Kertas konsep perkhemahan big

5. Tema 

“1 MALAYSIA”

6. Konsep PelaksanaanPerkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran melalui aktiviti”.

Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan

menggabungkan unsur-unsur berikut :

6.1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.

6.2 Penerapan nilai-nilai murni dan kemanusiaan.

6.3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi.

6.4 Pengukuhan disiplin kendiri.

6.5 Pengukuhan disiplin berpasukan.

6.6 Pengukuhan keimanan dan ketakwaan.

6.7 Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi.

6.8 Penyemaian ciri-ciri kepimpinan berwibawa.

6.9 Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan

Harmonis.

6.10 Memupuk cita-cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi dan reka cipta.

Page 12: Kertas konsep perkhemahan big

7. Aktiviti Aktiviti yang akan diadakan adalah:.

7.1 Malaysia cergas

7.2 Mendirikan dan menghiaskan khemah mengikut unit.

7.3 Latihan dalam kumpulan.

7.4 Ikatan asas

7.5 Kraftangan / kebudayaan asas

7.6 Asas Kembara

7.7 Taskirah dan Moral

8. Ketetapan Perlaksanaan8.1 Tarikh : 14 dan 15 September 2012

8.2 Hari : Jumaat dan Sabtu

8.3 Tempat : Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka.

8.4 Pendaftaran

a) Tarikh : 14 September 2012

b) Hari : Jumaat

c) Masa : 3.00 petang

8.5 Tetamu Kehormat : Puan Asmah Bte Latip (Guru Besar SK Malim)

9. Maklumat PenyertaanTerbuka kepada murid tahun 4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Malim. Anggaran bilangan

peserta perkhemahan ialah seramai 150 orang.

Page 13: Kertas konsep perkhemahan big

10. Ahli Jawatankuasa

10.1 AJK Induk

Penaung : Puan Asmah Bte Latip

Guru Besar SK Malim

Penasihat : 1.Puan Nor Annisa Bte Kadri

Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Islam

2. Major Zainal Abidin Bin Shamsudin

Penyelaras BIG

Pengerusi : Encik Mohd Najib Bin Mohamad Sanny

Tim.Pengerusi : Encik Hasri Bin Ishak

Setiausaha : Puan Maznitah Bte Mohamad Zain

Penyelaras : Encik Muhd Faidzal Bin Hassan

Bendahari : Puan Maznah Bte Abd Rani

Ajk kecil

Ketua Unit 1 : Puan Hanizah Bte Hassan

Ketua Unit 2 : Puan Aini Zakiah Bte Zakaria

Ketua Unit 3 : Puan Zubaidah Bte Sulaiman

Ketua Unit 4 : Puan Suzana Bte Yusoff

Ketua Unit 5 : Puan Mazilah Bte Ahmad

Page 14: Kertas konsep perkhemahan big

10.2 AJK Pelaksanaan

Penaung : Puan Asmah Bte Latip

Penasihat : Puan Nor Annisa Bte Kadri Major Zainal Abidin Bin Shamsudin

Pengerusi : Encik Mohd Najib Bin Mohamad Sanny

Tim.Pengerusi : Encik Hasri Bin Ishak

Setiausaha : Puan Maznitah Bte Mohamad Zain

Penyelaras : Encik Muhd Faidzal Hassan

Bendahari : Puan Maznah Bte Abd Rani

Kem Komandon : Encik Hasri Bin Ishak

Jawatankuasa

Jawatankuasa Tugasan

Urusetia

Encik Hasri Ishak

Encik Mohd Najib Bin Mohamad Sanny

Encik Muhd Faidzal Bin Hassan

Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan

Menyelaras perjalanan aktiviti dan  pertandingan 

Sentiasa menghebahkan segala maklumat terkini.

Mengambil pendaftaran peserta dan juga  mencatat kehadiran guru bertugas

Melantik hakim-hakim pertandingan

Membuat laporan setiap aktiviti yang  dijalankan

Mengendalikan acara majlis penutup

Menyediakan kain rentang perkhemahan

Urusetia Hadiah

Puan Maznah Bte Ab.Rani

Puan Hanizah Bte Hassan

Menyediakan dan menyiapkan hadiah untuk pertandingan dan memastikan hadiah dan cendermata cukup.

Menguruskan pengagihan ketika majlis penutup

Page 15: Kertas konsep perkhemahan big

Pendaftaran/Pengurusan Peserta

Pn.Aini Zakiah Bte Zakaria

Semua Ketua Unit Beruniform

Menyediakan murid untuk menyertai  perkhemahan

Menyediakan borang kebenaran ibu bapa  bagi setiap peserta unit masing-masing

Menyediakan segala peralatan yang  diperlukan semasa perkhemahan

Menyediakan jadual guru bertugas unit  masing-masing

Memastikan penyediaan senarai semak  peralatan lebih awal

Memastikan disiplin peserta sebelum, semasa dan  selepas perkhemahan

Menerima pendaftaran masuk peserta.

Menyediakan senarai peserta untuk diserahkan kepada urusetia dan kem komandan

Menyediakan guru pemimpin unit untuk bermalam

Khemah dan Alatan

Puan Zubaidah Bte Sulaiman

Puan Mazilah Bte Ahmad

Menyediakan pelan pembahagian tempat  tapak perkhemahan dan penginapan mengikut unit

Menyediakan khemah dan tempat tidur yang mencukupi  bagi keperluan peserta dan guru

Memastikan keselamatan penginapan sentiasa dijamin. (bermalam)

Memastikan setiap khemah dibuka dan  dibersihkan selepas perkhemahan

Menyediakan segala dokumen perlu  sekiranya terdapat pinjaman khemah dan alatan berkaitan dengan penginapan .

Kerohanian 

Encik Mohd Najib Bin Mohammad Sanny

Menyediakan jadual bertugas imam dan bilal  mengikut waktu solat

Mengendali taskirah dan mengendalikan aktiviti yang berkaitan dengan kerohanian murid bukan islam

Page 16: Kertas konsep perkhemahan big

Makan / Minum

Puan Maznitah Bte Mohamad Zain

Puan Suzana Bte Yusoff

Menyediakan makanan dan minuman yangmencukupi bagi semua guru dan murid-murid yang terlibat

Menyediakan jadual pengagihan serta  menu makanan setiap waktu makan sepanjang hari perkhemahan dijalankan  

Menyediakan jadual tugasan menyaji makanan

Memastikan  semua  keperluan untuk makan mencukupi

Keselamatan / Kecemasan/Kebersihan

Encik Muhd Faidzal Bin Hassan

Semua Ketua Unit

Memastikan tahap keselamatan peserta  dan segala peralatan berada dalam keadaaan yang amat baik.

Menyediakan bekalan ubat- ubatan  serta peti rawatan yang sempurna dan mencukupi

Menyediakan jadual pengawasan dan  kawalan keselamatan kawasan perkhemahan

Membuat makluman kepada pihak polis berhubung dengan perkhemahan yang dilaksanakan

Membuat makluman kepada klinik  kesihatan berdekatan berhubung bantuan kecemasan semasa perkhemahan

Memberi taklimat keselamatan kepada  semua peserta dari masa ke semasa

Menyediakan peti kecemasan yang  lengkap dan diletakkan di urusetia

Menyedia petugas untuk tugasan malam (menginap)

Apresiasi Seni/Kebudayaan/Kembara

Encik Hasri Bin Ishak

Menentukan jenis persembahan serta aktiviti  dan syarat-yaratnya.

Menyediakan borang penghakiman

Mengurus perjalanan pertandingan  kebudayaan dan aktiviti kembara.

Memastikan tempat aktiviti selamat, sesuai dan dikemas selepas digunakan.

Page 17: Kertas konsep perkhemahan big

Memberi taklimat kepada peserta  persembahan pada waktu pendaftaran masuk.

Malaysia Cergas

Puan Suzana Bte Yusoff

Mengendalikan perjalanan senaman pagi  selama tempoh perkhemahan berlangsung.

Merangka aktiviti rekreasi ketika waktu aktiviti

Page 18: Kertas konsep perkhemahan big

11. Jadual Aktiviti

HARI JUMAAT (14 September 2012)

3.00 – 2.15 ptg : Pendaftaran Peserta

3.15 – 3.30 ptg : Taklimat Ringkas

3.30 – 4.45 ptg : Aktiviti 1

Ice Breaking / Pembentukan Kumpulan

4.45 – 5.30 ptg : Rehat dan Minum Petang

5.30 – 6.45 ptg : Aktiviti 2

Memasang Khemah

6.45 – 9.00 mlm : Pengurusan Diri / Solat Asar / Makan Malam

Solat Magrib

Tazkirah / Motivasi

Solat Isyak

9.00 – 11.00 mlm : Aktiviti 3

Kembara Malam/menyediakan makanan

Ikhtiar Hidup

12.00 mlm : Tidur

Page 19: Kertas konsep perkhemahan big

HARI SABTU (15 Sept 2012)

4.30 – 5.00 pagi : Pengurusan Diri

5.00 – 6.30 pagi : Solat Subuh

Tazkirah / Motivasi

6.30 – 7.30 pagi : Aktiviti 4

Senaman Pagi

7.30 – 8.00 pagi : Serapan pagi / Rehat

8.00 – 9.00 pagi : Aktiviti 5

Ikatan Asas

9.00 – 10.00 pagi : Aktiviti 6

Pertolongan Cemas

10.30 – 11.30 tgh : Aktiviti 7

Latihan Kebudayaan

11.30 – 12.20 ptg : Aktiviti 8

Pertandingan Persembahan

12.20 ptg : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

Makan Tengahari

2.00 ptg : Bersurai

Page 20: Kertas konsep perkhemahan big

12.Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Butiran Jumlah

1 Makan Peserta RM 8.00 X 150 orang RM 1200.00

2 Makan AJK (Guru) RM 16.00 X 50 orang RM 800.00

3 Cenderahati RM 50.00 X 10 RM 500.00

4Cenderahati Fasilitator dan sekolah

RM 800.00

5 Perbelanjaan Aktiviti

LDK

1. Kertas Mahjong

2. Marker pen

3. Pen warna

RM 110.00

KEMBARA

1. Lampu suluh

2. Kompas

RM 150.00

IKATAN

1. TaliRM150.00

IKHTIAR HIDUP

1. Telur dan kentang

2. Mancis

RM 22.00

6 Sijil Penyertaan RM 100.00

7 Photostat dan Fail RM 150.00

8 Kecemasan RM 118.00

Jumlah RM 4200.00

Anggaran Sumber Kewangan

Peruntukan Kokurikulum RM 1200.00Sumbangan Pelajar PPG IPGKPM dan IPGKI RM 3000.00Jumlah Pendapatan RM 4200.0

Page 21: Kertas konsep perkhemahan big

13. Peraturan tetap perkhemahan

13.1 Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran

bertulis dari ibu bapa atau penjaga

13.2 Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa

menyertai perkhemahan.

13.3 Setiap peserta dikehendaki sentiasa berada di kawasan perkhemahan yang

telah ditetapkan.

13.4 Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan,

kecuali dengan kelulusan kem komandan atau guru bertugas.

13.5 Dilarang membawa masuk sebarang bentuk senjata, sebarang peralatan yang

bahaya, adalah dilarang

13.6 Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau barang

– barang lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronik seperti walkman,

telefon bimbit, serta lampu suluh.

13.7 Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan-kawasan

larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana

termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan

kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina.

13.8 Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan

oleh kem komanden atau wakilnya dari semasa ke semasa, khususnya semasa

melaksanakan aktiviti-aktiviti di sepanjang perkhemahan.

13.9 Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam

kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.

13.10 Semua peserta perlu sensitif kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.

13.11 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak

penganjur.

13.12 Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang

ditetapkan oleh kem komandan.

13.13 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan oleh kem

komandan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

Page 22: Kertas konsep perkhemahan big

14. Penutupan

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Integrasi tahun 2012 dapat

dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan. Kerjasama daripada

para guru, ibubapa dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk

menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia,

Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah.

Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak

serta sokongan dan bantuan ihsan dari semua pihak secara langsung atau tidak

langsung. Semoga tema “1 Malaysia” dapat direalisasikan semasa

perkhemahan itu nanti.15. KESIMPULAN

Diharapkan perkhemahan dapat berjalan dengan lancar dan menepati kehendak objektif serta

matlamat perkhemahan.

Disediakan oleh,

MAZNITAH BTE MOHAMAD ZAIN

Setiausaha

Perkhemahan Integrasi